Thursday, 5 April 2012

bab 8 (menerjah ke lubuk hati)

 Aku lihat Opah dan Mak Jah leka berbual di pangkin bawah pokok pelam. Asyik sungguh mereka berbual. Bagai teman lama yang sudah lama tidak berjumpa. Sedang aku memerhatikan Opah dan Mak Jah bersembang, aku ternampak kelibat sahabat baikku Tina datang ke rumah dengan basikal birunya. Tudungnya hampir terbang kerana dia membawa dengan basikal laju sekali. Macam pelumba basikal negara.
    "Sampai hati tak datang rumah aku tau,". Tina memukul lenganku. Aku hanya senyum meleret.
    "Aku dengar ada mamat kacak dukung kau masa kau pengsan semalam,". Alamak, satu kampung dah kecoh. Dapat pula Si Minah pembawa berita sensasi ni.
    "Mana dia. Aku dengar kacak. Boleh aku cuba cari peluang sikit. Sepupu kau kan,". Tina mengintai - ngintai ke dalam rumahku. Tina ini tidak boleh di layan. Muka sahaja lawa tetapi gatalnya mengalahkan aku. Lagi dasyat, gatalnya mengalahkan kutu monyet!. Belum sempat aku berdalih, Fareez keluar dengan senyuman yang sangat manis. Dia berbaju melayu dan berkain pelikat. Rasanya mahu ke surau untuk solat zuhur. Terbeliak mata Tina memandang Fareez yang menghadiahkan sekuntum senyuman buatnya. Ini tidak boleh jadi. Aku bingkas bangun dan menarik tangannya masuk ke dalam rumah. Aku mengheretnya pula ke dapur.
    "Kenapa ni Amelia?. Habis air wuduk abang batal," rungut Fareez. Aku mencubit sedikit lengannya.
   "Kenapa ni sayang?," soal Fareez dengan lembut.
   "Abang jangan lalu depan tau. Abang lalu dapur. Amy tak suka tau. Nati maksiat berlaku," aku berdalih. Fareez memandang tepat ke dalam anak mataku.
   "Hmmm... kes cemburu," jawabnya dan terus keluar ikut pintu hadapan. Tina apa lagi?. Tersengih - sengih macam kerang busuk. Kerang itu pun tidak sebusuk dia.
   "Nak  pergi berjemaah ye, abang?," soal Tina dengan manja. Fareez memandangku yang berdiri di muka pintu. Langsir pintu ku pintal - pintal dengan rasa geram.
   "Ya cik adik. Cantik baju. Tak pernah tengok baju secantik ini seumur hidup abang," puji fareez sambil matanya mengenyit kepadaku. Bukankah bagus kalau aku boleh mengetuk kepala Tina dengan lesung batu milik Opah?. Biar waras sedikit otak Tina itu. Hilang sahaja Fareez dari  pandangan, lekas -lekas Tina bangun mendapatkanku.
  "Aku jatuh cinta. aku nak balik dulu. Nak solat zuhur di surau," terangnya dan terus pulang. Ha.... tak baik sungguh menjadikan surau tempat mengurat Fareez. Aku benci betul dengan Si Tina ni. Kawan baik apa begini?. Sepatutnya dia tanya dahulu siapa Fareez di hati aku ni. Kejam sungguh insan bernama Tina ni.

    Pulang sahaja Fareez dari surau, kami semua makan tengahari bersama. Aku tidak mahu bercakap dengan Fareez. Geram betul. Fareez hanya tersengih - sengih. Aku mencedokkan nasi dan letak di hadapannya. Opah mencubit pahaku.
   "Mari ikut opah,". Opah menarik tanganku masuk ke dalam biliknya.
   "Fareez ambil cuti seminggu untuk temankan Amy. Jangan buat tetamu begini. Berdosa. Opah tak mahu cucu Opah biadap dengan tetamu ya," Opah mengusap pipiku dan terus keluar. Nampaknya aku harus menjadi seorang pelakon hari ini.
   "Cik abang nak lauk apa ya," pelawaku.
   "Ikan pekasam tu dengan gulai kari ya,". selamba sahaja Fareez menjawab. Macam tak buat salah sahaja. Aku mencedoknya dan meletakkan beberapa ekor ikan pekasam ke dalam pinggannya. Aku lihat dia makan dengan berselera sekali.
   "Tak sangka betul Fareez dah pandai makan ikan pekasam," tutur mak Jah. Opah mengangguk - angguk mengiyakannya.
   "Bolehlah kahwin dengan Amy," kata - kata Mak Jah itu membuatkan aku terserdak. Fareez juga terdiam. Tidak sangka mak Jah berani mengeluarkan cadangan itu di hadapan Opah. Aku lihat riak wajah Opah biasa sahaja. Macam  tahu - tahu sahaja hubungan kami.

   "Hajah, Jah rasa kita perlu beritahu semuanya pada Amy," ujar Mak Jah. Aku terpinga - pinga. Fareez tiada du rumah. Ke surau untuk menunaikan solat isyak. Opah mengangguk - angguk. aku hanya mambisu. Berdiam diri untuk mendengar segalanya.
   "Sebenarnya....," Mak Jah mula bercerita.
  "Fareez adalah anak tiri kepada puan Sri Normah. Segala tanah yang dimiliki Puan Sri Normah adalah milik Amy. Syarikat yang Fareez uruskan adalah hak milik Fareez sendiri. Harta arwah Tan Sri Ahmad, bapa Fareez. Tempoh hari Mama ada beritahu bukan?. Puan Sri Normah telah memfitnah ibu Amy supaya Datuk Mahfuz menghalaunya keluar dari rumah kerana Puan Sri Normah sangat dengki dan benci pada ibu Amy. Puan Sri Normah tidak mempunyai sebarang hak kerana dia cuma anak saudara yang menjadi anak angkat Datuk Mahfuz sebelum lahirnya ibu Amy. Dia telah memfitnah ibu Amy melakukan maksiat bersama arwah ayah Amy dengan memerangkap mereka berdua di sebuah bilik hotel milik Datuk Mahfuz. Ibu Amy yang baru berusia 16 tahun itu tidak tahu apa - apa. Dia seorang yang baik, sudah tentu Allah memberi kebahagian kepadanya,". Aku masih lagi mendengar. Air mataku sudah pun keluar membasahi pipi.
   "Walaupun ayah dan ibu Amy tidak mengenali antara satu sama lain ketika itu, Datuk Amy tetap mahu menikahkan mereka berdua dan kemudian menghalau mereka pada malam pernikahan itu juga. Puas mama dan ibu Amy menjelaskan perkara sebenar tetapi Datuk Mahfuz sangat degil orangnya,"
Mak Jah dan Opah menagis. Aku juga menangis.
  "Mereka berdua bahagia cu. Ayah dan ibu Amy sangat bahagia sehingga ke akhir hayat mereka. Jah masih di sana kerana mahu menjaga hak milik kau cu," terang opah pula.
  "Sebelum datuk Mahfuz meninggal, dia telah tahu perkara sebenar dengan membaca diari lama milik Puan Sri Normah yang tercicir di tangga rumah. Datuk mahfuz telah menukarkan wasiat hartanahnya kepada cucu tunggalnya, Amelia sebelum dia meninggal dunia pada malam itu juga. Dia meninggal kerana serangan jantung.
   "Setelah pemergian ayah Amelia ketika Amelia 3 tahun, Opah dengan ibu telah pergi ke rumah Datuk Mahfuz untuk berjumpa dengannya tetapi di halang oleh perempuan kejam itu. Di tolaknya ibu dan Amelia ketika itu. Fareez yang ketika itu berusia 8 tahun yang telah membantu ibu Amy dan Amy dengan menarik - narik baju Puan Sri Normah. Fareez mengangkat Amy dan menyerahkan Amy pada Opah. Sebab itu Opah sayangkan Fareez walaupun tahu Fareez itu anak tiri perempuan itu. Kalau tidak jangan harap dia boleh jejakkan kakinya di sini," Opah mengesat air matanya. Tiba - tiba Opah berhenti berbicara. Dia memandang ke arah pintu. Rupanya Fareez sedang mendengar perbualan kami sejak dari tadi lagi. Fareez mendapatkan Opah dan memeluk opah dengan penuh makna. Opah menangis semakin kuat. Kami semua menangis tanpa rasa segan lagi. Menangislah jika ianya mampu meringankan rasa sakit di dalam jiwa.
   Aku dapat melihat rasa kesal dari dalam mata Fareez. Walaupun dia bukan punca dan penyebabnya, rasa bersalah itu mulai menular dalam jiwanya.
Opah dan Mak Jah sudah tidur. Aku tidak mampu melelapkan mataku. Aku mendapatkan Fareez yang masih belum tidur di beranda rumah.
  "Maafkan abang sayang," Dipandangnya wajahku dengan pandangan yang sayu. Aku hanya tersenyum kelat. Aku simpati dengannya. Rasa bersalah walaupun dia langsung tiada kaitan dengan semua ini.Fareez menyentuh jari jemariku. Aku rasa kehangatan tangannya. Sehangat kebencianku terhadap Puan Sri Normah.

    

   
  

No comments:

Post a Comment