Saturday, 12 May 2012

bab 21 (cinta sos dan kicap)

   Suraya dan Amri makan tengahari bersama - sama. Hujung minggu ini Amri tidak dapat bersama Suraya kerana pergi ke Dubai, menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya sewaktu belajar di luar negara. Amri membawa Suraya makan makanan barat di sebuah restoran yang agak mewah. Suraya gembira kerana hubungannya dengan Amri sudah baik seperti sediakala. Telefon Amri berdering. Wajah Amri agak ketat. Sesekali dia menyoal. Nampak gayanya seperti ada masalah. Amri berhenti makan.
    "Sos, kau ikut aku ke Paradigm" arah Amri. Suraya yang tidak tahu apa - apa terus mengikut Amri .
    "Kenapa?. " soal Suraya.
    "Ada orang mengamuk di pejabat" jawabnya.Amri meletak kereta di hadapan bangunan pejabatnya. Suraya tergesa - gesa naik. Amri membuka pintu pejabatnya. Mawar yang sedar kehadiran Amri terus berlari mendapatkan Amri. Di peluknya lengan Amri. Terbeliak biji mata Suraya memandang Mawar yang ketakutan. Lelaki di hadapan mereka terjerit -jerit.
    "Oh... jantan ni yang kau gilakan. Sampai lupakan aku ya!" tengking lelaki itu. Suraya menyoal Jenny. Menurut Jenny, lelaki itu ialah Farid. Dia adalah tunang Mawar . Dia juga rakan sekampung Mawar di Bachok, Kelantan.
     "Minta bertenang, awak jangan mengamuk di pejabat saya begini" kata Amri cuba bertenang. Suraya melihat sahaja gelahat Mawar yang masih memeluk lengan Amri. Terbakar darahnya melihat Mawar yang berselindung di sebalik Amri.
    "Nak saya panggilkan pengawal, Encik Amri?" soal penyambut tetamu syarikat itu. Amri melarang.
    "Bawa bertenang. Kita boleh berbincang" Amri cuba menenangkan Farid.
    "Kau tahu tak dia tunang aku!"Farid masih meninggikan suaranya pada Amri.
    "Saya tak tahu apa yang awak cakapkan ini. Baik awak pergi sebelum saya panggil polis" Amri memberi amaran. Farid kelihatan sedikit takut dan terus keluar sambil ekor matanya sempat menjeling ke arah Mawar. Tangannya masih memaut lengan Amri. Suraya memandang Amri. Segera Amri menarik tangannya. Mawar masih menangis.
     "Kenapa tunang awak kata begitu?" soal Amri. Mawar diam. Sengaja Suraya mendekati Amri. Dipeluknya lengan Amri sambil matanya memandang Mawar. Jenny senyum. Dia tahu Suraya cemburu. Amri memberi Mawar cuti supaya dia dapat menyelesaikan masalahnya. Mawar keluar dengan linangan air mata. Seolah - olah meminta simpati daripada Amri. Amri masuk ke dalam pejabat. Terduduk dia mengenangkan peristiwa sebentar tadi. Suraya masuk ke bilik Amri.
     "Ok?" soal Suraya. Amri mengangguk.
     "Kenapa dia peluk lengan kekasih aku" soal Suraya. Amri memandang Suraya.
     "Dia takut agaknya" jawab Amri.
     "Banyak lagi lengan orang lain, kenapa lengan kau. Aku geram ni" kata Suraya. Amri menggeleng.
       "Kau jadi setiausaha aku buat sementara waktu ni" cadang Amri.
       "Habis syarikat di sana?" soal Suraya.
       "Syasya punn bagus. Dia boleh tolong. Dalam masa 3 hari ini sahaja" kata Amri. Suraya setuju. Sudah tentu dia setuju, bolehlah dia jumpa dengan buah hatinya sekerap mungkin.

    Suraya bangun pagi - pagi lagi. Dia akan memandu jauh sedikit ke pejabat Paradigm Sdn Bhd. Suraya menyanggul rambutnya dengan kemas. Gaya sebenar seorang setiausaha. Dia masuk ke pejabat dengan wajah yang ceria. jenny yang baru tiba menghampirinya di meja.
    "Habislah kitorang dekat sini' kata Jenny.
    "Kenapa pula?" soal Suraya.
    "Bini bos datang... takut" Jenny menggigilkan jarinya. Suraya ketawa. Suraya yang sememangnya ramah itu amat disenangi oleh para pekerja Paradigm Sdn Bhd. Amri masuk. Suraya dengan segera mengetuk pintu pejabat dan masuk kedalam bilik Amri dengan senyuman yang manis. Amri memandangnya sambil tersenyum.
    "Hari ini Encik Amri ada meeting dengan Datuk Osman pada pukul 3 petang. Itu sahaja. Ada beberapa dokumen yang perlu ditandatangan. Saya dah letakkan di atas meja Encik Amri" terang Suraya. Amri ketawa.
   "Sayang...." Suraya memanggil dengan suara yang manja. Amri tersenyum.
   "Baru tadi nampak macam profesional. Ni dah lain pula. Cik Suraya, saya tak sukakan setiausaha saya gatal tau" kata Amri. Fail di hadapannya di selak satu persatu. Suraya menghampirinya.
    "Setiausaha hadnya sampai depan tu saja. Tak boleh duduk sebelah bos" kata Amri. Suraya menghampirinya lagi. Sengaja di buat muka gatal.
    "Sos... kau jangan mengada. Ini pejabat, bukannya PD atau Cameron Highland yang kau boleh goda aku" kata Amri lagi. Suraya memegang pipinya.
    "Sos.. orang nampak nanti. kau ni kan,,,." kata Amri sambil menolak lembut tangan Suraya.
    "Kau sangat kacak hari ini. Boleh tak aku cuba ikat tali leher kau. Aku tak pernah ikatlah. Aku janji, kalau kau benarkan aku takkan kacau lagi" Suraya memberi syarat. Amri bangun dan membuka tali lehernya. Pintunya di ketuk. Jenny membukanya dan terus mendapatkan Amri. Jenny tersenyum - senyum.
   "Aku dah agak dah. Kesian Encik Amri, kena jadi mangsa penderaan seksual" kata Jenny sambil jarinya menunjuk ke arah tali leher yang di pegang Amri. Suraya termalu.
   "Setiausaha baru ni, nak belajar ikat tali leher"  beritahu Amri. Jenny menggeleng dan terus meletakkan beberapa fail laporan di atas meja Amri. Jenny keluar.
     "Aku bagi 10 minit sahaja" kata Amri. Suraya mengambil tali leher dan di letakkannya di atas tengkuk Amri. Dia cuba mengikatnya. Amri memandang wajah Suraya. Hatinya berdebar. Mereka terlalu hampir. Sesekali Suraya memandangnya sambil melemparkan senyuman manja. Amri mula rasa sesuatu di dalam hatinya. Dia takut tidak dapat mengawal dirinya. Suraya masih mencuba.
    "Sos... kau pergi ke tempat kau semula. Aku akan pakai sendiri tali leher ni" arah Amri.
    "Ala... sekejap saja. Ala sayang.." rengek Suraya. Amri lekas - lekas mengambil tali leher itu dan keluar dari biliknya. Suraya terpinga - pinga. Amri terus masuk ke dalam tandas. Debar hatinya masih belum hilang. Sebagai lelaki, dia harus mengawal diri kerana bagi Amri, jika seorang lelaki menyintai seorang wanita dia harus menjaga kehormatan wanita tersebut. Kadangkala Amri juga hampir tewas dengan sikap gila - gila dan manja Suraya. Setelah beberapa ketika Amri masuk semula ke dalam pejabat. Suraya memandangnya.
    "Kau kenapa?. Aku ada buat salah?" soal Suraya.
    "Suraya, aku lelaki. Bila berdepan dengan situasi begini hati aku jadi lain. Jangan buat begini lagi ya. Aku bukan seorang lelaki yang sempurna. Aku tak nak kita jauh dari apa yang sepatutnya. Aku sayangkan kau dan aku tak nak benda - benda ni buat cinta kita yang suci ni jadi kotor" terang Amri. Suraya tidak faham. Dia memandang Amri dengan pandangan yang kosong.
    "Aku tak goda pun. Kenapa kau cakap macam tu. nanti dulu..... oh.. kau tergoda ya?" Suraya menggoyang - goyangkan jari telunjuknya. Wajah Amri merah padam. Dia memandang ke luar tingkap pejabat.
     "Dah, keluar. Pergi siapkan kerja - kerja Mawar yang terbengkalai tu' kata Amri. Suraya ketawa besar dan terus keluar. Suraya menelefon Amri.
     "Muka kau seksi bila merah padam macam tu.." gelak Suraya. Amri terus meletak telefon. malas mahu melayan Suraya. Banyak lagi kerja yang harus di lakukannya. Suraya tersenyum - senyum.


    Fatin  mendapatkan Suraya di bilik tidur. Kelihatan Suraya sedang leka membaca novel.
   "Aku dengar kau belajar ikat tali leher dekat pejabat Am ya?" soal Fatin. Suraya meletakkan novel cinta itu di sisinya.
   "Jenny cakap ya?" soal Suraya. Fatin ketawa.
   "Dia tergoda. Merah padam muka dia." gelak Suraya.
   "Kau tak patut buat dia begitu. Dia seorang yang berdedikasi dan sangat bagus dengan kerjanya. kau kat situ menghilangkan tumpuan dia sahaja" bebel fatin. Suraya mengangkat bahu.
    "Jangan risau, esok aku waras" jawab Suraya. Kali ini Fatin ketawa besar. Setelah Fatin keluar, Suraya tersenyum sendiri. Dia berasa untung sekali kerana Amri sentiasa menjaga maruahnya. Kalau lelaki lain, mahu di bahamnya aku hidup - hidup, bisik hati kecilnya. Suraya tidur awal kerana kepenatan.


   

No comments:

Post a Comment