BAB 23
Sudah berkali – kali pelajar kolej berhampiran
restoran Luqman cuba menawan hatinya. Lily nama pemilik tubuh langsingdan
berwajah lembut. Minatnya pada Luqman bukan kepalang. Semakin Luqman menjual
mahal, semakin dia berani menggoda. Restoran Luqman menjadi restoran tetapnya
untuk mengisi perut yang kosong. Dia dan beberapa orang kawannya lebih kenyang
memandang Luqman dari menjamah makanan yang terhidang di hadapan mata. Rimasnya
Luqman tidak terkata. Selalu saja dia melarikan diri dari di ekori Lili dan
teman – temannya.
“Saya nak jumpa chef” pinta Lily. Lela merengus.
“Datang sini untuk makan atau jumpa chef?” soal Lela
dengan lembut. Lily senyum.
“kenapa kedekut sangat ni?”
“Saya bukan kedekut. Kalau chef Luqman asyik layan
awak saja orang lain tak boleh makan” jawab Lela geram.
Lily hanya ketawa. Matanya meliar mencari
kelibat Luqman. Mahu saja dia terus ke dapur mencari lelaki idamannya itu. Lela
dan jiji geram tak sudah. Mereka masih mengharapkan kepulangan Amy di dalam
hidup Luqman.
“Taka pa lah. Saya nak balik dulu.
Sampaikan salam sayang saya pada dia ya, kak!” senyum Lily. Terus pergi tanpa
menoleh lagi. Lela menggetap giginya. Mahu saja ditempeleng wajah Lily yang
bujur sireh itu.
Tidak berapa lama kemudian Luqman
yang tidak mengerti apa – apa keluar untuk pulang ke rumah sebentar.
“Betina miang datang lagi!” rungut
Lela. Luqman mengangkat kening. Sama sekali tidak emngerti. Lela menggosok
hidungnya dengan geram.
“Lily tu lah!” jeling Lela. Luqman
ketawa.
“Sejak bila pula dia jadi ayam?”
soal Luqman. Cuba bergurau.
“Ayam apanya?” soal Lela kembali.
“Dah tu... betina?. Ayam je
dipanggil betina. Kalau manusia dipanggil perempuan ataupun wanita” sengaja
mencari geram di hati Lela. Jiji ketawa.
“Dah pergi sajalah. Nanti pecah
kepala aku melayan korang semua ni” bebel Lela dan terus melangkah. Banyak lagi
pinggan yang perlu dihantar ke sinki dapur. Luqman terus pergi . hari ini dia
perlu membawa ibunya membuat rawatan susulan.
Puan Kalsom sudah menunggu di luar
rumah. Luqman memberhentikan keretanya. Puan Kalsom masuk dengan senyuman.
“Malam tadi ibu mimpi best” sengih
Puan Kalsom. Luqman menoleh ke arahnya.
“Mimpi apa?. Ibu nak kahwin lagi?”
usik Luqman.
“Aishhh... ibu tak mahu kahwin lagi
lah!. Ibu mimpi jumpa Amy. Luqman juga jumpa dia di kawasan kampung” beriya –
iya Puan Kalsom bercerita.
“Mudah – mudahan” balas Luqman. Dia
terus membawa Puan Kalsom ke hospital. Kata – kata ibunya tadi membuatkan
fikirannya sedikit terganggu. Amy....... tidak mampu lekang walaupun sedikit!.
Tekanan darah Puan Kalsom stabil.
Lega dia mendengarnya. Sedang Puan Kalsom menunggu Luqman mengambil ubat di
luar hospital, Dato Kamal berdiri betul – betul di hadapan Puan kalsom. Tiada senyuman
di wajahnya.
“Buat apa kau berdiri tercegat
depan aku macam tiang elektrik ni?” jeling Puan kalsom. Dato Kamal ketawa
sinis.
“Aku fikrikan burung gagak mana
pakai sepasang hitam macam orang baru mti laki” sinis kata – kata Dato Kamal.
Puan Kalsom geram.
“Kau nak masuk tv sebab kena ketuk dengan handbag depan
hospital?” soal Puan Kalsom pula. Dato Kamal terus pergi. Dia tahu perangai
Puan Kalsom. Dia akan kotakan kata – katanya.
Puan Kalsom merungut tak henti – henti. Luqman yang tidak tahu apa – apa
hanya membiarkan sahaja ibunya menhomel sendirian.
*********************
Atas permintaan penonton, rancangan masakan
ala kampung di teruskan lagi. Pihak produksi meminta agar Luqman memasak di
kawasan Hulu Langat lagi. Kali ini mereka semua akan menyewa homestay di sana.
Luqman mahu membawa ibu dan adiknya sekali. Selepas shooting, mereka akan terus
mandi di Sungai Congkak.
Luqman terus menghubungi Ana. Dia
tahu Ana amat mahir dengan tempat kelahirannya sendiri. Luqman mahu mengupahnya
sebagai pemandu pelancong. Dia mahu dapatkan homestay yang selesa buat
keluarganya.
“Inilah dia homestay Luqmanul
Hakim” perkenal Ana. Luqman tersenyum memandang sebuah rumah batu yang cantik.
Amat selesa sekali. Lulu dan Puan kalsom mengangguk setuju. Pokok – pokok yang
menghijau mententeramkan jiwa Puan Kalsom yang sduah berserabut.
“Macam nama abang” usik Luqman. Ana
ketawa besar.
“Kalau abang mahu apa – apa,
telefon saja Ana. Semua Ana yang uruskan. Tuan punya homestay ni kakak angkat
Ana” senyum Ana.
“Dia suka menanam tau. Semua pokok
herba, sayuran kampung dan beberapa sayuran lain dia tanam sendiri” terang Ana
lagi. Luqman hanya mengangguk faham.
Setelah Ana pergi, Luqman memerhati
sekeliling. Dia mahu menyudahkan pengambaran program masakannya secepat
mungkin. dia sudah mengarahkan pembantu produksi mencarikannya daun kadok untuk
dibuat kerabu. Hampir setengah jam pembantu tiba dengan wajah yang hampa.
“Chef, tak adalah. Tanya orang
kampung, tapi yang ada daun sireh. Tapi saya tak tanya semua. Malulah saya”
pembantunya menggaru – garu kepala. Luqman hanya mengangguk. Lulu menghampiri.
“Kan Ana tu kata tuan punya
homestay ni ada tanam pokok herba. Mesti ada daun kadok. Rumahnya pun tak jauh.
Tu, yang ada atap genting warna biru tu. Ana yang tunjukkan pada Lulu tadi”
cadang Lulu. Luqman mengambil masa untuk berfikir. Dia akhirnya bersetuju.
Kakinya melangkah ke sebuah rumah batu bercat biru laut. Kelihatan seorang wanita
terbingkok – bongkok memotong daun rosak dari pokok cili padinya. Luqman
berdiri agak jauh.
“Assalamualaikum” Luqman memberi
salam.
Suara Luqman itu membuatkan gunting
ditangannya terjatuh, dia tidak menoleh. Luqman dapat lihat dengan jelas wanita
itu menggenggam kedua belah jari jemarinya. Kepalanya tunduk.
“Saya nak beli daun kadok saudari
kalau boleh” pinta Luqman dengan sopan. Wanita itu ingin berlalu. Luqman tidak
faham dengan sikap wanita itu.
“Saudari....saya”
Wanita itu terus berlari anak. Mahu
membelok ke belakang rumahnya tetapi Luqman benar – benar terkejut melihat
seorang wanita tua muncul sambil menahan wanita itu dari terus melangkah
“Mak Biah..” suara Luqman tenggelam
timbul. Mak Biah merenung dalam – dalam anak mata Amy yang sudah pun
mengalirkan cairan jernih. Amy menggeleng. Memberi isyarat agar Mak Biah tidak
membocorkan rahsianya.
Luqman merenung belakang badan Amy.
dia pasti benar itu isterinya. Luqman mula menghampiri. Amy memegang tangan Mak
Biah. Mohon agar dia melepaskannya. Mata Amy merayu agar Mak Biah memahaminya.
Dengan perlahan – lahan Mak Biah melepaskan Amy. dengan segera Amy terus pergi
jauh dari situ. Luqman mahu mengejarnya tetapi di tahan oleh Mak Biah.
“Luqman ingat itu Amy ke?” senyum
Mak BIah. Luqman mengangguk.
“Bukan Luqman. Itu pekerja Mak
Biah. Dia memang pemalu. Dato Kamal menghalang Mak Biah dan Amy dari bertemu”
nafi Mak Biah.
“Macam mana pula Mak Biah boleh
jumpa dia di sini” tambah Mak Biah sambil ketawa kecil. Luqman tunduk dengan
rasa hampa. Tanpa mengambil masa yang agak lama Luqman terus mengucup tangan
Mak Biah.
“Dah lama kita tak berjumpa” senyum
Luqman. Ada riak hampa pada wajahnya.
“Luqman kecewa?” soal Mak BIah
lagi. Luqman terdiam.
“Mungkin saya terlalu rindukan dia
hinggakan nampak pembantu Mak Biah itu sepertinya” snyum Luqman walaupun kelat.
Mak Biah mengintai ke belakang. Nampak gayanya Amy sudah pergi jauh dari situ.
Setelah mendapat segenggam daun kadok dari Mak Biah, Luqman terus pulang ke
rumah penginapannya dan berjanji akan melawat Mak Biah pasa keesokan harinya.
Amy berlari jauh dari kawasan
rumahnya. hampir dengan sungai yang mengalir. Amy terduduk. Air matanya
berjuraian. Menahan sebak yang amat sangat.
“Kenapa kau harus datang lagi
sayang... aku lemah bila kau hampir denganku. Aku lemah sayang... kau tahu
betapa inginnya aku menyentumu tadi. Memelukmu dan mengungkap kata rindu yang
sekian lama terpendam?. Aku benci dengan diriku sendiri. Aku bodoh!!! Bodoh!”
jerit Amy.
“Kenapa tak katakana saja?” soal
satu suara dari belakang. Suara seseorang yang amat Amy kenali dan rindui. Amy
menoleh ke belakang.
“Lulu...” Amy menangis lagi. Lulu
terus menerpa Amy dan memeluknya erat – erat.
“KAk Amy kenapa sampai jadi
begini?” soal Lulu. Turut sama menangis. Dikesatnya iar mata Amy yang sentiasa
mengalir. Amy memandang sekeliling.
“Abang tak ada dan dia tak tahu”
tutur Lulu. Amy memeluk Lulu sekali lagi.
“Kak Amy rindukan Lulu” ucap Amy.
tersedu sedan.
“ABang?” soal Lulu. Melonggarkan
pelukannya. Amy menangis lagi. Siapa yang tidak rindukan insan yang bergelar
suami?. Meyayangi dan mengasihi sepenuh hati. Luqman nyawanya... Luqman juga
penawar bagi kesengsaraannya. Amy tidak mampu menjawab.
Dia mengosok wajahnya.
“Lulu... jangan beritahu Luqman
yang Kak Amy ada di sini” pinta Amy.
“Tak mahu berjanji. Buat apa Lulu
rahsiakan semuanya” Lulu cuba mencabar Amy. tergamam Amy dibuatnya.
“Tolonglah Lulu” rayu Amy.
“Lulu tak faham mengapa susah betul
Kak Amy nak faham abang. Cuma hidup bahaia di samping dia. Itu sahaja”
“Papa kak Amy?” soal Amy.
“Biarkan saja “ jawab Lulu selamba.
“Dari benih dan kasih sayang dia
Kak Amy lahir ke dunia ini. Walau sejahat mana pun dia, tanpa restu dari dia
Kak Amy dan Luqman tak akan bahagia, Lulu” mendatar sahaja suara Amy. kali ini
Lulu tewas. Terpaksa bersetuju.
“Lulu lama lagi di sini?” soal Amy.
Lulu merenung wajah Amy yang sememangnya jelas kelihatan rasa duka dan
sengsaranya.
“Lulu akan pastikan abang lama di
sini agar Kak Amy dapat melihatnay dengan puas” senyum Lulu. Memegang pipi
kakak iparnya. Amy senyum.
Lulu pulang ke rumah. Luqman yang sedang
sibuk memotong daun kadok memandang Lulu kehairanan.
“mata masuk habuk?. Macam orang
lepas menangis saja. Pergi jalan tak ajak abang pun” sengih luqman.
“Bukan best pun jalan dengan abang”
jawab Lulu. Luqman ketawa besar. Lulu terus masuk ke dalam rumah. Duduk
terperap di dalam bilik. Tidak mahu duganggu sesiapa. Sebenarnya dia berasa
terlalu sedih melihatkan penderitaan Amy yang begitu menyentuh perasaannya. Dia
berkira – kira mahu memberitahu Luqman atau pun tidak. Akhirnya dia tertidur
keletihan. Yang oasti hari esok pasti ada buat Luqman dan Amy...
****************
“kenapa susah sangat Amy nak
kembali pada luqman?’ soal Mak biah.
Tangannya ligat menyusun pinggan di dapur.
Amy membisu. Kadang kala dia rasa ingin mati sahaja. Hidupnya seperti
tiada makna lagi.
“Amy tahu tak Amy berdosa
meninggalkan suami Amy begitu” Mak Biah memandang wajah Amy yang dari tadi
asyik mengoyak kertas suratkhabar menjadi cebisan kecil. Mak Biah merampas
kertas suratkhabar itu dari tangan Amy. tterkejut Amy dibuatnya.
“jangan seksa diri Amy begini!”
kali ini suara kedengaran agak tegas. Amy memicit hidungnya. Tidak tahu apa
yang harus dijawabnya. Dia tidak mampu menipu wanita dihadapannya itu.
“Soal papa... dia takkan mengaku
Amy darah dagingnya sendiri dan dia akan pergi begitu saja hingga dia mati. Amy
sayang papa” mendatar suarnya. Mak Biah menggeleng kepala.
“Amy ni sudah besar tetapi senang
benar ditipu. Amy fikir lelaki yang cintakan wang ringgit seperti Dato Kamal
itu akan melepaskan semua hartanya dengan mudah?”
“Itu semua tipu daya Dato Kamal”
ujar Mak Biah. Amy terdiam. Ada benar kata Mak Biah itu. Papanya memang gilakan
wang ringgit!
“Amy nak pergi mandi” kata Amy.
memberi alasan. Dia bangun dan terus masuk ke dlaam biliknya. Tuala disangkut
ke bahu tetapi langkahnya terhenti. Matanya memandang ke luar tingkap.
Kelihatan Luqman sedang sibuk berbincang dengan krew produksi. Bibir Amy
mengukir senyum.
“Aku cinta padamu sayang...”
bisiknya.
Dia berdiri lama di tingkap.
Melihat Luqman dengan penuh rasa cinta. Air matanya mengalir lagi. Dibiarkannya
membasahi pipinya yang putih merah itu. Lelaki yang direnunginya itu masih
mendebarkan jiwanya seperti dulu.
Lulu datang ke rumah Amy dan Mak
Biah. Dia terbongkok – bongkok menyorok dari dilihat abang dan ibunya. Amy
ketawa kecil melihat adik iparnya yang mengurut – ngurut pinggangnya akibat
lenguh.
“Tak payahlah terbongkok – bongkok
begitu” senyum Amy.
“Takut Abang Maman dan ibu nampak”
jawab Lulu.
“Terima kasih sebab merahsiakan
semua ini dari abang Maman” Amy memegang jari jemari Lulu. Hanya senyuman kelat
yang mampu diberikan oleh Lulu bagi menjawab tanda terima kasih Amy tadi.
“Sampai bila?’ soal Lulu. Amy
terdiam. Mak Biah juga merenung Amy seperti mana Lulu. Amy mengeluh. Dilepaskan
tangan Lulu perlahan – lahan.
“Tak apalah. Kak Amy tak rindu nak
melihat abang Maman dari dekat?’ soal Lulu lagi. Amy mengangguk lemah.
“Taka pa, malam ni kak Amy datang
ke rumah yang kami duduk tu. Tapi senyap – senyap. Bila Abang Maman dah tidur
kita masuk bilik dia” cadang Lulu.
“Nak maut!. Buatnya Luqman sedar?’
soal Amy kembali.
“Tak punya!! Pandai – pandai
kitalah. Nanti Lulu bagi Abang Maman ubat tidur” sengih Lulu. Terbeliak mata
Amy dan Mak BIah mendengarnya.
“Janganlah buat suami akak
begitu”Amy mengerut dahi. Lulu hanya ketawa.
“Biarlah abang Maman tidur. Dia
sibuk benar sejak dua menjak ni. Bila bagi ubat tidur dia akan rehat
secukupnya” kata Lulu. Amy terdiam dan akhirnya mengangguk setuju. Tidak sabar
rasanya mahu menunggu hari menjadi gelap.
*******************
“Abang... minumlah susu ni” pelawa
Lulu sambil meletakkan segelas susu di hadapan Luqman yang sedang sibuk
melayari internet. Luqman memandang Lulu dengan wajah yang pelik.
“Kenapa tiba – tiba adik Abang
Maman ni rajin sangat?’ soal Luqman. Lulu menggaru – garu kepalanya. Cuba
mencari helah.
“Saja. Lulu kan nak kahwin tak lama
lagi sebab tu kena berlatih dari sekarang” jawab Lulu. Luqman ketawa.
“Letak dulu di situ. Nanti abnag
minum ya. Terima kasih” senyum Luqman. Lulu terus keluar dari bilik Luqman. Dia
memegang telefon bimbitnya ke sana ke mari. Puan Kalsom sudah lama tidur. Tidak
sampai sejam, Lulu mengintai Luqman di dalam biliknya. Dia tersenyum lebar.
Abangnya sudah tidur lena. Cepat – cepat Lulu menghubungi Amy yang sudah pun
berdiri ;ama di belakang rumah. Perlahan – lahan Amy dan Lulu masuk ke dlaam
rumah. Mujurlah semua krew produksi sudah pulang. Tinggal mereka bertiga sahaja
di dalam rumah.
Pintu bilik Luqman dibuka perlahan
– lahan. Lulu membiarkan Amy dan Luqman yang sedang tidur itu berdua di dalam
kamar. Dia berdiri tegak di hadapan pintu yang tertutup rapat. Amy berlutut di
tepi katil. Matanya bersinar merenung wajah Luqman yang sedang tidur. Tangannya
memegang tangan Luqman. Amy mencium tangan suaminya setelah setahun lebih
mereka terpisah. Air matanya jatuh mengenai tangan Luqman. Amy cepat – cepat
mengesatnya. Amy bangun dan mencium dahi Luqman dengan berhati – hati.
Dia berbisik perlahan di telinga
Luqman. Dia yakin Luqman tidak sedar.
“Amy cintakan abang...” bisiknya
perlahan. Dia tidak dapat menahan diri dari memeluk Luqman. Perlahan – lahan
dia merapati tubuh Luqman dan memeluknya. Setelah hampir seminit Amy terus
keluar dari bilik Luqman. Amy mengesat air matanya.
“Terima kasih dik..” senyum Amy dan
terus pergi sebelum semua orang terjaga. Dia menoleh. Memandang bilik Luqman .
rindunya sedikit terubat. Amy mengatur langkah pulang ke rumahnya sendiri.
Masuk ke dalam bilik dan menangis sepuas hati.
Pagi itu Amy rasa sedikit gembira.
Dia yang baru saja mahu memakai selipar menjadi kelam kabut dan terus masuk ke
dalam rumah. Menyorok di belakang pintu dapur. Duduk menyorok. Luqman
menghampiri pintu dapur dan memebri salam. Mak Biah yang baru sahaja keluar
dari tandas terpinga – pinga melihat Amy duduk terperonyok di belakang pintu.
Dia menyambut Luqman dengan senyuman manis.
“Luqman nak masuk ke dalam?. Kalau
nak masuk ikut pintu hadapan” pelawa Mak Biah.
“Tak apa Mak Biah.. kita duduk di
pangkin ni sahaja” kata Luqman dan terus duduk di pangkin yang terletak betul –
betul di sebelah pintu dapur. Dia mengeling ke dalam.
“Kenapa tak bawa ibu sekali?”
senyum Mak Biah. Duduk di sebelah Luqman.
“Dia tak mahu ikut.Luqman nak
pelawa Mak Biah datang KL” senyum Luqman lagi.
“Ada apa?” soal Mak Biah.
“Luqman nak kahwin” kata Luqman.
Terkejut besar Mak Biah mendengarnya. Apatah lagi Amy. dia memegang dadanya
yang terasa begitu sakit. Dadanya berombak. Menahan kesedihan.
“kahwin dengan siapa?” soal Mak
Biah. Cuba bersikap tenang.
“Kawan Luqman masa belajar dulu”
jawab luqman. Memandang jauh ke hadapan.
“Luqman tak sayangkan Amy lagi?”
soal Mak Biah. Luqman tersenyum sinis. Diam sebentar. Kemuadian menyambung
perbualannya.
“Buat apa sayangkan wanita yang tak
sayangkan kita, Mak Biah. dia boleh tinggalkan saya begitu saja. Maksudnya saya
ni tak bernilai apa – apa buatnya”
Amy memejam matanya. Sakitnya bukan
kepalang. Air matanya sudah pun gugur. Dia menahan esak dari didengari oleh
Luqman dan Mak Biah.
“Aku cintakan kau.. sayang!”
bisiknya. Dia tidak tahu mahu buat apa lagi. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia
keluar dan memeluk suaminya itu. Mahu sahaja diluahkan seluruh rasa cinta yang
terpendam di lubuk hatinya itu. Rasa sakit di hatinya itu membutakan Amy tidak
lagi mampu mendengar apa lagi yang dituturkan Luqman. Dia perlahan – lahan
masuk ke dalam biliknya. Mengambil bantal dan menekup mukanya. Dia menangis
semahu – mahunya. Dia tidak salahkan Luqman. Itu permintaannya dulu. Kini dia
terjerat sendiri dengan kata – katanya. Apabila Luqman pergi dari rumahnya, Amy
meranung sekuat hati. Dibalingnya bantal ke bawah. Sakit di jiwanya tidak
tertahan lagi.
Mak Biah masuk ke dalam bilik Amy
selepas Luqman pergi meninggalkan rumah mereka. Mak Biah mengeluh oanjang.
Dipegangnya tangan Amy. digosok dengan lembut.
“Mak Biah dah beritahu bukan?. Dia
lelaki, Amy!. sudah pasti di fikir Amy tidak pedulikan dia lagi. Dia sudah
berjumpa dengan seseorang yang boleh menggantikan Amy. dia dah pun penuhi kata
– kata Amy” ujar Mak Biah.
“Tapi perlukah seawall ini?” soal
Amy pula. Mak Biah mengangkat bahunya.
“Pergi saja kepada Luqman!” kata
Mak Biah. cuba memberi semangat.
“Sudah terlambat!” jawab Amy.
tterus bangun dan keluar dari rumah. Dari jauh dia melihat Luqman sudah bersiap
– siap memasukkan beg pakaian ke dalam keretanya. Menurut Ana, mereka akan
meluangkan masa selama beberapa hari di sini... fikir Amy. dia berjalan -perlahan – lahan. Menghampiri mereka di
sebalik pokok renek yang merimbun.
Sedang asyik Amy memerhatikan
mereka berdua, Ana tiba dari belakang dan menepuk bahunya. Terkejut Amy
seketika. Amy memandang Ana yang turut sama mengintai.
“Kata nak balik beberapa hari
lagi?” soal Amy.
“Abang Luqman saja balik. Yang lain
tinggal di sini. Katanya nak uruskan pertunangan dia. Tak sangka abang Luqman dah
nak bertunang. Melepaslah Kak Amy. itulah, nak mengurat terang – terangan
bukannya menyorok macam ni. Macam mana abang Luqman nak tahu Kak Amy cintakan
dia” bebel Ana. Amy menggetap bibir. Mahu saja di tarik bibir Ana yang agak
nipis itu. Amy terus pergi. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia hanya mampu
memandang kereta Luqman pergi meninggalkannya begitu sahaja.
************************
Lulu ke dapur. Segelas susu yang
masih belum berusik kelihatan di atas sinki. Lulu menggigit bibir. Itu gelas
yang sama... aku yang bancuhkan untuk Abang Maman, fikirnya.
“Ibu... ini susu ibu ke?” soal
Lulu. Puan Kalsom menggeleng.
“Bukan Lulu ke yang bancuhkan untuk
Abang Maman?” soal Puan Kalsom semula. Lulu mengangguk.
“Kalau dia tak minum maknanya malam
tadi abang Maman tak benar – benar lenalah!. Abang Maman sememangnya senang
terjaga.” Bebel lulu sendirian. Puan Kalsom terus ke biliknya. Mahu berehat.
Luqman memeang senang terjaga.
Kalau dia sedang tidur di sofa, Lulu yang turun ke dapur pun diaboleh tahu.
Lulu mula mengesyaki Luqman tahu akan kedatangan Amy pada malam itu tetapi
berpura – pura tidur. Perlukah aku beritahu Kak Amy?.... bisik hati kecilnya.
Akhirnya Lulu mengambil keputusan
mahu membiarkannya sahaja. Kali ini biarlah Luqman dan Amy menyelesaikan
masalah mereka bersama. Lulu tersenyum. Apalah yang Kak Amy buat pada Abang
Maman malam tadi.....
Amy duduk memeluk lututnya
menghadap sungai yang mengalir. Kadang – kadang dia mencengkam sedikit
rambutnya. Geram dan menyesal dengan apa yang telah dan bakal terjadi. Dia
sememangnya sakit hati bila mengenangkan Luqman akan berkahwin lagi sedangkan
itu permintaannya dahulu. Rupanya Ana mengekorinya dari tadi.
“Abang Luqman ajak Ana pergi
kenduri kahwin dia. Kakak nak ikut?” soal Ana. Amy menjeling tajam.
“Aik... tajamnya jelingan. Macam
nak makan Ana saja!” usik Ana.
“Ana tahu siapa perempuan yang
Abang Luqman nak kahwin tu?’ soal Amy.
“Tahu. Katanya kawan sekolah lama.
Kira macam awek lama lah!”jawab Ana bersungguh – sungguh.
Amy merengus. Dia membaling batu ke
dalam sungai sekuat hati.Geram!!!!..
Luqman tidak ke mana. Dia hanya
menyebarkan khabar angin palsu bagi memerangkap Amy semula. Malam tadi dia
tidak tidur!. Sewaktu mendengar tapak kaki menghampiri kamarnya malam itu,
Luqman cepat – cepat berpura – pura tidur. Dia sebenarnya sudah syak dari mula
lagi. Adiknya yang satu itu tidak pernah membancuh air untuknya. Apatah lagi
waktu bercuti begini. Dia dengar segalanya. Dia merasai kehangatan pelukan Amy.
dia menghidu haruman Amy yang masih sama. Cabarannya pada waktu itu dia perlu
menahan rasa rindunya pada Amy. menahan keinginan untuk memluk isterinya sepeti
dulu. Amy tidak tahu setelah dia melangkah pergi pada malam itu, air mata
lelakinya jatuh. Dia faham dan dapat rasakan keperitan Amy. dia tahu betapa
deritanya Amy kerana berpisah dengannya. Dia nekad!. Dia perlu mendapatkan Amy
semula. Dia sudah berpakat dengan Ana. Diia menceritakan segalanya pada Ana
sehingga remaja 18 tahun itu mengalirkan air mata mendengar kisah mereka
berdua. Wanita yang bakal menjadi ‘isteri’ palsu Luqman adalah sepupunya
sendiri. Diba, adalah kakak sepupunya yang tinggal di rembau. Dia datang
bercuti ke rumah Ana. Semuanya sudah di atur. Diba yang sememangnya cantik dan
pandai memasak itu memberi kelebihan pada Luqman untuk membuat Amy tidak senang
duduk. Luqman ke rumah Ana untuk
mengambil Diba. Puan Kalsom dan Mak Biah juga tahu perkara sebenar. Yang tidak
tahu cuma Amy dan Lulu. Mereka semua berganding bahu bagi menyatukan Amy dan
Luqman kembali.
“Assalamualaikum..” Puan Kalsom
memberi salam. Amy mengintai dari celah tingkap. Kelihatan Puan Kalsom, Lulu
dan Luqman berdiri di bawah. Mata Amy membulat memandang sesusuk tubuh yang
ramping dan cantik. Berdiri di sebelah Luqman. Amy pasti itu bakal isterinya.
Amy menutup tingkap perlahan – lahan. Lulu mencuka. Benci dengan wanita yang
sentiasa berdiri di sebelah abangnya. Menggedik!!!!!! Jerit hatinya.
“Ini siapa?” soal Mak Biah setelah
mereka semua duduk di kerusi rotan. Diba duduk bertempoh di bawah.
“Bakal isteri saya” jawab Luqman.
Amy yang mendengarnya menjadi geram. Dibalingnya bantal ke dinding dengan kuat.
“Apa tu?’ soal Puan Kalsom. Sedikit
terkejut. Mak BIah tersenyum. Mengenyit mata memandang Luqman yang sudah pun
tersenyum.
“Bila nak kahwin ni?” soal Mak Biah
lagi.sengaja memancing rasa tidak senang dalam diri Amy. Puan kalsom mencuit
belakang badan Diba.
“Tak lama lagi, makcik!. Dalam dua
tiga bulan lagi ya, sayang” manja sungguh suara Diba. Lulu menjeling. Marah
betul dengan kehadiran wanita ini secara tiba – tiba.
“Ya, sayang” jawab Luqman. Kali ini
Amy sudah tidak tahan. Dia membaling dua tiga biji bantal ke pintu biliknya
yang tertutup rapat. Luqman berdehem. Puan Kalsom menutup mulutnya menahan
tawa. Lulu pening. Tidak faham dengan abangnya. Dulu bukan main kecewa tetapi
sekarang dengan mudah menggantikan Amy dengan Diba!
“Bedah... buatkan air. Letak di
dapur saja nanti Mak Biah ambil” jerit Mak Biah. Nasib baik pintu biliknya
tidak boleh dilihat dari ruang tamu. Pintu bilik Amy menghadap dapur jadi
senang untuk dia ke dapur tanpa dilihat oleh mereka yang duduk di ruang tamu.
Amy geram. Dibancuhnya kopi. Tangannya mencapai gula. Dia termenung seketika. Dia
meletak semula gula di atas rak. Dicapainya garam. Dibubuhnya sehingga lima
sudu garam di dalam kopi. Kemudian diambilnya kicap yang terletak di atas meja.
Dicampurnya semua bahan ke dalam kopi kemudian meninggalkannya. Selepas
beberapa minit Mak Biah ke dapur. Mengambil dulang berisi kopi dan kuih karipap
yang dibuatnya pagi tadi.
Lulu yang panas hati terus mencapai
cawan yang berisi kopi. Dia menghirup. Matanya terbeliak. Membulat menahan rasa
masin. Kemudian dia meletakkan cawan itu di atas meja kopi. Diba pula mengambil
cawan dihadapannya yang berisi kopi dengan sopan santun. Menghirupnya dengan
perlahan. Da terserdak. Diba memandang Luqman.
“Kenapa sayang?” soal Luqman.
“Masin..” adu Diba. Luqman
memandang bilik Amy. dia tersenyum. Amy yang mendengarnya dari dalam bilik
tersenyum puas.
“Dah.. jangan minum. Nanti kita
minum diluar” kata Luqman. Puan Kalsom mengurut dadanya. Mujur aku tak
minum.... lega! Sengih Puan Kalsom. Mak Biah mencubit perlahan paha Puan kalsom
sambil menahan ketawa.
“Luqman, dia cemburulah tu” bisik
Puan Kalsom. Mak Biah mengiyakannya.
“Nak honeymoon kat mana pula ni?”
soal Puan Kalsom pula.
“Kita nak honeymoon di London kan
sayang” jawab Diba. Sengaja dilenggokkan suaranya. Amy sudah tidak tahan. Dia
keluar melalui pintu belakang. Dihempasnya pintu sekuat hati.
Luqman tunduk. Dia tahu hati Amy
sakit tetapi dia terpaksa lakukannya demi Amy.
“Lama – lama nanti dia tak tahanlah
tu. Dia kalau marah dia akan ke sungai belakang sana tu” beritahu Mak Biah.
Luqman bangun. Dia mahu mengekori Amy dari belakang.
Lulu rasa dia tidak tahu perkara
yang mereka semua tahu. Dia bangun dan duduk di samping ibunya.
“Ibu... apa ni?. Kata nak kahwinkan
Abang Maman dengan Diba ni lepas tu galakkan abang dengan Kak Amy pula?” soal
Lulu. Mereka semua ketawa termasuk Diba.
“Lulu... saya hanya jadi penghubung
antara Luqman dan Amy. anggap saja saya ni pelakon tambahan” sengih Diba. Lulu
mengerti. Terus dipeluknya Diba. Terkejut Diba dibuatnya.
“Terima kasih. Saya sayang awak!”
ujar Lulu. Dia tersenyum puas. Kali ini Amy pasti akan kembali ke pangkuan
Luqman.
Luqman duduk agak jauh dari Amy
yang dengan rasa marah membaling batu besar ke dalam sungai. Suaranya cukup
jelas didengari. Luqman senyum. Amy mencabut pula pokok renek di situ. Mulutnya
terkumat kamit.
“Dia tu suami aku tahu tak?. Siapa
kau yang nak rampas dia dari aku?. Memanglah aku ada suruh dia kahwin lain tapi
itu masa aku tak boleh fikir apa – apa!. Kau tak boleh sentuh suami aku tahu
tak!!!!!” jerit Amy. kali ini dia duduk pula di atas batu besar. Di ambilnya
ranting kayu dan dipukulnya batu di sebelahnya.
“Kau ingat aku ni tunggul?. Siapa
pun tak boleh sentuh Luqman. Dia milik aku! Dia suami aku! Dia kekasih aku!..
aku benci betullah dengan kau Diba. Cakap manja – manja konon!. Ingat kucing
siam???. Nak je aku lepuk kau tu tahu tak??.. lagi satu, kau tak tahu ke yang
aku cinta bagai nak gila dengan Luqman tu?. Luqman pun satu, senang – senang
nak gantikan si Diba tu dengan aku. Apa?... ingat cantik sangat Diba tu!!! Aku
benci!!!!!” jerit Amy. kemudian di memegang perutnya. Mengusap beberapa kali
sebelum air matanya jatuh.
Suaranya sudah tidak meninggi lagi.
Luqman mara ke hadapan. Lebih dekat tetapi tidak dapat dilihat oleh Amy.
suaranya sedikit perlahan tetapi cukup jelas untuk didengari.
“Kita dah ada anak dulu.. sayang”
Amy menangis. Luqman benar – benar terkejut.
“Anak kita gugur masa Amy tinggal
di New Zealand dulu. Masa tu kandungan Amy dah sebulan lebih. Amy nak pulang ke
Malaysia cari sayang tapi Amy takut.... doktor kata Amy terlalu tertekan sebab
itu kita kehilangan bayi kita” Amy menangis lagi. Luqman memejam matanya. Tidak
sanggup mendengarnya lagi.
Amy menangis dan terus menangis.
Mahu sahaja Luqman pergi mendakapnya. Menenangkannya dengan penuh rasa cinta.
Luqman tidak putus – putus memandang Amy sehinggalah Amy rebah. Pengsan!.
Luqman sangat terkjut. Dia terus mendapatkan Amy dan mendukung Amy pulang ke
rumahnya.
Mak Biah sangat panik. Puan Kalsom
dan mereka yang lain sudah pulang ke rumah. Amy di baringkan di atas katilnya.
Luqman menyelimutkan Amy. Disentuhnya perut Amy... Luqman turut merasa
sakitnya!.dikucupnya dahi Amy sebelum keluar mendapatkan Mak Biah.
“Mungkin dia terlalu sedih dan
tertekan” kata Mak Biah. turut berduka.
“Mak Biah pasti Amy tak sakit apa –
apa?” soal Luqman.
“Tak... dia tak sakit. Dia
tertekan, Luqman. Lebih – lebih lagi bila dia fikir Luqman mahu berkahwin lain”
“Luqman nak tanya sikit” wajah
Luqman kelihatan sangat serius.
“Amy pernah hamil?” soal Luqman.
Mak Biah menarik nafas dalam – dalam. Dia mengangguk.
“Ya. Dia dah hamil sebelum
berangkat ke New Zealand dulu tapi dia tahu pun selepas dia duduk di sana. Dia
gugur, Luqman” jawab Mak Biah. Luqman tunduk memandang lantai.
“Kenapa perlu dia lalui semuanya
sendiri?” soal Luqman. Matanya berkaca.
“Dia kehilangan semuanya, Mak Biah.
walhal hakikatnya dia tak pernah kehilangan saya” Luqman meraup wajahnya.
“Saya akan panggilkan doktor. Dia
perlu diperiksa” kata Luqman dan terus meminta diri unruk keluar. Mak Biah
masuk ke dalam kamar Amy. direnungnya wajah Amy yang agak pucat.Mak Biah
menangis.
Luqman tidak dapat masuk ke dalam
kerana Amy sudah sedar. Doktor memeriksa keadaan Amy dengan teliti. Mujurlah
Amy tidak apa – apa. Dia tertekan dan langsung tidak mengambil apa – apa
makanan pada hari itu. Doktor memberinya vitamin dan beberapa jenis ubat lagi.
Amy masih belum kuat. Dia makan sedikit sebelum makan ubat dan tidur setelah
dipaksa oleh mak Biah. Luqman menghantar doktor pulang.
Mak Biah melurut rambut Amy. dia
telah melalui dugaan yang besar dari dulu lagi. Perkahwinannya dengan hady
hancur akibat siakp Hady dan nafisah yang sentiasa menjadi racun di dalam hidupnya.
Setelah mendapat suami sebaik Luqman, papanya pula menjadi penghalang cinta
mereka berdua. Mak jah berasa sangat bersyukur kerana tuhan telah
menganugerahkan Luqman buat Amy. kesabaran dan kematanagn Luqman mamapu
mempertahankan hubungan mereka berdua walaupun acapkali dilanda badai yang tak
pernah berkesudahan.
Hari sudah gelap. Amy membuka
matanya. Cuba bangun. Dia agak tidak bermaya. Mak Biah tersenyum memandagnya.
“Siapa yang angkat Amy balik ke
rumah?’ soal Amy. Mak Biah diam sebentar.
“MAk Biah dan beberapa orang yang
kebetulan lalu di situ. Ternampak Amy terbaring sendirian” jawab Mak Biah.
“Amy macam rasa Luqman ada di sisi
Amy tadi” dia memandang Mak Biah. minta agar diberikan jawapan dengan segera.
Mak Biah tidak menjawab. Dia hanya tersenyum. Amy bangun. Dia mahu mandi. Dia
mampu untuk menguruskan dirinya sendiri. Setelah mandi Amy duduk di ruang tamu.
Termenung dan terus termenung...
Wani kesiannya kat Amy dan lukman. part kali ni memang best dan mencabar perasaan. mana dato tu meh saya nak luku2 pale dia....geram betullah....wani tolong jangan segan sambung part24,25,26,27 dan seterusnya. Love you.
ReplyDeletejangan segan - segan yek.... heheheh
Deletelove u to bebeh....
terima kasih kalam cinta sebab selalu baca terima kasih beb!....
typing error .. love u too....
Deletealahai...nape lah amy n luqman ni suka main sorok2...
ReplyDeletehmm...xsabar nak tnggu sambungan...=)
hi rohana...
Deleteterima kasih baca terima kasih beb..
takper... tak lama lagi dia jumpa balik
sabar yek.. hihihi...