BAB 5
Mahu tercabut telinga Jasmin
mendengar leteran Makcik Khadija. Ibunya itu memang tidak sebulu dengannya sejak
dari kecil lagi. Dia bukanlah anak kesayangan ibunya. Tidak seperti Zana,
adiknya yang kini baru tamat pengajian di Universiti. Kecantikan Zana sering
menjadi kebanggaan Makcik Khadija. Cukuplah kasih sayang dari ayah dan adik
bongsunya itu untuk memenuhi keperluan jiwanya. Walaupun begitu, tidak pernah
sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Jasmin untuk membantah kata – kata
ibunya.
“Anak dara apa kamu ni?. Tidur
rumah Maklong Jihan tu!. Tak malu?. Kamu tu nak mengurat anak buah dia ke?.
Ingat sikit diri tu siapa?. Kamu tu bukannya macam Zana” bebel Makcik Khadija
sambil tangannya menonyoh sinki. Pakcik Yasin mengusap lembut rambut Jasmin
yang sedang menyuap ayahnya.
“Tak pasal – pasal hari ni aku kena
masak!. Ini semua kerja kamu. Penat aku mandikan ayah kamu semalam” darah
Makcik Khadija mendidih. Air mata Jasmin sudah jatuh mengalir ke pipinya.
Pakcik Yasin tidak berdaya. Dia terpaksa mendengar hamburan kata – kata yang
keluar dari mulut isteri yang tidak mahu bersyukur dan sentiasa merungut.
“Sudah.. pergi ke kebun cili.
Sekurang – kurangnya pedas cili itu tak meresap ke jantung dan perasaan. Biar
pedas di bibir tapi tidak di hati, sayang” pujuk Pakcik Yasin. Yaya mengangguk.
Memegang tangan kakak sulungnya itu. Jasmin keluar. Hari ini dia bernasib baik,
Yaya hanya duduk di rumah. Jasmin terus menunggang motor ke kebun cilinya. Air
matanya masih bergenang. Matanya yang sudah bengkak itu mengkaburkan
penglihatannya. Jasmin terus ke pondok untuk meletak bekas makanan. Terkejut
besar dia apabila mellihat Iqram sedang tersengih – sengih memandangnya dengan
sabit di tangan.
“Buang tabiat ke?” soal Jasmin
dengan nada mendatar. Iqram sedikit terkejut tetapi tetap tersenyum.
“Saya nak minta kerja dengan bos boleh?”
guraunya.
“Pergilah balik!” jeling Jasmin.
Iqram keliru. Sikap Jasmin berubah lagi.
“Awak marah saya?” soal Iqram
dengan lembut.
“Balik.. saya tak mahu orang kata
saya nak menggatal dengan awak” kata Jasmin. Matanya melihat ke bawah. Sibuk
mengemas bekas makanan dan botol air di tepi pondok. Iqram tidak mahu marah
Jasmin berlarutan. Dia terus angkat kaki. Membawa sabit kepunyaan Paklong Jai
pulang. Jasmin memejam mata. Menarik nafas dalam – dalam. Dia memandang Iqram
yang tergoyang – goyang melalui titi yang sudah tidak sekukuh mana.
“Awak!” panggil Jasmin. Iqram
menoleh. Jasmin mengukir senyum. Iqram membalasnya.
“Tapi saya tak mampu bagi gaji
sekarang ni. Nanti lepas jual cili ni saya bagi upah ya” ujar Jasmin. Iqram
ketawa. Dia patah balik dan berdiri betul – betul di hadapan Jasmin.
“Saya tak nak upah la..”kata Iqram
“Habis tu?... saya tak mahu
korbankan maruah saya semata – mata upah awak” Jasmin membeliakkan matanya.
Iqram ketawa besar.
“Ishhh.. ke situ pula. Saya nak
upah tapi bukan dalam bentuk wang ringgit” sengih Iqram.
“Banyak songehlah!.. habis tu nak
apa?” jerkah Jasmin. Terkejut Iqram. Jasmin menutup mulutnya. Dia tahu suaranya
itu kadangkala boleh membuatkan orang salah sangka.
“Nak makan nasi ayam pula” Iqram
mengenyitkan matanya.
“Hmmm.. ini semua Kak Lijah punya
pasallah!. Ok tapi buat kerja betul – betul. Kalau main – main, saya buat
nasinya saja. Ayam tak ada!” ujar Jasmin dan terus berjalan menghampiri Kak
Lijah.
Jasmin menabur baja. Dia memandang
Iqram yang sibuk memotong daun rosak seperti Kak Lijah. Sabit ditangan diletak
ke bawah. Jasmin masih terbayangkan wajah bengis ibunya. Jasmin termenung.
Hatinya pedih!. Baja ditangan masih dipegang.
“Pommmm!!!” jerit Iqram ke
telinganya. Jasmin terperanjat. Tangannya yang memegang baja itu terus di
tonyoh ke wajah Iqram. Mahu termuntah Iqram dibuatnya. Cepat – cepat Iqram
berlari ke longkang. Dia muntah dengan banyak. Bau baja itu memang dasyat!. Kak
Lijah ketawa berdekah – dekah. Jasmin terus membuka sarung tangan dan mengurut
belakang badan Iqram. Jasmin menghulurkan air masak. Iqram membasuh mukanya
sehingga habis air minum Jasmin sebotol.
“Wei... nanti nak minum apa?” marah
Jasmin. Iqram terkebil – kebil.
“Nampak tu.. Kak Lijah dah makan.
Air dia pun dah habis. Ini saja yang tinggal” bebel Jasmin. Iqram duduk di
pondok menjeling Jasmin. Bukannya nak minta maaf tapi membebel pula!..
“Ini adalah” kata Kak Lijah.
Menghulurkan secawan air teh miliknya. Jasmin yang tengah meradang itu
meneruskan kerja – kerjanya. Iqram sudah tidak larat. Dia hanya duduk memandang
Jasmin.
Kalaulah Zamri tahu aku buat semua
ni mesti dia ketawakan aku. Macam manalah aku boleh datang dengan niat nak
berkebun. Aku bukannya papa yang suka sangat berkebun.. bebel Iqram sendirian.
“Mari makan” senyum Jasmin. Dia
duduk bersila selepas membasuh tangan di paip. Dia membuka bekas makanannya.
Nasi goreng belacan tidak berlauk itu dibahagi dua. Iqram hanya makan dua sudu
sahaja. Selebihnya diletakkan ke dalam pinggan Jasmin.
“Kenapa?. Tak sedap ke?” soal
Jasmin. Iqram senyum.
“Tak mengapa. Awak penat” balas
Iqram.
“Awak pun penat” kata Jasmin pula.
Iqram mengerutkan dahinya. Bukannya dia buat kerja pun.
“Penat muntah!” ketawa Jasmin.
Iqram menjeling lagi.
“Macam perempuan!” usik Jasmin.
“Kenapa pula?”
“Perempuan je yang suka menjeling”
jawab Jasmin. Iqram tidak mahu dengar. Dia menggoyangkan kakinya. Angin di
kebun Jasmin menyegarkan.
“Awak lapar ya?” soal Jasmin. Iqram
menoleh. Sudu berisi nasi goreng itu berada di hadapan matanya. Jasmin mahu
menyuapnya. Iqram ketawa.
“Tak nak, mesti tak sedap” cebik
Iqram. Jasmin memandangnya tajam.
“Makan!!!” jerkah Jasmin. Cepat –
cepat Iqram menerima suapan Jasmin dalam keadaan terpaksa dan terkejut.
“Nanti awak lapar. Kan awak nak
buat kerja” kata Jasmin lembut.
“Macam thermometer” jawab Iqram
“Suhu naik turun. Kejap ganas lepas
tu lembut!” jeling Iqram lagi. Jasmin ketawa.
Dia tahu Iqram sedikit keliru dengan sikapnya. Bukannya dia suka sangat memarahi
Iqram tetapi lelaki di hadapannya itu cukup seronok untuk menjadi mangsa
usikannya.
Iqram memandang telapak tangan
Jasmin. Dipegangnya. Jasmin memandang kehairanan. Iqram menyentuh lembut
telapak tangan Jasmin yang agak kasar itu. Ada sedikit rasa pilu dihatinya.
Wanita di hadapannya itu juga seorang yang cantik dan manis walaupun tak
secantik Cikgu Zue.. tetapi sayang tangannya agak kasar. Ini tanda Jasmin
melakukan banyak kerja berat dan yang pasti dia juga sibuk hingga tidak menjaga
kulit tangan dan kakinya.
“Saya tahu ... kasar” Jasmin senyum
tawar. Malu untuk memandang wajah Iqram yang baru melepaskan tangannya.
“Itu tanda awak wanita hebat”
senyum Iqram. Jasmin senyum sinis pula.
“Tak perlu berdalih. Saya boleh
terima kekurangan saya dan saya sedikit pun tidak terkilan. Kerja saya tak
mengizinkan saya mempunyai kulit yang cantik. Mujurlah muka saya tidak mudah
ditumbuhi jerawat” kata Jasmin. Matanya masih dihadapan. Dia bangun dan terus
memetik cili yang sudah masak. Iqram tunduk. Rasa bersalah mengungkit rasa
kekurangan diri dalam diri Jasmin. Dia teringat akan hadiah Cikgu Zue yang
dibukanya pagi tadi. Dia yakin Cikgu Zue sangat berkemampuan hingga mampu menghadiahkannya
sebotol minyak wangi yang berjenama. Minyak wangi itu telah pun diberi kepada
Paklong Jai atas permintaannya. Paklong Jai terhidu haruman yang semerbak
ketika Iqram menyemburnya.
******************************
“Doktor terima kasih ya ajak saya
keluar” senyum Cikgu Zue. Dia cuba menghidu haruman yang dipakai Iqram. Itu
bukan haruman yang dibelinya tempoh hari.
“Doktor tak suka minyak wangi tu?”
soal Cikgu Zue lagi. Iqram hanya senyum. dia membelok ke pekan. Mahu membeli
sesuatu.
“Jangan panggil doktor ya cikgu”
pinta Iqram.
“Jadi.. awak juga jangan panggil
cikgu. Panggil saja Zue” senyum Cikgu Zue. Iqram dan Cikgu Zue masuk ke dalam
pusat membeli belah. Dia masuk ke dalam bahagian menjual barangan penjagaan
kulit.
“Zue.. tolong carikan pencuci muka,
krim , losyen dan apa – apa sajalah yang penting bagi seorang wanita macam
awak” pinta Iqram. Cikgu Zue gembira. Mungkin Iqram mahu membelikannya semua
itu.
“Untuk siapa?” soal Cikgu Zue.
“Jasmin” jujur Iqram. Cikgu Zue
tersentak. Senyumannya mula layu. Tidak sangka Iqram terlalu mengambil berat
akan Jasmin.
“Iqram ada apa – apa ke dengan
Jasmin sampai sanggup beli semua tu?” soal Cikgu Zue.
“Dia kawan saya. Dia bekerja
terlalu kuat sampai tiada masa untuk semua itu. Kalau awak nak apa – apa, awak
ambil saja. Saya belanja sebagai penghargaan membantu saya” kata Iqram.
“Saya tak tahu” jawab Cikgu Zue.
“Kulit awak sangat cantik. Walaupun
saya seorang doktor tapi saya bukannya pakar dalam hal – hal begini. Kata orang
wanita tahu semuanya” pujuk Iqram. Mahu atau tidak Cikgu Zue terpaksa memilih
semua produk yang diperlukan. Niatnya agar Iqram jatuh hati padanya kerana suka
membantu orang lain. Memang rasa geram tetapi apabila mendengar pujian mengenai
kulitnya itu keluar dari mulut Iqram, rasa marahnya mula reda.
Setelah membeli semua keperluan,
Iqram mengajak Cikgu Zue untuk makan tengahari bersama. Tersenyum lebar bibir
Cikgu Zue. Nasi beriani dikunyah sedikit demi sedikit. Sangat bersopan santun.
Iqram tidak banyak berbicara. Dia tidak berasa terlalu selesa dengan Cikgu Zue.
Mungkin masih malu – malu. Tidak seperti Jasmin yang pastinya lebih bersahaja
dan menampakkan sifat sebenarnya. Malah bila dia ketawa, nada suaranya kadang
kala lebih kuat dari Iqram. Cikgu Zue lain, kalau mencari wanita melayu
terakhir, dialah orangnya. Cikgu Zue tunduk malu apabila Iqram memandangnya.
“Kenapa?” soal Iqram. Cikgu Zue
menggeleng kepala. Seorang budak berumur 5 tahun berlari kea rah Cikgu Zue
untuk menyorok dari abangnya. Cikgu Zue mengangkat tubuh kanak – kanak itu dan
diribanya pebuh dengan rasa kasih.
“Sayang lari – lari ni nak ke mana?”
soal Cikgu Zue. Budak perempuan itu hanya tersenyum. Ciuman dari bibir Cikgu
Zue hinggap ke pipi budak perempuan itu. Tidak lama kemudian seorang wanita yang
memperkenalkan diri sebagai ibunya datang menghampiri. Setelah mengucapkan
terima kasih ibu budak perempuan itu pun terus pergi. Iqram tersenyum. Dia akui
Cikgu Zue penuh dengan sifat keibuan. Itu memang salah satu dari criteria wanita
idamannya.
“Suka budak – budak?” soal Iqram. Cikgu Zue mengangguk.
“Baguslah begitu”
“Kenapa?”
Iqram tidak menjawab tetapi
mengajak Cikgu Zue untuk pulang. Dalam kereta pun, mereka berdua banyak
membisu. Iqram memberhentikan keretanya di hadapan rumah dua tingkat milik
keluarga Cikgu Zue. Mak Habsah, ibu Cikgu Zue datang menghampiri.
“Silalah masuk doktor” sapanya
dengan ramah.
“Tak mengapa makcik. Ini ada
sedikit buah tangan untuk makcik” Iqram menghulurkan sebungkus buah – buahan . Mak Habsah memang berkenan dengan doktor muda
yang kacak ini. Penuh dengan budi bahasa
yang tinggi. Dia sendiri menggalakkan agar Cikgu Zue merapatkan dirinya dengan
Iqram.
Iqram tidak terus pulang tetapi dia
terus singgah ke kebun cili Jasmin. Dari jauh kelihatan Jasmin sedang mencabut
beberapa batang pokok yang rosak dan tidak menjadi.
“Min!!!!” jerit Iqram. Jasmin
memandangnya. Hatinya tiba – tiba berdebar.
“Ishhh... yang kau berdebar sangat
ni kenapa hati???... macam nampak artis pula!. Cuba cool sikit!” bicara jasmin
sendiri. Dia terus menghampiri Iqram.
“Ambil ni” Iqram menghulurkan
bungkusan ke tangan Jasmin. Setelah duduk di pondok, Jasmin membuka bungkusan
itu.
“Mak aihhhh... banyaknya. Nak jual
ke ni?. Min tengah tak ada duit. Nanti kalau Min ada duit main beli ya” ujar
Jasmin.
Min????... sebelum ini dia selalu
bahasakan dirinya ‘saya’ dan ‘awak’ saja. Kenapa dia bahasakan dirinya sebagai ‘min’
pula?... berkerut dahi Iqram memikirkannya.
“Min?.. bukan saya dan awak?” saja
mencetus persoalan. Jasmin terdiam. Mulutnya terkunci.
“Tapi saya suka... manja sikit”
sengih Iqram. Jasmin malu!.
“Ini hadiah persahabatan kita..
skrub, losyen, cleanser, toner dan krim. Pakai ya!” ujar Iqram. Jasmin tunduk.
Iqram duduk dihadapan Jasmin. Tiba – tiba dua tiga titik jernih jatuh ke atas
salah satu produk penjagaan kulit iu. Iqram tergamam. Di sentuhnya dagu Jasmin
dan di angkatnya sedikit wajah Jasmin. Memang dia sedang menangis!. Iqram
menghela nafas.
“Kenapa Min?” soal Iqram dengan
lembut.
Jasmin membuka matanya. Memandang Iqram
yang merenungnya sedari tadi.
“Layanan awak membuatkan saya rasa
saya seorang wanita semula” jawabnya perlahan.
“Awak kan memang seorang wanita....”
pujuk Iqram.
“Terima kasih..” senyum Jasmin
sambil mengesat air matanya.
“Wah.. sebulan lagi kalah kulit
Heidi Klum” Iqram mengenyit mata. Sengaja mahu membuatkan Jasmin tersenyum.
“Heidi Klum tu siapa?. Hantu kum
kum punya adik?” soal Jasmin. Iqram ketawa berdekah – dekah. Dia terus pergi
meninggalkan Jasmin yang terpinga – pinga menunggu jawapan. Dia mahu Jasmin
lebih berkeyakinan dan tidak terlalu merendah diri. Dia bahagia melihat Jasmin
ketawa walaupun tawanya itu tak molek langsung!..
weh byk sgt salah lah..kluar dgn cik zue tapi kenapa jasmin yg suka budak2. then pujian kluar dari mulut bukan dari kulit hehehehe sila baiki ya....maaf diatas teguran saya itu.
ReplyDeletetak mengapa..
Deleteterima kasih di atas teguran tu :)
next time saya akan berhati - hati k kalam..
Deletejangan segan 2 utk kritik ..
saya ok malah berterima kasih.
pas ni tak leh tulis novel depan anak ler nampaknya:)
ehh jangan lah smpai mcm tu. mungkin anak iza tu pencentus ilham...salah sikit2 tak per...lgn lari dari tajuk utama dah rr hehehe..
ReplyDeletehahaha... tapi kalau nak masukkan part - part jiwang x leh diorang jaga. kena diorang tido duluuuu :)
Delete