Tuesday, 15 May 2012

bab 25 (cinta sos dan kicap)

   Suraya masih belum mahu tidur. Sesekali dia terdengar suara Amri sedang asyik berborak dengan ayahnya. Dia rasa menyesal kerana memeluk Amri malam tadi. Sewaktu sarapan pagi tadi, Suraya tidak dapat menatap wajah Amri kerana malu. Dia tidak mahu Amri fikir, hatinya senang di rawat. Dia mahu Amri tahu bahawa hatinya terluka. Ayah Man memanggil Suraya. Dengan segera Suraya mendapatkan Ayah Man di ruang tamu. Suraya memandang sekeliling mencari Amri. Tiada kelibatnya.
   "Duduk sini" arah Ayah Man. Tangannya menepuk - nepuk sofa disebelahnya. Suraya duduk.
   "Su masih marahkan Amri?" soal Ayah Man. Suraya diam.
   "Jangan lepaskan orang sebaik dia hanya kerana hal yang remeh temeh" Ayah Man mengusap rambut anaknya.
   "Isu wanita idaman ni tidak patut ada. Ayah dulu pun ada wanita idaman. Ayah suka melihat janda muda di hadapan rumah ayah dulu. Ketika itu ayah baru berkahwin dengan emak Su" senyum Ayah Man. Sesekali dia mengangguk - angguk.
   "Ayah memang idamkan seorang wanita yang tubuhnya seperti kerengga tapi mak Su tidak begitu. Tubuh emak waktu muda agak gempal. Malah, janda  muda itu turut menaruh hati pada ayah. Ayah tak mahu padahal dia ada ciri - ciri wanita yang ayah idamkan. Su tahu kenapa?" soal Ayah Man. Suraya hanya memandang tanpa berbicara.
   "Kerana emak Su adalah cinta sejati ayah. Bagi ayah, cinta sejati emak Su adalah lebih berharga daripada memiliki cinta wanita idaman ayah. Bila ayah menyintai emak Su, dia lebih cantik daripada janda muda itu kerana keluhuran hatinya membuatkan ayah sedar, fizikal dan kecantikan  tidak menjamin kebahagiaan" senyum Ayah Man. Suraya memeluk lengan Ayah Man.
   "Mengapa tiada sikap mahu berjuang di dalam diri anak seorang askar seperti ayah?. Berjuang Su... berjuang mendapatkan cinta sejati. Su mahu melepaskan lelaki sehebat Amri hanya kerana wanita lain?. Su tahu Amri sayangkan Su bukan?. Kalau dia tak cintakan Su, buat apa dia bersusah payah datang ke mari mencari Su?" tambah Ayah Man. Suraya menitiskan air matanya.
   "Jangan menangis kerana Su masih belum berjuang. Beri dia peluang. Lagipun Amri tidak salah apa - apa. Lelaki memang suka berilusi tentang wanita. Itu kelemahan kaum lelaki. Ayah sukakan Amri. Su sangat cintakan dia. Kalau tidak, takkan menangis sampai sembab - sembab mata anak ayah ni" Ayah Man menampar manja pipi Suraya.
   "Suraya nak merajuk lama sikit lagi boleh?" soal Suraya. Berkerut kening Ayah Man mendengarnya.
   "Buat apa?" soal Ayah Man.
   "Biar dia pujuk" jawab Suraya. Ayah Man ketawa besar.

    Amri pulang dari membeli ikan dan sayur - sayuran di pasar. Dia ke dapur. Suraya sedang sibuk membasuh beras.
   "Aku ada beli barang sikit ni. Nak aku masak atau kau?" soal Amri. Suraya diam.
   "Sayang.... tolonglah" rayu Amri. Suraya menoleh.
   "Kenapa kau buat aku begini?. Kau tak tahu betapa aku rindukan kau. Kenapa selepas beberapa hari baru kau cari aku?. Kenapa?. Cantik sangatkah Mawar tu sampai kau boleh terikir dia wanita yang kau idamkan selama ini?. Kenapa?" soal Suraya.
   "Aku tak fikir dia wanita idaman aku. Hati aku cuma tergerak. Suka melihat cara dia. Itu sahaja. Kalau aku suka lihat artis wanita, maknanya aku pun suka dan cinta lah?" soal Amri kembali.
Suraya menghampiri Amri. Ditariknya lengan Amri.
   "Sekarang kau fikir lagi tak yang dia tu wanita idaman kau?" soal Suraya.
   "Tak sayang.... sejak kau hadir dalam hidup aku, kaulah wanita idaman aku, kaulah penyeri hidup aku, kau lah wanita yang selalu buat aku separuh gila. Kau juga satu - satunya wanita yang berjaya menggoda aku" kata Amri. Suraya senyum.
   "Kau tergoda?. Hmm...... berjaya juga aku" Suraya memeluk lengan Amri. Hati Amri lega. Dia tahu Suraya berubah fikiran kerana nasihat daripada Ayah Man. Amri terus menyiang ikan dan memasak masak lemak cili api ikan patin, makanan kegemaran Ayah Man. Suraya hanya menemaninya di dapur.
   "Penat ya. Biarlah aku sambung" kata Suraya.
   "Tak apa. Aku biasa buat sendiri" jawab Amri.
   "Kalau kita kahwin nanti, kau masakkan untuk aku tak?" soal Suraya. Amri senyum.
   "Kau tak nak masak?"soal Amri.
   "Kalau aku mengandung, tak larat tau. Mabuk dan muntah. Kesian aku" jawab Suraya.
   "Gatalnya. Tak malu cakap pasal mengandung depan aku?" soal Amri. Tangannya ligat mengacau kuah. Suraya menghampirinya.
    "Tak nak anak?" soal Suraya. Amri ketawa kecil dan mengangguk.
    "Amboi... gatal Encik Amri ya. Belum kahwin dah cakap pasal anak" kata Suraya. Dia mencubit pipi Amri.
   "Siapa cakap dulu?' soal Amri. Suraya ketawa. Ayah Man masuk ke dalam dapur.
   "Inilah dia. Kalau dah baik macam belangkas. Kalau tak, menangis sampai bengkak - bengkak mata" usik Ayah Man. Suraya menekup mukanya dengan telapak tangan.
   "Kahwin sajalah kamu berdua ni. Kalau tak nanti jadi apa - apa pula. Ayah percaya pada kamu, Amri tapi ayah tak percaya pada Suraya ni. Tergesel sana tergesel sini dekat kamu tu" kata Ayah Man. Amri memandang wajah Suraya yang merah padam. Amri senyum.
    "Insya Allah ayah, iman ni masih boleh tahan lagi" gurau Amri. Ayah Man ketawa. Suraya makin malu. Dia terus keluar dari dapur meninggalkan Ayah Man dan Amri berdua.

     Amri membawa Suraya ke pekan untuk membeli barang dapur. Ayah man tidak mahu ikut. Dia ada mesyuarat jawatankuasa kampung. Suraya berjalan beriringan dengan Amri.
     "Sayang... dukung. Kaki ni dah penatlah" rengek Suraya.
    "Kau jangan gatal sos. Nampak orang kampung kau nanti, nahas aku kena parang dengan askar pencen" jawab Amri.
    "Kau janganlah panggil aku sos. Aku pun dah tak panggil kau kicap" rajuk Suraya.
    "Biarlah aku puas panggil kau begitu. Bila dah kahwin, aku takkan panggil sos lagi" senyum Amri.
    "Betul?" soal Suraya.
    "Ya lah.... kalau aku panggil kau sos, kau panggil aku kicap, anak kita nanti kena panggil ajinamoto pula. Tak nak aku" kata Amri. Suraya ketawa terkekeh - kekeh. Amri memandang lama Suraya yang masih ketawa. Dia rindukan gelak tawa itu. Dia mahu Suraya gembira seperti itu. Dia berjanji tidak akan perbah membuat Suraya mengalirkan air mata lagi. Amri memimpin Suraya masuk ke dalam sebuah butik.
    "Beli saja apa yang kau nak. Beli untuk ayah sekali" kata Amri. Suraya tersenyum dan terus memilih. Hampir setengah jam memilih, Amri membayar kesemua pakaian yang di pilih oleh Suraya. Hari sudah petang, Amri membawa Suraya pulang. Bimbang jika dimarahi Ayah Man. Sampai sahaja di rumah, Suraya lekas - lekas menunjukkan 2 pasang kemeja batik kepada ayahnya.
    "Amri belikan untuk ayah" kata Suraya. Ayah Man ambil dan mencubanya.
    "Macam Datuk pula aku" senyum Ayah Man. Amri ketawa. Dia puas melihat dua beranak itu gembira. Amri masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Ayah Man memanggil Suraya supaya duduk dekat dengannya.
    "Ayah bangga anak ayah begini" Ayah Man menepuk - nepuk bahu Suraya.
    "Terima kasih atas nasihat ayah" Suraya terus memeluk Ayah Man. Suraya tahu ayahnya sentiasa melindunginya. Dia bertuah kerana di jaga oleh dua orang lelaki yang hebat.
  

    Suraya mengikut Amri ke Kuala Lumpur. Amri tidak kisah kerana Ayah Man mengizinkan Suraya bersama Amri. Fatin sudah dihubungi. Gembiranya Fatin tidak terkata. Dia lekas - lekas mengemas bilik Suraya walaupun tidak berselerak. Amri dan Fatin tiba pada waktu petang. Fatin memeluk erat tubuh Suraya.
   "Aku rindukan kau" kata Fatin. Suraya mengangguk. Mengiyakannya. Dia juga merindui Fatin.
   "Tolong jagakan buah hati aku ni. Jangan bagi dia lari lagi. Penat aku nak kejar" kata Amri. Suraya tersenyum. Amri meminta diri untuk pulang. Banyak yang mereka bualkan.
    "Penat kerja hari ni?" soal Suraya.
   "Ya la... lagi - lagi setiausaha aku dah cabut lari. Syasya tu kelam kabut. Pening aku!" rungut Fatin.
   "Bos, kalau aku minta kerja balik ok tak?" soal Suraya. Fatin cepat - cept mengangguk. Suraya tersenyum gembira. Amri terus ke pejabat. Ada beberapa perkara yang harus dilakukan. Dia perlu menyemak beberapa dokumen . Jam sudah pukul 8 malam. Amri membuka pintu pejabat kelihatan Mawar masih ada di mejanya. Begitu juga beberapa orang pekerja yang lain. Amri terus masuk ke dalam biliknya. Dia yang kepenatan kerana memandu jauh terlelap sebentar. Bahunya seperti di sentuh seseorang. Diurut dengan lembut. Amri terkejut. Di tolehnya kebelakang. Mawar sedang tersenyum manja.
   "Encik Amri kelihatan penat, saya cuma mahu memicit Encik Amri" kata Mawar.
  "Saya tak minta dipicit, Mawar. Saya cuma mahu awak jangan ganggu hidup saya. Bukan senang saya mahu memujuk Suraya kembali pada saya. Hormati saya. Itu sahaja" kata Amri yang sudah pun berdiri berhadapan dengan Mawar.
   "Encik Amri ni mengecewakan. Jatuh cinta pada wanita yang salah." cebik Mawar.
   "Awak tahu Mawar, semakin lama rasa hormat saya pada awak semakin hilang. Jangan sampai saya membenci awak. Pergi keluar dan buat kerja awak" kata Amri lagi.
   "Baiklah. Saya nak tengok sejauh mana kuatnya cinta Encik Amri dan Suraya" kata Mawar dan terus keluar dengan wajah yang mencuka. Amri mengeluh panjang. Ingatkan Suraya sahaja yang gatal, rupa - rupanya ada lagi teruk, bisik hati kecilnya. Amri terus keluar tanpa menyemak semua dokumen di atas mejanya. Kepalanya berserabut. Dia mahu pulang dan tidur dengan nyenyak. Hatinya lega Suraya sudah pulang ke pangkuannya.
   

No comments:

Post a Comment