BAB 4
Maklong Jihan duduk bersila dihadapan
makanan yang banyak dia dalam pondok rehat Jasmin bersama – sama Zahid, Iqram,
Alan dan Jasmin. Tangan Jasmin sedikit menggeletar apabila tersentuh jari
jemari Iqram di sebelahnya. Mukanya merah. Cepat – cepat dia menarik semula
tangannya. Iqram juga mengalihkan pandangan. Maklong Jihan senyum.
“Ni ada untuk Paklong Jai. Nanti
Maklong bawa balik ya?” ujar Jasmin. Maklong Jihan tidak memberi sebarang
respon. Dia sibuk menikmati laksa air tangan Jasmin. Iqram memandang Jasmin
yang masih belum menjamah apa – apa pun. Kuih karipap dagingnya sangat comel.
Kelim dan saiznya membuatkan karipap itu kelihatan sempurna.
“Awak masak karipap ni?. Cantik!
Pandai awak kelim” puji Iqram.
“Karipap ni saya buat tapi yang
kelim Yaya. Saya tak pandai kelim. Buruk!” jawab Jasmin jujur. Puas dia melihat
Iqram dan Maklong Jihan yang makan dengan begitu berselera. Alan dan Zahid saling
suap menyuap.
“Kak Min dah kawan dengan abang
tebu ni ya?” soal Alan. Terserdak Maklong Jihan mendengarnya.
“Tebu?.. bertuah punya budak. Ini anak buah aku tau yang kau panggil tebu.
Nanti Maklong sunat kamu lagi sekali nak?” usik Maklong Jihan. Alan terdiam.
Memakai selipar jepunnya dan terus pulang. Kecil hati!.
“Paklong Iq tahu tak, Cikgu Zue ada
bagi paklong sesuatu. Zahid lupa nak kasi semalam. Nanti Paklong ambil saja di
atas meja tulis Zahid ya?. Zahid nak pergi main ni” arah Zahid. Iqram
mengangguk faham.
“Bagi apa Iq?” celah Maklong Jihan.
“Entahlah Maklong” Iqram menjungkit
bahunya. Tidak berapa minat untuk tahu. Mata Maklong Jihan mengecil memandang
seseorang yang menghampiri mereka berdua.
“Maklong... penat Nah cari Maklong
di rumah” kata Aznah. Awal – awal lagi sudah tersenyum manis memandang Iqram.
Dia menghampiri mereka bertiga dengan mangkuk di tangan.
“Ini untuk maklong. Ada bubur
jagung dengan sagu” senyum Aznah. Matanya masih tidak beralih pandangan dari
memandang Iqram yang sudah pun menghabiskan makanannya.
“Hmmm.. sejak akhir – akhir ni
murah betul rezeki aku ni. Hari – hari bagi makanan. Tak tahulah nak bagi aku
atau pun kau Iqram” perli Maklong Jihan. Aznah terasa. Dia tunduk. Dia tahu
Maklong Jihan dapat membaca isi hatinya yang sengaja mahu mendekati doktor
kacak itu. Cepat – ccepat dia minta diri untuk pulang. Iqram menggeleng kepala.
“Apa?” soal Maklong Jihan.
“Tak payahlah maklong perli dia
begitu. Kejam betul tu” senyum Iqram. Maklong Jihan ketawa besar.
Iqram membawa Jasmin pulang ke
rumah maklongnya dahulu. Dia tahu Jasmin tidak punya kenderaan untuk berulang
alik. Motornya masih digunakan adiknya. Kelas tambahan SPM Yaya makin kerap.
Lagi beberapa bulan dia akan menghadapi SPM.
Jasmin duduk di tangga. Iqram yang
sudah pun selesai solat asar keluar duduk disebelah Jasmin. Sengaja Jasmin
menjarakkan kedudukannya. Iqram memandang Jasmin terkebil – kebil.
“Tak penat jalan kaki. Tengok tu
urat kaki...” tegur Iqram. Cepat – cepat Jasmin menutup kaki dengan tangannya.
“Saya belikan awak basikal nak?.
Tak adalah teruk sangat” cadang Iqram.
“Tak payah.. saya tak pandai naik
basikal” jujur Jasmin. Berkerut dahi Iqram mendengarnya.
“Motor tahu bawa tapi basikal tak
tahu pula!” ejek Iqram.
“Manalah saya tahu... dah tak
pandai!” agak tinggi nada Jasmin. Iqram menarik tangannya turun ke laman rumah.
“Ish.... nak buat apa ni?” soal
Jasmin apabila melihat Iqram mengheret basikal Maklong Jihan menghampirinya.
“Saya ajar!. Nanti dah pandai saya
belikan basikal” Iqram mengenyit mata.
“Orang kalau nak pikat belikan
bunga.. bukannya basikal” usik Jasmin.
“Bunga untuk kekasih saya saja tapi
basikal untuk kawan .. ok?” Iqram menolak basikal ke hadapan. Jasmin duduk
dengan agak goyah di atas basikal Maklong Jihan yang sudah uzur itu.
“Kayuhlah cepat!. Saya tolong tolak
dulu” arah Iqram. Jasmin mengayuh perlahan – lahan tetapi belum pun sempat
kayuhannya stabil, Iqram menolak basikal itu dan terus melepaskannya. Terhoyong
hayang Jasmin cuba mengawal basikal. Terjerit – jerit dia di sawah yang terbentang
luas itu.
“Awak nak bunuh saya
keeeeee!!!!!!!!” jerit Jasmin. Iqram cuba mengejarnya tetapi belum sempat dia
mencapai basikal itu, Jasmin dan basikal kesayangan Maklong Jihannya itu sama –
sama masuk ke dalam bendang. Iqram kelam kabut. Habis seluruh tubuh Jasmin
diselaputi lumpur. Iqram kasihan pada Jasmin tetapi dia juga tidak dapat
menahan dirinya daripada ketawa terbahak – bahak. Mata Jasmin mula mengecil.
Rasa marahnya sudah tiba. Dia berdiri. Memandang tepat Iqram yang masih belum
berhenti ketawa. Jasmin menggenggam
lumpur dengan kedua belah tangannya. Di lemparkan lumpur itu dan mengenai tepat
pada wajah dan baju Iqram. Terdiam Iqram.
“Awak tahu tak baju ni limited
edition. Mana nak dapat lagi?”marah Iqram.
“Siapa suruh awak tolak saya?” jerit
Jasmin dari dalam bendang.
“Mana saya tahu awak langsung tak
pandai bawa basikal. Dah macam...”
“Macam apa?” soal Jasmin.
“Macam beruk Pak Mat yang panjat
kelapa tu” jawab Iqram selamba. Jasmin naik ke batas dan menghampiri Iqram.
“Jangan datang dekat sangat. Dah
bau macam...” Iqram menghidu rambut Jasmin yang berbau lumpur.
“Macam ni!” Jasmin terus menolak
Iqram masuk ke dalam bendang. Kelam kabut Iqram cuba bangun dari tempat yang
berair dan berlumpur itu. Kali ini giliran Jasmin ketawa. Iqram nekad. Di
mengambil lumpur sebanyak mungkin dan terus mengejar Jasmin. Terlolong – lolong
Jasmin berlari. Maklong Jihannya keluar dari rumah. Mengucap panjang dia
melihat dua manusia berlumpur yang berlari berkejaran di sawahnya. Iqram
menggomol kepala Jasmin dengan tanah lumpur. Jasmin geram. Terus dia menolak
tubuh Iqram jatuh ke dalam sawah sekali lagi. Belum sempat Jasmin berlalu,
Iqram sudah pun menarik kakinya. Kali ini Jasmin jatuh tertiarap. Iqram ketawa
semahu – mahunya. Lebih seronok daripada bermain taman tema air di Bandar.
Jasmin sudah hilang sabar. Dia
terus menggigit tangan Iqram yang berlumpur. Dia sendiri mahu muntah tetapi
tidak kisah asalkan lelaki ‘jahat’ dihadapannya itu tewas.
“Naik!!!!!. Naik Maklong
kata!Astaghfirullahalazim... paklong kamu baru saja semai benih padi tu. Habis!
Naik!” Maklong Jihan mencekak pinggangnya yang sudah pun kehilangan bentuk.
Jasmin berdiri dan naik ke batas. Iqram turut sama mengekori Maklongnya ke
hadapan rumah.
“Duduklah kamu berdua di sini!.
Jangan masuk. Jangan harap Maklong nak bawa air ke sini. Tunggulah sampai hujan
turun. Dah bersih baru naik!” jeling Maklong Jihan dan terus membiarkan Jasmin
dan Iqram duduk bersebelahan di pangkin bawah pohon mangga yang belum berbuah.
“Macam mana nak naik kalau tak
bawakan kami air, maklong?” jerit Iqram. Dia mahu maklongnya mendengar soalan
penting itu.
“Tunggu hujan!” jawab Maklong Jihan
ringkas.
Jasmin dan Iqram berpandangan
sesama sendiri. Jasmin mengeluh. Geli geleman pun ada. Lumpur itu membuatkan
dia berasa sejuk.
“Kalau tak hujan?” soal Iqram.
“Kalau tak hujan lantak korang!. Biar
keras jadi patung. Habis – habis aku jual dekat kedai Abu tu, kalau tak laku
aku humban dalam sawah biar lembik balik!!” jerit Maklong Jihan.
“Erkkk..” Iqram menggaru – garu kepalanya.
“Dulu kawan saya ada cakap, kalau
nak hujan kena jerit ‘baung!!baung!!.. ke langit. Nanti hujan” kata Jasmin.
Iqram mengerut dahi. Tak munasabah.
“Cuba sajalah!!” marah Jasmin. Dia
tahu Iqram memperlekehkan cadangannya tadi. Mahu atau tidak Iqram terpaksa
mengikut.
“Baung!!! Baung!!!!” jerit mereka
berdua. Maklong Jihan yang sedang melipat baju mengintai mereka berdua yang
terjerit – jerit macam memanggil katak.
Paklong Jai yang baru pulang dengan
motor barunya itu kehairanan melihat dua manusia yang sudah tidak pasti wajah
dan spesisnya itu terjerit – jerit memanggil ‘baung’. Paklong Jai menghampiri
mereka berdua. Jasmin dan Iqram terdiam. Paklong Jai ketawa bagai nak rak
melihat Jasmin dan Iqram yang sudah macam rasaksa lumpur di atas pangkinnya.
Zahid yang turut sama pulang juga ketawa bersama atuknya.
“Kenapa tak masuk?” soal Paklong
Jai sambil menekup mulut.
“Maklong tak kasi” lemah saja
jawapan dari mulut Iqram.
“Habis tu?” soal Zahid pula
“Tunggu hujan saja lah” jawab
Jasmin. Tiba – tiba guruh berbunyi. Jasmin dan Iqram ketawa gembira. Paklong
Jai dan Zahid naik ke atas setelah mendengar nama mereka dipanggil oleh Maklong
Jihan dengan nada yang marah.
“Saya dah cakapkan!” ujar Jasmin.
“Banyaklah... itu sebab doa saya
Allah perkenankan”
“Eleh...ya lah.... Alhamdulillah!”
hujan turut dengan lebat sekali sehingga semua lumpur di badan mereka sudah
hilang. Maklong Jihan menelefon ibu Jasmin, Khadija untuk meminta kebenaran
agar Jasmin bermalam di rumah mereka.
Menggigil – gigil Jasmin kesejukan. Dia memakai baju Maklong Jihan yang
ternyata sangat longgar untuk di pakai. Jasmin baring kesejukan di bilik tetamu
rumah Maklong Jihan.
Iqram memandang Maklongnya yang
baru keluar dari bilik Jasmin. Kasihan pula melihat Jasmin yang sudah pun demam
dan mengalami selsema.
“Apa pandang – pandang?. Main macam
budak kecil! Maklong kahwinkan kamu dengan dia nak?.. bermanja – manja dalam
lumpur konon” jeling Maklong Jihan. Iqram senyum. dia sendiri mahu tergelak mengenangkan
peristiwa tadi. Akibat keletihan akhirnya dia juga tertidur.
lucu gak jasmin n iqram yer.. tp ape yg cikgu zue bg kat iqram???
ReplyDeleteSUPRISE!!!!!!
Deletecer teka cer teka..
adakah kasut bowling?.. dedak ayam?... pallet kura - kura?.. ataupun.. jeng jeng ;)
main lumpur..hehehe besh tu..tapi x de lintah and pacat ker maaakkkk geeeliii....hhehehehe
ReplyDelete