Saturday, 29 December 2012

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 4


BAB 4

Seri terkejut lagi. Kali ini ada sebungkus besar gula – gula KISS ME di atas mejanya. Yatie dan Zarra yang baru tiba turut membelek – belek bungkusan itu. Izzatul memandang meja Haniff yang kelihatan sudah tiba lebih awal.

“Kau nak smack down ke lenyek dengan treler budak tu?. Tak pun kita ikat dekat tiang lampu bawah tu?” soal Izzatul. Dia yang baru tiba dihantar oleh tunangnya, Fairus. Jambangan bunga diletak ke atas meja. Fairus yang sememangnya suka memanjakan Izzatul, melayan tunangnya dengan penuh rasa cinta. Zarra pula baru menjalinkan hubungan dengan seorang pensyarah bernama Fayyadh. Cinta yang disemai dua tahun lalu makin menghampiri kemuncaknya apabila dua minggu yang lepas Fayyadh telah melamar Zarra di sebuah restoran mewah.

Haniff keluar dari tandas dengan senyuman manis. Dia menghampiri mereka semua.

“Kau ni memang nak kena” kata Izzatul.

“Ya la.. saya tak sukalah” jeling Seri.

“Apa dia?. Ni nak apa sebenarnya ni?” soal Haniff. Yatie mengerling mereka yang lain. Baru sahaja Haniff mahu melangkah pergi, beberapa pukulan hinggap di belakangnya. Meleding tubuh lelaki itu di pukul mereka.

“Nanti.. apa dosa aku ni?” soal Haniff.

“Ni.. kenapa bubuh lagi di meja saya ni?” soal Seri.

“Mana ada?”sangkal Haniff. Fuad mengintai ke luar. Dia menutup mulut. Padan muka kau Haniff!.. semalam kau kenakan aku kan.. rasakanlah!!!.. sengih Fuad. Dia kemudiannya membetulkan baju kemeja T yang dipakai.

“Ni apa bising – bising ni?” soal Fuad. Berpura – pura. Haniff memandang Fuad.

“Saya tahu dosa siapa ni, bos” perli Haniff. Fuad gelak dan terus ke pantry.

Mereka semua duduk ditempat masing – masing. Fuad berhenti di tempat Seri. Melihatkan Seri yang sedang sibuk, sengaja Fuad berdehem dengan kuat. Seri terperanjat.

“Aku suka lihat kau rajin bah!” kata Fuad. Pelik benar bunyinya. Izzatul mencuit tangan Zarra.

“Buruk benar orang KL cakap sabah” bisik Zarra.

“Masalahnya dia salah cakap. Nak mengurat Seri. Dia tak tahu yang dia cakap tu bukan bahasa Sarawak” jawab Izzatul. Seri menggaru – ggaru kepalanya.

“Encik Fuad cakap apa?” soal Seri.

“Cakap Sarawaklah. Saya pun pandai apa” sengih Fuad.

“Itu bahasa orang sabah. Bukan sarawaklah” kata Seri. Muka Fuad berubah.

“Hmmm... saya tahu, saja nak test awak pandai cakap Sarawak tak” kata Fuad dan terus pergi. Dia mengerutkan wajah dan masuk tak keluar – keluar lagi. Izzatul dan Zara ketawa sekuat hati. Tiba – tiba Haniff bersuara..

“Zarra, Izzatul! Bos call tadi dia cakap.. kalau kuat lagi ketawa korang, lagi banyaklah bonus kena potong!” tiba – tiba semuanya terdiam. Kali ini Seri pula ketawa besar.

Selepas makan tengahari, dua orang perempuan masuk ke dalam pejabat. Seorang berambut panjang dan seorang lagi bertudung. Mereka berdua terus masuk ke dalam bilik Fuad.

“Siapa tu?” soal Seri.

“Hmm.. makwe – makwe dialah” kata Zarra selamba. Cuba mengusik. Nak juga dia lihat Seri cemburu walaupun masih terlalu awal.

“Sampai dua?” soal Seri lagi.

“Tigalah” Izzatul mencelah. Seri mengerut dahi.

“kau!” sambung Baby Mio.

“Tak adalah..” seri cepat – cepat meneruskan kerjanya.

Tidak lama kemudian dua orang perempuan tadi keluar sambil memeluk lengan Fuad. Sengaja Fuad berhenti di hadapan Seri.

“Seri.. saya nak keluar dulu, mereka ni perlukan angin segar, ya sayang”

Mereka berdua melentokkan kepala di bahu Fuad. Pintu pejabat terbuka. Haniff ketawa besar.

“Ohh.. adik kembar bos datang office lah hari ni” ketawa Haniff. Geram betul Fuad dengan Haniff. Mulut longkang betul!!!.. jeling Fuad.

“Itulah abang... dah kata tak berkesan” jeling adik kembarnya Siti Suhaila dan Zalina. Seri menekup mulutnya menahan senyum. Zalina menghampiri.

“Kak ni, Seri Murni ya?” soal Zalina. Seri mengangguk.

“Kasihanlah kat kami ni kak... couple je lah dengan abang kami ni. Selagi akak tak couple dengan dia, selagi tu lah kami tak boleh tidur awal. Tak boleh buat apa.. kami terseksa kak” kata Zalina lagi. Seri tidak faham.

Siti Suhaila pula merapati.

“Hari – hari dia paksa kami dengar cerita pasal akak ni. Sebelum tidur, lepas bangun tidur. Dia paksa kami ajar cakap Sarawak. Hari tu kami kenakan dia.... ajar cakap Sabah” gelak Siti Suhaila. Muka Fuad merah padam.

“Pergi kolej naik bas. Kunci kereta abang ambil balik” ugut Fuad dan terus masuk semula ke dalam biliknya.  Siti Suhaila dan Azlina ketawa sahaja. Izzatul dan Zarra juga ketawa.

“Oklah seri, sampai adik dia pun merayu, on sajalah!” baby Mio mencelah. Seri menggeleng.

“Saya tak boleh bercinta dnegan orang yang saya tak kenallah” elak Seri.

“Sebab itu kena kenal”jawab Zalina dan Siti Suhaila serentak.

“Korang ni macam kembarlah, cakap serentak” kata Haniff. Semua memandang Haniff.

“Kalau aku ikat kau kat pokok baru kau tahu.. dah memang dia kembar, kan” kata Yatie. Haniff terdiam.

“Abang kami ni dah teruk kak, semalam dia panggil Zalina, seri tau” kata Zalina.

Seri tunduk malu. Tapi dia gembira bertemu dengan dua orang adik kembar sebaik Siti Suhaila dan Zalina.



Seri senyum sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.Ya, itu kalam cinta atau namanya Irna dan Adahlah, penyewa baru rumah mereka.

“Seri balik awal hari ni?” soal kalam. Sedang mengemas dapur. Adahlah menghampiri Seri  yang sedang menuang air di gelas.

“Yang lain semua berkerja ke?” soal Adahlah.

“ya kecuali seorang yang masih belajar Diela. Dia balik awal selalunyaa tapi rasanya hari ini dia ada hal. Ya lah,  banyak barang yang nak dibeli lagi, kan” jelas Seri.

“Ha.. ini soto yang saya dan Adahlah masak tadi. Mari makan sama – sama” ajak Irna. Seri menghidu aroma masakan Irna.

“Sedaplah Kalam.. eh.. Irna!” Seri memuji.

“makan dulu, kalau tak sedap pun kena cakap sedap juga” gurau Irna. Seri dan Adahlah ketawa. Lya masuk pula.

“Wah.. ada kenduri soto. Best ni. Adakah anda semua mahu menjemput saya atau tidak?” soal Lya.

“Kalau malu... makan, kalau tak malu pun.. makan” usik Adahlah. Rambutnya yang lurus itu disepit ke belakang. Irna yang gemar memasak itu memang suka menjamu orang lain makan. Puas melihat orang lain makan dengan berselera sekali.  Seri Ayu dan Rynieta pula masuk. Bersama – sama mengambil pinggan dan makan soto hasil air tangan Irna. Satu lagi pujian yang diterima Irna. Sedang mereka makan Diela pula masuk.

“Hmm... tak nak jemput makan ke?” soal Diela.

“Kalau tak jemput, makan tak?” soal Adahlah.

“Makan” sengih Diela.

“Dah tu... makanlah!” kata mereka serentak.

“Ish.... ish.. memarahi wanita sesuci Diela ni, adalah satu kesalahan tau” Diela ke dapur.

“Hmm... menyentap imanku” Diela tersenyum – senyum.

“Budak paling kecil kat rumah ni, makan sebiji je nasi impit” usik Lya.

“Satu kacang” tambah Jannah yang baru sahaja turun tangga.

“Sesudu sup!” usik Seri. Diela berdiri tegak. Belum menyentuh makanan.

“Ala... kalau macam tu baik tak payah pelawa” kata Diela.

“Memang tak pelawa pun” usik mereka yang lain.

“Ok... nak makan juga” Diela ketawa dan terus mengambil nasi impit di mangkuk Lya, kacang dari mangkuk Irna dan kuah dari mangkuk Seri.

“Hei...” jerit mereka. Diela ketawa dan terus berlari ke sofa untuk menonton rancangan kegemarannya. Dia memang gemar mengusik ‘kakak – kakak’ di rumah itu.

“Sedap ni, Kak Kalam” jerit Diela.

“Janganlah panggil kalam” kata Irna.

“Nak panggil juga. Macam best je bunyinya” sahut Diela. Irna memandang Lya.

“Kau rasa nak dera tak budak kecil tu?” soal Irna.

“Tak apa, akan tiba masanya. Ni dia penat balik kolej. Hari Ahad kita dera budak tu sampai teeguling – guling” sengih Lya. Adahlah ketawa. Seri yang sudah kenyang terus ke dapur.

“Diela... yang ini tinggalkan Kak Seri Ayu ya?” jerit Rynieta. Diela mengangguk. Semua naik ke bilik. Berehat sebentar. Cuma Diela sahaja yang ada di tingkat bawah. Melayan drama korea dengan kotak tisu dihadapan. Macam sedih sangat saja!. Masalahnya dengan Diela ni, gembira menangis... sedih pun menangis!.


                   ******************************

Hari hampir maghrib. Seri Ayu pulang sambil menutup pintu tergesa – gesa.

“Kenapa?” soal Seri. Jannah dan Irna mendapatkkan Seri Ayu yang kelihatan pelik.

“Kamu semua tak perasan ke rumah kita ni macam skrin tv?” soal Seri Ayu. Seri tak faham.

“Pergi intai di tingkap. Intai tau, bukan tengok!” kata Seri Ayu. Mereka semua mengintai dari balik langsir.

“Mak aiiii.. ramainya jantan!” kata Diela.

“Eh.. abang tu muka macam Leetuk, super Junior lah” sengih Diela. Seri ketawa sambil mengurut belakang badan Diela. Kpop saja kau ni... sengih Seri.

“Masa balik tadi, aku nak parking kereta masuk dalam. nampak lima orang lelaki dok terjenguk – jenguk. Masa aku turun tadi, bukan main ‘kerang’ senyum mereka” kata Seri Ayu. Meletak beg tangan di sofa.

“Kerang?”

“Kerang busuk. Penat nak cakap busuk” jawab Seri Ayu. Mereka semua ketawa dan duduk kembali di sofa.

“Nak pergi beli burger lah..” tiba – tiba Seri bersuara.

“mana ada jual burger di sini” kata Rynieta. Seri menjuihkan mulutnya. Dia tak mahu pergi makan burger di restoran makanan segera, dia mahukan burger yang dijual di tepi jalan sahaja. Lebih sedap baginya.

“Tak apa, esok saya buat burger. Kita makan ramai – ramai” pelawa Irna. Diela sengih.

“Cayalah Kak Kalam.....” katanya. Irna menggeleng kepala. Puas disuruh panggil Kak Irna, tak juga dipanggilnya. Lantaklah, ..dah memang Kalam itu juga sebahagian daripada hidup aku.. fikir Irna.

Seri duduk menonton televisyen bersama Lya, Adahlah dan Diela. Irna dan yang lain – lain buat hal masing – masing di dalam bilik. Lakonan yang dilakonkan oleh ZMY itu memang berkesan. Sejak pelakon itu berkahwin dengan Rania, prestasi kerjanya semakin meningkat. Seri juga salah seorang peminat ZMY sejak dari dulu lagi. Tiba – tiba wajah Fuad berada di sebelah ZMY. Seri terus menggosok – gosok matanya. Masih ada. Dia terus bangun dan duduk betul – betul di hadapan televisyen. Di gosok matanya lagi. Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri.. seri  mendapatkan Lya.

“Awak tampar saya” arah Seri. Lya terkejut.

“Kau ni kenapa?” soal Lya. Seri memandang kaca televisyen sekali lagi. Aik.... muka Fuad sudah tiada. Yang ada cuma pelakon tambahan yang memegang watak antagonis sahaja.

“Tadi bukan Fuad?” soal Seri. Keliru. Lya mengerutkan keningnya.

“Fuad.. fuh.fuh..fuh tu ke?” soal Lya. Seri mengangguk.

“Taklah!. Kau ingat best sangat ke lelaki perasan tu nak masuk tv?” soal Lya. Seri menggigit bibirnya. Lya merenung Seri dan akhirnya ketawa besar. Seri memandang.

“Hmmm.... terbayang – bayang pula dah.. berkesan juga ayat power si Fuad tu ya” usik Lya. Seri mula malu. Dia menutup mukanya dengan bantal dan terus naik ke atas. Diela memandang Lya.

“kenapa kak Seri tu?”

“Kau diamlah! Budak kecil apa tahu. Pi buat milo kat akak” arah Lya.

“Apalah.. akak ni!.” Marah Diela.

“Buatlah.. esok akak belanja makan” kata Lya. Memujuk.

“makan apa?” Diela menghampiri.

“Kuaci. Dah pergi buat” arah Lya. Adahlah ketawa.

“Buat kat akak sekali ya!!” jerit Adahlah. Angin betul Diela dibuatnya. Sengaja dia mengetuk – ngetuk cawan tanda protes. Adahlah dan Lya ketawa. Dia suka bila lihat Diela marah. Mukanya yang comel itu akan menjadi kemerah – merahan. Seri Ayu kata.. itu tanda traffic light nak warna merah!

              ***************************************

Hari ini Lya menghantar Seri ke pejabat. Dia ada urusan lain yang tidak memerlukan dia tergopoh – gapah seperti selalu. Seri berjalan dan terus masuk ke dalam lif. Seorang lelaki bersama jambangan bunga carnation tersenyum memandangnya. Apabila lif terbuka lelaki itu turut sama mengikut Seri ke pejabatnya. Seri hairan. Dia membuka pintu. Tiba – tiba Izzatul tersenyum memandang lelaki tadi. Fuad juga baru masuk bersama – sama Haniff.

“Hmm... Fairus!” tegur Fuad. Mereka bersalaman.

“Bunga lagi” kata Fuad.

“Ish.. sibuk saja Encik Fuad ni” marah Izzatul.

“Eleh.. bukan boleh makan pun” cebik Fuad. Sengaja membuatkan Izzatul marah.

“Baguslah lelaki sayang tunangnya sebegini. Kalau saya ada tunang macam ni, saya pun suka” Seri mencelah. Fuad membuka kaca mata hitamnya. Memandang Seri.

“Siapa nak bagi awak?” soal Fuad.

“Siapa suruh Encik Fuad bagi?” soal Seri dalam nada yang manja.

“lagipun Encik Fuad bukannya tahu pasal bunga ni. Tak macam Fairus” tambah Seri. Fuad geram.

“Tak apalah, Encik Fuad. Hari ni hari lahir Zatul, jadi saya nak jadikan hari ni special untuk dia” senyum Fairus. Seri senyum.

“wahh.. bestnya!!!” Seri menggenggam kedua belah tangannya. Matanya dipejam bahagia. Izzatul dan Fairus ketawa. Fuad mencebik.

“Kalau lupa, nanti tak dapat tengok lesung pipit yang comel ni lagi” Fairus mencuit hidung Izzatul. Seri masih tersenyum – senyum.

“Wah..”

“WAh.... bestnya....auuuuu..wa..auuuu..waa..auu” Fuad meniru gaya Seri tadi. Memotong kata – kata Seri. Fuad terus masuk apabila Fairus bersalaman dengannya sebelum pulang. Izzatul meletak jambangan bunga itu di atas meja. Baby Mio mengusik. Mahu mengambil sekumtum bunga dari jambangan yang besar itu.

“jangan curi!!!” Izzatul membulatkan matanya. Yatie dan Zarra ketawa. Sayang benar pada bunga tu!!!.

“Encik Fuad tak sound ke?” soal Zarra.

“Macam biasalah. Dia kan allergi bab bagi bunga ni” kata Izzatul.

“kenapa?” soal Seri.

“Mana aku tahu” kata Izzatul. Mencium bunga itu dari tadi.

“Sehelai daun dari jambangan bunga itu jatuh. Seri mengambilnya. Dia teringatkan Fuad yang mengejaknya tadi. Dia meneruskan kerjanya seperti biasa.

Tidak berapa lama kemudian, seorang lelaki bangsa cina datang mendapatkan Izzatul.

“Mana Cik Seri?” soalnya Izzatul menuding jari ke arah Seri yang turut sama memandang lelaki cina itu.

“Ini.. tandatangan ini dulu” arahnya. Setelah Sutera menandatangani kertas itu lelaki cina itu terus pergi.

“Kau tandatangan apa tu?. Main tandatangan je” tegur Baby Mio. Lelaki itu datang semula dengan suara yang riuh. Mata mereka yang lain terbeliak melihat 5 jambangan bunag rose diletakkan di atas meja Seri. Lidah Seri kelu.

“Nanti aa... ada lagi. Ini special request. Wa punya kedai tarak ada tapi itu lelaki aa.. suruh wa beli juga. Nasib baik dia bagi upah lebih” sengih lelaki Cina tadi. Menampakkan gigi tengahnya yang sudah tiada.

“Masuk..” jerit lelaki cina itu pula. Ada tiga pasu buah limau diletakkan di sebelah meja Seri. Satu lagi sepasu pokok bendi. Seri sudah pening. Fuad keluar. Dia menghampiri Seri dengan muka yang berlagak.

“Fairus bagi bunga je.. saya bagi awak siap dengan buah dan sayur lagi. Tu.. bendi tu.. balik nanti petik buat masak kari ikan. Izzatul.. buah limau tu nanti awak ambil sekali. Fairus tu bagi awak bunga saja.” Fuad terus keluar untuk temujanji bersama pelanggan dari sebuah syarikat makanan segera. Baby Mio yang mengikutnya dari belakang ketawa besar. Gila bos aku ni!!!!.

Yatie dan Zarra memetik buah limau itu dan terus mengopeknya. Seri masih terdiam  di tempatnya.

“makanlah Seri... bagus kau ni, lubuk rezeki kitorang” sengih Zarra.

“Eee.... geramnya!!!” akhirnya Seri bersuara juga. Dia mengagih – agihkan bunga itu kepada Zarra dan Yatie.

“Ambil.. saya tak mahu” kata Seri.

“Laa... kenapa pula?” soal Yatie.

“Dia beri sebab perli saya bukannya ikhlas” kata Seri.

“Ala.. ambil sajalah. Hmm.. ok, aku ada idea” Zarra yang memang banyak idea mula menyumbangkan sesuatu buat Seri.Hmmm... Seri suka!. Tunggulah kau balik pejabat nanti.

Baby Mio memberitahu mereka yang dia dan Fuad akan tiba dalam masa 10 minit lagi. Cepat – cepat Zarra menampal koyok yang di beli oleh Haniff tadi di kepala Seri. Wajah Seri disolek supaya kellihatan pucat. Memang kerja gila tapi mujurlah hari itu tugasan mereka sudah siap lebih awal. Seri bersandar di kerusinya sambil memakai baju panas milik Yatie. Pintu dibuka. Fuad masuk. Terkejut melihat Seri yang kelihatan lemah dan tidak berdaya. Dia meletak begnya di atas meja Seri. Mengintai – ngintai Seri yang sedang memejam matanya.

“Kenapa ni?” soal Fuad. Izzatul berdehem. Dia pun bukannya pandai berlakon sangat.

“Itulah Encik Fuad. Nak kenakan orang tengoklah dulu. Encik Fuad tak tahu ke yang Seri ni allergi pada bunga dan tak boleh makan limau. Muntah teruk dia tadi” kata Izzatul bersungguh – sungguh. Baby Mio menutup mulutnya. Poyo betul kau ni, Izzatul!... bisik hati kecil Baby Mio. Fuad terdiam. Mula rasa bersalah. Dia meletak telapak tangannya di dahi Seri.

“Siapa?” Seri bersuara. Agak serak dengan mata yang kuyu. Dia mula batuk. Zarra mencubit lengan Baby Mio. Dia berbisik.

“Ini over acting ni..” sengih Zarra.

“Saya tak tahu. Maafkan saya. Haniff, buang semuanya” arah Fuad.

“Eh.. kitorang dah ambillah Encik Fuad” pintas Yatie.

“Kita ke klinik ya?” soal Fuad.

Alamak.. apa aku nak jawab ni... Seri serba salah. Mujurlah Baby Mio cepat bertindak.

“Dia Cuma perlu rehat secukupnya. Dahlah.. itulah Encik Fuad! Dah lah buat orang sakit. Buang duit lagi. Pasu tu letak saja depan office. Siapa nak makan ambil saja nanti” kata Baby Mio. Fuad merennung Seri. Mata mereka bertentangan. Seri rasa dia sudah berada di awing – awangan.

“Seri... seri...” panggil Fuad.

“Ya..”

“Balik nanti saya hantar awak pulang” kata Fuad. Selepas Fiad masuk ke dalam biliknya, Zarra dan Baby Mio ketawa terkekeh – kekeh. Izzatul menekan – nekan perut.

“Bodoh juga boss kita tu kan” kata Izzatul.

“ya lah... dia tak tahu ke yang kita ni tipu dia?” soal Yatie. Seri tersenyum. Dia suka! Bukannya kerana dia berjaya  mengenakan Fuad tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang sedang berlaku antara mereka berdua. Dia mula jatuh cinta!....

 
Fuad membawa Seri pulang. Sampai sahaja di rumah Seri, Fuad mula bertanya sesuatu.

“Hmm.. banyak bunga rumah awak ya?” soal Fuad.

“Ya...”

“Pandai kawan awak tanam. Cantik bunga – bunganya” puji Fuad.

“Eh.. saya yang tanamlah. Saya memang suka bunga” senyum Seri. Fuad senyum. dia tahu Seri bepura – pura sahaja tadi. Dia bukannya tidak pernah baca resume Seri. Jelas tertera yang Seri pernah bekerja di kedai bunga sewaktu di Sibu, Sarawak dahulu.

“Sayang ya... sepatutnya awak menghargai bunga dengan mengaku awak sukakan ciptaan tuhan itu dengan bangga bukannya kata bunga ciptaan tuhan itu membuatkan awak sakit sedangkan bunga itu yang menggembirakan hari awak ketika berada di rumah. Hari ini awak mempergunakan bunga yang sememangnya menjadi sebahagian dari hidup awak” kata Fuad. Seri terdiam. Niatnya Cuma mahu bergurau. Seri tunduk.

“Saya maafkan awak” kata Fuad. Seri masih membisu..

“Pandai tak saya berkata – kata.... hahahahahhahaha!!!!” Fuad ketawa dengan kuat sekali. Seri bengang. Dia mula rasa bersalah tadi tetapi apabila mendengar tawa Fuad yang melampau itu hatinya menjadi panas.

“Saya tak maafkan Encik Fuad!” Seri terus keluar. Berjalan laju membuka pintu pagar,Fuad terkial – kial membuka pintu. Terjerit – jerit memanggil Seri yang sudah pun menutup pintu rumahnya.

“Bodohlah kau, Fuad!” Fuad mengetuk kepalanya.

“Kenapa dik?” soal jiran Seri yang bernama Rohana. Dia yang baru pulang bersama adiknya Cheqmong, hairan melihat Fuad yang dari tadi membebel sendiri. Cheqmong yang masih berumur 22 tahun itu ketawa sendiri melihat Fuad yang sedikit pelik.

“Cheqmong... ni  bagi kat akak Seri. “ arah Rohana.

“Bagi apa tu kak?” soal Fuad.

“Dia suka sangat makan bahulu kemboja ni. Tu yang akak bagi kat dia. Lagipun budak – budak rumah ni semuanya baik” senyum Rohana.

“Ikut!” kata Fuad. Cheqmong berhenti melangkah.

“Abang nak ikut pergi mana?. Cheqmong nak hantar kat Kak Seri saja” kata Cheqmong.

“Ya la.. hantar kuih tu” sengih Fuad.

“Adik Cheqmong panggil, abang bagi” meleret senyum Fuad ketika ini. Cheqmong mengangguk. Memang tak betul abang ni!.. gerutu hati Cheqmong.

“Kak Seri.. Kak Seri..” panggil Cheqmong. Fuad menorok. Seri membuka pintu.

“Ha.. Cheqmong, kenapa?” senyum Seri.

“Nak hantar bahulu kemboja. Kak Ana suruh hantar” senyum Cheqmong. Seri mengerut dhi. Tiada apa di tangan Cheqmong.

“Mana?”

“Ni ha!” Cheqmong menarik lengan Fuad. Seri membeliakkan biji matanya.

“Ini buat Seri... walaupun bukan duit saya tetapi penat lelah saya berpanas hujan menghantar bahulu itu ke sini sudah cukup untuk membuktikan keikhlasan saya, Seri. Kaki ini sudah penat melangkah, tangan ini sudah penat memegang kuih ini sepanjang hari. Hujan ku redah..”

Seri ketawa. Dia mengambil kuih dari tangan Fuad. Cheqmong gelak. Baru pegang kuih tak sampai seminit dah nak menunjuk. Aku yang bawa kuih ni dengan Kak Ana dari pasar tak kecoh pun.. bila masa pula berpeluh. Naik kereta ada air cond nak cerita lebih. Harap muka saja kacak, otak out!.. Cheqmong pulang. Pening mahu layan Fuad yang memningkan kepala. Lya kebetulan baru pulang. Fuad memandang Lya yang beru sahaja keluar dari kereta. Irna dan Seri Ayu juga sudah pulang. Semua memandang Fuad dari atas ke bawah.

“Ini siapa?” soal Irna. Seri diam. Lya bersuara. Suka mahu mengerjakan Fuad.

“Ini bidan kampung Kak Irna!. Buat promosi bersalin di rumah. Dia dari klinik Fuh fuh dispensary” sengih Lya. Terbeliak mata Fuad mendengarnya. Seri senyum.

“Eh.. kami semua ni anak dara lagi. Tak ada orang bersalin. Awak ni penipu kan?. Mana ada orang buat promosi beranak kat rumah. Jangan nak tipu kami” kata Irna. Seri Ayu pula menambah.

“Kau ni entah – entah perogol dalam tv tu tak?. Yang tipu anak – anak dara orang” Fuad sudah panik. Dia takut dibelasah sekumpulan wanita yang dah rupa macam sailor moon saja pada pandangan matanya. Diela dan Jannah pula tiba.

“Tak.. sebenarnya..” Fuad menelan air liur. Dia memegang tangan Seri meminta pertolongan.

“Berani awak pegang tangan kawan kami?” Rynieta yang baru keluar memegang kuat lengan Fuad.

“Ya Allah.... tolonglah aku!!!” kata Fuad. Lya ketawa.

“Dah lah.. ini bos Seri” kata Lya. Mereka semua terdiam.

“Ha.. ha!!! Dengar tu, bos tau!. Ini yang tuduh – tuduh  ni kenapa?. Kalau saya saman malu pun boleh menang tau!” kata Fuad. Mereka semua masuk ke dalam rumah. Buat – buat tak dengar. Seri ketawa. Memandang mata Fuad.

“terima kasih. Saya sukakan Encik Fuad yang selalu buat saya ketawa” senyum Seri. Fuad terdiam. Dia memegang kepalanya. Berdehem beberapa kali.

“Jangan kau cuba merayu padaku lagi Seri!” kata Fuad. Dia terus pergi. Apabila masuk sahaja ke dalam kereta. dia menjerit sekuat hati.

“Dia suka aku!!!!!... Zalina! Sulaiha!!.. your kakak ipar is coming!!!” terus memandu keluar dari kawasan perumahan itu.

16 comments:

  1. TQ SUKA SANGAT,DIA WANITA EDISI TERHAD X ADA N3 BARU KE.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..
      ada.. nanti akak masukkan entry DWET lak ye...

      Delete
  2. tq akk..sy jdi adk ipr fuad..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. zalina jadi adik kembar fuad ..
      jadi setiap n3 ada ler Zalina berlakon hehehhe
      sbb fuad selalu dera adik dia
      ajar cara tackle seri
      kwang kwang..

      Delete
    2. haha...ksian kt zalina 2 kne dera ngn abg dye... :)
      bla nk msukkn entry DWET n cinta popular kak..xsbr nk bc..

      Delete
    3. ok.. untuk zalina dan yang lain..
      jap lagi akak perah otak. n3 akan dimasukkan selepas satu jam...
      tunggu!!!!
      tq sesangat ye :)

      Delete
  3. malunya.. rasa nak sembunyi bawah bantal je XD hehehe. Apapun suka sangat.. *thumbs up. Terima kasih ya kak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama - sama dik..
      eleh.. sorok bawah bantal yek..
      nanti Fairus cari tak jumpa lak...
      hihihihihi.. meraung Si Fairus x nampak lesung pipit cute si izzatul ;)

      Delete
  4. Hehehe lya2 x sudh nk kenekn fuad pantg sungguh naseb seri x marh wkwkwkwk sis siyess lawak fuhh...fuhh..fuhhh nk bersalin ni bahahaha adoii x bole belh gelk gulig2...terhibur lya bce n3 kali nie go...go..chayok sis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq lya :)
      guling2 jgn sampai pening lak ihihii
      dalam ni lya yang paling buat havoc dalam rumah ni...

      Delete
  5. Iza charactor awak tu mmg kena sebijik lah dgn the actual miss kalam....ni mana study charactor ni..tgok dalam mangkok putih ker waahahaha....anyway mmg patut beri awak thumbup...sambung lagi yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh..
      tengkok dalam mangkuk nujum pak belalang ler ;)
      terima kasih ya kalam.
      akan disambung.. tunggu!!! (x yah tunggu lama2 pun ;))

      Delete
  6. iza, camne cara nk dapat notification iza ada masukkan n3 baru ek? contohnya thru emel ke.. x saba lak nk tgk nama sendiri dlm novel selepas novel tajuk Hartini yg berkurun dulu tu.. *perasan*.. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka yang lain klik pada followers yang kat sebelah kanan post tu... try dulu.. kalau tak, setiap n3 baru iza tag nama hartini dlam fb ye

      Delete
  7. haha.. naik jeling baca.. cerita ni lawak + gelong = siapakah pengarangnya?.. nice story..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tau mysweethubbyustaz....
      terharu sebab sudi gak jengah blog nih :) <3

      Delete