Tuesday, 9 October 2012

terima kasih beb - bab 23

*** kalau ada kesalahn ejaan atau tatabahasa saya mohon maaf. x leh nak semak kat skrin lelama ler... maaf ya... saya yang serba kekurangan ini cewahhhh :)


BAB 23

Sudah berkali – kali pelajar kolej berhampiran restoran Luqman cuba menawan hatinya. Lily nama pemilik tubuh langsingdan berwajah lembut. Minatnya pada Luqman bukan kepalang. Semakin Luqman menjual mahal, semakin dia berani menggoda. Restoran Luqman menjadi restoran tetapnya untuk mengisi perut yang kosong. Dia dan beberapa orang kawannya lebih kenyang memandang Luqman dari menjamah makanan yang terhidang di hadapan mata. Rimasnya Luqman tidak terkata. Selalu saja dia melarikan diri dari di ekori Lili dan teman – temannya.

“Saya nak jumpa chef” pinta Lily. Lela merengus.

“Datang sini untuk makan atau jumpa chef?” soal Lela dengan lembut. Lily senyum.

“kenapa kedekut sangat ni?”

“Saya bukan kedekut. Kalau chef Luqman asyik layan awak saja orang lain tak boleh makan” jawab Lela geram.     
 Lily hanya ketawa. Matanya meliar mencari kelibat Luqman. Mahu saja dia terus ke dapur mencari lelaki idamannya itu. Lela dan jiji geram tak sudah. Mereka masih mengharapkan kepulangan Amy di dalam hidup Luqman.

“Taka pa lah. Saya nak balik dulu. Sampaikan salam sayang saya pada dia ya, kak!” senyum Lily. Terus pergi tanpa menoleh lagi. Lela menggetap giginya. Mahu saja ditempeleng wajah Lily yang bujur sireh itu.

Tidak berapa lama kemudian Luqman yang tidak mengerti apa – apa keluar untuk pulang ke rumah sebentar.

“Betina miang datang lagi!” rungut Lela. Luqman mengangkat kening. Sama sekali tidak emngerti. Lela menggosok hidungnya dengan geram.

“Lily tu lah!” jeling Lela. Luqman ketawa.

“Sejak bila pula dia jadi ayam?” soal Luqman. Cuba bergurau.

“Ayam apanya?” soal Lela kembali.

“Dah tu... betina?. Ayam je dipanggil betina. Kalau manusia dipanggil perempuan ataupun wanita” sengaja mencari geram di hati Lela. Jiji ketawa.

“Dah pergi sajalah. Nanti pecah kepala aku melayan korang semua ni” bebel Lela dan terus melangkah. Banyak lagi pinggan yang perlu dihantar ke sinki dapur. Luqman terus pergi . hari ini dia perlu membawa ibunya membuat rawatan susulan.

Puan Kalsom sudah menunggu di luar rumah. Luqman memberhentikan keretanya. Puan Kalsom masuk dengan senyuman.

“Malam tadi ibu mimpi best” sengih Puan Kalsom. Luqman menoleh ke arahnya.

“Mimpi apa?. Ibu nak kahwin lagi?” usik Luqman.

“Aishhh... ibu tak mahu kahwin lagi lah!. Ibu mimpi jumpa Amy. Luqman juga jumpa dia di kawasan kampung” beriya – iya Puan Kalsom bercerita.

“Mudah – mudahan” balas Luqman. Dia terus membawa Puan Kalsom ke hospital. Kata – kata ibunya tadi membuatkan fikirannya sedikit terganggu. Amy....... tidak mampu lekang walaupun sedikit!.


Tekanan darah Puan Kalsom stabil. Lega dia mendengarnya. Sedang Puan Kalsom menunggu Luqman mengambil ubat di luar hospital, Dato Kamal berdiri betul – betul di hadapan Puan kalsom. Tiada senyuman di wajahnya.

“Buat apa kau berdiri tercegat depan aku macam tiang elektrik ni?” jeling Puan kalsom. Dato Kamal ketawa sinis.

“Aku fikrikan burung gagak mana pakai sepasang hitam macam orang baru mti laki” sinis kata – kata Dato Kamal. Puan Kalsom geram.

“Kau nak masuk tv  sebab kena ketuk dengan handbag depan hospital?” soal Puan Kalsom pula. Dato Kamal terus pergi. Dia tahu perangai Puan Kalsom. Dia akan kotakan kata – katanya.  Puan Kalsom merungut tak henti – henti. Luqman yang tidak tahu apa – apa hanya membiarkan sahaja ibunya menhomel sendirian.

                                  *********************

 Atas permintaan penonton, rancangan masakan ala kampung di teruskan lagi. Pihak produksi meminta agar Luqman memasak di kawasan Hulu Langat lagi. Kali ini mereka semua akan menyewa homestay di sana. Luqman mahu membawa ibu dan adiknya sekali. Selepas shooting, mereka akan terus mandi di Sungai Congkak.

Luqman terus menghubungi Ana. Dia tahu Ana amat mahir dengan tempat kelahirannya sendiri. Luqman mahu mengupahnya sebagai pemandu pelancong. Dia mahu dapatkan homestay yang selesa buat keluarganya.

“Inilah dia homestay Luqmanul Hakim” perkenal Ana. Luqman tersenyum memandang sebuah rumah batu yang cantik. Amat selesa sekali. Lulu dan Puan kalsom mengangguk setuju. Pokok – pokok yang menghijau mententeramkan jiwa Puan Kalsom yang sduah berserabut.

“Macam nama abang” usik Luqman. Ana ketawa besar.

“Kalau abang mahu apa – apa, telefon saja Ana. Semua Ana yang uruskan. Tuan punya homestay ni kakak angkat Ana” senyum Ana.

“Dia suka menanam tau. Semua pokok herba, sayuran kampung dan beberapa sayuran lain dia tanam sendiri” terang Ana lagi. Luqman hanya mengangguk faham.

Setelah Ana pergi, Luqman memerhati sekeliling. Dia mahu menyudahkan pengambaran program masakannya secepat mungkin. dia sudah mengarahkan pembantu produksi mencarikannya daun kadok untuk dibuat kerabu. Hampir setengah jam pembantu tiba dengan wajah yang hampa.

“Chef, tak adalah. Tanya orang kampung, tapi yang ada daun sireh. Tapi saya tak tanya semua. Malulah saya” pembantunya menggaru – garu kepala. Luqman hanya mengangguk. Lulu menghampiri.

“Kan Ana tu kata tuan punya homestay ni ada tanam pokok herba. Mesti ada daun kadok. Rumahnya pun tak jauh. Tu, yang ada atap genting warna biru tu. Ana yang tunjukkan pada Lulu tadi” cadang Lulu. Luqman mengambil masa untuk berfikir. Dia akhirnya bersetuju. Kakinya melangkah ke sebuah rumah batu  bercat biru laut. Kelihatan seorang wanita terbingkok – bongkok memotong daun rosak dari pokok cili padinya. Luqman berdiri agak jauh.

“Assalamualaikum” Luqman memberi salam.

Suara Luqman itu membuatkan gunting ditangannya terjatuh, dia tidak menoleh. Luqman dapat lihat dengan jelas wanita itu menggenggam kedua belah jari jemarinya. Kepalanya tunduk.

“Saya nak beli daun kadok saudari kalau boleh” pinta Luqman dengan sopan. Wanita itu ingin berlalu. Luqman tidak faham dengan sikap wanita itu.

“Saudari....saya”

Wanita itu terus berlari anak. Mahu membelok ke belakang rumahnya tetapi Luqman benar – benar terkejut melihat seorang wanita tua muncul sambil menahan wanita itu dari terus melangkah

“Mak Biah..” suara Luqman tenggelam timbul. Mak Biah merenung dalam – dalam anak mata Amy yang sudah pun mengalirkan cairan jernih. Amy menggeleng. Memberi isyarat agar Mak Biah tidak membocorkan rahsianya.

Luqman merenung belakang badan Amy. dia pasti benar itu isterinya. Luqman mula menghampiri. Amy memegang tangan Mak Biah. Mohon agar dia melepaskannya. Mata Amy merayu agar Mak Biah memahaminya. Dengan perlahan – lahan Mak Biah melepaskan Amy. dengan segera Amy terus pergi jauh dari situ. Luqman mahu mengejarnya tetapi di tahan oleh Mak Biah.

“Luqman ingat itu Amy ke?” senyum Mak BIah. Luqman mengangguk.

“Bukan Luqman. Itu pekerja Mak Biah. Dia memang pemalu. Dato Kamal menghalang Mak Biah dan Amy dari bertemu” nafi Mak Biah.

“Macam mana pula Mak Biah boleh jumpa dia di sini” tambah Mak Biah sambil ketawa kecil. Luqman tunduk dengan rasa hampa. Tanpa mengambil masa yang agak lama Luqman terus mengucup tangan Mak Biah.

“Dah lama kita tak berjumpa” senyum Luqman. Ada riak hampa pada wajahnya.

“Luqman kecewa?” soal Mak BIah lagi. Luqman terdiam.

“Mungkin saya terlalu rindukan dia hinggakan nampak pembantu Mak Biah itu sepertinya” snyum Luqman walaupun kelat. Mak Biah mengintai ke belakang. Nampak gayanya Amy sudah pergi jauh dari situ. Setelah mendapat segenggam daun kadok dari Mak Biah, Luqman terus pulang ke rumah penginapannya dan berjanji akan melawat Mak Biah pasa keesokan harinya.

Amy berlari jauh dari kawasan rumahnya. hampir dengan sungai yang mengalir. Amy terduduk. Air matanya berjuraian. Menahan sebak yang amat sangat.

“Kenapa kau harus datang lagi sayang... aku lemah bila kau hampir denganku. Aku lemah sayang... kau tahu betapa inginnya aku menyentumu tadi. Memelukmu dan mengungkap kata rindu yang sekian lama terpendam?. Aku benci dengan diriku sendiri. Aku bodoh!!! Bodoh!” jerit Amy.

“Kenapa tak katakana saja?” soal satu suara dari belakang. Suara seseorang yang amat Amy kenali dan rindui. Amy menoleh ke belakang.

“Lulu...” Amy menangis lagi. Lulu terus menerpa Amy dan memeluknya erat – erat.

“KAk Amy kenapa sampai jadi begini?” soal Lulu. Turut sama menangis. Dikesatnya iar mata Amy yang sentiasa mengalir. Amy memandang sekeliling.

“Abang tak ada dan dia tak tahu” tutur Lulu. Amy memeluk Lulu sekali lagi.

“Kak Amy rindukan Lulu” ucap Amy. tersedu sedan.

“ABang?” soal Lulu. Melonggarkan pelukannya. Amy menangis lagi. Siapa yang tidak rindukan insan yang bergelar suami?. Meyayangi dan mengasihi sepenuh hati. Luqman nyawanya... Luqman juga penawar bagi kesengsaraannya. Amy tidak mampu menjawab.
Dia mengosok wajahnya.

“Lulu... jangan beritahu Luqman yang Kak Amy ada di sini” pinta Amy.

“Tak mahu berjanji. Buat apa Lulu rahsiakan semuanya” Lulu cuba mencabar Amy. tergamam Amy dibuatnya.

“Tolonglah Lulu” rayu Amy.

“Lulu tak faham mengapa susah betul Kak Amy nak faham abang. Cuma hidup bahaia di samping dia. Itu sahaja”

“Papa kak Amy?” soal Amy.

“Biarkan saja “ jawab Lulu selamba.

“Dari benih dan kasih sayang dia Kak Amy lahir ke dunia ini. Walau sejahat mana pun dia, tanpa restu dari dia Kak Amy dan Luqman tak akan bahagia, Lulu” mendatar sahaja suara Amy. kali ini Lulu tewas. Terpaksa bersetuju.

“Lulu lama lagi di sini?” soal Amy. Lulu merenung wajah Amy yang sememangnya jelas kelihatan rasa duka dan sengsaranya.

“Lulu akan pastikan abang lama di sini agar Kak Amy dapat melihatnay dengan puas” senyum Lulu. Memegang pipi kakak iparnya. Amy senyum.
Lulu pulang ke rumah. Luqman yang sedang sibuk memotong daun kadok memandang Lulu kehairanan.

“mata masuk habuk?. Macam orang lepas menangis saja. Pergi jalan tak ajak abang pun” sengih luqman.

“Bukan best pun jalan dengan abang” jawab Lulu. Luqman ketawa besar. Lulu terus masuk ke dalam rumah. Duduk terperap di dalam bilik. Tidak mahu duganggu sesiapa. Sebenarnya dia berasa terlalu sedih melihatkan penderitaan Amy yang begitu menyentuh perasaannya. Dia berkira – kira mahu memberitahu Luqman atau pun tidak. Akhirnya dia tertidur keletihan. Yang oasti hari esok pasti ada buat Luqman dan Amy...


                                                   ****************

“kenapa susah sangat Amy nak kembali pada  luqman?’ soal Mak biah. Tangannya ligat menyusun pinggan di dapur.  Amy membisu. Kadang kala dia rasa ingin mati sahaja. Hidupnya seperti tiada makna lagi.

“Amy tahu tak Amy berdosa meninggalkan suami Amy begitu” Mak Biah memandang wajah Amy yang dari tadi asyik mengoyak kertas suratkhabar menjadi cebisan kecil. Mak Biah merampas kertas suratkhabar itu dari tangan Amy. tterkejut Amy dibuatnya.

“jangan seksa diri Amy begini!” kali ini suara kedengaran agak tegas. Amy memicit hidungnya. Tidak tahu apa yang harus dijawabnya. Dia tidak mampu menipu wanita dihadapannya itu.

“Soal papa... dia takkan mengaku Amy darah dagingnya sendiri dan dia akan pergi begitu saja hingga dia mati. Amy sayang papa” mendatar suarnya. Mak Biah menggeleng kepala.

“Amy ni sudah besar tetapi senang benar ditipu. Amy fikir lelaki yang cintakan wang ringgit seperti Dato Kamal itu akan melepaskan semua hartanya dengan mudah?”

“Itu semua tipu daya Dato Kamal” ujar Mak Biah. Amy terdiam. Ada benar kata Mak Biah itu. Papanya memang gilakan wang ringgit!

“Amy nak pergi mandi” kata Amy. memberi alasan. Dia bangun dan terus masuk ke dlaam biliknya. Tuala disangkut ke bahu tetapi langkahnya terhenti. Matanya memandang ke luar tingkap. Kelihatan Luqman sedang sibuk berbincang dengan krew produksi. Bibir Amy mengukir senyum.

“Aku cinta padamu sayang...” bisiknya.

Dia berdiri lama di tingkap. Melihat Luqman dengan penuh rasa cinta. Air matanya mengalir lagi. Dibiarkannya membasahi pipinya yang putih merah itu. Lelaki yang direnunginya itu masih mendebarkan jiwanya seperti dulu.


Lulu datang ke rumah Amy dan Mak Biah. Dia terbongkok – bongkok menyorok dari dilihat abang dan ibunya. Amy ketawa kecil melihat adik iparnya yang mengurut – ngurut pinggangnya akibat lenguh.

“Tak payahlah terbongkok – bongkok begitu” senyum Amy.

“Takut Abang Maman dan ibu nampak” jawab Lulu.

“Terima kasih sebab merahsiakan semua ini dari abang Maman” Amy memegang jari jemari Lulu. Hanya senyuman kelat yang mampu diberikan oleh Lulu bagi menjawab tanda terima kasih Amy tadi.

“Sampai bila?’ soal Lulu. Amy terdiam. Mak Biah juga merenung Amy seperti mana Lulu. Amy mengeluh. Dilepaskan tangan Lulu perlahan – lahan.

“Tak apalah. Kak Amy tak rindu nak melihat abang Maman dari dekat?’ soal Lulu lagi. Amy mengangguk lemah.

“Taka pa, malam ni kak Amy datang ke rumah yang kami duduk tu. Tapi senyap – senyap. Bila Abang Maman dah tidur kita masuk bilik dia” cadang Lulu.

“Nak maut!. Buatnya Luqman sedar?’ soal Amy kembali.

“Tak punya!! Pandai – pandai kitalah. Nanti Lulu bagi Abang Maman ubat tidur” sengih Lulu. Terbeliak mata Amy dan Mak BIah mendengarnya.

“Janganlah buat suami akak begitu”Amy mengerut dahi. Lulu hanya ketawa.

“Biarlah abang Maman tidur. Dia sibuk benar sejak dua menjak ni. Bila bagi ubat tidur dia akan rehat secukupnya” kata Lulu. Amy terdiam dan akhirnya mengangguk setuju. Tidak sabar rasanya mahu menunggu hari menjadi gelap.
  
                                     *******************

“Abang... minumlah susu ni” pelawa Lulu sambil meletakkan segelas susu di hadapan Luqman yang sedang sibuk melayari internet. Luqman memandang Lulu dengan wajah yang pelik.

“Kenapa tiba – tiba adik Abang Maman ni rajin sangat?’ soal Luqman. Lulu menggaru – garu kepalanya. Cuba mencari helah.

“Saja. Lulu kan nak kahwin tak lama lagi sebab tu kena berlatih dari sekarang” jawab Lulu. Luqman ketawa.

“Letak dulu di situ. Nanti abnag minum ya. Terima kasih” senyum Luqman. Lulu terus keluar dari bilik Luqman. Dia memegang telefon bimbitnya ke sana ke mari. Puan Kalsom sudah lama tidur. Tidak sampai sejam, Lulu mengintai Luqman di dalam biliknya. Dia tersenyum lebar. Abangnya sudah tidur lena. Cepat – cepat Lulu menghubungi Amy yang sudah pun berdiri ;ama di belakang rumah. Perlahan – lahan Amy dan Lulu masuk ke dlaam rumah. Mujurlah semua krew produksi sudah pulang. Tinggal mereka bertiga sahaja di dalam rumah.

Pintu bilik Luqman dibuka perlahan – lahan. Lulu membiarkan Amy dan Luqman yang sedang tidur itu berdua di dalam kamar. Dia berdiri tegak di hadapan pintu yang tertutup rapat. Amy berlutut di tepi katil. Matanya bersinar merenung wajah Luqman yang sedang tidur. Tangannya memegang tangan Luqman. Amy mencium tangan suaminya setelah setahun lebih mereka terpisah. Air matanya jatuh mengenai tangan Luqman. Amy cepat – cepat mengesatnya. Amy bangun dan mencium dahi Luqman dengan berhati – hati.
Dia berbisik perlahan di telinga Luqman. Dia yakin Luqman tidak sedar.

“Amy cintakan abang...” bisiknya perlahan. Dia tidak dapat menahan diri dari memeluk Luqman. Perlahan – lahan dia merapati tubuh Luqman dan memeluknya. Setelah hampir seminit Amy terus keluar dari bilik Luqman. Amy mengesat air matanya.

“Terima kasih dik..” senyum Amy dan terus pergi sebelum semua orang terjaga. Dia menoleh. Memandang bilik Luqman . rindunya sedikit terubat. Amy mengatur langkah pulang ke rumahnya sendiri. Masuk ke dalam bilik dan menangis sepuas hati.

Pagi itu Amy rasa sedikit gembira. Dia yang baru saja mahu memakai selipar menjadi kelam kabut dan terus masuk ke dalam rumah. Menyorok di belakang pintu dapur. Duduk menyorok. Luqman menghampiri pintu dapur dan memebri salam. Mak Biah yang baru sahaja keluar dari tandas terpinga – pinga melihat Amy duduk terperonyok di belakang pintu. Dia menyambut Luqman dengan senyuman manis.

“Luqman nak masuk ke dalam?. Kalau nak masuk ikut pintu hadapan” pelawa Mak Biah.

“Tak apa Mak Biah.. kita duduk di pangkin ni sahaja” kata Luqman dan terus duduk di pangkin yang terletak betul – betul di sebelah pintu dapur. Dia mengeling ke dalam.

“Kenapa tak bawa ibu sekali?” senyum Mak Biah. Duduk di sebelah Luqman.

“Dia tak mahu ikut.Luqman nak pelawa Mak Biah datang KL” senyum Luqman lagi.

“Ada apa?” soal Mak Biah.

“Luqman nak kahwin” kata Luqman. Terkejut besar Mak Biah mendengarnya. Apatah lagi Amy. dia memegang dadanya yang terasa begitu sakit. Dadanya berombak. Menahan kesedihan.

“kahwin dengan siapa?” soal Mak Biah. Cuba bersikap tenang.

“Kawan Luqman masa belajar dulu” jawab luqman. Memandang jauh ke hadapan.

“Luqman tak sayangkan Amy lagi?” soal Mak Biah. Luqman tersenyum sinis. Diam sebentar. Kemuadian menyambung perbualannya.

“Buat apa sayangkan wanita yang tak sayangkan kita, Mak Biah. dia boleh tinggalkan saya begitu saja. Maksudnya saya ni tak bernilai apa – apa buatnya”

Amy memejam matanya. Sakitnya bukan kepalang. Air matanya sudah pun gugur. Dia menahan esak dari didengari oleh Luqman dan Mak Biah.

“Aku cintakan kau.. sayang!” bisiknya. Dia tidak tahu mahu buat apa lagi. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia keluar dan memeluk suaminya itu. Mahu sahaja diluahkan seluruh rasa cinta yang terpendam di lubuk hatinya itu. Rasa sakit di hatinya itu membutakan Amy tidak lagi mampu mendengar apa lagi yang dituturkan Luqman. Dia perlahan – lahan masuk ke dalam biliknya. Mengambil bantal dan menekup mukanya. Dia menangis semahu – mahunya. Dia tidak salahkan Luqman. Itu permintaannya dulu. Kini dia terjerat sendiri dengan kata – katanya. Apabila Luqman pergi dari rumahnya, Amy meranung sekuat hati. Dibalingnya bantal ke bawah. Sakit di jiwanya tidak tertahan lagi.


Mak Biah masuk ke dalam bilik Amy selepas Luqman pergi meninggalkan rumah mereka. Mak Biah mengeluh oanjang. Dipegangnya tangan Amy. digosok dengan lembut.

“Mak Biah dah beritahu bukan?. Dia lelaki, Amy!. sudah pasti di fikir Amy tidak pedulikan dia lagi. Dia sudah berjumpa dengan seseorang yang boleh menggantikan Amy. dia dah pun penuhi kata – kata Amy” ujar Mak Biah.

“Tapi perlukah seawall ini?” soal Amy pula. Mak Biah mengangkat bahunya.

“Pergi saja kepada Luqman!” kata Mak Biah. cuba memberi semangat.

“Sudah terlambat!” jawab Amy. tterus bangun dan keluar dari rumah. Dari jauh dia melihat Luqman sudah bersiap – siap memasukkan beg pakaian ke dalam keretanya. Menurut Ana, mereka akan meluangkan masa selama beberapa hari di sini... fikir Amy. dia berjalan  -perlahan – lahan. Menghampiri mereka di sebalik pokok renek yang merimbun.

Sedang asyik Amy memerhatikan mereka berdua, Ana tiba dari belakang dan menepuk bahunya. Terkejut Amy seketika. Amy memandang Ana yang turut sama mengintai.

“Kata nak balik beberapa hari lagi?” soal Amy.

“Abang Luqman saja balik. Yang lain tinggal di sini. Katanya nak uruskan pertunangan dia. Tak sangka abang Luqman dah nak bertunang. Melepaslah Kak Amy. itulah, nak mengurat terang – terangan bukannya menyorok macam ni. Macam mana abang Luqman nak tahu Kak Amy cintakan dia” bebel Ana. Amy menggetap bibir. Mahu saja di tarik bibir Ana yang agak nipis itu. Amy terus pergi. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia hanya mampu memandang kereta Luqman pergi meninggalkannya begitu sahaja.

                            ************************

Lulu ke dapur. Segelas susu yang masih belum berusik kelihatan di atas sinki. Lulu menggigit bibir. Itu gelas yang sama... aku yang bancuhkan untuk Abang Maman, fikirnya.

“Ibu... ini susu ibu ke?” soal Lulu. Puan Kalsom menggeleng.

“Bukan Lulu ke yang bancuhkan untuk Abang Maman?” soal Puan Kalsom semula. Lulu mengangguk.

“Kalau dia tak minum maknanya malam tadi abang Maman tak benar – benar lenalah!. Abang Maman sememangnya senang terjaga.” Bebel lulu sendirian. Puan Kalsom terus ke biliknya. Mahu berehat.

Luqman memeang senang terjaga. Kalau dia sedang tidur di sofa, Lulu yang turun ke dapur pun diaboleh tahu. Lulu mula mengesyaki Luqman tahu akan kedatangan Amy pada malam itu tetapi berpura – pura tidur. Perlukah aku beritahu Kak Amy?.... bisik hati kecilnya.

Akhirnya Lulu mengambil keputusan mahu membiarkannya sahaja. Kali ini biarlah Luqman dan Amy menyelesaikan masalah mereka bersama. Lulu tersenyum. Apalah yang Kak Amy buat pada Abang Maman malam tadi.....

Amy duduk memeluk lututnya menghadap sungai yang mengalir. Kadang – kadang dia mencengkam sedikit rambutnya. Geram dan menyesal dengan apa yang telah dan bakal terjadi. Dia sememangnya sakit hati bila mengenangkan Luqman akan berkahwin lagi sedangkan itu permintaannya dahulu. Rupanya Ana mengekorinya dari tadi.

“Abang Luqman ajak Ana pergi kenduri kahwin dia. Kakak nak ikut?” soal Ana. Amy menjeling tajam.

“Aik... tajamnya jelingan. Macam nak makan Ana saja!” usik Ana.

“Ana tahu siapa perempuan yang Abang Luqman nak kahwin tu?’ soal Amy.

“Tahu. Katanya kawan sekolah lama. Kira macam awek lama lah!”jawab Ana bersungguh – sungguh.

Amy merengus. Dia membaling batu ke dalam sungai sekuat hati.Geram!!!!..


Luqman tidak ke mana. Dia hanya menyebarkan khabar angin palsu bagi memerangkap Amy semula. Malam tadi dia tidak tidur!. Sewaktu mendengar tapak kaki menghampiri kamarnya malam itu, Luqman cepat – cepat berpura – pura tidur. Dia sebenarnya sudah syak dari mula lagi. Adiknya yang satu itu tidak pernah membancuh air untuknya. Apatah lagi waktu bercuti begini. Dia dengar segalanya. Dia merasai kehangatan pelukan Amy. dia menghidu haruman Amy yang masih sama. Cabarannya pada waktu itu dia perlu menahan rasa rindunya pada Amy. menahan keinginan untuk memluk isterinya sepeti dulu. Amy tidak tahu setelah dia melangkah pergi pada malam itu, air mata lelakinya jatuh. Dia faham dan dapat rasakan keperitan Amy. dia tahu betapa deritanya Amy kerana berpisah dengannya. Dia nekad!. Dia perlu mendapatkan Amy semula. Dia sudah berpakat dengan Ana. Diia menceritakan segalanya pada Ana sehingga remaja 18 tahun itu mengalirkan air mata mendengar kisah mereka berdua. Wanita yang bakal menjadi ‘isteri’ palsu Luqman adalah sepupunya sendiri. Diba, adalah kakak sepupunya yang tinggal di rembau. Dia datang bercuti ke rumah Ana. Semuanya sudah di atur. Diba yang sememangnya cantik dan pandai memasak itu memberi kelebihan pada Luqman untuk membuat Amy tidak senang duduk.  Luqman ke rumah Ana untuk mengambil Diba. Puan Kalsom dan Mak Biah juga tahu perkara sebenar. Yang tidak tahu cuma Amy dan Lulu. Mereka semua berganding bahu bagi menyatukan Amy dan Luqman kembali.

“Assalamualaikum..” Puan Kalsom memberi salam. Amy mengintai dari celah tingkap. Kelihatan Puan Kalsom, Lulu dan Luqman berdiri di bawah. Mata Amy membulat memandang sesusuk tubuh yang ramping dan cantik. Berdiri di sebelah Luqman. Amy pasti itu bakal isterinya. Amy menutup tingkap perlahan – lahan. Lulu mencuka. Benci dengan wanita yang sentiasa berdiri di sebelah abangnya. Menggedik!!!!!! Jerit hatinya.

“Ini siapa?” soal Mak Biah setelah mereka semua duduk di kerusi rotan. Diba duduk bertempoh di bawah.

“Bakal isteri saya” jawab Luqman. Amy yang mendengarnya menjadi geram. Dibalingnya bantal ke dinding dengan kuat.

“Apa tu?’ soal Puan Kalsom. Sedikit terkejut. Mak BIah tersenyum. Mengenyit mata memandang Luqman yang sudah pun tersenyum.

“Bila nak kahwin ni?” soal Mak Biah lagi.sengaja memancing rasa tidak senang dalam diri Amy. Puan kalsom mencuit belakang badan Diba.

“Tak lama lagi, makcik!. Dalam dua tiga bulan lagi ya, sayang” manja sungguh suara Diba. Lulu menjeling. Marah betul dengan kehadiran wanita ini secara tiba – tiba.

“Ya, sayang” jawab Luqman. Kali ini Amy sudah tidak tahan. Dia membaling dua tiga biji bantal ke pintu biliknya yang tertutup rapat. Luqman berdehem. Puan Kalsom menutup mulutnya menahan tawa. Lulu pening. Tidak faham dengan abangnya. Dulu bukan main kecewa tetapi sekarang dengan mudah menggantikan Amy dengan Diba!

“Bedah... buatkan air. Letak di dapur saja nanti Mak Biah ambil” jerit Mak Biah. Nasib baik pintu biliknya tidak boleh dilihat dari ruang tamu. Pintu bilik Amy menghadap dapur jadi senang untuk dia ke dapur tanpa dilihat oleh mereka yang duduk di ruang tamu. Amy geram. Dibancuhnya kopi. Tangannya mencapai gula. Dia termenung seketika. Dia meletak semula gula di atas rak. Dicapainya garam. Dibubuhnya sehingga lima sudu garam di dalam kopi. Kemudian diambilnya kicap yang terletak di atas meja. Dicampurnya semua bahan ke dalam kopi kemudian meninggalkannya. Selepas beberapa minit Mak Biah ke dapur. Mengambil dulang berisi kopi dan kuih karipap yang dibuatnya pagi tadi.

Lulu yang panas hati terus mencapai cawan yang berisi kopi. Dia menghirup. Matanya terbeliak. Membulat menahan rasa masin. Kemudian dia meletakkan cawan itu di atas meja kopi. Diba pula mengambil cawan dihadapannya yang berisi kopi dengan sopan santun. Menghirupnya dengan perlahan. Da terserdak. Diba memandang Luqman.

“Kenapa sayang?” soal Luqman.

“Masin..” adu Diba. Luqman memandang bilik Amy. dia tersenyum. Amy yang mendengarnya dari dalam bilik tersenyum puas.

“Dah.. jangan minum. Nanti kita minum diluar” kata Luqman. Puan Kalsom mengurut dadanya. Mujur aku tak minum.... lega! Sengih Puan Kalsom. Mak Biah mencubit perlahan paha Puan kalsom sambil menahan ketawa.

“Luqman, dia cemburulah tu” bisik Puan Kalsom. Mak Biah mengiyakannya.

“Nak honeymoon kat mana pula ni?” soal Puan Kalsom pula.

“Kita nak honeymoon di London kan sayang” jawab Diba. Sengaja dilenggokkan suaranya. Amy sudah tidak tahan. Dia keluar melalui pintu belakang. Dihempasnya pintu sekuat hati.
Luqman tunduk. Dia tahu hati Amy sakit tetapi dia terpaksa lakukannya demi Amy.

“Lama – lama nanti dia tak tahanlah tu. Dia kalau marah dia akan ke sungai belakang sana tu” beritahu Mak Biah. Luqman bangun. Dia mahu mengekori Amy dari belakang.

Lulu rasa dia tidak tahu perkara yang mereka semua tahu. Dia bangun dan duduk di samping ibunya.

“Ibu... apa ni?. Kata nak kahwinkan Abang Maman dengan Diba ni lepas tu galakkan abang dengan Kak Amy pula?” soal Lulu. Mereka semua ketawa termasuk Diba.

“Lulu... saya hanya jadi penghubung antara Luqman dan Amy. anggap saja saya ni pelakon tambahan” sengih Diba. Lulu mengerti. Terus dipeluknya Diba. Terkejut Diba dibuatnya.

“Terima kasih. Saya sayang awak!” ujar Lulu. Dia tersenyum puas. Kali ini Amy pasti akan kembali ke pangkuan Luqman.

Luqman duduk agak jauh dari Amy yang dengan rasa marah membaling batu besar ke dalam sungai. Suaranya cukup jelas didengari. Luqman senyum. Amy mencabut pula pokok renek di situ. Mulutnya terkumat kamit.

“Dia tu suami aku tahu tak?. Siapa kau yang nak rampas dia dari aku?. Memanglah aku ada suruh dia kahwin lain tapi itu masa aku tak boleh fikir apa – apa!. Kau tak boleh sentuh suami aku tahu tak!!!!!” jerit Amy. kali ini dia duduk pula di atas batu besar. Di ambilnya ranting kayu dan dipukulnya batu di sebelahnya.

“Kau ingat aku ni tunggul?. Siapa pun tak boleh sentuh Luqman. Dia milik aku! Dia suami aku! Dia kekasih aku!.. aku benci betullah dengan kau Diba. Cakap manja – manja konon!. Ingat kucing siam???. Nak je aku lepuk kau tu tahu tak??.. lagi satu, kau tak tahu ke yang aku cinta bagai nak gila dengan Luqman tu?. Luqman pun satu, senang – senang nak gantikan si Diba tu dengan aku. Apa?... ingat cantik sangat Diba tu!!! Aku benci!!!!!” jerit Amy. kemudian di memegang perutnya. Mengusap beberapa kali sebelum air matanya jatuh.

Suaranya sudah tidak meninggi lagi. Luqman mara ke hadapan. Lebih dekat tetapi tidak dapat dilihat oleh Amy. suaranya sedikit perlahan tetapi cukup jelas untuk didengari.

“Kita dah ada anak dulu.. sayang” Amy menangis. Luqman benar – benar terkejut.

“Anak kita gugur masa Amy tinggal di New Zealand dulu. Masa tu kandungan Amy dah sebulan lebih. Amy nak pulang ke Malaysia cari sayang tapi Amy takut.... doktor kata Amy terlalu tertekan sebab itu kita kehilangan bayi kita” Amy menangis lagi. Luqman memejam matanya. Tidak sanggup mendengarnya lagi.

Amy menangis dan terus menangis. Mahu sahaja Luqman pergi mendakapnya. Menenangkannya dengan penuh rasa cinta. Luqman tidak putus – putus memandang Amy sehinggalah Amy rebah. Pengsan!. Luqman sangat terkjut. Dia terus mendapatkan Amy dan mendukung Amy pulang ke rumahnya.

Mak Biah sangat panik. Puan Kalsom dan mereka yang lain sudah pulang ke rumah. Amy di baringkan di atas katilnya. Luqman menyelimutkan Amy. Disentuhnya perut Amy... Luqman turut merasa sakitnya!.dikucupnya dahi Amy sebelum keluar mendapatkan Mak Biah.

“Mungkin dia terlalu sedih dan tertekan” kata Mak Biah. turut berduka.

“Mak Biah pasti Amy tak sakit apa – apa?” soal Luqman.

“Tak... dia tak sakit. Dia tertekan, Luqman. Lebih – lebih lagi bila dia fikir Luqman mahu berkahwin lain”

“Luqman nak tanya sikit” wajah Luqman kelihatan sangat serius.

“Amy pernah hamil?” soal Luqman. Mak Biah menarik nafas dalam – dalam. Dia mengangguk.

“Ya. Dia dah hamil sebelum berangkat ke New Zealand dulu tapi dia tahu pun selepas dia duduk di sana. Dia gugur, Luqman” jawab Mak Biah. Luqman tunduk memandang lantai.

“Kenapa perlu dia lalui semuanya sendiri?” soal Luqman. Matanya berkaca.

“Dia kehilangan semuanya, Mak Biah. walhal hakikatnya dia tak pernah kehilangan saya” Luqman meraup wajahnya.

“Saya akan panggilkan doktor. Dia perlu diperiksa” kata Luqman dan terus meminta diri unruk keluar. Mak Biah masuk ke dalam kamar Amy. direnungnya wajah Amy yang agak pucat.Mak Biah menangis.

Luqman tidak dapat masuk ke dalam kerana Amy sudah sedar. Doktor memeriksa keadaan Amy dengan teliti. Mujurlah Amy tidak apa – apa. Dia tertekan dan langsung tidak mengambil apa – apa makanan pada hari itu. Doktor memberinya vitamin dan beberapa jenis ubat lagi. Amy masih belum kuat. Dia makan sedikit sebelum makan ubat dan tidur setelah dipaksa oleh mak Biah. Luqman menghantar doktor pulang.

Mak Biah melurut rambut Amy. dia telah melalui dugaan yang besar dari dulu lagi. Perkahwinannya dengan hady hancur akibat siakp Hady dan nafisah yang sentiasa menjadi racun di dalam hidupnya. Setelah mendapat suami sebaik Luqman, papanya pula menjadi penghalang cinta mereka berdua. Mak jah berasa sangat bersyukur kerana tuhan telah menganugerahkan Luqman buat Amy. kesabaran dan kematanagn Luqman mamapu mempertahankan hubungan mereka berdua walaupun acapkali dilanda badai yang tak pernah berkesudahan.

Hari sudah gelap. Amy membuka matanya. Cuba bangun. Dia agak tidak bermaya. Mak Biah tersenyum memandagnya.

“Siapa yang angkat Amy balik ke rumah?’ soal Amy. Mak Biah diam sebentar.

“MAk Biah dan beberapa orang yang kebetulan lalu di situ. Ternampak Amy terbaring sendirian” jawab Mak Biah.

“Amy macam rasa Luqman ada di sisi Amy tadi” dia memandang Mak Biah. minta agar diberikan jawapan dengan segera. Mak Biah tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. Amy bangun. Dia mahu mandi. Dia mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Setelah mandi Amy duduk di ruang tamu. Termenung dan terus termenung...


5 comments:

  1. Wani kesiannya kat Amy dan lukman. part kali ni memang best dan mencabar perasaan. mana dato tu meh saya nak luku2 pale dia....geram betullah....wani tolong jangan segan sambung part24,25,26,27 dan seterusnya. Love you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan segan - segan yek.... heheheh
      love u to bebeh....
      terima kasih kalam cinta sebab selalu baca terima kasih beb!....

      Delete
    2. typing error .. love u too....

      Delete
  2. alahai...nape lah amy n luqman ni suka main sorok2...
    hmm...xsabar nak tnggu sambungan...=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi rohana...
      terima kasih baca terima kasih beb..
      takper... tak lama lagi dia jumpa balik
      sabar yek.. hihihi...

      Delete