Monday, 14 May 2012

bab 23 (cinta sos dan kicap)

      Fatin bertemu dengan Cemong di salah sebuah pusat membelah terkenal di ibu kota. Fatin mengajak Suraya pergi bersamanya. Suraya terpaksa mengikut Fatin setelah berkali - kali di pujuk oleh Fatin. Suraya dan Fatin beriringan menuju ke restoran makanan segera untuk berjumpa dengan Cemong. Suraya menghadiahkan sekuntum senyuman buat Cemong. Fatin duduk di sebelah Suraya.
    "Dah gaji belum?" soal Cemong. Fatin menggeleng.
    "Bodoh bos kau tu. Minta awal sikit tak boleh ke?" suaranya agak tinggi. Fatin menoleh kiri dan kanan. Malu jika orang lain mendengarnya. Suraya dapat rasakan sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.  Fatin membuka zip beg tangannya. Suraya memegang tangan Fatin. Melarangnya daripada memberikan wang kepada Cemong.
    "Kau tak kerja ke?. Tak malu minta duit perempuan?" soal Suraya. Sengaja ditenungnya wajah Cemong yang hitam manis itu.
    "Kau jangan sibuk ya. Aku tak kenal kau jadi jangan sibuk urusan aku" kata Cemong.
    "Kalau urusan kau, kau punya pasallah. Buat apa aku nak masuk campur. Masalahnya sekarang, kau buat hal dengan kawan baik aku" kata Suraya pula. Cemong menghentak meja.
    "Bagi aku seratus" Cemong menghulurkan telapak tangannya. Fatin kelihatan pucat. Suraya menepis tangan Cemong. Ditariknya lengan Fatin supaya beredar dari situ. Fatin dan Suraya cepat - cepat pergi dari situ. Cemong mengejar mereka berdua.
    "Kau nak lari mana?. Aku minta seratus sahaja, bukannya seribu" kata Cemong.
    "Hari ini ya lah seratus tetapi yang lepas - lepas tu?. hampir sepuluh ribu duit aku habis kau tau tak?" marah Fatin. Terbeliak mata Suraya mendengar kata - kata Fatin sebentar tadi.
     "Sampai sepuluh ribu kau makan duit kawan aku?. Kau tahu  tak betapa susahnya nak cari duit?" bebel Suraya. Fatin ketakutan. Cemong mahu menampar Fatin tetapi tangannya ditepis oleh Suraya. Keadaan tempat letak kereta yang sunyi itu membuatkan Fatin ketakutan. Bimbang jika Cemong mengapa - apakan dia dan Suraya. Suraya menjadi geram. Dia menampar Cemoing dengan kuat. Cemong bangkit untuk memukul Suraya tetapi dia silap kerana tidak mengetahui bahawa Suraya mempunyai tali pinggang hitam. Dia tahu berlawan. Tangan cemong dikilas kebelakang. Cemong menjerit kesakitan. Tangannya hampir terkehel dikilas oleh Suraya.
    "Kau kacau kawan aku lagi, siap kau. Kalau rasa - rasa nak makan bubur hospital kau buat lagi. kali ini aku lepaskan kau tapi kalau kau ganggu Fatin lagi, aku akan buat laoran polis" Suraya memberi amaran dan melepaskan tangan Cemong. Bagai tidak cukup kaki Cemong berlari. Fatin memeluk Suraya. Terdengar satu tepukan dari arah belakang mereka. Suraya menoleh. Kelihatan Amri tersenyum - senyum memandangnya. Amri mendekati mereka berdua.
    "Belum sempat aku lepuk, Suraya dah lepuk dulu" kata Amri. Suraya tergamam. Amri menghampiri Suraya.
    "Kau buat aku takut lah sos" bisiknya. Suraya memandangnya.
    "Kenapa pula?" soal Suraya.
    "Ganas betul. Takut aku!. Anak askar ni tahu teak wan do rupanya" usik Amri.  Suraya menepuk perut Amri.
    "Kalau dengan kau, takkan aku nak buat macam tu. Aku buat lain" kata Suraya sambil tersenyum nakal. Fatin tersenyum.
   "Buat apa?" soal Amri.
  "Buatlah. Nak aku buat sekarang ke?" soal Suraya. Amri yang sedar akan maksud sebenar Suraya terus menjauhkan dirinya sedikit.
   "Tak payah mengada sos... ni tempat awam. Kau ni gatal!" kata Amri. Suraya dan Fatin tergelak besar. Fatin menelefon Amri supaya datang menemaninya berjumpa dengan Cemong. Dia takut jika Cemong mengapa - apakan dirinya dan juga Suraya. Kalaulah dia tahu sahabatnya itu tahu mempertahankan diri, dia tidak akan mengajak Amri sekali.
Kasihan Amri, walaupun sibuk terpaksa datang membantunya. Fatin belanja mereka makan tengahari. Amri sedikit kagum dengan kehebatan Suraya sebentar tadi. Tidak sangka pula kekasihnya itu hebat.
   "Memandangkan aku tak ada apa - apa nak buat, jom kita tengok wayang" Suraya memberi cadangan. Fatin mengangguk setuju.
    "Aku tak nak" jawab Amri. Suraya mengerut kening.
   "Kenapa pula. Kau ni tak sporting la" kata Suraya.
   "Aku takutlah Fatin" kata Amri sambil ekor matanya mengerling ke arah Suraya yang duduk rapat di sebelahnya.
   "Kenapa Am?" soal Fatin yang tidak faham maksud Amri.
   "Kawan kau ni, kalau dalam gelap lain macam sikit. Miang satu badan" usik Amri. Suraya mencubit pipinya. Fatin ketawa.
    "Tak apa, aku duduk tengah - tengah" cadang Fatin. Amri mengangguk tanda setuju. Mereka bertiga jalan beriringan menuju kaunter tiket. Suraya banyak diam. Amri memandang wajah Suraya yang masam mencuka. Setelah membeli bertih jagung dan air, mereka berdua terus masuk ke dalam panggung wayang. Fatin betul - betul duduk di tengah. Bertambah masamlah wajah suraya yang comel itu. Amri sedar Suraya merajuk. Sengaja Amri buat tidak tahu. Fatin mengenyit mata. Filem belum ditayangkan. Suraya duduk hujung sekali berdekatan dengan dinding.
   "Kau kenapa?" soal Fatin. Berpura - pura tidak tahu. Suraya hanya menggeleng. Filem seram pilihan Fatin itu akan ditayangkan lagi lima minit. Amri masih buat tidak tahu. Leka berbual dengan Fatin. Suraya mahu memeluk lengan Amri sepanjang tayangan. Dia agak penakut sebab itulah dia tidak suka menonton filem sebegitu. Filem sudah ditayangkan. Amri masih tidak berganjak dari tempat duduknya. Suraya merajuk. Dia kecil hati apabila Amri tidak mahu duduk di sebelahnya. Suraya bangun dan mahu keluar dari panggung. Dengan pantas Amri memegang tangan Suraya apabila dia melintasi Amri untuk keluar. Suraya memandang Amri walaupun tidak berapa jelas. Amri menariknya supaya duduk di sebelahnya. Tempat yang Fatin duduk sebentar tadi. Fatin lekas - lekas duduk di tempat Suraya apabila Suraya bangun untuk keluar. Suraya duduk. Amri memegang jari - jemarinya. Suraya tersenyum.
    "Takkanlah aku nak kekasih aku duduk jauh dari aku" bisik Amri. Suraya menarik tangannya dan terus memeluk lengan Amri. Dengan manja Suraya meletakkan kepalanya di bahu Amri. Amri memegang tangan Suraya yang satu lagi dengan penuh kasih sayang. Suraya begitu manja.
   "Aku rasa, kau berdua salah tengok cerita. Ini filem seram tau, bukan filem romantik" kata Fatin. Amri tersenyum.
    "Nak buat macam mana, kawan kau ni manja sangat. Tak nak lepaskan aku" bisik Amri. Fatin ketawa.
    "Su, kau jangan lebih - lebih nanti muntah aku" bisik Fatin. Suraya buat tidak tahu. Amri tidak dapat menonton dengan tenang kerana Suraya dan Fatin asyik terjerit - jerit apabila ketakutan. Tapak tangannya menjadi mangsa Suraya. Apabila takut, Suraya akan mengambil telapak tangan Amri untuk menutup matanya.
   "Telapak tangan kau ada kan?. Kenapa tak guna?" soal Amri.
   "Tak nak. Nak tangan kau juga" senyum Suraya. Amri hanya mendengar jeritan mereka berdua dan beberapa penonton wanita yang lain. Kadangkala kaki Suraya terangkat - angkat apabila menjerit ketakutan. Fatin pula asyik menggigit hujung tudungnya. Amri ketawa sendiri. Wanita memang  unik, bisik hati kecilnya.



     Hari ini satu mesyuarat penting akan diadakan. Mawar sudah mula kembali bekerja. Sebelum mesyuarat, Amri memanggil Mawar masuk ke dalam biliknya.
     "Ada apa Encik Amri?" soal Mawar dengan lembut.
     "Duduk dulu" jemput Amri.
     "Saya kalau boleh tidak mahu kejadian sepereti itu berlaku lagi. Jangan sesekali biarkan masalah peribadi awak mengganggu pejabat. Apapun  masalah awak, tolong selesaikannya di luar pejabat" sambung Amri.
     "Maafkan saya" kata Mawar. Mukanya mula merah.
     "Saya tak marahkan awak, Mawar. Saya cuma mahu pejabat ini tenang dari segala kekalutan. Awak boleh keluar" kata Amri. Mawar bangun tetapi masih berdiri menghadap Amri.
     "Salahkah saya mencintai seseorang yang baik tetapi sudah menjadi kekasih orang?" soal Mawar. Amri terkejut apabila mendengar soalan daripada Mawar itu. Amri tahu orang dimaksudkan mawar itu adalah dirinya.
     "Dia sudah menjadi hak orang, Mawar" jawab Amri. Matanya memandang fail di atas mejanya.
     "Tetapi Encik Amri, selagi dia belum berkahwin, dia bukan hak sesiapa. Mahupun kekasihnya" balas Mawar. Amri memandang Mawar. Amri tidak sangka Mawar akan berkata begitu.
    "Jangan diganggu kebahagian orang yang awak suka itu, Mawar. Biarlah dia bahagia dengan wanita pilihannya" kata Amri. Mawar memandang tepat ke dalam anak mata Amri.
   "Mungkin juga dia akan lebih bahagia bersama saya berbanding dengan kekasihnya itu. Saya boleh menjadi wanita idaman lelaki itu. Saya tahu ciri - ciri itu ada pada saya tetapi tidak pada wanita itu. Bukankah lebih baik jika lelaki itu memberi peluang kepada saya membuktikan betapa saya adalah wanita terbaik di sisinya" kata Mawar lagi. Amri diam. Dipandangnya wajah Mawar dalam - dalam.
   "Mawar, ini pejabat bukannya forum untuk mencari cinta. Awak adalah pekerja yang baik. Jangan burukkan reputasi awak kerana benda remeh temeh ini" kata Amri.
   "Jawab saya Encik Amri. Jika Suraya belum muncul di hati Encik Amri, adakah saya calon terbaik buat Encik Amri. Adakah saya wanita idaman Encik Amri?" soalan Mawar membuatkan Amri terkedu. Wanita ini sangat berterus terang. Amri tidak tahu apa yang harus di lakukan. amri terus bangun untuk berlalu tetapi tangannya ditarik oleh Mawar.
    "Jawab saya. Kebisuan Encik Amri dah menjawab segala persoalan saya. Encik langsung tak menafikannya. Saya yakin Encik Amri juga ada sedikit perasaan terhadap saya" kata Mawar
   "Mawar, saya tak suka bercakap tentang hati dan perasaan di sini. Awak tahu saya bersama Suraya. Itu dah cukup. Jangan persoalkan benda yang boleh membuatkan wak dan saya bingung" kata Amri dan terus berlalu ke bilik mesyuarat. Mawar mengeluh. Dia membaling pen ditangannya ke lantai. Baginya, Amri adalah lelaki yang hebat. Dia mahukan lelaki seperti itu, bukannya seperti Farid.
Sepanjang mesyuarat di jalankan, Amri tidak dapat menumpukan perhatiannya. Pandangan mata Mawar membuatkannya gelisah. Semua pekerja sudah bersurai. Amri dan Jenny masih di dalam bilik. Berbincang beberapa perkara.
    "Kenapa Encik Amri pandang Mawar begitu?" soal Jenny.
    "Entahlah" jawab Amri.
    "Jangan Encik Amri tertarik dengan dia, sudah!" usik Jenny. Amri hanya tersenyum kelat.
    "Jangan cakap begitu Jen. Suraya adalah segala - galanya" jawab Amri.
    "Bukan memang fitrah lelaki ke suka memandang dan mencuba sesuatu yang menarik?" soal Jenny. Berkerut dahi Amri mendengar kata - kata Jenny tadi.
    "Kalau Encik Amri nak cuba dengan Mawar pun tak mengapa. Saya takkan bocorkannya" senyum Jenny dan terus bangun. Amri terdiam. Dia tidak faham mengapa  Jenny, sepupu Suraya sendiri boleh berkata begitu. Dia akui, Mawar memang punya ciri - ciri wanita idamannya tetapi ada sesuatu pada diri Suraya yang membuatkannya lain dari yang lain. Memang dia suka melihat Mawar bertudung . Wajah Mawar yang jelita itu memang menjadi santapan mata semua lelaki. Siapa yang tidak sukakan kecantikan?.


   Jenny menjemput Suraya, Fatin dan beberapa orang pekerja dari Paradigm Sdn Bhd hadir ke majlis hari jadinya. Fatin datang bersama Suraya. Suraya nampak cantik dengan seluar hitam dan baju ketat bewarna kuning cair. Rambutnya dibiarkannya lepas. Amri yang sudah ada di situ bangun mendapatkan Suraya. Mawar hanya memerhati. Suraya memaut lengan Amri dengan mesra.
   "Rindu kat kau. malam tadi baru saja mimpi" kata Suraya. Amri ketawa.
   "Duduklah di sini" arah Jenny kepada mereka bertiga. Suraya bersalaman mesra dengan Mawar.
Fatin yang sudah lapar itu cepat - cepat mengambil makanan.
    "Cantik Cik Suraya ni" puji Mawar. Suraya tersenyum sambil memandang Amri.
    "Kalau bertudung lebih cantik" kata Mawar selamba. Amri memandang Mawar. Suraya hanya tersenyum tawar. Hatinya sedikit terguris tetapi dibiarkannya sahaja. Pada Suraya, mungkin Mawar hanya mengusik. Fatin duduk di sebelah Suraya dengan sepinggan makanan. Mereka datang agak lambat. Jenny sudah pun memotong kek. Jenny menghampiri meja bulat tempat Suraya, Amri, Mawar dan Fatin duduk.
   "Kalau saya soal, kamu semua jawab dengan jujur ya?. Sumpah?" soal Jenny. Mereka mengangguk. Fatin memandang Suraya yang sibuk menyuap kek ke mulunya.
   "Suraya, kau betul - betul cintakan Amri?" soal Jenny. Suraya tersenyum.
   "Seluruh hidup dan jiwa aku ini untuk Amri. Mestilah Cik Jenny oiii" kata Suraya. Mereka yang lain ketawa.
    "Fatin, pernah bercinta?" soal Jenny lagi. Fatin menelan air liurnya. Dia hanya mengangguk mengiyakannya.
    "Amri, gembira dengan Suraya" soal Jenny. Amri mengangguk sambil tersenyum.
    "Ok, Mawar nak tanya apa - apa?"
    "Saya nak soal Encik Amri. Tolong jawab jujur. Encik Amri dah bersumpah. Pernah tak sekali Encik Amri memandang saya dan terikir bahawa saya seperti wanita yang Encik Amri idamkan?" soal Mawar. Matanya memandang tepat ke arah Amri. Fatin meletakkan sudu yang dipegangnya ke dalam pinggan. Dia melihat Suraya. Nampak wajah Suraya berlainan. Amri tidak menjawab.
   "Saya balik dulu" Amri terus angkat punggung untuk melangkah dari situ tetapi tangannya di pegang oleh Suraya.
   "Jawab Amri" kata Suraya sambil memandang Mawar yang tersenyum - senyum. Muka Suraya merah sedikit.
   "Itu tak penting Suraya. mari kita balik" kata Amri. Hati Suraya berdegup kencang.
   "Cara Encik Amri mengelak ini membuatkan saya tahu jawapannya" kata Mawar. Fatin memegang tangan Suraya. Dia tahu hati Suraya pedih.
   "Memang wanita yang Encik Amri inginkan seperti saya. Bertudung, berbudi bahasa, lemah lembut dan manja bukan?. Saya tahu Encik Amri. Suraya, awak tak boleh marah. Hadapi kenyataan ini. Kita akan menjadi seorang kekasih yang sempurna jika kita adalah wanita idaman mereka." Kata Mawar. Suraya hanya membisu.
   "Suraya.." Amri memanggil Suraya. Dia tahu Suraya terluka. Dipegangnya bahu Suraya. Suraya bingkas bangun.
   "Kau tetap seperti dulu Jenny, tak pernah mahu melihat aku bahagia. Aku tahu ini rancangan kau. Aku ingat kau dah berubah. Terima kasih kerana menyedarkan aku bahawa aku bukanah wanita impian Amri. Terima kasih juga buat kau Amri. Sekurang - kurangnya kau harus menipu agar perasaanku ini tidak sesakit ini. Sakit hingga memecahkanseluruh hati aku." kata Suraya. Dia terus pergi. Sengaja dilanggarnya badan Amri. Fatin bangun dan memandang Jenny.
   "Rupa - rupanya apa yang Suraya ceritakan pada aku tentang hasad dengki kau tu benar belaka. Kau palsu seperti nama kau. Jenny konon! kalau jenab tu Jenab juga" kata Fatin pula. Dia terus mengekori Suraya ke keretanya. Amri menarik badan Suraya.
    "Sayang... kau tak faham!" kata Amri. Suraya menepis tangan Amri.
    "Tak faham?... ya.. aku tak faham kenapa perempuan seburuk aku, sekasar aku dan sebodoh aku boleh jadi kekasih kau. Pergilah Amri....,pergi pada wanita idaman kau tu" kata Suraya dan terus masuk ke dalam kereta yang sudah dihidupkan oleh Fatin sebentar tadi. atin terus memecut keretanya. Tidak mahu melihat kelibat mereka lagi. Dia turut menangis apabila melihat Suraya menangis.
    Amri pergi mendapatkan Mawar. Kelihatan Jenny dan mawar sedang tersenyum gembira. Gembira dengan kehancuran hati Suraya.
   "Kau memang kejam Jenny. Sepupu kau sendiri pun kau nak khianat. Kau Mawar, terlalu mementingkan diri" kata Amri. Dia terus ke keretanya. Mahu mengejar Suraya. Dia dapat rasakan Suraya menderita dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi. Dia tidak mahu air mata Suraya jatuh lagi. Dia bimbang jika Suraya mula membencinya. Dia perlu mendapatkan Suraya.

  

No comments:

Post a Comment