Friday, 11 May 2012

bab 19 (cinta sos dan kicap)

   "Kau tahu tak Amri ada setiausaha baru" beritahu Jenny.
   "Ok lah. Kenapa pula?" soal Suraya.
   "Aku bukan nak takutkan kau tapi perempuan tu sangat cantik, bertudung dan lemah lembut"kata Jenny. Suraya termenung sebentar.
   "Kau nampak Amri bagaimana?" soal Suraya lagi. Milo panas di hadapannya dihirup perlahan.
   "Ok. Sesekali aku tengok diorang agak mesra" beritahu Jenny lagi. Hati Suraya mula meluap. Air milo yang panas itu pun tidak sepanas hatinya. Suraya pulang semula ke pejabat. Dia mendapatkan Fatin di dalam bilik.
   "Kenapa kau tak beritahu Amri ada setiausaha baru?" soal Suraya. Fatin menutup fail laporan akaun syarikat. Di letaknya ke tepi.
   "Aku tahu tapi pentingkah untuk kau tahu. Diakan bos, mestilah ada setiausaha dia sendiri" jawab Fatin. Suraya menghelakan nafasnya.
   "Jenny kata cantik, lemah lembut. Mesti Amri suka" katanya lagi.
   "Lelaki mana yang tak suka perempuan cantik, lembut macam Mawar tu" kata Fatin.
   "Mawar..." Suraya termenung seketika sebelum keluar menghabiskan kerjanya.
   Suraya menunggu waktu kerja habis. Dia terus memandu kereta baru hadiah daripada Amri ke pejabat Paradigm Sdn Bhd. Mahu memberi kejutan buat Amri. Dia masuk ke dalam pejabat. Kelihatan seorang wanita yang cantik di dalam pejabat Amri. Sedang berbincang sesuatu. Suraya mengetuk pintu bilik Amri. Wanita bernama Mawar itu membukanya.
    "Ya Cik, saya Mawar setiausaha Encik Amri. Ada buat temujanji?" soal Mawar.
    "Tak ada tapi katakan pada dia Suraya tunggu di luar" kata Suraya. Mawar senyum. Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Amri keluar.
     "Ada apa sos?. Aku tak boleh pergi makan sebab ada beberapa perkara yang perlu aku bincangkan dengan Mawar, setiausaha aku tadi" kata Amri.
    "Tak nak makan dengan aku?" soal Suraya.
    "Maafkan aku. Memang tak boleh. Esok ya" senyum Amri yang cuba memujuk. Mawar menghampiri mereka berdua.
   "Maafkan saya. Kalau Encik Amri ada hal saya tak kisah. Encik Amri pergilah" kata Mawar.
   "Tak boleh Mawar. Awak mesti belajar dengan cepat. Saya tak mahu setiausaha yang tidak cekap" kata Amri pula. Berkerut dahi Suraya.
   "Dia tak kisah pun kan" kata Suraya pula. Amri memandang Suraya.
   "Suraya, tolong hormat pada tugas aku. Esok pun kita boleh keluar kan" suara Amri agak tegas. Dia sebenarnya tidak suka diganggu apabila dia bekerja. Suraya mengeluh dan terus mengatur langkah keluar dari pejabat. Terbayang - bayang wajah Mawar di matanya. Dia dah jumpa gadis idaman dia, bisik hati kecil Suraya. Dia memandu pulang.
    Amri tidak dapat menumpukan perhatiannya. Dia tahu Suraya berkecil hati. Amri bimbang jika Suraya berfikir macam - macam apabila melihat Mawar bersamanya tadi. Amri cuba menelefon Suraya tetapi tidak berjawab. Amri menelefon Fatin pula. Fatin menjawab panggilan daripada Amri.
   "Fatin, suruh Suraya siap. Nanti aku ambil dia di rumah" kata Amri. Fatin pergi ke bilik Suraya.
   "Su, Am suruh kau siap. Dia nak ajak kau makan"  beritahu Fatin. Suraya hanya mengangguk dan terus menukar baju. Dia menunggu Amri. Suraya agak terkejut apabila melihat Amri datang bersama - sama Mawar. Mawar mahu keluar dan memberikan tempat di hadapan kepada Suraya.
    "Tak mengapa, saya boleh duduk belakang" kata Suraya dan terus membuka pintu belakang. Suraya duduk tanpa menegur Amri.
    "Mawar tiada kenderaan. Lagipun sudah lewat malam jadi aku ajaknya bersama" terang Amri. Suraya hanya mengangguk. Tangannya sudah menggigil menahan marah.
   "Maafkan saya Cik Suraya" kata Mawar. Sesekali dibetulkan tudungnya.
   "Tak payah panggil Cik, panggil saja Suraya" kata Suraya. Amri memandangnya. Amri dapat rasa keadaan Suraya yang tegang. Bodoh betul aku, duduk dibelakang ni. Bukankah bagus kalau aku suruh Fatin hantar budak Mawar ni, bisik hatinya.
   "Nak makan di mana?" soal Amri. Belum sempat Suraya menjawab, Mawar mengeluarkan pendapatnya.
   "Saya tahu satu restoran ni. Sedap masakan Tom Yam nya" kata Mawar sambil memberitahu lokasi restoran tersebut. Yang membuatkan Suraya geram, Amri terus mengikut apa yang dicadangkan oleh Mawar sebentar tadi. Mereka berhenti di hadapan restoran makanan Thailand. Mawar asyik bercerita dengan Amri. Suraya hanya mengikut dari belakang.
   "Beri 3 set tom yam ya" pesan Mawar.
    "Maaf. Saya tak makan tom yam. Awak berdua makanlah ya. Saya nak balik" kata Suraya. Dia bingkas bangun tetapi lengannya di tarik lembut oleh Amri.
    "Kenapa ni?" bisik Amri.
   "Kau tahu aku tak makan tom yam.Kalau kau nak bawa dia makan, tak payah ajak aku" Suraya membisik ke telinga Amri. Mawar terpinga - pinga.
   "Kau jangan risaukan aku. Ada teksi di hadapan tu. Aku boleh balik dengan selamat. Tak perlu di hantar. Hantar sahaja Mawar ke rumahnya supaya hati kau tenang" sambung Suraya dan terus menuju ke arah beberapa buah teksi di hadapan restoran itu. Amri menggosok - gosok wajahnya. Dia tahu Suraya sakit hati tetapi dia tidak boleh meninggalkan Mawar begitu sahaja. Dia mengambil keputusan untuk membiarkan Suraya pergi. Suraya pulang ke rumah dengan hati yang membengkak. Dia tidak sangka Amri membiarkannya pergi begitu sahaja. Suraya melelapkan mata setelah lama berfikir tentang Mawar dan Amri. Kadangkala dia terfikir, perlukah dia melepaskan Amri demi kebahagiaannya. Suraya sedia maklum Amri memang sukakan wanita seperti Mawar.

      Amri masuk ke dalam pejabat dan melihat Suraya sedang mengemas mejanya. Amri menghampiri Suraya. Dia masih menanti Suraya memandangnya.
     "Boleh saya bantu Encik Amri?" soal Suraya.
    "Kau marahkan aku?" soal Amri. Suraya terdiam. Tiada jawapan yang dapat diberikan oleh Suraya.
    "Sos.. kenapa ni?" soal Amri lagi. Suraya tidak menjawab. Hatinya sakit tetapi sebenarnya dia rindukan sentuhan Amri. Gelak tawa Amri. Suraya terus ke pantry. Dia tidak mahu lemah di hadapan Amri. Amri menarik nafas dalam - dalam. Dia juga melangkah ke pantry. Di tariknya tangan Suraya. Dia terus berjalan keluar. Suraya terpaksa mengikutnya. Sampai di kereta, dia suruh Suraya masuk ke dalam kereta.
     "Tak naklah. Kerja aku banyak" agak keras suara Suraya. Amri masuk ke dalam kereta dan mula memandu.
     "Apa salah aku?" soal Amri. Sesekali dia menoleh ke arah Suraya. Muka Suraya merah menahan marah.
     "Sebab aku bawa Mawar makan malam tadi?. Kau tahu dia cuma pekerja sahaja bagi aku. Sama seperti Fatin dan Syasya. Kenapa dengan mereka berdua kau tak marah?" soal Amri.
    "Jawab Suraya. Jangan buat aku rasa bersalah seperti ini. Rasa bersalah atas apa yang aku tak lakukan" sambung Amri. Suraya menangis. Amri memberhentikan keretanya. Suraya dan dia keluar.
   "Kenapa suraya....kau tahu aku cintakan kau. Walaupun tak selalu aku luahkan tapi kau tahu bukan?. Jangan rosakkan hubungan kita hanya kerana benda remeh sebegini" kata Amri. Kali ini suaranya lembut sedikit.
   "Aku tak suka. Aku cemburu" jawab Suraya berterus terang. Air matanya masih tidak berhenti. Amri menarik lembut tubuh Suraya agar menghadap ke arahnya. Dikesatnya air mata yang mengalir di pipi Suraya.
    "Sayang...." panggil Amri. Suraya memandangnya.
    "Aku cintakan kau. Sepenuh hati aku. Tiada sebab untuk kau curiga dengan kesetiaan aku" kata Amri. Suraya membisu.
    "Maafkan aku" perlahan suara Suraya. Amri memegang dagu Suraya dan diangkatnya sedikit.
    "Jangan buat begini lagi ya. Kau buat aku tak boleh tidur tau. Kau buat aku resah sepanjang malam. Tak pernah ada wanita lain yang boleh buat aku rasa begitu" senyum Amri. Suraya ketawa dan ingin memeluk Amri. Cepat - cepat Amri mengelak.
     "Tak boleh...... kita belum kahwin kan?" kata Amri.
     "Dalam tv boleh je" kata Suraya.
     'Dah kahwin nanti, jangan kata dalam tv, dalam filem pun boleh" kata Amri. Suraya terus pergi ke sisi kanan Amri dan memeluk lengannya. Amri tersenyum. Kadangkala wanita disisinya ini boleh membuat hidupnya tunggang terbalik.

No comments:

Post a Comment