BAB 16.
Jasmin menunggu di luar butiknya. Tina dan Yaya akan
menjaga butik mereka sewaktu ketiadaannya. Memberi peluang pada Iqram dan
Jasmin meluangkan masa berdua bersama. Iqram akan membawa Jasmin bercuti di
Pulau Perhentian. Suka benar Jasmin sewaktu Iqram mengajaknya tempoh hari.
Iqram cuti pada hari itu. Dia mahu memberi sepenuh perhatian buat Jasmin yang
sudah lama tidak berasa bahagia. Zamri dan Rania sudah pun terbang ke Paris
untuk berbulan madu.
“Saya akan layan awak macam permaisuri, sayang”
senyum Iqram. Dia menghidupkan semula enjin kereta apabila sudah memasukkan beg
pakaian Jasmin ke dalam bonet.
“Kak kasma dan parents Iq kirim salam. Lepas kita
pulang dari percutian, kita bincang soal perkahwinan kita pula ya?” Iqram mencuit dagu Jasmin. Tiba – tiba Jasmin jadi
malu.
Iqram mula perasan. Dia memegang jari jemari Jasmin.
Sejuk dan menggeletar. Iqram ketawa kecil.
“Baru kena sentuh tangan dah menggeletar, sayang” usik
Iqram. Jasmin mencubit pipi Iqram. Mereka meneruskan perjalanan. Jasmin tidak
mampu lena, dia asyik menoleh berkali – kali. Mahu memandang wajah lelaki yang
dirinduinya. Iqram memandang Jasmin. Dia termalu dan berpura – pura menoleh ke
luar.
“Hmm.. kalau nak pandang tak payah malu – malu.
Pandanglah sayang” masih terus mengusik. Jasmin melentokkan kepalanya di bahu
Iqram.
“nampak sangat rindu dekat Iq” kata Iqram.
“Mestilah!” Jasmin menjawab tanpa memandang dan
masih terlentok di bahu Iqram.
“Sayang suka kita akan berkahwin?” soal Iqram.
Jasmin mengangguk.
“Iq suka kahwin dengan Min?” soal Jasmin. Iqram
menggeleng.
“Tak!” jawabnya selamba. Jasmin mengangkat
kepalanya. Dia mula merajuk. Iqram memberhentikan keretanya.
“Sayang saya ni pandai merajuk sekarang ni” Iqram
mengintai wajah Jasmin. Iqram menarik lembut tangan Jasmin. Dia ketawa. Suka
pula dia melihat Jasmin yang semakin manja dengannya.
“Kata tak mahu kahwin dengan Min” ujar jasmin.
Mencuri pandang mata Iqram.
“Iq nak kahwin dnegan Jay Yassiq. Penat tau, Iq dan
Zam fikir nama tu” kata Iqram. Jasmin terkejut. Rupa – rupanya selama ini Zamri
buat pakatan di luar pengetahuannya.
“Tak malu ke masukkan nama sendiri dalam nama
orang?” soal Jasmin.
“Suka hati Iq lah!. Itukan isteri Iq” kata Iqram.
“Siapa isteri Iq” Jasmin menjeling.
“Jay Yassiq yang tersalah pergi kenduri kahwin.
Orang lain tunggu pengantin bersanding baru pulang, tapi Jay Yassiq tu nak lari
pula masa pengantin nak bersanding. Padan muka dia kena marah dengan pengantin
tak sedar diri tu” perli Iqram. Jasmin ketawa. Dipukul – pukulnya lengan Iqram.
“Hmmm... pukul pun dah tak berapa sakit. Baguslah!”
Iqram ketawa. Jasmin turut sama ketawa.
“Nak kena cangkul?”
“Ish.. janganlah.. bagilah saya tengok macam mana
rupa anak saya” usik Iqram.
“Siapa nak kahwin dengan Iq?” jeling Jasmin. Dia
mengintai muka Iqram.
“Siapa cakap nak kahwin dengan Min?” soal Iqram
lagi.
“Habis yang bawa anak dara orang jauh – jauh ni
kenapa?” soal Jasmin.
“Habis yang ikut anak bujang orang bujang jauh –
jauh kenapa?” soal Iqram pula.
“Iq!!!!!” jerit Jasmin. Iqram memberhentikan
keretanya.
“Kenapa sayang?...” Iqram memegang pipi Jasmin. Dua
– dua terdiam.
Serta merta wajah Jasmin kemerah – merahan. Iqram
ketawa. Menampar lembut pipi Jasmin.
“Iq cintakan Min” ucap Iqram. Jasmin senyum. dia
mengambil bekas cd di hadapannya. Membukanya dan terus menutup wajahnya.
“kenapa?” soal Iqram.
“malulah... tak biasa” gurau Jasmin. Iqram ketawa
lagi. Dihidupkan enjin kereta dan dia meneruskan perjalanan.
Mereka tiba di resort yang telah ditempah oleh
Iqram. Resort mereka diselangi empat
buah rumah. Iqram menghantar Jasmin ke rumahnya.
“kalau rindukan saya... ketuk botol ya” kata Iqram.
“Kalau awak rindukan saya?” soal Jasmin pula. Dia
membuka kunci pintu di hadapannya.
“Ketuk saja rumah awak, sayang” jawab Iqram
“. Alah... awak mesti rindu pada saya dulu” cebik
Jasmin.
“Ya la... rehat dulu. Lepas Asar kita jalan – jalan
ya?” senyum Iqram.
“Kalau penat?” duga Jasmin. Iqram senyum agak lama
sebelum menjawabnya.
“Saya dukung dari hujung tu sampai sini” jawabnya
dengan nada yang berlagak. Jasmin menjeling dan terus menutup pintu.
******************************
Jasmin hanya berehat buat beberapa ketika sahaja.
Dia mengintai ke luar. Matanya terpandangkan Iqram yang sedang berbual dengan
seorang wanita. Jasmin ingin tahu jadi dia mengambil keputusan untuk mendekati
mereka berdua.
“Hei sayang... “ senyum Iqram. Jasmin mendekati
Iqram. Memandang wanita yang berambut ikal dan bertahi lalat di bawah bibir.
“Ini kawan sekolah Iq dulu. Tak sangka boleh bertemu
di sini” beritahu Iqram.
“Saya Marlia” dia memperkenalkan diri. Jasmin juga
memperkenalkan dirinya. Pario biru muda yang dipakai menampakkan seri pada
kulit Marlia.
“Awak untung tau... saya rugi sebab putus dengan dia
dulu” Marlia mengenyit mata.
“Untungnya saya” jawab Jasmin. Senyum terpaksa. Iqram
mendekatkan bibirnya ke telinga Jasmin.
“Saya terasa ada bau – bau kecemburuan di sini”
Jasmin pergi meninggalkan mereka berdua. Sakit pula
hatinya. Tak perlulah dikenang kisah lama. Iqram milik aku bukannya dia. Tak
suka!!!.. Jasmin menjeling. Dia menoleh ke belakang. Iqram masih lagi berbual
dengan Marlia. Dia teringatkan pesan Tina.
“kak Min.. kalau gedik tu boleh selamatkan hubungan,
gedik saja. Lagipun Abang Iq mesti suka Kak Min gedik.” Pesan Tina sebelum dia keluar
dari rumah. Tidak pasti mengapa Tina berpesan begitu tapi Jasmin rasa sudah
tiba masanya dia cuba menjaga kepentingannya sendiri. Dia menggenggam jari
jemarinya. Menarik nafas dalam – dalam kemudian mengatur langkah berpusing
menghampiri Iqram.
“Sayang... cepatlah! Min dah tak tahan tengok laut
ni, sayang” rengek Jasmin. Iqram menelan air liur. Keningnya berkerut. Dah
macam Farisha pula gaya Jasmin ni.. fikir Iqram. Marlia memandang Iqram. Jasmin
memeluk lengan Iqram. Dilentokkan kepalanya di bahu Iqram.
“Kita jumpa nanti sajalah!. Suami dan anak i dah
tunggu tu. Bye Iq. Bye Jasmin” Marlia terus pergi. Jasmin melepaskan tangannya.
Malu!. Ternyata nasihat Tina belum boleh dipakai lagi. Iqram ketawa. Memandang
Jasmin yang termalu di sebelahnya. Iqram terus memegang tangan Jasmin.
Menggenggam erat jari jemari Jasmin.
“Sayang... awak ni dah pandai cemburu ya?” senyum
Iqram tak henti – henti.
“Mana ada!” sangkal Jasmin. Iqram melepaskan
genggaman tangannya. Dia berdiri kemudian merenung Jasmin. Dia melembutkan
badannya. Meniru gaya Jasmin yang manja dan menggedik tadi.
“Min... cepatlah!... Iq tak sabar nak tengok pantai”
Iqram melentokkan kepalanya di bahu Jasmin. Marah betul Jasmin!. Dia menolak
tubuh Iqram supaya jauh darinya. Menyesal! Menyesal!!!!!!.. Jasmin terus
berlari ke hadapan. Meninggalkan Iqram di belakang.
“Min!! Min!!” panggil Iqram. Jasmin tidak menoleh.
Iqram berlari dan dia sudah pun berada beberapa langkah di belakang Jasmin.
“Mbekk!!!!! Mbekkkkk!!!!!” panggil Iqram. Jasmin
tersenyum.
“Mbekkkkk..”
“Sayang!” jerit Jasmin.
“Ya mbekkkk mbekkkk” jawab Iqram.
“Saya sayang awak Encik Kambing” ketawa Jasmin.
Iqram terus memegang lembut tangan Jasmin. Mereka berdua berjalan beriringan.
Jasmin bahagia. Ya... sangat bahagia!!.
*********************
Selepas makan
malam, mereka berdua duduk di pangkin yang disediakan pihak resort.
Tiba – tiba hati Jasmin jadi sayu. Deru ombak
membuatkan hatinya menjadi agak tersentuh. Lebih – lebih lagi apabila duduk
bersebelahan dengan insan yang amat dia cintai.
“Awak tahu tak betapa deritanya saya sewaktu pergi
jauh dari awak dulu, sayang?” Jasmin memandang Iqram. Tiada jawapan diterima.
Iqram lebih mahu mendengar daripada berbicara.
“Saya rasa sayalah perempuan paling malang. Setelah menggenggam cinta kita sekuat
mungkin, dengan satu perkara sahaja semuanya terlerai. Saya rindukan senyuman
awak, gelak tawa awak, sentuhan tangan awak di pipi saya dan ..”
“Apa sayang?” Iqram merenung jasmin.
“Kelembutan suara awak memanggil nama saya... itu
yang paling membuatkan saya seperti mahu mati!. Awak takkan tinggalkan saya
lagi kan?” soal Jasmin.
“Awak yang tinggalkan saya, Jasmin” jawab Iqram. Merenung
jauh ke hadapan.
“Seksanya saya lebih dari apa yang pernah awak tahu.
Mencari awak di serata tempat. Menggunakan segala macam cara.hinggakan satu
saat saya tewas. Saya hanya ada satu jalan untuk menemui cinta saya semula....
solat menghadap tuhan yang menciptakan rasa cinta itu sendiri. Dengan rasa hina
dan rendah diri saya memohon kepada Allah menemukan saya dengan wanita yang
paling berhak di sisi saya...” Iqram diam. Seperti mengawal emosi.
“hanya Jasmin.. tiada yang lain di hati saya dari
waktu saya bernafas hingga tiada hak
untuk saya meminta dariNya... ketika dia mengambil segala apa yang telah
dipinjamkannya untuk saya. Awak juga satu pinjaman... pinjaman terindah buat
saya. Pinjaman yang saya tak mungkin sentuh pada waktu lainnya. Hingga saya
berdoa jika Jasmin wanita edisi terhadku... kau jadikanlah aku dan dia satu.
Jika dia bukan untukku.. biarlah aku menyimpan manis cinta itu dan kau
buangkanlah rasa manis antara aku dan dia di dalam jiwa dan hatinya kerana
kemanisan itu akan membuatkan dia sengsara. Kesengsaraan itu jika benar untuk
kami, biarkan saja aku yang menanggungnya. Biarlah Jasmin Yassin itu terus
bahagia walaupun bukan untukku..” Iqram tunduk. Buat sekian kalinya, air mata
lelakinya jatuh. Teringat kembali situasi dia sujud menghadap Allah.. meminta
secebis kebahagiaan buat wanita yang dia cintai...membiarkan jasmin bahagia di
atas tangisannya.
Jasmin menyentuh tangan Iqram.
“Tangan lelaki ini sahaja yang akan menyentuhku...
dari detik ini hingga aku kehilangan nyawaku. Ini bukan janjiku kerana aku
hanya secebis debu tetapi itu impianku. Jika lelaki ini sanggup sengsara kerana
aku... biarlah aku juga sengsara untuknya... seterusnya mengail cinta bersama
walau tidak pasti akhirnya... Min adalah untuk Iq... jika tidak.. Min tidak
untuk sesiapa” Jasmin tersenyum . air matanya juga sudah mengalir. Iqram
mengesat air mata Jasmin. Air matanya pula di kesat oleh Jasmin.
Mereka berdua membisu. Melontarkan pandangan jauh
melihat ombak yang samar tetapi jelas kedengaran deruannya
“Jasmin binti Yassin..” Iqram bersuara. Jasmin menoleh.
Iqram membuka genggaman tangannya. Sebentuk cincin
berlian terletak di atas telapak tanagnnya. Jasmin terkejut. Memandang wajah
Iqram.
“Iq takkan tanya adakah Min sudi tetapi kerana Iq
tahu akan jawapannya. Iq Cuma mahu berjanji... saat min menyarung cincin ini,
semua rasa cinta dan tanggungjawab Iq adalah milik Min. Senyuman dan tangisan
Min akan Iq sandarkan ke bahu Iq. Kesakitan Min akan Iq lempar jauh – jauh. Iq
akan menjadi seorang suami yang mencintai isterinya sepenuh hati. Mencintai isterinya
luar dan dalam. mencintai isterinya pada kelebihan dan kekurangannya. Mencintai
isterinya sesempurna mungkin. Iq mahu Min jadi permaisuri dan bonda buat zuriat
Iq. Mahu Min jadi peneman saat tawa dan duka Iq....menjadi pemilik Iq selain
Allah.. pencipta rasa cinta ini”
Cincin berlian itu disarung ke jari manis Jasmin.
“Cantik... secantik cinta Iq” senyum Jasmin. Iqram
menyentuh pipi Jasmin dan Jasmin ... terlentok manja.

terharunya.. :')Btambah sayang kat DWET ni :D tak sabar nak tunggu diorang kahwin lak, hehehe.
ReplyDeletehehehe...
Deletejangan tak tunggu tau :)
nak sampai ada anak ke idak????
iza jgn le ko letak konflik lagi..dah penat emosi saya ni...
ReplyDeletehahahah....
Deletejangan risau, pas ni, bab kesedaran diri oleh mereka yang sepatutnya.. seterusnya happy ending ya, kalam hihi :) dah nak abis pun citer ni ;)
pasti saya akan setia menunggu semua cerita akak.. ;) iya! nak nak nak.. hehehe
ReplyDeletehai izzatul...
ReplyDeleteterima kasih tau...
nak?.. boleh... nanti akak bagi lg yek :)
Wow romantik sangat Jasmin dan Iqram ni wajib nikah nanti terbabas...heheh
ReplyDeletehehehehhe....
Deletewajib.. wajib...
akan dinikahkan jua ;)