Aku pulang ke kampung bersama Fareez dan mak Jah. Puan Sri Normah tidak dapat ikut sama kerana lusa dia akan pergi ke Australia atas urusan kerja. Aku lebih selesa begini. Tiada gangguan emosi. Perasaanku tidak tenang apabila Puan Sri Normah berada di sampingku.
"Mama tentu suka kampung Amy," kataku bersungguh - sungguh.
"Sejak bila pula Amelia panggil Mak Jah Mama?,". Soalan Fareez membuatkan kami berdua ketawa. Lebih kurang 2 jam perjalanan, kami tiba di kampungku yang terletak di Semanggol. Kelihatan Fareez dan Mak Jah begitu teruja.
"Saya tak pernah melihat sawah padi sebenarnya," akui Fareez. Aku apa lagi. Bantai gelak habis - habisan. Pergi ke luar negara tetapi sawah padi negara sendiri tidak pernah lihat. Kasihan sungguh!.
Kereta kami membelok ke kawasan rumah opah yang sentiasa bersih . Opah tidak suka jika halaman rumahnya kotor. Dia memang seorang yang mementingkan kebersihan. Opah keluar dengan senyuman lebar. Aku membuka pintu dan terus berlari mendapatkan Opah. Aku memeluk Opah erat - erat.
"Aduh... Amy, mati Opah kalau begini. Sesak nafas Opah ni, sayang," kata Opah sambil ketawa kecil. Di kucupnya pipiku berulang kali. Sudah tentu dia merindui aku, cucu tunggalnya. Aku sudah lupa akan Fareez dan Mak Jah sehinggalah opah mempelawa mereka berdua masuk ke dalam rumah.
"Amboi.. sampai hati tak ingatkan Mama ya?," Mak jah mencubit pipiku. Aku tunduk malu. Melebih - lebih pula aku. Fareez hanya senyum panjang. Aku tahu dia mengerti betapa rindunya aku pada opahku.
"Hajah Seri dah lama pulang?," Soal Mak Jah pada opah.
" Baru 2 hari, Jah," jawabnya dan terus duduk di samping Mak Jah. Opah seolah - olah sudah lama mengenali mak Jah. Di tepuk - tepuknya paha Mak Jah sambil air matanya menitis perlahan. Aku panik. Mak Jah memeluk erat Opah dan mereka berdua menangis bersama. Aku dan fareez hanya membiarkannya. mungkin ada sejarah silam antara mereka yang tidak perlu aku tahu.
Tiba waktu malam, Opah dan Mak Jah menghidangkan makan malam. Aku hanya menolong menyusun pinggan di meja makan. Ku lihat Fareez duduk di beranda rumah sendirian. Aku pergi mendapatkannya sebentar.
'Tentu awak bosan kan?," soalku sambil melabuhkan punggungku di atas tangga rumah. Kalau Opah nampak nahas aku di leterinya.
"Amelia sekejap panggil saya awak, sekejap panggil saya abang. Cuba panggil abang, lebih manis bunyinya. Lagipun saya kan lebih tua daripada Amelia," permintaan Fareez itu membuatkan aku tersipu malu. Alahai... malu pula aku.
"Baiklah abang, jemput makan di dapur ya abang," ujarku dan Fareez ketawa besar.
Aku lihat Fareez terkial - kial makan ikan pekasam. kasihan pula. Opah tersenyum lebar. Mak Jah menggelengkan kepalanya. Kelakar sungguh rupa Fareez ketika itu. Tetapi tidak mengapa. sekurang - kurangnya dia akan tahu cara hidup di kampung.
"Tak mengapa Fareez. Fareez makan ayam masak kicap tu," cadang Opah.
"Eh, tak mengapa Opah. Saya nak rasa makan makanan orang bendang," jawab Fareez. Aku mengambil ikan pekasamnya dan membuang tulang ikan itu satu persatu.
"Ehem...ehem.... Amy," suara Opah agak kasar. Aku tahu Opah marah tetapi rasa kasihan pada Fareez tidak dapat ku bendung lagi.
"Tak apa, abang buat sendiri,". Fareez mengelak.
"Abang?," aku dan Mak Jah serentak bersuara. Muka Fareez mula merah padam. Dia mula rasa malu. Fareez terus bangun dan mencuci pinggannya.
"Tak payahlah cuci pinggannya abang, nanti kecut pula tangan tu," usik Mak Jah. Aku dan Opah ketawa. Fareez tersenyum malu dan terus naik ke atas rumah. Aku mencuit pinggang Mak Jah.
"Apa Mama ni, malulah abang Fareez," kataku.
"Abang Fareez?," . Mak Jah meninggikan suaranya seolah - olah terkejut dengan panggilan itu. Kali ini aku turut rasa malu.
Waktu pagi di kampungku agak sejuk. Tepat jam 9 pagi, aku mengajak Fareez mengelilingi kampung. Sudah tentu dia mahu merasa bagaimana hidup di kampung. Aku hanya berjalan kaki. Takkan aku naik basikal berdua pula. Tentu aku akan jadi bahan bualan orang kampung. Dari jauh aku nampak Dollah sedang membajak sawah. Dia tetap kacak walaupun sudah 3 bulan tidak berjumpa. Dollah menghampiriku. Dia memandang sinis ke arah Fareez.
"Amy, lama tak jumpa?. Siapa lelaki ni?," soal Dollah sambil bersalaman dengan Fareez.
"Sepupu aku," Jawabku ringkas. Dia mengangguk tetapi pandangan matanya masih tidak lekang memandang Fareez.
"Aku pergi dulu. Kau jangan berdua - duan pula, nanti kena cekup padan muka,". Dollah memberi amaran. Aku tahu Dollah cemburu. Dari dulu lagi dia menaruh perasaan terhadapku. Aku hanya menganggapnya sebagai teman baik, tidak lebih daripada itu.
"Dia gay ke?. Pandang abang semacam je?,". Soalan Fareez itu membuatkan aku tergelak.
"Apalah abang ni, ada rupa gay ke?," soalku kembali dan Fareez menjungkitkan bahunya. Aku terus berjalan hingga ke hujung kampung. Fareez duduk di atas tunggul kayu melihat kanak- kanak bermandi manda di situ.
"Itu buaian yang Amy, Dollah dan Tina selalu main masa kecil dulu," terangku. Fareez mengangguk.
"Jom main buai tu nak," pelawaku sambil menarik tangannya. Fareez menggeleng.
"Jangan.. nanti jadi apa - apa pula," Fareez mula menasihatiku.
"Ala.... boleh ya sayang," rengekku. Fareez tewas. Dia mengikutku dari belakang. Dia belum tahu aku ini dulu seperti lelaki. Apa yang lelaki buat, aku juga boleh buat. Mujur hari itu aku memakai seluar jadi aku boleh main buaian tayar itu.
"Nanti basah Amelia,". Fareez masih tidak yakin.
"Tak lah abang, lepas bergayut ke seberang tayar ni akan bawa Amy balik kat sini. Tak basah punya," Aku memberikan penerangan yang ku kira agak bernas. Aku mula memanjat tali dan terus menghayunkan diriku ke arah sungai tetapi malangnya aku......... terjatuh sungai. Tali putus dan aku jatuh dalam keadaan yang tidak sepatutnya. Punggungku rasa sakit sekali sehinggakan aku tidak dapat menahannya. Sedar - sedar aku sudah berada di rumah Opah. Bagaimana aku boleh pulang ke rumah?.Dalam keadaan baru sedar aku lihat Fareez sedang menyapu minyak gosok di bahu dan lengannya. Fareez menoleh kepadaku dan hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.
Aku malu betul. Rasanya mahu saja aku lari rumah. Tak sanggup untuk menatap wajah Fareez lagi.
"Kasihan Fareez, terpaksa dukung Amy dari hujung kampung sampai pulang ke rumah!," bebel opah sambil memicit - micit kakiku. Aku menutup mukaku dengan bantal.Malu!!!!
No comments:
Post a Comment