Tuesday 8 May 2012

bab 13 (cinta sos dan kicap)

    Amri membawa Suraya ke Cameron hingland. Suraya tersenyum gembira. Sudah lama dia tidak pergi ke situ. Kali terakhir dia pergi ialah 4 tahun yang lepas.
    "Aku tak bawa baju panas" kata Suraya.
   "Aku ada bawa" jawab Amri. Amri membawa beg Suraya masuk ke dalam hotel.
   "Kita duduk sekali ke?" soalan Suraya itu membuatkan Amri berhenti melangkah.
    "Kita orang Islam. Tak boleh duduk sekali. Kau duduk bilik kau. Aku duduk bilik aku"kata Amri. Suraya tersenyum. Dia saja mengusik Amri. Dia juga tahu semua itu.
   "Kalau aku takut?" soal Suraya. Sengaja mahu membuatkan Amri pening kepala.
   "Peluk bantal"  jawab Amri selamba. Suraya memerhati sekeliling.
    "Cantiknya hotel ni. Mesti mahal. Banyaknya duit kau". kata Suraya. Amri hanya membisu.
Amri mengambil 2 kunci bilik dan di serahkannya satu kepada Suraya. Mereka menaiki lif.
    "Ini bilik kau. Bilik aku dekat hujung tu. Kalau ada apa - apa panggil aku" kata Amri.
    "Kalau rindu nak panggil juga?" soal Suraya. Amri menggeleng kepala. Kepalanya makin pening melayan perangai Suraya. Suraya masuk ke dalam dan terus baring di katil. Dia kepenatan. Suraya tertidur. Dia tidak tahu Amri sedang menunggunya di bawah. Amri menelefonnya berulang kali. Tiada jawapan. Amri terpaksa naik semula ke atas dan mengetuk pintu bilik hotel Suraya. Terpinga -pinga Suraya membuka pintunya.
    "Sos... aku yang bawa kereta pun tak penat. Kau nak tidur?. Kalau begitu tidur saja. Biar aku seorang pergi makan"ujar Amri. Suraya memegang perutnya yang berkeroncong. Suraya lekas - lekas mandi dan mengikut Amri makan di bawah.
    "Boleh panggil sayang?," soal Suraya sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya. Amri tergelak. Dia tidak menjawab.
     "Bolehlah... tempat cantik begini takkan tak boleh panggil sayang" rengek Suraya.
    "KIta berlakon nak. Jadi macam suami isteri. Kau panggil aku darling" sengih Suraya. Amri menggeleng kepala. Suraya masih tersengih - sengih memandangnya.
    "Tapi kau jangan lebih - lebih nak pegang aku" Amri memberi syarat.
    "Ok. Tapi kita duduk lain bilik tau" ujar Suraya lagi.
     "Astaghfirullah.... memang la. Aku pun tak ingin tidur sebilik dengan kau. " kata Amri pula. Suraya tergelak besar.
    "Itu pun nak marah" Suraya mencebik.
     "Pandai kau beli baju panas untuk aku. Cantik macam aku" senyum Suraya. Amri buat - buat tidak dengar. Sesudah mengisi perut, Amri dan suraya berjalan - jalan sekitar kawasan di situ. Suraya memaut lengan Amri. Amri memandang Suraya yang tersenyum - senyum.
    "Dah mula dah" kata Amri.
    "Apa dia sayang" soal Suraya. Amri ketawa.
    "Rasa geli lah sos" kata Amri.
    "Apasal pula geli"
    "Cara kau panggil sayang tu gemalai sangat. Tak macam kau" jawab Amri yang masih ketawa.
    "Kenapa ?. Tak romantik langsung ke?" soal Suraya pula. Amri menggeleng.
    "Lantaklah. Cuba panggil aku darling" arah Suraya. Amri menggeleng tidak mahu.
    "Panggillah sayang." pinta Suraya. Amri masih tidak mahu. Suraya menarik tangannya semula dan terus melangkah. Amri serba salah.
     "Darling.." panggil Amri dengan lembut sekali. Suraya menoleh. Amri mengenyitkan matanya. Suraya ketawa dan datang semula memaut lengan Amri.
     "Ya sayang." jawab Suraya. Kali ini Amri hanya tersenyum. Hatinya senang melihat Suraya gembira seperti itu.

      Mereka balik semula ke hotel setelah puas bersiar - siar. Sebelum sampai ke biliknya, Suraya meminta baju panas yang dipakai oleh Amri.
     "Nak buat apa?" soal Amri.
     "Nak peluk masa tidur" jawab Suraya jujur. Amri membukanya dan diberi kepada Suraya.
     "Selamat malam sayang" ujar Amri sambil menggosok - gosok rambut Suraya. Bibir Suraya tidak henti - henti mengukir senyum.
      "Kenapa senyum?," soal Amri. Hairan melihat Suraya.
     "Suka dengar abang panggil sayang" kata Suraya.
     "Abang pula?. Nak mana satu sebenarnya ni ?" senyum Amri.
      "Panggil abang boleh?," soal Suraya. Amri ketawa lagi.
     "Banyaknya permintaan. Yelah, abang panggil Sos sayang" kata Amri. Suraya memeluk lengannya dan dilentokkan kepalanya di bahu Amri.
     "Nak kena tangkap basah ke sayang oiii" ujar Amri. Suraya terus melepaskan pelukan dan mengangguk tanda faham.
      "Bye abang" Suraya melambai. Amri masuk dan menutup pintu. Amri masih tersenyum. Suraya memang membahagiakan walaupun kadang kala sikapnya itu mangalahkan kanak - kanak. Suraya mandi dan terus tidur sambil memeluk baju panas Amri yang masih berbau harum.
  

   Suraya mahu makan buah strawbery. Amri membawanya ke sebuah ladang strawbery . Suraya nampak teruja. Pemilik ladang tersebut menghampiri mereka berdua.
  "Nampak suka sangat ni... memang suka makan strawbery ke?," soal lelaki lewat 30 tahun itu dengan ramah.
   "Dia nak makan sangat" senyum Amri.
   "Kami ada kafe di atas. kalau nak makan, boleh ke sana. Ada aiskrim, wafel dan macam - macam lagi" pelawa pemilik ladang itu.
    "Tapi sayang nak yang segar abang" kata Suraya. Amri mengerutkan keningnya.
    "Mengidam ke?. hamil?" soal pemilik ladang tersebut. Amri menelan air liur.
    "Ya. baru masuk 3 minggu ni. Itu yang mengidam sangat ni" kata Suraya selamba. Terbeliak biji mata Amri memandang Suraya yang tersengih - sengih. Dia mengusap - ngusap perutnya. Amri menggaru kepala. Perangai gila Suraya kadang kala melampaui batas.
   "Ambil yang ini. Ini pasti manis" pemilik ladang itu menghulurkan dua biji buah strawbery kepada Amri dan Suraya.
   "Saya memang tak sampai hati dengan perempuan hamil. Tak mengapa, makan sahaja. Saya belanja" senyum pemilik ladang.
   "Alhamdulillah.. tengok tu anak mama.... baik pakcik ni kan" Suraya mengusap - ngusap perutnya. Berkerut muka Amri melihat gelagat Suraya. Pemilik ladang itu tersenyum dan pergi dari situ.
    "Kau gila Sos!" marah Amri.
    "Kenapa pula"
    "Bila masa aku mengandungkan kau!" kata Amri lagi.
    "Ala... kita berlatih dulu. Esok - esok aku mengandung juga " sengih Suraya.
    "Tak ingin aku!" kata Amri dan berjalan ke hadapan meninggalkan Suraya.
    "Ala...kau kata boleh panggil sayang , aku boleh panggil kau abang kan" Suraya memaut lengan Amri lagi.
     "Tak nak aku. Kau ni tak tahu malu ya sos. sudah... aku panggil kau sos saja. macam selalu" kali ini Amri tegas. Muka Suraya masam mencuka. Dia mengekori Amri dari belakang. Takut di marahi Amri. Tidak sampai hati Amri melihat Suraya yang monyok dari tadi. Amri memperlahankan langkahnya dan memegang jari jemari Suraya.
     "Mari sayang..." senyum Amri. Suraya menarik semula tangannya.
     "Tak apalah...." rajuk Suraya. Amri ketawa dan di pegangnya semula jari - jemari Suraya.
Muka Suraya kembali ceria. Di lentokkan kepalanya di bahu Amri. Berjalan seharian membuatkan Suraya berasa gembira sekali. Amri melayan segala kerenah Suraya. Dia mahu Suraya gembira.


  "Alah... dah nak balik ke?," soal Suraya apabila Amri menyuruhnya mengemas pakaian untuk pulang ke Kuala Lumpur.
   "Esok nak kerjalah sos.." kata Amri.
   "Ala abang...." rengek Suraya.
   "Kau ni sos.... cuba matang sikit" kata Amri. Suraya mencebik.
   "Nak romantik lama sikit pun tak boleh"
   "Tak ada maknyanya romantik - romantik. Dah kahwin nanti sepanjang hari romantik pun tak apa"
   "Ha.... nak kahwin dengan aku lah tu" senyum Suraya.
   "Jangan perasan" kata Amri. Lambat - lambat Suraya mengemas bajunya. Dia turun mendapatkan Amri di lobi hotel. Suraya buat muka kasihan
   "Abang... bolehlah" dia masih mencuba nasib.
   "Dah!.. tak payah nak panggil abang. nak balik dah pun" kata Amri.
   "Terus panggil abang ya?" pinta Suraya.
   "Jangan...." kata Amri
    "Mengada!" sambung Suraya. Mereka berdua meninggalkan hotel dan singgah di kedai untuk membeli buah tangan buat Fatin.
   "Kalau kita kahwin, kita datang sini lagi ya?" soal Fatin memandang Amri.
   "Siapa nak kahwin dengan perempuan yang dah mengandung?" soal Amri pula. Suraya terdiam.
Amri tersenyum melihat Suraya tidur di dalam kereta. Wajahnya yang comel itu membuatkan Amri tidak jemu memandangnya. Dia puas Suraya gembira bersamanya. Dia tahu Suraya cepat tergoda dan selalu mahu di manjakan. Dia perlu kuat supaya mereka berdua tidak sama - sama melakukan kesilapan yang memakan diri mereka sendiri. Kadang kala Amri juga hampir kalah dengan sikap manja Suraya tetapi dikuatkan hatinya kerana tidak mahu merosakkan maruah wanita yang dicintainya.


2 comments:

  1. bab 9 ngan bab 12 xde ye iza?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal....
      dah bubuh tapi asyik x jadi.
      hartini pergi kat blog archive..
      kesian hartini... sorry ya ;)

      Delete