Saturday, 29 December 2012

DIA WANITA EDISI TERHAD - bab 16


BAB 16.


Jasmin menunggu di luar butiknya. Tina dan Yaya akan menjaga butik mereka sewaktu ketiadaannya. Memberi peluang pada Iqram dan Jasmin meluangkan masa berdua bersama. Iqram akan membawa Jasmin bercuti di Pulau Perhentian. Suka benar Jasmin sewaktu Iqram mengajaknya tempoh hari. Iqram cuti pada hari itu. Dia mahu memberi sepenuh perhatian buat Jasmin yang sudah lama tidak berasa bahagia. Zamri dan Rania sudah pun terbang ke Paris untuk berbulan madu.

“Saya akan layan awak macam permaisuri, sayang” senyum Iqram. Dia menghidupkan semula enjin kereta apabila sudah memasukkan beg pakaian Jasmin ke dalam bonet.

“Kak kasma dan parents Iq kirim salam. Lepas kita pulang dari percutian, kita bincang soal perkahwinan kita pula ya?” Iqram  mencuit dagu Jasmin. Tiba – tiba Jasmin jadi malu.
Iqram mula perasan. Dia memegang jari jemari Jasmin. Sejuk dan menggeletar. Iqram ketawa kecil.

“Baru kena sentuh tangan dah menggeletar, sayang” usik Iqram. Jasmin mencubit pipi Iqram. Mereka meneruskan perjalanan. Jasmin tidak mampu lena, dia asyik menoleh berkali – kali. Mahu memandang wajah lelaki yang dirinduinya. Iqram memandang Jasmin. Dia termalu dan berpura – pura menoleh ke luar.

“Hmm.. kalau nak pandang tak payah malu – malu. Pandanglah sayang” masih terus mengusik. Jasmin melentokkan kepalanya di bahu Iqram.

“nampak sangat rindu dekat Iq” kata Iqram.

“Mestilah!” Jasmin menjawab tanpa memandang dan masih terlentok di bahu Iqram.

“Sayang suka kita akan berkahwin?” soal Iqram. Jasmin mengangguk.

“Iq suka kahwin dengan Min?” soal Jasmin. Iqram menggeleng.

“Tak!” jawabnya selamba. Jasmin mengangkat kepalanya. Dia mula merajuk. Iqram memberhentikan keretanya.

“Sayang saya ni pandai merajuk sekarang ni” Iqram mengintai wajah Jasmin. Iqram menarik lembut tangan Jasmin. Dia ketawa. Suka pula dia melihat Jasmin yang semakin manja dengannya.

“Kata tak mahu kahwin dengan Min” ujar jasmin. Mencuri pandang mata Iqram.

“Iq nak kahwin dnegan Jay Yassiq. Penat tau, Iq dan Zam fikir nama tu” kata Iqram. Jasmin terkejut. Rupa – rupanya selama ini Zamri buat pakatan di luar pengetahuannya.

“Tak malu ke masukkan nama sendiri dalam nama orang?” soal Jasmin.

“Suka hati Iq lah!. Itukan isteri Iq” kata Iqram.

“Siapa isteri Iq” Jasmin menjeling.

“Jay Yassiq yang tersalah pergi kenduri kahwin. Orang lain tunggu pengantin bersanding baru pulang, tapi Jay Yassiq tu nak lari pula masa pengantin nak bersanding. Padan muka dia kena marah dengan pengantin tak sedar diri tu” perli Iqram. Jasmin ketawa. Dipukul – pukulnya lengan Iqram.

“Hmmm... pukul pun dah tak berapa sakit. Baguslah!” Iqram ketawa. Jasmin turut sama ketawa.

“Nak kena cangkul?”

“Ish.. janganlah.. bagilah saya tengok macam mana rupa anak saya” usik Iqram.

“Siapa nak kahwin dengan Iq?” jeling Jasmin. Dia mengintai muka Iqram.

“Siapa cakap nak kahwin dengan Min?” soal Iqram lagi.

“Habis yang bawa anak dara orang jauh – jauh ni kenapa?” soal Jasmin.

“Habis yang ikut anak bujang orang bujang jauh – jauh kenapa?” soal Iqram pula.

“Iq!!!!!” jerit Jasmin. Iqram memberhentikan keretanya.

“Kenapa sayang?...” Iqram memegang pipi Jasmin. Dua – dua terdiam.

Serta merta wajah Jasmin kemerah – merahan. Iqram ketawa. Menampar lembut pipi Jasmin.

“Iq cintakan Min” ucap Iqram. Jasmin senyum. dia mengambil bekas cd di hadapannya. Membukanya dan terus menutup wajahnya.

“kenapa?” soal Iqram.

“malulah... tak biasa” gurau Jasmin. Iqram ketawa lagi. Dihidupkan enjin kereta dan dia meneruskan perjalanan.

Mereka tiba di resort yang telah ditempah oleh Iqram. Resort  mereka diselangi empat buah rumah. Iqram menghantar Jasmin ke rumahnya.

“kalau rindukan saya... ketuk botol ya” kata Iqram.

“Kalau awak rindukan saya?” soal Jasmin pula. Dia membuka kunci pintu di hadapannya.

“Ketuk saja rumah awak, sayang” jawab Iqram

“. Alah... awak mesti rindu pada saya dulu” cebik Jasmin.

“Ya la... rehat dulu. Lepas Asar kita jalan – jalan ya?” senyum Iqram.

“Kalau penat?” duga Jasmin. Iqram senyum agak lama sebelum menjawabnya.

“Saya dukung dari hujung tu sampai sini” jawabnya dengan nada yang berlagak. Jasmin menjeling dan terus menutup pintu.

                      ******************************


Jasmin hanya berehat buat beberapa ketika sahaja. Dia mengintai ke luar. Matanya terpandangkan Iqram yang sedang berbual dengan seorang wanita. Jasmin ingin tahu jadi dia mengambil keputusan untuk mendekati mereka berdua.

“Hei sayang... “ senyum Iqram. Jasmin mendekati Iqram. Memandang wanita yang berambut ikal dan bertahi lalat di bawah bibir.

“Ini kawan sekolah Iq dulu. Tak sangka boleh bertemu di sini” beritahu Iqram.

“Saya Marlia” dia memperkenalkan diri. Jasmin juga memperkenalkan dirinya. Pario biru muda yang dipakai menampakkan seri pada kulit Marlia.

“Awak untung tau... saya rugi sebab putus dengan dia dulu” Marlia mengenyit mata.

“Untungnya saya” jawab Jasmin. Senyum terpaksa. Iqram mendekatkan bibirnya ke telinga Jasmin.

“Saya terasa ada bau – bau kecemburuan di sini”

Jasmin pergi meninggalkan mereka berdua. Sakit pula hatinya. Tak perlulah dikenang kisah lama. Iqram milik aku bukannya dia. Tak suka!!!.. Jasmin menjeling. Dia menoleh ke belakang. Iqram masih lagi berbual dengan Marlia. Dia teringatkan pesan Tina.

“kak Min.. kalau gedik tu boleh selamatkan hubungan, gedik saja. Lagipun Abang Iq mesti suka Kak Min gedik.” Pesan Tina sebelum dia keluar dari rumah. Tidak pasti mengapa Tina berpesan begitu tapi Jasmin rasa sudah tiba masanya dia cuba menjaga kepentingannya sendiri. Dia menggenggam jari jemarinya. Menarik nafas dalam – dalam kemudian mengatur langkah berpusing menghampiri Iqram.

“Sayang... cepatlah! Min dah tak tahan tengok laut ni, sayang” rengek Jasmin. Iqram menelan air liur. Keningnya berkerut. Dah macam Farisha pula gaya Jasmin ni.. fikir Iqram. Marlia memandang Iqram. Jasmin memeluk lengan Iqram. Dilentokkan kepalanya di bahu Iqram.

“Kita jumpa nanti sajalah!. Suami dan anak i dah tunggu tu. Bye Iq. Bye Jasmin” Marlia terus pergi. Jasmin melepaskan tangannya. Malu!. Ternyata nasihat Tina belum boleh dipakai lagi. Iqram ketawa. Memandang Jasmin yang termalu di sebelahnya. Iqram terus memegang tangan Jasmin. Menggenggam erat jari jemari Jasmin.

“Sayang... awak ni dah pandai cemburu ya?” senyum Iqram tak henti – henti.

“Mana ada!” sangkal Jasmin. Iqram melepaskan genggaman tangannya. Dia berdiri kemudian merenung Jasmin. Dia melembutkan badannya. Meniru gaya Jasmin yang manja dan menggedik tadi.

“Min... cepatlah!... Iq tak sabar nak tengok pantai” Iqram melentokkan kepalanya di bahu Jasmin. Marah betul Jasmin!. Dia menolak tubuh Iqram supaya jauh darinya. Menyesal! Menyesal!!!!!!.. Jasmin terus berlari ke hadapan. Meninggalkan Iqram di belakang.

“Min!! Min!!” panggil Iqram. Jasmin tidak menoleh. Iqram berlari dan dia sudah pun berada beberapa langkah di belakang Jasmin.

“Mbekk!!!!! Mbekkkkk!!!!!” panggil Iqram. Jasmin tersenyum.

“Mbekkkkk..”

“Sayang!” jerit Jasmin.

“Ya mbekkkk mbekkkk” jawab Iqram.


“Saya sayang awak Encik Kambing” ketawa Jasmin. Iqram terus memegang lembut tangan Jasmin. Mereka berdua berjalan beriringan. Jasmin bahagia. Ya... sangat bahagia!!.


                               *********************

 Selepas makan malam, mereka berdua duduk di pangkin yang disediakan pihak resort.
Tiba – tiba hati Jasmin jadi sayu. Deru ombak membuatkan hatinya menjadi agak tersentuh. Lebih – lebih lagi apabila duduk bersebelahan dengan insan yang amat dia cintai.

“Awak tahu tak betapa deritanya saya sewaktu pergi jauh dari awak dulu, sayang?” Jasmin memandang Iqram. Tiada jawapan diterima. Iqram lebih mahu mendengar daripada berbicara.

“Saya rasa sayalah perempuan paling  malang. Setelah menggenggam cinta kita sekuat mungkin, dengan satu perkara sahaja semuanya terlerai. Saya rindukan senyuman awak, gelak tawa awak, sentuhan tangan awak di pipi saya dan ..”

“Apa sayang?” Iqram merenung jasmin.

“Kelembutan suara awak memanggil nama saya... itu yang paling membuatkan saya seperti mahu mati!. Awak takkan tinggalkan saya lagi kan?” soal Jasmin.

“Awak yang tinggalkan saya, Jasmin” jawab Iqram. Merenung jauh ke hadapan.

“Seksanya saya lebih dari apa yang pernah awak tahu. Mencari awak di serata tempat. Menggunakan segala macam cara.hinggakan satu saat saya tewas. Saya hanya ada satu jalan untuk menemui cinta saya semula.... solat menghadap tuhan yang menciptakan rasa cinta itu sendiri. Dengan rasa hina dan rendah diri saya memohon kepada Allah menemukan saya dengan wanita yang paling berhak di sisi saya...” Iqram diam. Seperti mengawal emosi.

“hanya Jasmin.. tiada yang lain di hati saya dari waktu saya bernafas hingga tiada  hak untuk saya meminta dariNya... ketika dia mengambil segala apa yang telah dipinjamkannya untuk saya. Awak juga satu pinjaman... pinjaman terindah buat saya. Pinjaman yang saya tak mungkin sentuh pada waktu lainnya. Hingga saya berdoa jika Jasmin wanita edisi terhadku... kau jadikanlah aku dan dia satu. Jika dia bukan untukku.. biarlah aku menyimpan manis cinta itu dan kau buangkanlah rasa manis antara aku dan dia di dalam jiwa dan hatinya kerana kemanisan itu akan membuatkan dia sengsara. Kesengsaraan itu jika benar untuk kami, biarkan saja aku yang menanggungnya. Biarlah Jasmin Yassin itu terus bahagia walaupun bukan untukku..” Iqram tunduk. Buat sekian kalinya, air mata lelakinya jatuh. Teringat kembali situasi dia sujud menghadap Allah.. meminta secebis kebahagiaan buat wanita yang dia cintai...membiarkan jasmin bahagia di atas tangisannya.

Jasmin menyentuh tangan Iqram.

“Tangan lelaki ini sahaja yang akan menyentuhku... dari detik ini hingga aku kehilangan nyawaku. Ini bukan janjiku kerana aku hanya secebis debu tetapi itu impianku. Jika lelaki ini sanggup sengsara kerana aku... biarlah aku juga sengsara untuknya... seterusnya mengail cinta bersama walau tidak pasti akhirnya... Min adalah untuk Iq... jika tidak.. Min tidak untuk sesiapa” Jasmin tersenyum . air matanya juga sudah mengalir. Iqram mengesat air mata Jasmin. Air matanya pula di kesat oleh Jasmin.

Mereka berdua membisu. Melontarkan pandangan jauh melihat ombak yang samar tetapi jelas kedengaran deruannya

“Jasmin binti Yassin..” Iqram bersuara. Jasmin menoleh.

Iqram membuka genggaman tangannya. Sebentuk cincin berlian terletak di atas telapak tanagnnya. Jasmin terkejut. Memandang wajah Iqram.

“Iq takkan tanya adakah Min sudi tetapi kerana Iq tahu akan jawapannya. Iq Cuma mahu berjanji... saat min menyarung cincin ini, semua rasa cinta dan tanggungjawab Iq adalah milik Min. Senyuman dan tangisan Min akan Iq sandarkan ke bahu Iq. Kesakitan Min akan Iq lempar jauh – jauh. Iq akan menjadi seorang suami yang mencintai isterinya sepenuh hati. Mencintai isterinya luar dan dalam. mencintai isterinya pada kelebihan dan kekurangannya. Mencintai isterinya sesempurna mungkin. Iq mahu Min jadi permaisuri dan bonda buat zuriat Iq. Mahu Min jadi peneman saat tawa dan duka Iq....menjadi pemilik Iq selain Allah.. pencipta rasa cinta ini”

Cincin berlian itu disarung ke jari manis Jasmin.

“Cantik... secantik cinta Iq” senyum Jasmin. Iqram menyentuh pipi Jasmin dan Jasmin ... terlentok manja.


8 comments:

  1. terharunya.. :')Btambah sayang kat DWET ni :D tak sabar nak tunggu diorang kahwin lak, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...
      jangan tak tunggu tau :)
      nak sampai ada anak ke idak????

      Delete
  2. iza jgn le ko letak konflik lagi..dah penat emosi saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah....
      jangan risau, pas ni, bab kesedaran diri oleh mereka yang sepatutnya.. seterusnya happy ending ya, kalam hihi :) dah nak abis pun citer ni ;)

      Delete
  3. pasti saya akan setia menunggu semua cerita akak.. ;) iya! nak nak nak.. hehehe

    ReplyDelete
  4. hai izzatul...
    terima kasih tau...
    nak?.. boleh... nanti akak bagi lg yek :)

    ReplyDelete
  5. Wow romantik sangat Jasmin dan Iqram ni wajib nikah nanti terbabas...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe....
      wajib.. wajib...
      akan dinikahkan jua ;)

      Delete