Thursday, 18 October 2012

IREEN IRFAN - BAB 1-3


BAB 1

  Ireen terseyum simpul memandang lelaki di hadapannya itu. Sesekali dia mengerling ke arah Nani yang leka mendengar penerangan lelaki tadi dengan penuh khusyuk. Eleh, entah – entah dia pun sama.. buat – buat khusyuk konon.. bisik hati kecil Ireen.
“Kau tengah khusyuk dengar ke atau kau tengah berangan dengan pensyarah baru kita tu” bisik Ireen. Nani menoleh memandang Ireen yang tersengih – sengih.
“Kau ingat aku ni macam dalam novel ke?. Nak yang hensem – hensem je?” soal Nani.
“Tapi dia hensem kan” soal Ireen. Dia langsung tidak mendengar penerangan yang di sampaikan oleh Encik Irfan.
“Kau tahu tak, nama aku Ireen, nama dia Irfan. Kena saja kan kalau kahwin hihih” sengih Irenn.
“Puteri Ireen!” jerit Irfan. Terkejut beruk Ireen mendengar namanya di panggil dengan kuat sebegitu. Dia terbangun dari tempat duduknya.
“Ini semester akhir awak. Awak nak ulang semester?” soal Encik Irfan. Ireen menelan air liur. Dia menggeleng. Irfan menghampiri Ireen dan Nani.
“Apa yang awak bualkan?. Mungkin awak nak berkongsi dengan semua yang ada di sini?” soal Irfan kepada Nani. Ireen membulatkan anak matanya kepada Nani. Dia menggeleng – geleng.
“Hmmm.. kami cerita pasal...pasal... cerita pokemon!” hentam Ireen. Mereka yang ada di dewan kuliah ketawa besar.
“Reaksi muka awak tak macam cerita pasal pokemon pun. Cakap Nani, apa yang seronok sangat Ireen cerita sampai tersengih – sengih begitu?” soal Irfan.
“Nak kena cakap juga ke Encik Irfan. Nanti ada yang malu. Encik Irfan pun” kata Nani. Irfan mengerutkan keningnya.
“Cakap saja” kata Irfan dengan tegas. Ireen menutup mukanya dengan buku rujukan.
“Ireen cakap Encik Irfan hensem. Nama Encik Irfan, Irfan dan namanya Ireen sesuai kalau berkahwin” terang Nani. Muka Ireen merah padam. Irfan hanya memandang Ireen sebentar dan terus ke mejanya.
“Itu saja buat hari ini. Pastikan assignment di hantar selewat – lewatnya minggu hadapan” kata Irfan. Semua penuntut bersurai. Ireen memandang Nani dengan pandangan yang tajam.
“Tak boleh harap betullah kau ni” marah Ireen. Nani diam.
“Kau cakaplah aku cerita pasal sembahyang terawih tahun depan ke, aku ajak kau mengaji ke?” bebel Ireen.
“Mak aku tak kasi aku tipu!” jawab Nani. Ireen menepuk dahinya. Dia menoleh ke arah Irfan yang baru melangkah keluar dari dewan kuliah. Ireen terus ke keretanya. Dia masih sakit hati dengan Nani yang hanya membisu dari tadi. Rasa bersalah.
“Ha... tak payah nak rasa bersalah sangat. Jom aku belanja kau makan. Aku lapar ni” ajak Ireen.
“Kau tak marah aku?” soal Nani.
“Marah!” jawab Ireen dan terus memandu keluar dari kolejnya. Ireen berhenti di sebuah restoran. Dia menyuruh Nani keluar dahulu dan memesan makanan kegemaran buatnya. Dia mahu ke farmasi yang terletak tidak jauh dari situ. Setelah membeli sebotol krim  vitamin E, Ireen terus mencari – cari Nani. Langkahnya terhenti apabila melihat Nani duduk di hadapan Irfan. Mereka berdua rancak berbual. Kenapalah minah ni bingai sangat!. Tak ada tempat lain ke yang dia nak duduk?.. bebelnya sendirian. Mahu atau tidak, Ireen terpaksa menghampiri Irfan dan Nani.
“Ha Ireen, duduklah. Kenapa muka awak pucat begini?. Tak makan lagi?” soal Irfan. Ireen hanya tersenyum. Cuba memberikan senyuman semanis yang boleh walaupun bibirnya sedikit terketar – ketar.
“Ni, aku dah pesan nasi goreng ikan masin kau” kata Nani. Ireen hanya tunduk ke bawah.
Dia tak sanggup memandang Irfan.
“Kalau nasi goreng kampung, ada letak apa ya?” soal Irfan kepada Ireen.
“Errr... ada letak.. er... er... sotong bilis!” jawab Ireen. Irfan mengerut kening. Nani mahu ketawa.
“Kau ni biar betul?” soal Nani. Ireen menggaru – garu kepalanya.
“Eh.. bukan.. kerang bilis! Eh.. apa aku ni! apa bilis?” soalnya kepada Nani. Irfan tersenyum.
“Kau ni...mana pula datang sotong bilis?” soal Nani.
“Ala.. bilis.. bilis...er.. ketam bilis?... ala apa aku ni!” Ireen semakin menggelabah. Irfan ketawa kecil.
“Ikan bilis, Ireen” celah Irfan.
“Haa... ya lah! Ikan bilis” sengih Ireen. Nani ketawa besar .
“Dia kalau depan lelaki kacak memang Parkinson sikit” kata Nani. Ireen menjeling tajam. Nani menutup mulutnya.
“Tak apalah, saya pergi dulu ya?” Irfan berdiri untuk beredar pergi.
“Terima kasih Encik Irfan belanja kami makan” ucap Nani. Ireen hanya tersenyum. Irfan ketawa kecil dan meninggalkan mereka berdua di situ.
“Bukan main nuclear mulut kau yek!” marah Ireen. Nani hanya ketawa.
“Kau ni menggelabah tak tentu pasal kenapa?” soal Nani. Dia memgang tangan Ireen yang masih sejuk. Selalunya Ireen tidak begini. Ramai lelaki yang kacak mendekatinya tetapi kali ini dia amat gementar. Dia tidak pernah duduk atau berdiri dalam jarak yang dekat dengan Irfan. Selalunya selepas tamat kuliah  Irfan akan terus ke biliknya. Kali pertama melihat Irfan sebegini hampir membuatkan Ireen jadi tidak tentu hala.
“Kau tahu tak, kalau nobita bertembung dengan giant pun tak segelabah ni” cebik Nani. Ireen menelan air liur. Tak dapat diceritakan bagaimana menggelegaknya perasaannya ketika ini. Memandang panahan mata Irfan tadi sudah cukup membuatkan dirinya tidak dapat merasa gravity yang menarik kakinya dari terapung – apung di awangan. Dia sudah pun melayang -  layang seperti layang – layang yang terputus talinya.
“Alamak beb, kalau lah aku tahu dia sekacak ni, dah lama aku suruh papa aku ..... hmmm.. tak apa – apalah. Jom balik. Aku nak tidur!. Mana tahu dapat mimpi dengan Encik Irfan di pulau yang penuh dengan..”
“Dengan ikan jerung” celah Nani. Ireen hanya ketawa. Airnya tidak habis diminum. Nani terus mengekori Ireen yang masih tersengih – sengih.
“Sudah lah tu Reen. Aku dah naik geli geleman tengok kemiangan kau ni. Melampaui norma – norma kemanusiaan!” kutuk Nani. Ireen buat muka selamba. Dia terus menghantar Nani pulang ke rumahnya.

   Ireen memandu masuk ke banglo milik papanya, Dato Zaman. Datin Rosnah yang sedang berbual – bual bersama Mak Kiah memandang wajah Ireen yang berseri – seri.
“Kenapalah wajah anak mama ni macam bunga mawar yang baru mengembang?” soal Datin Rosnah.
“Kena menguratlah tu, tak pun baru menang loteri!” usik Mak Kiah, pembantu rumah yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun bersama keluarga mereka.
“Aishh..... loteri itu haram Mak Kiah!. Naik lori itu halal!” jawab Ireen. Pipi Datin Rosnah dikucup mesra.
“Papa tak balik lagi?” soal Ireen. Datin Rosnah mengerutkan keningnya.
“Baru pukul berapa sayang oiii” senyum Datin Rosnah.
“Ok lah, Reen nak naik atas. Nak tidur!. Nak dapat mimpi dengan Encik Irfan!” katanya selamba. Dia yang sedang melangkah tiba – tiba terberhenti dan menoleh ke belakang memandang Datin Rosnah dan Mak Kiah yang sedang terlopong. Dia menampar bibirnya berkali – kali.
“Aish... mulut ni! Salah cakap!. Nak mimpi dapat hidayah. Ya Allah..ampunkanlah hambamu ini”. Tangannya di  tadah tetapi matanya masih mengerling ke  arah Mak Kiah dan Datin Rosnah. Ireen terus berlari ke atas. Mak Kiah memandang Datin Rosnah.
“Rasanya Kak Kiah dengar Irfan, bukannya hidayah” kata Mak Kiah. Datin Rosnah ketawa.
“Anak kita dah besar Kak Kiah” senyum Datin Rosnah.
“Gediknya juga makin besar” jawab Mak Kiah sambil ketawa. Datin Rosnah juga mula ketawa besar. Sesekali dia menggeleng kepala.

   Setelah selesai solat asar, Ireen bergegas keluar. Dia memandu terus ke rumah sewa Nani. Pintu rumah di ketuk. Jiji, rakan serumah Nani cepat – cepat membuka pintu.
“Kenapa?” soal Ireen. Risau.
“Kenapa apa?” soal Jiji pula.
“Bukan Nani sakit ke?’ soal Ireen lagi.
“Sakit apanya. Dia tengah bersolek dekat atas” terang Jiji. Ireen menggetap bibirnya dan terus naik ke atas. Dia masuk ke dalam bilik Nani. Terkejut besar nani melihat wajah Ireen yang merah padam.
“kau tahu tak, aku langgar lampu isyarat tadi sebab takut kau jadi apa – apa!” marah Ireen. Nani hanya tenang sambil tersenyum.
“Kalau tak kata begitu, lepas maghrib lah nampaknya baru kau datang!” jawab Nani selamba. Ireen terdiam.
“Kau nak ke mana sebenarnya ni?” soal Ireen. Suratkhabar tiga hari lepas yang berada di atas meja di belek – belek kosong. Nani yang sedang sudah siap bersolek terus duduk di sebelah Ireen.
“Jumpa abang aku yang baru balik dari London” senyum Nani. Ireen hanya mengangkat kening.
“Nak jumpa kat mana?’ soal Ireen lagi.
“Rumah mak dan ayah aku lah”. Nani terus turun ke bawah. Mereka terus ke rumah Pakcik Jamil dan Makcik Hasnah. Tersenyum lebar kedua orang tua Nani melihat Ireen di hadapan mata mereka.
“Lamanya tak nampak Ireen.” Makcik Hasnah sangat teruja sambil memeluk lembut badan Ireen.
“Makin cantik anak makcik ni” pujinya lagi. Ireen tersengih – sengih.
“Tak baik tau mak puji anak orang lain tapi tak puji pun anak sendiri” rajuk Nani. Cepat – cepat Makcik Hasnah memeluk erat tubuh Nani yang agak gempal itu. Nani masuk ke dalam rumah dan Ireen mengikutnya dari belakang. Mata Ireen terbeliak dan mulutnya ternganga sedikit apabila melihat Irfan yang sedang duduk berbual bersama Malik di kerusi rotan. Irfan menoleh dan tersenyum manis memandangnya. Kaki Ireen masih terpaku di situ. Nani menariknya ke dapur.
“kau ni pun, kalau teruja sangat pun, janganlah nampak sangat!” bebel Nani.
“Macam mana pula Encik Irfan ada di sini?” soal Ireen. Ingin tahu.
“Dia kawan abang aku. Aku pun terkejut tadi” terang Nani.  Ireen tidak peduli lagi. Perasaan malu harus di buang jauh ke tepi. Dia harus dan perlu memenangi hati Irfan. Ireen duduk berhadapan dengan Irfan dan Malik.
“Bila abang Malik pulang ke Malaysia?’ soal Ireen.
“Semalam. Abang mahu bekerja di sini sahaja” jawab Malik dengan senyuman manis.
“Macam mana pula Abang malik boleh kenal dengan Encik Irfan ni?’ soal Ireen lagi.
“Malik teman serumah saya masa di London dulu” jawab Irfan. Serta merta wajah Ireen menjadi merah. Dia menjadi malu. Nani menggeleng kepala.
“Tak apalah, Ireen pergi ke dapur dulu” permisi Ireen dan Irfan hanya mengangguk. Mereka makan bersama. Ireen selalu memerhatikan wajah Irfan yang tenang itu. Malik mula perasan.
“Kenapa Ireen pandang muka Irfan begitu?. Cuba pandang muka abang Malik begitu, mesti abang suka” usik Malik. Mereka yang lain ketawa. Begitu juga dengan Irfan. Bukannya dia tidak tahu yang Ireen selalu merenungnya begitu.
“Alamak... lupa nak ambil sudu lah” Ireen memeberi alasan dan terus ke dapur.
“Kenapa dengan Ireen tu?. Menggelabah semacam saja?” soal Makcik Hasnah. Nina hanya ketawa. Tangan Ireen menggeletar. Dia malu. Dia juga tidak tentu hala. Kurang asam betul Abang malik ni, kalau perasan pun buat sajalah macam tak tahu. Mahu tebal muka aku malu macam ni... bebel Ireen sendiri. Nani mendapatkan Ireen.
“Jom balik, aku dah tak tahan ni” pinta Ireen. Nani mengerutkan dahinya. Perangai Ireen semakin pelik. Atas desakan Ireen, Nani terpaksa pulang awal tetapi berjanji akan pulang pada hujung minggu nanti. Di dalam kereta Nani merungut – rungut.
“Aku nak jumpa abang aku tau!. Di sebabkan perangai kelam kelibut kau ni, aku kena pulang awal”  Nani menjeling tajam.
“Alah.... hari sabtu nanti, awal – awal pagi aku hantar kau ke sana ya” pujuk Ireen. Nani terpaksa tersenyum tawar. Sikap Ireen yang kelam kabut itulah membuatkannya rimas.

                                              ************************


  “Minta anda semua hantar assignment di meja saya sekarang ya. Saya tidak mahu apa – apa alasan. Ingat! 30% markah ada pada assignment ini” ujar Irfan pada pelajar fakulti pengajian perniagaan tahun akhir itu. Ireen menepuk dahinya.
“Kau dah siap?” soal Ireen kepada Nani. Nani hanya mengangguk.
“Aku tak siapkan pun” beritahu Ireen tanpa dipinta. Irfan yang berada berdekatan dengan mereka berdua menghampiri Ireen.
“Puteri Ireen. Mana assignment awak?” soal Irfan. Ireen hanya tersengih. Dia gementar.
“Tak bawa,... eh tak siap” jawabnya dengan suara yang agak terketar – ketar.
“Tak siap atau tak bawa?’ soal Irfan lagi.
“Jujur dengan saya” soalnya bertalu – talu.
“Tak siap kemudian tak bawa” jawab Ireen.
“Markah awak 30% lebur begitu saja. Simpan saja assignment awak. Buat bungkus nasi lemak” kata Irfan. Dia terus berlalu bersama pelajar – pelajar lain. Nani merenung Ireen.
“Aku tahulah bapa kau kaya tapi takkanlah nak gagal tahun – tahun akhir begini” kata Nani. Ireen mengeluh.
“Ini semua papa aku punya pasal. Aku dah kata tak minat nak belajar pasal perniagaan. Aku nak ambil seni lukis!” rungut Ireen.
“Ya lah.. nanti harta bapak kau tu buat beli berus dan warna ya?. Bila orang minta kau sain cek, kau lukis gambar pokok” kutuk Nani lagi. Ireen mencubit pipi Nani yang tembam.
“Banyak songeh kau ni!. Jom baliklah” ajak Ireen. Nani menarik tangan Ireen.
“Kau tahukan pointer kau Cuma 2.1 sahaja. Ada harapan kena buang. Wei... kau ingat kolej ni bapak kau punya kau boleh buat sesuka hati. Ini boleh mendatangkan marah!” bebel Nani.

Ireen termenung. Fikirannya menerawang entah ke mana. Sesekali tersengih – sengih macam kerang yang dah busuk, benyek dan berlendir.


********************************************************************************* 

                                                     Bab 2

Ireen dan nani berdiri berbual kosong di tempat letak kereta. nani tersengih – sengih mendengar angan – angan Ireen mengenai Irfan dan dirinya.

“kau tahu tak, esok kalau aku kawin dengan encik Irfan aku nak buat dekat rumah saja. Tema warna ungu gelap. Masakan kampung. Best!” sengih Ireen.

Tiba – tiba Nani membulatkan matanya sambail menggerakkan anak matanya memberi isyarat. Ireen hanya mengabaikannya saja.

“Lepas tu aku dan dia berpimpin tangan naik atas pelamin warna ungu muda hihih” sengih Irreen.

“Tapi saya tak suka warna ungu!” celah satu suara dari belakang. Seta merta tangan Ireen menjadi seram sejuk. Sindrom gagapnya serta – merta datang. Dia tidak berdaya untuk menoleh. Dia tahu siapa pemilik suara itu. Nani menggeleng kepala. Hatinya berdegup kencang apabila Irfan sudah pun berdiri berhadapan dengannya.

“Hmm.. saya err...   saya cakap pasal lipstick mak encik.. eh bukan.. saya cakap pasal tayar kereta. (apa aku mengarut ni) “Ireen menggelabah. Irfan tersenyum simpul.

“Pelamin tu tinggi sangat tak?” soal Irfan. Ireen terus berlari ke tandas untuk menyelamatkan dirinya. Irfan dan Nani berpandangan dan serentak ketawa.

“Encik Irfan pernah tengok orang angau dengan sindrom gagap tak?” soal Nani. Irfan mengerut kening. Nani meluruskan jari telunjuknyakr arah Ireen. Kali ini Irfan benar – benar ketawa besar.




                                           ********************

 Irfan masuk ke dalam kelas dengan senyuman seperti biasa. Dia tidak mamulakan kelas dahulu sebaliknya mnghampiri Ireen tanpa memandangnya.

“Pagi tadi saya agak terkejut apabila ada sejambak bunga di atas meja saya. Nak kata perempuan bagi takkanlh!. Mna ada permpuan bagi lelaki bunga” kata Irfan dan masih tidak memandang Ireen yang cuba menyorokkan wajahnya.
“Gay kot!!!” jerit Fuad. Penuntut yang berasal dar Kedah itu. Seisi kelas ketawa mendengarnya. Ireen mencebik.

“Tapi tak mengapa. Terima kasih pada pemberi bunga itu dan dia juga secantik bunga itu!” Irfan berpatah balik.

“Sama – sama” jawab Ireen selamba. Semua orang berpaling memandangnya. Irfan tidak menoleh sebaliknya hanya tersenyum simpul.

“Kau bagi bunga?” soal Nani. Ireen mengangguk.

“gila!!” balas Nani.

“Yang penting dia kata aku cantik!!!!!” jawab Ireen pula dan masih tersenyum memerhatikan Irfan dari atas ke bawah. Tumpuannya pada isi ilmu hilang seratus peratus. Tumpuannya hanya pada Irfan si Jejaka kacak yang memeikat hatinya .


 Ireen dan Nani berjalan beriringan menuju ke kafe. Petutnya sudah kuat berbunyi tetapi langkahnya terhenti apabila namanya disebut seseorang.

“Eleh... Ireen tu sekarang bolehlah mngurat encik irfan sbb tengah canttik. Aku bagi dua tahun lagi mesti punggung dia sebesar kuali”kutuk Lili. Terbeliak biji mata Ireen dan nani serta merta memandang punggung ireen.

“sekurang – kurangnya bontot kuali ini ada juga bulatnya daripada punngung kau yang macam papan potong ikan tu nak buat apa!!!!.. Pakai pampers pun londeh beb!”balas Ireen dengan geram. Anak senator itu memang selalu mencati masalah dengannnya.

Mata Ireen terpaku melihat Irfan dan seorang pensyarah wanita yang baru rancak berbual. Ireen Nani cuba menduga.

“Cemburulah tu!” usik Nani.

“Kau ingat aku ni cemburu buta?.lantaklah dia nak berbual dengan siapa pun” jawab irren. Sesekali dia cuba berpaling apabvila Irfan memandangnya.. irren mnghabiskan makanannya. Dia menyedut milo ais perlahan – lahan. Sudu yang baru dipengangnya terjatuh apabila melihat Irfan menghadiahkan senyuman buatnya. Dia cuba mengambil sudu itu di lantai tetapi tangan kirinnya pula tertepis pinggan hingga jatuh ke lantai. Bunyi yang agak kuat itu membuatkan semua mata tertumpu ke arahnya. Irfan mengulum senyum lagi. Dia tahu Ireen menggelabah!

*********************************************************************************

                    BAB 3

Dari jauh Irfan memerhatikan Ireen yang sedang sibuk memeriksa sesuatu di kertas. Sesekali keningnya berberut. Nani juga begitu. Irfan menghampiri mereka mereka bedua.

“Tengah tengok apa?” soal Iran ingin tahu. Terlepas kertas dari tangan Ireen. Dia sudah menggelabah. Irfan cepat – cepat menenagkannya.

“Ireen... tarik nafas pperlahan – lahan ya. Jangan gelabah!. Kadang – kadang saya rasa macam saya ni hantu pula. Bila nampak saya saja awak gebaha semacam” ujar Irfan sambil kertawa kecil. Nani ketawa besar. Muka Ireen merah padam.

“Baca apa tu?” soal Irfan.

“Jemputan ke majlis mengekekaln bahasa melayu. Kira macam malam puisi. Tak sangka lak kitorang di jemput hadir.. hihihi” sengih Nani.

“Saya juga dijemput. Malah jadi juri” beritahu Irfan.

“Kira malam esok Encik Irfan un ada lah?” soal Nani. Ireen masih membisu. Triada perkataan yang mampu dikeluarkan dari mulutnya.

“Ya.. datanglah. Tak salah vberi sokongan” kata Irfan sebelum pergi meninggalkqn mereka berdua.

“Esok aku ambil kau di rumah sewa” senyum Ireen. Nani ketawa

“Aik!!!.. dah ada suara dah?” per;i Nani. Ireen menampar lembut pipinya.

“Itu namanya pesona cinta.. samapi hilqang suara hehehe” sengih Ireen.


   Ireen menjemput Nani di rumah. Dalam perjalanan Nani banyak membisu.

“Kau kenapa?” soal Ireen.

“Aku tak tahu apa motif si Lily tu ajak kita” beritahu Nani.

“Lily?” Ireen sedikit terperanjat.

“Kau tak tahu ke... majlis ni anjuran presiden kelab budayawan... lily!”. Ireen menekan brek keretanya.

“Ni mesti nak dajal aku ni” Ireen menggoyang – goyangkan bibirnya. Nani mengangguk setuju.

“Malam apa ni?. Puisi atau pantun?” soal Ireen inginkan kepastiqan dari nani yang tahu segalanya.

“Puisi bebas” jawab nani. Ireen ketawa dan  meneruskan perjalanan. Setibanya mereka di dewan, mata Lily tertumpu pada Ireen yang berpakaian sangat anggun.  Baju kebaya pendek rona hitam itu membuatkan Ireen tam[ak anggun sekali. Lily mencebik. Dia cuba merapati Irfan yang sudah pun tiba lebih awal. Dia dan seorang pensyarah wanita diberikan tugas sebagai juri pada malam itu. Ireen sengaja lalu di hadapan Irfan sambil tunduk sedikit. Sengaja mencabar rasa cantik dalam dirinya. Irfan menedarinya tetapi berpura – pura tidak nampak. Ireen geram. Dia duduk di barisan tengah bersama – sama nani. Lily berdiri di hadapan pentas sebagai pengcara majlis.

“Ini adalah pertandingan puisi bebas. Tiada had penyertaan. Semua boleh libatkan diri. Kita sebagai orang melayu sepatubangga dengan bahasa dan adat budaya kita sendiri” ucap Lili.

“Jangan hanya kerana berstatus tinggi semuanya dlupakan. Kalau harta kita menggunung tapi tak menjadi melayu yang sejati pun tak guna jga ya..” Lily cuba bercanda dalam masa yang sama menempiaskan kata – kata itu buat Ireen. Nani menyiku lembut pinggang Ireen yang hanya memerhatikan Irfan dari belakang. Serang peserta lelaki telah habis memeberikan uisi mengenai alam sekitar. Ireen menguap. Sangat mengantuk!. Beberapa orang penun tut juga sudah mendeklamasikan sajak mereka. Ada yang menarik perhatian Ireen dan ada njuga yang membosankan.. Lily naik semula ke pentas.

“Ini ada satu permintaan dari penonton ya. Minta penuntut paling popular di kolej ini mendeklamasikan sajaknya secara sponta.... Puteri Ireen!!” sengaja Lily menguatkan suaranya. Terbeliak biji mata Ireen. Nani menelan air liur.

“Mampus kau!!” bisik Nani.

“Cakap kat mak aku yang aku sayang dia. Kereta aku, aku beri pada kau tapi cakap kat Encik Irfan... sedekah Al – Fatihah pada aku setiap malam jumaat!” senyum Ireen. Nani meneopuk dahinya. Ireen naik ke pentaqs dengan tenang. Dia memandang Irfan yang memandangnya.

“Silakan Puteri Ireen” senyum Lily. Ireen  menarik tangan Lily rapat kepadanya.

“Kau saja nak kenakan aku ya?” bisik Ireen.

“Suka hati akulah!” jawab Lily dan terus turun. Ireen berdehem beberapa kali. Nani menutup mukanya.. Ireen menarik nafas panjang sebelum memulakan puisinya.

“Puisi ini adalah satu luahan buat seseorang yang tahu siapa dia di hati saya. “ senyum Ireen sambil tersenyum manis. Dia berdiri dengan penuh keyakinan dan mengeluarkan bait – bait puisi yang mengejutkan semua orang.

Dia sebenarnya  pencetus kerinduan..
Seperti menjadikan rembulan itu madah kerinduan
Seperti rembulan.. tetapi tidak jatuh ke ribaan
Tidak jatuh juga di lautan sepi
Kernana rembulan itu static di situ...
Tidak ke bawah jika ditarik dan tidak ke atas jika ditolak...

Kau tahu aku...
Kerana aku ada disebalik rasa cintamu..
Kau tahu, ianya  seperti menoleh tidak dipanggil
Mendengar tidak dibisik
Jugaa tidak merasa walau disentuh..
Itu cinta milikku...

Kau senyum.. aku tahu
Kerana apa?.. aku tak pasti..
Tetapi hakikatnya tuhan itu maha pengasih..
Menciptakan suatau perasaan indah dalam diri untuk diberikan kepadamu...
Kau insane terpilih?... tidak..
Akulah insan terpilih kerana dianugerahkan rasa cinta itu buatmu.. walau kau tak mampu menerimanya.
Jangan kesal jika cintamu tidak padaku kerana aku tahu cinta suci tidak perlukan
Pembalasan tetapi cukup sekadar melihat senyuman itu di bibirmu...

Ireen senyum. seluruh dewan sepi. Irfan juga tergamam tetapi matanya tidak lepas dari memandang Ireen yang anggun di hadapan matanya. Dia tahu puisi itu untuknya. Dia sedikit tertarik deengan Ireen. Wanita dihadapannya itu cukup gugup bila berhadapan dengannya tetapi cukup berani memberikan sebuah puisi yang terang – terangan untuknya. Seluruh dewan bangun dan memberikan tepukan gemuruh untuk Ireen. Lily menjeling tajam. Hasratnya   untuk memalukan Ireen tuidak berjaya. Ireen turun ke bawah dan memberikan senyjman paling manis untuk Irfan. Dia duduk di sebelah Nani.

“Wah.. mana kau belajar ni.. aku dah kecut perut tadi” ujar Nani. Ireen ketawa.

“Kau tahu tak yang aku ni dulu pernah menang sayembara Puisi peringkat negeri. Setakat puisi cinta untuk Encik Irfan tu... kacang botol kicap!” lagak Ireen. Nani ketawa.

Atas persetujuan semua pihak, ireen diumumkan sebagai pemenang. Tersenyum lebar Ireen apabila menerima hamper dari pihak penganjur.. setelah selesai dia berjalan ke kertanya bersama Nani.

“Encik Irfan!” Ireen terkejut apabila Irfan menunggunya di kereta. Tangannya mula menggigil. Hampir terlepas hamper di tangannya. Mujur Nani sempat menyambutnya.
\
“Terima kasih” senyum Irfan. Nani senyum.

“Mana boleh pensayarah mengurat student ni, Encik Irfan!” usik nani.

“Pandai kau saja. Bolehlah. Aku rela jer!” kata Ireen kemudian menutup mulutnya. Terlepaqs cakap lagi. Irfan ketawa.

“Mari saya belanja makan” ajak Irfan.

“Ha.. ala, takkan pakai ketat – ketat macam ni nak p[ergi makan” kata Ireen.

“Tak Apa, kita makan makanan dalam hamper ni ok?” cadang nani.

“Ketat sangat ke?” soal Irfan.

“Pakai corset ni.. kalau tak perut tak cantik pakai kebaya ketat” jujur Ireen. Irfan senyum.Ireen sangat berterus terang. Akhirnya Irfan mengambil keputusan untuk belanja mereka makan tengahari pada esok hari. Hati Ireen melonjak gembira. Di2cubitnya pipi Nani yang semakin tembam itu.

“Auu... sdatanglah gatal dia tu” jeling nani. Ireen terus menghisupkan enjin kereta dan terus mengahntar Nani pulang ke rumah.

6 comments:

  1. hehehe sebijik macam budak tu waahahaha....Irfan, Ireen haaa ni kakak dia Irna hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti kalam cinta macam ireen ni heheh..
      kena sindrom gagap n gelabah...
      :)

      Delete
    2. tak lah pangkal nama jer yg sama ada IR cheeewaahh dah mcm engineer dah Ir...waahahahaha gagap takkkk gugup yaaaa..hehehehe...

      Delete
    3. hahahaha..... Gugup ok lagi, jangan parkinson udah le hihihi oo .. nama kalam irna yek. iza panggil irna lah yek..

      Delete
  2. Wani mcm mana yer awak dpt idea dan ilham menulis....saya teringin nak menulis tapi xde keberanian nak berbuat begitu. so endup saya just read kisah orang lain....takut orang gelakkan karya saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bukannya pandai menulis tapi saja hentam ..
      ok.. kalam cinta fikir camni saja..
      "ini blog aku, suka hati akulah nak tulis apa pun, salah macam mana pun, kalau suka diorang baca syukur.. kalau x suka apa boleh buat... siti nurhaliza pun ramai yang x suka."..... lega fikir cam gitu.
      kalam tulis saja. saya follow blog kalam k...
      dapat idea tu sebenarnya akan ada secara automatik bila start menulis. kalam start menulis..... nanti idea tu akan datang sendiri. dan bila kita menulis novel ni kadang - kadang dalam kereta nak pergi pasar pun dapat idea.... kira kita ni akan jadi orang yang agak kuat berangan (berangan jalan cerita seterusnya)...
      ala... kalam tulis. iza akan bagi sokongan. lgpun iza tengok kat blog kalam ... cara menulis dan style kalam buat ayat best ajer...... go kalam go!!!!

      Delete