BAB 10
Sutera duduk berhadapan dengan Darren di dalam
bilik. Mereka membuat keputusan untuk membiarkan waktu yang menentukan hala
tuju percintaan mereka. Bagi Darren, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk
membahagiakan Sutera.
“Sayang..” Darren senyum. Sutera mengerut kening.
“Ish... kata nak macam dulu. Janganlah panggil
sayang” ujar Sutera.
“Ok... Anak Pak Kudus nak apa?. Makan? Shopping?.
Biar Darren bagi duit” sengih Darren.Sutera mula berfikir.
“Encik Darren, saya nak main ice skating kat Sunway
Pyramid tu boleh?” pujuk Sutera.
“Nak mampus!. Esok masuk paper lagi” Darren
menggeleng kepala.
“Saya dan Encik Darren akan tetap seperti dulu ya?.
Bergaduh, bertekak!. Kalau baik sangat nanti saya lupa diri” Sutera mengetuk
jari Darren dengan pen ditangannya. Darren senyum.
“Dah, naik atas.. pergi mop!” arah Darren. Terbeliak
biji mata Sutera mendengarnya.
“Mana ada pakwe suruh awek dia mop lantai?” soal
Sutera.
“Buat cepat!.. kalau tak nanti saya pecat” Darren
menjegilkan biji matanya. Sutera mencebik dan terus naik ke atas. Batang mop
direnung.
“Kenapalah aku jatuh cinta dengan jantan ni?.. tak
romantik langsung” bebel Sutera. Pintu studio tarian dibuka. Sutera menoleh.
Kelihatan Darren berdiri dengan baldi di tangan. Sutera merenung. Tidak faham.
Darren tersengih – sengih sambil membongkokkan badannya. Baldi yang berisi air
sabun itu dicurahkan ke seluruh lantai studio tarian.
“Macam mana nak mop kalau air sabun banyak begini?.
Melampau betullah!” marah Sutera. Darren tidak menjawab. Kakinya terus meluncur
ke arah Sutera. Air sabun yang banyak itu melicinkan seluruh lantai studio.
Darren meluncur dan terus menangkap tangan Sutera.
Dia terus menekan stereo di hujung Studio. Lagu My Baby You dendangan Marc
Anthony berkumandang. Sutera ketawa. Darren menarik tangan Sutera dan
melepaskannya. Sutera tergelincir jatuh.
Darren
kemudiannya. Menarik tangan Sutera ke dakapannya. Tangan kanannya memegang
pinggang Sutera dan tangan kirinya pula bercantum dengan tangan Sutera.
“Kita menari macam Cinderella ke?” soal Sutera
tersenyum lebar.
“Ya... Sutera Cinderella” bisik Darren. Mereka
berpusing bersama. Lagu yang sudah berhenti berputar secara automatik semula.
Ikatan rambut Sutera terbuka.
“Sangat cantik, sayang” senyum Darren. Sutera
melepaskan tangannya dan menarik tangan Darren ke sisinya.
“Kita lumba nak!” ajak Sutera.
“Lumba apa?” soal Darren.
“Lumba lari menggelincir” ketawa Sutera.
“Padam radiolah. Tak sesuai lumba lari dengan bunyi
macam ni” sambung Sutera lagi.
Sutera dan Darren bersedia. Siapa yang menyudahkan
sepuluh pusingan disekeliling studio, akan menang dan yang kalah akan belanja
makan selama lima hari.
“satu... dua...” belum sempat Sutera habis mengira,
Darren sudah pun mula dulu. Dia mengenyit mata ketika menoleh Sutera di
belakang. Sutera ketawa. Darren hairan, kemudian dia memandang semula ke
hadapan. Matanya terbeliak. Dinding studio benar – benar hampir dengannya.
Dengan lantai yang licin, memang mustahil untuk Darren mengelak. Dia berlanggar
dengan dinding studio. Jatuh terduduk. Sutera ketawa berdekah – dekah. Terduduk
sambil menekan perutnya.
“Hmm.. ketawa ya?.. meh sini saya kerjakan awak!!”
Darren bangun. Dikejarnya Sutera. Terjerit – jerit Sutera mengelak dari Darren.
Pinggang Sutera dirangkul dan diangkatnya.
“Ok... ok.. tak ketawa” Sutera memejam matanya. Ketawa
tak henti – henti. Pintu dibuka. Mereka berhenti bergurau. Memandang Suzie dan
Zie yang tercengang memandang mereka berdua yang sudah pun basah.
“Ini kalau aku panggil pencegah maksiat, memang
betul – betul kena tangkap basah ni” kata Zie. Darren meluncur dan terus
menarik tangan Zie dan Suzie ke dalam.
“Jangan Encik Darren.. tak nak!!!!!!!!!!!!!” Suzie
dan Zie menjerit dengan kuat. Mereka terjatuh. Habis pakaian mereka basah di
belakang. Darren ketawa. Sutera juga begitu.
“Gila!!!!” marah Zie.
“Ok...nanti saya belanja makan dan belikan baju
untuk awak berdua sekali. Tanda minta maaf ya.. sayang” kata Darren kepada
Suzie dan Zie.
“Betul ke Encik Darren?” soal Zie. Darren mengangguk.
Suzie dan Zie keluar dari studio. Mereka berdua sudah berkira – kira mahu
membeli pakaian yang agak mahal memandangkan Darren yang sedang bahagia, sudah
tentu dia bermurah hati. Sutera berdiri memandang Darren. Dia muram.
Darren perasankan wajah Sutera yang muram itu. Dia menghampiri.
“OK.. saya tahu ada orang cemburu di sini” Darren
berbisik di telinga Sutera.
“Bukan cemburulah!”
“Habis tu?” soal Darren.
“Encik Darren belanja Suzie dan Zie saja tapi saya
tak ajak pun”
Darren ketawa. Dia menggosok rambut Sutera. Darren
duduk di lantai. Memandang Sutera yang masih berdiri. Senyumannya masih
terukir.
“Mestilah saya ajak awak sekali” kata Darren.
“Malas nak layan” kata Sutera. Dia mahu keluar .
merajuk!.
Darren ketawa. Biarkan saja Sutera merajuk. Mahu juga
dia lihat bagaimana keupayaan dirinya sendiri memujuk Sutera yang agak keras
kepala!
*********************************
Sutera serba salah. Permintaan dari Darren untuk
menemaninya ke majlis karpet merah di sebuah acara anugerah memang membuatkan
hatinya tidak enak. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Pertama... mesti
terkejut kejang mak dan ayah dia bia nampak dia dan Darren jalan berdua di
karpet merah. Kedua.. walaupun dia boleh memakai kasut bertumit tinggi tetapi
un tuk menggayakannya di acara karpet merah memang sangat sukar. Ketiga...
mesti muka masuk suratkhabar. Jadi bahan gossip tak kurang dari tiga bulan. Nak
lepak kedai mamak pun dah tak selesa, orang asyik tengok. Dia pasti benar
perkara yang bakal mereka katakana ialah.. “itulah perempuan yang temankan
Darren malam tu. Malam tu nampak cantik tapi kat luar selekeh!”.
Sutera menggosok – gosok wajahnya dengan kuat.
“Macam mana?” soal Darren. Masih menanti jawapan
dari mulut Sutera.
“Janji kalau saya temankan Encik Darren, jangan
peluk atau pegang saya tau?” Sutera mengangkat jari kelingkingnya. Darren
merengus. Perasan betul Sutera ni!. . Dia bimbang akan Sutera . Tempoh hari
ketika sessi fotografi dia nampak dengan jelas bagaimana Carl asyik bermain
mata dengan Sutera Darren menyampah betul apabila melihat Sutera yang tersenyum
malu. Mengalahkan kucing gatal!.
“Nanti kalau saya menggeletar macam mana?” Sutera
berdalih lagi.
“Ala... malas nak pujuk awak lagi. Nak atau tidak,
esok saya akan bawa awak ke butik dan salon. Dandan sikit awak tu biar cantik.”
kata Darren.
“Yiihaaaaaa” jerit Sutera dan terus berlari keluar dari
bilik Darren. Malam ini dia akan tidur seawal mungkin. tidak mahu matanya lebam
di karpet merah itu nanti.
**************************
Darren meninggalkan Sutera bersama jurusolek dan
jurugaya yang diupah khas untuk mencantikkan
diri Sutera. Rambut Sutera di sanggul kemas. Dress merah jambu dengan
perincian sederhana tetapi nampak mewah itu sudah pun membaluti tubuh Sutera
yang sudah dirias sempurna. Bagai tidak percaya wanita cantik di hadapannya itu
adalah Sutera Indah binti Kudus. Sutera menyentuh wajahnya yang berseri dengan
solekan yang nipis. Bibirnya dicalit dengan lipstick dan gloss berwarna merah
jambu. Dia hanya perlu menunggu Darren datang menjemputnya.
Bunyi hon kedengaran. Selepas mengucapkan terima
kasih kepada mereka yang telah mencantikkan dirinya itu, Sutera terus membuka
pintu mendapatkan Darren yang juga agak hampir dengannya. Mata Darren terpaku.
Mulutnya terkunci. Begitu juga dengan kakinya. Tidak mampu untuk melangkah.
Diakui dengan jujur... Sutera seindah dirinya. Kecantikan yang tak pernah
didedahkan itu memang mampu mencairkan hati Darren.
“Encik Darren” panggil Sutera. Memetik jarinya
beberapa kali. Darren sedikit terkejut. Dia terus memimpin tangan Sutera.
Dibukakannya pintu utuk Sutera.
“kalau kahwin terus pun tak apa!” usik Sutera.
“Gatal!” senyum darren.
Lampu dari kamera para wartawan menyimbahi mereka
berdua. Para gadis menjerit – jerit memanggil nama Darren. Pilihan utama
pemenang anugerah penyanyi paling popular. Sutera dan Darren dipanggil
sebenttar oleh pengacara karpet merah.
“Wau.. Darren. Sangat kacak!. Ini pula teman atau
siapa?” usik pengacara lelaki itu.
“Actually ini PA saya. Sebagai tanda terima kasih padanya,
saya nak dia juga turut sama menghadiri anugerah ini” senyum Darren.
Carl menghampiri sambil bersalaman dengan Darren dan
pengacara itu. Carl mengenyit mata ke arah Sutera. Dirapatinya Sutera.
“You look gorgeous!” puji Carl. Darren berdehem. Sutera
senyum malu. Tunduk memandang lantai. Darren yang mulai perasan akan pandangan
mata Carl , cepat – cepat menggenggam tangan Sutera dan terus menuju ke dalam .
“Ala.... cemburu pula!” usik Sutera. Darren
melepaskan tangannya.
“Pergi!.” Darren menoleh. Tidak mahu memandang wajah
Sutera. Dia terus pergi duduk di tempat yang disediakan khas buatnya. Carl yang
semakin hampir dengan Sutera terus mengajak Sutera duduk bersamanya. Sutera
saja mahu menduga Darren. Cemburu atau tidak bila dia didampingi lelaki lain.
Hati Darren sakit. Dia hilang mood malam itu. Sutera
yang duduk di sebelah Carl merasakan sesuatu yang hilang pada malam itu. Dia
mencari kelibat Darren. Sutera memandang Darren yang duduk jauh di hadapan.
“Malam ni you ikut i balik” senyum Carl. Sutera
memandang sebentar wajah Carl sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Darren.
“Sorry Carl... i datang dengan Darren”
“Ala... Darren tak marah kalau i pakai you. Semalam
saja” Carl mula mendekatkan hidungnya ke leher Sutera.
“Kau ni jantan kurang ajar. Kambing tu pun tahu
belajar masuk kandang. Balik rumah, belajar dengan kambing cara melayan wanita”
bidas Sutera . dia kemudiannya terus bangun dan duduk di sebelah Darren.
“Kata nak duduk dengan Carl sangat” perli Darren.
“Encik Darren walaupun Encik ni teruk tapi lelaki
macam Carl tu lagi teruk. Larang saya dari dekat dengan jantan tu lagi.. kalau
cintakan saya” bisik Sutera. Darren tersenyum. Dia yang tidak mahu membuat
persembahan pada malam itu menikmati acara anugerah itu dengan gembira bersama
Sutera.
Semua yang berada di situ bersorak gembira apabila
Darren diumumkan sebagai penyanyi paling popular pada tahun itu. Ucapannya
membuatkan hati Sutera tersentuh.
“terima kasih ini ditujukan untuk dua orang wanita
yang paling hampir dengan saya. Pertama ibu saya dan seorang lagi untuk satu –
satunya orang yang berani marah, menegur dan membantah keputusan saya walaupun
saya yang membayar gajinya... PA saya, SUTERA INDAH” ucap Darren. Tiba – tiba
Sutera rasa ada yang mengalir di pipinya. Air matanya jatuh di saat mendengar
ucapan terima kasih dari seorang lelaki yang hampir 18 jam sehari bersamanya.
Waktu ini Sutera mula sedar... Darren seperti melengkapi harinya. Sebab itu dia
rasa kosong apabila duduk dengan Carl sebentar tadi. Darren memenuhi segalanya.
Termasuk hatinya!
****************************
“Sutera dan Darren bertekak lagi!” bisik Zain,
pekerja baru itu kepada Zie selepas melintasi bilik Darren. Zie dan Zain
memasang teling di pintu yang tertutup.
“Salah saya ke Encik Darren?. Saya dah kata produk
tu tak sesuai tapi Encik Darren degil. Nak jadi duta produk mahal konon!. Lain
kali jangan main ambil saja job tu!” marah Sutera pula.
“Sekarang muka saya dah tumbuh jerawat dua biji. Di
hidung pula tu! Saya dah suruh awak buat research dan awak salahkan saya” suara
Darren meninggi.
“Eleh... setakat dua biji pun kecoh. Macam pondan
saja Encik Darren ni” balas Sutera. Apabila mereka berdua mulai senyap, Zie dan
Zain berlari semula ke tempt duduk mereka. Darren keluar dan pintu dibiar
terbuka. Sutera pula mengejarnya.
“Ala... nanti saya beli krim jerawat” pujuk Sutera.
“Selagi jerawat ni tak hilang, jangan harap saya nak
baik dengan awak, sutera. Tak payah dating atau apa – apa saja!” kata Darren
dan terus keluar. Sutera terduduk di kerusi.
“Jerawat yang buat hal, aku pula dipersalahkan!.
Benci aku dengan jantan tuuuuuuu!!!!!” Sutera menghentak meja dan terus pulang.
*******************************************************
Sutera membuka pintu dengan kasar. Terperanjat Zie
dibuatnya. Hari Sabtu begini memang sesuai untuk berehat tetapi lain pula
dengan Sutera yang asyik tertekan sejak akhir – akhir ini.
“Aku benci betul dengan Si Darren tu. Memang
tersentot betul otak dia!salah aku ke tak bawa baju yang dia suruh semalam?.
Dia tak kata pun kena bawa baju yang macam bangang tu dekat set” bebelnya.
“Kau kenapa. Kutuk pakwe sendiri?” soal Zie. Dia
memperlahankan bunyi televisyen.
“Belum confirm kan?. Memanglah aku sayang dia tapi kadang
– kadang sakit hati!!!Aku nak buat Maggie ni. Kau nak tak?” soal Sutera sebelum
ke dapur. Zie mengangguk. Makan Maggie tengahari begini?... senyum Zie. Bunyi
kuali jatuh dan mangkuk plastic yang berterabur meyakinkan Zie bahawa Sutera
sedang marah. Bunyi dia memotong sayur boleh dengar sampai ke depan.
“Woi... agak – agaklah woi. Kau nak masak bagi aku
makan ke nak tikus makan” perli Zie. Pintu rumah yang terbuka luas itu
membuatkan Zie bangun untuk menutupnya. Terkejut besar Zie apabila melihat Hajah
Nora dan Darren betul – betul di hadapan mukanya.
“Err... nanti” kata Zie. Darren membuat isyarat agar
Zie diam apabila mendengar suara Sutera yang membebel panjang. Suara Sutera
yang kuat itu boleh didengari dari ruang tamu kerana rumah mereka tidak sebesar
mana. Hajah Nora dan Darren duduk di sofa. Hanya mendengar bebelan Sutera.
“Dia ingat aku ni kuli batak dia?.. kuli pun tak
batak tau! Senang – senang nak marah aku depan orang ramai. Yang aku menyampah
tu.. dia baik sangat dengan Hazim, penyanyi baru tu. Aku bukan apa. Aku rasa
budak Hazim tu ada niat tak baik dengan dia. Aku ni ikhlas tapi dia kata aku
penyibuk. Memang nak aku suntut je otak dia bagi aktif sikit:”
Zie mengerutkan mukanya. Darren mengecilkan mata.
Geram. Hajah Nora tersenyum.
“Hari tu, dia pakai seluar yang Hazim hadiahkan
.kononnya sesuai dengan dia. Aku dah kata tak sesuai, nanti londeh tapi dia tak
percaya. Nak naik ke pentas saja seluar dia terlondeh sikit. Siapa yang
menyelamatkan dia?.. aku juga!. Kalaulah satu Malaysia nampak dia pakai tali
pinggang hello Kitty aku tu... mahu bengkak mata dia menangis sebulan
hahahahahah” gelak Sutera. Dareen meraup mukanya. Mukanya mula merah. Hajah
Nora gelak kecil. Zie menggigit jarinya.
Zie bangun untuk ke dapur tetapi Sutera mendapatkannya
di meja makan tanpa menoleh ke sisi di mana Darren dan Hajah Nora duduk. Dia
terus membebel sambil memegang pisau dan lobak merah di tangan. Terbeliak mata
Darren melihatnya.
“Kau tahu tak yang dia suka sukun?” Sutera ketawa.
Zie cuba menjulingkan matanya.
“Kau apahal terjuling – juling!. Aku korek dengan
pisau baru tau!. Dia suka makan cekodok sukun. Padahal sukun kat rumah mak ayah
aku tu aku buat bola sepak saja main dengan adik aku. Tu belum aku buat jadi
senjata perang. Tapi comel bila dia makan cekodok tu.. sebiji.. sebiji” Sutera menarik kerusi dan duduk.
“Tapi kau tahu kan aku pernah jumpa dengan ummi
dia?. Ummi dia memang best. Baik sangat. Seronok dapat ummi begitu. Berbeza
betul dengan tersontot tu punya perangai. Totally different.. cewahh.. speaking
UK aku” senyum Sutera.
“Kalau kau nak tahu, kau nampak tak lobak ni, nak
aku tarah muka dia macam ni ha...” Sutera mencincang sedikit kulit lobak di
tangannya.
“Perempuan!” panggil Darren. Dia tidak peduli
tentang cinta mereka. Mendengar kutukan Sutera itu membuatkan hatinya panas.
Sutera menoleh.. Lobaknya terjatuh ke bawah. Pisau masih ditangannya. Cepat –
cepat meletaknya di atas meja.
“Assalamualakun ummi” Sutera pucat. Dia bersalaman
dengan Hajah Nora.
“Buat apa tadi tu?” soal Hajah Nora sambil menyentuh
tangan Sutera. Hanya senyuman yang terketar – ketar sahaja yang dapat dilihat
diwajah Sutera.
“Dah ummi. Letak rendang itik tu di situ.. Balik
sahaja” Darren terus bangun dan keluar dari rumah mereka berdua. Ummi
bersalaman dengan Sutera dan mencium dahi sutera. Sutera terus memeluk Hajah Nora.
“Saya sayang ummi tapi saya tak suka anak ummi. Dia
kejam dengan saya” Sutera buat muka kasihan. Ummi ketawa.
“Suatu hari nanti dia akan jadi seorang lelaki yang baik
sekali. Malah Sutera turut sama mengakuinya nanti. Maafkan dia ya sayang”
senyum Hajah Nora. Sutera menyambutnya dengan senyuman yang sangat ikhlas. Dia
terduduk. Memandang Zie.
“Apasal tak beritahu aku?”
“Yang aku buat – buat juling tu apa?”
“lepas ni kalau kau juling lagi, aku korek jual
dekat hospital” jeling Sutera. Zie hanya ketawa. Siapa suruh mengumpat!..
sengih Zie.
*******************************************
Darren langsung tidak bercakap dengan Sutera. Hari
ini Sutera menemani Darren ke sessi fotografi di sebuah hutan simpan. Ini
adalah bagi menjayakan kempen alam sekitar yang akan di adakan dalam masa yang
terdekat.
Selepas memakai t-shirt yang bertemakan sayangi
hutan , Darren terus duduk berehat sementara menunggu Durina, pelakon popular
yang baru meningkat naik. Sutera memandang Darren yang langsung tidak menoleh.
“Encik Darren tak nak minum?” soal Sutera. Darren
tidak memberi sebarang reaksi.
“Nak makan?” soal Sutera lagi.
“Hi Darren..” Durina datang menghampiri. Darren
senyum dah bergenjak sedikit memberi ruang untuk Durina duduk di sebelahnya.
Sutera yang duduk di belakang Darren mencebik. Durina yang terlentok – lentok
itu menepuk bahu Darren apabila mendengar
gurauan dari Darren. Alamak aii... tak lawak pun aku dengar.. cebik Sutera.
“You ni kelakar juga ya. I suka lelaki kelakar” kata
Durina. Darren senyum. Kelakar apa!.. macam penyamun tarbus ada lah. Kejam dan
zalim!... Sutera menyampuk di dalam hati.
“You suka tak main paintball?. I suka” kata Durina
lagi. Darren sedikit kagum.
“Hmm... tak sangka perempuan yang cantik macam you
ni suka sukan extreme” Darren mengerling Sutera. Dia mahu Sutera cemburu dan
sakit hati.
“Hei... tengok orang lah... berani ke nak lawan dengan
i. Kita pergi minggu depan nak” Durina menggoncang tangan Darren. Hanya
anggukan yang dilihat. Eleh..... meluat! Cebik Sutera lagi.
“You ada show hujung minggu depan?” soal Durina.
“Minggu depan i free rasanya. Orang gaji, minggu
depan i free tak?” Darren memandang Sutera. Huh.... orang gaji!!!... muka
Sutera kelat.
“Tuan orang gaji, minggu depan ada hal” jawab
Sutera.
“Ala...” rengek Durina
“Hal apa?” soal Darren. Seingatnya hujung minggu
hadapan dia tidak ada sebarang undangan nyanyian atau pun program hiburan.
“Sembahyang berjemaah bersama JKKKK surau kondo”
jawab Sutera selamba. Darren membulatkan mata. Sutera mengeluh.
“Ya.. tak ada” jeling Sutera.
“Kita pergi minggu depan. You tetapkan tempat dan i
belanja” kata Darren.
“Ikut!!!” kata Sutera. Durina menjeling. Memandang
Darren agar melarang.
“Tak payah” jawab Darren.
“Nak pergi kat mana?” soal Darren.
“You kenal Abang Shafie?” soal Durina. Darren
mengangguk. Lelaki itu memang terkenal kerana lokasi perniagaannya yang
berhampiran dengan kotaraya. Semua artis dan mereka yang berada di sekitar
Kuala Lumpur akan ke sana untuk melakukan sukan paintbaill. Sutera senyum.
Mereka tak tahu yang Abang Shafie itu abang sepupu
merangkap teman baiknya.
“hehehehehhe....” sengih Sutera.
Mereka berdua pasti akan dapat pembalasan setimpal!.
Kali ini bukan sahaja Darren malah Durina juga akan jadi mangsa tembakan aku.
Mujur Darren tak tahu yang aku ni hebat bertempur. Kali ini aku tak peduli
tentang cinta. Kau tengoklah nanti!!!!!
Melihat Darren memeluk pinggang Durina melahirkan
satu perasaan tidak selesa dalam hati Sutera. Jantungnya berdegup kencang. Dia
mendekati jurusolek Killa yang sering berbual dengannya.
“Ni pasal program sayangi hutan ke sayangi perempuan
miang?” bisik Sutera.
“Biasalah.. minah ni memang gatal sikit” bisik Killa
semula. Sutera mula meletakkan kedua jari telunjuk ke lehernya. Killa ketawa.
“Tunggu... nak buat sama” Killa juga melletakkan
jari telunjuknya ke leher. Semua jurusolek yang pernah bekerja dengan Darren
mengetahui tentang muntah ‘comel’ Sutera itu. Malah ianya mula menjadi ikutan.
“Uwekkkkkkk!!!!” kata mereka serentak. Akhirnya tawa
mereka berderai.
Darren memandang Sutera yang terkekeh – kekeh gelak
di bawah khemah.Durina terus menarik tangan Darren agar menyentuh bahunya. Dia
pasti akan memikat Darren sehingga menjadi miliknya.
Sutera yang geram melenyek – lenyek apam kukus di
hadapannya. Killa ketawa.
“Penat kak Jah tu masak. Yang kau lenyek tu kenapa?”
soal Killa.
“Jangan risau, lepas lenyek, aku makan Si Durina
ni!” kata Sutera selamba.
“Erkkk...”
Killa tersenyum. Ini yang susahnya kalau bercinta
secara rahsia!

Best ceritani...rasa mcm baca kisah hidup sendiri....sambung lagi yer...thanks
ReplyDeleteterima kasih kalam :)
Deletepasti akan di sambung hihi
NAK LG KAK.
ReplyDeletetq baca yek Baby Mio
Deletebolehhhhhhh.........
nanti akak masukkan n3 baru tapi lepas SERI cinta dari Sarawak yek
:) :)
Nak lagy sis hahaha terkeluar air mate bace n3 nie gelak x henty...ramai request n3 bru sis hehehehehe go..go chayok sis ngeeee...
ReplyDelete#lya bce cite sis kat mall sorg2 lak tuh da tu bantai gelk sorg2 kompem ade yg label lya gilos hakhak malu2 pon lya dulik hape da cite nie lawak tahap gaban akekekeke#
hahahhaha...
Deletethanks lya..
jgn ketawa sorang2.. nanti kena tangkap lak hihih
kes salah faham...