Wednesday, 26 June 2013

menerjah ke lubuk hati (kumpulan keempat)

BAB

Zarin masuk ke dalam bilik air untuk membasuh solekan di wajahnya. Dia cuba memulas kepala paip tetapi masih ketat. Berkali – kali dia mencuba tetapi masih tidak mampu.
Fareez berada di dalam bilik yang berselang dengan tiga bilik dengan bilik Zarin.

Zarin mengetuk pintu bilik Fareez. Setelah beberapa saat, Fareez membukanya. Dia yang sudah pun memakai baju tidur memandang Zarin dengan pandangan yang kosong.

“Tolong buka paip air” pinta Zarin

“Kenapa?” soal Fareez pula.

“Sebab tak boleh bukalah. Kalau boleh, tak adalah minta tolong” jawab Zarin degan wajah yang kelat. Fareez terus masuk ke dalam bilik air Zarin.

Memang ketat. Dia cuba memulasnya lagi tetapi tidak berhasil. Fareez turun ke bawah pula untuk mengambil kelengkapan yang diperlukan. Setelah mendapatkan spanar dan tukul besi, Fareez naik semula ke atas.

“Buka paip pun pakai tukul besi?” gelak Zarin.

Fareez cuba berlagak pandai. Dia mengetuk kepala paip dengan muka yang berlagak. Sesekali dia mencebik kepada Zarin.





“Apalah..ketuk pun tak pandai!. Meh sini” Zarin terus merampasnya. Dengan sekali pukulan sahaja kepala paip itu tertanggal dan air paip mencurah – curah keluar.

“Tolong!!! Tolong!!!” jerit Zarin. Fareez gelak besar.

“Pandai sangatlah tu!”

Zarin menolak tubuh Fareez hingga seluruh tubuhnya basah lencun. Puas hatinya. Jangan hanya dia sahaja yang basah!.

Fareez mengambil shampoo dan terus menuangnya ke kepala Zarin. Habis berbuih Zarin dibuatnya. Air masih lagi mencurah keluar. Membazir sahaja!!.. Zarin menjerit pedih kerana buih shampoo sudah masuk ke dalam matanya.

Mak Jah yang mendengar jeritan Zarin itu terus berlari naik ke atas. Beristighfar dia melihat Fareez dan Zarin yang basah lencun dengan air paip yang mencurah – curah. Mak Jah turun ke bawah dan menutup kepala paip utama di luar rumah.

Mak Jah tercungap – cungap naik ke atas semula. Fareez membersihkan wajah Zarin yang dipenuhi dengan syampu. Dia mengesat muka Zarin dengan tuala.

“Kau orang berdua ni nak kena tangkap basah ke?” bebel Mak Jah. Fareez senyum lebar dan terus keluar.

“Amboi mak aih.. bukan main bercanda buih – buih kau ye?” jeling Mak Jah. Zarin malu. Dia berpura – pura mengelap lantai bilik air.

“Sudah!. Tak payah nak berlakon lagi. Mana ada orang lap lantai bilik air?. Nama pun bilik air... kenalah basah” bebel Mak Jah tak henti – henti.

Selepas Mak Jah eluar, Zarin menyalin pakaiannya dan duduk di atas katil. Dia senyum sendiri.

“Syok juga main buih – buih” Zarin gelak dan terus menutup wajahnya dengan bantal. Malulah tu!


                                 ***********************

Sejak akhir – akhir ini Fareez jarang berada di rumah. Kalau pulang pun, Zarin sudah pun berada di dalam bilik. Zarin mula berasa rindu tetapi dia tidak pasti akan Fareez. Setiap kali kereta Fareez masuki halaman rumah, dia akan mengintainya

Fareez keluar dari dalam kereta. Perkara pertama yang dia akan lakukan ialah memandang tingkap bilik Zarin. Dia tersenyum sendiri apabila melihat bayang – bayang Zarin disebalik langsir tingkap itu. Fareez masuk ke dalam rumah.

Dia naik ke atas dan berhenti di hadapan pintu bilik Zarin.

“Assaamualaikum” Fareez memberi salam. Tidak sampai dua saat Zarin sudah pun membukanya. Nampak sangat dia sudah siap sedia berada di belakang pintu.

“Waalaikumussalam” senyum Zarin. Dia menyelitkan rambut yang terjuntai itu ke belakang telinga.

“Nak jumpa saya ke?” soal Fareez.



“Ha?” Zarin berpura – pura terkejut.

“Kalau nak jumpa, jumpa sajalah!. Tak payah intai – intai. Malu pula saya rasa. Macam anak dara pula kena intai – intai” sengih Fareez dan terus pergi.

Zarin menutup pintunya dengan kasar. Dia memegang kedua belah piipnya. Panas sedikit.

Malunya aku!!!!!!!.... jerit Zarin.

Fareez di dalam bilik senyum meleret. Suka pula dia melihat wajah Zarin yang menjadi merah padam akibat malu.

Comel je kalau dia malu – malu...... senyum Fareez.






                                                       








BAB 12


 "Opah Zarin akan pulang minggu hadapan. Zarin mahu pulang ke kampung?," Soal Puan Sri Norma.

Zarin gembira mendengarnya. Kerinduan yang sudah lama itu akan terubat apabila bertemu dengan Opahnya nanti. Sudah tentu banyak cerita yang akan Opah kongsikan bersamanya nanti. Mata Opah yang redup itu menyejukkan hatiknya. Tidak sabar rasanya dia mahu bertemu dengan Opahnya.

Akan dia ceritakan apa yang berlaku padanya sepanjang pemergian Opahnya ke Mekah. Telefon bimbit Zarin berdering. Nombor yang agak asing baginya.  Dengan cepat Zarin mengangkat telefon. Suara yang agak Zarin kenali.


"Ha... cepat siap. nanti saya ambil di rumah," kata Fareez. Tidak sangka walaupun semakin renggang , Fareez ajak juga Zarin berjalan bersama. Fareez memang tak dapat dijangka. Zarin lekas - lekas bersiap. Dia cuma berbaju kurung dan melepaskan sahaja rambutnya. Mak Jah menghampiri Zarin.

"Nak pergi dating dengan pakwe Mak Jah ke?,". Soalan Mak Jah membuatkan bibir Zarin mengukir senyum. Bilalah pula Fareez menjadi pakwe Mak Jah. Perasan betul!

"Tak marah ke, kekasih di kebas perempuan muda?," soal Zarin kembali.

 "Apalah sangat perempuan muda macam ni. Hingus meleleh pun tak tahu nak lap sendiri," jawabnya selamba. Zarin hanya mampu tersengih. Ye lah... dia saja yang menang. Orang tua patut dihormati hehehehe..


 "Mak Jah nak apa - apa tak?. nanti bila balik Zarin belikan," pelawanya.

 "Belikan kfc ye. Dah lama tak makan,". Mak Jah menepuk - nepuk bahu Zarin. Amboi!, orang tua ni pun berselera makan kfc?. Tidak mustahil pun. Opah juga suka makan kfc .

Hampir setengah jam Zarin menunggu Fareez. Kelibatnya tidak juga kelihatan. Dia mula naik rimas menunggu. Baru sahaja Zarin mahu angkat punggung, Fareez sudah tiba dengan muka yang tidak bersalah. Hati Zarin sakit lagi!

"Lambatnya," rungut Zarin. Mukanya masam kelat.

 "Sengaja lambat. Biar belajar bersabar," jawapan yang kejam. Zarinn terus menutup pintu kereta. Agak kuat. Terbeliak juga mata Fareez memandang Zarin. Dia yakin benar Fareez marah tapi ada Zarin peduli?.

"Nak pergi mana?," soal Zarin lagi. Cuba buat muka manja tapi riak wajah comel tadi langsung tidak berhasil. Zarin kena tanya juga kemana Fareez mahu membawanya pergi. Sudahlah dia tidak tahu langsung selok belok jalan raya di Kuala Lumpur ni.

Manalah tahu dia mahu mencampak aku dekat hutan. Paling tidak pun dijualnya aku ni. Paling kurang RM1000 laku juga... macam – macam yang Zarin fikirkan. Mengarut saja!

 "Jumpa kawan saya," jawabnya ringkas dan perbualan mereka terhenti setakat itu sahaja.

Mereka sampai tepat jam 4 petang di sebuah rumah banglo. Zarin tidak pasti rumah siapa tetapi kelihatan |Fareez agak selesa di situ. Beberapa minit kemudian seorang wanita berkulit putih kemerahan mendapatkan mereka berdua dengan senyuman yang sungguh mesra.



 "Reez, lambatnya you ni," manja sekali gaya pertuturannya. Zarin  rasa ada sesuatu yang membuatkan hatinya gelisah. Dia mula rasa tidak selesa dan dapat  rasakan satu perasaan yang berbeza. Tapi nama ‘Reez’ tu memang meloyakan!.

 "Hai Zarin. Saya Farah," sapanya ramah. Zarin mengangguk sambil tersenyum.

 "Ini kawan saya. Dia akan ajar selok belok perniagaan pada Zarin. Saya tahu Zarin mempunyai Diploma tetapi perlu juga belajar daripada mereka yang berjaya. Farah adalah rakan kongsi syarikat kita," terang Fareez.

Syarikat kita?. Bila masa pula aku ada syarikat. Walaupun aku ada diploma tetapi aku tidak pernah bekerja, Aku di suruh datang ke sini sebelum aku sempat dapat merasai alam pekerjaan.  Kerja dengan Kak Joyah kopek ikan bilis adalah!.Tidak mengapa. Ikut sahaja dahulu... bebel Zarin sendiri.

 Farah menerangkan dengan terperinci sejarah Syarikat Wawasan Holdings. Banyak perkara yang dia tahu. Zarin sebenarnya lebih banyak memerhatikan gelagat Farah dan Fareez. Mereka bergurau mesra. Bagaikan serasi bersama.

Mungkinkah Farah ini kekasih hati Fareez?. Adakah aku cemburu. Jangan cemburu wahai hati.... dia bukan milikmu!.. cuba memujuk hati sendiri.

Jam sudah pukul 8 malam. Selesai makan malam di rumah Farah, Fareez mengajak Zarin pulang. Zarin lihat dengan selamba Farah memegang jari jemari Fareez. Kenapa Fareez biarkan sahaja?. Dia mula rasa panas, geram dan menyampah.

Kenapa aku marah?. Aku bukan sesiapa pun bagi Fareez.


Otaknya ligat memikirkan beberapa persoalan. Fareez hanya membisu. Dia tidak mengusik Zarin seperti selalu lagi.Teringin juga Zarin untuk menanyakan beberapa soalan pada Fareez tetapi  mungkin tidak kena pada masanya.

Selepas mandi, Zarin duduk termenung. Dia sendiri binngung, ramai betul pesaing yang dia perlu hadapi. Aishah dan Farah itu pun sudah cukup untuk membuatkan dia sesak nafas.

Janganlah ada yang lain..... Zarin menggosok – gosok wajahnya dengan kuat.

Kebuntuan dan kebingungan mula mengganggu benaknya. Zarin baring dan terus memejamkan matanya. Walaupun agak sukar, lama – kelamaan dia terlena juga akhirnya.


















BAB 13


Pagi - pagi lagi Zarin sudah bangun. Malam tadi tidurnya tidak nyenyak. Pelbagai perasaan bermain - main di kotak fikirannya. Kali ini Zarin harus meminta pertolongan daripada Mak Jah. Dia tahu Mak Jah mampu membantunya walapupun akan dikutuk teruk. Alah.. dah biasa sangat pun!.

"Mak Jah sayang.... boleh tanya sikit tak?," soal Zarin dengan nada yang manja. Puan Sri Norma tidak ada di rumah kerana pergi bercuti bersama rakan perniagaannya di Sabah. Dia ada juga mengajak Zarin untuk pergi bersama  tetapi belum masanya untuk dia terlalu rapat. Zarin yakin, ada sesuatu yang di sorokkan daripadanya. Belum masanya lagi!.

"Ya Zarin sayang... kenapa?," soalnya kembali. Tangannya ligat memotong bawang untuk di buat sambal tumis ikan bilis kesukaan Fareez. Kenapa ikan bilis?. kerang kan sedap!

"Siapa Farah?,". Mak Jah berhenti memotong bawang dan memandang Zarin dengan satu senyuman yang tidak pasti. Tidak pernah - pernah Mak Jah memberikan senyuman sebegini kepadanya. Tidak mengapa. Misi harus di teruskan.

"Madu Mak Jah," jawabnya ringkas. Dia memandang Zarin tepat ke dalam anak matanya.

 "Kekasih Fareez?,". Dia masih lagi menyoal. Rasa ingin tahu mula membuak - buak.

"Dahulu. Tapi dah lama putus. Mereka pernah bertunang. Tak ada jodoh,". Zarin bagai di hempap seketul batu yang besar apabila mendengarnya.




Tunang? bekas kekasih?. Oh tidak, tidak mustahil jika mereka berdua akan bersatu kembali. Kali ini Zarin betul - betul rasa bimbang. Rasa bimbang itu sudah menerjah ke lubuk hatinya itu. Buat pertama kali di dalam hidupnya itu, di rasakan sesuatu yang terlalu pedih selain daripada kehilangan ibunya yang tersayang.

Bukankah bagus jika Opah ada di sisiku. Sudah pasti dia akan menenangkanku... gerutu hati Zarin.

"Jangan risaulah... itu semua kisah lama. Zarin boleh mulakan kisah baru bersama Fareez bukan?. Jangan terlalu bersedih. Yakin diri. Zarin juga secantik Farah. Cuma kadangkala Zarin ini tidak matang," ujar Mak Jah.

Amboi!, macam tahu - tahu pula apa yang bermain di benakku ini. Ya la.... orang lamalah katakan.

Zarin hanya mengangguk. Dia tidak menafikannya kerana itu bukan caranya. Opah selalu mengingatkan dia supaya sentiasa bersikap jujur dengan diri sendiri mahupun orang lain.

 “Zarin...,". Fareez memanggilnya. Zarin pergi mendapatkan Fareez di meja makan.

 "Tidak mahu makan bersama saya?," soal Fareez. Zarin hanya menguntum senyum. Eleh... nak manja – manjalah tu! Dekat pejabat sombong bukan main..

"Senyum pula, Saya ajak makan bersama ni. Mama tiada jadi saya tiada teman untuk makan. Mari," pelawanya. Zarin terus duduk di atas kerusi tetapi agak jauh sedikit daripadanya.

"Kenapa Zarin macam langsung tak gembira ketika di pejabat?,". Soalan yang tidak mampu dan tidak patut untuk dia menjawabnya.

Takkan aku nak kata aku cemburu kot!. Malulah aku!. Nanti dia kata aku ni bukan saja cemburu buta, pekak dan tuli semuanya ada... hmmmm!

 "Cemburu?," tekanya lagi. Senyuman sinis itu membuatkan Zarin jadi tak tentu hala.

Arghhhh....... kurang asam betul Fareez ni. macam tahu - tahu pula... Zarin menggosok tengkuknya. Sekali sekala dia cuba memandang ke sana sini. Mencari helah untuk melepaskan dirinya daripada soalan – soalan cepu emas itu.

Yang pasti Zarin langsung tidak memandang ke arahnya.

 "Saya tak boleh cakap. Saya puasa cakap," . Jawapan selamat. Zarin terus bangun dan menuju ke kamarnya. Meninggalkan Fareez sendirian. Dia rasa semakin tidak tentu arah. lelaki itu terlalu berterus terang.


                       **********************************


 Zarin makan tengahari bersama Mak Jah. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal di dalam rumah itu.

Masakan hari ini begitu menyelerakan. Mak Jah masak kari nangka bersama daging rincit.

" Mak Jah kenal ibu saya?. Soalan Zarin itu membuatkan Mak Jah berhenti menyuap makanan ke mulutnya. Air matanya mula bergenang. Ada sesuatu yang di sembunyikan. Zarin mula rasa bersalah tetapi keinginan untuk mengetahuinya membuak – buak. Mak Jah tentu ada merahsiakan sesuatu darinya.



 "Dia seorang yang baik sekali. Mak Jah adalah rakan baik Ibu Zarin. Ibu Mak Jah adalah orang Gaji di rumah Datuk Mahfuz, Datuk Zarin. Kami berdua berkawan rapat. Pergi sekolah bersama. Kami lakukan apa sahaja bersama," terangnya. Zarin tekun mendengar.

"Ada peristiwa pahit yang berlaku sehingga ibu Zarin di halau keluar dari rumah ini selepas di nikahkan dengan pekerja bawahan syarikat Datuk Mahfuz dan selepas itu Mak Jah langsung tidak mendengar khabar daripada Ibu Zarin lagi. Cuma pada suatu hari,  Mak Jah menerima khabar bahawa ibu Zarin sudah pun melahirkan Zarin," sambungnya. Peristiwa
pahit?. Kali ini Zarin benar - benar ingin tahu.

"Bilik yang Zarin duduk sekarang itu adalah bilik ibu Zarin dahulu. Mak  Jah hiaskan segalanya untuk Zarin. Mak Jah cuba berlakon tidak mengenali Zarin apabila Zarin mula - mula sampai tetapi Mak Jah tidak boleh. Kerana kami pernah berjanji sekiranya kami ada anak, anak itu adalah anak kami berdua. Mak Jah tidak berkahwin setelah mendengar berita kematian ibu Zarin kerana bagi Mak Jah, Zarin adalah satu - satunya anak Mak Jah,". Mak Jah mula menangis. Zarin mula merasakan yang Mak Jah begitu sengsara.

 "Mak Jah tidak boleh rahsiakan perkara ini lagi. Sebenarnya segala apa yang ada adalah milik ibu Zarin. Puan Sri Norma bagai gunting dalam lipatan. Jangan sesekali mendengar katanya. Mak Jah masih berada di sini untuk menyelamatkan Zarin dari dia yang kejam itu," tambahnya.

 "Fareez?" soal Zarin. Mak Jah menggenggam jari – jemari Zarin.

 "Fareez tidak tahu apa - apa. Lagipun dia bukan anak kandung Puan Sri Normah tetapi anak tirinya sahaja,".

Zarin tergamam. Banyak sungguh rahsia di dalam rumah yang tersergam indah ini. Kini dia tahu. Opah sudah tentu tidak tahu mengenai perkara ini. Tidak tahu kakak arwah menantunya seorang yang kejam.



"Zarin mahu pulang," katanya. Ada sedikit ketegasan di situ

"Jangan!. Sudah tiba masanya untuk Zarin mendapatkan semula hak Zarin," kata Mak Jah bersungguh - sungguh. Dia kelihatan sedih dan jiwanya seolah - olah telah hilang. Segala homur yang ada padanya beransur pergi. Bagai tidak kelihatan Mak Jah yang sentiasa ceria dengan hilai tawanya.

"Boleh Zarin panggil Mak Jah mama?,". Permintaan Zarin sebentar tadi di sambut dengan tangisan dan pelukan daripada Mak Jah.

" Boleh sayang, Zaein memang anak Mama,". Kami berdua menangis. Dia kini seolah - olah diberi kekuatan untuk menempuh sesuatu yang pastinya amat mencabar.


No comments:

Post a Comment