Wednesday, 4 April 2012

bab 6 (menerjah ke lubuk hati)

   Aku tidak banyak bercakap banyak apabila Puan Sri Normah pulang daripada percutiannya sebentar tadi. Tidak perlu berkata apa - apa pada orang yang telah mengkhianati ibuku. Padaku, tiada lagi Mak Long selain mak Long sebelah arwah ayahku di kampung. Dia tidak layak di gelar 'Mak Long". Segalanya membuatkan hati aku hancur. Menjadi debu yang beterbangan. Puan Sri Normah mendapatkanku di dapur.
  "Hai... apa yang anak Mak Long buat di dapur dengan Mak Jah ni. Hmm.. rajin betul memasak," dia mengusap kepalaku. Lagaknya seperti tiada apa - apa yang berlaku. Aku hanya tersenyum tawar. Mak Jah memandangku.
  "Masak apa hari ini Jah?," soalnya kepada Mak Jah. Mak Jah yang sibuk menyiang sawi berhenti menyiang. Dipandangnya wajah Puan Sri Normah dengan pandangan yang kosong.
   "Masak lemak cili api dengan sawi goreng. Sambal sotong kegemaran Puan sri pun saya dah masakkan," jawab Mak Jah. Puan Sri Normah mengangguk dan terus berlalu. Sebenarnya, Puan Sri Normah bukan selalu berbual denganku. Masaku banyak di habiskan dengan Mak Jah. Ada keserasian antara kami berdua.
  "Mama tak berkawan dengan Mak Longkah dulu?," soalku. Cuba mengorek rahsia lama.
  "Mana seronok kawan dengan orang yang tegas seperti dia. Dia tidak suka berkawan. Dia hanya berkawan dengan anak datuk - datuk sahaja. Anak orang gaji tidak dipandangnya langsung. Apa orang sekarang kata tu?.. hampeh," . Jawapan Mak Jah membuat aku ketawa terkekeh - kekeh.
Hampeh?. Mungkin itu juga pandangannya terhadapku.

    Malam ini kami semua akan makan malam di Bora Ombak. Aku memakai baju yang di pilih oleh Puan Sri Normah di butiknya tempoh hari. Hmm... nampak macam cantik juga aku ni. Aku tersenyum sendiri. Sedang menunggu Puan Sri Normah turun ke bawah, aku mendapatkan Fareez di keretanya.
Dia memandangku dengan suatu pandangan yang berbeza. Dia mendekatiku. Alamak hai... jangan aku pengsan seperti hari itu sudah. Hatiku berdegup kencang. Dia betul - betul hampir denganku. Dia membuka ikatan rambutku dan melepaskan keseluruhan rambutku. Fareez mengusap lembut rambutku dan tersenyum manis. Aku sudah pun hampir pitam. Jangan Amelia...... kawal diri!.
"Amelia nampak lebih cantik jika rambut di biarkan lepas seperti ini. Sangat ayu," kata - katanya membuatkan aku hampir terjatuh tetapi mujur dia sempat menyambutku.Alamak hai... malunya....
 "Dah sudah... jangan nak buat filem Sanggam kat sini. Mak Jah ni pun tak pernah ber 'Sanggam' ,". usik Mak Jah yang sememangnya selalu kacau daun. Aku bingkas bangun dan membetulkan baju dan rambutku. Fareez masih tersenyum dan masuk ke dalam kereta. Aku ni dah macam badut. Gabra tak tentu hala. Di dalam kereta aku tidak senang duduk. Dia sengaja pikat aku atau aku sahaja yang perasan?. Aku keliru tapi suka.....
   Masuk sahaja ke dalam restoran hatiku kembali tidak senang. Melihatkan Farah di hujung meja membuatkan aku rasa ingin pulang segera. Aku rasa fareez menyedari rasa tidak selesaku itu.
  " Jangan rasa rendah diri sangat. Jadi diri sendiri ya sayang...," kata - katanya itu menambah debar di hatiku. Sayang?????.. Dia dah gila apa?. Tapi aku suka. Aku suka dipanggil begitu oleh lelaki yang bernama Fareez. Aku mula mengukir senyuman. Senyuman terhebat seumur hidupku.
  "Hai Auntie, Farah ingat tak datang tadi," sapa Farah sambil memeluk Puan Sri Normah. Sangat cantik dengan gaun malam bewarna keemasan. Menampakkan kulitnya yang putih merah itu.
  "Hai Reez. I rindu sangat nak makan malam seperti dahulu," ujarnya sambil mengerling ke arahku. Alahai... ada aku kisah?. Sekurang - kurangnya dia tak dapat panggilan 'sayang' tu malam ni.
   "Ala.. tak payah drama sangatlah farah. mak jah dah lapar ni. Pesan makanan Fareez,". Mak Jah menyampuk. Aku lihat wajah Farah masam mencuka. Dia berbeza dari sewaktu aku bertemu pertama kali di rumahnya dahulu. Dia seolah - olah mahu membuktikan sesuatu padaku.
  "Ni.. yang pakai seksi - seksi. nampak sana sini ni tak sejuk ke?. Nanti demam penyu pula ,". lantang Mak jah bersuara. Puan Sri Normah menepuk paha Mak Jah sambil mengerutkan dahi. Fareez tidak berkata apa apa. Hanya mendengar perbualan Puan Sri Normah dengan Farah. Sepanjang malam itu, dia tidak berbual langsung dengan Farah. Fareez membuatkan aku tersipu - sipu malu kerana asyik memerhatikan aku makan pada malam itu.

No comments:

Post a Comment