Thursday, 13 December 2012

CINTA POPULAR D&S - bab 2


BAB 2

Sutera masuk ke dalam pejabat. Mengambil senarai kerja yang Darren arahkan dari Zie. Berkerut dahi Sutera melihat satu kerja yang amat dia benci...bawa kucing Darren pergi spa. Perghhhh.... kulit aku ni pun tak pernah tau apa itu spa. Nak bawa kucing dia tu pula. Sepatutnya dia ada showcase petang nanti, bagilah aku rehat sampai petang!. Barulah boleh jadi pekerja yang berkualiti. Dapat ISO!. Ini kucing dia pula nak perintah aku. Dah lah gemuk semacam. Mana tak gemuk, pemalas macam tuan dia!.. bebel Sutera sendirian.

“Mulut terkumat kamit tapi suara tiada. Nampak sangat kau tengah kutuk bos kau tu” perli Zie. Sutera menarik kerusi dan dia duduk berhadapn dengan Zie.

“Kenapalah kau tak suruh aku kerja di stesen minyak aje. Walaupun penuh dengan Mat Bangla, aku yakin akan bahagia dari menghadap bos kau tu!” jeling Sutera. Dia terus  bangun. Walaupun baru pukul 10 pagi, dia terpaksa membawa kucing Darren yang bernama Smoothy itu ke spa. pintu kondo milik Darren di  ketuk dengan kuat. Tidak sampai beberapa minit Darren keluar dengan hanya berseluar jeand paras lutut tanpa baju.

“Erk....” Sutera tergamam. Dia tunduk ke bawah.

“Nak ambil kucing gemuk!”

“Apa?. Gemuk?” soal Dareen kembali.

“Smoothy la, Encik Darren. Kata nak pergi hantar spa. Encik Darren pergilah ambil cepat.saya ni bukan perempuan suci yang tahan iman sangat. Lain kali kalau saya datang tutup aset Encik Darren yang kononnya berharga tu. Nasib baik saya yang datang, kalau kena gay, dah kena rogol dah” kata Sutera selamba. Merah padam muka Darren. Dia terus masuk ke dalam. Dalam masa beberapa minit kemudian dia datang kembali dengan Smoothy di tangan. Dia menghulurkan Smoothy yang berada dalam sangkar ke tangan Sutera.

“Mak aih... beratnya. Ni bagi makan burger ke apa ni?. Dah nak masuk tahap obesiti ni” Sutera mengintai – ngintai Smoothy di dalam.

“Awak nak kena pecat sebab mulut awak yang celupar tu ke?” soal Darren. Merenung Sutera. Dia terus pergi.. takut juga jika benar – benar di pecat. Lagipun Darren membayar upahnya dengan gaji yang agak mahal. Sutera berpatah balik.

“jangan lupa kunci pintu nanti kena rogol pula” usik Sutera. Darren tergmam. Berani betul dia cakap pasal rogol dengan aku?. Minah ni memang tak betul!... Darren menggeleng kepala. Dia kemudiannya menutup pintu. Mahu membersihkan rumahnya sendiri. Dia tidak punya pembantu rumah kerana lebih suka menguruskannya sendiri

Hampir setengah jam Smoothy mendapat rawatan di Klinik Haiwan Nusajaya, akhirnya dia boleh pulang bersama Sutera.

“La... potong kuku, mandi, bubuh bedak macam ni pun dipanggil spa?” soal Sutera kepada pekerja di klinik haiwan tersebut. Wanita bernama Priya itu tersenyum.

“Bukan buat sauna ke kalau spa tu?” soal Sutera lagi.

“Tak. Cuma itu saja” jawab Priya.

“Hmm... patutlah kau tak kurus. Lemak tak di buang. Tak apalah Kak, saya balik ya” Sutera minta diri dahulu. Dia mahu menghantar Smoothy cepat – cepat. Kalau lambat mesti Darren memarahinya.

Pintu Darren kelihatan terbuka. Sutera terus menjerit memanggil nama Darren berulang kali. Darren yang sudah lengkap berpakaian keluar membuka pagar rumahnya.

“Ni... dia dah mandi, dah potong kuku, korek telinga, gigi dah bersih dan dah dibedakkan tapi tak lah wangi sangat pun hihihih” sengih Sutera. Darren mengecilkan matanya.

“Sekurang – kurangnya lebih wangi dari kaki awak” jawab Darren selamba. Sutera terdiam. Menelan air liur.

“Ala... tak payahlah cerita pasal semalam. Satu kasut tu je yang bau busuk. Ni, kasut yang saya pakai sekarang ni wangi tau. Siap spray lagi. Tak percaya?. Nah cuba bau” Sutera membuka ikatan tali kasutnya.

DUMMMMMM.....

Dareen menutup pintu rumahnya dengan kuat. Sutera bangun. Dia kemudiannya duduk semula untuk mengikat tali kasutnya. Sutera senyum. gembira dapat membengkakkan hati Darren.

                       ***********************************

“Cepat sikit Sutera. Awak ni tahukan yang saya ada show pukul 5 petang di studio dua. Jalanlah cepat sikit.” Bebel Darren. Sutera berlari – lari anak mendapatkan Darren yang sudah pun masuk ke dalam bilik persalinan. Setelah menyangkut suit hitam Darren, Sutera dengan segera keluar dari bilik itu. Nak mampus duduk berdua macam tu bila Darren tengah salin pakaian. Setelah selesai, jurumekap stesyen televisyen itu terus menyolekkan wajah Darren dengan solekan yang sangat nipis. Sutera tersengih sendiri.

“Kenapa?” soal Darren, memandang Sutera dari dalam cermin di hadapannya.

“Tak adalah, Encik Darren selalu kata kulit Encik Darren cantik dan terjaga tapi bila nak keluar tv kena make up juga. Maknanya tak cantik manalah” senyum Sutera. Sengaja mencari pasal. Setiap kali Darren memarahinya, Sutera akan mencari sesuatu untuk membuatkan Darren bengang. Itu sahaja cara dia melepaskan geramnya. Nasibnya baik kerana tidak pernah ditempeleng Darren.

“Kalau awak yang masuk tv, mereka tak solek dah. Terus suruh pakai topeng” sahut Darren selamba. Sutera mencebik. Dia kemudiannya membetulkan baju Darren supaya lebih kemas. Ditepuk – tepuknya bahu Darren.

“Apa?.. banyak habuklah” dia memberi alasan apabila menyedari Darren memandangnya tajam.

“Ok.. Darren. You keluar sekarang” arah pengurus pentas. Darren terus keluar. Dari belakang pentas kedengaran suara Darren mengalunkan lagu terbarunya dengan cukup tenang. Tidak dinafikan suaranya memang hebat. Sutera mengintai ke luar. Dia menggeleng kepala apabila melihat wanita – wanita di situ beriya – iya menyanyi bersama Darren. Yang paling dia meluat bila terdengar jeritan beberapa orang gadis yang menjerit memanggil nama Darren. Berbulu saja Sutera apabila melihat Darren melambai tangan ke arah peminatnya dengan senyuman menggoda. Sutera meletakkan kedua – dua jari telunjuknya ke leher.

“Uwekkkkkkk!!!!!”
Memang menyampah bila tengok perempuan – perempuan seperti itu. Terjerit – jerit!. Macamlah Si Darren tu nak belanja makan!... bebel Sutera.

Setelah selesai menghabiskan tugasnya,Darren masuk semula ke biliknya. Dia mengambil botol air mineral dan dibukanya. Air itu diteguk beberapa kali.

“Macam penat sangat!”

“Apa dia Sutera?” soal Darren. Sutera yang menyangka Darren tidak mendengar kata – katanya itu cuma membisu. Tiada jawapan yang bernas untuk dikeluarkan.

“Kita kena bergerak sekarang pukul 8 malam ni ada majlis amal makan malam pula. Awak pergi seklai. Jangan pakai begini. Pakailah baju kurung sebab ini majlis anak yatim” beritahu Darren. Sutera hanya mengangguk.

“Saya jemput di apartment awak. Nak ajak Zie pun tak mengapa.” Tambah Darren. Sutera mengangguk lagi.

Selepas membawa keretanya pulang ke rumahnya, Sutera cepat – cepat masuk tidur. Ada satu dua jam lagi sebelum Darren menjemputnya. Suka benar Zie apabila diberitahu Sutera yang Darren mengajaknya sekali. Zie awal – awal lagi sibuk menggosok pakaiannya.

“Bangun Sutera!!” kejut Zie. Sutera bingkas bangun. Menggosok matanya. Tiba – tiba telefon bimbitnya berdering. Dia menjawab panggilan dari Darren itu dengan muka yang masam. Zie pasti dia dimarahi. Dengan cepat dia masuk ke dalam bilik air dan terus membersihkan diri. Dalam keadaan kelam kabut dia terus menyarung baju cotton yang tidak bergosok. Zie menggeleng kepala. Dia pasti Sutera akan menjadi bahan bebelan Darren sebentar nanti.

Sutera berjalan di belakang Zie. Berkerut dahi Darren memandang baju Sutera yang memang ketara kedutnya walaupun dalam keadaan cahaya yang tidak terang. Sutera duduk di belakang sekali.

“Kenapa tak gosok baju?” soal Darren.

“Elektrik kena potong” jawabnya selamba. Matanya masih layu. Darren memandang baju Zie yang kemas bergosok.

“Bila awak seterika baju?”

“Tadi” jawab Zie jujur. Darren mengambil kotak tisu di hadapannya dan dibaling terus ke belakang. Tepat mengenai Sutera.

“Awak keluar. Pergi tidur. Saya tak mahu keluar dengan keadaan awak yang selekeh begini” marah Darren. Sutera menggigit bibir. Matanya mengecil. Tangannya digenggam rapat.

“Alah.... setakat makan nasi beriani dengan ayam lepas tu sengih – sengih tangkap gambar esok nak masuk suratkhabar pun nak hairan sangat. Saya tak hairanlah Encik Darren.” Marah Sutera.

“Berani awak marah saya, Sutera” kata Darren tanpa memandang ke belakang.

“Kau pergi sajalah Zie dengan Encik Darren ni. Aku nak balik tidur!” Sutera keluar dan menghempas pintu kereta dengan kuat. Terbeliak biji mata Darren dengan tindakan Sutera. Darren keluar.

“Awak hempas pintu kereta saya, Sutera?”

“Ya!”

“Minta maaf sekarang” jerit Darren.

“Esok saja” Sutera terus masuk ke dalam lif. Hatinya sedang bengkak. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia tendang kereta Darren tu sampai kemek. Sampai sahaja dalam rumah, Sutera terus masuk tidur. Esok dia akan bersama Darren ke program bual bicara sebuah televisyen swasta.

                                       ***************************


Sutera hanya mengekori Darren dari belakang. Darren dan Sutera masing – masing membisu. Darren tahu Sutera marahkannya. Sutera pula rasa bersalah kerana menghempas pintu kereta Darren. Sutera duduk di tempat duduk penonton. Tajuk bual bicara hari ini mengenai lelaki maskulin atau lelaki lembut. Selain daripada Darren, Adiq yang merupakan seorang model juga dijemput hadir.

Memang tidak dinafikan Darren pandai berbicara. Maklumlah, lulusan universiti. Satu perkara yang membuatkan Sutera sedikit teruja apabila pengacara program itu mencabar Darren sama ada dia berani atau tidak memakai pakaian wanita pada hari itu. Semua orang bersorak dan bertepuk tangan dan yang paling kuat bersorak ialah PA Darren sendiri. Siap tepuk sekuat hati. Darren yang sentiasa mahu kelihatan hebat dan kononnya sentiasa menyahut cabaran itu terpaksa bersetuju walaupun wajahnya berubah sama sekali. Sutera cepat – cepat masuk ke dalam bilik persalinan. Darren masuk dan terus duduk termenung.

“Kenapa Encik Darren?” soal Sutera. Berpura – pura.

“Diamlah” marah Darren dan terus mencapai pakaian yang diberi oleh penolong penerbit di muka pintu bilik persalinan. Darren keluar. Mahu tersembul mata Sutera memandang Darren yang berkebaya hijau itu. Dia cuba menahan senyum.

“Jangan pandang saya” larang Darren. Sutera menutup mukanya dengan beg. Jurusolek menyolek wajahnya seperti perempuan. Sutera menekup mulutnya. Setelah semuanya selesai, Darren diminta tunggu di bangku panjang. Sutera duduk di hujung sekali. Darren menjeling. Memandang ke sisi. Sutera perlahan – lahan mengesot menghampiri Darren. Semakin lama semakin hampir. Setelah duduk betul – betul hampir, Sutera mengambil telefon bimbit dari dalam begnya. Darren masih memandang ke sisi. Malu besar!. Sutera menghalakan telefon bimbitnya di hadapan dan merapatkan wajahnya dengan Darren.

“Tengok tu!”

Darren memandang ke hadapan.

“Peace!!!!”... FLASH!.

“Awak delete sekarang gambar tu” arah Darren. Sutera ketawa terkekeh – kekeh. Dia terus memasukkan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar hadapan.

“Ambillah kalau berani” kata Sutera. Hati Darren benar – benar sakit. Waktu itu dia memang mahu memecat perempuan bernama Sutera Indah ini. Bagi Darren, nama Sutera tidak padan dengan orangnya.

Semua penonton bersorak sebaik sahaja Darren keluar. Memang hatinya sakit tetapi apabila mendengar pujian daripada pengacara dan penonton, hatinya yang panas itu mulai sejuk. Setelah rancangan bual bicara itu tamat, Darren membasuh hingga tiga kali wajahnya. Tidak mahu ada secalit pun bahan make up di wajahnya. Setelah semuanya selesai, dia dan Sutera ke keretanya. Telefon Sutera berbunyi. Sutera berdiri di bawah pokok untuk menjawab panggilan dari ayahnya.

Belum pun sempat dia memasukkan telefonnya ke dalam beg, Darren dengan pantas merampas telefon itu dari Sutera. Dia mahu membuang gambarnya sebentar tadi. Sutera menarik pula tangan Darren. 

“Saya dah delete lah!”

“Tipu!

Dengan cepat Darren memusingkan badannya. Dia yang lebih tinggi dari Sutera mengangkat tangannya. Sutera terlompat – lompat mahu merampasnya. Tiba – tiba Darren ketawa. Geram betul Sutera!.kerana tidak dapat menahan rasa marah, Sutera dengan kuat menarik telinga Darren. Telefon di tangan Darren terlepas dan melambung jatuh ke dalam longkang. Terlopong Sutera memandang telefon Nokia model lama yang berharga RM150 itu jatuh dan tidak dapat diselamatkan lagi. Darren terdiam. Rasa bersalah pula!. Hidung Sutera sudah kembang kempis.

“Encik Darren tahu tak yang saya dah delete gambar tu!. Saya cuma ada satu telefon saja tau. Dah la sekarang ni tengah bulan” marah Sutera. Darren membisu. Dia tahu akan kesalahannya. Kalau dia percaya kata – kata Sutera tentu tidak akan berlaku perkara ini. Sutera mengambil dompetnya.

“Nampak ni tinggal RM50 saja tau!. Lepas bayar hutang nasi goreng cina kat Zie semalam tinggal berapa?. Lepas tu nanti kena beli pad lagi!. Dah habis tahu tak?. Takkan nak suruh saya pakai suratkhabar?” Sutera tidak dapat menahan mulutnya dari berkata – kata.

“Encik Darren ni melampaulah!”. Sutera terus masuk ke dalam kereta Darren yang sudah pun terbuka pintunya. Darren menggaru kepala.

“Kata marah, tapi naik dengan saya. Pergilah naik teksi” kata Darren pula.

“Teksi?. Dari sini ke rumah saya dah RM8 ringgit. Tinggal berapa saja lagi. Ni belum makan lagi ni” jeling Sutera.

“Saya lapang lepas ni. Kita pergi makan ya?” Darren mula berlembut.

“Tak payah nak mengurat saya lah Encik Darren” kata Sutera dengan nada yang tinggi.

“Erk...” Darren pening kepala. Dia masuk ke dalam kereta dan terus membawa Sutera makan. Kemudian dia terus bawa Sutera ke kedai telefon bimbit.
\
“Nak yang mana?. Saya ganti. iPhone? Atau apa saja” kata Darren.

“Tak payah mahal macam tu. Beli saja yang biasa tapi touch screen ye?. Phone saya yang dulu tak ada touch screen tapi iPhone ni mahallah. Rasa terhutang budi pula” kata Sutera.

“Ambil iPhone ni” kata Darren. Sutera memandang Darren terkebil – kebil.

“Potong gaji ke?”, soal Sutera. Darren menggeleng.

“Benda ni banyak function. Organiser dia banyak yang boleh awak isi. Tak payah minta kertas dari Zie lagi” senyum Darren.

“Yihaaaaa!!!!!” jerit Sutera. Dengan serta merta kepalanya di tempeleng oleh Darren.

“Tak payah nak batak sangat” jeling Darren. Sutera tunduk. Walaupun hatinya sakit tadi tetapi Darren sudah pun merawatnya dengan menggantikan telefon cap ayamnya dengan cap dinosaur.


2 comments:

  1. hahahaha memang best..watak yang lebih giler...sambung lagi ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea...... kalam ketawa.
      itu bermakna dia gembira..
      saya gembira bila kalam gembira.
      luv u!

      Delete