Saturday, 12 May 2012

bab 22 (cinta sos dan kicap)

  Suraya menghantar Amri ke lapangan terbang. Sementara menunggu Amri berlepas, Suraya banyak membisu. Sesekali dipandangnya wajah Amri.
   "Kenapa ni?" soal Amri.
   "Nanti aku rindu" kata Suraya.
   "Bukannya lama pun. 5 hari sahaja" pujuk Amri.
   "Rindu juga. Lima hari tu lama" sedih sahaja suara Suraya. Amri senyum. Disentuhnya tangan Suraya.
   "Sayang.... jangan begini. Nanti aku tak jadi pergi. Itu majlis pernikahan kawan baik aku" pujuk Amri. Diusapnya rambut Suraya perlahan. Suraya memeluk lengan Amri.
   "Nanti aku nak peluk lengan siapa?" Sengaja dijuihkan bibirnya. Amri ketawa.
   "Peluklah lengan Fatin" cadang Amri.
   "Tak nak. Tak best. Tak ada elektrik" jawab Suraya. Sengaja dilentukkan kepalanya di bahu Amri.
   "Nak elektrik?. Nanti kena renjatan macam mana?" soal Amri. Sengaja mahu mendengar Suraya merajuk.
     "Kalau renjatan elektrik matilah" jawab Suraya.
    "Dah sayang. Aku pergi dulu. Dah sampai masanya" Amri bangun. Dia memegang pipi Suraya lalu didekatkan dahi Suraya ke bibirnya. Amri mengucup dahi Suraya.
    "Nak peluk boleh?" soal Suraya. Dipandangnya mata Amri.
    "Tak boleh. Tak nampak orang ramai ni" kata Amri.
    "Habis yang kau cium aku tadi tak apa?" soal Suraya.
    "Itu tak apa, orang akan fikir aku abang kau" senyum Amri.
     "Kalau nak, peluk lengan sudah. Depan - depan tak nak" kata Amri. Suraya memeluk lengan Amri.
     "Jangan mengurat orang sana" kata Suraya. Amri ketawa besar dan terus pergi sambil melambaikan tangannya ke arah Suraya. Suraya memandang Amri sehingga hilang dari pandangannya. Buat pertama kali jiwanya dirasakan kosong. Dia sudah pun merindui Amri. Suraya pulang ke rumah. Dia mahu bersendirian dan memeluk sejadah pemberian Amri.

    Suraya tidak lalu makan. Perutnya kosong. Sudah 3 hari Amri pergi. Tekaknya tidak mahu menerima makanan. Fatin membebel. Dia diamanahkan Amri supaya menjaga Suraya. Amri tahu Suraya akan merinduinya. Fatin masuk ke dalam bilik Suraya. Dia lihat Suraya terbaring di atas lantai. Hatinya kecut. Suraya pengsan. Fatin lekas - lekas menelefon ambulan. Dia tidak larat mahu menghantar Suraya sendirian ke hospital. Di hospital doktor mengesahkan Suraya terlalu lemah kerana tidak makan. Mujurlah Suraya tidak menghidap sebarang penyakit merbahaya. Fatin menghampiri katil Suraya. Dia perlu menghubungi Amri di sana. Itu adalah tanggungjawabnya.
   "Kenapa tak makan Su?. Aku dah cakap jaga makan " marah Fatin. Suraya hanya memandang.
   "Kau ni, rindukan Amri pun janganlah sampai tak makan. Kau ni nampak sahaja ceria tetapi lemah bila Amri tiada" sambung Fatin lagi. Suraya tersenyum tawar. Suraya tidur kembali setelah diberi rawatan oleh doktor. Fatin menunggu hingga malam.

    Esok pagi Amri bergegas dari lapangan terbang ke hospital swasta tempat di mana Suraya di rawat. Amri menghampiri Suraya yang masih tidur. Bibirnya pucat. Amri mengeluh. Diusapnya rambut Suraya. Bagaimana kalau apa - apa terjadi padanya?. Sedangkan aku baru tinggalkannya 2 hari sudah jadi begini, besik hati kecil Amri. Sudah agak lama Amri menunggu . Suraya membuka matanya. Tekejut melihat Amri sedang memandangnya.
   "Sayang.." panggil Suraya. Suaranya perlahan. Masih tidak berdaya.
   "Kenapa ni sayang?. Baru dua tiga hari aku pergi kau dah jadi begini. Bukan ke aku dah pesan suruh kau jaga diri baik - baik" kata Amri. Di usapnya jari jemari Suraya yang kelihatan pucat.
   "Aku tak lalu. Rindu" jawab Suraya ringkas. Amri menggeleng kepala.
   "Rehat ya. jangan cakap banyak - banyak. Doktor kata kalau tak apa - apa, esok mungkin kau boleh pulang" kata Amri. Dia tidak sempat menghadiri majlis resepsi sahabatnya. Mujurlah Amri sempat menghadiri majlis pernikahan sahabatnya itu. Bagai mahu gugur jantung Amri apabila Fatin memberitahunya tentang keadaan Suraya. Amri pulang sebentar sebelum kembali semula pada waktu petang.

    Walaupun penat, Amri tetap mahu menjaga Suraya. Dia mahu Suraya tahu bahawa dia amat menyayanginya sepenuh hati. Bubur nasi disuap ke mulut Suraya.
   "Makan ya?. Sekarang aku dah pulang. Aku nak kau sihat seperti biasa" kata Amri. Suraya makan walaupun tidak banyak.
   "Kenapa pulang?. Nanti kawan kau cakap apa pula" kata Suraya. Air kosong di teguk perlahan.
   "Kau ingat aku boleh duduk sana bila aku dengar kau masuk hospital?" soal Amri pula.
    "Tak apa. Aku boleh jaga diri sendiri" kata Suraya lagi.
   "Boleh jaga sangatlah sampai masuk hospital" Amri menjeling. Suraya tersenyum.
   "Nak tu" pinta Suraya. Amri mengangkat kening. Dia tidak faham.
   "Lengan kau" kata Suraya pula. Amri ketawa kecil. Dia duduk di atas katil bersebelahan dengan Suraya. Lengan Amri dipaut dan kepalanya di letak perlahan di atas bahu Amri.
   "Bau haruman kau ni buat aku tak boleh lupakan kau. Wangi sangat" senyum Suraya.
   "Lepas ni aku nak pakai minyak kelapa sahaja" usik Amri.
   "Pakailah.... kalau kau pakai minyak petrol pun tetap wangi" kata Suraya dan masih tersenyum manja. Amri ketawa. Di ciumnya kepala Suraya. Dia lega Suraya sudah agak sihat. Dia tidak mahu Suraya sakit seperti ini lagi.

    Suraya dibenarkan pulang dari hospital selepas tiga hari menerima rawatan. Amri menghantarnya balik ke rumah. Dipimpinnya Suraya duduk di atas sofa.
   "Aku dah sihatlah" senyum Suraya. Amri senyum kembali. Dia tahu Suraya sudah sihat.
   "Ha... lain kali jangan buat begini. Takut aku tengok kau pengsan macam hari tu" marah Fatin.
   "Aku cuma rindukan kicap aku ni" Suraya berterus terang.
   "Lepas ni kalau dia tak makan, aku izinkan kau sebat dia dengan rotan Fatin" sakat Amri. Suraya mencubit pipi Amri yang duduk di sebelahnya.
    "Sampai hati" kata Suraya. Fatin menghidangkan air buat Amri dan Suraya.
    "Habis tu. Cuba jaga kesihatan tu baik - baik" nasihat Amri.
    "Aku nak kau jagakan. Seronok kau jaga aku tau. Macam ayah jaga" senyum Suraya.
    "Askar pencen tu?... ish! takut aku" gurau Amri. Mereka bertiga ketawa besar. Fatin lega Suraya sudah sihat. Dia juga risau dengan keadaan Suraya. Dia mahu Suraya sentiasa sihat dan gembira. Fatin seronok melihat kemesraan mereka berdua. Amri amat memanjakan Suraya. Dia juga mahu lelaki sebegitu di dalam hidupnya. Cemong, adik Syasya bukanlah seorang lelaki romantik seperti Amri. Dia masih menjalinkan hubungan dengan Cemong walaupun kadang kala lelaki yang lebih muda daripadanya itu menyakiti hatinya.



No comments:

Post a Comment