Saturday, 19 May 2012

bab 28 (cinta sos dan kicap)

  "Aku menyampah sangat dengan Suraya tu. Sengaja dilentok - lentoknya kepala ke bahu Amri." bebel Mawar. Jenny diam. Dia sedang berfikir.
   "Kita perlu buat sesuatu esok. kau mesti ikut cakap aku" kata Jenny. Mawar mwngangguk setuju walaupun tidak tahu apa strategi sebenar Jenny. Dia terus melelapkan matanya. Esok dia perlu kelihatan cantik untuk Amri. Dia juga perlu mengumpul tenaga kerana mereka ada acara sukaneka. Dia mahu mendampingi Amri sekerap yang mungkin. Jenny geram. kalau boleh, dia tidak mahu Suraya memilik Amri. Dia berdendam kerana dahulu, kekasihnya juga turut tertarik pada Suraya walaupun Suraya tidak membalas cinta kekasihnya dahulu. Dia mahu Suraya kecewa sepertimana dia dahulu.

    Amri dan Suraya masih belum masuk tidur. Jam di tangan sudah pukul satu pagi. Masih ada beberapa orang pengunjung yang masih berada di situ. Menghirup udara yang nyaman di waktu malam.
   "Kan bagus kalau kita dah kahwin" ujar Suraya memandang Amri yang sibuk membelek teleon bimbit yang baru dibelinya tempoh hari.
    "Sedap suara abang" kata Suraya. Amri menoleh.
    "Tadi sahaja aku nak bagi muka pada kau. Kau jangan panggil abang ya." kata Amri.
    "Teruk sangatkah suara aku?" soal Suraya. Amri ketawa.
    "Kalau teruk pun, tak payahlah ketawa sampai macam tu sekali" kata Suraya. Amri berhenti ketawa.
     "Sedap sedikit daripada katak" kata Amri lagi. Suraya mencubit lengan Amri.
     "Tadi kata suara aku paling merdu" kata Suraya.
     "Tadi lain..."
     "Kenapa lain?"
     "Lainlah... aku tak mahu kau dimalukan oleh Mawar. Hakikatnya memang tak sedap. Aku nak ketawa tapi aku tahan. Macam aku cakap tadi, sedap sikit daripada katak. Kira setaraf dengan cicak lah" usik Amri. Suraya memuncungkan bibirnya.
     "Dah lah... nak balik. Tak nak kawan dengan kau" kata Suraya. Dia bangun dan terus melangkah pergi. Amri mengejarnya. Tangan Suraya dipimpin.
     "Marah?" soal Amri. Suraya buat tidak tahu.
     "Baru ingat nak belanja makan" kata Amri. Suraya berhenti melangkah.
      "Aku laparlah. Kita makan roti canai ya?. Dah lama tak makan" pujuk Suraya. Amri ketawa. Dia terus membawa Suraya menunggang motosikal ke sebuah gerai mamak yang berhampiran.
      "Best kan kalau selalu macam ni. Rasa macam tak nak balik" kata Suraya. Amri ketawa. Dia seronok melihat Suraya makan dengan berselera sekali.
     "Tadi tak nak makan. Sekarang makan macam rasaksa" usik Amri. Suraya ketawa.
     "Ala... sayang. Tadi ada bunga sesat. Tak ada selera nak makan" jawab Suraya. Amri ketawa. Mereka berdua berbual agak lama. Setelah melihat Suraya menguap, Amri menghantar Suraya ke biliknya.
    "Tak nak masuk?" soal Suraya . Sengaja menduga Amri.
    "Nak aku tidur sebelah Fatin?" soal Amri pula.
    "Tak boleh!" marah Suraya.
    "Kenapa?. Tadi ajak sangat"
    "Gurau saja. Aku sayang sangat pada kau" kata Suraya. Amri senyum. Diusapnya kepala Suraya sebelum beredar. Amri masuk ke dalam biliknya. Dia membersihkan diri dan baring memandang siling. Dia risau jika Mawar dan Jenny membuat rancangan untuk memisahkan dia dan Suraya. Dia faham benar akan Suraya, nampak kuat tetapi lemah. Dia berdoa agar hubungannya dan Suraya akan berkekalan tanpa ada sebarang masalah.


     Mereka semua bersiap sedia untuk acara sukaneka di tepi pantai. Acara ini diilhamkan oleh Fatin dan Syasya. Hadiah akan disampaikan apabila malam kemuncak nanti. Acara meniup belon di mulakan. Fatin dan beberapa orang pekerja dari Paradigm Sdn Bhd termengah - mengah meniup belon. Suraya ketawa besar. Amri juga ketawa. Dia ketawa melihat Suraya yang tidak henti - henti ketawa sehingga merah kulit wajahnya.
    "Suraya, Mawar, Syasya, Azlan, Saiful dan Osman sila tampil ke hadapan untuk acara isi air dalam botol" panggil Fatin. Suraya bangun. Dia mengenyit mata ke arah Amri.
    "Aku akan menang untuk kau" bisik Suraya. Amri senyum. Suraya dengan bersungguh - sungguh memasukkan air ke dalam botol tetapi nampaknya Mawar lebih bernasib baik. Dia menang acara itu. Suraya tersenyum dan duduk semula di sebelah Amri.
    "Kata nak menang untuk aku?" soal Amri. Suraya membisu. Dia menjeling Amri.
    "Habis tu dah kalah, nak buat macam mana?" kata Suraya. Amri ketawa. Pelbagai acara mereka sertai. Tidak terasa penatnya. Amri tidak turut serta. Dia hanya mahu menjadi penonton. Mawar mendekati Amri apabila Suraya menghilangkan diri bersama Fatin. Dia duduk di sebelah Amri.
    "Encik Amri boleh temankan saya beli baju untuk majlis malam nanti?" soal Mawar.
    "Awak tak beli baju lagi?" soal Amri. Mawar menggeleng.
    "Tapi..." Amri cuba mengelak.
    "Tolong ya.. Takkan Encik Amri nak hampakan saya. malulah saya kalau tak berpakaian cantik malam nanti" pujuk Mawar. Amri berikir sebentar. Dia serba salah. Dia mencari Suraya. Dia mahu menceritakan perkara sebenar kepada Suraya agar dia tidak salah faham. Dia hanya berjaya mendapatkan Syasya yang sedang sibuk mengutip segala sampah dan memasukkannya ke dalam plastik sampah.
   "Kau beritahu Suraya aku bawa Mawar pergi beli baju. Malam ni dia tiada baju nak pakai. Aku serba salah. Aku tak mahu pekerja aku tak gembira malam ni" kata Amri.
   "Kau nak mampus. Mesti Suraya marah. Jenny tak boleh bawa dia ke?" soal Syasya.
   "Diorang semua naik bas kan?" jawab Amri. Syasya mengangguk. Dia faham akan niat baik Amri. Amri mendapatkan Mawar yang sedang menunggunya di bawah pokok.
   "Nanti saya panggilkan teksi" kata Amri.
   "Tak perlu. Motor Encik Amri kan ada" kata Mawar.
   "Awak tak kisah naik motor?" soal Amri kembali. Mawar menggeleng. Amri terus naik ke atas mengambil dua buah topi keledar di dalam biliknya. Dia turun mendapatkan Mawar yang sudah pun menyalin pakaian. Amri menghulurkan topi keledar kepada Mawar. Mawar membonceng Amri.
   "Tolong pegang bahu sahaja ya" kata Amri.
    "Baiklah encik Amri" kata Mawar. Amri terus membawa motornya keluar dari kawasan hotel. Dia tidak perasan Suraya dan Fatin yang sedang membeli makanan di gerai luar sedang memerhatikan mereka berdua. Mawar yang perasan akan renungan Suraya itu terus merapatkan tubuhnya di belakang Amri. Hati Suraya menjadi panas. Marahnya meluap - luap. Fatin menenangkan Suraya.
   "Kenapa dia boleh bawa perempuan tu naik motor dengan dia?" soal Suraya. Fatin mengangkat bahunya. Dia sendiri tidak tahu apa - apa. Suraya mengatur langkah dengan laju masuk ke dalam biliknya.  Tangannya menggigil menahan marah. Syasya masuk ke dalam bilik untuk menyampaikan amanah Amri kepada Suraya. Syasya menceritakan perkara sebenar.
   "Kau cari dia di mall" kata Syasya.
   "Kau telefon teksi. Kita pergi" ajak Fatin. Mereka semua bersiap untuk mengintip Amri dan Mawar. Mereka menaiki teksi. Nasib Suraya baik, motor Amri ada di sebuah pusat membeli belah di situ. Mereka bertiga pergi ke tingkat atas di mana letaknya beberapa buah butik pakaian. Kelihatan Amri membelek- belek pakaian di situ. Mawar sentiasa tersenyum. Darah Suraya mendidih. Dia berjalan mendapatkan Amri dan Mawar.
   "Sayang... kau kat sini?" soal Amri dengan tenang. Dia nampak wajah Suraya yang sudah pun merah padam.
   "Kau jangan ganggu waktu aku dengan Amri boleh tak?" Mawar bersuara.
   "Aku ganggu atau kau yang ganggu?" soal Suraya. Amri dapat rasakan suasana semakin tegang. Dia terus menarik tangan Suraya keluar.
    "Aku cuma bawa dia keluar beli baju untuk malam ni saja" kata Amri.
    "Pentingkah?" soal Suraya.
    "Suraya, aku dah beritahu Syasya kan?. Kalau Fatin tiada baju pun aku tetap akan bawa dia ke sini"
    "Jangan samakan perempuan tu dengan Fatin" ujar Suraya. Amri meraut wajahnya. Dia sedar Suraya marah dengan tindakannya.
    "Kau tahu dia sukakan kau. Tak bolehkah, kau jaga hati aku ni?" kata Suraya. Mawar tersenyum. Suka melihat mereka berdua berkelahi.
   "Ok.. maafkan aku. Tapi aku tak ada niat apa - apa" jujur Amri. Dada Suraya berombak -ombak menahan marah. Fatin dan Suraya menghampiri Mawar.
   "Kau saja kan... bukannya aku tak tahu rancangan kau" bisik Fatin ke telinga Mawar.
   "Kau jangan masuk campur. kalau Amri boleh bawa aku datang ke sini , dia juga boleh bawa aku masuk ke dalam hatinya. Buat apa nak layan perempuan macam Suraya tu. melenting tak tentu pasal" kata Mawar. Syasya menggenggam penumbuk.
    "Kalau ikut hati, nak saja aku tumbuk muka kau" bebel Syasya. Mawar mencebik. Mawar melangkah ke arah Amri.
    "Bajunya saya dah letak di kaunter. Nanti Encik Amri bolehlah bayarkan ya" senyum Mawar dan masuk semula ke dalam butik.
    "Kau bayarkan baju dia?" soal Suraya.
    "Dia lupa bawa duit"
    "Sebijak - bijak kau pun, Mawar boleh tipu" marah Suraya.
    "Baiklah Amri, kau mahu dia cantik malam ni bukan?.Kau mahu pekerja kesayangan kau tu gembira malam nikan?... bergembiralah Amri. Bergembiralah tanpa aku" Suraya terus memanggil Fatin dan Syasya unuk berlalu pergi. Amri terdiam. Dia memejam mata sambil tangannya memicit kepala yang sudah pun pening. Dia masuk ke dalam butik dan membayar baju yang telah dipilih oleh Mawar.
   "Kita pergi makan dulu boleh?. Saya lapar sangat ni" rengek Mawar. Amri membawa Mawar makan di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari situ. Amri tidak mahu makan atau minum. Mawar makan dengan sopan sekali. Amri membisu. Memikirkan apa tindakan Suraya selepas ini.
  "Nak rasa?. Mari saya suapkan" Mawar cuba bermanja - manja. Amri mengelak.
   "Awak kata lapar, jadi awak makan saja. Awak tahu saya dalam masalah jadi jangan ganggu saya" tegas Amri. Mawar terdiam. Wajah Amri yang serius itu membuatkannya tidak berani lagi bersuara.
  Suraya mengemas semua pakaiannya. Dia mahu pulang ke Kuala Lumpur. Fatin dan Syasya berpandangan sesama sendiri.
   "Dia ada beritahu aku tadi, Su" kata Syasya. Cuba membela Amri.
   "Kenapa kau tak halang?" soal Suraya.
   "Aku kenal Amri sebelum kau kenal dia lagi Su. Aku tahu niatnya baik. Kau nak mengalah dengan Mawar?. Kalau kau balik, dia akan pakai cantik - cantik dan terus menggoda Amri malam ni. Kau tak nak lawan balik?" soal Syasya.
   "Lawan apanya?. kau tak nampak bukan main mesranya dia bila naik motor tadi." ujar Suraya.
   "Aku tengok Amri langsung tak mesra, Mawar ngongek tu yang lebih - lebih" ujar Fatin pula.
   "Bukankah kau ada beli evening dress hitam yang cantik?. Kau bersolek cantik - cantik. Bila Amri meleleh, masa tu la kau kenakan dia balik" cadang Fatin. Suraya terdiam. Dia memikir semula kata - kata Fatin. Dia rasa Amri perlukan pengajaran supaya tidak terlalu berlembut dengan Mawar.

    Selepas solat maghrib, Suraya dan Fatin mula bersiap. Suraya nampak sangat anggun dengan bajunya yang sangat cantik. Evening dress hitam itu memang kena dengan tubuh badan  Suraya yang ramping dan langsing itu. Solekannya sangat anggun. Rambutnya pula disanggul semuanya ke atas dengan gaya sanggul yang memanjang. Dia tampak sangat anggun. Syasya yang baru masuk ke dalam bilik mereka juga terlopong melihat Suraya yang begitu cantik dan anggun.
   "Cantiknya Su, aku tak pernah tengok kau macam ni" puji Syasya.
   "Kau jangan marah, dia siap panggil jurusolek lagi" kata Fatin. Juru solek itu tersenyum memandang Syasya. Setelah membayar upah yang lebih kepada jurusolek itu, mereka bertiga turun ke dewan di mana majlis makan malam di adakan. Amri awal - awal lagi sudah ada di dalam dewan itu. Dia tercari - cari Suraya. Mawar memakai pakaian yang baru dibelinya siang tadi. Baju bewarna ungu gelap itu menjadi pilihannya untuk mencuri hati Amri. Suraya, Fatin dan Syasya masuk serentak. Amri yang menoleh ke arah mereka bertiga tergamam melihat Suraya yang sangat cantik pada malam itu. Dia ingin sekali memuji kekasih hatinya tetapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat begitu. Suraya sedar akan renungan Amri tetapi tidak mengendahkannya. Dia duduk di sebelah Fatin. Mawar mencebik melihat keanggunan Suraya pada malam itu. Dia mencuit - cuit paha Jenny.
   "Dia ingat dia cantik sangat!" kata Jenny yang sebenarnya cemburu dengan aura luar biasa Suraya pada malam itu. Semua yang ada disitu memuji Suraya. Hampir merah wajahnya menerima pujian. Amri memerhatikan Suraya. Dia tekad untuk menghampiri Suraya. Amri berdiri betul - betul di sebelah tempat duduk Suraya.
   "Kau sangat cantik malam ni" puji Amri. Suraya tidak memberi sebarang respon. Dia buat - buat tidak dengar sedangkan hatinya ada sedikit rasa gembira kerana di puji oleh Amri.
   "Maafkan aku tapi aku nak kau tahu tiada sedetik pun perasaan aku untuk curang atau menyakitkan hati kau Suraya. Aku mahu kau jadi teman aku sepanjang malam ni. Kau duduk bersama aku ya?" pujuk Amri.
   "Maaf ya Encik Amri, saya tak berapa selesalah duduk bersama Encik Amri di hadapan tu. Apa kata Encik Amri ajak gadis baju ungu tu?. Dia lebih berbesar hati rasanya" ujar Suraya. Amri terdiam. Dia tahu Suraya masih marah. Amri terus keluar dari situ. Hatinya sakit apabila Suraya seolah - olah mempermainkan hasratnya itu. Majlis telah bermula tetapi bayang Amri masih tidak kelihatan. Suraya menoleh ke sana ke sini mencari kelibat Amri.  Saiful terpaksa meneruskan majlis itu tanpa Amri. Semua pekerja makan malam setelah dipersembahkan dengan beberapa persembahan. Suraya tidak lalu makan. Dia terus bangun untuk mancari Amri.
  "Kau nak ke mana?" soal Fatin.
  "Cari Amri" jawab Suraya.
   "Dengan baju macam ni?" soal Fatin lagi. Suraya tidak menjawab dan terus keluar dari dewan. Suraya mencari Amri di lobi tetapi tidak berjumpa. Suraya memandang ke arah laut. Dia terus menuju ke tunggul kayu tempat mereka membuat unggun api suatu ketika dahulu. Dia lihat Amri sedang duduk bersendirian. Kotnya di sangkut ke bahu. Suraya memegang bahu Amri. Amri menoleh. Terkejut melihat Suraya yang mencarinya hingga ke situ dengan bajunya yang meleret sedikit. Suraya duduk di sebelah Amri. Kasut tinggi di tangannya di letak ke bawah. Dia terus memeluk lengan Amri.
   "Maafkan aku sayang.. aku dah cuba jadi yang terbaik buat kau tetapi kadang kala aku culas. Aku rasa tindakan aku tiada salahnya tetapi rupanya tidak. Percayalah, tiada sedikit pun ruang di hatiku buat Mawar. Kau tahu kau dah menguasai seluruh ruang di hati aku ni. Tiada satu pun nama Mawar yang boleh melekat dalam hati dan perasaan aku. Aku cintakan kau Suraya" terang Amri tanpa memandang Suraya. Dia memandang ke arah laut yang berombak. Suraya tidak berkata apa - apa. Dia masih memeluk lengan Amri. Disandar kepalanya di bahu Amri.
   "Kau ibarat sos di hati aku walaupun kau sebenarnya kicap pekat yang hitam melekat" kata Suraya. Amri ketawa.
   "Kau sangat cantik malam ni sayang" puji Amri. Suraya senyum.
   "Nak masuk dalam tak?" soal Suraya. Amri menggeleng.
  "Aku buat semua ini sebagai tanda penghargaan aku kepada pekerjaku tetapi hatiku tidak di sana. Hatiku di sini bersama wanita cantik berbaju hitam." kata Amri. Suraya memandang Amri.
   "Aku marah kau benarkan dia pegang bahu kau. Lepas tu bila dia nampak aku dia terus rapatkan badannya dekat belakang kau" kata Suraya. Amri memandang Suraya.
  "Bahu ni milik aku" Suraya menepuk bahu Amri.
  "Lengan dan tangan ini juga milik aku" Suraya menampar pula lengan Amri.
  "Belakang badan ini juga milik aku" Suraya menggosok belakang Amri. Tangan Suraya digenggam erat. Amri tersenyum memandang Suraya.
   "Ya sayang. Selepas ini dia tak boleh cuba menghancurkan kebahagiaan kita. Aku berjanji" Amri mengangkat dua jarinya. Suraya ketawa.
   "Nak buat unggun api tak?" soal Amri.
   "Tak nak nanti bau asap. Baju ni mahal tau" kata Suraya.
   "Bau asap pun kau tetap wangi" usi Amri. Suraya ketawa. Dipautnya semula lengan Amri.
   "Sayang.... terima kasih kerana menyintai aku" kata Suraya.
   "Terima kasih juga kerana membuatkan aku jatuh cinta pada wanita sehebat kau" senyum Amri.
   "Nak tidurlah. Mengantuk" kata Suraya. Amri menjatuhkan sebahagian badan kepala Suraya ke pahanya. Suraya tertidur. Amri mengambil baju kotnya tadi dan diselimutkannya ke badan Suraya. Dia tidak mahu Suraya kesejukan. Amri mengusap kepala Suraya. Syasya dan Fatin datang menghampiri mereka berdua. Majlis makan malam sudah sejam selesai. mereka berdua sudah pun menyalin pakaian. Saiful juga mengikut mereka. bersama.
   "Tidur minah ni" kata Syasya. Amri tersenyum.
   "Kan bagus kalau aku ada kekasih seromantik kau" kata Fatin.
   "Aku akan seromantis dia. Malah lebih lagi" ujar Saiful. Fatin senyum.
   "Korang ni melampau betul. Aku saja yang tak berpunya." rungut Syasya. Mereka tersenyum.
   "Bangun sayang..." kejut Amri. Suraya masih tidak bangun
    "Sayang... tidur di dalam bilik ya" pujuk Amri. Suraya bangun.
    "Kacaulah korang ni. Aku nak manja - manja dekat sini pun tak boleh" rungut Suraya.
    "Tak boleh... maksiat!" gurau Saiful. Amri dan yang lain ketawa. Amri memeluk bahu Suraya dan membawanya ke bilik hotel mereka.
     "Suruh dia mandi dulu ya Fatin" kata Amri. Fatin mengangguk. Amri melangkah pergi dengan senyuman yang meleret. Dia rasa gembira Suraya tidak membencinya. Dia tahu itu semua kerana nasihat daripada sahabat mereka berdua. Amri memang mengenal hati budi Fatin dan Syasya. Dia tidak dapat melupakan jasa dua orang sahabat setianya. Sesekali dia terbayang wajah Suraya yang cantik dengan baju hitam yang begitu anggun sekali.

No comments:

Post a Comment