Tuesday, 22 May 2012

bab 29 (Cinta sos dan kicap)

    Percutian mereka semua sudah seminggu berlalu. Sejak kebelakangan ini Amri tidak meluangkan banyak masa untuk Suraya. Mujurlah Suraya memahaminya. mereka hanya berhubung melalui teleon. Bukannya Amri tidak merindui Suraya tetapi tuntutan kerja menghalangnya daripada bercandsa di samping kekasihnya itu.  Hari ini Amri pulang awal. Dia perlu memasak untuk seseorang di rumahnya.
Mawar mengerling Jenny yang sudah tersenyum memandangnya.
   "Kita kena jalankan rancangan kita sekarang" kata Jenny. Dia dan Mawar cepat - cepat keluar dari pejabat. mengekori Amri dari belakang. Amri sudah masuk ke dalam rumahnya. Jenny menyoroh di sebalik dinding. Mawar mengetuk pintu rumah Amri. Beberapa ketika, Amri membukanya.
   "Mawar?. Apa yang awak buat di sini?" soal Amri. Badan Amri di tolak masuk ke dalam. Mawar terus menutup pintu.
   "Awak tahu tak ini rumah bujang?" soal Amri. Mawar mengangguk. Dia mula menggoda Amri. Pandangannya tajam. Amri resah. Dia menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal.
   "Saya dah muak dengan semua ini. Saya muak dengan sikap manja yang sengaja ditunjuk oleh Suraya kepada saya. Saya cintakan Encik Amri. Encik Amri yang bodoh!" kata Mawar. Dia menghampiri Amri.
   "baik awak pulang Mawar" arah Amri. Mawar menggeleng.
    "Saya tak mahu sentuh awak. Saya tak nak berkeras dengan awak" kata Amri lagi. Dia semakin menjauhkan diri dari Mawar.
    "Ini perangai Suraya bukan?. Suka menggoda Encik Amri. Kenapa dengan saya Encik Amri mengelak?" soal Mawar lagi. Dia duduk di sofa. Seolah - olah mahu melengahkan masa. Pintu rumah Mari diketuk. Amri mula panik. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk bakal terjadi. Pintu dibuka. Kelihatan beberapa orang dari Jabatan Agama Islam memandang Amri dengan wajah yang serius.
    "Boleh saya masuk?" soal seorang lelaki yang berkulit sawo matang itu. Amri membuka pintunya luas - luas. Terdengar mereka semua mengucap apabila melihat Mawar di dalam rumah itu.
    "Kenapa berkhalwat ni. Kita orang Islam" kata lelaki itu lagi.
    "Saya tak berkhalwat tok" jawab Amri.
    "Kami berkhalwat tok. Cuma kami berdua sahaja di sini" kata Mawar.
     "Siapa cakap?" soal satu suara dari arah dapur. Mereka semua menoleh. Ayah Man tersenyum sinis memandang Mawar. Dipandangnya Mawar ke atas dan ke bawah. Kemudian Suraya menyusul sambil memegang senduk. Mawar menelan air liur.
     "Siapa yang buat laporan palsu ni?" soal Ayah Man. Salah seorang daripada mereka keluar mendapatkan Jenny. Ayah Man juga keluar.
     "Kamu sini Jenab!" tengking Ayah Man. Jenny yang sangat takutkan Ayah Man datang dengan kaki tangan yang sejuk. Jenny berhadapan dengan Ayah Man. Tanpa berfikir panjang, Ayah Man terus menampar muka Jenny. Mukanya menjadi merah. Air mata Jenny mengalir kerana kesakitan.
    "Kurang ajar punya anak buah. kamu sanggup buat begini pada sepupu kamu sendiri. Anak kepada orang yang akan mewalikan kamu bila kamu kahwin nanti" bebel Ayah Man. Jenny menangis.
 Suraya menghampiri Mawar. Diketuknya kepala Mawar dengan perlahan.
   "Lain kali kalau nak perangkap orang guna otak, jangan guna lutut" kata Suraya. Mawar membisu.
   "Apasal kau kata aku suka menggoda Amri?. Dah memang dia tergoda, aku nak buat macam mana?" kata Suraya lagi. Mawar terus berlari keluar. Dia berasa amat malu.
   "Kamu duduk dekat dalam tu!" jerit Ayah Man kepada Jenny. Mereka yang lain memohon maaf kepada Amri. Jenny juga diberi nasihat oleh Jabatan Agama Islam agar tidak sesekali memfitnah orang lain. Jenny hanya tunduk. Ayah Man duduk berhadapan dengan Jenny setelah mereka yang lain keluar.
   "kamu ni tak habis - habis dengan sifat iri hati. Macam perangai syaitan!" tengking Ayah Man lagi. Kali ini air mata Jenny mengalir lebih laju. Dia takut ditampar oleh Ayah Man lagi. Amri menghampiri Jenny.
   "Saya amat kecewa dengan awak Jenny. Sangat - sangat kecewa. Awak sanggup hancurkan kebahagiaan saya. Ini soal maruah jenny. Nasib baik Ayah Man dan Suraya ada di sini"  suara Amri mendatar.
   "Saya maakan awak sebab awak adalah sepupu kepada Suraya. kalau ikutkan hati, memang saya pecat saahaja awak tapi saya akan pecat Mawar" tegas Amri. Jenny mendongak memandang Amri yang serius. Jenny mula berasa bersalah terhadap Mawar. Kalau bukan kerana rancangan dia, Mawar tidak akan di pecat. Jenny pulang dalam tangisan. Dia malu dengan Amri dan Ayah Man. Dia memandu pulang untuk mendapatkan Mawar.
    "Kalau kau pecat Mawar maknanya, kau tiada setiausaha lah?. Sayang..... boleh tak?" soal Suraya.
    "Tak boleh!. Aku tak boleh kerja jika kau ada di situ. Kau asyik nak menggoda aku saja" kata Amri. Suraya menjenguk ayahnya di dalam bilik. Ayah Man sedang baring. Suraya mendekati Amri di dapur.
    "Bolehlah sayang.... ya?" Suraya menggosok - gosok lengan Amri.
   "Tak boleh!. Aku tak boleh okus. Kau ingat tak macam mana kau goda aku?.Bukan itu sahaja kadang - kadang sesuka hati kau saja masuk dalam bilik aku. nanti pekerja yang lain kata apa pula" bebel Amri. Suraya memuncungkan bibirnya. Dia merajuk. Amri jadi serba salah.
   "Ok. Tapi kau perlu ingat, walaupun kau kekasih aku kalau kau melakukan sebarang kesalahan aku berhak marah ya?" kata Amri. Suraya melonjak kegembiraan. Dia terus memeluk lengan Amri.
   "Terima kasih sayang" kata Suraya. Amri ketawa kecil. Diusapnya kepala Suraya. Suraya lantas menghidangkan makanan buat dua lelaki yang amat bermakna dalam hidupnya. Suraya duduk di hadapan Amri, bersebelahan dengan ayahnya. Sedang makan, Suraya asyik merenung Amri yang tersipu - sipu malu. Suraya menggerakkan kakinya ke arah kaki Amri. Di cuit - cuitnya kaki Amri. Terbeliak Amri memandang Suraya. Sesekali dia memandang Ayah Man yang sedang leka makan. Amri membulatkan biji matanya. Di alihkannya kaki ke kiri sedikit. Suraya mencari kaki Amri tetapi tidak berjumpa. Amri tersenyum. Suraya tidak berputus asa. Dia berusaha hingga badannya makin ke bawah sedikit. Ayah Man menoleh ke arah anak daranya yang tersenyum - senyum memandang Amri yang tersipu - sipu malu.
   "Tak payah nak cari kaki Amri tu" kata Ayah Man sambil matanya memandang Suraya. Suraya menelan air liur.
   'Tak sangka anak ayah ni gatal ya" kata Ayah Man. Amri hanya tunduk.
   "Kalau Si Amri ni yang menggatal ayah tak kisah sangat tapi Su yang gatal ni?" bebel Ayah Man.
   "hish... Si Amri ni yang pula malu - malu. Buat malu ayah saja" kata Ayah Man. Suraya diam. Dia terus menyuap makanan ke dalam mulutnya. Amri tersenyum lebar. Suraya membasuh pinggan. Amri membawa beberapa biji gelas dan diletakkan ke dalam singki. Amri ketawa kecil. Suraya menoleh.
  "Apa ketawa - ketawa ni?" soal Suraya.
   "Tak ada apa"
   "Ada. kalau tak kenapa tersengih - sengih?" soal Suraya.
   "Suka hati aku lah. Padan muka kena marah. Itulah, gatal lagi!"
    "Kenapa kau larikan kaki kau?. Kalau kau biar sahaja tentu aku tak ke bawah dan ayah tentu tak perasan. kau saja kan?" bebel Suraya.
   "Takkan aku nak pegang kau depan ayah kau?"
   "Kaki saja. Itu pun tak nak!" Suraya menjeling dan terus membasuh pinggan. Amri ketawa lagi.
   "Aku rasa anak kita nanti mesti ramai?" kata Amri.
   "Kenapa?" soal Suraya.
   "Dah maknya gatal macam ni. Ayahnya baik tapi maknya..... miang macam keladi" ejek Amri. Suraya mencebik.
   "Kau nak anak ramai?" soal Suraya. Amri ketawa lagi. Dia terus pergi meninggalkan Suraya yang masih tertanya - tanya. Amri duduk bersama Ayah Man.
   "Macam mana ayah?. Boleh kalau Amri buat begitu?" soal Amri.
   "Itu sudah bagus. Budak - budak muda mesti suka dengan cadangan Amri untuk membina dewan futsal di sana. Ayah akan beritahu berita gembira ini pada ajk kampung nanti" senyum Ayah Man. Amri mengangguk. Dia ikhlas untuk memberi sumbangan kepada penduduk kampung. Ayah Man suka dengan sikap Amri yang prihatin dan tidak meninggi diri itu. Suraya menghampiri mereka berdua. Suraya memeluk lengan Ayahnya.
   "Ayah... Su tidur sini dengan ayah ya?" cadang Suraya.
   "Tak boleh" jawab Ayah Man.
   "Kenapa?. Su kan anak ayah. Su kena jaga ayah bukannya Amri" kata Suraya.
   "Nanti kamu masuk salah bilik" kata Ayah Man. Amri ketawa. Dia merenung Suraya.
   "Balik. Pandailah aku jaga ayah. Tak manis Suraya, kau dan aku belum berkahwin" kata Amri.
   "Tapi ayah aku kan ada" jawab Suraya.
   "Ayah tak percayakan Su setelah apa yang ayah lihat tadi." kata Ayah Man. Suraya terdiam. Dia memandang wajah Amri untuk meminta simpati tetapi Amri hanya buat tidak tahu.
   "Tak apalah, Su balik dulu" Suraya bangun dan mencium ayahnya. Dia keluar sendiri. Amri hanya membiarkannya sahaja. Sampai di lif Suraya masih tidak masuk walaupun pintu lif sudah terbuka. Dia mahu Amri datang dan menghantarnya dengan senyuman. Dia menunggu lama tetapi Amri tidak keluar. Akhirnya Suraya terus masuk ke dalam lif dengan muka yang monyok. Suraya membuka pintu kereta tiba - tiba Amri datang ke arahnya. Suraya gembira tetapi sengaja dimonyokkan mukanya. Amri tersenyum dan menghampiri Suraya.
    "Kau marah?" soal Amri. Suraya tidak menjawab.
    "Kau tak sayang aku lagi?" soal Amri. Suraya menggeleng.
    "Sayang.... jangan buat begitu lagi. Walaupun ayah tak nampak, tapi dia ada di dalam rumah tu. Sayang juga yang malu tadi" senyum Amri. Suraya memandang Amri.
    "Aku cuma rindu. Kan dah lama kita tak jumpa. Nak pegang kaki pun tak kasi" rajuk Suraya. Amri ketawa lagi. Diambilnya tangan Suraya. Digosoknya perlahan - lahan.
    "Kau tahu aku cintakan kau" kata Amri.
    "Tahu" jawab Suraya.
    "Dah tahu kan?... Sabar sayang bukan lama sangat pun. Projek itu akan selesai lagi 6 bulan. Sabar ya sayang.." pujuk Amri.
     "Cara kau cakap ni macam aku ni gatal tau!. Kau pun sama macam ayah, suka cakap aku gatal. Aku malu tau. Aku ni perempuan" kata Suraya. Amri senyum. Dia terus mengucup dahi Suraya dan terus berlalu meninggalkan Suraya yang tersenyum - senyum. Suraya memandang Amri sehingga dia hilang dari pandangan. Suraya terus memandu pulang ke rumah.

    Mawar masih menangis di dalam biliknya. Dia tidak mahu bercakap dengan Jenny. Baginya, Jenny sengaja mahu memalukannya di hadapan Amri. Dia rasa amat bodoh kerana terlalu mengikut telunjuk Jenny.
   "Aku minta maaf Mawar" jerit Jenny dari luar bilik Mawar. Tiada respon. Mawar menekup telinganya dengan bantal. Dia tidak mahu bekerja esok. Dia tahu dia akan di pecat oleh Amri. Kali ini dia beralah, dia sedar takdirnya bersama Amri hanya angan - angan kosong. Dia mahu pulang ke Kelantan. Dia tekad mahu memujuk tunangnya semula. Dia tidak mahu tinggal bersama Jenny yang dirasakannya hanya memperlalatkan dirinya semata - mata. Jenny masuk ke dalam bilik. Tamparan daripada Ayah Man masih terasa. Jenny sudah hilang sahabatnya. Dia mahu menebus kesalahannya terhadap Mawar tetapi apakan daya, Mawar enggan bercakap dengannya. Jenny juga menangis. Dia sendiri tertanya - tanya apakah perlu dia meneruskan dendamnya terhadap Amri.

    Fatin sedang berbual mesra bersama Saiful di luar. Mereka berdua sudah merancang untuk mengikat tali pertunangan bulan hadapan. Suraya menghampiri mereka berdua.
   "Tak lama lagi aku kena pindah lah" kata Suraya.
    "Tak payah lah Su. Kau duduk saja sini. Saiul dah ada rumah. Aku duduk di rumah dia. Kau kena cari penyewa lain lah nampaknya." senyum Fatin. Suraya mengangguk.
   "Mesti aku rindukan kau" kata Suraya. Fatin terus memeluk Suraya.
   "Aku juga. Jangan risau, kita tetap jumpa di pejabat" kata Fatin.
   "Tak. Aku akan jadi setiausaha Amri. Mawar dah di pecat" kata Suraya. Fatin mengangguk. Dia terlupa Suraya telah menceritakan apa yang terjadi di rumah Amri sebentar tadi.
    "Kau datang rumah aku la" kata Fatin. Suraya senyum. Doanya semoga Fatin gembira hidup bersama Saiful yang amat penyayang itu. Saiful amat mengambil berat akan Fatin. Kegembiraan jelas terpancar di wajah Fatin sejak menjalin ikatan cinta bersama Saiful. Suraya masuk semula ke dalam. Badannya tidak berapa sihat. Terasa panas.Dia membiarkan Fatin dan Saiful berborak di halaman rumah. Teleonnya berdering. Nama Amri tertera di situ.
    "Sayang.... cepat siap. Sekejap lagi aku dan ayah akan datang jemput kau di rumah ya" kata Amri.
    "Am... aku tak sihat ni. Kau nak keluar makan ya. Kau makan dengan ayah ya" kata Suraya.
     "Teruk sangat ke?" soal Amri kembali.
     "Tak. Cuma nak rehat saja" kata Suraya. Dia meletak telefon. Suraya baring dan terus tertidur.
Amri tiba di rumah Fatin dan Suraya. Saiul yang ada di situ terkejut dengan kehadiran Amri dan Ayah Man.
     "Fatin, mana Suraya?" soal Amri cemas.
      "Teruk sangatkah demam dia?" soal Ayah Man.
     "Dia demam ke?" soal Fatin semula. Amri terus masuk ke dalam bilik Suraya bersama Ayah Man. Amri meletak telapak tangannya ke dahi Suraya.
     "Panas sangat ni" kata Amri. Ayah Man duduk di sebelah Suraya yang masih belum sedar akan kehadirannya.
     "Suraya..." panggil Ayah Man. Suraya mencelikkan matanya.
     "Ayah bila sampai?" soal Suraya.
     "Pergi hospital ya?" cadang Amri. Suraya menggeleng.
     "Am, kau tahu kan esok aku cuti nak ke kampung Saiful. Nak tak nak kau kena jaga Suraya ni. Dia ni kalau demam liat sangat nak makan ubat. Aku takut jadi apa - apa pula nanti" kata Fatin.
     "Bawa dia ke rumah  Amri. Ayah akan jaga Su. Sebelum tu bawa ke klinik dulu ya" arah Ayah Man. Suraya hanya menurut. Dia masuk ke dalam kereta dan duduk di belakang. Sesekali Amri memandang Suraya dari cermin atas. Tiada respon dari Suraya. Amri tahu Suraya sakit. Sampai sahaja di klinik, Suraya diberi suntikan dan di beri beberapa ubat tahan sakit. Suraya tidak banyak bercakap. Amri terus memandu pulang ke kondonya. Amri membuka pintu bilik. Ayah Man membaringkan Suray dan menyelimutkan anaknya. Ayah Man mencium dahi Suraya.
    "Ayah akan jaga Su. Su tidur ya" kata Ayah Man. Suraya hanya mengangguk. Amri masuk ke dalam bilik. Ayah Man keluar sebentar untuk minum air. Amri mengusap rambut Suraya. Hatinya risau. Ayah Man masuk semula.
    "Ayah risau sebab dia kalau sakit, dia akan sakit teruk. Su ni nampak saja kuat tapi sebenarnya tak kuat mana" kata Ayah Man. Amri mengangguk.
    "Ayah pergi tidur. Amri akan jagakan dia"kata Amri. Ayah Man memandang Amri.
    "Ayah jangan risau, saya tak akan apa - apakan anak ayah. Lagipun dia tengah sakit. Ayah perlukan rehat" kata Amri.
     "Kalau ayah tak percayakan saya, ayah boleh tidur di sini. nanti saya akan bawakan tilam" kata Amri lagi.
    "Tak perlu. Ayah percayakan Amri. Tapi jangan ditutup pintunya" kata Ayah Man. Dia masuk ke dalam biliknya dan dibuka pintu bilik seluas yang boleh. Amri tersenyum melihat telatah Ayah Man.
Amri meletakkan tuala basah ke dahi Suraya. Suraya terjaga apabila tuala yang sejuk itu terkena dahinya. Dia melihat Amri sedang memandangnya. Suraya memegang tangan Amri.
    "Pergilah tidur, aku ok. Nanti baik lah ni" kata Suraya. Amri tidak menjawab. Dibetulkannya selimut yang membaluti tubuh Suraya.
    "Tidur sayang. Aku nak kau rehat. " kata Amri. Suraya memejam semula matanya. Amri tidak tidur. Dia tidak mahu meninggalkan Suraya. Dia mengambil komputer ribanya dan membuat sedikit kerja di sebelah Suraya. Dia lakukan apa saja asalkan sakit Suraya maikn kebah. Di ambilnya tuala tadi dan di basahkannya air. Di letaknya semula ke dahi Suraya. Sudah pukul 3 pagi tetapi Amri masih berjaga. Dia memerhatikan Suraya. Kadanga kala Ayah Man bangun untuk melihat Suraya. Ayah Man tersenyum melihat betapa sayangnya Amri pada Suraya. Dia yakin lelaki itu akan memberikan kebahagiaan untuk anaknya.
    "Amri.... kenapa tak tidur?. Kau jaga aku sampai ke pagi?" soal Suraya. Dia cuba bangun.
    "Tidur sayang. kau perlukan rehat" kata Amri.
    "Kau pergi tidur dulu. Kalau tak, aku tak nak tidur" kata Suraya.
    "Tapi.." Amri cuba memberi alasan.
     "Pergi. Tak salah aku esok, kau ada meeting bukan?. Tidurlah sayang. Jangan buat begini" kata Suraya. Amri bangun dan terus baring di sofa agar dia dapat melihat Suraya dari situ. Air mata Suraya mengalir. Dia dapat lihat betapa kasihnya Amri kepadanya. Amri tidur di sofa. Suraya baring semula tetapi air matanya masih menitis.






No comments:

Post a Comment