BAB 17
“Assalamualaikum....”
Luqman bangun dari sofa empuk. Dia membuka pintu.
Seorang wanita yang berpurdah dengan kemas memandangnya.
“Maafkan saya ya, saya dengar rumah ini kok perlukan
pembantu rumah. Iya benar?”
Loghat Indonesia yang agak tidak pekat.
“Ya. Tapi saya tak buat sebarang iklan pun” jawab
Luqman.
“Enggak apa. Saya tahu pun dari Cik Lulu. Dia yang
suruh saya bekerja di rumahnya tuan. Jaga ibunya sekali katanya”. Luqman
terdiam. Dia terus masuk ke dalam memanggil Lulu keluar.
“Adik ada upah pembantu rumah ni?’ soal Luqman. Lulu
mengangguk.
“Tapi baru cerita dengan Abang Fikri. Tak sangka
cepat betul Abang Fikri carikan”
Luqman terus
masuk ke dalam biliknya. Membiarkan Lulu menguruskan semuanya.
“Nama siapa ya?” soal Lulu.
“Nama saya Amy Hanissa Binti Kamal cik...” Amy
membuka purdahnya dan tersengih – sengih memandang Lulu. Hampir menjerit Lulu
di buatnya. Cepat – cepat Amy memberi isyarat agar Lulu diam.
“Kak Amy.... bila Kak Amy balik KL” bisik Lulu.
“Kelmarin. Kak Amy tinggal dengan kawan Kak Amy.
semua orang tak tahu Kak Amy di KL.Abang Fikri sahaja yang tahu. Lulu rahsiakan
terutamanya Abang Luqman dan papa. Juga Puan Kalsom” senyum Amy. Lulu
mengangguk – angguk faham. Dia terus menarik tangan Amy masuk ke dalam rumah.
“Abang.... turunlah!” jerit Lulu. Luqman turun.
“Ini namanya Sumanti anak Pak Joko Kerungginyo
tikunu” kata Lulu. Berkerut dahi Luqman mendengarnya.
“Ok.. panjang sangat. Panggil apa?” soal Luqman.
“Panggilnya titi saja bapak!” jawab Amy. Luqman
mengangguk dan tersenyum. Dia merenung mata Amy.
“Seperti mata Amy...” ujar Luqman perlahan. Walaupun
perlahan, ianya jelas didengari oleh Amy. Dia terkedu mendengarnya.
“Iya?. Siapa itu Amy . pacar bapak ya?” soal Amy.
“Tak mengapa. Saya rasa awak masuk kerja pukul 8
pagi dan habis kerja jam 6 petang. Tak perlu masak. Cuma mengemas dan menjaga
ibu kami” terang Luqman.
“Aku mencintaimu.... sayang” bisik Amy.
“Ya... Titi?” soal Luqman inginkan kepastian.
“Oh.. enggak apa – apa deh. Saya Cuma bersyukur.
Bapak bisa bertolak ansur dengan saya. Saya ngerti. Besok saya mulain kerjanya
ya!” kata Amy dan terus berlalu. Beberapa langkah, dia menoleh ke belakang.
Melihat Luqman yang sedang menutup pintu rumah. Rindunya terubat!.
Sebenarnya Amy ingin sekali bertemu dengan mak Biah,
jiji dan Lela. Tidak lupa juga Eric!. Dia Cuma boleh pergi ke Kafe Nice &
Delicious dengan berpurdah. Dalina yang menemaninya setiap kali dia mahu
keluar. Pernah sekali dia hampir terserempak dengan papanya yang kebeltulan
lalu di sebelahnya. Mujur waktu itu Dalina ke tandas.
Luqman
ingin ke Sarawak semula kerana ibunya sudah ada pembantu rumah yang boleh
menguruskannya. Dia mahu buat pengakuan. Dia mahu Amy tahu dialah bai dan Kasma!.
Dia tidak mahu Amy jatuh cinta dengan bai lebih lama lagi.
Amy memulakan kerjanya. Dia gembira apabila melihat
Luqman di dapur. Sedang menyediakan sarapan pagi buat ibunya. Amy yang
berseluar dan berbaju sedikit labuh itu menyapu lantai. Luqman bergenjak
sedikit untuk memudah Amy meneruskan kerja – kerjanya.
“Pak Luqman... bisa ke tepi sedikit engggak?” pinta
Amy. Luqman senyum dan terus ke hujung dapur. Manisnya senyuman Luqman.....
sengih Amy. dia sengaja menyapu di sebelah luqman.
“Bukan tadi dah sapu di sini Titi?” soal Luqman
“Oh... iya! Tidak perasan pula. Maafin saya ya?”
manja betul lenggok percakapan Amy. Luqman terus membancuh air buat ibunya dan
Lulu yang baru sahaja bangun.
“kalau hari ahad begini.. tak perlu datang. Saya dan
Lulu ada di rumah. Awak Cuma datang dari hari isnin hingga sabtu sahaja ya”
beritahu Luqman. Amy mengangguk – angguk faham.
“Ini sarapan untuk awak. Makanlah” pelawa Luqman.
Amy terus duduk di kerusi bersama – sama Luqman.
“Terima kasih beb” ucap Amy selamba. Luqman yang
sedang menuang air untuk Amy terus meletak teko ke bawah. Memandang Amy yang
hanya kelihatan matanya sahaja.
“Amy?” soal Luqman. Amy berpaling. Menggigit
bibirnya. Cuak!. Dia memandang Luqman semula. Berpura – pura tenang.
“Enggak! Saya Titi... tadi saya kata saya suka sama
baby” Amy ketawa sedikit. Luqman menghampiri Amy. memegang kain yang menutup
separuh dari wajahnya.dengan tangkas Amy memegang tangan Luqman.
“Enggak!!!! Enggak!!! Jangan lakukan ini pada saya
pak!. Saya ini masih suci!!” jerit Amy dan terus berlari keluar. Luqman
terpana.
“Astaghfirullahalazim... apa aku buat ni” Luqman
menekup mukanya. Lulu yang sudah pun bersiap berlari ke bawah dan sedikit panik apabila melihat Amy lari lintang pukang keluar dari rumah mereka. Amy terus
membuka tudungnya di dalam kereta. mencungap – cungapkerana berlari agak jauh ke
tempat keretanya di sorokkan. Amy tergamam dan akhirnya ketawa terkekeh – kekeh
apabila terkenangkan peristiwa tadi. Dia menampar – nampar bibirnya.
Amy kemudiannya pulang semula ke rumah Luqman. Dia memandang
Luqman yang menghampirinya dengan rasa bersalah.
“Maafkan saya Titi. Saya fikirkan awak isteri saya
tadi” kata Luqman. Tunduk.
“Iya dong!... saya fikirin apa tadi. Saya ingatkan
Pak Luqman mahu merogol saya!” usik Amy. terbeliak mata Luqman memandang Amy.
“tidak!. Saya ingatkann awak isteri saya tadi” jawab
Luqman. Lulu mengenyit mata memandang Amy.
“Iya..... bisa saja kalau Pak Luqman mahu menikahi
saya. Saya juga masih ganteng dan cantik, Pak Luqman”
“Bukan... saya sudah berkahwin. Harap awak jangan
salah faham ya Titi” terang Luqman.
“Loh... sudah married ya?. Tapi bisa saja jika mahu
tambah. Boleh sampai empat bukan?” Amy terdiam... apa yang aku merapu ni???????
“Eh... saya bercanda saja tadi. Lain kali jangan
dibukain kain ini. Kali ini saya ampunkan Pak Luqman. Tapi jangan diulangi ya?”
kata Amy. Luqman mengangguk.
“Isterinya Pak Luqman itu cantik enggak?” soal Amy.
Lulu menggeleng kepala. Kakak iparnya itu memang kepala gila – gila.
“Kamu rasa?” soal Luqman pula.
“Iya... mestilah cantik! Namanya saja sudah cantik.
Amy Hanissa. Kalau namanya cantik pasti orangnya grand banget!!” ketawa Amy.
Luqman agak keliru.
“Saya rasa saya tak pernah beritahu awak nama isteri
saya” ujar Luqman. Amy menelan air liur.
“Lulu beritahu dia, Abang Maman!” cepat – cepat
menyelamatkan keadaan. Amy menarik nafas
lega. Luqman mengangguk dan terus naik ke atas. Mengejutkan ibunya untuk
bersarapan.
“Kak Amy ni nak masuk jerat sendiri ke?. Over tau!”
sengih Lulu.
“Excited dik” senyum Amy. dia terus naik ke atas
untuk bertemu dengan Puan Kalsom. Hatinya berdebar – debar. Kecut perut!
“Ibu, ini pembantu rumah kita. Namya Titi. Dia akan
bantu ibu” beritahu Lulu.
Puan Kalsom memerhatikan Amy dari atas hingga ke
bawah. Dia merenung mata Amy. jantung Amy bagai dipalu. Tidak tahu apa reaksi
Puan Kalsom yang merupakan ibu mertuanya sendiri.
“Kalau Maman kahwin dengan dia pun tak mengapa.
Daripada kahwin dengan betina tu! Amy tak guna tu!” ujar Puan Kalsom dengan
nada marah. Tangan Amy menggeletar. Nampak gayanya Puan Kalsom masih
membencinya. Lulu menggenggam jari jemari Amy. menenangkan perasaannya.
“Apa khabar bu?” sapa Amy.
“Ya. Baik. Kamu turun buat kerja di bawah. Kalau
saya nak apa – apa saya panggil saja kamu. Oh ya, nanti tolong ikut Luqman
pergi pasar. Kasihan dia” arah Puan Kalsom.
“Ya.. bisa di atur ibu” Amy mengangguk faham.
“Tak perlu. Maman boleh pergi sendiri” kata Luqman.
Ala.... tak ada can lah nak berjalan dengan Luqman!.
Kalau dia kasi aku ikut mesti seronok.... rungut Amy. dia turun ke bawah.
Sebenarnya tidak banyak kerja yang boleh dia lakukan di rumah Luqman, semuanya
kemas dan teratur. Dia juga tidak perlu masak. Tugasnya membantu Puan Kalsom.
Dia duduk di bawah. Memicit – micit kaki Puan Kalsom.
“Kamu ni tak makan ke?. Kuat sikit!” tengking Puan
Kalsom. Amy mengeluh.
“Hai... mengeluh” jeling Puan Kalsom.
“Bukan bu.. ini ambil stamina untuk pernafasan!,
begini caranya untuk kekal awet muda. Ibu tarik nafas kemudia buat bunyi
mengeluh hmmmmm...hhmmmmmm” ajar Amy. main taram sahaja!. Puan kalsom seperti berminat. Dia menurut apa
yang di ajar oleh Amy sebentar tadi. Mahu tergelak Amy dibuatnya.
“Buat sampai berapa lama?” soal Puan Kalsom.
“Sampai hilang perangai buruk” jawab Amy selamba.
“Apa?”
“Tak ... sampai buang pernafasan dan sistem udara
yang teruk” jawab Amy . mengurut – ngurut dadanya.
“Anak saya kacak tak?” soal Puan Kalsom setelah lama
berdiam diri.
“Iya.. ganteng banget” jawab Amy.
“Itulah... saya tak suka sama isteri dia. Tapi
lantaklah.. mereka pun dah tak berjumpa. Mungkin dah bercerai” cerita Puan
Kalsom tanpa di minta. Amy menjeling. Geram, benar pula mendengar diirinya
dikutuk sebegitu rupa.
“Dengar cerita, isterinya itu cantik. Iya benar?”
soal Amy. Puan Kalsom mencebik.
“Memang cantik tapi saya tak suka sama dia. Sebab
dialah Luqman tak jadi berkahwin dengan AYu”
“Ayu itu pula siapa?” soal Amy. pandai berpura =
pura.
“Tunang Luqman dari kecil”
“Bisa ya ditunang – tunang waktu kecil. Mana bisa
Pak Luqman cintakan dia. Kok ibu tak kasihan sama Pak Luqman. Biarin saja dia
bahagia sama itu Amy” Amy mencelah.
“Huh! Daripada aku kahwinkan dia dengan Amy tu baik
aku kahwinkan dengan kamu!”
Tak apalah ibu.... Amy dan Titi orang yang sama..
kami tetap akan bersatu. Kalau ibu tak dapat terima saya sebagai Amy, saya akan
buat ibu terima saya sebagai Titi.... bisik hati kecil Amy.
***************************
Mak Biah menanti dengan penuh debaran. Dia di bawa
ke rumah sewa Amy yang berada agak jauh dari rumah Amy yang didudukinya sekarang.
Keluar sahaja sari kereta, Amy terus memeluknya dengan kuat. Amy menangis
teresak – esak.
“Amy rindukan Mak Biah!” Amy terus mencium pipi Mak
Biah berkali – kali. Qaseh juga memeluk Amy. melepaskan rindu kepada sahabat
dan juga merupakan bakal adik iparnya. Amy memimpin tangan Mak Biah masuk ke
dalam rumahnya.
Mak Biah menangis memandang sekeliling rumah itu.
Dalina hanya tersenyum memandang gelagat mereka berdua.
“Mak Biah tinggal di rumah Amy yang besar tapi Amy
sendiri tinggal di rumah yang kecil begini” Mak Biah mengusap rambut Amy.
“Mak Biah sihat?” soal Amy. masih tidak mahu
melepaskan genggaman tangannya.
“Qaseh jaga Mak Biah dengan baik. Dia seperti Amy
Cuma dia lebih matang. Amy lebih manja” Mak Biah memegang pipi Amy.
“Amy tinggal terus di sini?” soal Mak Biah.
“Kalau luqman ke Sarawak, Amy juga akan ke sana”
terang Amy. Mak Biah memeluk lagi tubuh Amy.
“Terima kasih jaga ‘mak’ aku dengan baik” ucap Amy.
Qaseh mengangguk dan tersenyum.
“Itulah kakak ipar yang baik” Amy menepuk punggung
Qaseh. Berderai tawa mereka semua. Dalina juga semakin mesra dengan Qaseh dan
mak Biah.
Setelah setengah hari mereka di sana, Amy meminta
diri untuk pulang. Dia perlu tidur awal. Mahu ke rumah Luqman untuk menjaga
‘ibu mertuanya’ yang banyak mkerenah itu. Banyak yang dipesan oleh Mak Biah.
Semuanya demi Amy. malam itu Amy tidur dengan senyuman. Kerinduannya terhadap
mak BIah terubat juga.
Puan Kalsom ingin menari poco – poco di halaman
rumahnya. dia meminta Amy mengajarnya memandangkan Amy warga Indonesia. Bagi
Puan kalsom, melihatkan tubuh Amy yang ramping itu sudah tentu Amy mengamalkan
senaman poco – poco yang begitu popular sekarang ini. Amy menggelabah. Tidak
pernah seumur hidupnya menari poco – poco. Amy berlari ke atas mendapatkan
lulu. Dia menepuk dahi. Terlupa bahawa Lulu sudah keluar untuk menonton wayang
bersama temannya.
Amy mengetuk pula pintu luqman. Beberapa ketika
Luqman membuka pintunya.
“Pak Luqman.... ibu Kalsom mahu menari poco – poco.
Saya enggak tahu deh. Bisa enggak Pak Luqman bantu saya?” soal Amy.
“Poco – poco?” soal luqman. Mengerutkan dahinya. Amy
mengangguk – angguk dengan laju. Dia mengintai ke dalam bilik luqman. Sangat
kemas. Amy tersenyum sendiri.
“Intai apa?” soal Luqman.
“Bilik sayanglah... ehhh... bilik Pak luqman lah”
jawab Amy. Luqman turun ke bawah. Mendapatkan Puan Kalsom yang sudah siap
dengan pakaian sukannya. Mahu tergelak Amy dibuatnya.
“Cepatlah!” jerkah Puan Kalsom.
“Aduh bu... mana bisa saya bikin itu poco – poco.
Saya enggak ngerti!” Amy menggru – garu kepala yang ditutupi tudung dengan
wajah yang ditutupi purdah.
“BIsa..bisa.. ingat ular?”
“iya.. kalau ular sudah lama saya patuk ibu ini”
selamba Amy menjawab. Luqman ketawa. Geli hati melihat telatah dua wanita di
hadapannya. Puan kalsom menggetap bibirnya. Angin satu badan!. Amy yang
menyedarinya cepat – cepat cuba memperbetulkan keadaan.
“Gini ya bu... badan ibu ini sudah cantik dan
ganteng. Enggak usah di poco – pocoin lagi. Nanti orang bilang ibu ini tidak
semulajadi cantik. Kalau ibu diam – diam saja nanti tetangga ibu akan bilang
ibu ini tidak poco – poco juga cantik!. Grand banget gitu!” pujuk Amy. Puan
Kalsom senyum lebar.
“Saya cantik ya Titi?” soal Puan Kalsom. Amy
memandang luqman. Anggukan Luqman itu membuatkan Amy tersenyum.
“Iya ... cantik gitu. Kalau dibanding Puan dengan
Lulu itu, orang akan bilang puan itu adik!” sengih Amy. Puan Kalsom ketawa dan
terus masuk ke dalam rumah. Luqman menghampiri Amy. Dia ketawa kecil.
“Titi.. terima kasih ya melayan kerenah ibu saya.
Lagi satu... kalau nak tipu pun agak – agaklah ya?. Kalau Cik Lulu dengar,
habis awak!” senyum Luqman.
“Baik sayang” jawab Amy dan terus pergi. Luqman
terpinga – pinga. Baginya mungkin Titi hanya bergurau. Kadangkala perangai Titi
ini mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang sangat dia cintai.....AMY
HANISSA!.
***************************
Amy memicit bahu Puan Kalsom. Dia semakin pandai
memicit. Diakui sendiri oleh Puan Kalsom. Luqman tersenyum – senyum memandang
ibunya yang sejak kebelakangan ini seperti bahagia sekali. Dia gemar berbual
walaupun Luqman tahu Tini tidak mampu melayannya.
“kahwin saja dengan Titi ini, Maman!” usul Puan
Kalsom. Luqman hanya membisu. Memandang kaca televisyen yang langsung tidak
menarik perhatiannya. Tidak mahu ambil kisah apa yang diutarakan oleh ibunya
sebentar tadi. Amy hanya memandang Luqman tanpa sepatah kata.
“Dengar tak?” soal Puan Kalsom berkali – kali.
“Maman mahu masuk bilik dulu, ibu” Luqman terus naik
ke biliknya. Jawapan selamat. Puan kalsom mengeluh. Amy yang masih memicit bahu
Puan kalsom. Dia menarik nafas dalam – dalam. Dia mahu Puan Kalsom menerimanya
sebagai Amy bukannya Titi. Nampaknya Puan Kalsom lebih rela bermenantukan
pembantu rumah berbanding dirinya yang jauh lebih baik.
“Saya mahu dia kahwin dengan orang lain. Bukan
dengan Amy tu!” bebel Puan kalsom. Amy mengangguk. Tiada apa yang boleh di
katakana.
“Kamu suka Luqman?” soal Puan Kalsom. Amy jadi serba
salah. Dia cepat – cepat mengangguk. Puan Kalsom tersenyum. Seperti ada agenda
yang ingin dilancarkan.
Hujan turun dengan lebat. Langit kelihatan gelap
seperti waktu senja. Waktu Amy untuk pulang sudah tiba masanya. Puan kalsom
tidur lena di atas. Cuma Luqman sahaja yang ada di bawah.
“Mahu saya hantarkan?” soal Luqman.
“Enggak usah repot – repot. Saya bisa pergi selepas
hujan ini berhenti Pak Luqman” jawab Amy. duduk menahan kesejukan. Luqman agak
bersimpati.
“Kalau mahu tidur sini pun tak mengapa. Awak tidur
dengan Lulu” cadang Luqman. Amy merenung Luqman yang berada tidak jauh
daripadanya. Nak mampus!!!!. Lekas – lekas Amy menggeleng. Menolak mentah –
mentah cadangan Luqman itu.
“Enggak mau Pak Luqman. Nanti bikin repot saja. Saya
juga malu!” Amy memberi alasan yang agak tidak releven. Luqman ketawa.
“Bukannya awak tidur dengan saya tapi dengan Lulu”
duga Luqman. Amy menjeling. Luqman seperti mahu jual minyak. Takkan dia pula
dah jatuh cinta dengan Titi?. Ini buat aku marah ni!!!!!.... Amy terus ke
dapur.
“Awak ni kenapa Titi?. Tiba – tiba macam marah
dengan saya?. Ada benda yang saya cakap menyinggung perasaan awak ke?” soal
Luqman. Duduk berhadapan dengan Amy. tiada jawapan yang dapat diberikan.
“Saya pulang dulu ya, Pak Luqman. Ubatnya Puan sudah
di beri” Amy terus keluar dalam keadaan hujan lebat. Bajunya basah kuyup. Dia
terus memandu pulang ke rumah. Setibanya dia di rumah mulutnya mengomel tidak
henti – henti. Dalina yang sedang menghirup milo panas memandang Amy
kehairanan.
“Amy kenapa?” soal Dalina. Memeluk kakinya menahan
kesejukan. Amy duduk dengan baju yang basah.
“Lina tahu tak?. Luqman seperti sudah jatuh cinta
dengan Titi!. Senyuman dia bukan main manis lagi. Kalah gula batu” rungut Amy.
dia membuang tudung dan purdahnya ke tepi.
“Amy rasa, begitu juga perasaan dia bila Amy kata
jatuh cinta dengan bai dulu. Ingat tak?” soal Dalina. Amy membisu. Ada benarnya
juga kata – kata Dalina itu. Amy mengeluh panjang. Semuanya semakin kelam
kabut. Kusut!.
“Esok Amy tak mahu bercakap dengan Luqman.
Menyampah!” cebik Amy. Dalina ketawa. Yang pasti, dia langsung tidak
mempercayai kata – kata Amy itu. Lutut Amy akan longlai bila berhadapan dengan
Luqman.
“Dah.. pergi mandi. Nanti kita makan malam bersama”
suruh Dalina. Amy bangun dan mulutnya mengomel lagi. Sakit hati!!!!.
*****************************
Amy mengintai – ngintai bilik Luqman. Nampaknya
Luqman sudah keluar. Dia masuk sebentar memandangkan Puan Kalsom sudah pun
tidur. Baju Luqman yang sudah dilipat di susunnya di dalam almari. Amy
terpandangkan sehelai baju yang baru sahaja dipakai oleh Luqman tadi. Luqman
menyidainya di kayu penyidai.
Amy duduk di katil sambil memeluk baju Luqman itu.
Dia mencium baju Luqman untuk melepaskan rindunya. Amy kemudiannya terus baring
di katil Luqman. Memeluk bantal yang dipeluk Luqman setiap malam. Mencium
bantal kepala Luqman. Macam orang gila!. Amy berguling – guling dikatil yang
sememangnya sentiasa kemas itu.
Amy meniarap pula. Sambil tersenyum mencium baju
Luqman dengan penuh rasa bahagia.
“Awak buat apa dengan baju saya tu Titi?” soal
Luqman dari muka pintu. Amy terkejut. Baju yang dipegangnya itu terus
terpelanting.
“Saya kok nyusun baju – bajunya” Amy membetulkan
bajunya. Luqman mengangkat kening.
“Susun baju di almari bukannya di katil. Cium baju
saya pula tu” Luqman pelik!.
“Oh... itu..itu itu untuk ubatin sakit saya, Pak
Luqman!” sengih Amy.
“Sakit apa?” soal Luqman lagi.
“Sakitnya kencing enggak lawas pak!” jawab Amy
spontan. Luqman ketawa.
“Saya tak tahu pula baju saya tu boleh ubat sakit
kencing tak lawas”
“Bisa saja pak!... itu namanya kok aromateraphy..
bisa untuk kencing enggak lawas. Gaya saya” sengih Amy lagi. Apa yang kau
mengarut ni Amy.. banyak lagi penyakit yang kau boleh cakap.. Amy membebel
sendiri.
“Tak apa, awak boleh keluar. Terima kasih susunkan
baju – baju saya” senyum Luqman. Amy terus keluar. Dia mengetuk – ngetuk
kepalanya sendiri. Belum sempat dia menuruni anak tangga, Puan Kalsom
memanggilnya. Amy masuk ke dalam bilik Puan Kalsom. Terkejut melihat Puan
Kalsom yang tergapai – gapai tangannya.
“Saya pening Titi. Saya tak bileh bangun. Saya
terbuang air kecil disini” ujar Puan Klasom. Sakit darah tingginya kembali. Dia
yang sudah mahu pitam mencapai tangan Amy.
“Tunngu ya, saya panggilkan Pak Luqman” Amy terus
berlari ke bilik Luqman.
Luqman terus memangku Puan Kalsom. Menguruskannya
bersama – sama Amy. tanpa rasa jijik, Amy terus membersihkan air kencing dan
menyalin pakaian Puan Kalsom. Luqman agak tersentuh hatinya melihat keikhlasan
Amy menguruskan ibunya sendiri. Setelah membersihkan pakaian Puan Kalsom,
mereka berdua membawanya ke hospital.
Setelah menerima rawatan, Amy menghampiri Puan
Kalsom yang masih tidur. Amy mengusap – ngusap kepala ibu mertuanya sendiri.
Luqman memandang dari jauh. Dia tersenyum sendiri.
“Awak sangat baik hati ya?” tegur Luqman.
Amy tersentak. Dia segera bangun. Memperbetulkan
tudungnya yang agak senget.
“Oh.. enggak apa – apa. Saya memang sayang benar
dengan ibu Kalsom.”
“Baliklah. Saya akan jagakan ibu saya. Nak saya
hantarkan?’ soal Luqman . Amy cepat – cepat menggeleng.
“Saya bisa naik teksi” ujar Amy sebelum pergi dari
situ. Luqman tersenyum. Memandang Amy sehingga jauh dari pandangan matanya.
Luqman termenung seketika. kadangkala dia dapat merasakan aura Amy pada diri Titi tetapi dia cepat - cepat menafikannya. yang dia tahu, dia amat merindui AMy. mungkin sebab itu dia selalu terfikirkan bahawa pembantu rumahnya itu isterinya sendiri.
Thanks kak aisa huhu best senyum sorg2 nie lepas luqman mnyamr amy plak heheheheh mcm2 ragam huhuhu terubat rindu lya kat dieorg huhuhuhu thanks sesangat akk =)
ReplyDeletesama2.. terima kasih lya sbb
Deleteselalu baca TKB ni :)
jasamu di kenang chewahhhhhhh ...
mak lukman ni sibuk nk kawen kan anak dia......susah2 puan kalsom jelah yg kawen.baru la xbz body sal ank dia.hahahah
ReplyDeletehahaha... cik jah, awak buat saya ketawa lagi.. i likee
Deletea'ah.. ye, nikahkan saja dia. nak nikahkan ngan
saper yek?.. pak mail botak atau pak komeng kengkang hihih
tq baca yek..