Pagi - pagi lagi aku sudah bangun. Malam tadi tidurku tidak nyenyak. Pelbagai perasaan bermain - main di kotak fikiranku. Kali ini aku harus meminta pertolongan daripada Mak Jah. Aku tahu Mak jah mampu membantuku.
"Mak Jah sayang.... boleh tanya sikit tak?," soalku dengan nada yang manja. Puan Sri Normah tidak ada di rumah kerana pergi bercuti bersama rakan perniagaannya di Sabah. Dia mengajakku tetapi belum masanya untuk aku terlalu rapatnya. Aku yakin, ada sesuatu yang di sorokkan daripadaku. Belum masanya lagi.
"Ya Amy sayang... kenapa?," soalnya kembali. Tangannya ligat memotong bawang untul di buat sam bal tumis ikan bilis kesukaan Fareez.
"Siapa Farah?,". Mak Jah berhenti memotong bawang dan memandangku dengan satu senyuman yang tidak pasti. Tidak pernah - pernah Mak Jah memberikan senyuman sebegini kepadaku. Tidak mengapa. Misi harus di teruskan.
"Madu Mak Jah," jawabnya ringkas. Dia memandangku tepat.
"Kekasih Fareez?,". Aku masih lagi menyoal. Aku ingin tahu.
"Dahulu. Tapi dah lama putus. Mereka pernah bertunang. Tak ada jodoh,". Aku bagai di hempap seketul batu yang besar di atasku. Tunang? bekas kekasih?. Oh tidak, tidak mustahil jika mereka berdua akan bersatu kembali. Kali ini aku betul - betul rasa bimbang. Rasa bimbang itu usdah menerjah ke lubuk hatiku ini. Buat pertama kali di dalam hidupku ini, aku rasa sesuatu yang pterlalu pedih selain daripada kehilangan ibuku yang tersayang. Bukankah bagus jika Opah ada di sisiku. Sudah pasti dia akan menenangkanku.
"Jangan risaulah... itu semua kisah lama. Amy boleh mulakan kisah baru bersama Fareez bukan?. Jangan terlalu bersedih. Yakin diri. Amy juga secantik Farah. Cuma kadangkala Amy ini tidak matang," ujar Mak jah. Amboi!, macam tahu - tahu pula apa yang bermain di benakku ini. Ya la.... orang lamalah katakan. Aku hanya mengangguk. Aku tidak menafikannyakerana itu bukan caraku. Opah selalu mengingatkan aku supaya sentiasa bersikap jujur dengan diri sendiri mahupun orang lain.
"Amelia...,". Fareez memanggilku. Aku pergi mendapatkannya di meja makan.
"Tidak mahu makan bersama saya?," soalnya. Aku hanya menguntum senyum.
"Senyum pula, Saya ajak makan bersama ni. Mama tiada jadi saya tiada teman untuk makan. Mari," pelawanya. Aku terus duduk di atas kerusi tetapi agak jauh sedikit daripadanya.
"Kenapa Amelia macam tidak gembira semalam?,". Soalan yang tidak mampu dan tidak patut untukku menjawabnya. Takkan aku nak kata aku cemburu kot!. Malulah aku...
"Cemburu?," tekanya. Arghhhh....... kurang asam betul fareez ni. macam tahu - tahu pula. Aku tidak memandang ke arahnya.
"Saya tak boleh cakap. Saya puasa cakap," . Jawapan selamat. Aku terus bangun dan menuju ke kamarku. meninggalkannya sendirian. Aku rasa aku makin tidak tentu arah. lelaki itu terlalu berterus terang.
Aku makan tengahari bersama Mak Jah. Hanya kami berdua sahaja yang tinggal di dalam rumah itu.
Masakan hari ini begitu menyelerakan. mak jah masak kari nangka bersama daging rincit.
" Mak Jah kenal ibu saya?. Soalan aku itu membuatkan Mak Jah berhenti menyuap makanan ke mulutnya. Air matanya mula bergenang. Ada sesuatu yang di sembunyikan. Aku mahu tahu.
"Dia seorang yang baik sekali. Mak Jah adalah rakan baik Ibu Amy. Ibu Mak Jah adalah orang Gaji di rumah datuk Mahfuz, Datuk Amy. Kami berdua berkawan rapat. Pergi sekolah bersama. Kami lakukan apa sahaja bersama," terangnya. Aku tekun mendengar.
"Ada peristiwa pahit yang berlaku sehingga ibu Amy di halau keluar dari rumah ini dan selepas itu Mak Jah langsung tidak mendengar khabar daripada Ibu Amy. Cuma pada suatu hari, ketika itu umur kami 16 tahun, Mak Jah menerima khabar bahawa ibu Amy sudah berkahwin dengan ayah Amy," sambungnya. Peristiwa
pahit?. Kali ini aku benar - benar ingin tahu.
"Bilik yang Amy duduk sekarang ini adalah bilik ibu Amy dahulu. mak jah hiaskan segalanya untuk Amy. Mak Jah cuba berlakon tidak mengenali Amy apabila Amy mula - mula sampai tetapi Mak Jah tidak boleh. Kerana kami pernah berjanji sekiranya kami ada anak, anak itu adalah anak kami berdua. Mak Jah tidak berkahwin setelah mendengar berita kematian ibu Amy kerana Amy adalah satu - satunya anak Mak Jah,". Mak Jah mula menangis. Aku mula merasakan yang Mak Jah begitu sengsara.
"Mak Jah tidak boleh rahsiakan perkara ini lagi. Sebenarnya segala apa yang ada adalah milik ibu Amelia. Puan Sri Normah bagai gunting dalam lipatan. Jangan sesekali mendengar katanya. Mak Jah masih berada di sini untuk menyelamatkan Amy dari dia yang kejam itu," tambahnya.
"Fareez," soalku. Mak Jah menggenggam jari - jemariku.
"Fareez tidak tahu apa - apa. Lagipun dia bukan anak kandung Puan Sri Norma tetapi anak tirinya sahaja,".
Aku tergamam. banyak sungguh rahsia di dalam rumah yang tersergam indah ini. Kini aku tahu. Opah sudah tentu tidak tahu mengenai perkara ini. Tidak tahu kakak arwah menantunya seorang yang kejam.
"Amy mahu pulang," kataku.
"Jangan!. Sudah tiba masanya untuk Amy mendapatkan semula hak Amy," kata Mak Jah bersungguh - sungguh. Dia kelihatan sedih dan jiwanya seolah - olah telah hilang. Segala homur yang ada padanya seolah - olah hilang ketika ini.
"Boleh Amy panggil Mak Jah mama?,". Permintaan aku sebentar tadi di sambut dengan tangisan dan pelukan daripada Mak Jah.
" Boleh sayang, Amy memang anak Mama,". Kami berdua menangis. Aku kini seolah - olah diberi kekuatan untuk menempuh sesuatu yang aku pasti amat mencabar.
No comments:
Post a Comment