Wednesday, 12 December 2012

CINTA POPULAR D & S - BAB 1



 PERKENALAN J

Orang selalu tulis prolog tapi penulis kisah aku dan artis perasan, gila glamour, otak tersentot ni.... satu perkenalan. Perkenalan supaya anda semua tahu siapa aku dan dia. Makhluk tuhan teramat perasan. Kalau digandingkan harimau dengan dia, kuku harimau yang tajam tu pun terus jadi kontot. Memang poyo gila mamat kacak (biasalah.. hero mesti kacak) tapi perasannya aku sendiri tak sanggup nak hadap hari – hari. Jadi PA atau pengurus artis pada seorang penyanyi lelaki paling popular ni bukanlah mudah. Susahnya bukan pada kerja tapi pada sikap dia yang buat aku ni macam hamba abdi zaman firaun. Baju nak cantik, longgar sikit tak nak... takut orang tak nampak bidangnya yang sasa... uwekkkk!!!!

Asyik cerita pasal dia je.. meluat. Aku ni Sutera Indah... macam nama kayangan kan? . tapi aku ni orang biasa. Anak tunggal seorang pegawai......pegawai keselamatan yang bernama Kudus (jangan tanya aku kenapa nama dia kudus, atok aku tak pernah pula beritahu). Mak aku pula nama Jamilah atau lebih dikenali sebagai Milah goyang sebab mak aku punya stail jalan kalah Tyra Banks tu... tapi aku?... jalan macam itik. Takkanlah macam itik, korang pun agak – agaklah. Aku pun mesti la manis orangnya. Tak terlalu cantik tapi sedap mata memandang.. kalau tak pandang lagi sedap!. Lepas SPM aku terus tinggal di KL dengan sepupu aku yang kebetulan juga bekerja di syarikat pengurusan aris ni. Dialah yang cadangkan aku masuk dalam neraka yang tak berapa nak jahanam ni. Nama sepupu aku tu Zie. Sebenarnya aku bukannya minat sangat dengan penyanyi ni. Aku lagi minat dengan penyanyi hip hop yang bernama Carl. Handsome beb!. Lagipun majikan aku tu cuma nyanyi lagu berentak soul, R&B dan Balada. Aku pun hairan kenapa perempuan mesti nangis – nangis bila dia menyanyi... sedangkan aku nak termuntah!. Lagi satu.. dia ni suka sangat pakai kacamata hitam.. ada stail lah konon. Opss..... lupa nak beritahu, nama makhluk Allah yang menggugat tahap kritikal rasa sabar aku ni....DARREN MIKAIL!.

                                            BAB 1

“Sutera... mana baju yang saya suruh ambil tu?. Awak dah hantar dry cleaning tak?” soal Darren. Mata Sutera dipandang tajam. Sutera menelan air liur.

“Saya ambil tapi tak ambil baju tu” Sutera tergagap – gagap. Di hulurnya bungkusan plastik ke tangan Darren. Dengan cepat Darren membukanya.

“Seluar dalam??” soal Darren. Sutera mengangguk.

“Kalau awak tak ambil benda ni pun tak mengapa. Ada berpuluh lagi di rumah saya tu” jeling Darren.

“Mana saya tahu. Tak pernah kira pun. Saya tengok asyik warna biru dan hitam saja ingatkan ada sikit saja” jawan Sutera selamba. Darrem merengus.

“Ambil kunci ni.. pergi ambil” arah Darren. Sutera mencapainya dan terus menghidupkan enjin kereta. sedang dia memanaskan enjin kereta mulutnya tidak henti – henti membebel.

“Eleh.. ingat cantik sangat baju dia yang baru beli tu. Semuanya ketat. Macam sarung nangka. Sarung nagka pakcik Kudus tu pun tak ketat macam tu.. siap boleh beri pernafasan yang selesa lagi. Ingat aku apa?.. ulang alik pergi kedai dobi. Setakat photoshoot majalah pun nak kecoh. Pakai sajalah seluar dalam tu. Kata seksi sangat!”

“Awak pakai dulu baru saya pakai”

Sutera terkejut. Ditutupnya mulutnya dengan kedua belah tangan. Cepat – cepat dia menutup pintu kereta dan terus pergi meninggalkan Darren yang terjerit – jerit memanggilnya. Sutera tidak peduli. Dia tidak sanggup mendengar bebelan Darren yang melebihi 380 patah perkataan itu.

Sutera menggigit bibirnya. Kedai dobi itu sudah tutup. Kepalanya diketuk perlahan. Mampus aku!... gerutu hatinya.

Mahu atau tidak dia terpaksa berpatah balik ke kolam renang hotel lima bintang tempat Darren melakukan photoshoot. Sutera menghampiri Darren yang sudah siap untuk mengambil beberapa gambar menarik untuk di jadikan muka hadapan sebuah majalah terkemuka. Sutera terkejut. Baju yang sepatutnya di ambil sudah dipakai oleh Dareen.  Dia menghampiri Darren.

“Mana pula Encik Darren jumpa baju ni?” soal Sutera.

“Saya telefon dia suruh hantar. Harapkan awak, tak payah” kata Darren selamba. Sutera naik angin. Dia tak tahu betapa gelabahnya aku tadi!. Bukannya tak boleh beritahu aku tadi. Dia ingat aku ni kuli batak dia?

“Kenapa tak cakap?. Encik Darren tahu tak, saya ni dah menggigil dari tadi takutkan Encik Darren!. Kalau dah tahu kenapa tak beritahu saya. Ingat masa saya ni daun kering  ke?. Nampak tak dahi saya dah berpeluh – peluh sebab penat! Kalau....”

Darrren menekup mulut Sutera. Dia menunggu Sutera berhenti dari membebel sebelum mengalihkan tangannya dari mulut Sutera.

“Tadi saya nak beritahu awak, yang awak membebel macam orang gila di dalam kereta tu kenapa?. Sedap nak mengata saya!. Saya baru nak beritahu, awak dah pecut kereta. hei... kereta saya tu mahal tau.. kalau awak yang terlambung masuk gaung saya tak kisah. Lantaklah! Tapi, kereta saya tu dekat RM1 juta tau harganya” kata Darren pula.

“Huh!” jeling Sutera dan terus duduk jauh dari situ. Matanya berbulu melihat Darren ke kiri dan ke kanan untuk memberikan pose yang terbaik. Cermin mata hitamnya di gigit sedikit untuk memberikan sedikit aksi yang menggoda.

“Uwekkkkkkk!!!!!!” Sutera meletakkan kedua jari telunjuknya ke leher. Membuat aksi mahu muntah. Jurusolek majalah di sebelahnya ketawa kecil. Akhirnya dia juga turut sama ketawa apabila Sutera melakukannya berulang kali.

Kerja Darren sudah selesai. Sutera masih geram dengan Darren. Dengan muka selamba Darren mengajak Sutera pulang ke pejabat.

“Bawa kereta... saya letih” arah Darren. Sutera menggenggam penumbuk. Kalau tumbuk, aku masuk penjara, kasihan pada ayah dan mak aku. Kalau aku sepak nanti dia kata kurang ajar, aku ni lagi penat. Bawa baju dia yang menimbun tapi yang pakai hanya dua.... jantan gila! Otak tersentot!... jerit hati kecilnya. Akhirnya Sutera tersenyum.

“Adoimakkkkkk... arghhhh... sakit ni kejang kaki tak boleh jalan.. adoipakkkkkk” jerit Sutera sambil memegang kakinya yang seperti kekejangan. Darren keluar semula dari kereta. dia sedikit panik. Darren memimpin Sutera ke bangku berdekatan. Kasut Sutera ditanggalkan. Darren mencampak kasut Sutera. Dia terbatuk – batuk seperti mahu muntah. Kasut snickers bertali biru itu dibuang jauh – jauh.

“Busuknya!. Awak tak pernah basuh kasut ke?” soal Darren. Hidungnya di tutup. Sutera malu besar. Memang hampir sebulan dia tidak membasuh kasutnya tapi dia peduli apa?...

Dengan hidung yang berkerut – kerut, Darren cuba mengendurkan kekejangan kaki Sutera dengan menggerakkan kakinya ke hadapan dan ke belakang. Kasihan pula Sutera melihat Darren yang terpaksa menahan nafas. Dia pun akui yang bau busuk kasutnya itu memang boleh mematikan tikus tanah.

“Dah okey” sengih Sutera. Darren bangun. Dia menghulurkan RM50 ke tangan Sutera.

“Ambil ni, awak balik naik teksi. Saya tak mahu kereta saya bau busuk dengan kasut awak ni. Awak tu perempuan, awak tahu tak, bau kaki awak ni dah sampai ke tahap tungkik!” kata Darren dan terus masuk ke dalam keretanya. Sutera mengeluh. Lain yang dirancang... lain pula jadinya!

11 comments:

  1. terima kasih kerana sudi like :)
    saya pun like awak juga hihihih

    ReplyDelete
  2. Salam, bau kasut tu bau tungkik ke??? Rasanya bau tungkik lagi busuk...setau saya tungkik tu bau nanah campur darah yang keluar mengalir dari teliga dari jauh dah bau unless orang tu sumbat telinga dengan kapas itu pun selalu kena ganti nanti tak hygenic, bau kasut rasanya macam bau benda terendam sebab peluh kaki melekat pada kasut. Maafkan saya kalau salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang dah geram selalu katakan sesuatu yang tidak logik atau melebihi apa yang sepatutnya untuk membuatkan seseorang itu berasa lebih marah.... sebab tu amarah itu dilarang kerana selalu melebihi atau mengiyakan sesuatu yang tidak....cth: kepala otak kau berjambul- otak tak berjambul kan... - gila! - orang yang dimarahi itu tidak gila tetapi disebut gila krn apa?.. geram dan marah. sebenarnya benda ni sekadar hiburan. maafkan saya kalau seri ayu tak selesa. lain kali saya akn elakkan benda2 begitu lagi. terima kasih krn menegur. sekurang2nya saya tahu kelemahan dan kesilapan saya. terima kasih banyak2 ya :)

      Delete
    2. seri ayu...
      memang benar maksud tungkik tu macam yang seri ayu tuliskan.

      Delete
    3. thanks ayu....
      kalau ada silap apa yang saya tulis, minta jasa baik seri ayu untuk menegur saya. saya gembira pembaca saya menegur kesilapn saya. kalam cinta dan seri ayu menegur kesilapan saya. sejujurnya saya berterima kasih. jangan risau, saya tak ada rasa marah.. sungguh!.malah berterima kasih. kritikan membina ini saya perlukan untuk menjadi seorang penulis novel yang baik. sayang awak!!! -penat tak baca e-mil dari saya banyak - banyk cam gini.. hihihihi, saya tengah lapaang sangat hihih...

      Delete
  3. Sama-sama. Saya memang suka novel dan sentiasa ternanti-nanti n3 terbaru. Harap satu hari nanti saya dapat baca dan buat koleksi hardcopy yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah..
      dah banyak kali saya tulis tapi still nak tulis benda ni
      'TERIMA KASIH' ...
      doakan saya :)

      Delete
  4. best citer ni..satu lagi buah tangan dari Iza...hehehe chayok..chayok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kalam
      sbb citer ni pun kalam layan.
      suka kalam suka kalam!!

      Delete
  5. BAU TUNGKIK adalah bahasa pasar yang kami guna pada masa zaman rock kapak. Apa yang kami maksudkan masa tu adalah, bau tengik yang dihidu secara tiba tiba, macam kita berselisih atau bersaing ngan member kita, tetiba hidu bau busuk menusuk hidung lalu kami cakap, "Hoi ko lepaskan bom ye, bau tungkik laa oooi!"

    Jadi maksud bau tungkik adalah, bau busuk yg menusuk hidung yg dihidu secara tidak sengaja, mungkin sebelum bau bau wangi, ia-lah lalu belakang awek, minyak wangi bagai, last last dapat seDas bau kentut yg tidak diketahui mana asal nye, hehehe.

    Dan bukannya seperti kita pergi satu tempat yg kotor dan berbau busuk, macam tempat buang sampah, lalu kita cakap "Eeeee bau tungkik la tempat ni" tak tak tak bukan macam tu. Bau tungkik itu ditujukan kepada seseorang bukan tempat...

    Sekian, hehehe
    Roymie ITM 87-90

    ReplyDelete
  6. ...Tambah lagi TUNGKIK dalam bahasa Indon seperti link ni
    http://www.kamusindo.xyz/arti/gaul/tungkik

    Sekian
    Roymie ITM 87-90

    ReplyDelete