Friday, 8 February 2013

SERI CINTA DARI SARAWAK - bab 10


BAB 10

Fuad menelek – nelek wajahnya di hadapan cermin. Rambutnya disentuh dan diubah gayanya. Fuad kemudiannya mencebik.

“Tak kacaklah... macam mana nak tahu Si Seri tu suka rambut macam mana?” soal fuad sendiri. Dia cuba untuk menelefon Seri tetapi hasratnya dibatalkan. Tak macholah.... fikirnya lagi. Siti Sulaiha dan Zalina yang sedang menunggu abangnya di bawah terjerit – jerit memanggil Fuad.

“Cepatlah abang!!! Kata nak belanja makan ni!” Zalina naik ke atas.

“Hish.. sibuk sajalah. Selama ini pun abang yang belanja kamu berdua makan. Itu pun nak kecoh” jeling Fuad. Siti Sulaiha yang baru saja naik ke atas memandang sikat di tangan Fuad.

“Ala... tak payah nak kacak – kacak sangatlah abang oi.. perut kami ni tak kisah pun abang tu botak ke apa!” rungut Siti Sulaiha. Fuad cepat – cepat menyikat rambutnya. Dia terus keluar dari rumah bersama adik kembarnya.

“Kita nak makan di mana?” soal Zalina tersengih – sengih.

“Tak awal sangat ke bang?. Baru pukul 9 pagi ni?” Siti Sulaiha memandang wajah Fuad yang hanya buat selamba.

“tempat ni jauh, bila dah sampai nanti tepat – tepat saja waktu makan tengahari” jawab Fuad. Kereta mereka bergerak.

“Kalau nak makan saja – saja kenapa suruh kami pakai baju kurung?” Zalina semakin pelik. Tiada jawapan yang keluar dari mulut Fuad. Siti Sulaiha menoleh ke belakang dan Zalina hanya menjungkitkan bahunya.

Setelah agak lama Siti Sulaiha menyedari sesuatu.

“Macam jalan nak ke Port Dickson saja, bang?” Siti Sulaiha dan Zalina memandang Fuad dengan pandangan yang tajam.

“Hahhahaha... memang pun!” gelak Fuad.

“Habis, yang suruh pakai baju kurung ni kenapa?. Ada ke orang mandi pakai baju kurung?” geram Siti Sulaiha.

“Sebab tak nak bagi korang mandilah, abang suruh pakai baju kurung” sengih Fuad. Zalina dan Siti Sulaiha memukul – mukul lengan Fuad.

“Hei... nanti abang tinggalkan dekat sini baru korang tahu. Korang tuuu....kalau dah mandi nanti macam dugong dapat air tau tak!. Penat abang tejerit -jerit macam orang gila cari korang sana sini” jawab Fuad. Yang pastinya, adik kembarnya sudah merajuk.

Fuad tersenyum lebar memandang Seri dan rakan – rakannya yang sedang duduk lepak di bawah pokok. Nampaknya Lya dan Jannah sudah bersedia untuk bermandi manda.

“Fuh....fuh...fuh..adeh tercekik aku!” ejek Lya. Fuad hanya gelak besar.

“Dah tahu nak tercekik, janganlah bawa Qai sayang kau tuuuuu” sengaja Fuad memuncungkan bibirnya ke arah Qai yang sedang berlari membawa pelampung.

“Apa barang berenang pakai pelampung. Tak ganas langsung!” kutuk Fuad. Lya sakit benar mendengarnya. Qai bersalaman dengan Fuad.

“Kau pun terjebak ke Qai?. Dia usung kau ke sana ke mari?” soal Fuad sambil matanya mengerling memandang Lya.

“Dia takut mati kerinduan kalau tak jumpa aku, Fuad” jawab Qai dan mereka berdua bantai gelak.

“Awak mainlah pelampung tu sorang – sorang. Mari jannah” Lya terus menarik tangan Jannah. Qai menepuk dahi.

“Aduhai... kau lah ni Fuad!” Qai ketawa dan terus pergi mendapatkan buah hatinya. Fuad senyum dan cuba mendapatkan Seri yang sedang menuangkan air buatnya. Matanya tertumpu kepada Doktor Irsyad yang sedang berbual mesra dengan Irna.

“Ini program berdating secara berkumpulan ke?” soal Fuad. Seri mengangguk.

“Tapi kita tak boleh datinglah” Fuad mencebik.

“Kenapa pula?” Seri pelik. Fuad memuncungkan mulutnya kea rah Siti Sulaiha dan Zalina yang duduk di hujung tikar dengan muka yang mencuka.

“Kenapa adik akak muram saja ni?” soal Seri.

“Ni ha.... kekasih akak ni. Dia tak kata pun nak mandi kat PD. Dia suruh kami pakai baju kurung. Kalaulah tahu dah lama kami letak.....eh! Siti, ingat tak kita pernah letak baju kat bonet belakang masa abang tak jadi nak bawa kita ke Sunway Lagoon?.” Zalina menepuk – nepuk paha Siti Sulaiha.

“A’ahhh... baru ingat, baju biru aku tu dalam tu rupanya. Puas aku cari” Zalina dan Siti Sulaiha terus merampas kunci kereta dari tangan Fuad. Mereka bersorak sakan. Fuad hanya mampu mengeluh.

“kenapa zalim sangat?” soal Seri sambil menghulurkan air kepada Fuad.

“Hmmm... tengok sajalah nanti”

Fuad meneguk air teh itu dan matanya membulat. Dipandangnya air teh yang masih banyak di dalam cawan.

“Teh ni guna air laut ke?” soal Fuad. Seri mengambilnya dan meneguknya sedikit. Cepat – cepat Putih mencari air kosong.

“Irna yang buat tadi. Ni mesti tersalah ambil sebab tak sabar nak jumpa Irsyad ni” senyum Seri. Fuad menggeleng kepala.

“Jom kita mandi” ajak Fuad.

“Tak mahu” senyum Seri.

“Nak tengok gak awak mandi heheheh” senyuman meleret di wajah Fuad itu membuatkan Seri tergelak besar.

“Bye abang!!!!!!!” jerit Zalina dan Siti Sulaiha yang sudah pun berlari melepasinya.

“Nampak tu!” Fuad menepuk dahi. Siti Sulaiha dan Zalina dah macam orang tak pernah jumpa air. Seri menepuk bahu Fuad.

“Jom!” ajak Seri.

“Mari sayangku... walaupun tidak dapat mandi di rumah kita itu namun aku gembira kerana dapat mandi bersamamu di dalam lautan cinta ini” Fuad mengenyit mata. Seri ketawa dan terus berlari meninggalkan Fuad.

“Tungguuuu sayangkuuuuu” jerit Fuad. Beberapa mata yang memandang hanya tersenyum dan ada juga yang menggeleng kepala apabila melihat Fuad yang berlari secara slow motion!.

Irna tidak dapat mengawal bibirnya dari asyik tersenyum. Irsyad ketawa. Dia mengintai wajah kesayangannya.

“Tahu tak apa yang membuatkan saya tertarik pada Irna selain senyuman Irna yang manis ni?” soal Doktor Irsyad. Irna menggeleng kepala. Masih tidak mahu menentang mata Doktor Irsyad.

“Sifat pemalu yang ada diri awak” Doktor Irsyad berkata jujur.

“Saya seperti yang lain juga. Tiada beza” jawab Irna. Sesekali memandang mata Irsyad yang dari tadi hanya terpaku memandangnya.

“Hanya saya yang tahu apa lainnya awak dari mereka yang lain. Kematangan awak menyerlahkan lagi keperibadian seorang wanita yang saya idam – idamkan”

“Tak sangka seorang lelaki yang pandai bermain dengan pisau bedah pandai juga bermain dengan kata – kata” kata Irna.

“Tidak perlu jadi sasterawan atau ahli seni hanya untuk menerangkan isi hati, Irna”

Perghhh.... hati Irna kembang kuncup. Kalaulah boleh dia melompat dan terjerit – jerit, sudah pasti dia akan melakukan itu.

“Saya mahu melamar awak!” kata Doktor Irsyad spontan. Kali ini Irna seperti tidak cukup nafas. Matahari sudah menjadi bulan padanya, langit yang biru berubah menjadi warna pelangi. Lidahnya kelu tidak mampu untu berkata.

“Sudikah awak Irna?” soal Doktor Irsyad lagi. Masih tiada jawapan, yang ada hanya senyuman manis.

“Ala.. dia setuju lah tuuuuu” tiba – tiba terdengar Diela menyampuk. Irna memerhati sekeliling. Matanya terbeliak apabila melihat Diela dan Tina sibuk mencari ketam yang tidak mungkin ada di situ.

“Kau buat apa ni???” soal Irna. Mukanya merah padam. Doktor Irsyad menekup mukanya dan hanya tergelak kecil.

“Kita skodeng ketam kak! Diela yang ajak” jujur Tina dengan muka yang tidak bersalah.

“Dia bukan ajak skodeng ketam tapi dia ajak skodeng akak” geram Irna.

“Hek eleh.. kak kalam, tak perlu menjadi pencari ketam untuk mencari ketam” kata Diela.

“Dan Kak.. tak perlu berdiam diri jika menerima lamaran kerana berdiam itu membawa maknanya berbeza. Kalau kak kalam tak nak, kami nak juga” gelak Tina dan terus berlari bersama – sama Diela. Tidak semena- mena, kaki Diela tersadung. Dia jatuh tertiarap dan Tina yang juga hampir dengannya turut tertiarap sama. Doktor Irsyad dan Irna bantai gelak. Puas hati aku!!!!.. sengih Irna.

Seri Ayu hanya mahu bersiar – siar sahaja. Bermandi – manda bukanlah kegemarannya. Sedang dia leka memerhatikan gelagat Lya yang berenang sambil ketawa melihat gelagat Qai itu, dia di hampiri seorang lelaki yang tinggi orangnya. Senyuman lelaki itu tadi dibalas dengan senyuman manis. Lelaki itu duduk di sebelahnya walaupun agak jauh jaraknya.

“Tak mandi?” soalnya.

“Tak. Datang Cuma teman kawan – kawan serumah” senyum Seri Ayu.

“Awak?” soal Seri Ayu.

“Dah hari – hari tengok, kadangkala jemu pula” jawab lelaki itu tanpa emmandang wajah Seri Ayu.

“Ooo.. tinggal di sini?”

“Ya.. saya usahakan resort saya di sana tu” tunjuk lelaki itu.

“nak saya panggil awak saja ke? agaknya nama awak mahal harganya sampai tak boleh beritahu saya” usik Seri Ayu.

“Nama saya Bond... James Bond!” katanya selamba. Seri Ayu ketawa.

“James Bond tak pakai seluar Hawaii macam ni” perli Seri Ayu.

“Nama saya Izhar... cik Seri Ayu” senyum Izhar. Seri Ayu terkejut.  Dahinya berkerut.

“Kalau tak nak orang tahu nama, lain kali janganlah pakai jersi yang tulis nama sendiri. Tulis je nama mak andeh ke, tipah tupai ke..” perli Izhar. Seri Ayu ketawa. Dia berbual mesra dengan Izhar. Entah mengapa, dia senang sekali dengan Izahr yang penuh dengan humor itu. Dia selesa kerana lelaki itu tidak pernah menyentuh hal peribadinya dengan bertanyakan itu dan ini..


“Alamak... kaki kejang!! Kaki kejang!!!” Fuad berpura – pura sakit. Seri kelam kabut. Dia sudah tidak tentu hala.

“Macam mana nak buat ni?” soalnya. Mukanya sudah merah. Seperti mahu menangis pun ada.

“Arghhhhhh.. sakitnya” beriya – iya Fuad berlakon. Lya, Qai, Rynieta dan Adahlah yang berada di situ terus menghampiri Fuad yang sedang duduk di tepi pantai. Zalina dan Siti Sulaiha mencebik.

“Abang tu mengada – ngada. Kesian kak Seri” kata Zalina.

“Memang!” jawab Siti Sulaiha.

Qai dan yang lain mendapatkan Fuad dan cuba memegang kakinya. Fuad sempat mengenyit mata ke arah Qai. Dengan senyuman tanda faham, Qai melepaskan kaki Fuad.

“Kejang ni nak buat macam man?” Seri benar – benar risaukan Fuad.

“Kakiku kejang kerana melihat kejelitaanmu, sayangku” Fuad senyum gatal sambil mengenyit mata. Seri naik angin. Bukan Seri sahaja maah yang lain juga begitu melainkan Qai yang sudah tahu lebih awal. Apalagi, Lya, Seri, Rynieta dan Adahlan terus mengambil pasir dan ditonyohnya Fuad dengan geram. Seri menoyoh pasir ke muka Fuad dengan mata yang tajam. Terjerit – jerit Fuad mengelak tetapi apala dayanya.. walaupun hanya wanita, kalau dah berlima kalah juga dia akhirnya. Siti Sulaiha dan Zalina ketawa berdekah – dekah.

“Padan muka abang!!!!!!” jerit mereka berdua. Fuad monyok kerana ditinggalkan sendirian di ditu..

3 comments:

  1. haaipp kutuk kita ye kata kita x pandai buat air..sob..sob..sob..huk..huk..huk..smpai hati bukan sebab Dr Irsyad lah,sebab masa kita buat air tu x pakai spec hehehe mana nak nmpk gula dgn garam...pandai jer huhuhu..cinta sgt ker Irsyad tu pada Irna..pandai awak cari yer Ir dgn IR hehee.....saaayaang awak...muah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mestilah Irsyad sayang sangat sampaikan nanti cinta korang berdua jadi inspirasi tau...
      suka lah tuu .. :)
      sejujurnya awak adalah antara pembaca yang saya nantikan untuk memberi komen. x kisahlah kritikan atau kata2 semangat seperti hari ini.. sayang Irna!!!

      Delete
    2. alah malulah kita awak ckp mcm tu...hehehe ramai lagi pembaca mcm saya ni yg suka dgn karya awak mcm babymio dll....cumanya mereka x active nak post komen mcm saya. tapi mereka tetap menyukai karya awak...seee awak dah ada die hard fan hehehe....peace yoooo...

      Delete