Thursday, 27 December 2012

CINTA POPULAR D&S - bab 10


BAB 10

Sutera duduk berhadapan dengan Darren di dalam bilik. Mereka membuat keputusan untuk membiarkan waktu yang menentukan hala tuju percintaan mereka. Bagi Darren, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membahagiakan Sutera.

“Sayang..” Darren senyum. Sutera mengerut kening.

“Ish... kata nak macam dulu. Janganlah panggil sayang” ujar Sutera.

“Ok... Anak Pak Kudus nak apa?. Makan? Shopping?. Biar Darren bagi duit” sengih Darren.Sutera mula berfikir.

“Encik Darren, saya nak main ice skating kat Sunway Pyramid tu boleh?” pujuk Sutera.

“Nak mampus!. Esok masuk paper lagi” Darren menggeleng kepala.

“Saya dan Encik Darren akan tetap seperti dulu ya?. Bergaduh, bertekak!. Kalau baik sangat nanti saya lupa diri” Sutera mengetuk jari Darren dengan pen ditangannya. Darren senyum.

“Dah, naik atas.. pergi mop!” arah Darren. Terbeliak biji mata Sutera mendengarnya.

“Mana ada pakwe suruh awek dia mop lantai?” soal Sutera.

“Buat cepat!.. kalau tak nanti saya pecat” Darren menjegilkan biji matanya. Sutera mencebik dan terus naik ke atas. Batang mop direnung.

“Kenapalah aku jatuh cinta dengan jantan ni?.. tak romantik langsung” bebel Sutera. Pintu studio tarian dibuka. Sutera menoleh. Kelihatan Darren berdiri dengan baldi di tangan. Sutera merenung. Tidak faham. Darren tersengih – sengih sambil membongkokkan badannya. Baldi yang berisi air sabun itu dicurahkan ke seluruh lantai studio tarian.

“Macam mana nak mop kalau air sabun banyak begini?. Melampau betullah!” marah Sutera. Darren tidak menjawab. Kakinya terus meluncur ke arah Sutera. Air sabun yang banyak itu melicinkan seluruh lantai studio.

Darren meluncur dan terus menangkap tangan Sutera. Dia terus menekan stereo di hujung Studio. Lagu My Baby You dendangan Marc Anthony berkumandang. Sutera ketawa. Darren menarik tangan Sutera dan melepaskannya. Sutera tergelincir jatuh.

 Darren kemudiannya. Menarik tangan Sutera ke dakapannya. Tangan kanannya memegang pinggang Sutera dan tangan kirinya pula bercantum dengan tangan Sutera.

“Kita menari macam Cinderella ke?” soal Sutera tersenyum lebar.

“Ya... Sutera Cinderella” bisik Darren. Mereka berpusing bersama. Lagu yang sudah berhenti berputar secara automatik semula. Ikatan rambut Sutera terbuka.

“Sangat cantik, sayang” senyum Darren. Sutera melepaskan tangannya dan menarik tangan Darren ke sisinya.

“Kita lumba nak!” ajak Sutera.

“Lumba apa?” soal Darren.

“Lumba lari menggelincir” ketawa Sutera.

“Padam radiolah. Tak sesuai lumba lari dengan bunyi macam ni” sambung Sutera lagi.

Sutera dan Darren bersedia. Siapa yang menyudahkan sepuluh pusingan disekeliling studio, akan menang dan yang kalah akan belanja makan selama lima hari.

“satu... dua...” belum sempat Sutera habis mengira, Darren sudah pun mula dulu. Dia mengenyit mata ketika menoleh Sutera di belakang. Sutera ketawa. Darren hairan, kemudian dia memandang semula ke hadapan. Matanya terbeliak. Dinding studio benar – benar hampir dengannya. Dengan lantai yang licin, memang mustahil untuk Darren mengelak. Dia berlanggar dengan dinding studio. Jatuh terduduk. Sutera ketawa berdekah – dekah. Terduduk sambil menekan perutnya.

“Hmm.. ketawa ya?.. meh sini saya kerjakan awak!!” Darren bangun. Dikejarnya Sutera. Terjerit – jerit Sutera mengelak dari Darren. Pinggang Sutera dirangkul dan diangkatnya.

“Ok... ok.. tak ketawa” Sutera memejam matanya. Ketawa tak henti – henti. Pintu dibuka. Mereka berhenti bergurau. Memandang Suzie dan Zie yang tercengang memandang mereka berdua yang sudah pun basah.

“Ini kalau aku panggil pencegah maksiat, memang betul – betul kena tangkap basah ni” kata Zie. Darren meluncur dan terus menarik tangan Zie dan Suzie ke dalam.

“Jangan Encik Darren.. tak nak!!!!!!!!!!!!!” Suzie dan Zie menjerit dengan kuat. Mereka terjatuh. Habis pakaian mereka basah di belakang. Darren ketawa. Sutera juga begitu.

“Gila!!!!” marah Zie.

“Ok...nanti saya belanja makan dan belikan baju untuk awak berdua sekali. Tanda minta maaf ya.. sayang” kata Darren kepada Suzie dan Zie.

“Betul ke Encik Darren?” soal Zie. Darren mengangguk. Suzie dan Zie keluar dari studio. Mereka berdua sudah berkira – kira mahu membeli pakaian yang agak mahal memandangkan Darren yang sedang bahagia, sudah tentu dia bermurah hati. Sutera berdiri memandang Darren. Dia muram.

Darren perasankan wajah Sutera yang muram itu. Dia menghampiri.

“OK.. saya tahu ada orang cemburu di sini” Darren berbisik di telinga Sutera.

“Bukan cemburulah!”

“Habis tu?” soal Darren.

“Encik Darren belanja Suzie dan Zie saja tapi saya tak ajak pun”

Darren ketawa. Dia menggosok rambut Sutera. Darren duduk di lantai. Memandang Sutera yang masih berdiri. Senyumannya masih terukir.

“Mestilah saya ajak awak sekali” kata Darren.

“Malas nak layan” kata Sutera. Dia mahu keluar . merajuk!.

Darren ketawa. Biarkan saja Sutera merajuk. Mahu juga dia lihat bagaimana keupayaan dirinya sendiri memujuk Sutera yang agak keras kepala!


                      *********************************

Sutera serba salah. Permintaan dari Darren untuk menemaninya ke majlis karpet merah di sebuah acara anugerah memang membuatkan hatinya tidak enak. Pelbagai perkara bermain di fikiran. Pertama... mesti terkejut kejang mak dan ayah dia bia nampak dia dan Darren jalan berdua di karpet merah. Kedua.. walaupun dia boleh memakai kasut bertumit tinggi tetapi un tuk menggayakannya di acara karpet merah memang sangat sukar. Ketiga... mesti muka masuk suratkhabar. Jadi bahan gossip tak kurang dari tiga bulan. Nak lepak kedai mamak pun dah tak selesa, orang asyik tengok. Dia pasti benar perkara yang bakal mereka katakana ialah.. “itulah perempuan yang temankan Darren malam tu. Malam tu nampak cantik tapi kat luar selekeh!”.

Sutera menggosok – gosok wajahnya dengan kuat.

“Macam mana?” soal Darren. Masih menanti jawapan dari mulut Sutera.

“Janji kalau saya temankan Encik Darren, jangan peluk atau pegang saya tau?” Sutera mengangkat jari kelingkingnya. Darren merengus. Perasan betul Sutera ni!. . Dia bimbang akan Sutera . Tempoh hari ketika sessi fotografi dia nampak dengan jelas bagaimana Carl asyik bermain mata dengan Sutera Darren menyampah betul apabila melihat Sutera yang tersenyum malu. Mengalahkan kucing gatal!.

“Nanti kalau saya menggeletar macam mana?” Sutera berdalih lagi.

“Ala... malas nak pujuk awak lagi. Nak atau tidak, esok saya akan bawa awak ke butik dan salon. Dandan sikit awak tu biar cantik.” kata Darren.

“Yiihaaaaaa” jerit Sutera dan terus berlari keluar dari bilik Darren. Malam ini dia akan tidur seawal mungkin. tidak mahu matanya lebam di karpet merah itu nanti.


                               **************************


Darren meninggalkan Sutera bersama jurusolek dan jurugaya yang diupah khas untuk mencantikkan  diri Sutera. Rambut Sutera di sanggul kemas. Dress merah jambu dengan perincian sederhana tetapi nampak mewah itu sudah pun membaluti tubuh Sutera yang sudah dirias sempurna. Bagai tidak percaya wanita cantik di hadapannya itu adalah Sutera Indah binti Kudus. Sutera menyentuh wajahnya yang berseri dengan solekan yang nipis. Bibirnya dicalit dengan lipstick dan gloss berwarna merah jambu. Dia hanya perlu menunggu Darren datang menjemputnya.

Bunyi hon kedengaran. Selepas mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mencantikkan dirinya itu, Sutera terus membuka pintu mendapatkan Darren yang juga agak hampir dengannya. Mata Darren terpaku. Mulutnya terkunci. Begitu juga dengan kakinya. Tidak mampu untuk melangkah. Diakui dengan jujur... Sutera seindah dirinya. Kecantikan yang tak pernah didedahkan itu memang mampu mencairkan hati Darren.

“Encik Darren” panggil Sutera. Memetik jarinya beberapa kali. Darren sedikit terkejut. Dia terus memimpin tangan Sutera. Dibukakannya pintu utuk Sutera.

“kalau kahwin terus pun tak apa!” usik Sutera.

“Gatal!” senyum darren.

Lampu dari kamera para wartawan menyimbahi mereka berdua. Para gadis menjerit – jerit memanggil nama Darren. Pilihan utama pemenang anugerah penyanyi paling popular. Sutera dan Darren dipanggil sebenttar oleh pengacara karpet merah.

“Wau.. Darren. Sangat kacak!. Ini pula teman atau siapa?” usik pengacara lelaki itu.

“Actually ini PA saya. Sebagai tanda terima kasih padanya, saya nak dia juga turut sama menghadiri anugerah ini” senyum Darren.

Carl menghampiri sambil bersalaman dengan Darren dan pengacara itu. Carl mengenyit mata ke arah Sutera. Dirapatinya Sutera.

“You look gorgeous!” puji Carl. Darren berdehem. Sutera senyum malu. Tunduk memandang lantai. Darren yang mulai perasan akan pandangan mata Carl , cepat – cepat menggenggam tangan Sutera dan terus menuju ke dalam .

“Ala.... cemburu pula!” usik Sutera. Darren melepaskan tangannya.

“Pergi!.” Darren menoleh. Tidak mahu memandang wajah Sutera. Dia terus pergi duduk di tempat yang disediakan khas buatnya. Carl yang semakin hampir dengan Sutera terus mengajak Sutera duduk bersamanya. Sutera saja mahu menduga Darren. Cemburu atau tidak bila dia didampingi lelaki lain.

Hati Darren sakit. Dia hilang mood malam itu. Sutera yang duduk di sebelah Carl merasakan sesuatu yang hilang pada malam itu. Dia mencari kelibat Darren. Sutera memandang Darren yang duduk jauh di hadapan.

“Malam ni you ikut i balik” senyum Carl. Sutera memandang sebentar wajah Carl sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Darren.

“Sorry Carl... i datang dengan Darren”

“Ala... Darren tak marah kalau i pakai you. Semalam saja” Carl mula mendekatkan hidungnya ke leher Sutera.

“Kau ni jantan kurang ajar. Kambing tu pun tahu belajar masuk kandang. Balik rumah, belajar dengan kambing cara melayan wanita” bidas Sutera . dia kemudiannya terus bangun dan duduk di sebelah Darren.

“Kata nak duduk dengan  Carl sangat” perli Darren.

“Encik Darren walaupun Encik ni teruk tapi lelaki macam Carl tu lagi teruk. Larang saya dari dekat dengan jantan tu lagi.. kalau cintakan saya” bisik Sutera. Darren tersenyum. Dia yang tidak mahu membuat persembahan pada malam itu menikmati acara anugerah itu dengan gembira bersama Sutera.

Semua yang berada di situ bersorak gembira apabila Darren diumumkan sebagai penyanyi paling popular pada tahun itu. Ucapannya membuatkan hati Sutera tersentuh.

“terima kasih ini ditujukan untuk dua orang wanita yang paling hampir dengan saya. Pertama ibu saya dan seorang lagi untuk satu – satunya orang yang berani marah, menegur dan membantah keputusan saya walaupun saya yang membayar gajinya... PA saya, SUTERA INDAH” ucap Darren. Tiba – tiba Sutera rasa ada yang mengalir di pipinya. Air matanya jatuh di saat mendengar ucapan terima kasih dari seorang lelaki yang hampir 18 jam sehari bersamanya. Waktu ini Sutera mula sedar... Darren seperti melengkapi harinya. Sebab itu dia rasa kosong apabila duduk dengan Carl sebentar tadi. Darren memenuhi segalanya. Termasuk hatinya!


                               ****************************


“Sutera dan Darren bertekak lagi!” bisik Zain, pekerja baru itu kepada Zie selepas melintasi bilik Darren. Zie dan Zain memasang teling di pintu yang tertutup.

“Salah saya ke Encik Darren?. Saya dah kata produk tu tak sesuai tapi Encik Darren degil. Nak jadi duta produk mahal konon!. Lain kali jangan main ambil saja job tu!” marah Sutera pula.

“Sekarang muka saya dah tumbuh jerawat dua biji. Di hidung pula tu! Saya dah suruh awak buat research dan awak salahkan saya” suara Darren meninggi.

“Eleh... setakat dua biji pun kecoh. Macam pondan saja Encik Darren ni” balas Sutera. Apabila mereka berdua mulai senyap, Zie dan Zain berlari semula ke tempt duduk mereka. Darren keluar dan pintu dibiar terbuka. Sutera pula mengejarnya.

“Ala... nanti saya beli krim jerawat” pujuk Sutera.

“Selagi jerawat ni tak hilang, jangan harap saya nak baik dengan awak, sutera. Tak payah dating atau apa – apa saja!” kata Darren dan terus keluar. Sutera terduduk di kerusi.

“Jerawat yang buat hal, aku pula dipersalahkan!. Benci aku dengan jantan tuuuuuuu!!!!!” Sutera menghentak meja dan terus pulang.


                  *******************************************************


Sutera membuka pintu dengan kasar. Terperanjat Zie dibuatnya. Hari Sabtu begini memang sesuai untuk berehat tetapi lain pula dengan Sutera yang asyik tertekan sejak akhir – akhir ini.

“Aku benci betul dengan Si Darren tu. Memang tersentot betul otak dia!salah aku ke tak bawa baju yang dia suruh semalam?. Dia tak kata pun kena bawa baju yang macam bangang tu dekat set” bebelnya.

“Kau kenapa. Kutuk pakwe sendiri?” soal Zie. Dia memperlahankan bunyi televisyen.

“Belum confirm kan?. Memanglah aku sayang dia tapi kadang – kadang sakit hati!!!Aku nak buat Maggie ni. Kau nak tak?” soal Sutera sebelum ke dapur. Zie mengangguk. Makan Maggie tengahari begini?... senyum Zie. Bunyi kuali jatuh dan mangkuk plastic yang berterabur meyakinkan Zie bahawa Sutera sedang marah. Bunyi dia memotong sayur boleh dengar sampai ke depan.

“Woi... agak – agaklah woi. Kau nak masak bagi aku makan ke nak tikus makan” perli Zie. Pintu rumah yang terbuka luas itu membuatkan Zie bangun untuk menutupnya. Terkejut besar Zie apabila melihat Hajah Nora dan Darren betul – betul di hadapan mukanya.

“Err... nanti” kata Zie. Darren membuat isyarat agar Zie diam apabila mendengar suara Sutera yang membebel panjang. Suara Sutera yang kuat itu boleh didengari dari ruang tamu kerana rumah mereka tidak sebesar mana. Hajah Nora dan Darren duduk di sofa. Hanya mendengar bebelan Sutera.

“Dia ingat aku ni kuli batak dia?.. kuli pun tak batak tau! Senang – senang nak marah aku depan orang ramai. Yang aku menyampah tu.. dia baik sangat dengan Hazim, penyanyi baru tu. Aku bukan apa. Aku rasa budak Hazim tu ada niat tak baik dengan dia. Aku ni ikhlas tapi dia kata aku penyibuk. Memang nak aku suntut je otak dia bagi aktif sikit:”

Zie mengerutkan mukanya. Darren mengecilkan mata. Geram. Hajah Nora tersenyum.

“Hari tu, dia pakai seluar yang Hazim hadiahkan .kononnya sesuai dengan dia. Aku dah kata tak sesuai, nanti londeh tapi dia tak percaya. Nak naik ke pentas saja seluar dia terlondeh sikit. Siapa yang menyelamatkan dia?.. aku juga!. Kalaulah satu Malaysia nampak dia pakai tali pinggang hello Kitty aku tu... mahu bengkak mata dia menangis sebulan hahahahahah” gelak Sutera. Dareen meraup mukanya. Mukanya mula merah. Hajah Nora gelak kecil. Zie menggigit jarinya.

Zie bangun untuk ke dapur tetapi Sutera mendapatkannya di meja makan tanpa menoleh ke sisi di mana Darren dan Hajah Nora duduk. Dia terus membebel sambil memegang pisau dan lobak merah di tangan. Terbeliak mata Darren melihatnya.

“Kau tahu tak yang dia suka sukun?” Sutera ketawa. Zie cuba menjulingkan matanya.

“Kau apahal terjuling – juling!. Aku korek dengan pisau baru tau!. Dia suka makan cekodok sukun. Padahal sukun kat rumah mak ayah aku tu aku buat bola sepak saja main dengan adik aku. Tu belum aku buat jadi senjata perang. Tapi comel bila dia makan cekodok tu.. sebiji.. sebiji”  Sutera menarik kerusi dan duduk.

“Tapi kau tahu kan aku pernah jumpa dengan ummi dia?. Ummi dia memang best. Baik sangat. Seronok dapat ummi begitu. Berbeza betul dengan tersontot tu punya perangai. Totally different.. cewahh.. speaking UK aku” senyum Sutera.

“Kalau kau nak tahu, kau nampak tak lobak ni, nak aku tarah muka dia macam ni ha...” Sutera mencincang sedikit kulit lobak di tangannya.

“Perempuan!” panggil Darren. Dia tidak peduli tentang cinta mereka. Mendengar kutukan Sutera itu membuatkan hatinya panas. Sutera menoleh.. Lobaknya terjatuh ke bawah. Pisau masih ditangannya. Cepat – cepat meletaknya di atas meja.

“Assalamualakun ummi” Sutera pucat. Dia bersalaman dengan Hajah Nora.

“Buat apa tadi tu?” soal Hajah Nora sambil menyentuh tangan Sutera. Hanya senyuman yang terketar – ketar sahaja yang dapat dilihat diwajah Sutera.

“Dah ummi. Letak rendang itik tu di situ.. Balik sahaja” Darren terus bangun dan keluar dari rumah mereka berdua. Ummi bersalaman dengan Sutera dan mencium dahi sutera. Sutera terus memeluk  Hajah Nora.

“Saya sayang ummi tapi saya tak suka anak ummi. Dia kejam dengan saya” Sutera buat muka kasihan. Ummi ketawa.

“Suatu hari nanti dia akan jadi seorang lelaki yang baik sekali. Malah Sutera turut sama mengakuinya nanti. Maafkan dia ya sayang” senyum Hajah Nora. Sutera menyambutnya dengan senyuman yang sangat ikhlas. Dia terduduk. Memandang Zie.

“Apasal tak beritahu aku?”

“Yang aku buat – buat juling tu apa?”

“lepas ni kalau kau juling lagi, aku korek jual dekat hospital” jeling Sutera. Zie hanya ketawa. Siapa suruh mengumpat!.. sengih Zie.

                                   *******************************************


Darren langsung tidak bercakap dengan Sutera. Hari ini Sutera menemani Darren ke sessi fotografi di sebuah hutan simpan. Ini adalah bagi menjayakan kempen alam sekitar yang akan di adakan dalam masa yang terdekat.

Selepas memakai t-shirt yang bertemakan sayangi hutan , Darren terus duduk berehat sementara menunggu Durina, pelakon popular yang baru meningkat naik. Sutera memandang Darren yang langsung tidak menoleh.

“Encik Darren tak nak minum?” soal Sutera. Darren tidak memberi sebarang reaksi.

“Nak makan?” soal Sutera lagi.

“Hi Darren..” Durina datang menghampiri. Darren senyum dah bergenjak sedikit memberi ruang untuk Durina duduk di sebelahnya. Sutera yang duduk di belakang Darren mencebik. Durina yang terlentok – lentok itu  menepuk bahu Darren apabila mendengar gurauan dari Darren. Alamak aii... tak lawak pun aku dengar.. cebik Sutera.

“You ni kelakar juga ya. I suka lelaki kelakar” kata Durina. Darren senyum. Kelakar apa!.. macam penyamun tarbus ada lah. Kejam dan zalim!... Sutera menyampuk di dalam hati.

“You suka tak main paintball?. I suka” kata Durina lagi. Darren sedikit kagum.

“Hmm... tak sangka perempuan yang cantik macam you ni suka sukan extreme” Darren mengerling Sutera. Dia mahu Sutera cemburu dan sakit hati.

“Hei... tengok orang lah... berani ke nak lawan dengan i. Kita pergi minggu depan nak” Durina menggoncang tangan Darren. Hanya anggukan yang dilihat. Eleh..... meluat! Cebik Sutera lagi.

“You ada show hujung minggu depan?” soal Durina.

“Minggu depan i free rasanya. Orang gaji, minggu depan i free tak?” Darren memandang Sutera. Huh.... orang gaji!!!... muka Sutera kelat.

“Tuan orang gaji, minggu depan ada hal” jawab Sutera.

“Ala...” rengek Durina

“Hal apa?” soal Darren. Seingatnya hujung minggu hadapan dia tidak ada sebarang undangan nyanyian atau pun program hiburan.

“Sembahyang berjemaah bersama JKKKK surau kondo” jawab Sutera selamba. Darren membulatkan mata. Sutera mengeluh.

“Ya.. tak ada” jeling Sutera.

“Kita pergi minggu depan. You tetapkan tempat dan i belanja” kata Darren.

“Ikut!!!” kata Sutera. Durina menjeling. Memandang Darren agar melarang.

“Tak payah” jawab Darren.

“Nak pergi kat mana?” soal Darren.

“You kenal Abang Shafie?” soal Durina. Darren mengangguk. Lelaki itu memang terkenal kerana lokasi perniagaannya yang berhampiran dengan kotaraya. Semua artis dan mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur akan ke sana untuk melakukan sukan paintbaill. Sutera senyum.
Mereka tak tahu yang Abang Shafie itu abang sepupu merangkap teman baiknya.

“hehehehehhe....” sengih Sutera.

Mereka berdua pasti akan dapat pembalasan setimpal!. Kali ini bukan sahaja Darren malah Durina juga akan jadi mangsa tembakan aku. Mujur Darren tak tahu yang aku ni hebat bertempur. Kali ini aku tak peduli tentang cinta. Kau tengoklah nanti!!!!!


Melihat Darren memeluk pinggang Durina melahirkan satu perasaan tidak selesa dalam hati Sutera. Jantungnya berdegup kencang. Dia mendekati jurusolek Killa yang sering berbual dengannya.

“Ni pasal program sayangi hutan ke sayangi perempuan miang?” bisik Sutera.

“Biasalah.. minah ni memang gatal sikit” bisik Killa semula. Sutera mula meletakkan kedua jari telunjuk ke lehernya. Killa ketawa.

“Tunggu... nak buat sama” Killa juga melletakkan jari telunjuknya ke leher. Semua jurusolek yang pernah bekerja dengan Darren mengetahui tentang muntah ‘comel’ Sutera itu. Malah ianya mula menjadi ikutan.

“Uwekkkkkkk!!!!” kata mereka serentak. Akhirnya tawa mereka berderai.

Darren memandang Sutera yang terkekeh – kekeh gelak di bawah khemah.Durina terus menarik tangan Darren agar menyentuh bahunya. Dia pasti akan memikat Darren sehingga menjadi miliknya.

Sutera yang geram melenyek – lenyek apam kukus di hadapannya. Killa ketawa.

“Penat kak Jah tu masak. Yang kau lenyek tu kenapa?” soal Killa.

“Jangan risau, lepas lenyek, aku makan Si Durina ni!” kata Sutera selamba.

“Erkkk...”

Killa tersenyum. Ini yang susahnya kalau bercinta secara rahsia!

6 comments:

  1. Best ceritani...rasa mcm baca kisah hidup sendiri....sambung lagi yer...thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kalam :)
      pasti akan di sambung hihi

      Delete
  2. Replies
    1. tq baca yek Baby Mio
      bolehhhhhhh.........
      nanti akak masukkan n3 baru tapi lepas SERI cinta dari Sarawak yek
      :) :)

      Delete
  3. Nak lagy sis hahaha terkeluar air mate bace n3 nie gelak x henty...ramai request n3 bru sis hehehehehe go..go chayok sis ngeeee...

    #lya bce cite sis kat mall sorg2 lak tuh da tu bantai gelk sorg2 kompem ade yg label lya gilos hakhak malu2 pon lya dulik hape da cite nie lawak tahap gaban akekekeke#

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha...
      thanks lya..
      jgn ketawa sorang2.. nanti kena tangkap lak hihih
      kes salah faham...

      Delete