Tina pulang dengan tergesa - gesa. Fareez telah menelefonku sebelum Tina pulang ke rumah. Menurut Fareez, Tina telah bertengkar dengan Halim dan pertengkaran itu telah membuatkan Tina lari dari pejabat. Telefon berdering dan aku mengangkatnya.
"Assalamualaikum sayang. Tina dah pulang ke rumah?. Abang risau jika dia ke mana2 tadi" suara Fareez agak cemas.
"Sudah abang. Dia terus masuk ke dalam biliknya tadi. Amy tak sempat tanya apa- apa pun," jawabku.
"Biarkan dia sejuk dahulu. Tak mengapalah sayang. abang terpaksa pulang lewat hari ini sebab pekerja abang dah lari balik rumah,"gurau Fareez. Aku meletak ganggang telefon dan terus ke dapur.
"Awal pula Tina balik?," soal Opah. Bau mee goreng opah amat menyelerakan. Mak Jah sedang sibuk membaca majalah.
"Tengah bergaduh dengan Halim," jawabku ringkas. Opah ketawa. Amboi... suka pula hati Opah mendengar Tina bergaduh dengan Halim.
"Kenapa Hajah Seri?. Kelakar sangat ke?," soal mak Jah.
"Tak adalah, budak - budak sekarang ni kan, kalau bergaduh saja lari. Tengok macam cucu aku ni. Kadang - kadang kasihan juga aku tengok orang lelaki. Bini lari, makwe lari. Penat nak mengejar. Fareez hari tu, siap tak makan mencari Amy ni. Macam budak - budak!," leter Opah. Eh, aku pula yang kena. Alah... kalau Tok Wan buat hal, Opah pun akan lari macam aku juga. Daripada mendengar leteran Opah, lebih baik aku pergi mendapatkan Tina di biliknya. Aku membuka pintu bilik perlahan - lahan. Kulihat Tina menangis teresak - esak. Hampir basah bantal peluk dek terkena air matanya itu.
"Kenapa Tina?," soalku sambil menggosok belakang badannya.
"Aku benci dengan Halim!," jeritnya. Aku memegang perutku. Terperanjat pula anak dalam kandunganku ini.
"Kau ni kan, janganlah menjerit begini. Terkejut anak aku nanti," kataku bergurau.
"Ada patut dia kata aku ni tak matang langsung. Dia suruh aku matang sedikit. Jangan jadi macam budak - budak!," sambungnya lagi.
"Kenapa dia kata begitu?," soalku pula.
"Aku cuma nak belon kat pasaraya tu. Aku suruh dia ambilkan. Dia kata tak boleh sebab belon tu untuk hiasan upacara perasmian pembukaan pasaraya tu. Dia tak ambilkan. Aku cakaplah, kalau sayangkan aku, dia mesti pergi ambil. Kau tahu tak, dia buat tak tahu dan terus masuk kereta. Aku tanya dia kenapa tak nak ambilkan?, dia jawab malas nak layan aku yang macam budak - budak ni," Tina meraung lagi.
"Laa... itu aje ke?. malas aku nak layan. Memang macam bebudak pun. Nasib baiklah Halim masuk dalam kereta aje. Kalau aku, humban je kau kat dalam tandas pasaraya tu," jawabku selamba.
"Aku ingat aku saja yang teruk tapi kau lagi teruk. Dah, mandi lepas tu kita makan malam sekejap lagi ya," aku bangun dan keluar dari bilik Tina.
Fareez pulang dengan sekuntum senyuman melihat aku sedang mengatur pinggan di meja makan. Fareez mendekatiku dan merapatkan mulutnya ke telingaku.
"Halim datang. Dia ada di luar. Panggil Tina makan ya. Jangan beritahu Halim ada di sini. Kejutan!," bisik Fareez. Aku memanggil Tina di biliknya dan kemudian terus ke dapur untuk menambah pinggan untuk Halim. Mak Jah masuk ke dapur dan ketawa terkekeh - kekeh. Opah juga begitu.Aku hairan.
"Kenapa Mama, Opah?," soalku. Mereka berdua ketawa besar. Aku membiarkannya sahaja dan terus membancuh air.
"Pandai hajah seri suruh Tina duduk memebelakangkan pintu jadi dia tak nampaklah Halim ya," bisik Mak Jah.
"Aku memang pandai," Opah masih ketawa. Mereka semua sudah duduk di meja makan. Aku keluar dan mendapati Halim sudah masuk tetapi Tina langsung tidak sedar. Kini aku tahu apa yang menyebabkan Opah dan Mak jah ketawa terbahak - bahak tadi. Rambut Tina kusut masai, mukanya penuh dengan bedak sejuk yang tebal. Dia hanya memakai kain batik dan baju besar kepunyaan ayahnya. Itulah Tina kalau di rumah. Terbeliak mata Halim apabila melihat rupa Tina begitu. Tina masih belum perasan. Halmi mendekatinya dan Tina menoleh. Terkejut besar Tina apabila melihat halim di sisinya. Dia menjerit dan terus berlari ke bilik. Mereka yang lain ketawa. Aku terkedu. Tak sempat untuk memberitahu Tina. Fareez bngun dan memimpin tanganku duduk di sebelahnya.
"Aku tak tahu Tina seksi benar bila di rumah," kat Halim. Opah dan Mak Jah masih menekan perut. Tidak tahan melihat reaksi Tina yang sungguh kelakar bagi mereka. Beberapa minit kemudian Tina keluar dengan wajah yang sudah siap di rias. Pakaiannya juga sudah di tukar. Dia malu - malu duduk di sebelah halim. Mukanya merah padam. Halim senyum lebar.
"Walaupun muka awak tadi macam tepung gomak, saya tetap sayang," kata Halim. Tina tunduk memandang meja. Opah dan Mak Jah ketawa lagi.
"Tepung gomak pun tepung gomaklah, sedap juga di buat cekodok," kata Mak jah. Kali ini Halim ketawa pula. Tina mencubit lengan halim.
"Sampai hati Opah dan Mak jah tau!," rajuknya. Fareez memandangku dan tersenyum gembira. Kami semua makan dengan penuh kegembiraan. Halim membawa hadiah buat Tina. Tina membukanya. Apabila kotak hijau itu di buka, Opah yang berada di sebelah kiri Tina ketawa besar. Rupa - rupanya Halim menghadiahkan Tina sekotak belon yang berwarna - warni. Kali ini Fareez pula ketawa. Tina bingkas bangun tetapi di tahan oleh Halim. Kali ini Halim mengeluarkan sesuatu dari kocek seluarnya. Dibukanya kotak baldu itu dan kelihatan sebentuk cincin berlian yang bersinar - sinar.
"Sudikah Cik Tina menjadi isteri saya yang sah dunia dan akhirat?," Halim masih menanti reaksi daripada Tina. Tina kelu. Beberapa ketika dia mengambil cincin itu dan mengangguk tanda setuju. Halim bangun dan dengan cepat Tina memeluk Halim. Fareez dan aku berpandangan. Opah bingkas bangun dan mencubit punggung Tina.
"Amboi... belum sah!. Nikah dulu. Dah, pergi duduk situ," kata Opah sambil tangannya menarik badan Tina. Halim tersipu - sipu malu.
"Tina dan Amy ni kalau aw\wak nak tahu satu spesis. Kalau gembira je peluk kita," kata Fareez. Halim ketawa. Kali ini aku mencubit Fareez dengan kuat. Aku rasa aku ni lebih ok daripada Tina la.Hmm.... sekurang - kurangnya aku tak pernah merajuk sebab belon!.
No comments:
Post a Comment