Saturday, 1 September 2012

TERIMA KASIH BEB - bab 19


BAB 19


 Amy keluar dari keretanya. Tanpa memakai pakaian ala titi, dia terus masuk ke dalam restoran makanan segera. Dalina teringin sekali makan sup cendawan tetapi malas untuk keluar rumah. Amy yang kebetulan mahu membeli sedikit barang keperluannya, dengan rela hati membelikan Dalina makanan yang sudah beberapa kali disebut sejak dua tiga hari yang lepas.

“Amy..” panggil seseorang. Amy menoleh. Dia mengeluh panjang.

“Sayang dengar dulu apa abang nak kata” pinta Hady.

‘Jangan panggil aku sayang dan jangan panggil diri kau abang lagi” jeling Amy.

“Bagi abang satu peluang saja lagi. Abang akan buktikan pada Amy yang abang mampu jadi suami yang baik!” rayu Hady. Amy memandang sekeliling.

“Kau tak bahagia dengan Nafisah ke?” soal Amy.

“Abang dah bercerai” jawab Hady. Amy sedikit terkejut. Timbul rasa simpati buat Hady.

“Dah tu.. kau boleh cari wanita lain untuk menggantikan dia” nada Amy semakin perlahan. Memandangkan wajah Hady, hatinya menjadi sayu.

“Hady, aku sudah berkahwin. Tidak mungkin untuk aku terima kau kembali” pujuk Amy pula.

“Tapi Amy dah tak bersama lagi. Juga hampir bercerai. Abang ada terjumpa papa kelmarin. Dia cerita segalanya” terang Hady. Amy menelan air liurnya.

“Kau ada beritahu papa aku ada di sini?” soal Amy. agak risau jika rahsianya pecah. Hady menggeleng.

“Abang tahu Amy tidak mahu papa tahu. Fikri dah beri amaran pada abang masa abang tanyakan soal Amy tempoh hari” monyok sahaja wajahnya. Amy tersenyum. Fikri sentiasa melindunginya.

“Beginilah.... aku maafkan segala kesalahan kau, Hady tapi berhentilah dari terus mencari aku” lembut tutur kata Amy.

“Maafkan abang. Abang akan terus berusaha mencintaimu sayang” kata Hady sebellum berlalu meninggalkan Amy. terpana Amy seketika.

“Luqman telah mengaburi mataku daripada memandang kau lagi, Hady. Jika kau tahu... namamu sudah pun aku usir jauh dari lubuk hatiku. Tidak mungkin ada lagi ‘Hady’ di dalam hati dan hidupku lagi.....” Amy mengeluh.

Bukannya dia tidak kasihan Hady tetapi dia tahu Luqman adalah segala – galanya. Amy hanya mampu berdoa agar Hady bertemu dengan wanita yang lebih baik dari Nafisah.


                            ************************************


Encik Johan terkejut besar apabila mendapat panggilan dari Dato Kamal. Terketar – ketar bibirnya mencari helah.

“Aku nak datang rumah kamu lusa” beritahu Dato Kamal. Encik Johan membisu.

“Kamu dengar tak ni?” soal Dato Kamal.

“Ya..ya... mestilah aku dengar. Datanglah tapi kalau minggu depan lagi bagus” mencari helah.

“Kenapa pula?” soal Dato Kamal.

“Aku tiada di rumah. Kami bercuti di Sandakan, sabah”

“Baiklah aku datang selasa minggu depan” Dato Kamal agak serius. Ganggang telefon diletak.
 Encik Johan mengurut – ngurut dadanya. Gibran dipanggil ke biliknya.

“Apa ayah?.. mampus kita!” Gibran menepuk dahi.

“Mampus?.. jangan mampus dulu... tolong ayah ambil mereka dari KL. Ayah tak harap mereka pulang sendiri. Pergi secepat mungkin” arah Encik Johan.

Dengan segera Gibran terus membuat tempahan tiket kapal terbang. Dia perlu membawa Amy dan Dalina pulang dengan segera.


Pintu rumah Amy dan Dalina diketuk. Hujan yang lebat membuatkan sebahagian baju Gibran basah kuyup. Terkejut Amy dan Dalina melihat Gibran yang tersengih – sengih memandang mereka berdua.

“Suprise...” jerit Gibran. Dalina melonjak gembira dan terus menarik tubuh abangnya masuk ke dalam rumah. Gibran disuruh membersihkan diri sebelum makan bersama – sama mereka.  Setelah bersiap dengan t-shirt dan berseluar panjang, Gibran duduk di ruang tamu. Hidungnya kembang kuncup menghidu aroma yang pernah dirasanya dahulu.

“Macam kari daging....”

“Suprise!!” Luqman menjerit dan keluar dari dapur, Gibran ketawa besar. Dia terus memeluk tubuh Luqman dan ditampar – tamparnya pipi Luqman. Kemudian Gibran berhenti. Memandang keliru.

“Kau dan Amy dah tahu??” soal Gibran.

“Jangan tampar abang bai saya ni..” senyum Amy. Gibran ketawa.

“Senang sikit hidup aku ni. Aku dah malas nak beli baju dalam untuk makcik Kasma lagi” jeling Gibran. Luqman ketawa. Teringat kenangan dia dan  Gibran di Sarawak.

Gibran belum mahu buka mulut tentang kehadirannya di Kuala Lumpur. Dia mahu makan dengan puas masakan Luqman. Dia makan dengan berselera sekali.

“Amy... kau pun kena masak. Bukan suruh suami sahaja yang masak” nasihat Gibran.

“nanti jadi macam Kak Nora. Tak pandai masak. Abang ni nasib baik jenis lelaki baik tau” bebelnya lagi.

‘Tak sempat nak belajar masak dengan Luqman. Tapi goreng telur pun Luqman kata sedap” jujur Amy. berderai tawa mereka semua.

“Kenapa Luqman, kalau Amy goreng telur rasa ayam kfc ke?” perli Gibran. Luqman Cuma senyum memandang Amy yang sudah pun muncung mulutnya.

“Apa saja yang dimasak Amy sedap” puji Luqman. Amy tersenyum. Gibran masih ketawa. Selesai makan malam mereka semua duduk diruang tamu.

“Nak cakap sikit ni” Gibran memulakan bicara.

“Uncle Kamal nak datang Kuching selasa depan”

Terbeliak mata mereka semua. Amy menggenggam tangan Luqman. Dipandangnya wajah Luqman yang kelihatan tenang itu.

“Nak atau tidak, kamu berdua mesti ke Kuching sebelum hari Ahad”  terang Gibran.

“tak perlu” kata Luqman. Amy merenungnya tanpa kepastian.

“Aku akan bawa Amy berjuma dengannya esok. Aku tak mahu hidup seperti pesalah lagi. Lari sana sini. Menyamar macam orang gila” kata – kata Luqman itu memeranjatkan semua orang. Gibran mengangguk.

“Aku rasa pun bagus begitu” sokong Gibran.

“Nanti ayah mesti teruk kena dengan uncle” Dalina gusar.

“Sebenarnya ayah lebih suka jika Amy dan Luqman berterus terang. Ayah suruh pulang ke Kuching kerana ayah fikir mungkin kamu berduan masih belum bersedia”

“Jangan risau... kita akan laluinya bersama” Luqman mencium dahi Amy.

Amy terlalu takut jika papanya akan lakukan perkara yang tidak elok kepada Luqman. Dato Kamal bukannya boleh dibuat main. Amy sendiri sampai sekarang tidak faham mengapa sikap papanya yang dulu amat sukakan Luqman berubah sama sekali. Dia seakan – akan amat membenci Luqman. Walhal dulu dia yang mengizinkan mereka berdua bercinta dan menyayangi satu sama lain.

Amy memandang wajah Luqman yang sedang nyenyak tidur. Wajahnya yang tenang itu mendamaikan perasaan Amy..

Amy mengusap rambut Luqman dengan senyuman. Sayang.... Amy akan bersamamu ketika apa jua keadaan. Amy cintakan dirimu itu luar dan dalam. Kasih sayang abang sentiasa membuatkan Amy rasa mewah. Tidak kurang walau sedikit pun..
Apa jua badai yang melanda kita harungi bersama....... sehingga akhir hayat kita, sayang... Amy terus mengucup dahi Luqman. Air matanya gugur. Amy terus memeluk Luqman sehingga dia terlena. Menanti hari esok yang pastinya penuh debar.


                                  ******************

“Boleh saya berjumpa dengan Dato Kamal?” soal Luqman pada setiausaha Dato Kamal yang tersenyum manis memandang anak majikannya yang sibuk menggenggam tangan Luqman.

“Dato sedang berbincang dengan Encik Fikri. Nanti saya tanyakan” setiaisaha Dato Kamal terus menghubunginya. Tidak sampai berapa minit Fikri keluar mendapatkan Luqman.

“Kau dah gila Luqman?. Kau nak papa aku terajang kau dari bilik dia hingga ke tangga?” soal Fikri. Luqman membisu. Matanya meboleh ke arah Dato Kamal yang baru sahaja keluar dari biliknya.

“Papa.. kita bincang di dalam” Fikri menarik tangan Dato Kamal masuk ke dalam biliknya semula. Amy dan Luqman mengekori dari belakang. Dato Kamal merenung Amy dan Luqman dengan pandangan yang sangat tajam.

“Maafkan saya papa. Saya dan Amy minta restu papa agar kami boleh hidup bahagia bersama” tutur Luqman dengan lembut. Tidak mahu mengundang rasa sakit hati di dalam hati mertuanya.

“Aku takkan restu dia dan kamu!. Ceraikan dia!. Berapa saja aku akan bayar pada kamu, Luqman!” tengking Dato Kamal. Amy memegang tangan Dato Kamal.

“Amy cintakan Luqman, papa!. Dia suami amy. papa kata mahu lihat Amy bahagia. Hanya dia yang mampu membahagiakan Amy” rayu Amy. Dato Kamal berpaling. Tidak mahu memandang wajah Amy.

“Dia tak layak untuk kamu. Kamu tidak sepatutnya berkahwin” ujar Dato Kamal.

“Saya tahu saya tak punya harta yang banyak seperti papa tapi saya berjanji akan beri apa saja yang Amy mahu”

“Kau tak boleh beri apa yang Amy mahu!”

“Harta?” soal Luqman. Fikri menggigit kuku di sofa. Takut dengan situasi yang agak tegang ketika ini.
“Maruah!” jegil Dato Kamal. Dahi Luqman berkerut.

“Walau saya tak punya harta yang banyak tetapi saya masih punya maruah” ujar Luqman.

“Kamu tak punya maruah kalau kamu itu sendiri anak luar nikah!” tengking Dato Kamal. Seluruh bilik itu menjadi sunyi. Luqman terdiam. Amy memandang Luqman. Fikri terbangun dari sofa.

“Boleh jika Dato memukul atau membunuh saya tetapi jangan Dato memfitnah ibu bapa saya sebegini” mata Luqman mula mengecil. Ada rasa geram di dalam hatinya.

“Siapa tak kenal Som Sammy pekerja kelab malam yang terkenal suatu masa dulu?” cebik Dato kamal. Luqman masih mahu mendengar.

“Sebelum dia berkahwin dengan ayah kamu, dia dah pun hamil. Semua orang tahu yang ayah kamu tu jadi pak sanggup pada adik angkatnya sendiri. Lepas berkahwin dengan ayah kamu dia terus senyap. Hinggalah suatu hari aku terserempak dengan dia dan kamu di sebuah restoran masa mula – mula kamu bercinta dengan Amy dulu. Aku tak mahu bertegur sapa dengan perempuan itu apatah lagi berbesan dengannya” Dato Kamal merenung Luqman.

“Mungkin itu dosa silam ibu saya tapi walau apa sekalipun Amy tetap isteri saya dan saya akan tetap menjadi suaminya dunia dan akhirat. Jangan fitnah ibu saya seperti itu lagi” Luqman menarik tangan Amy tetapi di halang oleh Dato Kamal.

“Lepaskan anak aku dari tangan kamu yang kotor itu dan dari ikatan perkahwinan yang tidak mungkin akan bahagia itu!”

Amy memandang Luqman. Seolah – olah merayu agar Luqman tidak terus bertelagah dengan papanya sendiri. Perlahan – lahan Luqman melepaskan genggaman tangannya dan terus keluar dari bilik Dato Kamal.

“Papa tak boleh jatuhkan maruahnya sebegitu rupa” Fikri mula bersuara.

“Diam!. Bawa adik kamu balik ke rumah kita” arah Dato Kamal. Fikri memimpin Amy yang masih menangis keluar dari bilik Dato Kamal.

Qaseh agak terkejut melihat Fikri memapah Amy yang sudah pun longlai. Tidak berdaya kerana dia pasti akan kehilangan Luqman. Dia tahu Luqman pasti sangat kecewa. Dia juga kecewa. Papanya seperti batu. Tak boleh dilembutkan dengan mudah.


Luqman datang ke rumah Pak Ngah Lemannya dengan muka yang merah padam. Pak Ngah Leman hanya merenungnya. Menunggu perkataan pertama yang keluar dari mulut Luqman yang masih terkunci itu.

“Betulkan Maman ni anak luar nikah?” soal Luqman. Memandang wajah Pak Ngah Leman yang agak terkejut.

“Siapa yang cakap begitu?” soal Pak Ngah Leman kembali.

“Dato Kamal, ayah Amy” jawab Luqman. Pak Ngah Leman termenung seketika.

“Dah lama Pak Ngah nak tanya pada Amy tapi tak berkesempatan. Siapa nama bapa Dato Kamal?” soal Pak Ngah Leman lagi. Dahinya sedikit berkerut.

“Dato Kamal bin Zain”

Pak Ngah leman tersenyum. Bagai ada makna di sebalik senyumannya itu. Sesekali dia mengangguk – angguk.

“Dia fikir kamu itu abang kandung Amy” jawab pak NGah Leman. Kali ini Luqman terkejut besar. Bagai tak percaya apa yang didengarinya itu.

“maman adalah anak sah adik Pak Ngah dengan Kalsom. Kandungan yang haram itu gugur sebaik sahaja 2 minggu mereka berkahwin. Dato Kamal takut dengan bayang bayangnya sendiri.

“Maksud Pak Ngah, Dato Kamal ada hubungan sulit dengan ibu dulu?”

Pak Ngah Leman mengangguk. Dia ketawa sedikit.

“Siapa tak kenal belangkas Som Sammy dengan Kamal Zain ?”

“Semua orang tahu. Ayah kandung kamu tu terlalu baik. Terima adik angkatnya yang dah hamil luar nikah dengan rela hati walaupun kena cemuh dengan jiran tetangga” cerita Pak Ngah Leman lagi.

Luqman menarik nafas dalam – dalam. Fikirannya sudah berkecamuk.

“Sebab itu aku benci ibu kamu. Ayah kamu meninggal tak sampai 4 bulan dia dah kahwin lain. Aku memang sakit hati dengan dia. Tapi ingat Maman, walau seteruk mana Si Som tu, dia tetap ibu kamu. Hormati dia walaupun kamu tahu kisah silamnya itu” nasihat Pak Ngah Leman. Luqman menggosok – gosok wajahnya. Otaknya juga bagai mahu pecah. Mana mahu mendapat restu Dato Kamal dan ibunya ... mana lagi nak menghadap cerita baru di dalam hidupnya. Semuanya itu membuatkan Luqman bagai dihempap seketul batu yang besar. Sambil menghirup kopi panas Pak Ngah Leman memandang Luqman yang sudah serabut fikirannya.

“Selepas bayi luar nikah itu gugur, ibu dan ayah kamu ambil masa lima tahun sebelum dapat kamu. Pada waktu itu Dato kamal tu sudah punya anak seorang. Dia kaya kerana berkahwin dengan anak tunggal jutawan kayu balak. Kemudian dia yang pandai berniaga kembangkan duit itu sampailah dia ada hotel besar sekarang ni kan?” soal Pak Ngah Leman.

“Entahlah Pak Ngah, maman tak pernah ambil tahu pasal harta benda Dato kamal tu. Yang Maman mahu harta dia yang seorang tu.. Amy.” luah Luqman.

Pak Ngah Leman menepuk bahu luqman berkali – kali.

“Dengar sini. Sabar itu kunci pada kejayaan. Jangan bersikap kurang ajar dengan ayah Amy tu” senyum Pak Ngah Leman. Luqman memandang Pak Ngah Leman yang tersengih – sengih memandangnya.

Malam itu Luqman bermalam di rumah Pak Ngah Leman. Mahu menguraikan kekusutan di kepalanya buat seketika. Agar semuanya akan memberinya sedikit kekuatan

                                         *****************

“Kamu dah buat salah dengan aku!” bentak Dato Kamal. Encik Johan yang baru tiba dari Kuching tersentak seketika. Gibran merenung geram wajah tua Dato kamal yang nampak bengis.

“Aku buat demi kebaikan mereka. Mereka dah berkahwin, Kamal” celah Encik Johan.

“Aku sahaja yang tahu baik buruk masa depan anak aku”

“Jangan cakap macam orang tak punya akal Kamal. Aku tak faham mengapa kamu benci sangat dengan Luqman. Aku tengok budak tu baik sangat. Sanggup buat apa saja demi Amy” lantang Encik Johan bersuara. Dia sudah tidak peduli.

Selama ini dia banyak beralah apabila berbicara ataupun berurusan dengan Dato Kamal. Tetapi kali ini tidak!. Kasih sayangnya pada Amy mengatasi rasa takutnya selama ini.Gibran suka akan tidakan ayahnya itu.

“Itu anak aku. Bukannya anak kamu. Minta tolong pun tak boleh harap” dato Kamal memandang ke luar tingkap.

“Amy tak bernasib baik punya papa macam kamu, Kamal. Dulu, tak salah aku, kamu bukan main puji Luqman itu baik dari Hady dan macam2 lagi. Sekarang ni kamu benci dia macam dia tu musuh ketat kamu”

Dato Kamal berpaling. Kemudian duduk pula di sofa. Gibran yang duduk bertentangan dengan Dato kamal mengalihkan pandangannya. Malas mahu menatap wajah tua yang nampak bengis lagi menyeramkan itu.

“Mana Amy sekarang ni?’ soal Encik Johan.

“Aku kurung di rumah aku. Dia lebih layak duduk di rumah seperti tu bukannya rumah kecil seperti yang dia duduk bersama Lina” jeling Dato Kamal.

“Hidup di sangkar emas. Mewah tapi tiada kebebasan dan kebahagiaan” perli Encik Johan.

“Mari kita balik Gibran. Bawa dalina pulang ke Sarawak”Encik Johan mencuit bahu Gibran. Mereka berdua keluar dari pejabat Dato Kamal dengan hati yang memebengkak.

Hati orang tua itu sangat keras. Encik Johan mula terfikir mengapa Luqman itu dibenci sedemikian rupa oleh Dato Kamal. Pasti ada rahsia yang tersembunyi. Yang pasti, jika Amy lari ke Sarawak, dia akan sorok anak orang kaya itu hingga habis wang ringgit mencarinya.

8 comments:

  1. Huaaa ape da jadi nie sian amy gn luqman tidakkkkkkkkkk jgnlh mereke bercerai huhuhu sedihnyerrr ceptlah peselisihn nie abess x sanggop eden bace berair da mate eden nie cam air terjun huhuhuhu....
    Pape pon best la kak aisa btul2 wat lya nanges huhuhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. simpan sikit air mata lya utk next n3 hihi

      Delete
  2. e'eleh encik kamal nie.....sendiri xde maruah nk tuduh org len.tp serious nme som sammy 2 lwk giler as pompuan klb mlm.hahahahah.....nme cam tom yam som je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha....
      cik jah.. nasib baik saya letak sammy
      mula2 ingat nak bubuh nama som som
      nanti macam nama kuih lak (bubur som som)
      saya ketawa dekat 12 saat tadi baca komen awak!
      tq

      Delete
  3. nak baca next entry please...sambung...ya..ya..ya..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kalam cinta (sedap nama :)),
      ok... hari ni saya akan masukkan n3 baru
      khas untuk awak dan pembaca lain
      limited edition ni tau... hihihih
      terima kasih sudi baca yek ;)

      Delete
  4. Fuh, mencabar betul perjalanan hidup amy n luqman ni...
    Luqman seorang yg tinggi tahap kesabarannya
    Amy seorang yg penuh dgn rasa cinta
    Cian Amy n luqman. Bersabarlah korang berdua... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shiroe Sherry..
      lama tak nampak awak! (macam pernah nampak hehehe)
      kalau kat fb saya dah 'like' komen awak..
      tq baca...
      teruskan baca bab2 yang lain ya :)
      selamat bercuti :)

      Delete