Sunday 15 September 2013

ROMANTIKA KITA - BAB 12

BAB 12

Akma memintas kereta yang di pandu oleh Iman. Bagai gugur jantung Iman waktu itu. tanpa mematikan enjin kereta Iman terus keluar .

“kenapa kita harus berpura – pura tak kenal antara satu sama lain?” soalan pertama yang keluar dari mulut Iman itu hanya mengundang cebikan yang menyakitkan hatinya dari wanita bernama Akma.

“Kau juga begitu” Akma senyum sinis.

“Aku tak bangga untuk mengaku kau perampas kebahagiaan arwah mama aku” cebisan – cebisan memori lukanya mula bercantum kembali. Iman menepis segala perasan itu demi Budi dan kedua –dua anaknya.

“Aku dah tinggalkan pun lelaki tak sedar diri tu. Kau ingat aku nak sangat dengan orang tua gatal tu?” bukan  main lantang lagi suara Akma.

PANG!

Akma menyentuh pipi kanannya yang baru sahaja ditampar oleh Iman. Sakit hatinya mendengar papanya di hina sebegitu rupa.

“Ya.. dia bodoh kerana cintakan perempuan macam kau tetapi untuk kau hina seorang ayah di hadapan anaknya.... itu sangat melampau. Sungguh pun kau begitu kejam pada Izzat aku tidak pernah sesekali memburuk – burukkan kau di hadapannya” bergetar bibir Iman.

“jangan nak tunjuk baiklah Iman” cebik Akma. Nafas kebenciannya turun naik seperti mengepam seribu dendam di dalam diri.

“Baik buruk aku hanya Allah yang nilaikan . aku tak perlukan perempuan bodoh macam kau untuk beritahu aku “ semakin lantang suara Iman.

Akma membuka kaca mata hitamnya lalu di letak di atas kepala.

“Aku tak mahu tahu semua itu. aku Cuma mahu Izzat” tegas Akma.

“Kau jangan minta pada aku tapi minta pada lelaki yang telah menjaga dan membesarkannya dengan baik sehingga terlalu ketara perbezaan antara kau dengan dia” Iman terus masuk ke dalam kereta. dia terus memecut tanpa menoleh ke belakang lagi. Buat apa dilihat wajah wanita yang menusuk hatinya itu.

                                      ***************

“Iman..”

Suara garau itu menyentak lamunan Iman di kafe. Iman yang sedang menunggu Izzat dan Budi Irsyad tiba berpaling ke belakang. Yuli yang sedang menyuap ais krim strawberry turut berpaling.

“Papa”

Hatinya mula mencair saat melihat tubuh Tan Sri Khalil yang semakin kurus. Iman berdiri. Tangan papanya di kucup berkali – kali. Tangisan tanpa suara itu turut menjangkiti ruang rasa Tan Sri Khalil.

“Sampai hati Iman tak pulang – pulang” luahan pertama seorang ayah. Iman tunduk sambil mengesat air matanya. Walau kesakitan di jiwanya masih terlorek namun siapalah dia untuk menafikan rasa rindu yang sudah tidak tertahan itu. itulah lelaki yang mendukungnya penuh dengan rasa kasih dahulu. Semua kemahuannya dituruti .

                        
“Kalau Budi tak jumpa papa kelmarin, papa takkan tahu” ujar Tan Sri Khalil sambil langkah kakinya merapati tubuh montel Yuli.

“Sampai hati Iman menjauhkan papa dengan cucu papa” kepala Yuli digosok berkali – kali. Anak kecil itu cuma tersenyum.

“Papa ada dia..” hanya itu yang keluar dari mulut IMan.

“Jangan hukum papa....maafkan orang tua yang penuh dengan dosa ini” kepala yang tunduk ke lantai itu mencuit rasa pilu di jiwa Iman. Sedar tak sedar Budi Irsyad rupanya sudah agak lama berada di belakang Iman. Perlahan – lahan dia menyentuh bahu Iman.

“Kasihankan Yuli.. dia juga berhak dapat kasih sayang dari datuknya”  Budi Irsyad memujuk hati Iman. Sedaya upaya dia mahu menyatukan dua insan yang mempunyai darah yang sama itu.

“Papa minta maaf” ucapnya sekali lagi. Barangkali terlalu rendah rasa diri sewaktu berhadapan dengan amanah yang  di abaikannya dahulu.

“Iman juga rindu papa”

Pengakuan ikhlas itu menerbitkan satu perasaan syukur dalm diri Tan Sri Khalil. Langkah kaki tua itu merapati Iman dan terus mendakap anak tunggalnya itu seerat yang mampu.

“Pulang.. sayang” rayu Tan Sri Khalil.

Iman senyum. hanya itu sahaja yang mampu diberikannya sebagai jawapan. Budi Irsyad memainkan peranan sebagai menantu yang baik. Dia sendiri bersyukur Iman masih mampu membuka hatinya dengan luas demi Tan Sri  Khalil.

                                            *********

Perbicaraan kali kedua berlangsung....

Yatie memulakan hujah. Mata Budi Irsyad dipandang seketika. Lelaki segak yang duduk di hadapannya itu sedikit menggetarkan keyakinannya.

Layakkah aku persoalkan tentang tanggungjawab dan kasih sayangnya yang langsung tidak berbelah bahagi dan kecundang itu?.

“Pihak plaintif... sila teruskan. Jangan membazir masa” amaran diberikan oleh Dato Suraya.

“Encik Budi Irsyad tidak pernah berusaha mencari Puan AKma selepas peristiwa itu?” soal Yatie. Budi Irsyad tersenyum nakal.

“peristiwa apa?. Berapa tarikhnya dan di mana ya, peguam yatie?” soal Budi Irsyad. Terkedu Yatie waktu itu. Ya... dia perlu nyatakan semua itu tetapi akibat gementar, semuanya jadi kelam kabut.

“Maafkan saya yang arif” Yatie tunduk seketika. Nafas yang dicuri saat itu masih tidak cukup membuang rasa gementar di hati.

“pada 2 julai tahun 2002, selepas Encik Budi Irsyad  menyelamatkan Muhammad Izzat bin Abdullah di rumahnya yang bertempat di lorong 2 , jalan setia, petaling jaya, Selangor....... adakah Ecnik Irsyad berusaha mencari Puan Akma untuk menemukan mereka kembali?” suara yang bergetar itu membuatkan Budi Irsyad tersenyum lagi.

“Tidak!”

“Mengapa?. Bukankah sepatutnya Encik Budi Irsyad  mencari Puan Akma saat itu?”   - yatie

“saya tidak mahu Izzat di abaikan seperti sebelumnya. Jika dia benar – benar sayangkan Izzat.. kenapa dia meninggalkan Izzat?” – Budi Irsyad.

“Pada 3 Jun 2007, Puan Akma ada menghantar satu telegram yang mengatakan mahukan anakmya semula. Mengapa tiada respon dari pihak Encik Budi Irsyad?” – Yatie.

“Bantahan!” Dato Hijaz berdiri.

Dato Suraya menolak bantahan itu. perbicaraan diteruskan lagi.

Budi Irsyad mengerutkan dahinya.

“Saya tinggal di kediaman saya sejak dari saya lahir hinggalah sebulan lepas kerana saya telah berpindah ke rumah baru bersama isteri saya. Akma tahu di mana rumah saya. Rasanya dia perlu terus datang sahaja daripada menghantar telegram”

Senyap!.

Yatie memejam matanya. Akma menjerat akalnya agar terus berfikir menjatuhkan lelaki sebaik ini..... Yatie benci situasi ini!

“Itu sahaja yang arif” Yatie terus ke tempat duduknya semula.

“Pihak defendan... teruskan” arah Dato Suraya. Sesekali dia mencuri pandang Iman yang tidak pernah melepaskan pandangannya pada Budi Irsyad.

Dato hijaz bangun dan mendekati Budi Irsyad.

“Encik Budi boleh terangkan apa yang terjadi pada  2 hb Julai tahun 2002 di mana Encik Budi Irsyad menyelamatkan Muhammad Izzat bin Abdullah yang ketika itu masih berusia tiga bulan?”

“Ya . pada 2 hb Julai 2002 saya tergerak hati untuk ke rumah Akma. Dia baru sahaja melahirkan anaknya yang berusia tiga bulan waktu itu. saya faham kesusahannya kerana dia tidak punya sesiapa untuk membantunya. Sampai sahaja di rumah itu, saya lihat tiada sesiapa di rumah. Saya sedikit risau. Takut apa – apa terjadi kepadanya. Terdengar suara Muhammad Izzat menangis waktu itu membuatkan saya terus meluru ke bilik Akma. Saya sangat terkejut apabila melihat Izzat hampir jatuh dari katil. Mujur saya menyambutnya. Selepas meletakkan Izzat di tempat yang betul, terus saya membuka almari baju. Yang tinggal hanya lampin pakai buang izzat yang masih belum dibuka. Kesemua baju Akma tiada di dalam almari itu jadi saya sangat yakin yang Akma meninggalkan Izzat”

Suasana mahkamah sedikit riuh. Manakan tidak, tergamak seorang ibu melakukan perkara itu pada anaknya yang masih kecil.

“Itu anak Puan Akma dengan siapa?” soal Dato Hijaz

“Bantahan!!!” – Yatie berdiri. Peluh mula menitis.

“maafkan saya yang arif, saya perlu tahu siapa ayah sebenar Muhammad Izzat” – Dato Hijaz.

“Bantahan di tolak. Teruskan” arah dato Suraya.

“anak dia dengan kekasihnya yang dahulu. Anak....” Budi Irsyad mengalihkan pandangannya. Wajah Izzat direnung agak lama. Tidak tergamak dia mahu teruskan ayat itu.

“Maknanya dia anak.?” Dato HIjaz

“Nanti!!!!!!!” Budi Irsyad menaikkan tangannya. Memohon simpati Dato Suraya agar mengeluarkan Izzat dari dalam mahkamah. Dari mula dia tidak mahu Izzat berada di situ tetapi Izzat yang mendesaknya.  

“Perbicaraan bersurai seketika” arah Dato Suraya.

Semua di situ bersurai seketika. Dato Suraya, Dato Hijaz, Akma , Yatie dan Budi Irsyad berjumpa seketika di dalam bilik.

“Izzat takkan keluar selagi Dato Suraya tak arahkan. Tolong  Dato...... saya tak mahu dia rasa tertekan. Semua di sini bakal membuka keaiban diri masing – masing” Budi Irsyad memandang sayu Dato Suraya.

“memang tak datang itu lebih baik” senyum Dato Suraya.

“Tapi dia mahu datang juga.” Budi Irsyad memhon simpati Dato Suraya.

Perbicaraan bersambung...

Dato Suraya memandang Izzat yang duduk di sebelah Iman.

“Saya tidak mahu mereka yang berumur 18 tahun ke bawah ada di dalam mahkamah ini. Muhammad Izzat Bin Abdullah boleh tunggu di luar ya?” lembut sahaja suara Dato Suraya. Izzat kelihatannya sedikit kecewa tetapi dia terpaksa juga. Dengan langkah longlai dia mengikuti Puan Jiha keluar dari bilik perbicaraan.

Setelah Izzat pergi, Dato Hijaz meyambung kembali soalannya.

“Izzat anak siapa dan apa tarafnya yang sebenar?” soal Dato Hijaz.

Akma menutup wajahnya dengan kedua tapak tangan. Hatinya sangat sakit ketika itu. Yatie tidak mahu memujuk Akma....

“Dia anak tidak sah taraf Akma dengan kekasihnya sewaktu di luar negara”- Budi Irsyad.

“Anak siapa?” – dato Hijaz

“Bantahan!!” Yatie berdiri lagi.

“Ini penting yang arif ini mengenai Izzat bin Abdullah dan kita perlu tahu siapa ayah Izzat yang sebenarnya” – Dato Hijaz.

Bantahan di tolak lagi.

“Pihak plaintif..... jangan buang masa dengan bantahan yang tidak perlu” Dato Suraya memberi peringatan.

“Maafkan saya yang arif” – Yatie.

Budi Irsyad memandang Akma yang tertunduk. Dia tahu Akma malu tetapi apalah dayanya. Akma yang mengundang semua ini.

“Saya tidak pasti. Sewaktu saya berkenalan dengannya, dia sudahpun hamil 4 minggu. Sewaktu itu kami Cuma berkawan hingga  rasa kasih saya timbul dan Akma juga begitu. Saya menerima Akma yang sedang hamil itu seadanya. Saya betul – betul tidak tahu” terang Budi Irsyad.

Dato Hijaz senyum dan mula meneruskan hujahannya

“ Seksyen 88 (1) Akta 164 memperuntukkan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintah seseorang anak itu diletakkan di bawah jagaan pihak lain selain ibu bapanya sendiri atas alas an terkecuali bagi kebajikan kanak-kanak terlibat. Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semstinya terletak pada ibu atau bapa tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak akan terjejas. Walau bagaimanapun, dalam membuat pertimbangan tentang kanak-kanak ini, mahkamah masih lagi mengambil perhatian terhadap kehendak ibu bapa terlibat di samping kemahuan anak-anak itu sendiri. Ini bermakna Encik Budi Irsyad layak menjaga Izzat untuk kebajikan Izzat sendiri di mana semua itu telah pun dipenuhi” – Dato Hijaz

Dato Suraya mengeluh. Apapun, perbicaraan di tunda lagi. Akma terus keluar dari mahkamah tanpa menoleh ke belakang. Yatie di tinggalkan sendirian di belakang.

Akibat terlalu kelam kabut, fail di tangan Yatie jatuh. Iman yang kebetulan ada di situ membantunya. Helaian kertas yang bertaburan dikutip oleh Iman. Tergamam Yatie waktu itu.

“Ini dia. Angin tengah banyak” senyum Iman.

“Terima kasih” senyum Yatie. Iman terus berlalu. Tangannya menggosok belakang badan Izzat yang masih muram.

Yatie terbehenti langkahnya apabila di tegur Dato Hijaz.

“Yatie..... menjadi peguam bukan sekadar seronok bertarung di dalam mahkamah tetapi menegakkan kebenaran. Ingat tak saya pernah kata.... jadilah pembela dalam undang – undang dengan membela mereka yang sepatutnya dibela. Jangan mengambil hanya kerana kawan, wang ataupun saudara mara kerana mereka tak mampu membantu awak ketika di akhirat”

Yatie terdiam. Bekas majikannya itu dulu memang berhati – hati memilih client. Kerana tidak sefaham dengan Dato Hijaz , Yatie terus berhenti kerja dan bekerja di Irma guaman yang lain.

Derapan kaki dato Hijaz seolah – olah menghentak keegoan Yatie selama ini.



1 comment:

  1. Ambik kau...yatie kena,akmapun kena juga...
    Tp jgn kata itu anak t.s.khalil,adikvtiri iman...oh no...

    ReplyDelete