BAB 6
Azan tersengih – sengih duduk di
kafe milik tiga sekawan itu.
“Shuada, Fika, hasinah!. Kau nak
makan apa hari ni aku belanja. Tapi makan di kafe ni je” jerit Azan sambil
emmbelek – belek botol kicap di hadapannya. Kakinya digoyang – goyangkan.
Nampak bahagia benar. Rafika dan Nor Hasinah memandang Shuada yang menggetap
bibir. Mereka bertiga mendapatkan Azan.
“Kau cakap pa tadi?” soal Rafika.
“Tak... kalau korang bertiga nak
makan, makan saja apa yang ada di sini, aku belanja” masih tersenyum.
Badan Azan ditampar berkali –
kali.
“Kalau nak belanja, jangan ajak
kami makan di kafe kami sendiri!!!” marah Shuada. Azan gelak.
“Ladies, meh duduk sini meh!!!”
azan menggamit tangannya. Shuada hanya berdiri. Rafika dan Nor Hasinah duduk
berhadapan dengan Azan.
“Hani dah terima aku” sengih
Azan. Menampakkan barisan giginya yang teratur.
“ooo.. padanlah suka benar.
Tersengih – sengih” cebik Nor Hasinah. Azan gelak.
“Macam mana pula?.” Soal Shuada
kali ini dia duduk di sebelah Azan.
Azan mula bercerita bagaimana dia
mendapat inspirasi menjadi seorang yang mampu meluahkan kata – kata romantik
kepada Hani tanpa di sedarinya. Itu semua berkat dia ‘skodeng’ Kak Roziah dan Abang
Zaharuddin tempoh hari.
Kali ini badannya di lepuk lagi.
“Tak senonoh!!” marah Rafika.
“Apa yang kau nampak?” soal
Rafika. Dia tersengih – sengih.
Azan menceritakan dengan terperinci
satu persatu. Terlopong mereka semua mendengarnya. Nur Fadzli Amira dan Nurul
Syahirah yang baru tiba juga terlopong. Mendengar bagaimana romantiknya Abang
Zaharuddin. Itu benar – benar mengkagumkan mereka semua.
Melihatkan wajah mereka sebegitu
Azan mula pelik.
“Woi!!!... apasal pula?. Eleh..
aku ni lagi romantik tau!” kata Azan.
“Romantik apa kalau ciplak
hakcipta abang Zaharuddin tu” marah Shuada. Dia bangun untuk mengambil pesanan
dari pelanggan yang baru tiba.
Lantaklah korang nak kagum sampai
terlopong! Yang penting Hani tak terlopong heheheh... sengih Azan.
*****************
Lucunya, kisah Abang Zaharuddin
itu sudahpun tersebar hingga ke rumah sewa Hani.
Kurnia memeluk bantal peluknya
sambil memejamkan matanya.
“Rupanya ada lagi lelaki
sebegitu!!!” kata Kurinia. Jeeta mengangguk – angguk. Fatimah dan Aishah Hamidi
yang kebetulan datang melawat Hani juga turut sama tersenyum.
“Nampaknya dia tak perlukan buku
kita lagi, kaka” bisik Aishah Hamidi dan sisambut dengan senyuman oleh Fatimah
Hamidi.
“Ha.. lupa pula nak jemput.
Minggu ni Azan nak buat kenduri kesyukuran di rumahnya. dia jemput semua
sekali” beritahu Hani.
“Aku?” Jeeta menyoal.
“Dengan kau lah!. Kau tak payah lah
dating dengan Uthaya kau tu minggu ni” usik hani. Semua bantai gelak. Hani
gembira.
**************
Abang Zaharuddin membasuh beras
di dalam periuk besar untuk menanak nasi. Kenduri ini agak besar dan Abang
Zaharuddin yang sememangnya pandai memasak, membantu Azan menyediakan makanan
untuk kenduri malam ini. semua rakannya dijemput termasuk tiga sekawan pemilik
kafe itu.
Azan ketawa apabila melihat Nurul
Syahirah, Nur Fadzli Amira, Rafika, Shuada dan Nor hasinah tiba serentak di
rumahnya. Tiga sekawan itu membawa pencuci mulut untuk kenduri kesyukuran itu.
Azan menghampiri mereka.
“Datang pun dayang – dayang aku
ni” sengih Azan.
Abang Zaharuddin menghampiri
Azan.
“Zan, nanti kena tambah santan.
Tak cukup lagi tu” kata Abang Zaharuddin.
“Ha.. korang, ini jiran sebelah
aku. Abang Zaharuddin” perkenal Azan.
Kesemua wanita itu memandang
Abang Zaharuddin dengan senyuman dan pandangan yang penuh rasa kagum.
“Owhhhh...” kata mereka serentak.
Azan mengerutkan keningnya. Abang Zaharuddin apatah lagi. Dia senyum.
“Hai.. panggil Abang Zahar
sahaja” senyum Abang Zaharuddin. Mereka semua hanya tersenyum seperti dibuai
angan.
Azan menepuk dahinya.
Dia gembira Hani dan rakan –
rakannya sudah pun tiba. Hani bersalaman dengan rakan – rakan Azan dan mengahadiahkan
senyuman manis buat mereka.
“Inilah madu cinta aku, hani”
senyum Azan malu – malu.
Mereka semua ketawa.
“Ha.. Hani and the gang, ini
Abang Zaharuddin!” masih mahu memperkenalkan Abang Zaharuddin yang masih
berdiri di sebelahnya. Dengan cepat mereka semua memandang gerangan insan yang
telah diceritakan oleh hani kelmarin.
“Owhhhhhh..” masih mngeluarkan
suara yang sama. Abang Zaharuddin senyum. sebenarnya dia pelik!
Kak Roziah mendapatkan suaminya.
“Abang, cili tu nak saya potong
ke?. Kejap lagi boleh. Saya nak balut jari ni dulu. Terluka!” Kak Roziah
menunjukkan jarinya yang sedikit terluka.
Dengan cepat Abang Zaharuddin
memegang jari itu. Dikeluarkannya tuala dari kocek dan dibalutnya.
“Sayang tak payah buat kerja ya?.
Biar abang yang buat. Kesian sayang abang ni” Abang Zaharuddin menyentuh lembut pipi Kak Roziah.
“Owhhhhhhhhhhhhh....” kalai ini
suara mereka yang serentak keluar memeranjatkan Kak Roziah, Abang Zaharuddin
dan yang pastinya Azan.
“:Hai.. Akak, Kak Roziah!” senyum
Kak Roziah.
“Kamu tahu!” jawab mereka
serentak.
Kak Roziah memandang suaminya dan
tergelak kecil.
“mana tahu?”
“Kan Azan sko..”
Hani terus menekup mulut Jeeta.
“Azan skooo.. sukeee carita pasal
akak dan abang yang baik” sengih Hani.
Kak Roziah senyum lagi. Kali ini
tangan Abang Zahauddin menggosok belakang badan Kak Roziah sebelum isterinya
itu berlalu.
Shuada tersenyum sendiri apabila
melihat kemesraan hani dan Azan. Dia banyak berubah sejak kebelakangan ini.
senyuman sering terukir di wajahnya.
Azan tercengang apabila melihat
semua rakan wanitanya terbongkok seperti mengintai sesuatu. Kurnia pula asyik
memegang pipinya. Nurul Syahirah pula senyum meleret. Rafika tersengih –
sengih.
Azan menghampiri mereka semua
perlahan – lahan. Dia juga ingin tahu apa yang mereka intaikan sangat tu!. Azan
terkejut.
Azan mencuit bahu Shuada dan
Jeeta serentak.
“Tak baik skodeng laki bini
tengah suap menyuap. Buatnya diorang buat benda lain” Azan geleng kepala.
“Kau diam!” marah Nur Fadzli
Amira pula.
“Aku panggil korang suruh tolong
masak tau. Bukannya suruh skodeng laki bini tu” marah Azan. Mereka buat tidak
dengar sebaliknya mencuit antara satu sama lain apabila Kak Roziah mengelap dahi Abang Zaharuddin
yang berpeluh kerana berdiang di tepi dapur.
“Terima kasih sayang” pipi Kak
Roziah disentuh.
Mereka semua bersandar ke
diniding.
“Owhhhh...”
Azan menepuk dahinya berkali –
kali.
“Cuba korang sebut owhhhh tu kat
aku!. Lagi bermakna” Azan duduk bertenggong. Semua meninggalkan Azan sendirian.
Hani sahaja yang masih menunggu Azan.
“kau lapar?. Nak aku bubuhkan
makanan?” soal Hani.
“Nak, sayang. Disebalik kerlipan
matamu..”
“Diamlah!” Kali ini Hani pula
meninggalkan Azan sendirian.
Azan melihat kemesraan dua orang
yang menjadi idolanya dalam menjalinkan hubungan cinta. Alangkah bagusnya kalau
aku seromantik Abang Zaharuddin!, keluh Azan
***************
Mereka semua yang sedang menyusun
pinggan sedikit terkejut apabila melihat Abang Zaharuddin mengejar kak Roziah
masuk ke belakang rumah mereka.
“Apahal?” soal Hani. Azan
menjungkit bahunya.
“Let’s skodeng!!!” kata Jeeta.
“Jeeta!!!” Hani dan Kurnia
menjerit. Jeeta termalu.
“Jom!!!” kata mereka yang lain.
“Ikut belakang sebab aku nampak
kak Roziah ke belakang tadi” kata nurul Syahirah. Mereka terus menyorok di
sebalik tembok.
“Taklah sayang. Abang bergurau
sajakan.. takkanlah abang tak nak tengok wajah permaisuri hati abang ni” Abang
Zaharuddin mencuit dagu Kak Roziah.
“Kenapa sensitif pula hari ni,
sayang?” Abang Zaharuddin merangkul pinggang isternya. Kelihatan Kak Roziah
mengukir senyuman.
“ha... bintang abang dah
menjelma. Barulah terang malam abang” bisik Abang Zaharuddin. Kak Roziah
ketawa. Abang Zaharuddin juga begitu.
Kurnia berbisik ke telinga Jeeta.
“Kalaulah aku, memang aku merajuk
hari – hari” sengihnya.
“Kakak – kakak semua buat apa kat
belakang ni?” soal Azan. Mereka semua terkejut. Abang Zaharuddin dan Kak Roziah
juga terkejut.
“Amboi ramainya orang kat
belakang ni rupanya” kata Abang Zaharuddin.
Kelam kabut mereka mencari
alasan.
“Err.. ha, ni ha penyapu yang kau
minta tu” Nur Fadzli Amira menghulurkan penyapu buruk ke tangan Azan.
“Intai kami ya?” senyum Kak Roziah.
Abang Zaharuddin gelak.
“Woi... korang bau tak nasi
hangit. Jom!!!” Rafika menarik tangan Nor Hasinah. Mereka semua berlalu dengan
wajah yang merah padam. Itulah! Siapa suruh skodeng orang??..
Sesudah majlis doa kesyukuran
tamat, hani menolong Azan mengemas rumahnya. Azan menghampiri Hani.
“AKu dah nampak bayangan”
tangannya ke belakang.
“Bayangan apa?” soal Hani.
“Suri aku ni sedang mengemas
syurga kita. Kau dan aku sama – sama menjaga syurga kita ini sebaik mungkin.
anak – anak berlari ke sana ke mari” senyum Azan.
“Tak malu cerita pasal anak?”
senyum Hani. Azan gelak.
“Tak. Malah aku tak malu katakan
yang kaulah wanita yang akan melahirkan zuriat untuk aku” senyum Azan. Hani
ketawa kecil.
“Macam confirm subur je” katanya
dan terus pergi mendapatkan Kak Roziah yang sedang sibuk membungkus makanan
untuk mereka bawa pulang.
“Erk..” Azan terdiam.
Nak romantik pun payah. Cubalah bagi
aku peluang, mesti aku ni lagi romantik dari Abang Zaharuddin tu!.. rungut
Azan. Dia memandang Hani yang tersenyum – senyum mencuri pandang ke arahnya.
“eleh... tadi sombong! Tau pun
yang muka aku ni menggoda” Azan cebik dan terus keluar dari rumahnya untuk
mengemas di luar rumah.
janji ditepati....tq..tq...tq kak iza...sayang akk...sambil siapkan kerja sempat juga skodeng blog akk...x sia2 nunggu...
ReplyDeleteharuss ditepati hehhe...
Deleteina punya pasal semua boleh hhehehe.
terima kasih sudi baca ye, Ina
<3 u!!!
I wish we could be that romantic.... ( senyum sampai ke telinga baca )
ReplyDeleteAzan yg skooo...part tu tak leh tahan....
satuuuu malaysia..satuuu malaysia..
ReplyDeletesatuuuu lagi kak iza hehehe
hahahha.. pandai yek...
Deleteboleh Irna :)
akan diberi lagi :) <3 u!
best kak nak lg.
ReplyDeletewokey babay mio..
Deleteakak bagi lagi dua ayat je, boleh?. hehehhe
tq n <3 u!!