Tuesday, 17 April 2012

bab 23 (menerjah ke lubuk hati)

   Aku tidak berminat untuk ke mana - mana. Terperap sahaja di bilik hotel. Sebentar nanti Tina datang .
Aku  menunggu dengan penuh sabar. Setelah beberapa minit Tina datang dengan 2 bungkus makanan.
  " Kau tak kerja?," soalku.
  "Aku berlakon sakit perut pagi tadi. Aku cakap pada Fareez aku nak ke klinik," kata Tina.
  'Kau tahu, Fareez balik pukul 3 pagi. Dia cuma makan roti sahaja.Sedih pula aku tengok dia begitu. Pagi tadi selepas subuh dia keluar mencari kau," terang Tina dengan wajah yang sedih.
  "Mana kau tahu dia cari aku?. Entah - entah dia cari Aqila," aku cuba menepis anggapan Tina.
  "Kau tak boleh begini. Cuba kau bawa berbincang. Entah - entah perempuan tu sahaja yang gatal," kata Tina. Aku tidak menjawab. Aku cuba menelan nasi goreng kampung yang di bawa Tina. Aku rindukan Opah dan mak Jah.
  "Jom kita keluar," ajak Tina. Aku tidak mahu. Aku tidak mahu Fareez menemui aku di sini. Pintu bilik hotelku di ketuk. Aku dan Tina berpandangan sesama sendiri. Aku menyorok di belakang pintu dan Tina yang membukanya.
  "Cik Aqila!,".kata Tina terperanjat. Hatiku berdegup kencang. Rasa marahku membuak - buak. Aku keluar menghadapi perempuan yang bernama Aqila itu. Aqila masuk walaupun aku tidak menjemputnya.
  "Fareez tahu Cik Aqila jumpa Amy di sini?," soal Tina sambil menutup pintu bilik hotel.
  "Bodohlah saya kalau beritahu dia mana musuh utama saya berada. Awak ingat saya suka Fareez tahu Amelia ada di sini?," jawabnya angkuh. Aku memandangnya tepat.
  "Dan bodohnya awak kerana datang ke bilik saya tanpa di jemput," jawabku selamba.
  " Fareez memang hak saya dari dulu. Farah juga berundur inikan pula awak?. Budak kampung!,"katanya sinis. Tina mencebik.
  'Tak rasa hinakah orang bandar jumpa dengan orang kampung?," soalku lagi.
  "Tak rasa buruk sangat ke rupa awak tu sebab Fareez pilih perempuan kampung bukan perempuan sengal macam awak ni?," soal Tina pula.
  "Saya cuma akan dapatkan fareez semula. Saya cinta pertamanya. Dia tidak akan lupakan saya walaupun dia berkahwin dengan awak. Saya tahu segalanya mengenai Fareez. Wangian kesukaannya, warna kegemarannya dan segala - galanya," kata Aqila angkuh.
  "Pergi sahaja dari sini. Jika Allah takdirkan kamu bersama Fareez, kamu bergembiralah. Bergembira di atas kedukaan insan lain," jawabku yang masih tetap berdiri.
  "kau ni bodoh ke bongok?. Orang dah halau tu balik sahajalah. Ingat muka cantik perangai pun cantik tapi perangai lagi buruk dari siamang," Kata Tina dan ditolaknya Aqila keluar. Aku terduduk. Memikirkan kata - kata Aqila. Telefon Tina berdering. Tina mengangkatnya.
  "Saya di klinik Fareez," jawab Tina.
  "Saya tak tahu Amy di mana. Saya cuba cari tapi tak jumpa. Awak di kampung?. Ada tak dia di sana?," soal Tina pura - pura tidak tahu.
  "Baiklah saya akan tolong awak cari," kata Tina sebelum menutup telefon.
  "Fareez mencari kau sampai ke kampung," Tina memandangku.
  "Aku rasa kau perlu berbincang," kata Tina sebelum keluar dari bilikku. Aku memikirkannya seharian. Aku rasa cakap Tiina benar. Aku perlu mendengar penjelasan daripada fareez. Aku tidak boleh serahkan Fareez kepada Aqila begitu sahaja. Akuu perlu pertahankan hak aku sebagai isterinya.

    Aku masuk ke pejabat Fareez dengan penuh kekuatan emosi. Tina memandangku dan membiarkan aku menuju ke bilik Fareez. Aku terdengar perbualan di antara Fareez dan seorang wanita. Aku mengintai di hadapan pintu yang renggang sedikit itu. Kelihatan Fareez berdiri menghadap Aqila yang sedang duduk memandangnya.
    "Tapi kita sememangnya di takdirkan bersama sayang. Ila balik ni pun untuk Fareez," kata Aqila.
    "I sudah berkahwin Ila," jawab Fareez tanpa memandangnya.
    "Ila kekasih pertama u!. Ila takkan dilupakan begitu sahaja. Fareez perbah cakap yang sampai mati pun Fareez tak boleh lupakan Ila," Aqila mempertahankan pendiriannya.
    "Apa yang ada pada kekasih pertama apabila kita sudah menjumpai kekasih sejati Ila? Kekasih pertama selalunya adalah satu kesilapan. I cintakan Amy lebih daripada i cintakan diri i sendiri. Senyumannya sahaja boleh membuatkan hidup i bahagia. I tak perlukan hiburan kerana setiap kali dia berbicara hati i akan sentiasa terhibur apatah lagi apabila melihat dia ketawa, Ila. Oleh kerana u peluk i tanpa kerelaan hati i , Amy pergi meninggalkan i. Hidup i hancur Ila. Nyawa i seolah - olah melayang. Memang benar u kekasih pertama i tetapi dia membuatkan hidup i lebih bahagia berbanding ketika kita bersama dahulu. Kini cinta i hanya pada dia. Pergilah Ila, i hanya mencintai Amelia, isteri yang sedang kandungkan zuriat tanda cinta kami. Tiada ruang lagi di hati i untuk u kerana ianya sudah pun di penuhi dengan cinta Amelia," kata - kata fareez membuatkan air mataku berjujuran. Aku berpaling dan apabila kakiku melangkah pergi tanganku di tarik lembut. Aku menoleh dan aku lihat Fareez di hadapanku. Dia menarikku lembut ke dalam dakapannya. Kali ini aku tidak pergi. Merelakan aku di dakap suami yang amat aku cintai. Aku menangis di dalam dakapan Fareez. Aqila menangis dan terus berlalu pergi. Seluruh pejabat melihat aku dan Fareez. Halim menepuk bahu Fareez.
   "Balik ya boss. Pejabat saya uruskan," kata Halim. Fareez merangkul pinggangku dan memelukku sambil berjalan keluar. Aku menoleh dan melihat Tina menangis teresak - esak sambil tersenyum memandangku. Halim mendapatkan fareez.
   "Boss ambil cuti 2 hari ini ke. Saya akan ambil alih. jangan risau. Semuanya akan ok," kata Halim. Tina masih menangis dan mendapatkan Halim sambil menangis di bahu Halim. Mataku terbeliak melihat adegan Tina. Kalaulah Opah aku nampak...

No comments:

Post a Comment