PERKENALAN J
Orang selalu tulis prolog tapi penulis kisah aku dan
artis perasan, gila glamour, otak tersentot ni.... satu perkenalan. Perkenalan
supaya anda semua tahu siapa aku dan dia. Makhluk tuhan teramat perasan. Kalau digandingkan
harimau dengan dia, kuku harimau yang tajam tu pun terus jadi kontot. Memang poyo
gila mamat kacak (biasalah.. hero mesti kacak) tapi perasannya aku sendiri tak
sanggup nak hadap hari – hari. Jadi PA atau pengurus artis pada seorang
penyanyi lelaki paling popular ni bukanlah mudah. Susahnya bukan pada kerja
tapi pada sikap dia yang buat aku ni macam hamba abdi zaman firaun. Baju nak
cantik, longgar sikit tak nak... takut orang tak nampak bidangnya yang sasa...
uwekkkk!!!!
Asyik cerita pasal dia je.. meluat. Aku ni Sutera
Indah... macam nama kayangan kan? . tapi aku ni orang biasa. Anak tunggal
seorang pegawai......pegawai keselamatan yang bernama Kudus (jangan tanya aku
kenapa nama dia kudus, atok aku tak pernah pula beritahu). Mak aku pula nama
Jamilah atau lebih dikenali sebagai Milah goyang sebab mak aku punya stail
jalan kalah Tyra Banks tu... tapi aku?... jalan macam itik. Takkanlah macam
itik, korang pun agak – agaklah. Aku pun mesti la manis orangnya. Tak terlalu
cantik tapi sedap mata memandang.. kalau tak pandang lagi sedap!. Lepas SPM aku
terus tinggal di KL dengan sepupu aku yang kebetulan juga bekerja di syarikat
pengurusan aris ni. Dialah yang cadangkan aku masuk dalam neraka yang tak
berapa nak jahanam ni. Nama sepupu aku tu Zie. Sebenarnya aku bukannya minat
sangat dengan penyanyi ni. Aku lagi minat dengan penyanyi hip hop yang bernama
Carl. Handsome beb!. Lagipun majikan aku tu cuma nyanyi lagu berentak soul,
R&B dan Balada. Aku pun hairan kenapa perempuan mesti nangis – nangis bila
dia menyanyi... sedangkan aku nak termuntah!. Lagi satu.. dia ni suka sangat
pakai kacamata hitam.. ada stail lah konon. Opss..... lupa nak beritahu, nama makhluk
Allah yang menggugat tahap kritikal rasa sabar aku ni....DARREN MIKAIL!.
BAB
1
“Sutera... mana baju yang saya suruh ambil tu?. Awak
dah hantar dry cleaning tak?” soal Darren. Mata Sutera dipandang tajam. Sutera
menelan air liur.
“Saya ambil tapi tak ambil baju tu” Sutera tergagap –
gagap. Di hulurnya bungkusan plastik ke tangan Darren. Dengan cepat Darren
membukanya.
“Seluar dalam??” soal Darren. Sutera mengangguk.
“Kalau awak tak ambil benda ni pun tak mengapa. Ada berpuluh
lagi di rumah saya tu” jeling Darren.
“Mana saya tahu. Tak pernah kira pun. Saya tengok
asyik warna biru dan hitam saja ingatkan ada sikit saja” jawan Sutera selamba.
Darrem merengus.
“Ambil kunci ni.. pergi ambil” arah Darren. Sutera
mencapainya dan terus menghidupkan enjin kereta. sedang dia memanaskan enjin
kereta mulutnya tidak henti – henti membebel.
“Eleh.. ingat cantik sangat baju dia yang baru beli
tu. Semuanya ketat. Macam sarung nangka. Sarung nagka pakcik Kudus tu pun tak
ketat macam tu.. siap boleh beri pernafasan yang selesa lagi. Ingat aku apa?..
ulang alik pergi kedai dobi. Setakat photoshoot majalah pun nak kecoh. Pakai sajalah
seluar dalam tu. Kata seksi sangat!”
“Awak pakai dulu baru saya pakai”
Sutera terkejut. Ditutupnya mulutnya dengan kedua
belah tangan. Cepat – cepat dia menutup pintu kereta dan terus pergi
meninggalkan Darren yang terjerit – jerit memanggilnya. Sutera tidak peduli. Dia
tidak sanggup mendengar bebelan Darren yang melebihi 380 patah perkataan itu.
Sutera menggigit bibirnya. Kedai dobi itu sudah
tutup. Kepalanya diketuk perlahan. Mampus aku!... gerutu hatinya.
Mahu atau tidak dia terpaksa berpatah balik ke kolam
renang hotel lima bintang tempat Darren melakukan photoshoot. Sutera
menghampiri Darren yang sudah siap untuk mengambil beberapa gambar menarik
untuk di jadikan muka hadapan sebuah majalah terkemuka. Sutera terkejut. Baju yang
sepatutnya di ambil sudah dipakai oleh Dareen.
Dia menghampiri Darren.
“Mana pula Encik Darren jumpa baju ni?” soal Sutera.
“Saya telefon dia suruh hantar. Harapkan awak, tak
payah” kata Darren selamba. Sutera naik angin. Dia tak tahu betapa gelabahnya
aku tadi!. Bukannya tak boleh beritahu aku tadi. Dia ingat aku ni kuli batak
dia?
“Kenapa tak cakap?. Encik Darren tahu tak, saya ni
dah menggigil dari tadi takutkan Encik Darren!. Kalau dah tahu kenapa tak
beritahu saya. Ingat masa saya ni daun kering
ke?. Nampak tak dahi saya dah berpeluh – peluh sebab penat! Kalau....”
Darrren menekup mulut Sutera. Dia menunggu Sutera
berhenti dari membebel sebelum mengalihkan tangannya dari mulut Sutera.
“Tadi saya nak beritahu awak, yang awak membebel
macam orang gila di dalam kereta tu kenapa?. Sedap nak mengata saya!. Saya baru
nak beritahu, awak dah pecut kereta. hei... kereta saya tu mahal tau.. kalau
awak yang terlambung masuk gaung saya tak kisah. Lantaklah! Tapi, kereta saya
tu dekat RM1 juta tau harganya” kata Darren pula.
“Huh!” jeling Sutera dan terus duduk jauh dari situ.
Matanya berbulu melihat Darren ke kiri dan ke kanan untuk memberikan pose yang
terbaik. Cermin mata hitamnya di gigit sedikit untuk memberikan sedikit aksi
yang menggoda.
“Uwekkkkkkk!!!!!!” Sutera meletakkan kedua jari telunjuknya
ke leher. Membuat aksi mahu muntah. Jurusolek majalah di sebelahnya ketawa
kecil. Akhirnya dia juga turut sama ketawa apabila Sutera melakukannya berulang
kali.
Kerja Darren sudah selesai. Sutera masih geram
dengan Darren. Dengan muka selamba Darren mengajak Sutera pulang ke pejabat.
“Bawa kereta... saya letih” arah Darren. Sutera menggenggam
penumbuk. Kalau tumbuk, aku masuk penjara, kasihan pada ayah dan mak aku. Kalau
aku sepak nanti dia kata kurang ajar, aku ni lagi penat. Bawa baju dia yang
menimbun tapi yang pakai hanya dua.... jantan gila! Otak tersentot!... jerit
hati kecilnya. Akhirnya Sutera tersenyum.
“Adoimakkkkkk... arghhhh... sakit ni kejang kaki tak
boleh jalan.. adoipakkkkkk” jerit Sutera sambil memegang kakinya yang seperti
kekejangan. Darren keluar semula dari kereta. dia sedikit panik. Darren memimpin
Sutera ke bangku berdekatan. Kasut Sutera ditanggalkan. Darren mencampak kasut
Sutera. Dia terbatuk – batuk seperti mahu muntah. Kasut snickers bertali biru
itu dibuang jauh – jauh.
“Busuknya!. Awak tak pernah basuh kasut ke?” soal
Darren. Hidungnya di tutup. Sutera malu besar. Memang hampir sebulan dia tidak
membasuh kasutnya tapi dia peduli apa?...
Dengan hidung yang berkerut – kerut, Darren cuba
mengendurkan kekejangan kaki Sutera dengan menggerakkan kakinya ke hadapan dan
ke belakang. Kasihan pula Sutera melihat Darren yang terpaksa menahan nafas. Dia
pun akui yang bau busuk kasutnya itu memang boleh mematikan tikus tanah.
“Dah okey” sengih Sutera. Darren bangun. Dia menghulurkan
RM50 ke tangan Sutera.
“Ambil ni, awak balik naik teksi. Saya tak mahu
kereta saya bau busuk dengan kasut awak ni. Awak tu perempuan, awak tahu tak,
bau kaki awak ni dah sampai ke tahap tungkik!” kata Darren dan terus masuk ke
dalam keretanya. Sutera mengeluh. Lain yang dirancang... lain pula jadinya!
terima kasih kerana sudi like :)
ReplyDeletesaya pun like awak juga hihihih
Salam, bau kasut tu bau tungkik ke??? Rasanya bau tungkik lagi busuk...setau saya tungkik tu bau nanah campur darah yang keluar mengalir dari teliga dari jauh dah bau unless orang tu sumbat telinga dengan kapas itu pun selalu kena ganti nanti tak hygenic, bau kasut rasanya macam bau benda terendam sebab peluh kaki melekat pada kasut. Maafkan saya kalau salah.
ReplyDeleteorang dah geram selalu katakan sesuatu yang tidak logik atau melebihi apa yang sepatutnya untuk membuatkan seseorang itu berasa lebih marah.... sebab tu amarah itu dilarang kerana selalu melebihi atau mengiyakan sesuatu yang tidak....cth: kepala otak kau berjambul- otak tak berjambul kan... - gila! - orang yang dimarahi itu tidak gila tetapi disebut gila krn apa?.. geram dan marah. sebenarnya benda ni sekadar hiburan. maafkan saya kalau seri ayu tak selesa. lain kali saya akn elakkan benda2 begitu lagi. terima kasih krn menegur. sekurang2nya saya tahu kelemahan dan kesilapan saya. terima kasih banyak2 ya :)
Deleteseri ayu...
Deletememang benar maksud tungkik tu macam yang seri ayu tuliskan.
thanks ayu....
Deletekalau ada silap apa yang saya tulis, minta jasa baik seri ayu untuk menegur saya. saya gembira pembaca saya menegur kesilapn saya. kalam cinta dan seri ayu menegur kesilapan saya. sejujurnya saya berterima kasih. jangan risau, saya tak ada rasa marah.. sungguh!.malah berterima kasih. kritikan membina ini saya perlukan untuk menjadi seorang penulis novel yang baik. sayang awak!!! -penat tak baca e-mil dari saya banyak - banyk cam gini.. hihihihi, saya tengah lapaang sangat hihih...
Sama-sama. Saya memang suka novel dan sentiasa ternanti-nanti n3 terbaru. Harap satu hari nanti saya dapat baca dan buat koleksi hardcopy yea.
ReplyDeleteinsyaAllah..
Deletedah banyak kali saya tulis tapi still nak tulis benda ni
'TERIMA KASIH' ...
doakan saya :)
best citer ni..satu lagi buah tangan dari Iza...hehehe chayok..chayok...
ReplyDeleteterima kasih kalam
Deletesbb citer ni pun kalam layan.
suka kalam suka kalam!!
BAU TUNGKIK adalah bahasa pasar yang kami guna pada masa zaman rock kapak. Apa yang kami maksudkan masa tu adalah, bau tengik yang dihidu secara tiba tiba, macam kita berselisih atau bersaing ngan member kita, tetiba hidu bau busuk menusuk hidung lalu kami cakap, "Hoi ko lepaskan bom ye, bau tungkik laa oooi!"
ReplyDeleteJadi maksud bau tungkik adalah, bau busuk yg menusuk hidung yg dihidu secara tidak sengaja, mungkin sebelum bau bau wangi, ia-lah lalu belakang awek, minyak wangi bagai, last last dapat seDas bau kentut yg tidak diketahui mana asal nye, hehehe.
Dan bukannya seperti kita pergi satu tempat yg kotor dan berbau busuk, macam tempat buang sampah, lalu kita cakap "Eeeee bau tungkik la tempat ni" tak tak tak bukan macam tu. Bau tungkik itu ditujukan kepada seseorang bukan tempat...
Sekian, hehehe
Roymie ITM 87-90
...Tambah lagi TUNGKIK dalam bahasa Indon seperti link ni
ReplyDeletehttp://www.kamusindo.xyz/arti/gaul/tungkik
Sekian
Roymie ITM 87-90