Friday, 18 May 2012

bab 27 (cinta sos dan kicap)

  Mereka yang lain sudah pun berada di tepi pantai, bersuka ria bersama. Amri mencari kelibat Suraya. Dia menghampiri Fatin.
  "Mana Suraya?" soal Amri.
   "Amboi, baru sekejap tak nampak sos kau tu dah rindu?" soal Fatin.
   "Tak, dia janji nak mandi dengan aku" kata Amri.
   "Mandi dengan kau?. Woi.. bahaya tau. nanti masuk suratkhabar. Kes khalwat dalam bilik hotel" usik Syasya. Amri senyum.
   "Mandi pantai lah. Takkan mandi kat bilik hotel. Kau nak mampus!" jawab Amri.
   "Suraya tidur. Penat agaknya" ujar Fatin. Amri terus naik kebilik hotel Suraya. Pintu di ketuk. Setelah agak lama baru Suraya membukanya.
    "Kenapa tak turun?. Baru bangun?" soal Amri. Suraya memicit - micit kepalanya.
    "Sayang... pening lah" adu Suraya. Amri menyentuh kepala Suraya.
    "Tolonglah picitkan. Mungkin pakai helmet lama sangat agaknya" rungut Suraya.
    "Turun ke bawah ya?. Nanti aku picitkan" kata Amri. Suraya mengikut Amri turun ke bawah. Dia membawa tuala dan sepasang baju. Dia mahu mandi bersama Amri. Dia duduk di sebelah Fatin. Mawar dan Jenny berada tidak jauh dari situ. Memerhatikan Suraya yang duduk bersila di hadapan Amri. Amri memicit lembut kepala Suraya. Darah Mawar menyirap. Dia bertambah sakit hati apabila Suraya mengenyit mata ke arahnya. Dia meluat melihat Amri yang begitu memanjakan Suraya. Fatin ketawa melihat telatah Suraya. Dia tahu Suraya tidak pening. Hanya mahu membakar perasaan Mawar.
    "Drama quenn"  bisik Fatin. Syasya sudah lama berendam di dalam air laut. Ghairah mahu mandi katanya. Suraya senyum.
    "Sayang.. dekat sini" Suraya menunjuk dahinya pula. Amri senyum.
    "Tak boleh mandilah begini. Kita pergi klinik ya?. Nanti kau rehat dalam bilik" kata Amri.
     "Nak baring sini boleh?" soal Suraya.
     "Nak baring dekat mana?. Pasir ni" kata Amri.
     "Dekat riba kau" kata Suraya selamba.
     "Kau nak mampus?. Kau ingat kita ni orang putih?." kata Amri.
     "Nak juga"
     "Tak boleh aku kata. Mengadalah" kata Amri pula.
     "Ok lah." Suraya bangun. menepuk - nepuk punggungnya yang berpasir.
     "Alah.... Suraya. Dah - dah la tu. Minah tu dah pergi dah. Kalau kau baring atas riba Amri, aku pula yang muntah nanti. Menyampah tau" sengih Fatin. Amri menggeleng kepala. Suraya menarik tangan Amri yang masih duduk.
    "Nak pergi mana ni?. Tadi kata pening" soal Amri. Dia berdiri menghadap Suraya.
    "Dah baik dah" senyum Suraya dan terus menarik tangan Amri masuk ke dalam air laut. Suraya bergurau dengan Amri. Sesekali dia terjatuh. Dia basah. Amri ketawa. Gembira menghabiskan masa bersama Suraya. Matanya terpandangkan baju Suraya yang melekat di badannya kerana basah. Suraya masih menarik tangannya.
    "Aku naik dulu Sos" kata Amri. Suraya terpinga - pinga.
    "Kenapa Amri?. Ala... jom lah" jeritnya. Amri terus naik ke tepi pantai. Duduk di tempatnya tadi.
Suraya menghampiri Amri. Dia memandang Amri.
    "Kau kenapa?" soal Suraya. Amri diam. Tidak mahu komen apa - apa.
    "Kau marah aku?" soal Suraya.
    "Aku ni lelaki. Ada masa benda - benda kecil pun buat aku fikir yang lain. Iman aku tak sekuat mana pun" jawab Amri jujur.
    "Daripada jadi benda yang tak elok, lebih baik aku elak" jawabnya lagi. Suraya ketawa besar. Dia faham maksud Amri. Dia ketawa panjang. Berkerut dahi Amri memandangnya.
    "Kenapa kau gelak?" soal Amri. Mukanya merah.
    "Comel betul bila kau macam ni" kata Suraya yang masih ketawa.
   "Macam ni apa?" soal Amri. Wajahnya serius.
   "Wajah menahan godaan" kata Suraya. Mawar menghampiri mereka berdua. Ditangannya ada sebatang aiskrim yang baru di belinya sebentar tadi.
    "Encik Amri, ini aiskrim untuk encik" Mawar menghulurkannya kepada Amri.
    "Terima kasih" ucap Amri sambil memandang Suraya.
    "Sayang.... nak aiskrim tu" rengek Suraya. Amri terus memberikannya kepada Suraya.
    "Aku beli untuk Encik Amri bukannya untuk kau. Nak kau beli sendirilah" agak tinggi suara Mawar. Amri terdiam.
     "Tak apa Mawar, saya tak makan aiskrim. Terima kasih ya. nanti saya gantikan duit awak tu" pujuk Amri. Mawar senyum kelat. Suraya buat tidak tahu. Dia makan aiskrim itu sambil memandang Fatin yang bergurau mesra dengan Saiful. Mawar terus angkat kaki. Dia benci melihat Suraya.
     "Kau ni pun..." kata Amri. Suraya mengangkat kening.
     "Kalau boleh aku tak mahu sebarang pergaduhan di sini ya. Dia tetap pekerja aku jadi aku mahu kau juga menghormatinya. Aku tahu kau tadi tak pening pun. Kau ingat aku tak sedar cara kau pandang dia tadi?. Kau dah dapat aku kan?" ujar Amri. Suraya memuncungkan bibirnya. Dia bangun. Membuang aiskrim ke dalam tong sampah dan terus menyalin pakaian. Dia agak tersentap dengan keprihatinan Amri terhadap Mawar. Amri menunggu dia di luar tempat menyalin pakaian. Suraya keluar dengan muka yang merah padam. Muka Suraya cepat merah jika dia berasa marah. Amri tahu akan itu. Amri menarik lembut tangan Suraya.
     "Sayang.... aku minta maaf ya?" pujuk Amri. Suraya hanya mengangkat keningnya. Amri risau. Dia tidak mahu Suraya bersedih atau tidak gembira sepanjang mereka di Port Dickson.
    "Aku nak naik ya. Kali ini aku benar - benar pening kepala" ujar Suraya. Ditarik tangannya daripada genggaman Amri. Dengan berat hati, Amri membiarkan Suraya pergi. Dia mahu Suraya bersendirian dan memikirkan semula kata - katanya.

   "Kau nampak tak, Suraya macam merajuk dengan Amri?" soal Mawar kepada Jenny yang mengangguk - angguk macam burung belatuk. Hatinya puas. Dia dapat rasakan pergaduhan itu di sebabkan dia. Mawar menyusun strategi. Dia mahu memikat Amri. Lebih dari sebelumnya. Amri menghampiri Fatin dan Saiful.
    "Hmmm.... macam budak - budak buat istana pasir" usik Amri.
    "Aku layan minah ni saja. Kalau aku, tak ingin buat benda - benda ni" kata Saiful.
    "Kau ada apa - apa ke dengan Fatin ni" bisik Amri. Saiful senyum.
    "Baru sekarang dapat kenal hati budi. Tak apalah kan, aku duda, dia pun belum berpunya" jawab Saiful. Amri ketawa dan membiarkan mereka berdua menghabiskan masa bersama. Dia melihat betapa gembiranya semua pekerjanya menghabiskan masa bersama. Amri puas. Dia duduk di tunggul. Hatinya masih risaukan Suraya. Mawar menghampiri Amri bersama - sama Jenny.
   "Boleh saya duduk?" soal Mawar.
   "Duduklah" jawab Amri.
   "Mana Suraya?" Jenny mula memancing maklumat.
   "Dia nak berehat sebentar. Kamu semua dah makan belum?" soal Amri. Mawar dan Jenny mengangguk. Tiba - tiba dia teringatkan Suraya yang masih belum makan. Pagi tadi pun, Suraya hanya melayannya makan. Tengahari tadi pula dia tidur di bilik. Dia yakin, Suraya memang belum makan.
    "Maafkan saya. Saya pergi dahulu" permisi Amri. Dia terus mendapatkan Syasya yang sudah lama menyalin pakaian. Dia tidak mahu mengganggu Fatin yang leka berbual dengan Saiful.
    "Suraya belum makan kan?" soal Amri. Syasya mengangguk.
    "Masa sebelum tidur, dia kata mahu makan dengan kau di luar" jawab Syasya. Hati Amri tak keruan. Dia cepat - cepat menyalin pakaian dan terus melangkah ke bilik hotel Suraya bersama Syasya.
    "Aku takut dia sakit macam dulu" kata Amri. Syasya juga jalan dengan cepat. Bimbang dengan keadaan Suraya. Dia mengetuk pintu. Tiada jawapan. Jantung Amri berdegup kencang. Kali ini dia menyesal membuatkan perasaan Suraya terguris. Tidak lama selepas itu Suraya membuka pintunya. Mukanya pucat.
   "Kau kenapa Su?" Syasya memegang wajah Suraya.
   "Aku muntah. Perut masuk angin agaknya." jawab Suraya sambil merebahkan badannya di atas katil. Amri tidak menutup pintu. Dia mendapatkan Suraya yang terbaring lemah.
   "Sayang.." panggil Amri. Suraya hanya memandang. Bibirnya pucat.
   "Kenapa tak makan?. kau ni.." kata Amri. Amri menyuruh Syasya menelon pihak hotel supaya membawa makanan ke dalam bilik Suraya. Amri memangkunya. Suraya bangun dan cepat - cepat ke tandas. Dia muntah lagi. Amri menyuruh Syasya membuka beg Suraya. Mujurlah, Suraya membawa kesemua ubatnya. Memang menjadi kebiasaan Suraya membawa segala macam ubat apabila berjalan jauh. Amri mengurut belakang badan Suraya. Makanan sudah di hantar. Amri menyuap makanan ke dalam mulut Suraya. Syasya tersenyum memandang mereka berdua.
   "Kahwin sajalah. Suraya ni dah jadi macam bayi kecil dah bila dengan kau. manja tak habis - habis" ujar Syasya. Amri senyum memandang Suraya. Debar hatinya masih belum hilang. Kalau dia tidak megeluarkan ayat - ayat yang mengguriskan hati Suraya, sudah tentu Suraya akan mengajaknya makan bersama. Suraya tidak akan jadi begini. Amri mengusap rambut Suraya.
   "Lain kali jangan buat begini. Kau buat aku takut, sos" kata Amri. Suraya hanya memandangnya.
   "Tadi merajuk. Macam mana nak ajak makan" kata Suraya. Amri ketawa kecil.
   "Merajuk sampai muntah - muntah. Tadi tipu lagi. Sekarang sakit betul' Amri mencuit batang hidung Suraya. Syasya menggeleng.
   "Kalau kena layan begini Am, sakit hari - hari pun tak kisah" usik Syasya. Suraya mencubit lengan Syasya. Amri senyum. Dia lega melihat Suraya makin bertenaga. Dia menyuruh Suraya baring sahaja di katil.Amri menyelimutkan Suraya.
    "Syasya, jaga buah hati aku ni ya?. nanti aku belikan kau baju sebagai tanda penghargaan membantu aku menyelamatkan pesakit yang tak nak makan ni" kata Amri. Dia mencubit pipi Suraya .
    "Kau tak nak jaga aku?" soal Suraya.
   "Jangan mengada. Belum kahwin tak boleh duduk satu bilik. Dah, aku keluar dulu. kalau apa - apa telefon aku ya. Kau jangan pergi mana - mana pula Syasya" ujar Amri. Syasya mengangguk. Amri terus keluar dan melangkah ke biliknya di tingkat bawah.

    Fatin masuk ke dalam bilik dan terkejut melihat Suraya yang tidur bersama Syasya. Fatin mengejutkan Syasya.
   "Yang kau tidur dalam bilik aku ni kenapa?" soal Fatin. Syasya menggosok - gosok matanya. Dia menceritakan apa yang berlaku. Fatin menghampiri Suraya. Di sentuhnya dahi Suraya.
   "Nasib baik dia tak demam teruk" kata Fatin.
   "Tak demam punya sebab dapat rawatan doktor terbaik di dunia" kata Syasya sambil tersengih - sengih. Fatin mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
    "Amrilah!" kata Syasya. Fatin ketawa.
   "Seronok kan dapat kekasih seperti Amri. Layan baik punya" kata Fatin. Syasya mengangguk.
    "Dah puas main pasir dengan Saiful?" soal Syasya. Fatin tersenyum malu.
    "Aku rasa aku dah jatuh cinta" akui Fatin. Terbeliak mata Syasya mendengarnya.
    "Dengan Saiful?" soal Syasya. Fantin mengiyakannya. Mereka berdua menjerit gembira sehingga membuatkan Suraya terjaga.
    "Tak baik tau kejutkan aku macam ni" rungut Suraya. Mereka berdua ketawa.
    "Tidur cepat. Nanti aku tak dapat baju" arah Syasya. Suraya yang keletihan memejam semula matanya. Amri menelefon Syasya untuk mengetahui keadaan Suraya. Hatinya lega Suraya sudah tidak sakit lagi. Amri berharap agar Suraya dapat makan malam bersamanya malam ini.

   Fatin mengejutkan Suraya dari lenanya untuk makan malam bersama semua pekerja. Malam ini mereka semua ada bbq di tepi pantai. Malam esok pula mereka akan ada makan malam di dewan hotel.  Amri menunggu Suraya di bawah. Jenny dan Mawar terus duduk di meja Amri dan Saiful. Hashim juga ada di situ. Fatin turun bersendirian.
   "Mana Suraya?" soal Amri.
   "Dia suruh aku turun. Sekekap lagi dia turun" ujar Fatin dan terus duduk di sebelah Saiful. Fatin menjeling ke arah Jenny dan Mawar. Solekan Mawar agak tebal malam ini. Tersenyum Fatin memandangnya. Syasya sudah pun makan. Mereka yang lain juga begitu.
    "Mana Suraya ni?" soal Amri lagi.
    "Itu dia" kata Saiful sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah Suraya yang melangkah ke arah mereka. Mawar jadi gelisah. Dia tidak senang Suraya ada di situ. Suraya menghampiri Amri. Tali reben yang sepatutnya mengikat pinggangnya yang ramping itu terbuka dan melorot ke bawah. Amri bangun. Dia ambilnya tali reben itu dan diikatnya semula ke pinggang Suraya. Fatin tersenyum - senyum. Sesekali dia memandang Mawar. Riak wajah Mawar itu menunjukkan hatinya yang sedang sakit.
   "Tak sempatlah sayang... kelam kabut" adu Suraya. Amri hanya tersenyum. Suraya terus duduk di sebelahnya.
   "Kadangkala jadi perempuan ni kenalah sempurna berpakaian" kata Mawar. Mereka semua menoleh ke arahnya. Amri terus memegang tangan Suraya apabila dia melihat Suraya mahu memberi respon terhadap kata - kata Mawar. Suraya memandang Amri yang menggeleng - geleng. Dia tidak mahu Suraya bertelagah.
    "Ya lah... sempurna sangatlah sampai jadi wayang cina" kata Fatin selamba. Mawar memandang Fatin.
   "Janji cantik" balas Mawar. Fatin dan Syasya ketawa.
   "Ya lah.... cantiklah sangat sampai kulit udang ngan muka kau pun aku tak tahu beza. Merah sangat!. Mak ngah aku kat kampung pun tak semeriah solekan kau" kutuk Fatin. Mawar menggetap bibirnya.
    "Makan sahajalah..... nanti habis semua di makan Syasya" kata Hashim. Mereka yang lain terus bangun mengambil makanan.
    "Sakit lagi sayang" soal Amri. Suraya menggeleng. Dia memeluk lengan Amri.
   "Tak payah manja - manja sangatlah Suraya. Buat meluat saja aku tengok"kata Jenny tanpa memandang wajah Suraya. Dengan sengaja Suraya merapatkan lagi kerusinya ke Amri. Kali ini dia melentokkan kepalanya di bahu Amri. Jenny menjeling.
    "Kau agak sopankah berkata begitu dengan bakal isteri majikan kau?" soal Fatin.
    "Belum lagi ya. Kau pastikah dia yang jadi isteri Encik Amri?" soal Mawar pula.
     "Habis tu?. Kau nak jadi.. Hmmm..... jangan haraplah. Kau tu sesuai jadi isteri Pak Mat Tempe kepala senget je" sambung Syasya. Mereka yang lain ketawa. Amri menggeleng kepala. Pening dia dengan kerenah mereka. Mujurlah pekerja yang lain makan dengan aman. Kalau tidak, mahu pecah kepalanya memikirkan masalah mereka semua.
    "Makan ya sos" Amri menghulurkan 2 ketul ayam di hadapan Suraya.
    "Tak lalulah. Tadi dah makan sedikit" kata Suraya.
    "Kau ni melampau kan Suraya. Kadang - kadang kasihan aku tengok Encik Amri ni. Asyik nak pujuk kau sahaja. Dia suruh makan, makanlah. Menyusahkan orang sahaja" kata Mawar. Kali ini dia agak lantang bersuara.
   "Aku ada curi ayam kau?. Tak ada kan?. Jadi kau jangan sibuk. Amri tak kata apa-apa kau yang lebih. Kau makan sajalah" ujar Suraya. Amri memicit kepalanya. Hashim yang memandang tersenyum. Geli hati dia dengan sikap rakan sekerjanya.
   "Makan ya" Amri menyuapkan sedikit isi ayam ke mulut Suraya. Bertambah sakit hati Mawar melihatnya. Jenny juga sakit hati apabila melihat Suraya yang bermanja - manja dengan Amri. Fatin puas melihat sahabatnya itu bahagia. Dia mahu kebahagiaan itu menjadi milik Suraya. Baginya Suraya berhak dicintai oleh Amri. Pening dengan suasana yang tegang itu, Amri bangun. Dia duduk bersama pekerja - pekerja yang lain. Suraya memandang ke arah Amri. Dia nampak Amri ketawa gembira dengan mereka yang lain. Dia tahu Amri tidak selesa dengan pertelingkahan antara dia dan Mawar. Dia rasa bersalah membuatkan Amri tidak selesa. Dia bangun meninggalkan mereka semua. Suraya berjalan sendirian. Dia melangkah menuju ke tunggul besar tempat dia dan Amri membuat unggun api suatu ketika dahulu. Dia duduk di situ. Suraya kesal. Dia cintakan Amri. Dia benci apabila Mawar dan Jenny tidak habis - habis mengannggu kemesraan mereka berdua. Dia takut kehilangan Amri. Ada benar juga kata - kata Mawar, selagi dia tidak menjadi isteri Amri, sesiapa pun berhak menjadi pilihan Amri. Tanpa disedari, air matanya mula menitis. Dia mengesatnya. Dia tidak tahu kenapa dengan dirinya. Dia cuma mahu bermanja dengan Amri bukannya mahu membuatkan orang lain tidak selesa dengan sikapnya itu. Suraya memeluk lututnya sendiri. Hatinya sebak. Dia tahu kadang - kala Amri tersepit dalam situasi ini. Tersepit antara kekasih dan pekerja.
Amri menoleh. Kelihatan Suraya tiada di situ. Dia mendapatkan Fatin.
    "Mana Suraya?" soalnya. Matanya melilau - liau mencari kelibat Suraya. Fatin menggeleng tanda tidak tahu.
    "Dia ke bilik agaknya. Encik Amri makan saja. Dia sudah besar" kata Mawar. Amri tersenyum tawar. Dia risau jika terjadi apa - apa kepada Suraya. Hatinya tergerak untuk melangkah ke tempat di mana Suraya berada. Dari jauh dia nampak Suraya bersendirian memandang ke laut. Dia mendekati Suraya.
   "Kau buat apa dekat sini Sos?" soal Amri dan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Suraya. Dia merapatkan wajahnya ke muka Suraya. Dia dapat lihat Suraya menangis.
   "Sayang..." panggilnya. Dikesatnya air mata Suraya.
   "Aku nak kau gembira bukannya bersedih. Aku buat salah?" soal Amri. Suraya menggeleng.
   "Kenapa ni sayang?" soal Amri. Digenggamnya pula jari - jemari Suraya.
   "Kau mesti pening dengan sikap aku kan?" soal Suraya.
   "Kenapa pula?"
    "Tadi Mawar cakap aku selalu susahkan kau. Aku tak nak buat begitu tapi bila aku disamping kau sikap aku berubah. Aku mahu dimanja oleh kau. Aku suka bila kau belai dan manjakan aku. Aku salah ya?" soal Suraya. Amri senyum. Diusapnya rambut Suraya.
   "Aku mencintai kau kerana kau Suraya. Kerana kelebihan dan kekurangan kau. Kerana sikap manja dan sikap kasar kau. Aku menyukai kau kerana segala apa yang ada pada kau. Walaupun kadang - kadang kau memeningkan aku, tapi itu yang buat aku mencintai, merindui dan menyayangi kau. Sebagaimana kau menyintai aku, begitu juga aku malah lebih daripada itu" akui Amri. Suraya memeluk lengannya.
    "Kita ke sana ya sayang... aku tak nak kena fitnah. Nanti diorang ingat aku dengan kau kat dalam bilik hotel" gurau Amri.
     "Nak ke?" soal Suraya.
     "Nak apa?"
     "Bilik hotel?" usik Suraya.
     "Kau jangan mengada - ngada. Jom" Amri menghulurkan tangannya. Suraya menyambut dan terus memeluk lengan Amri. Dia rasa bahagia. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah rakan - rakan yang lain. Suraya terus memeluk lengan Amri. Sesekali di lentokkan kepalanya di bahu Amri. Amri membiarkannya sahaja. Fatin dan Suraya yang mula nampak kelibat mereka berdua dan mahu membakar hati mawar.
     "La.... tengok tu Syasya, romantiknya" sengaja Fatin menguatkan suaranya. Jenny dan Mawar yang sedang makan menoleh ke arah Amri dan Suraya.
    "Kau tengok cara Amri usap rambut Suraya tu, kalah Shah Rukh Khan" sambung Syasya pula.
    "Ni, kalau dapat anak mesti cun kan"kata Fatin
    "Ya lah... sebab Suraya cantik asli. Tak solek macam wayang cina. "
     "Betul cakap kau Syasya. Kau tengok cara diorang berbual manja. Amri tu kalau pandang Suraya asyik senyum saja. Suka betullah" kata Fatin pula.
    "Kau tahu, tadi dalam bilik Amri pangku Suraya sampai disuapnya Suraya makan" kata Syasya pula. Fatin menjeling Mawar yang mula merempan. Safiul merapatkan bibirnya ke telinga Fatin.
    "Korang ni kenapa?. Dah tak betul?. Nak jadi pengulas sukan ke?" soal Saiful. Fatin tersenyum. Mawar menghempas gelas dan terus pergi dari situ. Dia perlu buat sesuatu. Suraya dan Amri tiba di meja. Kali ini Suraya makan selepas di pujuk oleh Amri. Dia memandang wajah Suraya dengan penuh kasih sayang. Dia mahu Suraya tahu dia amat menyintainya dan mahu Suraya sedar yang dia akan berusaha membahagiakannya seumur hidup. Acara karaoke di adakan. Mawar menyanyikan lagu 'aku cinta padamu' nyanyian Datuk Siti Nurhaliza. Dia memandang Amri. Dia mahu Amri tahu lagu itu ditujukan buatnya. Tidak dinafikan, suara mawar memang sedap. Dengan sengaja Mawar memanggil Suraya untuk mendendangkan sebuah lagu. Suraya mengelak. Dia tidak mahu. Suaranya tidak sesedap Mawar. Mereka yang lain mendesak. Mawar dengan sengaja menarik Suraya naik ke pentas. Fatin menutup mukanya dengan tangan. Dia tahu suara Suraya tidak sedap. Mawar meminta  Suraya mendendangkan lagu yang dinyanyikannya sebentar tadi. Mahu tidak mahu Suraya mula menyanyi 2 rangkap lagu tetapi dia terus berhenti apabila melihat yang lain tersenyum - senyum. Jenny dan Mawar ketawa besar. Dia puas Amri tahu kelebihannya. Dia memang pandai menyanyi. Amri tersenyum melihat muka Suraya yang merah padam. Dia terus bangun mendapatkan Suraya.
   "Saya akan menyanyikan lagu ini buat kekasih terhebat dalam hidup saya, Suraya. How am i supposed to live without you by michael bolton" ujar Amri sebelum menyanyi. Amri memegang tangan Suraya dan dipandang tepat ke dalam anak mata Suraya. Mawar dan Jenny tersentak. Suara Amri memang sedap. Suraya terharu kerana Amri menyelamatkannya daripada malu di atas pentas. Mereka semua bersorak. Tidak sangka majikan mereka mempunyai suara yang merdu. Suraya tidak henti - henti tersenyum.
   "Walaubagaimanapun, bagi abang suara sayang adalah suara yang paling merdu" kata Amri dan terus mengucup dahi Suraya. Kali ini hati Mawar rasa bagai mahu pecah dan meletup. Dia benci Amri menyelamatkan Suraya. Dia benci apabila semua pekerja bersorak gembira melihat betapa cintanya Amri pada Suraya. Suraya gembira Amri menyanyi untuknya. Dai memeluk lengan Amri sepanjang masa. Fatin berduet dengan Saiful.
    "Terima kasih sayang" bisik Suraya ke telinga Amri. Senyuman manis terukir di bibir Amri.

No comments:

Post a Comment