Tuesday, 25 June 2013

menerjah ke lubuk hati - kumpulan kedua

BAB 6

“Nak ikut!” sengih Zarin. Fareez yang sedang memakai kasut sukan itu tidak mengendahkannya. Sedikit pun wajah Zarin tidak di pandangnya. Zarin terus duduk di sebelah Fareez. Dia memandang sahaja tangan Fareez yang ligat megikat tali kasut sukan itu.

“Nak pergi mana?” masih menyoal.

“Cuci longkang” jawab Fareez seraya bangun sambil membetulkan bajunya. Dia mengerling sedikit.

“Main bola ke?’ Zarin masih tidak mahu diam. Fareez mengeluarkan kunci keretanya dari kocek seluar. Malas mahu bercakap banyak dengan Zarin. Dahlah sibuk tengok gambar rahsia aku, sekarang nak ikut aku sana sini pul!... Boleh blah!!!

Fareez berjalan menghampiri keretanya. Tidak tahu kenapa tiba – tiba sahaja kunci kereta terjatuh dari genggaman tangannya. Zarin mengambil kesempatan itu sebaik mungkin.Kunci kereta Fareez disorok ke belakang badannya . Fareez getap bibir.

“Bak sini” minta Fareez. Sesekali dia memandang tepat ke dalam anak mata Zarin.

“Tak nak!. Bawalah saya sama. Bawa Mak Jah sekali pun boleh” rayu Zarin.

“Bak sini” masih menyebut perkataan yang sama.

“Tak nak!”

Fareez menghampiri Zarin. Direbutnya kunci keretanya dari genaggaman Zarin. Memang kuat!



Kuatlah pula budak ni!, rungut Fareez. Setelah genggaman tangannya hampir terbuka, Zarin berlari ke belakang. Dia ingat Fareez akan mengejarnya tetapi sangkaannya meleset sama sekali. Mendengar bunyi deruman enjin kereta  membuatkan Zarin berlari semula ke hadapan.

Kakinya menendang dinding luar rumah. Fareez sudah pun pergi.

Zarin masuk ke dalam rumah dengan muka yang monyok.

“Manalah peregi kuncinya ni?. Takkan ada tikus kot” bebel Mak jah. Dia tertonggeng – tioneeg mencari kunci kereta milik Fareez.

“Cari apa tu?’ soal Zarin.

“Tak.. Fareez suruh Mak Jah ketuk kepala tikus yang curi kunci kereta dia” Mak Jah menggaru – garu kepalanya. Kepala tikus?... tak guna! Dia panggil aku tikus....

“Nah.. ambil ni. Nenek tikus hantar tadi” kata Zarin. Dia naik ke atas. Apa yang dia boleh buat hanya membaca majalah, bermain game dan paling tidak pun berangan di dalam biliknya sendirian. Zarin menghempas tubuhnya ke atas katil.

“Zarin!!!” teriak Mak Jah dari bawah. Zarin yang sedang leka itu sedikit terperanjat. Dia turun ke bawah. Keningnya berkerut – kerut.

“Kenapa Mak Jah?’ soal Zarin dengan wajah sedikit murung.





“Fareez tanya nak jalan – jalan tak petang ni?. Tapi kena bawa ‘sayang’ dia sekali. Sebab dah lama dia tak bawa ‘sayang’ dia tengok wayang sama – sama” pandang sahaja bibir Mak Jah yang tersengih – sengih itu Zarin sudah tahu siapa sayang yang di maksudkan oleh Mak jah itu tadi.

“Eleh.. macamlah Fareez nakkan sangat kat Mak Jah tu” cebik Zarin.

“Sikit pun jadilah!” gelak Mak Jah. Zarin berlari naik ke biliknya. Peluang sebegini tidak boleh dilepaskan.

Setelah menunggu Fareez hampir setengah jam, keretanya sudah pun sampai di hadapan rumah mereka. Mak Jah nampak vogue sekali dengan cermin mata hitam dan lipstick merah menyalanya. Fareez keluar dari keretanya.

“Wah... ini yang buat Fareez tak boleh tidur ni..” sengih Fareez. Zarin sengaja menyentuh pipi dan bibirnya. Mahu Fareez memujinya juga tetapi hampa!. Fareez buat tidak tahu. Mak Jah terus membuka pintu hadapan dan duduk dengan penuh gaya. Zarin mencebik. Menyampah?. Jangan ceritalah,... sangat menyampah. Zarin hanya duduk di belakang dengan muka kelat.

Sesekali Fareez cuba mencuri pandang wajah Zarin yang masih monyok. Buat penat pakai lawa – lawa.. tiada pujian pun yang diterimanya. Fareez senyum.

“Nak  tengok wayang dulu ke makan?” soal Fareez. Belum sempat Zarin menjawabnya, Mak Jah awal – awal lagi sudah mencelah.

“Mak Jah nak tengk wayang” jawabMak Jah sambil berjalan mendahului mereka mereka. berdua.  Fareez sengaja mendekati Zarin.



“Saya suka lihat awak bila awak tersenyum seperti selalu. Rasa gembira saya hilang entah ke mana bila lihat awak muram begini” usik Fareez.

Senyuman mula terukir dan Zarin terus mencubit lengan Fareez.

“Mengada – ngada. Sengaja tak nak ajak saya ikut bersukan tadi” kata Zarin.

“Nico tak kasi bawa minah kampung sekali.. Minah yang berani kutuk dia habis – habisan”

“Siapa suruh dia begitu?” soal Zarin.

“Begitu apa?” Fareez masih menunggu jawapa dari mulut Zarin yang masih terkunci.

“Dia panggil saya bibik dan  yang paling saya tak tahan tu, gaya hip hop dia!” jawab Zarin dengan jujur. Berderai tawa Fareez ketika itu dan Mak Jah yang sedang leka memerhati itu menoleh ke belakang.

“Apa yang kelakarnya?’ soal Mak Jah.

Kali ini Zarin turut ketawa bersama. Fareez menggeleng kepala. Benar kata Zarin, gaya Nico melampaui batas. Seluara londeh dengan topi senget itu benar – benar membuatkan dia juga turut merasa akan hal yang sama seperti Zarin tetapi apa boleh buat, itu yang Nico suka!.







BAB 7


 Hari Ahad yang begitu  membosankan. Menurut Puan Sri Norma, Fareez akan membawa Zarin keluar bersiar - siar di sekitar Kuala Lumpur. Dia agak teruja mendengarnya tetapi apabila di fikirkan kembali sikap Fareez padanya, Zarin jadi tidak gembira.
Lelaki perasan itu memang menyakitkan hati. Tapi bukanlah tak gembira langsung... ada juga semeter dua panjangnya rasa gembiranya itu. Kelmarin dia buat Zarin gembira dan semalam dia sengaja mencari pasal dengan Zarin. Keliru betul Zarin dibuatnya.

Fareez membuka pintu kereta untuk Zarin. Budimanlah kononnya. Zarin suka!.Apapun dia perasan dan  nampak sedikit perubahan pada Fareez. Sepanjang perjalanan tidak pernah sekali pun Zarin menoleh ke arah Fareez. Bukan malu tetapi tidak mahu dituduh menggoda walaupun niat di hati ada juga..


 "Tak mengapa tidak mahu pandang saya. Ya lah, saya yang kacak ni boleh buat hati awak runtuh macam bangunan kat Amerika tu kan?. Kalau tahu saya bawa Mah Jah yang vogue macam hari tu. Cermin mata hitam Saloma dan lipstick strawberry berry dia tu". Terbeliak biji mata Zarin mendengar kata - kata Fareez.

Ini mesti mulut Mak Jah. Zarin pernah kata perkara yang sama pada Mak Jah tempoh hari. Tetapi itu dulu. Sebelum tahu sikap perasan melampaunya itu. Tak rimas ke tengok Mak Jah jalan lenggang lenggok macam hari tu?.

"Boleh tak jangan perasan  macam tu. Eeee.. geli tau. macam nak muntah," Zarin mulai sinis. Dia ketawa kecil. makin sakit hatinya itu. Macam bercakap dengan tiang elektrik. Berdiri tegak tapi bervoltan – voltan elektriknya!


"Belum sentuh dah nak muntah. Macam mana ni?," jawabnya selamba. Zarin hanya mampu menggetapkan bibir. Ikutkan hati, mahu sahaja dicabut rambut Fareez yang terpacak - pacak itu. Macam rumput dekat ladang lembu Pak Cik Maniam di kampungnya. Kalau di letakkan bunga boleh jadi kebun bunga. Fareez tersenyum sendiri.

Fareez mengerut kening. Pelik benar dengan perempuan di hadapannya itu. Selepas bertengkar pasti dia akan terseyum sendiri . mental kot!

"Kan dah gila. Senyum seorang diri," sambung Fareez lagi. Zarin menjeling tajam walaupun dia tahu ianya tidak mampu memberi kesan apa - apa pada Fareez.

E’eh.. comelnya bila dia menjeling. Kalau adik doraemon tu comel, dia lagi comel. Suka pula aku sakat budak ni. Lagi dia marah lagi aku suka!.. Fareez sengih.

“Kau pun gila!: spontan kata – kata Zarin dan Fareez terdiam.

Gila!!

Zarin hanya mengekori Fareez tanpa banyak soal. Pada perkiraannya, macam tidak kena sahaja penampilannya berbanding Fareez. Seluar dengan blouse longgar.Ah! lantaklah...
Dia pun tak kisah. Tak kutuk pun. Kalau kutuk memang aku belasah dia cukup – cukup!.

"Kita makan dulu kemudian tengok wayang ya. Kalau awak nak pergi main buaian dekat sana tu, pergilah,".Jari telunjuknya menunjuk ke arah taman permainan kanak – kanak yang sememangnya meriah dengan warna – warna yang menarik perhatian.

Fareez sengih. Marahlah.. marah!..

"Awak ingat saya ni tak pernah main buaian ke?. Setakat buaian plastik macam ni.Tak mencabar langsung. Main buaian tayar lah. Kemudian terjun sungai. Budak manja macam awak ni mana boleh main macam kami di kampung. Nanti menangis,". Zarin mencebik.

Tomboy ke apa minah ni?. Buaian tayar?. Macamlah best sangat. Tapi tak mengapa, layan saja.. Fareez memandnag wajah Zarin.

 Dia senyum. Alahai.... manis sungguh senyumannya. Ishh... apa aku ni!...Zarin malu – malu.

Fareez membawa Zarin makan tengahari di sebuah restoran makanan melayu. Restoran yang agak mahal. Zarin hanya makan nasi goreng belacan kegemarannya. Fareez pula makan nasi putih dan asam pedas ikan pari. Zarin fikir jika lama belajar di luar negara, sudah tentu Fareez  lupa pada makanan melayu. Ha.. itu Zarin suka. Fareez tidak mudah lupa asal usul.

Comelnya bila Zarin lihat Fareez menyuap nasi dnegan tangannya sendiri. Tak pakai sudu sudu ni. Dia yang pakai sudu pula. Memanglah makan nasi goreng pakai sudu. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya dengan begitu sopan. Zarin merenungnya.

Fareez sedikit tidak selesa apabila direnung sebegitu rupa sewaktu makan. Semuanya bagai tidak kena. Ikan pari itu pun dirasakan seperti kertas kadbod apabila Zareen merenungnya begitu.

“Tak payah renung sangat. Nanti pengsan lagi. Saya tak mahu dukung. Awak baliklah sendiri” kata Fareez. Matanya masih memandang pinggannya. Langsung tidak mahu menatap wajah Zarin.

Zarin senyap saja. Dah malu sebakul rasanya. Diam itu jalan terbaik. Fareez pula yang sibuk – sibuk memandang wajahnya. Yang geramnya, setiap kali Zarin menjeling, dia akan ketawa.

Lawak sangat ke jelingan aku ni?. Dia tak tahu.. jelingan Zarin boleh membunuh lelaki tau!. .. Zarin mengerutkan dahinya.

“Makan sajalah. Cucuk mata baru tahu” kata Zarin.

“Perasan!. Siapa yang pandang dia” cebik Fareez. Zarin hanya membisu. Dia terus menyuap. Malas mahu layan lagi!.

Mereka berdua berjalan lagi selepas makan tengahari. Zarin dan Fareez berjalan agak jauh walaupun seiring. Kadang kala Fareez sengaja merapatkan dirinya sendiri. Setiap kali Zarin makin rapat, Fareez pula makin menjauh. Zarin cuba rapat lagi dan Fareez masih menjauh seperti tadi. Zarin  cuba lagi..

“Tak payah rapat – rapat sangat” ujar Fareez. Zarin sedikit tersentak!. Malu betul!

Setibanya di kaunter panggung wayang, Fareez memilih untuk menonton filem Tamil. Zarin sangat terkejut.

Buang tabiatkah Fareez ni?. Bukankah dia gemarkan filem Hollywood. Pelakonnya pun aku tidak kenal. Kalau cerita Hindustan tu, boleh la juga aku layan... Zarin merungut.

"Awak suka filem tamilkan?. Hari - hari awak tengok filem tamil. Siap menari lagu tamil lagi. Tak sangka betul saya," kata Fareez. Zarin tergamam.

"Mana pula awak dapat maklumat mengarut ni?," soal Zarin. Dia  pandang mata Fareez dengan pandangan yang  sangat tajam.

"Mak Jah cakap. Dia suruh saya bawa awak tengok cerita tamil. Dia kata hari - hari awak melalak - lalak dalam bilik air menyanyi lagu tamil” Fareez ketawa kecil.



 Ha!!!!....memang nak kena Mak Jah ni. Tidak ada kerja lainkah selain membuat aku sakit hati. Balik nanti siaplah Mak Jah!

Dia tak sangka pula Fareez boleh layan filem tamil. Apabila tiba adegan tumbuk menumbuk dia kelihatan teruja. Nampaknya Fareez yang minat filem tamil. Selesai sahaja filem itu di tayangkan Fareez  membawanya bersiar - siar di sekitar Kuala lumpur.

"Saya rasa awak yang suka tonton filem tamil kot," Zarin memulakan bicara. Fareez ketawa kecil.

"Pertama kali tengok cerita tamil. Patutlah awak ni suka menyanyi lagu tamil. Boleh tahan ceritanya ya," katanya pula.

"Bila masa pula!," suara Zarin sedikit tinggi. Kali ini Fareez ketawa besar.

                        
                                   ********************

                                                  
 Setibanya Zarin di perkarangan rumah, Mak Jah sudah pun menyambutnya dengan senyuman penuh makna. Puan Sri Norma duduk bersama Mak Jah. Mungkin berbual kosong.

"Bagaimana hari ini?. Seronok tak anak Maklong ni?," soal Puan Sri Normah.

"O.k maklong. Seronok tengok cerita Tamil yang di cadangkan oleh Mak Jah ni," jawab Zarin sambil mengerling ke arah Mak Jah yang dari tadi cuba menahan ketawa.

"Zarin siap guling - guling dekat panggung tadi, mama". Fareez menokok tambah. Mereka semua bantai gelak. Lebih – lebih lagi Mak Jah. Lantak kau oranglah!!!.

Zarin terus masuk ke dalam bilik. Buat menambah dosa aku sahaja nak marah – marah orang. Selesai mandi dia terus masuk ke dalam bilik Mak Jah. Zarin mendapatkannya dan jari - jemarinya tangkas mencubit manja pipi Mak Jah yang tembam.

"Mak Jah tak baik tau buat Zarin macam ni," rungutnya sambil memeluk bantal panjangnya.

"O.k, Mak Jah tebus kesalahan Mak Jah dengan satu daripada banyak rahsia Fareez boleh?,". Oh.. pandai Mak Jah nak lepaskan diri..

Zareen teruja. Mak Jah mendekatkan bibirnya ke telinganya.

Ha!!!... Fareez suka makan tahi hidung masa kecil?. hahahahahahah!!!!!!.. mahu saja Zarin gelak sampai ke subuh. Macho konon!. Macho apa kalau makan tahi hidung.Menurut Mak Jah, semasa kecil selepas mengorek hidung, Fareez akan makan tahi hidungnya sendiri

Uwweeeekkk.... nak termuntah Zarin mendengarnya. Mak Jah ni memang talam dua muka lah. Tapi tidak mengapa, kali ini Zarin ada sesuatu untuk membalas dendam.



                   ************************************


Selepas menunaikan solat subuh, Fareez terus bersiap - siap untuk ke pejabat. Lama benar dia bersiap, mengalahkan orang perempuan. Zarin menyiapkan meja untuk mereka bersarapan. Fareez turun dengan pakaian yang kemas. Pakaian pejabat.

"Kenapa pandang - pandang?," Soalnya sambil tangannya mencapai sepinggan mee goreng yang baru Zarin masak tadi.


Fareez perasan akan renungan Zarin tetapi senyuman Zarin sedikit berlainan. Fareez menjungkit bahunya.

"Kacak sangat ya. Sampai tak boleh lepaskan pandangan," sambung Fareez. Tersengih lagi...

"Fareez," panggil Zarin. Dia memandang sekali lalu.

 “Awak tak mahu bawa bekal?," soalku. Dia mengerutkan dahi.

"Tak mengapa. Saya tak pernah pun bawa bekal," jawabnya jujur.

Pelik juga Fareez apabila tiba – tiba sahaja Zarin bertanyakan soalan itu kepadanya. Selama ini tak ambil peduli pun.

"Ya lah kan. Buat apa nak bawa bekal sedangkan badan sendiri boleh memproses makanan," balas Zarin pula. Dia masih mengerutkan dahi. Nampak benar dia tidak faham akan maksud Zarin itu.

"Lubang hidung awak kan lubuk makanan awak masa kecik. Lepas korek makanlah. Kenyang perut tu. Sehari semalam tak payah makan pun dah kenyang,". Puas hati Zarin

Zarin nampak muka Fareez  merah padam. Dia ketawa besar dan terus pergi ke dapur. Mak Jah menggelengkan kepalanya. Zarin tahu gurauannya agak keterlaluan tetapi apa yang penting, hatinya puas. Zarin hanya dapat mendengar deruman enjin kereta Fareez dari dapur. Dia sudah pergi. Tetapi hati Zarin mulai rasa sepi. Seolah - olah ada kekosongan di lubuk hatinya itu. Mungkinkah ini rindu?.


                    

BAB 8

Zarin menjerit dengan kuat. Dia mula menggelabah. Habis satu rumah dicarinya tetapi masih tidak berjumpa. Dia ke hulu ke hilir. Mak Jah pening kepala. Dia menggaru – garu kepala apabila melihat Zarin seperti sedang sibuk mencari sesuatu. Dapur tiada, ruang tamu tiada, semua bilik sudah dicari kecuali bilik Puan Sri Norma dan Fareez.

Kali ini Zarin tekad. Dia perlu juga masuk ke dalam bilik Fareez.

Bawah katil, atas katil, dalam almari, semuanya di cari namun tidak berjumpa. Zarin memanjat ke atas katil. Mahu melihat sesuatu di atas almari. Dia tersenyum.

“Kat sini rupanya!!!. Memang pencuri betul!. Kan kaya, belilah sendiri” marah Zarin. Pintu bilik terkuak. Mata Zarin dan Fareez saling berpandangan. Seluruh bilik itu bersepah, cadar tidak lagi terletak kemas di atas katil. Sudah hampir  jatuh ke bawah sewaktu Zarin mencari – cari sebentar tadi.

“Kau cari apa ni?’ soal Fareez.

“Bukan cari tapi ambil balik!” jeling Zarin. Fareez terpandangkan pen kaligrafi yang masih di dalam kotak di tangan Zarin.

“Kau buat apa dengan pen aku tu?” Fareez meletak beg sandangnya ke atas meja kerja. Dia mendekati Zarin.

“Tak malu! Curi!!!” marah Zarin. Dia masih berdiri di atas katil.

“Bak sini balik!” Fareez cuba mengambilnya tetapi tangan Zarin lebih pantas melarikanntya.


“Ini pen arwah mak aku tau. Yang kau curi kenapa?” marah Zarin.

“Itu pen mama . dia yang berikan pada aku” bentak Fareez pula. Zarin mengerut – ngerutkan keningnya.

Zarin melompat turun  dan  dia terus keluar. Fareez naik marah dan dikejarnya Zarin sampai dapat. Zarin meronta – rinta apabila tangannya dikilas oleh Fareez.

“Tak malu ke pegang anak dara orang ni?” marah Zarin. Fareez mencebik

“Ooo.. yang kau masuk bilik anak bujang orang tu tahu malulah snagat!” bidas Fareez.

“Lepas!!!!!!!” jerit Zarin. Mak Jah yang mendengarnya terus berlari naik ke tingkat atas. Mengucap orang tua itu apabila melihat Zarin terjerit – jerit sambil tangannya masih dikilas oleh Fareez. Mak Jah menggeleng kepala.

“Kenapa ni Fareez?” soal Mak Jah.

“Dia masuk bilik Fareez dan curi pen ni” kata Fareez. Mak Jah memgambil pen dari tangan Zarin. Fareez melepaskan tangan Zarin.

Mak Jah ketawa. Dia menampar lembut pipi Zarin.

“Ini Puan Sri Norma punya. Zarin punya kan ada pada Mak Jah” terang Mak Jah. Zarin tediam. Fareez merampas pen itu dan terus masuk ke dalam bilik.
Gila!!!!.. rungut Fareez.


                                                   *********************




Rasa bersalah pula menuduh Fareez begitu. Rasa kesal mula menyelubungi dirinya.

Zarin cuba untuk memohon maaf tetapi selalu tiada masa dan ketika yang sesuai. Apabila dia mula mahu membuka mulut, hasratnya itu terbatal dengan sendirinya apabila melihat wajah Fareez yang tidak pernah manis apabila memandangnya.

“Kedekut senyuman itu berdosa. Tak baik!” tegas Zarin sewaktu berdiri betul – betul di hadapan Fareez yang mahu turun ke bawah untuk ke pajabatnya.

“Ooo.. tuduh orang tak berdosa?” soal Fareez. Tangannya memegang stoking  yang baru sahaja di ambil.

“Itu darurat. Terpaksa!” cuba menegakkan benang yang basah.

“Ya lah, itu peninggalan arwah ibu saya. Walaupun tak mahal tapi ianya sangat berharga. Awak apa tahu?’ marah Zarin.

Serta merta mulut Fareez terkunci. Rasa simpati mula hadir. Fareez menundukkan kepalanya buat seketika.

“Maafkan saya” pinta Fareez dan Zarin hanya mengangguk. Dia naik ke atas meninggalkan Fareez yang masih berada di tangga. Fareez sedar, kadangkala dia perlu juga berlembut dengan Zarin.









BAB 9


Zarin sibuk menyusun baju di dalam almari bilik Fareez. Dia membelek – belek haruman yang berderet di atas meja.  Zarin menggeleng kepala.

“Dah rupa nyah dah.. banyak betul minyak wangi”

Zarin membuka penutup salah satu haruman milik fareez.

“Ish.. susah betul nak buka ni!” rungut Zarin. Dia membukanya sekuat yang dia mampu hinggakan penutup minyak wangi itu terpelanting entah ke mana.

Dia mencrinya di segenap ruang. Akhirnya Zarin ternampak penutup botop minyak wangi itu di bawah katil setelah dia menyelaknya. Zarin sengih.

“Jumpa pun kau”

Zarin merangkak masuk ke bawah katil itu. Tiba – tiba pintu bilik Fareez di buka. Zarin menelan air liur. Dia pasti itu Fareez. Takkan dia nak keluar waktu ni, apa pula yang fareez akan kata nanti?.. Zarin meniarap sambil kepalanya terteleng ke kiri.



Matanya terbeliak apabila terlihat seluar jeans Fareez terjatuh dari kakinya sewaktu dia menyelak sedikit cadar ke atas. Zarin telan air liur. Dia menutup mata. Sebaik sahaja dia membuka matanya, seluar tadi sudah tiada.

Dia cuba merangkak keluar apabila terdengar bunyi air di dalam bilik air.

“Ini masanya!!” Zarin kelam kabut keluar tetapi baru sahaja kepalanya terjojol keluar melepasi katil, pintu bilik air terbuka kembali. Kelam kabut Zarin masuk semula ke bawah katil.

“Nasib baik aku dah makan, kalau tidak mahu aku kebulur ni” bebelnya sendiri.

Terdengar pula suara Fareez sedang solat. Zarin senyum sendiri. Dia menunggu. Mungkin selepas solat, Fareez akan keluar dari biliknya, cuba meneka.

Dalam pada menunggu itu Zarin sudah naik lemas tetapi alunan suara Fareez membaca Al Quran membuatkan rasa lemasnya tadi hilang begitu sahaja. Zarin tersenyum – senyum. Rasa terpikatnya pada Fareez semakin bertambah. Macam orang gila bayang pun ada.

“Sadakallah hula’zim” Fareez mengakhiri bacaan Al – Qurannya.

Pintu biliknya di ketuk dan terdengar suara cemas Mak Jah.

“Fareez nampak tak Zarin?. Dah hilang!!!!” soal Mak Jah. Zarin menggaru – garu kepala.

Fareez tergelak. Mak Jah sedikit hairan. Ya lah.. dia kelam kabut, Si Fareez ni sedap je gelak – gelak.

“Ambillah dia kat bawah katil tu”


Kata – kata Fareez itu membuatkan Zarin bagai mahu gugur jantungnya.

“Apa!!!!” Mak Jah menjerit. Dia terus menyelak cadar katil dan terus mengintai ke bawah. Dia menggeleng kepala apabila melihat Zarin tersengih – sengih malu memandangnya.

“Keluar” arah Mak Jah.

Zarin keluar. Dia tidak mahu memandang wajah Fareez yang dari tadi tersenyum. Songkok di kepalanya di letak ke atas meja. Sebelum Zarin keluar, Fareez sempat memerlinya.

“lain kali kalau nak menyorok, kena memanjang bukan melentang. Nampak sangat betis awak yang terjulur keluar tu” Fareez kenyit mata. Zarin tidak menjawab sepatah pun. Dia keluar dengan wajah yang merah padam. Belum pun sempat dia menuruni anak tangga, Fareez memanggilnya semula.

Zarin masuk ke dalam bilik dengan kepala yang masih tunduk.

“Mana penutup minyak wangi saya?”

Zarin meraba poket seluarnya. Tak ada!. Kemudian dia mengibas – ngibas bajunya. Juga tiada!.

“Manalah saya tahuuu!!!!!!” Zarin menangis dan terus keluar.

Fareez gelak sakan dan memandang penutup botol di dalam genggaman tangannya itu.

Padan muka kau, minah!


                 
                                        ******************


Zarin mengupas buah epal di dapur dan mulutnya tidak habis – habis mengomel.

“Kalau dah tahu aku ada kat situ yang dia pergi buka seluar dia tu kenapa?”

Buah epal itu dibelah dua.

“Saja nak tunjuk kaki dialah tu. Seksi sangat ke?. Hei.. lelaki! Kalau kau datang kat kampung aku, jangan haraplah nak buka – buka seluar macam tu.. aku ni pewaris tok mudin tahu tak!, mahu kerat 18 kau punya tu huh!” bebel Zarin lagi.

“Berani ke?” soal Fareez dari belakang. Dia terus menghampiri Zarin memejam mata. Lebih baik pejam, nampak gelap saja!!!.


Fareez semakin menghampri. Dia mahu mengambi sudu di hadapan Zareen. Sudah pasti Fareez akan berada di belakangnya tetapi jarak antara dia dan Fareez sangat hampir.

Lutut Zarin lemah longlai. Rasa mahu pengsan saja rasanya.

“Terima kasih” bisik Fareez ke telinga Zarin sebelum dia keluar dari dapur itu dan Zarin..... terjelepok di atas lantai.

Fareez memang suka mengusiknya begitu. Dia tahu Zarin mempunyai perasaan terhadapnya. sebab itu dia lebih senang mengusik. Kadangkala Mak Jah marah juga apabila melihat Fareez mengenakan Zarin habis – habisan.

“Kalau dia jatuh cinta dengan kamu macam mana?” pernah soalan itu terpacul keluar dari mulut Mak Jah dan jawapan Fareez sangat ringkas.

“Kalau dah jodoh..ok”

Zarin yang mendnegar perbualan Fareez dan Mak Jah itu bagai mahu terbang membayangkan dia dan Fareez berdua di atas pelamin.

Semuanya bagai mimpi indah buat Zarin. Fareez membuatkan hatinya berdebar – debar, lututnya lemah longlai ada ketikanya.

Masanya di dalam rumah itu dipenuhi dengan geak tawa dia dan Mak Jah sahaja. Puan Sri Norma jarang ada di rumah.

Zarin dapat rasakan yang kehadirannya itu membuatkan Puan Sri Norma tidak selesa di rumahnya sendiri.



                                        **********************









BAB 10


Fareez mencari Zarin hingga ke belakang rumah. Dia tersenyum apabila melihat Zarin yang sedang menyidai pakaian itu menyanyi – nyanyi sambil menggerakkan kakinya ke kiri dan ke kanan. Hari Ahad yang membahagiakan!.

“Zarin!” panggil Fareez. Zarin menoleh.

“Nak apa?” soalnya. Kain masih di sidai.

“Jom!” ajak Fareez. Zarin berhenti menyidai. Dia merapati Fareez.

“Pergi mana?. Nak ajak pergi kira kambing ke?” cuba bergurau. Fareez tak ketawa. Lawak tak menjadi pun!.

“Nak ikut atau tak?” soal Fareez.

“Nak!!!” Zarin terus naik ke atsa. Dia menyalin pakaian.

Mesti dia nak ajak aku pergi kenduri kahwin. Hari – hari Ahad begini selalunya orang buat majlis kenduri kahwin. Hmm.. sedapnya, dah lama tak makan kenduri... Zarin memejamkan matanya. Membayangkan lauk pauk biasa yang selalunya dijamu sewaktu kenduri kahwin.

Setelah bersiap, Zarin terus turun mendapatkan Fareez.

Sengaja dia mengibas – ngibas kain baju kurung suteranya. Fareez buat tidak tahu.

Di dalam kereta pun Fareez tidak mahu bercakap dengannya. Cuma dia ketawa sekali sekala sewaktu mendengar DJ radio membuat lawak.

Lawak aku, tak nak pula gelak!.. rungut Zarin.

Fareez membelok ke dalam mall yang terletak di bandaraya. Zarin tergamam.

“Bukan pergi kenduri kahwin ke?” soal Zarin.

“Nak pergi kenduri kahwin ke?” soal Fareez semula.

“Saya pakai baju kurung ni” kening Zarin berkerut.

Fareez keluar dari keretanya. Zarin kelam kabut mengekorinya dari belakang. Fareez yang sudah lepas kedepan itu langsung tidak perasan akan Zarin yang terkial – kial mahu melintas di dalam tempat letak kereta bangunan itu. Ada saja kereta yang lalu.

Fareez berpaling ke belakang. Kasihan pula melihat Zarin yang terundur – undur cuba melintas. Fareez berpatah balik dan terus menggenggam tangan Zarin. Cepat – cepat Zarin menarik kembali tangannya.

“Kenapa?” soal Fareez.

“Malu!!” jawab Zarin.

“Ok.. lintas sendiri” kata Fareez dan ingin pergi tetapi tangannya terus digenggam Zarin.

Fareez senyum.



Mereka berdua sudah sampai ke pintu lif. Zarin masih memegang tangan Fareez. Berkali – kali Fareez memberi isyarat agar Zarin melepaskan tangannya tetapi Zarin buat tidak tahu.

“Dah tak ada kereta” kata Fareez di dalam lif.

“Diamlah!” jawab Zarin.

Terkejut Fareez apabila dimarahi Zarin sesuka hati. Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari lif, Zarin melepaskan tangan Fareez.

“Nak pergi mana?” soal Zarin berkali – kali. Fareez masih tidak mahu emnjawab.

Akhirnya Zarin tahu ke mana Fareez mahu pergi. Dia berhenti melangkah. Memandang bajunya yang dirasakan kurang sesuai. Zarin mengeluh. Mahu sahaja ditempelengnya Si Fareez tu!.

“Gila apa, bawa saya yang pakai baju kurung ni main bowling!!” marh Zarin.

“Salah ke?” soal Fareez semula. Mereka berdua menukar kasut dan terus mendapatkan rakan – rakan Fareez yang memeluk Fareez bagai sudah beribu tahun tidak berjumpa.

“Wooowooo.. awek kampung mulut ber’poison’ yang kau bawa ni kenapa, Fareez?” soal Nico. Zarin menggetap bibir. Siap kau botak!.

“Sakit hati ya, Nico” senyum Fareez.

“Hek eleh... nama Nico!” cebik Zarin sendiri. Rakan – rakan Fareez tersenyum sinis. Lagi – lagi rakan perempuannya.

Apasal lak?. Macamlah dia tak tahu nama aku Nico. Ni mesti nak kenakan aku ni!.. Nico mengecilkan matanya. Dia memerhatikan Zarin dari atas ke bawah dan begitu juga sebaliknya.

Zarin menarik tanga`n Fareez mendekatinya.

“Awak nak malukan saya ke?” tenung Zarin.

“Apasal pula. Ajak main bowling je kan?” kata Fareez.

“Fareez... karang terselak pula karang!. Dalam kain tu ada seluar tak?” perli Sarah, kekasih Si Nico botak!. Berbulu sahaja Zarin mendengarnya.

“Ala.. janganlah buat dia begini. Come, Zarin kita main ya?” ajak Cici yang agak peramah berbanding yang lain.

Niko memulakan permainan dahulu. Cuma empat pin sahaja yang jatuh. Zarin ketawa besar. Tawanya itu boleh didengari semua kawan – kawan Fareez. Terbeliak mata Fareez melihat Zarin yang macam handal sahaja bermain bowling. Siap ditekan – tekannya perut. Macam lawak sangat!. Nico seperti naik angin.

“Jangan ketawa sangat. Kat kampung bolehlah..baling kelapa nyior wahahahahah” gelak Nico. Mereka yang lain juga ketawa.Cuma cici sahaja yang mendiamkan diri.

“Kelapa nyior yang tak botak!” jawab Zarin. Fareez menggeleng kepala. Datang dah sewel budak ni!.




Fareez menghampiri Zarin.

“Nak balik?” soal Fareez. Zarin senyum dan terus menghampirkan bibirnya ke telinga Fareez.

“Minah kampung belum start main”

Fareez merenung mata Zarin. Jantung Zarin serta merta bergendang tidak kira irama.

Cici memanggil Zarin, sudah tiba masanya untuk Zarin memulakan permainan.

Zarin mengusap bola bowling dan memandang Nico sambil tersengih.

“Sama bulat! Sama botak!!” kata Zarin. Fareez menutup mulutnya. Menahan tawa. Yang lain sudah ketawa terbahak – bahak.

Zarin membaling bola bowling dengan penuh gaya dan....

STRIKE!!!!!!!!.

Melompat – lompat Zarin dan Cici dibuatnya. Mereka yang lain terdiam. Lebih – lebih lagi Nico. Zarin berjalan dengan penuh gaya melintasi Nico yang sudah bengang.

“Well, you know what?, kalau kelapa pun i boleh baling masuk kandang kambing Opah i ini kan pula bola botak macam tu” Zarin mencuit hidungnya dengan ibu jari kirinya. Nico langsung tidak mahu memandang Zarin. Berlagak betul budak kampung ni!.

“Kebetulan!” Nico bersuara.




“Dahlah.. korang panggil aku datang sebab nak jumpa. Tak payah gaduh ok?” Fareez cuba menenangkan. Nico mengulurkan satu lagi bola bowling kepada Zarin.

“Kalau kau boleh strike sekali lagi, aku boleh bagi apa sahaja kau nak” kata Nico.

“Anything?” soal Zarin. Ceh... kalau setakat dua tiga patah perkataan Inggeris tu tak payah nak berlagaklah Zarin. Buatnya dia tanya lebih – lebih, nahas kau!

Zarin mengambil bola itu dan terus membalingnya.

STRIKE!!!!

Fareez ketawa. Tidak sangka pula Zarin pandai bowling. Nico menghentak perlahan kepalanya di bahu kekasihnya.

“Hey, tak payah bagi apa!. Minah kampung tak hairan langsung duit jantan bandar. Lebih – lebih lagi yang botak!” Zarin terus menarik tangan Fareez keluar.

Selepas memulangkan kasut di kaunter, Zarin dengan selamba meminta Fareez belanjanya makan tengahari.

“Nampak tak perut ni dah leper?” jeling Zarin.

“Mana?. Tak nampak pun” Fareez menggosok – gosok matanya.



“Ni ha....” Zarin menepuk perutnya. Tiba – tiba dia terdiam. Tak malu ke tunjuk perut dekat Fareez?. Cepat – cepat Zarin berjalan. Farezz gelak. Dia belanja apa sahaja yang Zarin mahukan dan kebanyakannya semua benda yang murah – murah.

Zarin pulang dengan senyuman. Sebelum masuk ke dalam bilik dia sempat menoleh ke arah Fareez.

“Terima kasih bahagiakan Zarin hari ini dan kalau nak keluar lagi, jangan ajak budak botak tu, ya” pesan Zarin.


Fareez menggeleng kepala dan hanya tersenyum manis.

No comments:

Post a Comment