Tuesday, 17 April 2012

bab 24 (menerjah ke lubuk hati)

   Opah mendapatkanku yang sedang berehat di kamar tidur setelah Fareez keluar. Opah meraut pipiku dengan sekuntum senyuman.
   "Adakalanya kita perlu mengenepikan segala prasangka demi orang yang kita cintai. Pandangan mata tidak semestinya benar. Amy jangan sesekali ulangi kesilapan yang sama ya sayang. Meninggalkan suami tanpa keizinannya adalah sesuatu yang salah di sisi agama. Fareez telah menceritakan segalanya pada Opah sebelum dia berkahwin dengan Amy lagi. Opah tahu siapa Aqila. Opah juga tahu siapa Farah. Cinta Fareez pada Amy adalah suci jadi balasnya dengan kepercayaan dan kasih sayang yang tiada berbelah bahagi," nasihat Opah. Tanpa ku sedari air mataku menitis. Aku rasa terlalu berdosa. ku peluk Opah. Mulai saat ini aku berjanji akan sentiasa mempercayai Fareez. Tina yang memandangku dari muka pintu juga tersenyum memandangku. Dia duduk di sebelah Opah.
   "Kalau kekasih macam mana Opah?," soal Tina.
   "Kalau kekasih nanti Opah cucuk hidung kamu dengan sudip!," Opah memicit hidung Tina. Setelah Opah meninggalkan kami aku menarik tangan Tina supaya rapat denganku.
   "kau bercinta dengan Halim ya Tina?," soalku. Tina tersipu - sipu malu. Dia ketawa kecil. Geli hati pula aku melihat gelagat Tina ketika itu.
  "Ya. Ala... takkan engkau sahaja yang mahu rasa nikmat cinta. Aku pun nak rasa  juga," ujarnya. Aku ketawa besar.
  "Engkau tau tak, semalam aku tengok wayang tau. Halim tu penyayang. Sepanjang masa dia pegang tanganku. Takut aku lari kot!," ketawa Tina. Aku turut ketawa bersama.
   "Itu bukan penyayang tapi penggatal..," kataku. Tina mencubit pipiku. Marah benar dia apabila aku berkata begitu pada Halim.

     Fareez membawaku makan malam romantik di sebuah restoran mewah. Sangat romantik. Hanya kami berdua di dalam restoran tersebut. Aku rasa Fareez menyewa seluruh restoran tersebut. Alunan muzik yang mendamaikan membuatkan aku rasa seperti seorang puteri raja.  Aku tersenyum lebar. Makanan di hadapan  kujamah sedikit.
   "Buat apa buang duit macam ni. Kalau bawa kedai mamak pun Amy boleh makan," kataku.
   "Baru semalam Amy muntah selepas makan roti canai kan. Anak abang tak nak makan roti canailah sayang," senyum Fareez yang kelihatan sangat kacak pada malam ini.
   "Lepas makan abang nak bawa sayang pergi ke sebuah tempat. Tak jauh dari sini. Abang tahu Amy tak larat nak pergi jauh- jauh," sambung fareez sambil memegang jari - jemariku. Aku hanya makan sedikit. Tidak sabar mahu ke tempat yang dimaksudkan Fareez sebentar tadi. Setelah selesai makan Fareez membawaku ke tasik putrajaya. Kami duduk berdua melihat tasik dan lampu yang sungguh indah.
   'Dah pukul 10 malam. Bila nak balik ni. Nanti lambat pula," kataku.
   "Buat apa nak balik sayang. Kita tidur di sini," kata Fareez pula.
   "Ala... tak baiklah abang ni. Adakah patut suruh ibu hamil tidur dekat kawasan tasik. Mama cakap nanti tersampuk," kataku. Fareez ketawa. Aku mencubit pahanya. Geram pula aku melihat dia mentertawakanku sebegitu.
   "Dekat sinikan ada hotel. Kita tidur sahaja di sini ya.Baju semua abang dah bawa. Kita bercuti di sini dua hari. Dekat tapi cantik. Amykan suka bercuti kawasan - kawasan yang berhampiran sahaja," katanya. Aku memeluknya. Rasa bahagia apabila berbaik semula selepas beberapa hari bertengkar. Fareez memandangku dengan satu pandangan yang membahagiakan.
   "Selepas ini apa sahaja yang terjadi kita mesti saling mempercayai ya, sayang. Kepercayaan sangat penting dalam rumahtangga.  Hidup bersama dengan sayang adalah perkara yang paling indah buat abang. Jangan lari lagi ya sayang. Abang macam orang gila mencari sayang ke sana - sini. Lagipun kesian anak kita, dalam perut lagi dah kena buat marathon," kata Fareez. Aku ketawa besar.
   "Baiklah Encik Fareez. Mulai hari ini saya tidak akan lari tetapi saya akan merangkak dan menonggeng kalau Encik Fareez menyakitkan hati saya," kataku sambil mengangkat tangan seperti berikrar. Fareez tersenyum dan memeluk bahuku mesra. Terima kasih Allah..... mengembalikan kebahagiaan kami berdua.

No comments:

Post a Comment