Friday, 13 April 2012

bab 21 (menerjah ke lubuk hati)

   Fareez membuka pintu kereta untukku. Kali ini aku banyak muntah. Hinggakan air masak yang aku minum sebentar tadi terkeluar semula. Opah memimpinku masuk ke dalam kereta. Tina duduk di belakang bersamaku. Mak Jah duduk di hadapan. Opah hanya menunggu di rumah. Aku sangat lemah.
  "Hai... Fareez. Ini dah kes dera ni." kata Tina. Fareez memandang Tina dari cermin depan kereta.
  "kenapa?," soal Fareez kembali.
  "Ya la. Amy sampai longlai macam ni," jawab Tina sambil memeluk aku.
  'Ada juga yang kena penampar percuma ni. Awak tu anak dara diam - diam sahajalah. Orang mengandung memang macam ni.  Lagi sebulan dua ok lah," kata Mak Jah.
   "Mak Jah pun anak dara juga kan?," Soal Tina yang lurus bendul itu. Mak jah menoleh ke belakang dan menunjukkan isyarat mencubit kepada Tina. Kali ini Fareez tidak tersenyum. Dia kelihatan bimbang melihat keadaan aku yang teruk sekali. Mukaku pucat.
   "Sabar ya sayang, sebentar sahaja lagi kita sampai ke hospital," kata Fareez.  Aku mengangguk lemah.
Sampai sahaja di hospital aku di sorong masuk ke dalam wad. Doktor dan jururawat memasukkan sebotol air air bagi menggantikan cecair yang sudah banyak keluar dari badanku. Fareez sentiasa di sisiku. Aku yang begitu keletihan hanya tidur setelah menerima rawatan daripada pihak hospital. Tina menunggu di luar bersama mak Jah.

    Setelah sebulan berlalu, badanku semakin kuat dan mabukku sudah tiada lagi. Ku lihat Fareez begitu menjaga pemakananku. Banyak sayur dan buah - buahan ada di dalam peti sejuk kami.
   "Tak sedaplah makan sayur," rengekku. Fareez menyuapkan nasi dan sup sayur ke dalam mulutku.
   "Ini yang terakhir ya. Amy tak lalu," kataku.
   "Habis sayang nak makan apa?," soalnya pula.
   "Steak daging kambing," jawabku dengan senyuman manja.
   "Esok abang belikan tetapi hanya makan sedikit sahaja ya," Fareez memberi syarat. Aku memeluknya mesra sebagai tanda terima kasih.
   "Alah.... tak payah terharu sangatlah Amy, setakat kambing tu kat kandang ayah aku tu pun berlambak," kata Tina yang masih setia menemaniku.
  "Tina nak jugak?," soal Fareez.
  "Nak nak nak!. Fareez nak belikan saya juga ke?," Tina beriya - iya.
  "Ala abang, tak payah belikan dia. Dia bukannya mengandung macam Amy ni. Dekat kandang ayah dia kan banyak. Suruh dia tangkap sendiri sahaja," kataku pula.
   "Eleh.... dengki," cebik Tina. Fareez tersenyum melihat telatah Tina.

    Fareez ke pekan untuk membeli stik kambing. Tina menunggu dengan rasa tidak sabar. Bersungguh - sungguh benar dia menunggu Fareez pulang. Sebaik sahaja melihat kereta Fareez memasuki halaman rumah, dia menepuk - nepuk pahaku.
   "Jangan tepuk, nanti anak aku terjaga," kataku.
  "Ala.... belum jadi budaklah, baru jadi daging," jawabnya. Aku ketawa mendengar jawapannya.
Fareez masuk dan menghidangkan stik kepada kami semua. Opah hanya makan sedikit kerana bimbang darah tingginya naik. Aku juga hanya makan sedikit.
  "Pertama kali saya tengok orang makan stik macam makan burger," ujar Fareez. Tina berhenti daripada menyuap makanan.
  "Ala,,, lecehlah makan guna garfu dan sudu. Tak puas makan," kata Tina dan terus makan. Mak Jah menggeleng - gelengkan kepalanya.
  "Tak boleh di bawa ke majkis," kataku. Tina buat tidak tahu. Nampaknya stik kambing itu memang sedap pada Tina.

  Tina mahu bekerja di Kuala Lumpur. Syarikat baru Fareez memerlukan pekerja. Dengan kemahiran yang ada pada Tina, Fareez mengambilnya sebagai kerani am di syarikatnya. Puas juga Tina memujuk ayahnya untuk melepaskannya ke Kuala Lumpur. Dia yang sudah putus hubungan dengan Dollah cuba mengubah haluan untuk menjadi seorang yang berguna.  Sudah dua hari kami tinggal di rumah baru. Fareez membeli sebuah banglo yang terletak hampir dengan pejabat barunya. Banglo setingkat ini tidak terlalu besar. Cukup untuk kami sekeluarga tinggal di situ. Segala perabot telah siap di susun. Citarasa Fareez agak bagus jika di bandingkan dengan aku. Aku tinggal di bilik atas. Manakala Mak Jah dan Tina tinggal satu bilik di tingkat bawah. Opah juga tinggal di bilik tingkat bawah.  Hari pertama bekerja membuatkan Tina menjadi gelisah. Fareez tidak menumpangkan Tina ke tempat kerja sebaliknya Fareez telah meminta jasa baik Halim, eksekutif akaunnya untuk mengambil dan menghantar Tina pulang. Fareez tidak mahu sebarang syak wasangka di dalam pejabatnya nanti.

   Tina pulang dengan senyuman yang menguntum. Aku memandangnya sahaja. Tidak mahu menyoal kerana bimbang dia penat.
  'Kenapa?," soal Mak Jah. Tina masih lagi tersenyum. Opah yang sedang menghirup kopi pekat duduk di sebelah Tina.
  "Jatuh cinta?," soal Opah. Tina ketawa.
  "Kamu ini... mudah benar jatuh cinta. Nanti kalau ditinggalkan menangis sampai tertonggeng - tonggeng. Tina mencebik.
  "Opah ni dengkilah. Halim tu kacak tau. Lebih kacak daripada Fareez," katanya. Aku ketawa.
Biarlah Tina mencari bahagianya di sini. Menurut Fareez, Halim memang seorang yang baik budi pekertinya sebab itu Fareez percayakan Halim. Fareez sudah menganggap Tina seperti adiknya sendiri kerana menurut Fareez walaupun Tina sudah dewasa tetapi sikapnya tidak ubah seperti remaja belasan tahun........ gila - gila.
 

No comments:

Post a Comment