BAB 1
Ireen
terseyum simpul memandang lelaki di hadapannya itu. Sesekali dia mengerling ke
arah Nani yang leka mendengar penerangan lelaki tadi dengan penuh khusyuk.
Eleh, entah – entah dia pun sama.. buat – buat khusyuk konon.. bisik hati kecil
Ireen.
“Kau tengah khusyuk dengar ke atau kau tengah
berangan dengan pensyarah baru kita tu” bisik Ireen. Nani menoleh memandang
Ireen yang tersengih – sengih.
“Kau ingat aku ni macam dalam novel ke?. Nak yang
hensem – hensem je?” soal Nani.
“Tapi dia hensem kan” soal Ireen. Dia langsung tidak
mendengar penerangan yang di sampaikan oleh Encik Irfan.
“Kau tahu tak, nama aku Ireen, nama dia Irfan. Kena
saja kan kalau kahwin hihih” sengih Irenn.
“Puteri Ireen!” jerit Irfan. Terkejut beruk Ireen
mendengar namanya di panggil dengan kuat sebegitu. Dia terbangun dari tempat
duduknya.
“Ini semester akhir awak. Awak nak ulang semester?”
soal Encik Irfan. Ireen menelan air liur. Dia menggeleng. Irfan menghampiri
Ireen dan Nani.
“Apa yang awak bualkan?. Mungkin awak nak berkongsi
dengan semua yang ada di sini?” soal Irfan kepada Nani. Ireen membulatkan anak
matanya kepada Nani. Dia menggeleng – geleng.
“Hmmm.. kami cerita pasal...pasal... cerita
pokemon!” hentam Ireen. Mereka yang ada di dewan kuliah ketawa besar.
“Reaksi muka awak tak macam cerita pasal pokemon
pun. Cakap Nani, apa yang seronok sangat Ireen cerita sampai tersengih – sengih
begitu?” soal Irfan.
“Nak kena cakap juga ke Encik Irfan. Nanti ada yang
malu. Encik Irfan pun” kata Nani. Irfan mengerutkan keningnya.
“Cakap saja” kata Irfan dengan tegas. Ireen menutup
mukanya dengan buku rujukan.
“Ireen cakap Encik Irfan hensem. Nama Encik Irfan,
Irfan dan namanya Ireen sesuai kalau berkahwin” terang Nani. Muka Ireen merah
padam. Irfan hanya memandang Ireen sebentar dan terus ke mejanya.
“Itu saja buat hari ini. Pastikan assignment di
hantar selewat – lewatnya minggu hadapan” kata Irfan. Semua penuntut bersurai.
Ireen memandang Nani dengan pandangan yang tajam.
“Tak boleh harap betullah kau ni” marah Ireen. Nani
diam.
“Kau cakaplah aku cerita pasal sembahyang terawih
tahun depan ke, aku ajak kau mengaji ke?” bebel Ireen.
“Mak aku tak kasi aku tipu!” jawab Nani. Ireen
menepuk dahinya. Dia menoleh ke arah Irfan yang baru melangkah keluar dari
dewan kuliah. Ireen terus ke keretanya. Dia masih sakit hati dengan Nani yang
hanya membisu dari tadi. Rasa bersalah.
“Ha... tak payah nak rasa bersalah sangat. Jom aku
belanja kau makan. Aku lapar ni” ajak Ireen.
“Kau tak marah aku?” soal Nani.
“Marah!” jawab Ireen dan terus memandu keluar dari
kolejnya. Ireen berhenti di sebuah restoran. Dia menyuruh Nani keluar dahulu
dan memesan makanan kegemaran buatnya. Dia mahu ke farmasi yang terletak tidak
jauh dari situ. Setelah membeli sebotol krim
vitamin E, Ireen terus mencari – cari Nani. Langkahnya terhenti apabila
melihat Nani duduk di hadapan Irfan. Mereka berdua rancak berbual. Kenapalah
minah ni bingai sangat!. Tak ada tempat lain ke yang dia nak duduk?.. bebelnya
sendirian. Mahu atau tidak, Ireen terpaksa menghampiri Irfan dan Nani.
“Ha Ireen, duduklah. Kenapa muka awak pucat begini?.
Tak makan lagi?” soal Irfan. Ireen hanya tersenyum. Cuba memberikan senyuman
semanis yang boleh walaupun bibirnya sedikit terketar – ketar.
“Ni, aku dah pesan nasi goreng ikan masin kau” kata
Nani. Ireen hanya tunduk ke bawah.
Dia tak sanggup memandang Irfan.
“Kalau nasi goreng kampung, ada letak apa ya?” soal
Irfan kepada Ireen.
“Errr... ada letak.. er... er... sotong bilis!”
jawab Ireen. Irfan mengerut kening. Nani mahu ketawa.
“Kau ni biar betul?” soal Nani. Ireen menggaru –
garu kepalanya.
“Eh.. bukan.. kerang bilis! Eh.. apa aku ni! apa
bilis?” soalnya kepada Nani. Irfan tersenyum.
“Kau ni...mana pula datang sotong bilis?” soal Nani.
“Ala.. bilis.. bilis...er.. ketam bilis?... ala apa
aku ni!” Ireen semakin menggelabah. Irfan ketawa kecil.
“Ikan bilis, Ireen” celah Irfan.
“Haa... ya lah! Ikan bilis” sengih Ireen. Nani
ketawa besar .
“Dia kalau depan lelaki kacak memang Parkinson
sikit” kata Nani. Ireen menjeling tajam. Nani menutup mulutnya.
“Tak apalah, saya pergi dulu ya?” Irfan berdiri
untuk beredar pergi.
“Terima kasih Encik Irfan belanja kami makan” ucap
Nani. Ireen hanya tersenyum. Irfan ketawa kecil dan meninggalkan mereka berdua
di situ.
“Bukan main nuclear mulut kau yek!” marah Ireen.
Nani hanya ketawa.
“Kau ni menggelabah tak tentu pasal kenapa?” soal
Nani. Dia memgang tangan Ireen yang masih sejuk. Selalunya Ireen tidak begini.
Ramai lelaki yang kacak mendekatinya tetapi kali ini dia amat gementar. Dia
tidak pernah duduk atau berdiri dalam jarak yang dekat dengan Irfan. Selalunya
selepas tamat kuliah Irfan akan terus ke
biliknya. Kali pertama melihat Irfan sebegini hampir membuatkan Ireen jadi
tidak tentu hala.
“Kau tahu tak, kalau nobita bertembung dengan giant
pun tak segelabah ni” cebik Nani. Ireen menelan air liur. Tak dapat diceritakan
bagaimana menggelegaknya perasaannya ketika ini. Memandang panahan mata Irfan
tadi sudah cukup membuatkan dirinya tidak dapat merasa gravity yang menarik
kakinya dari terapung – apung di awangan. Dia sudah pun melayang - layang seperti layang – layang yang terputus
talinya.
“Alamak beb, kalau lah aku tahu dia sekacak ni, dah
lama aku suruh papa aku ..... hmmm.. tak apa – apalah. Jom balik. Aku nak
tidur!. Mana tahu dapat mimpi dengan Encik Irfan di pulau yang penuh dengan..”
“Dengan ikan jerung” celah Nani. Ireen hanya ketawa.
Airnya tidak habis diminum. Nani terus mengekori Ireen yang masih tersengih –
sengih.
“Sudah lah tu Reen. Aku dah naik geli geleman tengok
kemiangan kau ni. Melampaui norma – norma kemanusiaan!” kutuk Nani. Ireen buat
muka selamba. Dia terus menghantar Nani pulang ke rumahnya.
Ireen
memandu masuk ke banglo milik papanya, Dato Zaman. Datin Rosnah yang sedang
berbual – bual bersama Mak Kiah memandang wajah Ireen yang berseri – seri.
“Kenapalah wajah anak mama ni macam bunga mawar yang
baru mengembang?” soal Datin Rosnah.
“Kena menguratlah tu, tak pun baru menang loteri!”
usik Mak Kiah, pembantu rumah yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun bersama
keluarga mereka.
“Aishh..... loteri itu haram Mak Kiah!. Naik lori
itu halal!” jawab Ireen. Pipi Datin Rosnah dikucup mesra.
“Papa tak balik lagi?” soal Ireen. Datin Rosnah
mengerutkan keningnya.
“Baru pukul berapa sayang oiii” senyum Datin Rosnah.
“Ok lah, Reen nak naik atas. Nak tidur!. Nak dapat
mimpi dengan Encik Irfan!” katanya selamba. Dia yang sedang melangkah tiba –
tiba terberhenti dan menoleh ke belakang memandang Datin Rosnah dan Mak Kiah
yang sedang terlopong. Dia menampar bibirnya berkali – kali.
“Aish... mulut ni! Salah cakap!. Nak mimpi dapat
hidayah. Ya Allah..ampunkanlah hambamu ini”. Tangannya di tadah tetapi matanya masih mengerling ke arah Mak Kiah dan Datin Rosnah. Ireen terus
berlari ke atas. Mak Kiah memandang Datin Rosnah.
“Rasanya Kak Kiah dengar Irfan, bukannya hidayah”
kata Mak Kiah. Datin Rosnah ketawa.
“Anak kita dah besar Kak Kiah” senyum Datin Rosnah.
“Gediknya juga makin besar” jawab Mak Kiah sambil
ketawa. Datin Rosnah juga mula ketawa besar. Sesekali dia menggeleng kepala.
Setelah
selesai solat asar, Ireen bergegas keluar. Dia memandu terus ke rumah sewa
Nani. Pintu rumah di ketuk. Jiji, rakan serumah Nani cepat – cepat membuka
pintu.
“Kenapa?” soal Ireen. Risau.
“Kenapa apa?” soal Jiji pula.
“Bukan Nani sakit ke?’ soal Ireen lagi.
“Sakit apanya. Dia tengah bersolek dekat atas”
terang Jiji. Ireen menggetap bibirnya dan terus naik ke atas. Dia masuk ke
dalam bilik Nani. Terkejut besar nani melihat wajah Ireen yang merah padam.
“kau tahu tak, aku langgar lampu isyarat tadi sebab
takut kau jadi apa – apa!” marah Ireen. Nani hanya tenang sambil tersenyum.
“Kalau tak kata begitu, lepas maghrib lah nampaknya
baru kau datang!” jawab Nani selamba. Ireen terdiam.
“Kau nak ke mana sebenarnya ni?” soal Ireen.
Suratkhabar tiga hari lepas yang berada di atas meja di belek – belek kosong.
Nani yang sedang sudah siap bersolek terus duduk di sebelah Ireen.
“Jumpa abang aku yang baru balik dari London” senyum
Nani. Ireen hanya mengangkat kening.
“Nak jumpa kat mana?’ soal Ireen lagi.
“Rumah mak dan ayah aku lah”. Nani terus turun ke
bawah. Mereka terus ke rumah Pakcik Jamil dan Makcik Hasnah. Tersenyum lebar
kedua orang tua Nani melihat Ireen di hadapan mata mereka.
“Lamanya tak nampak Ireen.” Makcik Hasnah sangat
teruja sambil memeluk lembut badan Ireen.
“Makin cantik anak makcik ni” pujinya lagi. Ireen
tersengih – sengih.
“Tak baik tau mak puji anak orang lain tapi tak puji
pun anak sendiri” rajuk Nani. Cepat – cepat Makcik Hasnah memeluk erat tubuh
Nani yang agak gempal itu. Nani masuk ke dalam rumah dan Ireen mengikutnya dari
belakang. Mata Ireen terbeliak dan mulutnya ternganga sedikit apabila melihat
Irfan yang sedang duduk berbual bersama Malik di kerusi rotan. Irfan menoleh
dan tersenyum manis memandangnya. Kaki Ireen masih terpaku di situ. Nani
menariknya ke dapur.
“kau ni pun, kalau teruja sangat pun, janganlah
nampak sangat!” bebel Nani.
“Macam mana pula Encik Irfan ada di sini?” soal
Ireen. Ingin tahu.
“Dia kawan abang aku. Aku pun terkejut tadi” terang
Nani. Ireen tidak peduli lagi. Perasaan
malu harus di buang jauh ke tepi. Dia harus dan perlu memenangi hati Irfan.
Ireen duduk berhadapan dengan Irfan dan Malik.
“Bila abang Malik pulang ke Malaysia?’ soal Ireen.
“Semalam. Abang mahu bekerja di sini sahaja” jawab
Malik dengan senyuman manis.
“Macam mana pula Abang malik boleh kenal dengan
Encik Irfan ni?’ soal Ireen lagi.
“Malik teman serumah saya masa di London dulu” jawab
Irfan. Serta merta wajah Ireen menjadi merah. Dia menjadi malu. Nani menggeleng
kepala.
“Tak apalah, Ireen pergi ke dapur dulu” permisi
Ireen dan Irfan hanya mengangguk. Mereka makan bersama. Ireen selalu
memerhatikan wajah Irfan yang tenang itu. Malik mula perasan.
“Kenapa Ireen pandang muka Irfan begitu?. Cuba
pandang muka abang Malik begitu, mesti abang suka” usik Malik. Mereka yang lain
ketawa. Begitu juga dengan Irfan. Bukannya dia tidak tahu yang Ireen selalu
merenungnya begitu.
“Alamak... lupa nak ambil sudu lah” Ireen memeberi
alasan dan terus ke dapur.
“Kenapa dengan Ireen tu?. Menggelabah semacam saja?”
soal Makcik Hasnah. Nina hanya ketawa. Tangan Ireen menggeletar. Dia malu. Dia
juga tidak tentu hala. Kurang asam betul Abang malik ni, kalau perasan pun buat
sajalah macam tak tahu. Mahu tebal muka aku malu macam ni... bebel Ireen
sendiri. Nani mendapatkan Ireen.
“Jom balik, aku dah tak tahan ni” pinta Ireen. Nani
mengerutkan dahinya. Perangai Ireen semakin pelik. Atas desakan Ireen, Nani
terpaksa pulang awal tetapi berjanji akan pulang pada hujung minggu nanti. Di
dalam kereta Nani merungut – rungut.
“Aku nak jumpa abang aku tau!. Di sebabkan perangai
kelam kelibut kau ni, aku kena pulang awal”
Nani menjeling tajam.
“Alah.... hari sabtu nanti, awal – awal pagi aku
hantar kau ke sana ya” pujuk Ireen. Nani terpaksa tersenyum tawar. Sikap Ireen
yang kelam kabut itulah membuatkannya rimas.
************************
“Minta anda
semua hantar assignment di meja saya sekarang ya. Saya tidak mahu apa – apa
alasan. Ingat! 30% markah ada pada assignment ini” ujar Irfan pada pelajar
fakulti pengajian perniagaan tahun akhir itu. Ireen menepuk dahinya.
“Kau dah siap?” soal Ireen kepada Nani. Nani hanya
mengangguk.
“Aku tak siapkan pun” beritahu Ireen tanpa dipinta.
Irfan yang berada berdekatan dengan mereka berdua menghampiri Ireen.
“Puteri Ireen. Mana assignment awak?” soal Irfan.
Ireen hanya tersengih. Dia gementar.
“Tak bawa,... eh tak siap” jawabnya dengan suara
yang agak terketar – ketar.
“Tak siap atau tak bawa?’ soal Irfan lagi.
“Jujur dengan saya” soalnya bertalu – talu.
“Tak siap kemudian tak bawa” jawab Ireen.
“Markah awak 30% lebur begitu saja. Simpan saja
assignment awak. Buat bungkus nasi lemak” kata Irfan. Dia terus berlalu bersama
pelajar – pelajar lain. Nani merenung Ireen.
“Aku tahulah bapa kau kaya tapi takkanlah nak gagal
tahun – tahun akhir begini” kata Nani. Ireen mengeluh.
“Ini semua papa aku punya pasal. Aku dah kata tak
minat nak belajar pasal perniagaan. Aku nak ambil seni lukis!” rungut Ireen.
“Ya lah.. nanti harta bapak kau tu buat beli berus
dan warna ya?. Bila orang minta kau sain cek, kau lukis gambar pokok” kutuk
Nani lagi. Ireen mencubit pipi Nani yang tembam.
“Banyak songeh kau ni!. Jom baliklah” ajak Ireen.
Nani menarik tangan Ireen.
“Kau tahukan pointer kau Cuma 2.1 sahaja. Ada
harapan kena buang. Wei... kau ingat kolej ni bapak kau punya kau boleh buat
sesuka hati. Ini boleh mendatangkan marah!” bebel Nani.
Ireen termenung. Fikirannya menerawang entah ke
mana. Sesekali tersengih – sengih macam kerang yang dah busuk, benyek dan
berlendir.
Bab 2
Ireen dan nani berdiri berbual kosong di tempat
letak kereta. nani tersengih – sengih mendengar angan – angan Ireen mengenai
Irfan dan dirinya.
“kau tahu tak, esok kalau aku kawin dengan encik
Irfan aku nak buat dekat rumah saja. Tema warna ungu gelap. Masakan kampung.
Best!” sengih Ireen.
Tiba – tiba Nani membulatkan matanya sambail
menggerakkan anak matanya memberi isyarat. Ireen hanya mengabaikannya saja.
“Lepas tu aku dan dia berpimpin tangan naik atas
pelamin warna ungu muda hihih” sengih Irreen.
“Tapi saya tak suka warna ungu!” celah satu suara
dari belakang. Seta merta tangan Ireen menjadi seram sejuk. Sindrom gagapnya
serta – merta datang. Dia tidak berdaya untuk menoleh. Dia tahu siapa pemilik
suara itu. Nani menggeleng kepala. Hatinya berdegup kencang apabila Irfan sudah
pun berdiri berhadapan dengannya.
“Hmm.. saya err...
saya cakap pasal lipstick mak encik.. eh bukan.. saya cakap pasal tayar
kereta. (apa aku mengarut ni) “Ireen menggelabah. Irfan tersenyum simpul.
“Pelamin tu tinggi sangat tak?” soal Irfan. Ireen
terus berlari ke tandas untuk menyelamatkan dirinya. Irfan dan Nani
berpandangan dan serentak ketawa.
“Encik Irfan pernah tengok orang angau dengan
sindrom gagap tak?” soal Nani. Irfan mengerut kening. Nani meluruskan jari
telunjuknyakr arah Ireen. Kali ini Irfan benar – benar ketawa besar.
********************
Irfan masuk
ke dalam kelas dengan senyuman seperti biasa. Dia tidak mamulakan kelas dahulu
sebaliknya mnghampiri Ireen tanpa memandangnya.
“Pagi tadi saya agak terkejut apabila ada sejambak
bunga di atas meja saya. Nak kata perempuan bagi takkanlh!. Mna ada permpuan
bagi lelaki bunga” kata Irfan dan masih tidak memandang Ireen yang cuba
menyorokkan wajahnya.
“Gay kot!!!” jerit Fuad. Penuntut yang berasal dar
Kedah itu. Seisi kelas ketawa mendengarnya. Ireen mencebik.
“Tapi tak mengapa. Terima kasih pada pemberi bunga
itu dan dia juga secantik bunga itu!” Irfan berpatah balik.
“Sama – sama” jawab Ireen selamba. Semua orang
berpaling memandangnya. Irfan tidak menoleh sebaliknya hanya tersenyum simpul.
“Kau bagi bunga?” soal Nani. Ireen mengangguk.
“gila!!” balas Nani.
“Yang penting dia kata aku cantik!!!!!” jawab Ireen
pula dan masih tersenyum memerhatikan Irfan dari atas ke bawah. Tumpuannya pada
isi ilmu hilang seratus peratus. Tumpuannya hanya pada Irfan si Jejaka kacak
yang memeikat hatinya .
Ireen dan
Nani berjalan beriringan menuju ke kafe. Petutnya sudah kuat berbunyi tetapi
langkahnya terhenti apabila namanya disebut seseorang.
“Eleh... Ireen tu sekarang bolehlah mngurat encik
irfan sbb tengah canttik. Aku bagi dua tahun lagi mesti punggung dia sebesar
kuali”kutuk Lili. Terbeliak biji mata Ireen dan nani serta merta memandang
punggung ireen.
“sekurang – kurangnya bontot kuali ini ada juga
bulatnya daripada punngung kau yang macam papan potong ikan tu nak buat
apa!!!!.. Pakai pampers pun londeh beb!”balas Ireen dengan geram. Anak senator
itu memang selalu mencati masalah dengannnya.
Mata Ireen terpaku melihat Irfan dan seorang
pensyarah wanita yang baru rancak berbual. Ireen Nani cuba menduga.
“Cemburulah tu!” usik Nani.
“Kau ingat aku ni cemburu buta?.lantaklah dia nak
berbual dengan siapa pun” jawab irren. Sesekali dia cuba berpaling apabvila
Irfan memandangnya.. irren mnghabiskan makanannya. Dia menyedut milo ais
perlahan – lahan. Sudu yang baru dipengangnya terjatuh apabila melihat Irfan
menghadiahkan senyuman buatnya. Dia cuba mengambil sudu itu di lantai tetapi
tangan kirinnya pula tertepis pinggan hingga jatuh ke lantai. Bunyi yang agak
kuat itu membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Irfan mengulum senyum lagi.
Dia tahu Ireen menggelabah!
*********************************************************************************
BAB 3
Dari jauh Irfan memerhatikan Ireen yang sedang sibuk
memeriksa sesuatu di kertas. Sesekali keningnya berberut. Nani juga begitu.
Irfan menghampiri mereka mereka bedua.
“Tengah tengok apa?” soal Iran ingin tahu. Terlepas
kertas dari tangan Ireen. Dia sudah menggelabah. Irfan cepat – cepat
menenagkannya.
“Ireen... tarik nafas pperlahan – lahan ya. Jangan
gelabah!. Kadang – kadang saya rasa macam saya ni hantu pula. Bila nampak saya
saja awak gebaha semacam” ujar Irfan sambil kertawa kecil. Nani ketawa besar.
Muka Ireen merah padam.
“Baca apa tu?” soal Irfan.
“Jemputan ke majlis mengekekaln bahasa melayu. Kira
macam malam puisi. Tak sangka lak kitorang di jemput hadir.. hihihi” sengih
Nani.
“Saya juga dijemput. Malah jadi juri” beritahu
Irfan.
“Kira malam esok Encik Irfan un ada lah?” soal Nani.
Ireen masih membisu. Triada perkataan yang mampu dikeluarkan dari mulutnya.
“Ya.. datanglah. Tak salah vberi sokongan” kata
Irfan sebelum pergi meninggalkqn mereka berdua.
“Esok aku ambil kau di rumah sewa” senyum Ireen.
Nani ketawa
“Aik!!!.. dah ada suara dah?” per;i Nani. Ireen
menampar lembut pipinya.
“Itu namanya pesona cinta.. samapi hilqang suara
hehehe” sengih Ireen.
Ireen
menjemput Nani di rumah. Dalam perjalanan Nani banyak membisu.
“Kau kenapa?” soal Ireen.
“Aku tak tahu apa motif si Lily tu ajak kita”
beritahu Nani.
“Lily?” Ireen sedikit terperanjat.
“Kau tak tahu ke... majlis ni anjuran presiden kelab
budayawan... lily!”. Ireen menekan brek keretanya.
“Ni mesti nak dajal aku ni” Ireen menggoyang –
goyangkan bibirnya. Nani mengangguk setuju.
“Malam apa ni?. Puisi atau pantun?” soal Ireen
inginkan kepastiqan dari nani yang tahu segalanya.
“Puisi bebas” jawab nani. Ireen ketawa dan meneruskan perjalanan. Setibanya mereka di
dewan, mata Lily tertumpu pada Ireen yang berpakaian sangat anggun. Baju kebaya pendek rona hitam itu membuatkan
Ireen tam[ak anggun sekali. Lily mencebik. Dia cuba merapati Irfan yang sudah
pun tiba lebih awal. Dia dan seorang pensyarah wanita diberikan tugas sebagai
juri pada malam itu. Ireen sengaja lalu di hadapan Irfan sambil tunduk sedikit.
Sengaja mencabar rasa cantik dalam dirinya. Irfan menedarinya tetapi berpura –
pura tidak nampak. Ireen geram. Dia duduk di barisan tengah bersama – sama
nani. Lily berdiri di hadapan pentas sebagai pengcara majlis.
“Ini adalah pertandingan puisi bebas. Tiada had penyertaan.
Semua boleh libatkan diri. Kita sebagai orang melayu sepatubangga dengan bahasa
dan adat budaya kita sendiri” ucap Lili.
“Jangan hanya kerana berstatus tinggi semuanya
dlupakan. Kalau harta kita menggunung tapi tak menjadi melayu yang sejati pun tak
guna jga ya..” Lily cuba bercanda dalam masa yang sama menempiaskan kata – kata
itu buat Ireen. Nani menyiku lembut pinggang Ireen yang hanya memerhatikan
Irfan dari belakang. Serang peserta lelaki telah habis memeberikan uisi
mengenai alam sekitar. Ireen menguap. Sangat mengantuk!. Beberapa orang penun
tut juga sudah mendeklamasikan sajak mereka. Ada yang menarik perhatian Ireen
dan ada njuga yang membosankan.. Lily naik semula ke pentas.
“Ini ada satu permintaan dari penonton ya. Minta
penuntut paling popular di kolej ini mendeklamasikan sajaknya secara sponta....
Puteri Ireen!!” sengaja Lily menguatkan suaranya. Terbeliak biji mata Ireen.
Nani menelan air liur.
“Mampus kau!!” bisik Nani.
“Cakap kat mak aku yang aku sayang dia. Kereta aku,
aku beri pada kau tapi cakap kat Encik Irfan... sedekah Al – Fatihah pada aku
setiap malam jumaat!” senyum Ireen. Nani meneopuk dahinya. Ireen naik ke
pentaqs dengan tenang. Dia memandang Irfan yang memandangnya.
“Silakan Puteri Ireen” senyum Lily. Ireen menarik tangan Lily rapat kepadanya.
“Kau saja nak kenakan aku ya?” bisik Ireen.
“Suka hati akulah!” jawab Lily dan terus turun.
Ireen berdehem beberapa kali. Nani menutup mukanya.. Ireen menarik nafas
panjang sebelum memulakan puisinya.
“Puisi ini adalah satu luahan buat seseorang yang
tahu siapa dia di hati saya. “ senyum Ireen sambil tersenyum manis. Dia berdiri
dengan penuh keyakinan dan mengeluarkan bait – bait puisi yang mengejutkan
semua orang.
Dia sebenarnya
pencetus kerinduan..
Seperti menjadikan rembulan itu madah kerinduan
Seperti rembulan.. tetapi tidak jatuh ke ribaan
Tidak jatuh juga di lautan sepi
Kernana rembulan itu static di situ...
Tidak ke bawah jika ditarik dan tidak ke atas jika
ditolak...
Kau tahu aku...
Kerana aku ada disebalik rasa cintamu..
Kau tahu, ianya
seperti menoleh tidak dipanggil
Mendengar tidak dibisik
Jugaa tidak merasa walau disentuh..
Itu cinta milikku...
Kau senyum.. aku tahu
Kerana apa?.. aku tak pasti..
Tetapi hakikatnya tuhan itu maha pengasih..
Menciptakan suatau perasaan indah dalam diri untuk
diberikan kepadamu...
Kau insane terpilih?... tidak..
Akulah insan terpilih kerana dianugerahkan rasa
cinta itu buatmu.. walau kau tak mampu menerimanya.
Jangan kesal jika cintamu tidak padaku kerana aku
tahu cinta suci tidak perlukan
Pembalasan tetapi cukup sekadar melihat senyuman itu
di bibirmu...
Ireen senyum. seluruh dewan sepi. Irfan juga
tergamam tetapi matanya tidak lepas dari memandang Ireen yang anggun di hadapan
matanya. Dia tahu puisi itu untuknya. Dia sedikit tertarik deengan Ireen.
Wanita dihadapannya itu cukup gugup bila berhadapan dengannya tetapi cukup
berani memberikan sebuah puisi yang terang – terangan untuknya. Seluruh dewan
bangun dan memberikan tepukan gemuruh untuk Ireen. Lily menjeling tajam.
Hasratnya untuk memalukan Ireen tuidak
berjaya. Ireen turun ke bawah dan memberikan senyjman paling manis untuk Irfan.
Dia duduk di sebelah Nani.
“Wah.. mana kau belajar ni.. aku dah kecut perut
tadi” ujar Nani. Ireen ketawa.
“Kau tahu tak yang aku ni dulu pernah menang
sayembara Puisi peringkat negeri. Setakat puisi cinta untuk Encik Irfan tu...
kacang botol kicap!” lagak Ireen. Nani ketawa.
Atas persetujuan semua pihak, ireen diumumkan
sebagai pemenang. Tersenyum lebar Ireen apabila menerima hamper dari pihak
penganjur.. setelah selesai dia berjalan ke kertanya bersama Nani.
“Encik Irfan!” Ireen terkejut apabila Irfan
menunggunya di kereta. Tangannya mula menggigil. Hampir terlepas hamper di
tangannya. Mujur Nani sempat menyambutnya.
\
“Terima kasih” senyum Irfan. Nani senyum.
“Mana boleh pensayarah mengurat student ni, Encik
Irfan!” usik nani.
“Pandai kau saja. Bolehlah. Aku rela jer!” kata
Ireen kemudian menutup mulutnya. Terlepaqs cakap lagi. Irfan ketawa.
“Mari saya belanja makan” ajak Irfan.
“Ha.. ala, takkan pakai ketat – ketat macam ni nak
p[ergi makan” kata Ireen.
“Tak Apa, kita makan makanan dalam hamper ni ok?”
cadang nani.
“Ketat sangat ke?” soal Irfan.
“Pakai corset ni.. kalau tak perut tak cantik pakai
kebaya ketat” jujur Ireen. Irfan senyum.Ireen sangat berterus terang. Akhirnya
Irfan mengambil keputusan untuk belanja mereka makan tengahari pada esok hari.
Hati Ireen melonjak gembira. Di2cubitnya pipi Nani yang semakin tembam itu.
“Auu... sdatanglah gatal dia tu” jeling nani. Ireen
terus menghisupkan enjin kereta dan terus mengahntar Nani pulang ke rumah.
hehehe sebijik macam budak tu waahahaha....Irfan, Ireen haaa ni kakak dia Irna hehehe
ReplyDeleteni mesti kalam cinta macam ireen ni heheh..
Deletekena sindrom gagap n gelabah...
:)
tak lah pangkal nama jer yg sama ada IR cheeewaahh dah mcm engineer dah Ir...waahahahaha gagap takkkk gugup yaaaa..hehehehe...
Deletehahahaha..... Gugup ok lagi, jangan parkinson udah le hihihi oo .. nama kalam irna yek. iza panggil irna lah yek..
DeleteWani mcm mana yer awak dpt idea dan ilham menulis....saya teringin nak menulis tapi xde keberanian nak berbuat begitu. so endup saya just read kisah orang lain....takut orang gelakkan karya saya....
ReplyDeletesaya pun bukannya pandai menulis tapi saja hentam ..
Deleteok.. kalam cinta fikir camni saja..
"ini blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun, salah macam mana pun, kalau suka diorang baca syukur.. kalau x suka apa boleh buat... siti nurhaliza pun ramai yang x suka."..... lega fikir cam gitu.
kalam tulis saja. saya follow blog kalam k...
dapat idea tu sebenarnya akan ada secara automatik bila start menulis. kalam start menulis..... nanti idea tu akan datang sendiri. dan bila kita menulis novel ni kadang - kadang dalam kereta nak pergi pasar pun dapat idea.... kira kita ni akan jadi orang yang agak kuat berangan (berangan jalan cerita seterusnya)...
ala... kalam tulis. iza akan bagi sokongan. lgpun iza tengok kat blog kalam ... cara menulis dan style kalam buat ayat best ajer...... go kalam go!!!!