BAB 15
PRANG!!!DONG!!!PRANGGGG!!!
Bunyi bising di dapur menyebabkan Tengku Khairudin terpaksa
meninggalkan tikar sejadahnya begitu sahaja. Jeritan Putih membuatkan hati
tengku Khairudin berdebar – debar. Sementara berlari turun ke bawah, bunyi
bising itu makin kerap bunyinya. Putih yang sedang berdiri di atas meja itu
membaling cawan plastic ke arah hamster milik Shey Imm yang terlepas.
Terbeliak
mata Tengku Khairudin melihatnya.
“tolong kejar bos! Kalau tak mati saya punya hamster ni” jerit
Shey Imm sambil membongkok dan berlari ke sana ke mari.
“Eee kenapa kau bela tikus ni Shey Imm?’ soal Putih. Dia
menjerit lagi apabila Shey Imm memegang hamster yang berjaya ditangkapnya. Shey
Imm cepat – cepat membawanya masuk ke dalam bilik.
“Dah turun” arah Tengku Khairudin.
“Takutlah!” Putih
menggigit kukunya. Tengku Khairudin terus mencempungnya turun dari meja makan.
“Hish.. suka – suka pegang anak dara orang” jeling Putih.
“Anak dara?.. huh!” cebik Tengku Khairudin.
“apasal kau jeling aku macam tu?” soal Putih. Dia merapati
Tengku khairudin. Malas mahu melayan Putih yang sudah hilang ingatan itu,
tengku Khairudin terus naik ke atas. Dia membiarkan Putih membebel – bebel di
situ.
Shey Imm memandang eddy dan tengku Khairudin bersilih ganti.
“Hei.. kenapa?” soal Shey Imm. Eddy yang sering datang ke rumah
mereka juga buntu bagaimana mahu mengembalikan ingatan Putih seperti sediakala.
Belum sempat mereka memulakan perbincangan, Putih sudah pun mendapatkan mereka
dengan beg di tangan.
“Nak pergi rumah aku” kata Putih. Tengku Khairudin memandang
Shey Imm.
“Hei...hei... ni, ni... mata ni, aku tahu mata kau ni macam
nak kutuk aku kan?” Putih menuding jarinya ke mata Tengku Khairudin. Sangat
hampir!.
“Putih nak pergi mana ni?” soal tengku Khairudin .
“Kau bawakan kereta ni. Nanti aku tunjukkan jalan” arah Putih.
Mahu atau pun tidak, mereka bertiga terpaksa mengikut sahaja kehendak Putih
seperti yang dinasihatkan oleh doktor pakar.
Setelah sampai ke tempat yang di tuju, Tengku Khairudin
sedikit hairan. Itu rumah lamanya. Rumah arwah ibunya yang kini didiami Loma ,
Maya dan Miza. Putih keluar dari kereta.
“Punah.. Bos! Mereka semua tak tahu apa – apa pasal Putih.
Kan, auntie Loma baru balik dari kampungnya setelah sebulan di sana” terang
Shey Imm. Tengku Khairudin menelan air liur. Putih terus mengetuk pintu. Tengku
Khairudin, eddy dan Shey Imm hanya memerhati dari belakang.
Loma membuka pintu rumahnya. dia sedikit terkejut kerana sejak
Putih berkahwin, tidak pernah sekali pun dia mengunjunginya di rumah itu.
“Eh.. makcik buat apa kat rumah ibu saya ni?. Makcik ni
penyewa ke?” soal Putih. Mata Loma direnungnya.
“KKau cakap apa ni Bawang oiiiii.. hai, dah kahwin ni langsung
tak ingatkan aku pula” geleng Loma. Miza juga keluar. Maya tiada di rumah
kerana sudah mula bekerja.
“Wah, makcik.. siap tinggal dengan orang gaji Indonesia lagi”
Putih memandang Miza pula.
“Keluarlah makcik! Jangan duduk rumah arwah ibu saya ni” Putih
terus menarik tangan Loma keluar. Miza terpaksa masuk campur. Dia menarik
tangan ibunya sekuat hati. Putih tidak berputus asa. Tangan Loma ditarik hingga
berjaya mengeluarkan Loma dari rumah ibunya.
“Ni kenapa dengan bini kau ni!!!!!” jerit Loma.
“Hello... makcik Bedah, dia bukan suami saya. Dia kawan saya
sahaja” jawab Putih.
“Siapa suruh kau panggil aku bedah ha!!!! Nama aku
Loma...Loma!!” Loma menggigil geram dan kemudian dia memandang Putih dengan
wajah yang ragu – ragu.
“Korang dah bercerai ke?” soal Loma.
“Choiiiiiii!!!!!!!!!” jerit Eddy, Shey Imm dan tengku
Khairudin
“Loma?.. kehkehkehekeh” gelak Putih. Loma merenungnya.
“Apasal kau gelak?” soal Loma.
“Nama makcik pun buruk macam nama saya. Dahlah, saya nak naik
dulu. Makcik kemas barang – barang makcik ya. Saya nak rumah saya balik.
Mungkin nanti saya nak pindah sini lagipun tak manis saya tinggal dengan dia
yang bukan muhrim ni” terang Putih dan terus masuk ke dalam. meninggalkan Loma
dan Miza yang terpinga – pinga.
“Kenapa dengan dia tu? . meroyan?” soal Loma.
“Dia kemalangan. Hilang ingatan. Ada yang dia ingat dan ada
yang dia tak ingat. Dia tak tahu pun saya ni suami dia. Dah jenuh saya tunjuk
video, surat nikah dan semuanya. Dia tak percaya. Dia kata mafia besar macam
saya boleh ugut Tok Kadi buat surat nikah palsu” Tengku Khairudin mengeluh.
Loma menepuk dahinya.
“Habis! Dia nak halau aku?” soal Loma.
“Nanti saya pujuk dia” kata Shey Imm. Setakat ini hanya Shey
Imm yang boleh melembutkan hati Putih. Dia banyak mendengar kata – kata Shey
Imm berbanding orang lain. Tidak berapa lama kemudian, Putih turun semula.
“Eh, makcik Loma ni dan perempuan indon ni bukan ke adik saya
punya orang gaji?. Saya ada adiklah.. nama dia.... nama dia....mayo!. ha..
Mayo!” senyum Putih.
“Kau ingat anak tu mayonis yang bubuh kat salad tu?. Nama dia
Maya lah” jeling Loma.
“Mayolah!” bantah Putih.
“Maya! Nur Maya!”
“Nur Mayo” tegas Putih. Kali ini Loma terduduk di kerusi
laman. Dia memicit – micit kepalanya. Eddy memujuk Loma agar sedikit beralah
dengan Putih.
“Tak apalah, makcik dan kau bibik, jaga Mayo baik – baik.
Nanti suruh Mayo jumpa saya ya” pesan Putih.
“Bibik?!!!” geram betul Miza mendengarnya. Mahu sahaja ditonyoh – tonyoh mulut adik tiri
yang sudah pun hilang ingatannya. Bibik Joy keluar sambil tersenyum – senyum.
suka benar dia melihat Putih mengenakan majikan yang loghat benar seperti Miza
dan Loma.
“Kita balik ya?” pujuk Tengku Khairudin. Putih berpaling.
Rumah lama Khir di pandang dengan kerutan seperti dapat merasakan sesuatu.
“Khir apa khabar?” soal Putih. Semua tersentak . lebih – lebih
lagi Tengku Khairudin. Eddy menggaru – garu kepalanya dan sesekali memandang
wajah Tengku Khairudin yang sedikit
kecewa.
“Putih ingat Khir?” soal Loma.
“Iyalah. Kan dia jiran Putih dulu.. IShhh.. jangan panggil
Putihlah.. panggil...” Putih seperti berkira – kira.
“Banyaklau kau punya tak sedap! Mak kau yang bagi nama tu tahu
tak!” jerkah Loma. Putih terkejut dengan jeritan Loma tadi dan dia terus
merenung Loma dengan tajam.
“Orang gaji Mayo ni lebih – lebih pula marah aku” rungutnya
dan terus masuk ke dalam kereta. Loma menepuk dahi. Dia duduk termenung di
kerusi lama. Kasihan pula dengan Tengku Khairudin yang terpaksa melalui keadaan
itu.
“Gila ke apa tu?” soal Miza.
“Hilang ingatanlah” jeling Loma. Miza mengangguk – angguk
faham.
****************
Putih duduk termenung di hadapan kolam ikan. Tengku Khairudin
yang masih kecewa dengan ingatan Putih terhadap Khir hanya memandangnya dari
jauh. Dia dapat melihat kesugulan pada
wajah Putih. Dia faham. Dia tahu dan dia pasti Putih sedih. Putih sentiasa
berusaha untuk mengingati semuanya kembali tetapi apalah dayanya...
“Nak pergi mana – mana?. Abang bawakan” tegur Tengku Khairudin
dan melabukan punggungnya di sebelah Putih.
“Janganlah ber’abang’ dengan aku. Tak mesralah rasanya. Aku
hanya panggil abang pada suami aku sahaja” jawabnya.
Tengku Khairudin mengeluh. Dia berdiri untuk meninggalkan
Putih sendirian untuk menenangkan
fikirannya.
“Kita pergi pasar malam. Nak makan jagung bakar” senyum Putih.
Tengku Khairudin senyum dan mengangguk.
Sudah setengah jam dia menunggu Putih di bawah. Tengku Khairudin
naik ke atas. Dia membuka pintu bilik Putih perlahan – lahan. Kelihatan Putih
sedang merenung shawl berwarna biru muda di tangannya. Ada riak sedih di
wajahnya. Tengku Khairudin menghampiri dan duduk betul – betul di hadapan
Putih.
“Tudung ni cantik sangat. Macam ada yang bermakna tapi aku tak
tahu pakai. Selalu Shey Imm bagi aku tudung yang sarung saja tapi aku suka yang
begini. Aku tak tahu..” Putih megangkat wajahnya. Tengku Khairudin senyum. Ya
sayang, tudung itu aku yang hadiahkan untukmu....
Tengku Khairudin mengambil shawl itu dari tangan Putih. Perlahan
– lahan dia meletakkan shawl itu di kepala Putih. Dia melilitnya dengan penuh
rasa cinta. Sesekali Tengku Khairudin memejam matanya. Sebak!. Itu yang dia
rasakan. Kerongsang hadiah darinya di ambil dan dipakaikan di bawah dagu Putih.
Tengku Khairudin mengemaskannya dengan senyuman. Ada takungan air jernih di
kelopak mata Putih. Tengku Khairudin merenung mata itu.
“Maafkan aku jika aku masih tidak mampu mengingati kau tapi
kau harus tahu insan pertama yang ingin aku ingati kembali adalah kau. Aku tahu
mungkin ada yang penting di antara kita sebelum ini. selagi aku belum mampu
mengingati kau, maafkanlah aku...” kata Putih. Tengku Khairudin terus bangun
dan masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik dikunci. Dia duduk di kerusi meja
kerjanya dan hanya memejamkan mata walaupun ada titik – titik jernih yang sudah
pun mengalir.
Putih masih duduk dan merenung wajahnya di cermin meja solek. Pipinya
di sentuh. Cara Tengku Khairudin tadi, agak membuatkan sebahagian dari hatinya
tersentuh.
“Dia pasti tahu.. dia pasti kenal .. dia pasti seseorang yang
istimewa buatku tapi apalah daya aku....” Putih tunduk. Dia keluar dari
biliknya dan turun ke bawah. Tengku Khairudin sudah pun menunggunya di dalam
kereta. mereka membisu sepanjang perjalanan. Tengku Khairudin tidak mahu
berbicara walaupun sepatah perkataan kerana di saat itu air matanya boleh jatuh
bila – bila masa sahaja.
“Aku panggil kau TK saja ya?. Mak kau yang kau panggil Bonda
tu ada datang jenguk aku semalam. Dia penuh dengan sifat keibuan kan” Putih
memulakan perbualan.
“TK?... Taik kucing?” gurau Tengku Khairudin.
“Eh.. taklah.. Tengku Khairudinlah” senyum Putih.
“Apa – apa sajalah Putih” jawab tengku Khairudin sambil
berjalan beriringan dengan Putih. Lagi beberapa langkah sahaja mereka akan
sampai ke tapak pasar malam itu.
“Ramainya orang” kata Putih.
“Dah nama pun pasar” jawab tengku Khairudin. Putih agak tidak
selesa apabila bahunya dilanggar dan sesekali dia mencari kelibat tengku
khairudin. Tangannya di sentuh dan jari jemarinya digenggam kemas.
“Mana boleh sentuh aku!” marah Putih. Tengu Khairudin menarik
tangan Putih ke tepi jalan. Dia perlukan ruang yang selesa untuk bercakap
sesuatu dengan Putih.
“Allah tidak mengharamkan aku dari menyentuh kau dari atas
hingga ke bawah. Semuanyanya milik aku. Setiap inci tubuh kau aku diberikan hak
untuk menyentuhnya, Putih. Yakinlah dengan aku yang kau milik aku, Putih. Tidakkah
kau nampak yang aku langsung tidak mengambil kesempatan bagi pandangan mata
kau?. Aku hanya memegang tangan kau.... hanya menggenggam jari jemari isteri
aku” terang tengku Khairudin. Putih terdiam. Rasa bersalah pula Tengku
Khairudin pada saat itu.
“Aku tak mahu kau hilang. Aku mahu kau selamat dan tidak jauh
dari aku” tambah Tengku Khairudin lagi. Putih mengangguk dan mereka terus
berjalan. Tengku Khairudin lega kerana Putih boleh menerima kata – katanya.
Sekurang – kurangnya untuk malam itu hati Putih sedikit lembut
walaupun tengku Khairudin tahu hari esok pasti berlainan caranya.
Sian khai.
ReplyDeletekan kan..
Deletetapi takper....
sebenarnya kalau ikutkan jauh lagi baru putih ni nak pulih tapi bila baca komen cam kesianlah pulak kay korang hihihi.
tapi khai tak derita sgt nanti sebab ada hikmahnya Putih jd gitu.
baby mio tunggu ya.. cian adik akak ni
terima kasih banyak2 ya.. :)
sedihnya.. bila nak pulih ya cik putih? kasihan kat suami awak tau..
ReplyDeleteizzatul...
Deletetakper... nanti x lama lagi putih pulih k :)
terima kasih banyak ya adik Izzatul:)
selamat bercuti yek.... hepi holiday!!!!