Monday, 14 May 2012

bab 24 (cinta sos dan kicap)

  Suraya membenamkan wajahnya ke bantal. Rasa hatinya terlalu sakit. Dia bukanlah wanita idaman Amri. Dia rasa terlalu kerdil. Baginya, kebisuan Amri pada malam semalam adalah jawapan yang terang bagi persoalannya selama ini. Sering kali dia terikir adakah dia mampu menjadi wanita impian Amri walaupun dia tahu hakikatnya. Air matanya tidak henti - henti mengalir. Fatin membuka pintu bilik Suraya. Diusapnya rambut Suraya. Dia amat sayangkan sahabatnya itu. Air mata Suraya yang mengalir itu turut membutakan hatinya terguris. Fatin tidak menjawab panggilan daripada Amri. Lantaklah, kalau waktu pejabat dia bos aku tetapi di rumah tidak sama sekali, gerutu hatinya. Fatin bimbang jika Suraya mengabaikan pemakanannya. Suraya bangun dan duduk menghadap atin.
    "Aku dah tewas dalam cinta aku sendiri, Fatin. Aku tidak mahu menghadapi semua ini lagi. Aku rasa terlalu rendah apabila bersemuka dengan dia, wanita idaman Amri" kata Suraya tersekat - sekat.
   "Kau tak mahu berjuang?" soal Fatin.
   "Siapalah aku yang mahu berlawan dengan wanita yang diidamkannya selama ini. Aku tidak mahu kecewa lagi. Kau lihat sendiri bagaimana dia tak mampu menjawab soalan perempuan tu kan?" soal Suraya. Fatin mengangguk. Dia tidak mahu berkata lagi. Biarlah Suraya mententeramkan jiwanya yang tengah serabut. Sebagai sahabat, dia sentiasa mendoakan apa yang terbaik untuk Suraya.
    "Aku mahu berhenti kerja. Kau ambil kunci kereta ini, tolong beri semula kepada Amri." Suraya menghulurkan kunci kereta ke tangan Fatin.
   "Su, kau tak boleh berhenti terus begini. Kau kena bagi notis dulu, selepas sebulan baru kau boleh pergi tapi.,..... peduli apa? aku bos kau" kata Fatin. Suraya senyum sedikit.
   "Fatin, kalau nak denda pun dendalah" senyum Suraya. Fatin memegang pipi Suraya dan dikesatnya air mata yang masih mengalir. Fatin menemani Suraya hingga sahabatnya itu tidur. Dia menyelimutkan Suraya sebelum keluar. Semoga Allah memberi ketenangan kepada sahabatku ini, doa Fatin di dalam hati.

     Amri masuk ke pejabat. Dia langsung tidak memandang Mawar. Dia terkilan dengan sikap Mawar yang sanggup menyakiti hati Suraya. Mawar masuk untuk berjumpa dengan Amri.
    "Saya tidak mahu berbincang apa - apa. Saya akan keluar selepas ini. Jangan cari atau hubungi saya buat sementara waktu ini. Tolong keluar" kata Amri tanpa memandang Mawar. Agak terkejut Mawar apabila Amri berkata begitu padanya. Dia fikir Amri akan sedar siapa yang patut bersamanya setelah apa yang berlaku malam semalam.
    "Saya cuma mahu Encik Amri pilih yang tebaik" ujar Mawar yang masih tidak berganjak.
    "Awak ingat penting sangatkah wanita idaman dalam hidup saya?. Saya peduli apa kalau Suraya tidak selembut dan secantik awak?. Awak rasa awak layak dengan saya hanya kerana awak ada ciri - ciri wanita idaman saya?. Sudahlah... saya dah bosan dengan isu wanita idaman ni. Awak keluar sekarang" kata Amri. Mawar terus keluar. Hatinya sedikit terusik apabila amri tidak mahu melayannya. Fatin masuk ke dalam pejabat Paradigm Sdn Bhd. Jenny yang ada di luar memandang Fatin yang asyik menjelingnya. Fatin mengetuk pintu bilik Amri. Setelah disuruh masuk, Fatin duduk berhadapan dengan Amri.
   "Ini surat perletakan jawatan Suraya sebagai setiausaha aku" kata Suraya. Surat itu diletak di hadapan Amri. Amri mengeluh. Digosok wajahnya.
    "Fatin, dia tak perlu buat begini" kata Amri.
    "Kau juga tak patut buat begitu, Am" balas Fatin.
    "Aku dah bersumpah untuk bercakap benar. kau pun ada di situ." kata Amri.
    "Kau tak tahu betapa hancurnya hati dia"kata Fatin. Amri diam.
     "Dia ada di rumah?' soal Amri.
     "Tak. Aku tak tahu dia dimana dan ini kunci kereta yang kau belikan untuknya dulu" kata atin. Dihulurkannya pula kunci kereta Suraya. Amri mengambilnya.
     "Sekarang aku tahu dia mula membenci aku, Fatin" kata Amri. Fatin mengangguk.
    "Dia menangis sehingga bengkak mata dan mukanya" tambah Fatin. Amri gelisah. Dia bangun dan duduk semula.
     "Cakap Fatin, dia di mana?" soal Amri.
     "Aku dah berjanji" kata Fatin. Amri terus keluar meninggalkan Fatin seorang diri. Amri terus pulang ke rumahnya. Fatin keluar dan terus masuk ke dalam pejabat Jenny.
    "Kau biadab Fatin, masuk ke bilik aku tanpa di suruh" kata Jenny. Fatin mencebik.
    "Kau jangan berlagak sangat. Gaji kau dan aku lebih kurang sahaja malah sikap kau lebih kejam daripada aku. Kau ingat kau boleh senang dengan menghancurkan kebahagiaan sepupu kau sendiri?" bebel Fatin.
    "Salah ke?. Su memang tak layak dengan Amri. Ya, aku akui dia cantik tapi itu sahaja yang ada. Mawar lebih layak." ujar Jenny.
     "Kau sibuk apa dia layak atau tak?. Dia kacau hidup kau ke?" soal Fatin pula.
     "Ya. Memang, dari dulu lagi dia lebih segala - galanya. Dia disayangi oleh semua ahli keluarga. nenek dan atok aku pun sama. Aku selalu dipinggirkan" kata Jenny. Matanya menggambarkan betapa bencinya dia pada Suraya.
    "Itu kisah lamalah. Salah dia ke semua keluarga sayangkan dia. Sah - sah diorang semua sayangkan dia. Dia baik tak macam kau macam anak tiri hantu kum kum" kata Fatin geram dan terus keluar. Jenny geram. Dia melemparkan beberapa fail di atas mejanya setelah Fatin keluar dari situ. Fatin mendapatkan Mawar yang sedang berdiri di sebelah mesin pencetak.
     "Kau lembut?.. kau manja?.. kau tahu tak?... kaulah perempuan paling perasan yang pernah aku jumpa. Kau tahu kenapa Amri cintakan Suraya?" soal Fatin. Mawar memandang Fatin.
    "Sebab dia tak sekejam dan tak seteruk perangai kau. Biar lelaki sendiri yang tentukan kau tu manja atau tidak. Itu bukan manja mawar berduri, itu menggelitat" kata Fatin dan terus melangkah pergi. Hatinya puas. Mata Mawar bergenang. Kata - kata Fatin tadi menyakitkan telinga dan hatinya. Fatin tersenyum puas. Tak pernah - pernah dia menghamun orang. Dia simpati pada Suraya kalau boleh, mahu saja di sepak - sepaknya pipi Mawar dan Jenny. Biar melekat pipi mereka berdua itu.

    Amri terus memandu ke kampung halaman Suraya. Dia yakin Suraya ada di situ. Amri sampai lewat petang. Dia memberi salam. Ayah Man keluar.
    "Ha.... Amri ni kenapa?. Datang maghrib - maghrib ni?. Kenapa tak datang sekali dengan Suraya?" soal Ayah Man.
    "Suraya tak balik ke ayah?" soal Amri. Ayah Man menggeleng. Amri mengeluh.
    "Amri dan Suraya bergaduh ke?" soal Ayah Man. Dibawanya beg pakaian Amri masuk ke dalam.
    "Sudah, masuk dalam. Nanti ayah suruh Suraya masakkan nasi untuk Amri" kata Ayah Man selamba. Langkah Amri terhenti.
     "Tadi kata Suraya tiada?" soal Amri.
     "Suka hati ayah lah" senyum Ayah Man. Amri tidak sabar - sabar mahu melihat Suraya. Dia begitu rindukan wajah buah hatinya itu. Amri terus ke dapur. Suraya tergamam. Mata mereka bertentangan buat seketika. Tiba - tiba hati Suraya rasa sakit. Walaupun dia gembira melihat Amri di hadapannya tetapi hatinya masih terluka. Masih belum di rawat.
     "Buat apa datang sini?. Bukankah aku dah berikan surat berhenti kerja" kat Suraya sebelum pergi. Amri menarik lengannya.
     "Suraya... tolonglah" kata Amri. Ayah Man hanya memandang. Dia tahu Suraya masih belum sedia. Dia bimbang jika keadaan semakin keruh. Dia perlu bertindak.
     "Sudah tu Amri. Pergi mandi, solat dan kita makan sama - sama" arah Ayah man. Amri melepaskan lengan Suraya dan terus masuk ke dalam bilik. Selepas solat Suraya menghidangkan makanan. Dia duduk di sebelah ayahnya. Amri memandang Suraya. Hatinya sayu melihat mata Suraya yang sembab. Dia tahu Suraya banyak menangis. Suraya membasuh  pinggan di dapur. Air matanya menitis laju. Amri membantunya mengemas meja. Apabila melihat Ayah Man berehat di luar, Amri mendapatkan Suraya di dapur.
    "Sayang..." Amri memanggil suraya dengan lembut. AIr mata Suraya makin laju mengalir. Dadanya sebak sekali. Dia begitu rindukan Amri tetapi dia kecewa. Terlalu hampa apabila Amri tidak mampu untuk melindungi perasaannya daripada di guris. Amri mengusap rambut Suraya.
    "Maafkan aku sayang. Kau tahu aku begitu cintakan kau. Jangan dengar segala yang dikatakan Jenny dan Mawar" kata Amri. Suraya tidak menoleh. Pinggan yang sudah di basuh, di basuhnya sekali lagi. Hatinya tidak keruan. Dia tidak tahu dan tidak faham. Dia begitu merindui Amri. Suraya menoleh memandang Amri. Serta merta Suraya terus memeluk Amri. Terpana sebentar Amri dengan tindakan Suraya. Amri perlahan - lahan mendakap tubuh Suraya dengan penuh kasih sayang. Suraya menangis hingga basah baju melayunya. Amri membiarkan Suraya memeluk tubuhnya. Dia mahu Suraya berasa lebih lega. Suraya memandangnya dan terus masuk ke dalam bilik. Amri terkaku di situ. Dia tidak faham. Sebentar tadi Suraya memeluknya tetapi kali ini Suraya terus masuk ke dalam bilik tanpa memandangnya. Dia keliru tetapi Amri faham, Suraya perlukan masa. Amri keluar duduk di sebelah ayah Man. Mata Ayah Man mengerling ke arah baju Amri yang basah sedikit.
    "Kadangkala perempuan ni macam angin sekejap kuat, sekejap sepoi - sepoi bahasa. kadangkala langsung tiada angin. Bila tiada angin, kita yang panas. BIla nak pujuk, tunggu bila anginnya sepoi - sepoi bahasa. Lebih dingin. Senang di pujuk sedikit" kata Ayah Man sambil menghisap rokok daunnya. Amri mengangguk.
    "Suraya itu macam kerak nasi. Bubuh air banyak - banyak lembutlah dia" kata Ayah man tanpa memandang wajah Amri yang masih keliru.
    "Dia nampak sahaja kasar, tapi selalu mahu dimanjakan" Ayah Man senyum mengenangkan perangai anak tunggalnya itu.
     "Saya cintakan anak ayah yang suka merajuk tu" kata Amri setelah sekian lama membisu.
     "Seluruh jiwa saya ada pada dia" sambung Amri. Ayah Man senyum. Terjungkit sedikit misainya yang melentik.
      "Buktikan" kata Ayah Man dan terus bangun. Sebelum masuk, dia sempat mengerling ke arah Amri. Lelaki itu telah menawan hati anaknya.... juga dirinya.
  
   

No comments:

Post a Comment