Suraya akan memulakan tugasnya pada hari esok. Hari ini dia akan menjemput Amri makan tengahari di luar. Amri menyuruh Suraya naik ke atas dahulu kerana dia ada sedikit perbincangan dengan beberapa orang pekerja bawahannya. Suraya tidak mahu mengganngu Amri jadi dia pergi ke sebuah kedai buku yang terletak tidak jauh dari pejabat Amri.
Mawar tidak fokus pada kerjanya. Dia asyik memandang Amri . Sejak dua menjak ini dia selalu di tegur oleh Amri kerana kecuaiannya menjalankan tugas.
"Lain kali saya tak mahu awak cuai lagi, Mawar. Tempoh hari 2 dokumen kita awak tak beri kepada Zahar untuk dihantar. Kalau begini sikap awak, saya boleh mengambil tindakan. Mawar terdiam. Jenny memandang Mawar.
"Encik Amri, Mawar tidak sihat beberapa hari ini" kata Jenny.
"Pergi saja ke klinik kemudian ambil cuti. Bukannya saya zalim hingga awak tak boleh ambil mc" kata Amri. Kali ini Jenny tidak menjawab. Mereka berdua bangun tiba - tiba Mawar rebah ke lantai. Jenny memanggil Mawar. Tiada respon. Suraya yang sudah tunggu lama naik ke atas mendapatkan Amri. Mawar masih belum sedar dan Amri menghampirinya. Amri memanggil mawar sekali lagi. Nampaknya Mawar masih tidak memberi sebarang perubahan. Suraya membuka pintu bilik mpejabat Amri. Terkejut Suraya melihat Mawar terbaring di atas lantai. Amri bangun mendapatkan Suraya.
"Kenapa dengan minah ni?" soal Suraya. Amri mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Encik Amri, dukunglah Mawar ke sofa tu. Kasihan dia" kata Jenny. Amri masih membatu. Dia tidak pasti. Suraya tersenyum . Dia memegang lengan Amri. Sengaja tidak mahu Amri mendukung Mawar kemudian dia menghampiri Mawar.
"Dah lah... tak payah nak buat - buat pengsan. Aku dah guna taktik ni dulu dah. Kalau dalam 3 saat kau tak bangun aku panggil jaga bangla kat luar tu dukung kau" kata Suraya. Mawar terus membuka matanya. Amri terkejut. Jenny pula mengeluh kerana apa yang dirancang tidak menjadi. Mawar bangun dan menjeling ke arah Suraya.
"Sayang ya.... taktik kau tak menjadi. Kau tahu tak, dulu Amri dukung aku kat dalam rumah tau. Siap dituamnya belakang badan aku ni. Siap di peluknya aku. Siap cium" senyum Suraya. Mawar merempan. Dihempasnya pintu pejabat Amri.
"Bila masa pula aku nak cium kau?. Tuam belakang tu tak jadi pun. Aku suruh kau tuam sendiri. Cium??.... kau ni memang gatal betul. Tak pernah sekali pun aku cium tau" kata Amri.
"Alahai... itu pun nak marah. Biar padan muka dia. Aku saja nak bagi dia merana mendengar kata - kata aku tadi" kata Suraya lagi. Amri menggeleng kepala. Suraya terus memaut lengan Amri dan keluar melintasi Mawar yang sedang menahan geram. Sengaja dirapatkan badannya ke lengan Amri. Mereka berdua terus turun kebawah.
"Dah... boleh lepaskan lengan aku ni" kata Amri.
"Biarlah...." kata Suraya pula.
"Kau ni, lepaskan saja lah. Kau rapat - rapat ni bahaya tau"
"Kenapa pula"
"Berapa kali aku kata, bila kau buat macam ni, aku boleh rasa tau"
"Rasa apa?"
"Dah lah, Malas aku nak layan" kata Amri lagi. Suraya tidak mahu melepaskan lengan Amri.
"Rasa apa?. Cakaplah" rayu Suraya.
"Rasa apa yang tak sepatutnya aku rasa. Sebab itulah banyak kes rogol kekasih sendiri" kata Amri. Suraya mencebik.
"Kau nak rogol aku ke?" soal Suraya selamba. Terkejut Amri mendengarnya. Dia cepat - cepat menarik lengannya.
"Kau gila!. Takkan aku nak merogol?" marah Amri. Suraya ketawa besar. Seronok dia mengenakan Amri.
"Aku tak cakap pun. Kau yang terasa" kata Suraya. Dia masuk ke dalam kereta.
"Kau ni dah gila. Aku tak tahu kenapa aku boleh sayang sangat pada wanita segila engkau"
"Aku gila?" soal Suraya. Amri mengangguk.
"Dah. Nak balik tak nak makan" rajuk Suraya. Amri ketawa.
"nak kahwin dengan aku tak?" soal Amri. Dia memegang tangan Suraya. Mukanya menoleh keluar tingkap. Suraya kembali memandang Amri.
"Tak nak" jawab Suraya.
"Tak nak tak apa. Aku kahwin dengan Fatin" usik Amri. Wajah Suraya masam.
"Gurau sahajalah sayang" Amri mencubit dagu Suraya.
"Siapalah yang boleh menggantikan kau dalam hati aku ni" Amri memujuk. Suraya senyum.
"Nakal!" kata Suraya sambil ketawa. Amri terus memandu menuju tempat makan kegemaran mereka. Suraya duduk berhadapan dengan Amri.
"Nak makan apa sayang?" soal Amri. Suraya tersengih. Sejuk telinganya mendengar ungkapan sayang yang keluar dari bibir Amri.
"Apa - apalah...sayang" kata Suraya. Amri tersenyum. Dia memesan 2 set nasi bukhari. Suraya memandang wajah Amri sepuas - puasnya.
"Kenapa ni?" soal Amri. Disentuhnya tangan Suraya.
"Kau rasa aku boleh bahagiakan kau tak?" soal Suraya.
"Aku hanya tahu yang aku akan membahagiakan kau seumur hidup" kata Amri.
"Aku yakin itu. Aku sayangkan kau" kata Suraya lagi.
"Tak tanya pun"
"Aku bukan jawab tapi beritahu"
"Aku tak suruh pun"
"Dahlah... malas aku layan jantan poyo macam kau ni" marah Suraya. Amri ketawa. Dia suka melihat Suraya marah. Mukanya akan menjadi merah. Jelingannya pula boleh membutakan jantung Amri berdegup kencang. Sikap manja Suraya itu membuatkan Amri sering merinduinya.
Amri menghantar Suraya pulang ke rumah.
"Jaga diri baik - baik ya. Aku tak boleh jumpa kau 2 hari ni. Ada banyak urusan. Projek tu penting bagi aku dan bakal keluarga kita" kata Amri.
"Bakal keluarga kita?" soal Suraya.
"Aku, kau, askar pencen dan anak - anak kita" kata Amri. Suraya senyum. gembira dia mendengarnya.
"Ok... tapi jangan lupakan aku ya. Jangan layan mawar berduri tu. Kalau aku tahu kau layan, aku panggil askar pencen datang sini" kata Suraya. Amri ketawa. Rindu pula dia pada Ayah Man. Lelaki itu seperti anaknya... sukar di duga tetapi penuh dengan kasih sayang. Amri terus memandu ke pejabatnya. Dia masuk ke dalam pejabat. Mawar memandangnya dengan penuh harapan. Dia mahu Amri menoleh ke arahnya tetapi hampa. Jenny mendapatkan Mawar.
"Jangan putus asa, selagi kita usaha semuanya akan berjaya" Jenny memberi kata - kata semangat.
"Kalau kau mahu Amri tu jadi milik kau, kau perlu jadi seperti Suraya. manja dan menggedik. Kau tak nampak betapa menggediknya Suraya dengan Amri?" soal Jenny. Mawar mengangguk.
"Lelaki suka di belai. Kau buat sahaja. Pergi masuk" arah Jenny. Mawar terus mengetuk pintu bilik Amri. Apabila di suruh masuk, Mawar melangkah masuk dengan senyuman yang manja.
"Encik Amri, Mr Low dah batalkan temujanji hari ini. Dia gantikannya pada minggu hadapan. " kata Mawar. Berlakon seolah - olah tiada apa yang berlaku.
"Pening awak dah hilang?" soal Amri. Mawar cepat - cepat mengangguk.
"Ambil berat juga Encik Amri pada saya, ya" kata Mawar. Amri membisu. Tidak mahu melayan Mawar. Dia tahu Mawar akan cuba sebaik habis untuk mendapatkannya. Mawar mula mahu melangkah ke arahnya.
"Berhenti Mawar. had awak hanya di depan saya sahaja. Jangan sesekali awak hampiri saya begini" kata Amri.
"Encik Amri terlalu jual mahal. Saya tak pernah melayan mana - mana lelaki selama ini seperti mana saya melayan Encik Amri" kata Mawar. Suaranya bergetar.
"Tunang awak tu?" soal Amri.
"Dia pilihan ibu saya. Saya tak cintakan dia. Malah, saya dah putuskan hubungan saya dengan dia" kata Mawar. Dia kembali duduk di hadapan Amri.
"Baiklah, saya takkan berhenti menunggu cinta Encik Amri kerana saya yakin, suatu hari nanti Encik Amri akan datang mendapatkan saya. Encik Amri tidak menghiraukan saya kerana terpaksa. Encik Amri terpaksa menjaga hati Suraya bukan?" soal Mawar. Amri ketawa kecil.
"Siapalah awak yang mahu menentukan apa rasa hati saya?" kata Amri.
"Saya akan memiliki hati Encik Amri" kata Mawar dengan yakin. Kali ini Amri ketawa agak lama.
"Banyak lagi hati kat luar tu, hati lembu, hati kerbau, hati lipan pun ada. Awak nak berapa kilo?. Saya boleh belikan di pasar nanti. Nak Suraya belikan pun tak mengapa" kata Amri. Mawar geram. Dia terus bangun meninggalkan Amri yang masih tersenyum - senyum. Amri tidak faham mengapa Mawar begitu tergila - gilakannya. Baginya, Mawar itu terlalu mengikutkan perasaannya. Dia yakin, suatu hari nanti Mawar akan jemu mengejarnya.
"Aku benci bila Amri melayan aku begitu" adu Mawar. Jenny melepaskan keluhan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menolong Mawar. Teman serumahnya itu benar - benar gilakan Amri.
"Aku cakap, kau goda sahaja dia?" kata Jenny.
"Aku ni bertudung, nanti cakap apa pula. " kata Mawar.
"Kau perlu buat sesuatu" cadang Jenny. Dia baring di atas katil Mawar sambil membaca majalah hiburan.
"Kau pandai masak?" soal Jenny. Mawar mengangguk.
"Kau tahukan, minggu depan syarikat kita akan ada trip pergi ke Port Dickson?" soal Jenny lagi.
"Bukan pergi phuket ke?" soal Mawar.
"Phuket tu tahun lepas kitorang dah pergi. kau masuk lambat" senyum Jenny.
"Kau masak lah apa - apa. Buat bekal beri pada dia. Kata orang lelaki tertarik pada wanita yang pandai masak" kata Jenny.
"Betul?" soal Mawar. Jenny mengangguk. Mawar tersenyum. Mengira - ngira mahu membawa makanan yang sedap - sedap untuk Amri. Malam itu Mawar tidak dapat tidur, mahu membuat rancangan supaya dapat menggoda Amri di Port Dickson nanti. Jenny mahu lihat Mawar bersama dengan Amri. Dia tidak mahu lihat Suraya disamping Amri. Baginya, Suraya tidak berhak untuk gembira seperti sekarang. hatinya puas jika Amri mula memilih Mawar menjadi temannya.
Syarikat Paradigm dan Syarikat mentari publishing bersama - sama menyertai rombongan ke Port Dickson. Syasya dan Fatin duduk bersama di dalam bas. Mawar dan Jenny duduk bersama. Fatin mencari - cari Suraya.
"Kau tak datang dengan Su ke tadi?" soal Syasya.
"Tak. Katanya Amri mahu menjemput dia di rumah. Dia suruh aku pergi dulu" terang Fatin. Sedang dia mencari kelibat Suraya, dia terpandang Mawar dan Jenny di belakang.
"Menyampah aku!" geram Fatin. Syasya memandang pula. Syasya mencebik.
"Nak muntah aku!" cebik Syasya. Mereka semua sudah berada di dalam bas. Amri naik ke dalam bas.
"Fatin, jagakan beg aku dan Suraya" Amri meletak dua buah beg di sisi Fatin.
"Kau tak naik bas ni ke?" soal Fatin. Amri menggeleng. Mawar cepat - cepat menghampiri Amri.
"Encik Amri, ini saya ada buatkan nasi lemak untuk Encik Amri sarapan" kata Mawar sambil menghulurkan bekas makanan kepada Amri.
"Mawar, terima kasih banyak tapi Suraya dah bawakan saya makanan. Kasihan dia masak pagi - pagi untuk saya" kata Amri. Mawar memandang Amri meminta simpati.
"Tak apa, abang Amri tak nak, kakak Fatin nak." kata Fatin. Diambilnya bekas makanan dari tangan Mawar. Terkedu seketika Mawar ketika itu.
"Ha... bagi pada Fatin, dia suka makan nasi lemak" senyum Amri. Dia kelihatan amat segak dengan jaket kulit bewarna hitam.
"Am... kau naik motor besar kau dengan Suraya ke?" sengaja Syasya menyoal begitu. Amri tersenyum . Mawar menjeling Syasya yang sekejap - sekekap memandangnya.
"Kau suruh Suraya peluk rapat Am... biar tak ada ruang" kata Hashim sambil ketawa besar. Mereka yang ada di dalam bas itu bersorak mengusik Amri. Bertambah panaslah hati Mawar dan Jenny. Amri gelak. Suraya masuk ke dalam bas dan memaut lengan Amri. Dia menjeling Mawar yang masih berdiri di hadapan Amri.
"Sayang... cepatlah!. Tak sabar nak menunggang motor sayang. boleh peluk lama - lama" kata Suraya manja.
"Gatal!" kata Mawar. Amri memandang dua orang wanita berhampiran dengannya.
"Gatal?... memang aku gatal!" Kata Suraya. Di peluknya belakang badan Amri dan sengaja di pejam matanya. Wajah yang sangat bahagia. Mereka yang lain tersenyum. Amri menelan air liur.
Fatin dan Syasya ketawa sekuat hati. Amri cepat - cepat menarik Suraya turun dari bas.
"Kenapa cepat sangat tarik?" soal Suraya.
"Dah... kau jangan gatal sos!. kau tak malu peluk aku depan semua orang?" kata Amri. Tidak selesa. Suraya ketawa.
"Aku nak bakar Mawar"kata Suraya.
"Masalahnya aku yang terbakar" kata Amri.
"Kenapa?" soal Suraya hairan.
"Kalau orang tua tu kena peluk pun, boleh terbakar tau"kata Amri sambil memakai topi keledarnya. Suraya ketawa lagi. Dia terus membonceng motosikal berkuasa tinggi Amri. Sengaja dipeluknya Amri ketika motosikal mereka melintasi bas yang membawa semua pekerja. Mawar menangis. Dia tidak tahan di lakukan sebegitu. atin bangun mendapatkan Mawar dan Jenny.
"Nah, ambil balik nasi lemak kau ni. Tak sedap pun aku bau tadi. Kau tahu tak, nasi lemak Suraya lebih sedap tau. Tak percaya tanya Jenny, arwah nenek diorang yang ajar Suraya memasak." kata Fatin sambil tersenyum sinis. Jenny bertekad mahu membalas dendam. Fatin dan Syasya berjanji mahu melindungi Suraya daripada kekejaman mereka berdua. Mereka akan lakukan apa saja untuk sahabat mereka, Suraya dan Amri.
Amri sudah sampai dahulu. Dia dan Suraya makan di tepi pokok sementara menunggu mereka semua tiba di hotel. Amri meyuap nasi lemak sotong ke dalam mulutnya.
"Sedap. Pandai kau masak" puji Amri.
"Kalau sedap makan banyak - banyak ya?" Suraya menambah ayam goreng ke dalam bekas makanan Amri.
"Kau marah aku tadi?" soal Suraya. Amri berhenti menyuap.
"yang mana ni?. Kau tu banyak buat aku marah. Yang mana satu?" soal Amri.
"Masa aku peluk kau dalam bas" kata Suraya.
"Sos... tak manis kau peluk aku begitu. Kena hormat orang lain juga. Mungkin ada yang suka tengok kau peluk aku tapi ada juga yang mengeji" kata Amri. Suraya diam. Dia memandang jauh melihat air laut yang berombak. Amri tahu Suraya agak terasa dengan penjelasannya.
"Sayang..." panggil Amri. Suraya menoleh.
"Aku tahu kau tak boleh hidup dengan aman kalau tak pegang aku sehari pun kan?" Amri cuba memancing semula perasaan Suraya. Dia mahu Suraya bergembira.
"Perasan!..." senyum Suraya. Sedang mereka leka berbual, bas yang dinantikan sudah tiba di hotel. Amri dan Suraya mendapatkan mereka semua.
"Kau ni dah macam Awie dengan Erra Fazira bila naik motor" kata Saiful. Suraya menampar bahu Saiful dengan kuat.
"Fatin, kau tak nak naik motor dengan aku ke?" soal Saiful. Fatin mencebik.
"Tak nak, nanti rambut kau yang panjang tu kena mata aku" kata Fatin. Mereka ketawa. Mereka naik ke atas dan berehat. Ada juga yang terus berenang setelah meletak beg di dalam bilik hotel masing - masing. Amri menghilangkan diri buat sementara waktu. Suraya membiarkannya sahaja. Dia berkongsi bilik dengan Fatin. Syasya pula terpaksa berkongsi bilik dengan pekerja dari Paradigm sdn Bhd. Suraya baring keletihan kerana membonceng motosikal agak lama. Fatin membiarkan suraya tidur sebentar sementara dia dan Syasya terus ke pantai untuk mandi.
No comments:
Post a Comment