BAB 16
Putih membuka pintu bilik Tengku Khairudin. Niatnya mahu
berbual dengan Tengku Khairudin kerana bosan duduk di ruang tamu sendirian
malam – malam begini. Shey Imm pulang ke rumah ibunya. Tengku Khairudin sudah
pun tertidur dengan majalah di tangannya. Putih berhati – hati mendekati Tengku
Khairudin. Dia mengambil majalah itu dan meletakkannya di atas meja sisi. Wajah
Tengku Khairudin di renung. Senyuman mula terukir... dia memegang tangan Tengku
Khairudin dan terus baring di sebelahnya. Mata Putih masih tidak mahu
melepaskan pandangannya ke wajah lelaki miliknya itu. Dia perlahan – lahan
baring di sebelah tengku Khairudin yang masih tidak sedar apa – apa. Tangan
Tengku Khairudin dipeluknya hingga dia pun terlena. Tengku Khairudin yang
sebetulnya masih belum terlena itu membuka matanya setelah benar – benar
memastikan Putih sudah tertidur. Dia menoleh ke sisi. Putih yang sedang lena
dengan rambut yang terlepas bebas itu membuatkan hati Tengku Khairudin luluh.
Memang sangat kelihatan Putih terlalu berusaha untuk mencintainya. Untuk
apa?... hanya Putih yang tahu. Tengku Khairudin melurut rambut Putih. Perlahan
– lahan dia bangun dan menyelimuti Putih.
“Selamat malam, sayang” Tengku Khairudin mengucup dahi Putih
dan dia terus membawa bantal dan toto yang diambilnya dari dalam almari keluar
ke ruang tamu. Biarlah Putih lena di situ. Dia yakin, apabila Putih bangun
nanti sudah pasti dia akan terkejut besar apabila menyedari dia berada di dalam
bilik tidur Tengku Khairudin walaupun dia yang masuk dengan kerelaan hatinya
sendiri.
****************
Maya duduk di ruang tamu menunggu Putih turun. Sebaik sahaja
melihat wajah Putih, Maya sudah pun menangis tersedu – sedan. Putih sedikit
kehairanan. Dia tersenyum memandang Maya. Pipi Maya disentuh.
“Kak...” Maya sudah pun meraung. Daripada pandangan Putih tadi
dia sedar Putih juga tidak mengenalinya. Putih sedikit terpinga – pinga.
“Ada kematian ke?. Adik ni siapa?’ soal Putih. Maya melepaskan
pelukannya. Dia mengesat air mata yang masih lagi mengalir.
“Ini Maya. Kak”
“Maya?”
“Hmm.. Mayo!” Tengku Khairudin mencelah. Putih mengangguk dan
memeluk Maya walaupun masih tidak berapa cam akan adik tirinya itu. Timbul
kejanggalan pada Putih. Selepas berbual agak lama, Maya pulang dengan
memandangTengku Khairudin dengan wajah yang sayu.
Tengku Khiaruidin hanya termenung di pejabat. Selepas
mesyuarat tadi Eddy perasan akan kemuraman pada wajah Tengku Khairudin. Eddy
masuk ke dalam bilik tengku Khairudin.
“Sudah tiga bulan. Keadaannya masih begitu” luah Tengku
Khairudin tanpa dipinta.
“Mungkin kita perlu mula dari asal” eddy bersungguh – sungguh.
“mula dari asal?’ soal Tengku Khairudin.
“Ya... mula semula perbalahan antara selipar dengan bawang....
mana tahu semuanya akan membantu” tambah Eddy.
“Nak suruh dia kerja di sini?”
“Boleh kan asalkan dia tak ganggu urusan kerja. Lagipun dia
Cuma hilang ingatan, bukannya gila..” jeling Eddy. Tengku Khairudin mengangguk –
angguk setuju.
“Maknanya, dia perlu tinggalkan rumah ni?” soal Tengku
Khairudin lagi.
“ya.. kalau tidak mengembalikan siapa putih yang dahulu pun
sekurang – kurangnya bos boleh buat dia jatuh cinta dengan lelaki yang baru
walaupun hakikatnya lelaki itu adalah orang yang sama pernah bertakhta di
hatinya dulu” penjelasan Eddy itu membuatkan Tengku Khairudin sedikit yakin.
Dia perlu ke rumah Loma.
“Apa?!!!!. Tengku nak
saya tinggal dengan dia semula?” soalan Loma itu membuatkan Tengku Khairudin
mengeluh.
“nanti dia dera saya.. dia kan ingat saya orang gaji Maya!”
mata Loma membulat.
“Tolonglah makcik!. Saya akan beri apa sahaja yang makcik
minta” Tengku Khairudin mula memujuk.
“Lagipun ini memang rumah dia kan ibu” Maya pula menyampuk.
“Betul kamu boleh beri yang aku mahu?” soal Loma sambil
mengangkat kening. Dia mahukan kepastian. Tengku Khairudin mengangguk.
Loma tersenyum sambil memandang jauh ke hadapan...
********************
“kenapa pula aku kena pindah?” soal Putih. Dia masih tidak
mahu masuk ke dalam rumah lamanya.
“Kau kan anggap aku bukan siapa – siapa . Jadi buat sementara
waktu ni kita tenangkan fikiran masing – masing” pujuk Tengku Khairudin. Entah
mengapa, hati Putih menjadi lembut. Dia mengikut sahaja apa yang Tengku
Khairudin katakan.
“Jangan lupa pergi kerja esok. Dah lama sangat kau cuti” pesan
tengku Khairudin.
Putih memandang tengku Khairudin yang pergi meninggalkannya.
“Kata suami isteri tapi kenapa pula ditinggal – tinggalkan”
rungut Putih. Dia masuk ke dalam rumah bersama – sama Maya. Dia melihat kembali
album gambar lamanya. Walaupun masih belum mampu mengingatinya tetapi album
lama itu mampu membuatkan Putih tersenyum.
************
Dia bergegas turun ke bawah. Apabila melihat Loma sedang sibuk
membaca suratkhabar, Putih menjadi sedikit hairan apabila melihat bibik joey pula
yang melakukan kerja – kerja rumah. Putih menghampiri bibik Joey.
“Makcik kenapa buat semua kerja ni?. Suruhlah orang gaji tu
yang buat” kata Putih. Bibik joey tercengang – cengang.
“Saya enggak bisa. Saya ini Cuma pembantunya saja” senyum
Bibik Joey.
“Tanter... itu kerja dia” kata Putih. Miza sedikit
terperanjat. Dahulu memang Putih suka mamanggil Loma dengan panggilan Tanter...
“Bibik Loma, kenapa biar Tanter saya ni buat kerja?’ soal
Putih. Loma mengeluh. Cukup sebulan, mati aku duduk kat sini. Tak sanggup
aku!.. bebel Loma sendirian.
“Dah.. tanter pergi rehat. Kita sarapan bersama ya” senyum
Putih. Bibik Joey yang sememangnya tidak senang dengan sikap Loma yang selalu
memarahinya tersengih – sengih. Dia juga perlu mengambil kesempatan. Padan muka
kau, Loma!.
Dengan muka masam mencuka, Loma mengemop lantai. Mulutnya
membebel tidak henti – henti hinggalah Maya menghantar Putih ke pejabat tengku
Khairudin.
“Amboi – amboi... bukan main sengih lagi kau tadi ye.... yang
kau dengar kata budak sewel tu kenapa?’ Loma mencubit pinggang Bibik Joey
hingga menggelesat pembantu rumahnya itu dibuatnya.
Putih membuka pintu pejabat. Jasnita dan yang lain memandang
Putih. Ada yang gembira dan ada juga yang resah. Jasnita tahu dia dan Putih
akan terus menjadi seteru. Putih duduk di tempat lamanya. Dia memegang meja dan
komputer di hadapannya. Eddy dan Shey Imm menghampiri.
“Kenapa?”
“Macam pernah rasa..” dahi Putih berkerut.
“Inilah tempat duduk kau dulu” senyum Shey Imm. Putih
mengangguk. Tengku Khairudin keluar dari biliknya. Dia terus meletakkan
beberapa dokumen untuk Putih taip.
“Saya nak sekarang” kata tengku khairudin.
“mana boleh sekarang... saya baru sampai” lawan Putih. Eddy
mengangkat kening sebaik sahaja Tengku khairudin memandangnya.
“Aku tak kira.. kau buat juga bawang!!!” kata Tengku khairudin
dan terus melangkah ke pantry. Putih naik angin. Dia menaip kesemua dokumen
yang diperlukan. Setelah siap, dia masuk ke dalam bilik tengku khairudin. Mata
tengku Khairudin membulat. Dia masih suka buat benda – benda konon – kononnya
comel ni... bisik hati kecil tengku khairudin.
“Ni... smileys ni! Ingat nak buat iklan syampoo rambut baby
ke?. Ini syarikat hartanah tahu tak!” tengku Khairudin mencampak dokumen itu di
hadapan Putih.
“Amboi mak aih.. kau ni gila ke apa?. Hari tu bukan main baik
kau dengan aku ya!. Kau suamilah..aku isterilah.. sekarang kau layan aku macam
hamba abdi” bebel Putih. Dia berdiri sambil menentang mata tengku khairudin.
Bertentangan mata agak lama...
“Keluar” arah tengku Khairudin. Dia tidak mahu tewas. Dia
rindukan mata dan renungan itu.
“Tak nak!” bantah Putih.
“Hek eleh.. suruh
keluar tak nak!” marah tengku Khairudin.
Putih berpeluk tubuh. Jelingannya yang tajam itu membuatkan
tengku Khairudin tahu Putih benar – benar marah. Untuk mengelakkan situasi itu
menjadi lebih teruk, Tengku Khairudin melangkah keluar dari biliknya sendiri.
Belum sempat Tengku Khairudin membuka pintu dan keluar dari pejabat, Putih
sudah pun memanggilnya dengan suara yang kasar.
“Tak naklah kerja kat sini. Baik aku duduk rumah macam dulu”
kata Putih. Tengku Khairudin berpaling.
“Amboi..amboiii... sedapnya kau nak duduk rumah!. Kau tahu tak
yang kau ada hutang dengan syarikat?.” Kata Tengku khairudin. Semua
terperanjat. Lebih – lebih lagi Putih.
“Hutang apa?” Putih melangkah menghampiri Tengku Khairudin.
“Hmm... hmmm.. ha! Hari tu kau ada hutang dengan ceti sebab
nak bayar apa pun aku tak tahu. Ceti cari kau sampai ke sini, jadi untuk tidak
memalukan syarikat, aku setuju nak bagi pinjam duit. Kau janji nak bayar tapi
kau accident pula. Patutnya aku tak payah bayar gaji kau tapi tak apa.. aku
potong sikit – sikit. Tak kenang budi punya budak. Kalau tidak tu! Tu!.. lengan
kau tu dah kena cantas dah!. Berhutang tahu, bayar tak tahu!!” balas Tengku
Khairudin.
Putih terpinga – pinga. Macam tak boleh terima dek akal yang
dia berhutang beribu – ribu dengan ceti. Eddy menekup mulutnya menahan gelak.
Shey Imm pula sudah pening kepala. Putih memandang eddy untuk mendapatkkan
kepastian. Cepat – cepat Eddy mengangguk.
“Iyalah.. lain kali aku tak hutang ceti, terima kasih tolong
pinjamkan duit tu” mendatar sahaja suaranya. Mahu pecah perut Tengku Khairudin
menahan ketawa. Cepat – cepat dia keluar.
Putih duduk termenung di mejanya. Matanya terkebil – kebil
memandang pintu bilik Tengku Khairudin. Aku buat apa dengan duit tu ya?...
masih berfikir dan pastinya dia tidak akan tahu kerana tidak pernah sekali pun
dia meminjam duit ceti malah tidak sesen pun!. Buat apa dia nak pinjam duit
ceti sedangkan harta peninggalan arwah ibunya itu sudah cukup untuknya...
No comments:
Post a Comment