BAB 13
Luqman tahu dia harus mengambil tindakan yang lebih
drastik. Dia membeli jambang, misai dan serban seperti seorang singh. Dia perlu
menyamar untuk hampir dengan Amy. dengan cara itu dia boleh merawat luka Amy
sedikit demi sedikit.
Gibran tergelak melihat wajah Luqman yang seratus –
peratus bertukar. Hatinya bagai digeletek melihat seorang suami yang samggup
melakukan apa saja demi isteri yang tidak pernah disentuhinya langsung.
“Aku rasa baik kau bawa motor, jual roti. Lagi
bagus” cadang Gibran. Luqman mengangguk – angguk.
“Apa yang kau anggukkan tu?” soal Gibran.
“Aku ikut cakap kau” kata Luqman. Semakin mesra
dengan Gibran yang sememangnya seorang yang gila kepalanya. Gibran menepuk
dahi.
“Lantak kaulah!” Gibran menggeleng kepala. Encik
Johan yang sedang ke luar daerah tidak tahu langsung mengenai Luqman. Anak –
anaknya berkomplot sesama sendiri demi kebahagiaan Amy.
“Nanti aku bawa pergi jumpa tauke roti” gelak
Gibran.
Rupa – rupanya Gibran benar – benar membawa Luqman
ke kilang roti di kawasannya. Walaupun pertuturan Luqman agak pelik dari biasa,
mereka berdua mampu membuatkan tauke roti itu mempercayai mereka. Gibran
sebenarnya agak terkenal di daerahnya. Disebabkan itu, tauke tersebut mudah
mempercayai Luqman. Semuanya di sebabkan Gibran.
Luqman membawa motor yang sarat dengan roti dan kek.
Gibran tidak habis – habis ketawa.
“Sekarang, pergi rumah ayah aku. Pergi jual roti”
arah Gibran. Luqman terus membawa roti – rotinya ke rumah Encik Johan. Dia
membunyikan trumpet kecil beberapa kali . Dalina yang kebetulan ada di situ
terus menghalau Luqman.
“Dey... singh! Tak mahu la!.... itu roti saya tak
suka. Banyak tak sedap” jerit Dalina. Luqman tidak bergajak. Dia mengenyitkan
matanya beberapa kali. Dalina amat marah dengan perbuatan ‘singh’ itu. Dia
mengejar singh tiruan di hadapannya itu dengan penyapu taman. Kelam kabut
Luqman memecut. Takut di hempuk dengan penyapu taman yang agak tajam. Sampai di
satu selekoh, Luqman mengurut – urut dadanya. Tidak sangka Dalina seorang yang
sangat garang. Luqman ketawa sendiri. Dia berehat sebentar. Seorang wanita tua
menghampiri Luqman. Mahu membeli kek buat cucunya.
Luqman yang tidak sampai hati melihat keadaan wanita
tua it uterus memberinya dengan percuma. Setelah penatnya hilang, Luqman terus
ke kilang tersebut. Memulangkan motor dan kesemua roti dan kek. Usahanya tidak
berhasil. Roti itu tidak sedap. Luqman merasainya sendiri. Luqman sebenarnya
mempunyai idea untuk membuat kek dan roti itu sendiri dan menjualnya dengan
cara yang sama. Dia perlu ke pasaraya. Membeli tepung dan semua bahan utuk
membuat kek dan roti.
Fikri ketawa berdekah – dekah apabila mendengar
cerita dari Luqman melalui panggilan telefon. Dia rasa terlalu lucu. Bagai mahu
pecah perutnya ketawa sekuat hati.
“Adik aku tak salah pilih orang!” kata Fikri. Luqman
terdiam. Dia hanya mendengar Fikri ketawa hingga perbualan mereka tamat.
Luqman berjaga hingga awal pagi untuk membuat roti
dan kek. Setelah siap semuanya, dia menyiapkan pula makanan untuk Amy. hari ini
dia masakkan nasi lemak ayam dengan goreng kangkung. Dia memakai serban dan
jambang. Misai yang lebat dilekatkan kemudian. Dia berdoa agar Dalina mahu
mendengar penjelasannya dahulu.
Motornya di letak di hujung sekali. Tidak mahu Amy
mendengar bunyi enjin motornya. Luqman menanti Dalina keluar seperti yang
dijanjikan. Luqman tersenyum melihat Dalina keluar dengan pakaian yang kemas.
Mata Dalina membulat. Luqman menepuk dahi. Dia tahu Dalina akan mengejarnya
lagi. Dengan pantas, Dalina mengambil baldi di tempat penyidai dan dikejarnya
Luqman hingga ke hujung jalan. Luqman terjatuh . terduduk di atas jalan.
“Hei.. singh! Aku dah cakap jangan datang rumah
aku!. Kau nak aku report polis ke?” jerit Dalina.
“Lina.. ini saya Luqman!” Luqman cepat – cepat
menanggalkan jambangnya. Dalina menutup mulutnya. Menarik Luqman untuk bangun
semula.
“Ya Allah... kenapa tak cakap awal – awal!” kata
Dalina. Dia mula ketawa.
“Macam mana nak cakap, baru nak cakap dah kena
kejar” senyum Luqman. Kali ini Dalina ketawa sekuat hati.
“Garangnya awak Dalina!. Kecut perut saya” usik
Luqman. Dalina ketawa. Dia jalan beriringan dengan Luqman.
“Yang pakai macam singh jual roti ni kenapa?’ soal
Dalina. Mengambil bekas nasi lemak dari raga motor Luqman.
“Saya nak....” tidak sempat Luqman menghabiskan
ayatnya. Amy keluar dari rumah. Duduk di buaian dengan wajah yang sugul. Luqman
memandang Dalina.
“Mari... “ ajak Dalina.
“Nanti dia tahu” Luqman agak bimbang. Dalina
mengambil kek dari peti roti di motor Luqman. Dia menyuruh Luqman mengubah
suaranya. Hati Luqman berdebar – debar.
“Amy...” panggil Dalina. Amy menoleh. Dia terpana
sebentar memandang Luqman.
“Sayang....” terkeluar kata – kata itu dibibir Amy.
“Adik manis, jangan sayang sama saya. Nanti itu bini
banyak marak juga. Saya mahu jual ini roti sama ini kek. Ada mau beli ka?” soal
Luqman. Amy terdiam. Dia merenung mata Luqman dalam – dalam.
“Mata dia seperti Luqman” kata Amy. Dalina berdehem.
“Mengarutlah... singh ni dah lama dekat sini.
Sebelum kau datang lagi” kata Dalina. Cuba menyelamatkan keadaan. Amy
menghampiri Luqman. Dengan segera Luqman berlalu. Dia takut kalau – kalau
rahsianya terbongkar. Dia agak terharu Amy hampir mengenalinya walaupun dia di
dalam keadaan begitu. Luqman terus pergi. Menjual roti dan keknya kepada
penduduk di daerah itu. Yang pasti, kek dan rotinya laku.
Dalina menghidangkan makan tengahari buat Amy. dia
mengajak Amy turun makan bersamanya. Amy menurutinya. Amy menjamah nasi lemak
yang dibawa oleh Luqman pagi tadi. Dia terkedu. Rasanya, aromanya sama sekali.
“Jangan nak kata macam Luqman masak pula”kata
Dalina. Amy terdiam.
“Tapi... memang sama. Aku nak jumpa makcik tu” kata
Amy. Dalina terserdak. Terkejut dengan permintaan Amy.
“Mana boleh” Dalina menentang. Amy merenungnya.
“Kau ni macam psycho la. Takut aku” dalih Dalina.
“Aku nak jumpa. Sekali pun jadi lah!” pinta Amy
bersungguh – sungguh.
“Nanti aku tanyakan” kata Dalina. Nasi lemak yang
lazat itu di rasakan pahit.
Dalina ke rumah Luqman . dia meminta abangnya
menemaninya selepas waktu pejabat. Gibran terpaksa akur walaupun agak sibuk.
“Apa!!!!!” jerit Luqman. Dalina mengangguk beberapa
kali.
“Takkan aku nak jadi makcik pula?’ soal Luqman.
Gibran ketawa lagi.
“Aku sebenarnya bersyukur Fikri hantar kau ke mari.
Hilang tension aku dengan tengok kau yang lawak ni” sengih Gibran. Luqman
mencebik. Dalina menggaru – garu kepalanya. Mujurlah dia masih belum bekerja.
Kalau tidak, tentu sukar bagi Luqman menguruskannya sendiri.
“Baiklah, kau suruh saja Amy datang lepas pukul 6.
Nanti cepat sikit dia balik” kata Luqman. Dalina lega. Dia Cuma perlu membawa
Amy sahaja. Selebihnya, terserah pada Luqman.
Tepat jam 6 petang, Amy dan Dalina datang ke rumah
Luqman. Terpaksalah Luqman memakai tudung, berkain batik dan berbaju kurung.
Semuanya di beli oleh Gibran semalam. Sehingga pakaian dalam juga Gibran yang
belikan. Nasib baik isterinya, Nora menemaninya. Luqman terpaksa memakai
penutup mulut. Amy masuk ke dalam rumah.
Dia bersalaman dengan Luqman. Dengan sengaja Luqman
memeluk dan mencium pipi Amy dengan mesra. Dalina tersengih – sengih. Huh!...
ambil kesempatan... bisik hati kecilnya
“Kenapa makcik pakai topeng muka?” soal Amy.
“Makcik selsema nak” suara Luqman kecil. Dalina
ingin ketawa tetapi ditahannya. Amy duduk di sebelah Luqman. Jantung Luqman
berdebar – debar. Haruman Amy sama seperti dahulu. Sangat wangi dan
menggetarkan jiwanya. Amy memegang tangan Luqman.
“Makcik pandai masak. Sama seperti suami saya” kata
Amy. luqman terdiam. Dia terharu dengan kata – kata Amy.
“Mesti suami Amy ni kacak kan?” soalan Luqman itu
membutakan Dalina mencebik.
“Ya... tapi bukan itu sebabnya saya cintakan dia.
Sangat penyayang dan sangat penyabar. Sering buat saya tersenyum dan ketawa”
air mata Amy bergenang. Dia tidak tahu mengapa dengan mudah dia meluahkan
semuanya pada ‘makcik’ yang baru dikenalinya. Luqman memeluk Amy sambil
mengusap rambutnya. Dalina menggeleng kepala. Dalina membuat isyarat mata agar
Luqman melepaskan pelukannya. Amy mengangkat kepalanya.
“Dia juga suka usap rambut saya begini. Makcik,
tanya sikit boleh?” soal Amy. Luqman mengangkat kening.
“Makcik suka pakai minyak wangi orang lelaki ya?.
Baunya sama seperti suami saya” kata Amy. Luqman menelan air liur. Dalina turut
sama cuak.
“Eh... ini pakwe makcik punya. Minyak wangi makcik
dah habis” jawab Luqman. Main bedal saja!. Amy ketawa. Dalina tersenyum.
Pertama kali Amy ketawa sejak dia tinggal bersama mereka. Dalina duduk di
sebelah Luqman.
“Makcik, kami balik dulu ya!. Nanti kalau pakwe
makcik datang dia marah pula” kata Dalina. Amy bangun. Dia mencium tangan
Luqman. Lagi sekali Luqman memeluk dan mencium dahi Amy.
Amy hampir menangis. Dia terkenangkan Mak Biah.
Seorang ibu yang amat penyayang. Diia agak senang hati apabila Qaseh tinggal
bersama mak Biah di rumahnya. Qaseh seorang yang penyayang. Sudah tentu dapat
menjaga mak BIah dengan baik.
***************************
Dato Kamal menjenguk mak Biah di rumah Amy. ternyata
Mak Biah tidak mahu bercakap dengan Dato Kamal. Dia banyak membisu.
“Saya tahu awak marahkan saya. Saya lakukan semua
ini untuk mereka juga.” Terang Dato Kamal. Mak Biah mencebik.
“Biar mereka yang tentukan hidup dan jalan mereka
sendiri. Siapa kita yang nak kata mereka gembira atau tidak bila bersama” Mak
Biah mengeluarkan kata – kata yang agak pedih didengari oleh dato Kamal. Malas
mahu bertengkar, dato Kamal terus meninggalkan Mak Biah yang masih belum
menerima kehadiran Dato Kamal walaupun rumah itu milik anak Dato Kamal sendiri.
Dato Kamal banyak termenung di dalam kereta.
Sentiasa berfikir dan selalu juga menyalahkan dirinya sendiri. Dia bukannya
tidak mahu Amy bahagia. Memang itu doanya setiap kali selesai solat. Amy tidak
faham bagaimana pedihnya hidup jika dibenci mertua sendiri. Diam tak diam, Dato
Kamal sudah pun berada di hadapan rumahnya. Dia keluar. Masuk ke dalam rumah
dan terus baring di sofa. Kepalanya yang sentiasa ligat berfikir itu mulai
pening. Akhirnya dia tertidur sendiri.
Amy yang baru selesai mandi terus mahu keluar.
Dalina yang sedang sibuk meyiram pokok bunga terus mengejar sambil memegang
getah paip di tangannya.Amy yang sudah pun sampai di pagar rumahnya. Mahu
keluar entah ke mana.
“Nak pergi mana ni?’ soal Dalina. Amy memandang
kosong wajah Dalina.
“Nak tengok Makcik semalam. Makcik kasma” jawabnya
dengan selamba. Dalina panik.
“Dia mana ada. Dia pergi jual roti di luar” kata
Dalina. Amy mengerutkan keningnya.
“Kata dia tukang masak, tapi mengapa pula mahu
menjual roti di luar” Amy agak hairan. Dalina menggaru – garu kepalanya.
Bingung di buat Amy!. Alamak, mati aku kalau dia tahu siapa makcik tu.... mahu
bergegar negeri Sarawak ni. Uncle Kamal mesti lekuk kepala aku dan kepala abang
Gibran kuat – kuat macam dulu..... dicampaknya getah paip yang masih mengalir
airnya.
“nanti... tunggu Lina!” jeritnya. Dia masuk ke
dalam. Menelefon Luqman. Terkejut besar Luqman mendengarnya. Jambang dan serban
yang baru siap dipakai, ditanggalkannya semula.dia mencari – cari baju dalam
yang dipakainya semalam. Dia baru teringat, baju dalam itu ada di dalam mesin
basuh. Dengan segera Luqman mengambilnya. Walaupun masih lembab, dia terpaksa
memakainya. Tidak sampai 20 minit, Amy
sudah tercegat di hadapan rumahnya. Dalina masuk dulu. Terlihatkan Luqman yang
masih belum memakai topeng dan misai yang lupa ditanggalkannya, Dalina menutup
pintu dan terus menguncinya. Amy agak pelik. Dalina yang sentiasa tenang itu,
sejak kebelakangan ini agak kelam kabut. Amy mengangkat bahu dan terus duduk di
kerusi rotan.
“Ya Allah.... kenapa pakai bra ni senget – senget.
Takkan ‘benda’ tu senget kot” bebel Dalina. Dengan kasar dia menarik bra di
badan Luqman. Muka Luqman merah menahan pedih.
“Lina, agak – agaklah! Pedih!” bisik Luqman. Dalina
ketawa. Setelah semuanya selesai, mereka berdua keluar. Amy bangun.
“Kenapa lama sangat?” soal Amy.
“Betulkan coli” kata Luqman dengan jujur. Berkerut
dahi Amy mendengarnya. Dalina memijak kaki Luqman.
“Tak... nak tanya Makcik Kasma macam mana nak uli
tepung” kata Dalina. Luqman mengangguk – angguk.
“Makcik masih belum baik selsema?” soal Amy.
menghampiri Luqman. Sangat hampir!. Jantung Luqman berdegup kencang. Dia memang
tidak tahan dengan haruman yang dipakai oleh Amy. mendebarkan jiwanya. Amy
menyentuh dahinya.
“Makcik Kasmah masih belum baik ya.. nanti Amy
bawakan ke klinik” kata Amy. Luqman hanya merenung Amy. Dalina geram!. Dia
pasti Luqman akan mengambil kesempatan sekali lagi.
“Bahu Makcik sakit. Amy pandai urut?” soal Luqman.
Amy menarik tangan Luqman duduk di kerusi. Dalina menampar belakang badan
Luqman. Orang nak bagi Amy pulang cepat, dia pula mengada – ngada!..... gerutu
hati Dalina. Amy memicit – micit bahu Luqman. Bibir Luqman tidak habis – habis
mengukir senyum. Amy merapatkan bibirnya ke telinga Luqman.
“Ok Makcik?’ soalnya dengan lembut.
“Ya sayang” Luqman terlepas cakap. Amy tidak pasti
yang apa yang didengarinya tadi. Dalina rasa sudah tiba masanya dia menarik Amy
untuk pulang. Kalau tidak, rahsia Luqman akan pecah.
“Kau duduk sini,Amy. selalunya aku yang urut makcik
ni. Dia tak suka lembut – lembut macam kau. Dia nak yang keras macam aku!”
Dalina menarik tangan Amy. dengan sekuat hati dia mencengkam bahu Luqman hingga
lelaki dihadapannya itu menggeletik menahan kesakitan.
“Aduh... sedapnya!!!!!” jerit Luqman. Dalina ingin
ketawa.
“Dah.. dah.. sedap Lina. Pergi balik. Makcik nak
keluar jumpa kawan” arah Luqman. Amy menuruti. Dia rasa dia sudah sayangkan
makcik Kasma. Dia sendiri tidak tahu mengapa. Amy mencium tangan dan pipi
Luqman. Apabila Amy keluar untuk memakai sandal, Dalina terus menampar dengan lembut pipi Luqman.
“gatal awak ya!” Dalina membulatkan matanya. Luqman
ketawa. Dia memadang Amy dan Dalina hingga mereka hilang dari pandangan
matanya. Luqman tersenyum sendiri. Dia memegang dadanya. Yang masih berombak
dan berdegup kencang!.
lawak abis!!!!1
ReplyDeletehhehehehe....
Deleteterima kasih ya baca novel ni...