Suraya melangkah masuk ke dalam pejabat. Zila dan teman pejabat yang lain tersenyum memandang Suraya yang sudah berimej baru. Suraya buat - buat tidak faham. Dia terus duduk di mejanya. Zila menghampiri.
"Wah.. sejak nak jadi isteri bos ni, makin cantik, makin sopan" usik Zila. Suraya ketawa.
"Kau ni Zila, pandai - pandai saja" senyum Suraya. Suraya terus menyusun semua ail di atas meja. Hari ini Amri akan masuk lewat ke dalam pejabat. Hatinya berasa rindu sekali mahu bersama Amri.
Hari ini di pejabat Suraya tidak banyak bercakap. Tuntutan kerja yang banyak membuatkan Suraya agak keletihan. Walaupun sudah pukul 6 petang Suraya masih belum pulang. Amri masuk ke dalam pejabat. Dia terseyum memandang Suraya yang sedang memicit - micit kepalanya.
"Kenapa Suraya?" soal Amri. Suraya terkejut. Dia mengurut - ngurut dadanya. Amri ketawa kecil.
"Baru abang soal dah gelabah semacam. Kenapa ni sayang?' soal Amri . Suraya tersenyum kelat. Amri masuk ke dalam biliknya dan keluar semula mendaptakan Suraya.
"Mari ikut abang" Amri menarik tangan Suraya. Cepat - cepat Suraya mencapai beg tangannya. Sesekali tangannya sibuk memebetulkan tudung. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.
"nak pergi mana ni abang?" soal Suraya. Amri tidak menjawab sebaliknya terus memandu. Mereka tiba di sebuah gedung membeli belah. Amri memegang tangan Suraya. mereka berjalan beriringan. Suraya tersenyum.
"Kita masuk ke dalam butik tu ya. Sayang pilih tudung yang sayang suka" kata Amri.
"Berapa helai?" soal Suraya.
"Tidak kurang daripada 30 helai" jawab Amri. Terbeliak mata Suraya mendengarnya.
"Banyaknya" kata Suraya.
"Pergi sajalah" senyum Amri. Suraya membelek - belek tudung di situ. Dia menarik Amri rapat di sisinya.
"Habis, baju Su yang seksi - seksi tu nak buang tak?' soal Suraya. Amri menggeleng.
"Kan dah pakai tudung, buat apa baju - baju tu lagi?"
"Simpan saja" jawab Amri.
"Buat apa?. Bukan boileh jadi harta karun"
"Seksilah untuk abang di rumah bila kita kahwin nanti" jawab Amri selamba. Suraya ketawa.
"Gatal!" kata Suraya. Amri mengangkat kening. Dia turut membantu Suraya mencari tudung yang sesuai. Setelah membayar kesemua 32 helai tudung, Amri membawa Suraya makan malam.
"Sebentar nanti kawan abang dari Dubai akan makan bersama kita ya. Dia baru bercerai jadi datang ke sini untuk menenangkan fikiran" beritahu Amri. Suraya hanya mengangguk faham. Setengah jam sudah berlalu seorang lelaki berkulit putih kuning datang menghampiri mereka berdua. Lelaki berkaca mata itu nampak tenang sahaja wajahnya walaupun baru dilanda keruntuhan rumahtangga. Lelaki yang bernama Dawrin itu tersenyum memandang Suraya.
"Cantik bakal isteri kau,Am" puji Darwin. Suraya tersenyum manis.
"Padanlah kau sayang sangat pada dia. Cantik " tambah Darwin lagi.
"Kalau dia tak cantik pun, aku tetap sayangakan dia" jawab Amri. Darwin tidak melepaskan pandangannya ke arah Suraya yang sudah pun tersipu malu. Amri bangun untuk ke mengambil sesuatu di dalam kereta.
"Dah lama kenal Amri?" soal Darwin.
"Lebih 2 tahun" jawab Suraya.
"Awak cintakan dia?" soaal Darwin lagi. Suraya hanya mengangkat kening.
"Kalau awak jumpa saya dulu, mungkin awak tak akan jatuh cinta pada dia" kata Darwin dengan selamba. Terkejut Suraya mendengarnya.
"Awak kalau tak bertudung tentu lebih cantik" kata Darwin. Suraya tidak menjawab. Dia agak curiga dengan Darwin. Amri datang ke arah mereka dan menghulurkan kunci pangsapurinya kepada Darwin.
"Aku dah lama tak duduk apartment ni. Jadi, kau duduk saja di situ. " kata Amri. Darwin mengangguk tanda faham.
"Dah hampir tengah malam ni. Aku perlu hantar Suraya pulang ke rumah. Jadi, kau terus ke sana ya. Kalau ada apa - apa, hubungi aku" Amri menepuk bahu Darwin. Suraya terkejut apabila Darwin mengenyit mata ke arahnya. Suraya cepat - cepat memeluk lengan Amri. Dia dapat rasakan Darwin agak tidak jujur dengan Amri. Dia tidak mahu mengdu dengan Amri tentang Darwin. Dia hanya mengambil kjeputusan untuk tunggu dan lihat sahaja. Di dalam kereta Suraya cuba mencungkil sesuatu daripada Amri mengenai Darwin.
"Dah lama abang kenla dia?" soal Suraya.
"Ya sayang. Dari sekolah rendah lagi" jawab Amri. Sesekali dia memandang Suraya,
"Su dengan dia mana abang lebih sayang?" soal Suraya. Amri ketawa.
"Cinta dan sayang adalah suatu perasaan yang lain, sayang. Mana sama. Tapi kalau sayang nak tahu juga, mestilah abang sayangkan Suraya lebih dari dia" jawab Amri. Suraya tersenyum. Suraya masuk ke dalam rumah. Sunyi sekali rumah itu kerana Fatin sudah berpindah ke rumah Saiful. Syasya akan berpindah pada bulan hadapan jadi buat sementara waktu ini Suraya hanya tinggal berseorangan.
"Sayang tak nak temankan Su ke?" soal Suraya.
"Nak kena tangkap basah?" soal Amri.
"Bukan kita basah pun"
"Tak baik. Berdosa. Nanti boleh mengundang zina" jawab Amri.
"Abang tahan saja lah. Tak ada lah mengundang zina"
"Abang yakin abang tahan tapi kalau Suraya abang tak percaya walaupun sebesar kuman" usik Amri. Suraya menampar lengan Amri. Bibir Amri mengukir senyum. Dia mengusap lembut rambut Suraya.
"Balik tidur ya sayang. Jangan lupa kunci pintu. kalau ada apa - apa telefon abang" kata Amri. Suraya terus keluar dari kereta. Beberapa ketika, Amri sudah pun hilang dari pandangannya. Dia mesih memikirkan tentang Darwin. Dia berdoa agar Darwin tidak akan menjadi penghalang cintanya dan Amri. Suraya masuk tidur selepas solat Isyak tetapi otaknya masih ligat memikirkan sesuatu yang menjadi tanda tanya.
Darwin masuk ke dalam pejabat untuk bertemu dengan Amri. Dia menghampiri Suraya yang sedang sibuk.
"Hai Suraya" sapa Darwin.
"Hai Darwin. Awak nak jumpa Amri?" soal Suraya. Darwin menggeleng sambil tersenyum.
"Habis tu buat apa ke mari?" soal Suraya yang agak menyampah dengan senyuman Darwin yang penuh makna.
"Jumpa awak lah sayang" jawab darwin dengan lembut. Meremang tengkuk Suraya mendengar jawapan daripada Darwin itui. Amri keluar.
"Ha... Darwin!. Masuklah" pelawa Amri. Darwin melangkah tetapi matanya tidak lepas daripada memandang Suraya. Darwin duduk berhadapan dengan Amri.
"Kau tak rimas ke satu pejabat dengan Suraya?" soal Darwin. Amri memandang tepat ke wajah Darwin.
"Kenapa ya?. Sejak kita bertemu kau asyik sebut pasal Suraya sahaja?" soal Amri. Serius.
"Hei.. kawan. Jangan bimbang lah. Aku tak kacau dia pun" gelak Darwin.
"Kau jangan buat dia macam kau buat perempuan lain. Kau baru ceraikan isteri kau yang baik tu. Kau perlu ingat, kalau kau buang perangai buaya kau tu sampai bila - bila pun kau tak bahagia" jelas Amri. Darwin terdiam.
"Belanja aku makan" kata Darwin setelah lama membisu.
"Ok. Tapi kau kena tunggu aku tandatangan dokumen ni dulu" kata Amri . Dia mahu menunggu Amri di luar. Dia duduk di sofa yang bertentangan dengan meja Suraya. Dia asyik merenung Suraya, Zila yang perasan datang menghampiri Suraya. Dia sengaja menghalang pandangan Darwin .
"Terima kasih Zila. Aku dah tak tahan ni" kata Suraya. Zila mengangguk.
"Dia macam nak pikat kau saja. Dia memang gatal Su. Dulu masa kau belum kerja di sini, Si Gatal ni setahun 2 kali akan datang bertemu dengan Amri. Dia gatal. Jangan kata kau, aku dulu pun digodanya. Jenny je suka layan jantan ni" bisik Zila. Sesekali dia menoleh memandang Darwin. Zila kembali ke tempatnya. Darwin bangun untuk menghampiri Suraya tetapi Suraya cepat - cepat masuk ke dalam bilik Amri. Dia terus mengunci pintu bilik Amri. Terkejut Amri melihat Suraya yang kelam kabut. Suraya duduk di hadapannya. Dadanya berombak - ombak. Amri bangun dan duduk di sebelah Suraya.
"Kenapa sayang?" soal Amri. Suraya tidak dapat menjawab. Rasa takutnya pada Darwin masih belum reda. Amri memegang tangan Suraya.
"Kenapa ni sayang. Macam takut saja?" Amri masih menyoal. Suraya memandang Amri.
"Sayang.. dia macam menggoda Su" adu Suraya. Amri mengangkat kening. Dia tidak faham.
"Darwin.." kata Suraya. Amri terdiam.
"Sayang duduk saja di sini sampai abang keluar ya. Sebentar lagi abang akan keluar makan dengannya. Sayang jangan takut, tahulah apa abang nak buat" kata Amri. Dia menggetap bibir. Amri keluar bersama Darwin. Dibawanya Amri makan di hotel.
"Tolong hormat bakal isteri aku" kata Amri. Matanya memandang tepat ke arah Darwin.
"Ala... itu pun nak marah. Dia cantik Am. Aku suka tengok" jujur Darwin. Amri menggeleng kepala. Dia agak tidak senang dengan sikap Darwin yang tidak pernah berubah.
"Kau nak marah?. Kau perlu ingat, jasa aku pada ibu kau. Kalau aku tak tolong dia dulu, mesti ibu kau dah mati kena patuk ular" ungkit Darwin.
"Sebab jasa kau tu lah, aku masih bertahan dengan segala perangai kau yang menyakitkan hati. Tapi kau perlu ingat, suraya adalah kebahagiaan aku. kau bukannya sahabat kalau merosakkan kebahagiaan sahabatnya sendiri. Dia bukan macam wanita yang kau kejar. " balas Amri. Darwin ketawa kecil. Amri tahu Darwin memerhatikan Suraya. Amri menghabiskan makanan dan terus masuk ke dalam pejabat. Dia memanggil Suraya masuk kedalam.
"Sayang dah ok?" soal Amri. Suraya mengangguk. Amri senyum memandang Suraya.
"Tahu takut kan kalau orang menggatal dengan kita?" soal Amri. Suraya mengangguk.
"Habis tu, yang Suraya asyik menggatal dan goda abang dulu tu?. Macam tu lah abang rasa" kata Amri. Suraya menghampiri Amri.
"Takkan Su seteruk tu?" dia memuncungkan bibirnya. Amri tersenyum.
"Iyalah.... Su lagi teruk tau."
"Mana ada. Kalau Su teruk kenapa abang tak lari?" soal Suraya pula. Amri ketawa kecil.
"Macam mana nak lari, asyik kena tarik je"kata Amri. Suraya merajuk. Mukanya merah padam. Amri menghapirinya.
"Abang gurau saja. Memang Suraya penggoda tapi abang suka" kata Amri. Dia mencubit lembut hidung Suraya. Bibir Suraya mula mengukir senyuman.
"Pergi buat kerja. Nanti kena fitnah pula. Mesti diorang tanya kenapa Suraya tu asyik masuk bilik Encik Amri. Mesti buat apa - apa " gurau Amri.
"Biarlah..." senyum Suraya dan keluar dari bilik pejabat Amri. Darwin mula buat perangai, fikir Amri. Dia tahu kini dia perlu menjaga Suraya dengan lebih baik. Dia tidak mahu Darwin merampas Suraya daripadanya. Darwin pernah merampas isteri majikannya sendiri ketika di Dubai. Perkahwinannya hanya bertahan selama 6 bulan. Dia tidak mahu Suraya menghawini lelaki seperti itu. Dia mahu Suraya hidup bahagia bersamanya. Darwin bukanlah sahabat yang baik. Amri hanya terhutang budi kerana Darwin pernah menyelamatkan ibunya daripada di patuk ular apabila mereka sama - sama berkhemah di sebuah hutan. Sejak dari hari itu, Amri berjanji akan membalasa jasa Darwin. Sebenarnya sudah banyak kali Amri menyelamatkan Darwin dari kesulitan. Hutang Darwin juga banyak yang Amri langsaikan. Amri termenung. Dia hanya mampu berdoa agar Darwin berubah menjadi insan yang lebih baik.
Amri mahu membawa Suraya dan Syasya ke taman tema air atas permintaan Sasya setelah Amri memberinya pilihan kerana menemani Suraya dengan berpindah masuk ke dalam rumah sewa Suraya.
Syasya kelihatan teruja. Dia bermain air dengan gembira.
"Kenapa sayang tak mandi?" soal Amri.
"Mana boleh" jawab Suray selamba. Amri tersenyum.
"Apa senyum - senyum?" soal Suraya.
"Senyum pun salah?". jawab Amri. Suraya menampar lengan Amri. Dari jauh kelihatan Darwin datang menghampiri mereka. Amri menggosok - gosok wajahnya. Dia kelihatan tidak senang dengan kehadiran Darwin.
"Mana kau tahu aku di sini?"soal Amri. Suraya agak gelisah.
"Tadi aku nak pergi rumah kau tapi aku selisih dengan kau di pintu masuk kondo jadi aku ikut sajalah"jawab Darwin.
"Jauh juga runah awak ya Suraya" kata Darwin. Terbeliak biji mata Suraya mendengarnya.
"Awak ikut Amri sampai rumah saya?" soal Suraya. Darwin tersenyum.
"Sampai hati tak ajak aku pergi sekali" kata Darwin. Amri tersenyum tawar. Suraya meminta diri. Dia mahu mencari Syasya.
"Berani dia duduk seorang diri ya?" soal Darwin. Amri mengerut dahi. Mesti Darwin tidak perasan akan Syasya yang lebih dulu masuk ke dalam kereta, fikir Amri.
"Kau nak apa cari aku?' soal Amri.
"Aku nak ke Penang kejap lagi jadi aku nak bagi kunci ni pada kau. Takut hilang pula di sana. Kau tahulah aku ni, pelupa" senyum Dawrin. Amri mencapai kunci kereta dari tangan Darwin. Dia terus berlalu meninggalkan Amri. Matanya melilau mencari kelibat Suraya tetapi tidak berjumpa. Darwin terus keluar dari taman tema itu. Suraya menghampiri Amri.
"Sayang, Su takutlah" kata Suraya. Amri menggosok - gosok tangan Suraya.
"Jangan risau sayang. Abang akan pastikan sayang selamat ya" kata Amri. Dia cuba untuk menenangkan Suraya. Dia tahu Suraya agak takut dengan Darwin. Mereka berdua ketawa besar melihat Syasya yang leka bermain air bersama kanak - kanak di situ.
:)
ReplyDelete