Malam ini Opah masak sedap. Masak lemak pucuk ubi dan pajeri terung. Pajeri terung itu adalah di antara masakan kegemaran Fareez. Aku tidak di benarkan membantu. Mak Jah dan Tina menyusun pinggan di meja makan. Fareez duduk menemaniku.
"Tak besar lagi pun perut Amy, Abang?," soalku. Fareez ketawa.
"Baru 2 bulan setengah takkan dah besar," jawabnya. Dicubitnya pipiku ini.
"Tak sabar sangatkah nak bersalin?," soal Tina sambil tangannya ligat menyusun gelas.
"Buat saja kerja tu, jangan sibuklah. Esok kalau kau kahwin dengan Halim lagi teruk perangai kau tu nanti," jawabku. Tina ketawa besar. Suka pula dia!. nampak sangat yang dia semakin gilakan Halim.
"Kalau dengan Halim pun apa salahnya, budak Halim tu baik," bisik Fareez ke telingaku. Aku hanya mengangguk. Kami semua makan dengan berselera sekali.
"Wah!... tak sangka Fareez suka makan pajeri terung," kata Tina.
"Kalau Opah yang masak, semuanya jadi sedap," jawab Fareez. Opah ketawa terkekeh - kekeh. Suka benar dia apabila orang memuji masakannya.
"Hmmm.... bodeklah tu," kata Tina pula.
"Halim pun suka pajeri," Kata Fareez tanpa memandang wajah Tina. Aku lihat Tina tersenyum.
"Esok, Opah ajar Tina masak benda alah ni ye," kata Tina.
"Tak kuasa aku," jawab Opah selamba.
"Takkanlah hari - hari nak makan pajeri," kata Mak Jah pula. Tina menarik muka 14 belas.
Hari ini Tina pulang agak awal. ku lihat ada resah pada wajahnya. Dia menarik tanganku dan hanya memandang wajahku tanpa sepatah kata.
"Kenapa?," soalku.
"Kau bertenang dahulu. Kau boleh mendengar cerita aku tetapi jangan menuduh Fareez. kau perlu tanya dia tapi jangan menuduh," kata Tina serius.
"Ya. Tapi apa dia?," soalku lagi. Hatiku mula rasa gelisah.
"Tengahari tadi waktu makan ada seorang wanita cantik datang ke pejabat. Dia sampai - sampai sahaja dia terus peluk Fareez," terang Tina. Dadaku mula berombak. Aku tahu Tina tidak akan menipu.
"Tapi Fareez mengelak. Fareez lepaskan pelukan wanita tu. Dia macam terkejut tapi aku rasa ada sesuatu," kata tina.
"Itu Aqila," Mak Jah menyampuk dan duduk di sisiku.
"Itu hanya sejarah bagi Fareez. Dia tak ada apa- apa lagi dengan Aqila. Fareez cintakan Amy," Mak Jah membelai rambutku. Aku dapat rasakan Mak jah tahu semuanya dan cuba menyorok sesuatu daripadaku.
"Kenapa Amy hanya tahu pasal farah tetapi tidak Aqila?," soalku.
"Dia cinta pertama Fareez ketika menuntut di luar negara dahulu. Aqila berpisah dengan Fareez kerana Aqila terpaksa mengikut bapanya berhijrah ke Jordan. Oleh kerana mereka berdua tidak yakin pada cinta jarak jauh jadi mereka berpisah cara baik," terang Mak Jah. Opah hanya mendengar. Aku mula menangis. Aku dapat rasa Aqila akan memberi kesan pada rumahtanggaku. Setahu aku cinta pertama sentiasa mekar di ingatan. Lebih - lebih lagi mereka berdua berpisah secara baik.
"Amy kena yakin pada Fareez," Kata Opah. Niatnya untuk menenangkan hatiku tidak berjaya. Aku terus masuk ke dalam kamarku tanpa sepatah bicara.
Fareez pulang agak lewat dari kebiasaannya. Aku yang sedang berbaring di atas katil hanya memandangnya. Fareez mendapatkanku dan mengucup dahiku.
"Dah makan sayang?," soal Fareez seperti biasa.
"Anak papa dah makan,". Fareez mengusap perutku yang masih belum membesar. Aku tersenyum tawar. Aku duduk dan memandang Fareez.
"Abang lewat pula hari ini," soalku cuba menduga.
"Abang makan dengan kawan lama abang," jawabnya sambil tersenyum. Hatiku bagai di hiris sembilu. Aku pandang tepat ke arahnya.
"Dengan Aqila?," soalku. Fareez memandangku.
"Mana Amy tahu?. mak Jah beritahu ya. Abang makan dengan Aqila dan halim," jawabnya tenang. Fareez meninggalkanku dan terus berlalu ke bilik mandi. Aku baring semula dan menutup seluruh badanku dengan selimut. Aku tak mahu bercakap dengan Fareez. Hati aku sangat sakit!.
Hari ini aku akan ke pejabat Fareez. Aku mahu menghantar makanan tengahari buatnya. Sampai - sampai sahaja aku terus mendapatkan Tina.
"Kau tak payah masuk lah. Aku hantarkan makanan ni. Kau balik ya," suara Tina agak lain.
"Fareez mana?," soalku pula.
"Aaa.... Fareez.. aaa... Fareez dalam bilik dia dengan aa... Halim!," jawab Tina tergagap - gagap. Aku lihat Halim masuk ke dalam pejabat dengan kunci kereta di tangan.
"Itu bukan Halim?," soalku dan terus menuju ke bilik Fareez. Pintu Fareez ku buka dan aku lihat seorang wanita sedang memeluk Fareez dari belakang. makanan yang ku bawa terlepas dari tanganku. Fareez kelihatan terkejut. Aku terus keluar tanpa mempedulikan panggilan Fareez. Aku berlari masuk ke dalam lif. Fareez mengejarku. Aku tidak mahu Fareez menjumpaiku dan aku terus masuk ke dalam tandas sebuah restoran berhampiran. Aku menangis sepuas - puasnya. Aku rasa dikhianati oleh seorang lelaki yang amat aku percaya. Aku sudah duga perkara ini akan terjadi apabila mak Jah bercerita mengenai Aqila semalam. Aku menelefon Opah.
"Opah percayakan Amy kan," kataku .
"Kenapa Amy?. soal Opah pula.
"Amy tak boleh balik lagi sekarang. Amy perlu tenangkan hati. Amy sudah besar Opah dan Amy perlu pergi untuk mengelakkan keadaan lebih buruk. Opah jaga diri baik - baik. Amy sayang Opah," Aku terus meletak telefon. Opah sentiasa yakin padaku. Mujurlah aku bawa wang yang agak banyak. Bolehlah aku tidur di hotel buat beberapa hari ini. Aku terus menaiki teksi. Aku tinggalkan keretaku di hadapan bangunan pejabat Fareez. Aku terus ke hotel yang agak jauh dari tempat tinggalku. Aku cuma harapkan Tina sahaja kali ini.
Pintu bilik hotelku di ketuk. Aku membukanya setelah melihat Tina menerusi lubang di pintu bilik hotel itu. Tina menangis dan memelukku.
"Amy, Fareez mencari kau sampai sekarang. Dia dah macam tak tentu arah. Mencari kau ke sana - ke sini," kata Tina yang masih memelukku.
"Aku kecewa Tina," aku menangis teresak - esak. Hatiku lebih hancur kali ini.
"Kenapa kau tutup telefon?," soal Tina lagi.
"Aku sudah buang telefon itu. Itu nombor baru aku. Jangan sesekali kau beri pada sesiapa. Tolong jagakan mama dan Opah buat aku," kataku. ku kesat air mata yang berjujuran.
"Fareez tidak makan langsung, Amy. Dia mencari kau," kata Tina. Rasa kasihan mula timbul tetapi kali ini aku harus buat sesuatu. Cinta aku bukan untuk di permainkan.
"Aku temankan kau di sini ya,". Tina mengesat air mataku.
"Jangan. Kau jangan risaukan aku. Aku takkan menganiaya diriku dan anakku ini, Tina,". Aku mengusap perutku ini. Aku hanya boleh mengharapkan Tina. Tina menemaniku makan malam di dalam bilik hotelku. Tina keluar sebentar untuk membeli beberapa helai pakaian buatku dan kembali semula selepas itu. Aku tidak membenarkan Tina melawat ku selalu. Aku tidak mahu Fareez dapat tahu di mana aku berada. Aku tidak mampu melelapkan mataku. Aku rindukan Fareez tetapi dalam pada masa yang sama aku amat membencinya.
No comments:
Post a Comment