BAB 10
Berjalan sambil mengambil angin bersama membuatkan
Amy rasa sangat bahagia. Sesekali dia mencuri pandang wajah Luqman. Tasik
Putrajaya pada petang itu sangat indah dengan cuaca yang sedikit redup.
“Kenapa nama awak macam ulam?. Maman?” soal Amy. Dia
tersengih – sengih. Luqman turut tersenyum. Soalan Amy itu memutarkan kembali
kenangan silamnya. Luqman ketawa kecil.
“Lulu pelat. Dia tak boleh sebut Luqman. Dia
panggillah saya Maman. Lepas itu, semua ahli keluarga saya panggil dengan nama
tu” terang Luqman.
“Oh... begitu rupanya Maman....” usik Amy.
“Awak tak boleh panggil Maman” kata Luqman.
“Kenapa pula?. Saya pun nak panggil nama manja awak.
Ok... kalau tak nak Maman, saya panggil Minmin” sengih Amy. Luqman menggeleng.
“Buruk betul nama tu. Panggillah Luqman. Macho dan
seksi!” gurau Luqman lagi. Amy mencebik. Sedang dia ketawa bersama Luqman,
wajah Amy serta merta berubah. Dia menarik tangan Luqman untuk berlalu dari
situ tetapi Luqman tidak mahu berganjak. Dia menoleh. Kelihatan Hady sedang
merenung mereka berdua.
“Mari balik” ajak Amy.
“Kenapa sayang nak larikan diri pula?’ soal Luqman.
Masih terpaku di situ.
Hady menghampiri mereka berdua. Dengan wajah yang sinis,
Hady memandang Amy.
“Patutlah dah tak hiraukan saya. Bermadu kasih
dengan lelaki bujang ya?. Tak salah saya dia ni pekerja awak!. Sudah tidak ada
lelaki hebat lain ke sampai tukang masak sendiri pun nak goda?” kata – kata
Hady itu membuatkan Amy naik angin.
“Kau sibuk apa Hady?. Aku ada kacau hidup kau?” soal
Amy. Luqman hanya mahu melihat sejauh mana tingkah laku Hady. Dia akan masuk
campur sekiranya pertelingkahan ini berlarutan.
“Kalau aku buang perempuan ni, buat apa kau nak?”
soal Hady kepada Luqman.
“Saya tak menganggap awak membuang dia tapi saya
anggap awak menghadiahkan dia buat saya dengan kesilapan yang sudah pun awak
kesali. Jangan ingat saya akan naik angin atau turut sama berperangai seperti
awak, Hady” kata Luqman.
“Aku sebagai suami tak pernah sentuh dia tau!. Kau
lelaki.... tak pernah ke kau terfikir tentu Amy ni teruk hinggakan aku tak
pernah menyentuh dia. Itu pun kau nak sangat dengan dia” suara hady makin
tinggi. Luqman tersenyum.
“Lelaki bodoh sahaja tidak mampu menyentuh wanita
jika berkemampuan. Mungkin awak hilang keupayaan itu sehingga tidak mampu
menyentuh dia selama perkahwinan kamu berdua” kata Luqman dengan tenang. Hady
naik berang. Dia cuba memegang tangan Amy. Hady seolah – olah sudah hilang
kawalan diri apabila melihat kemesraan Luqman dan Amy. baginya, Amy adalah
haknya.
“Jangan sesekali menyentuh aku, Hady!” Amy memeberi
amaran dan terus pergi ke kereta milik Luqman. Tidak mahu bertelagah dengan
mantan suaminya yang seolah – olah gila talak.
Hady menendang tiang elektrik sehingga kakinya
sakit. Luqman terus memandu dan dia menenangkan Amy yang sudah pun menangis
kerana geram dengan kata – kata Hady tadi. Hingga tiba di satu selekoh, Luqman
memberhentikan keretanya.
“Sayang....jangan menangis lagi. Saya tak sanggup
tengok awak terus menangis begini” pujuk Luqman.
“Hina sangatkah saya ni?” soal Amy.
“Kalau awak bercinta dengan saya kerana simpati,
tamatkan sahaja . saya tak mahu awak dicemuh oleh Hady lagi. Saya sayangkan
awak. Saya memang tak layak dengan awak. Saya janda!” Amy terus menangis. Tidak
mampu bertentangan mata dengan Hady.
“Sanggup awak teruskan hidup tanpa saya?” soal
Luqman. Amy terdiam. Dia menoleh memandang Luqman.
“Kalau awak boleh tersenyum, boleh ketawa dan boleh
bahagia tanpa saya, saya akan pergi” kata Luqman dengan serius. Amy menggeleng
kepala. Tidak!..... dia tidak mampu hidup tanpa Luqman.. tidak mampu tersenyum
tanpa Luqman dan pastinya tidak mampu bahagia tanpa Luqman.... kerana Luqman
adalah segalanya – galanya. Jika ditanya pada Amy apa maknanya bahagia....
jawapannya hanya Luqman. Lelaki itulah satu – satunya membuatkan hidup Amy
lebih berharga.
Luqman mengesat air mata Amy dengan jarinya. Dia
senyum memandang Amy.
“Kuatkan semangat sayang. Janda itu hanya pada
status. Lagipun ‘janda’ di hadapan saya ini janda berhias. Sangat cantik dan
indah... juga sangat manja. Itu lebih
daripada apa yang sepatutnya. Lagipun janda di hadapan saya ni.... macam goreng
pisang, asyik kena rebut saja” usik Luqman. Amy senyum sedikit. Dia menampar
lengan Luqman dengan manja.
“Ada lagi satu....” kata Luqman. Amy mengangkat
kening. Ingin tahu.
“Sangat ganas. Tonyoh muka orang dengan tanah pula
tu” ketawa Luqman.
“Tak nak kawan awak!” marah Amy. Luqman ketawa lagi.
Melihatkan Amy yang semakin tenang dan mampu
tersenyum, Luqman berasa sangat lega. Dia tidak suka melihat air mata Amy jatuh
kerana seorang lelaki bodoh. Sikap Hady kadang – kala membuatkannya hamoir
hilang sabar. Dia pasti suatu hari nanti, Hady akan menjadi makanan penumbuknya
jika keadaan ini berlarutan hingga tidak dapat di kawal lagi.
********************
Hady masuk ke dalam pejabat Dato Kamal dengan wajah
yang bengis. Dia terus masuk ke dalam bilik Dato Kamal walaupun di tegah oleh
setiausaha Dato Kamal.
“Maafkan saya Dato. Saya dah cuba larang tadi” kata
setiausaha yang kecil molek itu. Dato Kamal mengangguk dan bangun menghadap
bekas menantunya .
“Kamu nak apa Hady?” soal Dato Kamal dengan tenang.
Hady merengus.
“Papa tahu tak Sabtu lepas Amy bersiar – siar dengan
tukang masak tu di Putrajaya!” beritahu Hady. Dia masih berdiri di situ. Dato
Kamal hanya mendengar tanpa memberi sebarang respon.
“Papa dengar tak apa yang hady cakap tadi?. Papa tak
takut kedudukan papa terjejas, anak papa berkawan dengan tukang masak tu?” Hady
menggaru – garu kepalanya. Dato Kamal memerhatikan pakaian Hady yang sedikit
selekeh itu dari atas ke bawah.
“Jangan kamu panggil aku papa lagi. Sewaktu kamu
lafazkan cerai pada Amy dulu, hubungan aku dan kamu juga sudah terputus!” kata
Dato Kamal dengan tegas. Hady terdiam.
“Kamu peduli apa dia berkawan dengan siapa pun?.
Kamu tiada hak langsung. Aku yang merestui hubungan mereka berdua” jelas Dato
Kamal. Hady menggeleng kepala dan tersenyum sinis.
“Kenapa?. Kamu fikir aku teruk?. Dengar sini, lebih
baik aku kahwinkan dia dengan Luqman walaupun dia bukannya dari golongan berada
seperti kamu. Dia layak kerana mampu membahagiakan Amy. buat apa aku nak
menantu kaya?. Duit aku pun dah cukup banyak untuk Amy. aku cuma mahukan
menantu yang boleh menerima Amy seadanya. Baik kamu pergi” kata Dato Kamal.
Hady tidak mahu berganjak.
Pintu bilik Dato Kamal terbuka. Fikri sudah hilang
sabar. Dia menumbuk muka Hady dengan kuat hinggakan bibir Hady yang nipis itu
berdarah.
“Aku dah beri amaran supaya kau jauhi keluarga aku
lebih – lebih lagi Amy. kalau kau masih ganggu dia, jangan kata tumbuk, aku
hempuk kau dengan batang besi. Pergi!” jerit Fikri. Hady yang memang gentarkan
Fikri terus keluar. Dato Kamal menggeleng kepala.
“Mana Fikri tahu dia di sini?’ soal Dato Kamal.
“Qaseh, menantu ayah kan manager akaun di sini.
Mestilah dia tahu” kata Fikri. Mengurut – ngurut tangannya. Dato Kamal
tersenyum. Qaseh sudah menajdi sebahagian pekerjanya sejak bertunang
dengan Fikri. Dato Kamal mahu Qaseh
turut sama menjalankan perniagaan keluarga mereka. Dato Kamal mengangguk faham.
Dia agak bimbang jika Hady meula bertindak kasar terhadap Amy.
Luqman mahu pulang ke rumah ibunya, Puan Kalsom.
Memang setiap hujung minggu Luqman akan melawat akan ibunya. Walaupun ibunya
banyak menyusahkan hidupnya, Luqman tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan
sempurna. Lulu sudah tamat belajar dan kini sudah pun mula bekerja sebagai
eksekutif eksport di Subang jaya. Lulu sudah pun tinggal bersama dengan Puan Kalsom
setelah hampir 4 tahun tinggal di Sarawak kerana melanjutkan pengajian
seterusnya bekerja buat sementara waktu di sana .
“Abang ... malam ini abang tidur di sini ya?” ajak
Lulu. Puan Kalsom tersenyum melihat Luqman mengeluarkan RM700 dari dompetnya untuk
di berikan kepadanya.
“Ala... ibu teringin nak beg tangan macam Makcik
Habsah tu. Malulah ibu kalau ibu tak ada. Nanti Luqman juga yang malu” sengih
Puan Kalsum. Luqman hanya tersenyum. Lulu mengerling Puan Kalsom yang tersenyum
puas.
“Ibu ni, kalau asyik nak ambil duit Abang Maman,
bila dia nak kumpul duit untuk kahwin?. Umur dia dah 28 tahun tau” bebel
Lulu. Puan Kalsom mencebik.
“Ala... Kak Ayu kamu tak kisah pun kalau ibu ambil
duit Luqman” kata Puan Kalsom. Lulu dan Luqman berpandangan sesama sendiri.
“Apa kena mengena dengan kak Ayu pula?” soal Lulu.
Luqman dapat menganggak apa yang bakal diluahkan oleh ibunya sebentar nanti.
“Ibu lupa nak beritahu kamu. Minggu depan ibu akan
minangkan Ayu, anak Pak Long kamu tu” kata Puan Kalsom dengan selamba. Luqman
menggeleng kepala.
“Tak bolehkah ibu tanya pada Maman sendiri?. Maman
juga ada pilihan sendiri, ibu” tutur Luqman dengan lembut.
“Kamu jangan main – main dengan ibu Luqman. Syurga
kamu tu bawah kaki ibu ni tau!. Jangan ingat kamu boleh bahagia kalau berkahwin
dengan perempuan lain” tambah Puan Kalsom.
“Ibu ni, tak bolehkah beri Abang Maman ruang untuk
menentukan hidup dan jodohnya sendiri” Lulu pula mencelah.
Luqman sudah terbayangkan wajah Amy apabila Puan
kalsom membicarakan soal jodohnya dengan sepupunya sendiri. Memang Ayu itu
cukup segala segi tetapi dia hanya menganggap Ayu itu tidak lebih dari adiknya
sendiri. Luqman sudah buntu. Dia bangun dan terus mencium tangan Puan Kalsom
sebelum keluar dari rumah itu. Lulu mengejar abangnya hingga ke kereta.
“Jangan dengar kata ibu!. Kasihan pada Kak Amy tu,
abang. Sudah tiba masanya abang tidak perlu dengar kata ibu lagi... kalau itu
berbeza dari apa yang abang mahukan” kata Lulu. Luqman tersenyum tawar dan
menggosok lembut kepala Lulu. Luqman menghidupkan enjin kereta dan terus
meninggalkan kawasan rumah teres dua tingkat milik ibunya.
Fikiran Luqman menerawang entah ke mana. Di saat ini
dia amat rindukan Amy. tanpa dia sedari, dia kini sudah pun berada di hadapan
rumah Amy. Luqman mengeluh panjang. Dia termenung lagi hinggalah cermin tingkap
keretanya diketuk. Luqman terperanjat. Amy tersengih – sengih memandangnya.
Luqman keluar sambil memebetulkan rambutnya.
“Sejak bila jadi pembantu James Bond ni?’ soal
Amy. Luqman hanya ketawa kecil.
“Sayang tak tidur lagi?” soal Luqman. Amy
menggeleng.
“Marilah masuk. Mak Biah dan Amy sedang tengok
cerita Hindustan tu” pelawa Amy.
“Tak baiklah masuk rumah anak dara orang” kata Hady.
“Jangan risau, Amy ni janda!” jawab Amy dengan selamba.
Luqman ketawa. Mak Biah datang menghampiri setelah menunggu Amy agak lama.
“Luqman.... mari masuk. Kita tengok filem Hindustan”
pelawa Mak Biah pula.
“Tak apa ke Mak Biah?” soal Luqman. Agak ragu –
ragu.
“Baru pukul 8.30 malam. Nanti habis filem tu Luqman
pulanglah” ajak Mak Biah bersungguh – sungguh. Luqman tidak dapat menolak
permintaan dua orang wanita di hadapannya.
Luqman masuk dan duduk di sofa. Dia ketawa sendiri
melihat filem Hindustan lama yang baru hendak bermula di kaca televisyen itu.
“An evening in Paris... lama betul filem ni” soal
Luqman kepada Amy.
“Ini filem .... ada sentimental value tau. Kenangan Mak
Biah dan suaminya” sengih Amy. Luqman mengangguk faham. Amy menghidangkan
beberapa makanan ringan kepada Luqman. Mereka berdua tersengih – sengih melihat
Mak Biah yang tersengih macam kerang busuk di hadapan tv.
“Amy ... kalau saya meninggal dulu, agak – agak Amy,
apa filem yang Amy nak tengok ?” soal Luqman. Amy memandang Luqman. Mukanya yang
tadi ceria menjadi masam mencuka.
“Saya tak suka awak cakap begitu!. Jangan cakap lagi
tau!” Amy memberi amaran. Dia terus menonton bersama – sama Mak Biah. Luqman
merenung Amy dari belakang. Sayang.... janganlah ibuku itu nanti menjadi
penghalang cinta kita kerana dialah satu – satunya insan yang tidak boleh aku
lukai selain dirimu.... bisik hati kecil Luqman.
Amy tidak perasan akan renungan Luqman terhadapnya. Mata
Luqman berair. Dengan cepat dia mengesatnya. Tidak mahu Amy nampak akan rasa
pilunya. Mak Biah tahu Luqman sedang berduka. Mak Biah perasan akan renungan
Luqman itu. Dia tahu lelaki itu sedang manghadapi masalah.......
Dengan tergopoh gapah Lulu masuk ke dalam kafe. Amy
agak terkejut namun dia sempat memeluk bakal adik iparnya itu dengan mesra.
“Selamatkan abang Maman!” kata Lulu. Amy tidak
mengerti.
“Abang!!!!” jerit Lulu. Luqman yang agak terkejut
terus mendapatkan Lulu di luar.
“Abang..... kak Ayu ada di sini. Dalam perjalanan
datang ke sini dengan ibu” kata Lulu.
“Buat apa ibu datang sini. Dia bukan tahu abang
kerja di mana. Jangan beritahu abang yang Lulu beritahu” teka Luqman. Lulu menggeleng
– geleng kepalanya. Kemudian dia tunduk.
“Ibu paksa Lulu. Sebab itu Lulu bergegas ke sini
sebab.....” belum sempat Lulu menghabiskan ayatnya, Puan kalsom tiba dengan
seorang perempaun muda yang cantik dan tinggi lampai. Amy terpinga – pinga.
Puan Kalsom yang bergaya mengalahkan seorang datin itu menghampiri Luqman.
“Maman.... tak marahkan ibu datang tengok tempat
kerja Maman dengan Ayu?” soal Puan Kalsom. Cermin mata hitamnya di tanggalkan.
Luqman memandang Amy yang terpinga – pinga. Masih tidak mengerti apa – apa.
“Ayu.... ingat lagi Abang Luqman ni?. Inilah bakal
suami Ayu” terang Puan Kalsom. Luqman memejam mata. Tunduk memandang lantai.
“Nanti sebentar.... Luqman ini siapa?” soal Amy.
Puan Kalsom memandang Amy dari atas ke bawah.
“Ini siapa pula?” soal Puan Kalsom.
“Ini majikan saya. Amy Hanissa” terang Luqman.
“Oh... muda lagi boss kamu, Maman. Saya ibu Luqman.
Ini pula bakal isterinya” kata Puan kalsom. Tangan Amy sudah menggigil – gigil.
Tidak tahu mengapa. Marah atau sedih tetapi air matanya sudah bergenang. Dia memandang
Ayu yang masih berdiri di sebelah Luqman dengan senyuman bahagia.
Jiji dan Lela menepuk dahi masing – masing. Mereka tahu
Amy mesti sedih mendengarnya.
Amy tidak dapat membendung rasa marahnya. Dia terus
pergi ke dapur. Mengambil salad dan dicincangnya salad itu berulang kali. Eric tergamam.
Menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Perlahan – lahan dia menghampiri
Amy dan terus merampas pisau dari tangan Amy.
“Kak Amy.... saya ambil dulu ya pisau ni. Nanti takut
Kak Amy cedera” bisik Eric. Luqman mendapatkan Amy di dapur.
“Eric... uruskan dapur. Abang dan Kak Amy nak keluar
sebentar” kata Luqman dan terus menarik tangan Amy keluar dari kafe melalui
pintu belakang. Mujurlah keretanya diletakkan di belakang kafe jadi senang
untuk dia melarikan diri dari Puan Kalsom dan ‘bakal’ isterinya itu.
“Kenapa tarik saya?. Pergi tarik bakal isteri awak
tu?” soal Amy. Luqman membisu. Tidak mahu berkata apa – apa lagi. Dia terus
memandu hingga ke sebuah taman yang agak jauh dari kafe. Luqman menarik nafas
dalam – dalam.
“Sayang... saya tak tahu apa – apa hinggalah semalam
ibu saya cerita pasal Ayu. Tiba- tiba hari ni dia bawa Ayu ke sini” terang
Luqman.
“Habis tu, awak nak kahwin dengan Ayu?” soal Amy.
Luqman menggeleng.
“Kalau ada seorang wanita yang akan dijodohkan
dengan saya.... saya berdoa pada Allah, awaklah wanita itu, sayang” pujuk
Luqman. Tetapi kata – katanya itu bukannya palsu. Dia benar – benar maksudkannya.
“Tapi ibu awak tak suka saya. Dia sukakan Ayu” suara
Amy mendatar.
“Saya akan uruskan. Buat masa ini saya tak mahu
sayang fikir bukan – bukan. Sayang percayakan saya kan?” soal Luqman. Amy tersenyum
dan mengangguk manja.
“Budak baik!” Luqman mencubit hidung Amy.
“Mak awak macam mak Datin” kata Amy. Luqman senyum.
“Tak baik mengutuk mak mertua sendiri tau” balas
Luqman. Amy ketawa besar. Dia mampu ketawa tetapi hatinya tidak mampu untuk
bertenang. Hatinya sentiasa gelisah. Dia tahu perjalanan sesebuag percintaan
itu amat sukar jika tidak mendapat restu ibubapa. Amy berharap agar Luqman
mampu menyelesaikan masalah antara dia dan ibunya.
Luqman dan Amy pulang ke kafe setelah. Jiji
memberitahu melalui panggilan telefon bahawa Puan Kalson dan Ayu sudah pulang
dengan perasaan yang marah. Lulu yang mengambil cuti kecemasan masih menunggu
Luqman dan Amy di kafe. Apabila terpandangkan Luqman yang melangkah masuk ke
dalam kafe, Lulu terus mendapatkan abangnya.
“Maafkan Lulu ... abang!” pinta Lulu. Berkali – kali
dia mencium tangan Luqman.
“Tak mengapa. Abang rasa kita perlu berterus terang
dengan ibu” kata Luqman. Dia duduk di sebelah Lulu.
“Tak boleh!!!!!... Ibu kata dia akan ‘kerjakan’
perempuan yang jadi penghalang kepada Kak Ayu” terang Lulu. Kali ini Luqman
benar – benar buntu. Tidak tahu lagi apa yang harus dia lakukan. Amy merenung
Luqman. Lulu bersimpati dengan nasib Amy.
Dia yang tahu sejarah hidup Amy sangat bersimpati dengan bakal kakak
iparnya itu. Dia juga ingin sekali melihat Amy bahagia bersama abangnya.
*******************************************
Amy pergi ke rumah Pak Leman . Dia sudah lama tidak
menjenguk pak Leman sejak akhir – akhir ini. Seperti biasa Amy akan membawa
beras, tepung, susu dan beberapa barang dapur untuk diberikan kepada Pak Leman
dan Mak Gayah.
“Kenapa muka masam saja?” soal Pak Leman. Amy hanya
menggeleng. Tidak mahu menceritakan kedukaannya kepada Pak Leman.
“Dato sihat?” soal Mak Gayah pula. Amy mengangguk.
“Amy ni memang tak layak untuk lelaki ke Pak Leman?”
soal Amy. Pak Leman ketawa berdekah – dekah.
“Bodoh orang yang cakap begitu” kata Pak Leman. Amy
tersenyum.
“Tak apalah, Amy pun tak lama di sini. Amy nak
pulang dulu ya” belum sempat Amy berlalu matanya terpaku memandang Luqman yang
juga terkejut melihatnya di rumah Pak Leman.
“Awak buat apa di sini?” soal Amy.
“Awak tu buat apa di rumah Pak Ngah saya?” soal
Luqman kembali.
“Pak Ngah?” Amy memandang Pak Leman yang juga turut
sama terkejut.
“Ini lah anak buah Pak Leman yang selalu bantu Pak
leman dari segi kewangan. Dialah yang bayar semua bil api dan air rumah ni”
terang Pak Leman sambil memeluk Luqman.
“Ini pula anak angkat Pak Ngah . Dialah yang tiap –
tiap bulan bantu duit persekolahan Razak” beritahu Pak Leman kepada Luqman.
“Kamu berdua kenal ke?” soal Pak Leman. Mak Gayah
sudah ketawa besar.
“Dia buah hati saya tu” Luqman berterus terang. Pak Leman
ketawa.
“Kalau inilah orangnya, Pak Ngah setuju sangat –
sangat”. Pak Leman menepuk berkali – kali belakang badan Luqman. Muka Amy merah
menahan malu.
“Tak payah balik lagi, buah hati dah sampai, Amy”
usik Mak Gayah. Amy mencubit Luqman.
Hati Amy lega kerana mendapat restu salah seorang
daripada ahli keluarga Luqman selain dari Lulu. Pak Leman adalah abang kepada
ayah Luqman. Itu sahaja ahli keluarga sebelah ayahnya yang tinggal. Hubungan
Puan Kalsom dan pak Leman agak dingin. Pak Leman tidak suka dengan sikap adik
iparnya yang mementingkan diri dan terlalu suka bermegah – megah. Kalau Pak
Leman tidak membayar yuran sekolah Luqman dahulu, sudah tentu Luqman tidak dapat
bersekolah dan berjaya seperti sekarang. Luqman pernah menjadi seorang chef di
sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Dia berhenti kerja kerana hotel itu sudah
berpindah milik dan pengurusan hotel itu tidak memuaskan hati para pekerja. Bukan
Luqman seorang sahaja yang berhenti, malah ramai lagi.
ahhh ape mk luq ni..aiseh..nyampah la kalo ad mk berlgk mcm tuh..luq jgn na stuju plak kawen ngan ayu tuh..huh menyampah..
ReplyDelete~adda~
adda...
Deleteheheh jangan risau...
mak dia sibuk jer nak interframe..
jap lagi saya masukkan n3 baru.
jgn berhenti baca sbb citer happy ending punyer :)