Wednesday, 9 May 2012

bab 16 (cinta sos dan kicap)

  Amri menebas rumput di kebun Ayah Man. Amri yang kuat bersukan tidak cepat penat.
  "Selalu menebas rumput?" soal Ayah Man yang hanya duduk di pondok. Amri hanya menggeleng.
  "Suraya suka makan durian" beritahu Ayah Man.
  "Kau tahan pula perangai Suraya tu?" soal Ayah Man lagi. Amri tersenyum. Sama saja ayah dan anak maknanya aku dapat magrainlah dekat sini, fikir Amri.
  "Dia baik" jawab Amri ringkas. Tangannya ligat menebas rumput.
  "Aku tahu. Dia anak aku" jawab Ayah Man.
  "Mari sini, makan durian ni" ajak Ayah Man. Amri memandang durian di tangan Ayah Man.
  "Sedap ni. Kalau kau tak makan, kau jangan harap jadi menantu aku" kata Ayah Man. Di pandangnya wajah Amri dalam - dalam. Amri mendapatkan Ayah Man yang sibuk mengopek buah durian. Ayah Man menghulurkan seulas kepada Amri. Perlahan - lahan Amri menyuap ke mulutnya.
Ayah Man menghulur seulas lagi. Amri makan dengan perlahan - lahan.
  "Makan macam perempuan. Ambil ni lagi" arah Ayah Man. Diam tak diam sudah sebiji durian Amri makan. Badannya sudah terasa panas. Kepalanya mula rasa pening.
  "Dah, jom balik" ajak Ayah Man.
  "Kamu bawa motor, aku penat" Ayah Man menghulurkan kunci motor pada Amri. Tiba sahaja di rumah, Amri cepat - cepat masuk ke dalam bilik mandi. Amri mandi agak lama. Biar panas badannya hillang. Kepala Amri masih pening. Dia baring sebentar di sofa. Suraya mendapatkan Amri yang sudah pun melelapkan matanya. Suraya menyentuh dahi Amri. Terasa panas. Suraya mula risau. Di ambilnya tuala dan dibasahkan dengan air. Diperah dan kemudian di letakkannya di dahi Amri. Amri keletihan hingga tak sedar Suraya merawatnya.
  "Ayah buat apa dengan Amri?" soal Suraya selepas mendapatkan ayahnya di bilik.
  "Kenapa?" soal Ayah Man.
  "Demam. Panas badannya" kata Suraya.
  "Ayah suruh dia tebas rumput" jawab Ayah Man selamba.
  "Lain?" soal Suraya.
  "Aku bagi dia makan durian"
  "Ha!!... kan Su dah beritahu Amri tak boleh makan durian"
   "Sedikit saja. Dia yang lembik" cebik Ayah Man
   "Berapa ulas?"
   "Sebiji" jawab Ayah Man selamba.
   "Ayah ni..." rajuk Suraya. Ayah Man tersengih . Suraya keluar mendapatkan Amri yang masih tidur. Dilapnya leher dan tangan Amri. Mata Amri celik.
   "Kenapa Suraya?" soal Amri.
   "Kau demam" muka Suraya kelihatan sedih. Matanya bergenang. Air matanya mengalir. Amri bangun.
    "Janganlah menangis sos, aku tak apa - apa. Demam sikit saja" pujuk Amri. Ayah Man megintai mereka. Tersengih - sengih Ayah Man melihat gelagat anaknya.
    "Maafkan ayah aku. ya?" kata Suraya. Di kesatnya air mata yang mengalir.
   "Tak ada apalah sos. Dah, kejap lagi aku baiklah" Amri masih memujuk. Suraya ke dapur mengambil ubat. Di hulurkannya ke tangan Amri. Terharu Amri melihat Suraya yang bimbang dengan keadaannya. Ayah Man keluar dan memanjat pokok kelapa di hadapan rumah.
   "Tak payah makan ubat tu. Ni, minum air kelapa muda. Bagi hilang panas," Ayah Man menghulurkan kelapa muda ke tangan Amri.
    "Eleh... itu pun nak menagis. Bukannya ayah suruh buat apa. Makan durian saja" ejek Ayah Man. Suraya memeluk lengan ayahnya.
    "Jangan buat Amri begini lagi tau" kata Suraya pada Ayah Man yang berpura - pura tidak dengar.
Amri tersenyum. Padanlah dia suka memeluk lengan aku, bisik hati kecil Amri apabila melihat Suraya yang asyik memeluk lengan Ayah Man.

    Selepas solat Isya' di surau, Amri membawa Ayah Man pulang dengan keretanya.
   "Kau kata kau kerja macam Suraya, tapi aku tengok kereta kau ni macam mahal sahaja" kata Ayah Man. Amri tidak menjawab sebaliknya hanya tersenyum.
    "Ada rezeki sikit" jawab Amri merendah diri. Ayah Man mengangguk. Samapi di rumah, Suraya menyuruh mereka makan malam. Apabila Ayah Man masuk ke dalam biliknya, Suraya cepat - cepat menarik lengan Amri ke dapur. 
    "Kenapa sos. Nanti kalau ayah kau nampak, mati aku" elak Amri.
    "Seksinya kau pakai baju melayu dengan kain pelikat. Aku tergoda ni" senyum Suraya sambil menyentuh bahu Amri yang tersenyum manis.
    "Nakal kau ni ya. Masak apa?" soal Amri sambil menjenguk ke dalam periuk.
    "Asam pedas ikan pari kegemaran bakal suami" kata Suraya tersenyum nakal.
    "Perasan. Siapa nak jadi menantu Ayah Man, askar pencen yang garang tu"  kata Amri.
    "Apa kau kata?" soal Ayah man dari belakang Amri. Terkejut Amri apabila melihat Ayah Man betul - betul berada di belakangnya. Suraya ketawa besar. Amri menggaru - garu kepala.
    "Aku garang ya?' soal Ayah Man. Amri menggeleng. Ayah Man memandang Amri dan melangkah ke meja makan.
    "Cepat makan. kalau tak aku boleh jadi garang tau" jerit Ayah Man. Amri cepat - cepat duduk di meja makan. Suraya menghulurkan kicap ke tangan Amri. Amri menuang kicap ke dalam asam pedasnya.
     "Macam budak kecil!. makan semua nak bubuh kicap. Mana nak rasa masakan yang sebenar kalau letak kicap" tegur Ayah Man. Amri memandang Suraya. Ayah Man menggeleng kemudian dia pula menuang kicap ke dalam makanannya. Amri tercengang dan memandang Ayah Man.
    "Apa?. Aku orang tua tak apa" jawab Ayah Man dan terus makan. Amri tersenyum. Cakap orang, dia pun sama. Amri memandang Suraya sambil melutnya menyebut perkatan 'sedap' tanpa mengeluarkan suara. Suraya senyum.
    "tengoklah siapa yang ajar. Ayah dia" jawab Ayah Man tanpa memandang mereka. Amri terdiam. Kali ini Suraya ketawa besar.

1 comment:

  1. adoiii..best pulak cerita ni..tahan gelak takut org sebelah ckp apa lak nanti..hahahaha..

    ReplyDelete