Monday, 2 April 2012

bab 2 (menerjah ke lubuk hati)

    Sudah 2 hari aku tinggal bersama Puan Sri Normah namun bibirku masih berat untuk menanyakan perihal anak lelakinya, Fareez. Malu juga aku kalau Puan Sri Normah syak apa - apa. Aku kan perempuan jadi kenalah jaga sikit tingkahlaku. Puan Sri Normah memang baik. makan minumku dijaga dengan baik. Aku faham mengapa opah beriya - iyan benar menyuruh aku tinggal bersama Puan Sri Normah. Mungkin opah mahu mengikat kembali tali silaturrahim antara aku dan kakak kandung ibuku. Opah sememangnya seorang muslim yang baik. Dia tidak suka apa yang di benci oleh Allah. Itu yang membuatkanku lebih menghormati opah.
   Pintu pagar tebuka. Kelihatan sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah Puan Sri Normah. Aku melihat Puan Sri Normah berkejaran mendapatkan pemilik kereta mewah tersebut. Hmm.. entah siapalah orangnya, bisikku sendiri. Apabila pintu kereta terbuka kelihatan seorang lelaki kacak tersenyum dan memeluk Puan sri Normah. Tak mungkin kekasihnya. Adakah Puan Sri Normah memelihara apa yang orang panggil sekarang ini 'anak ikan'?. Ish... takkanlah!. Tapi tidak dinafikan bahawa aku juga agak teruja melihat lelaki tadi. Sayangnya, dia sedikit pin tidak menoleh ke arahku. Ye la... siapalah aku. perasan sahaja yang lebih .
  Aku hanya duduk di luar bersama pembantu rumah Puan sri Normah, Mak Jah. Dia tersengih - sengih memandangku. Aku agak tidak selesa.
  "Burung yang di intai tak masuk sarang ya?," soal Mak Jah sambil tersenyum
  "Burung bandar ni mana tahu nasuk sarang. Burung kat sini masuk hotel," jawabku kembali. Mak Jah ketawa terkekeh - kekeh. Geram pula akku di buatnya. macam tahu - tahu sahaja aku memerhatikan lelaki tersebut.
   "Nama tuan tadi Fareez. Anak Puan Sri. Kacak ya. Jangan kacau tau, dia milik istimewa Mak Jah," sambung mak Jah lagi. cehhhh... ada hati pula Mak jah ni. Nak termuntah aku rasa. Aku tersenyum tawar dan terus berlalu. Sengaja aku ke ruang tamu. Mahu melihat wajah Fareez dengan lebih dekat.
   "Amelia. Mari sini," panggil puan sri Normah. Aku menghampiri mereka berdua. Aku dudk di sebelah Puan Sri Normah. Cuba mengawal pergerakan agar kelihatan ayu.
   "Ini Fareez, anak maklong. kalau senag - senang Amelia berbual dengan abang Farreez, ya. Abang Fareez baru pulang dari Dubai. ada kerja di sana," terangnya panjang lebar. ku curi - curi melihat wajahnya. Kulitnya kuning langsat. Tidak terlalu putih dan tidak gelap. Bibirnya cantik. Tidak lebam. Matanya tidak besar dan tidak juga sepet. Apapun, dia sememangnya kacak.
   "Apa khabar abang?," sapaku. Dia hanya tersenyum dan tiada jawapan yang keluar dar mulutnya. Fareez terus naik ke atas. Puan Sri menggosok bahuku. Seolah - olah memujukku. Aku malu. memang aku tidak akan menegurny lagi. Dollah di kampungku itu juga kacak tetapi tidak sombong seperti ini. Aku mula meluat dengan lelaki sombong sepertinya. Aku  masih lagi duduk di sofa. Mak jah ketawa lagi. Dia menghampiriku.
   "Kan mak Jah dah cakap. Mak Jah ni je yang Fareez sayang. Citarasa Fareez yang comel - comel macam mak jah ni," usik mak jah lagi.
    "suka hati Mak jah lah...," jawabku ringkas dan terus ke dapur untuk membantu pembantu rumah perasan itu memask. Memang Puan Sri tidak benarkan aku melakukan sebarabg kerja tetapi sebagai anak buahnya aku rasa elok jika aku menyesuaikan diri di dalam rumah itu sehingga opahku pulang dari menunaikan umrah.

    Setelah selesai menunaikan solat zohor, Puan Sri mengajak aku dan fareez ke butiknya di Damansara. aku hanya menurut. Fareez agak segak dengan jeans dan kemeja t putihnya. Tapi siapalah aku mahu memandang dia. Fareez melintasi aku tanpa menoleh walaupun sekali. Aku mula rasa segan. Seolah - olah mengganggu ketenteraman dan privasinya di rumah itu. Sepanjang jalan aku hanya menoleh ke luar tingkap. Tidak mahu memerhatikannya lagi. Meluat.
   Puan Sri memilih beberapa helai baju buatku.Aku lihat fareez beramah mesra dengan pekerja - pekrja ibunya.Berbeza sekali ketika dia bersamaku. Aku perasan juga sesekali dia mencuri pandang ke arahku. Juling agaknya si Fareez ni, gerutu hatiku. Ketika membelek risalah butik tersebut Fareez menghampiriku.
 Hatiku mula berdebar - debar. Kepalaku mula terasa berat. bagai mahu pitam. belum sempat dia sampai ke arahku, aku sudah........ pengsan.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Alaa.. Pendeknya..baru nak feel sikit.. Cepat sambung ya.. Yg panas2 gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hikhik..
      terima kasih kak roziah :)
      menerjah ke lubuk hati ni dah habis di blog. cuma ada pembaca x leh buka di blog. itulah saya tag ke dia. akak baca di blog. izah tamatkan di blog juga .. tapi banyak salah silap heheh.... <3

      Delete