Tuesday, 17 December 2013

AIESYA NADJWA - cerpen

sempena hari lahir anak salah seorang dari admin group saya .... AIESYA NADJWA . semoga diberkati Allah, menjadi anak yang solehah dan berbahagia dunia dan akhirat
AEISYA NADJWA

“Ibu tahu tak, bila besar nanti Eisya nak jaga ibu macam ratu dalam cerita tu” Aiesya menuding jarinya ke arah televisyen yang menayangkan sebuah drama kartun.

“Ibu tak naklah jadi ratu kartun” jawab Ina sambil membuat mimik muka. Berderai tawa Aiesya saat itu.

“Iesya pun jadi kartunlah ibu” dia ketawa lagi. Kepalanya digosok perlahan dan satu kucupan singgah ke pipi gebunya. Ina membiarkan Aiesya bermain  - main di ruang tamu sementara dia pergi melihat – lihat pokok anggur yang sudah agak lama ditanamnya. Kedua – dua anak lelakinya pula sudah pun tinggal di asrama jadi Aiesyalah tempat dia melepaskan rasa sunyi. Tubuh gebu itulah yang didakapnya di saat keletihan. Hilang rasa letih sepanjang  hari.

Ina yang sedikit tidak sihat keesokan harinya hanya mampu baring di sofa sambil memicit – micit dahinya. Mungkin tersalah makan atau pun cuaca yang agak panas membuatkan dirinya sedikit lemah dan diserang demam.

Kaki kecil itu terketek – ketek ke dapur. Dia mengambil tuala yang tersidai di jendela lalu direndamkannya ke dalam bekas yang berisi air. Ina yang masih terbaring terkejut apabila dahinya terasa dingin dek air yang ada pada kain tuala di dahinya.

“Iesya buat apa?”

“Ibu kan selalu jaga Aiesya bila demam. Ayah tak ada. Ayah pergi kerja”

Terharu Ina pada waktu itu walaupun dahinya sedikit berbau akibat tuala yang Aiesya gunakan itu adalah tuala yang digunakan untuk mengelap dapur. Terus tubuh comel itu dirangkul.

“Aiesya sayang ibu?”

Aiesya menangguk. Walaupun tuala itu berbau tetapi Ima masih membiarkannya di dahinya. Haruman kasih sayang Aiesya telah menenggelamkan bau tidak enak dari tuala itu.

Tanganmu yang memerah tuala ini membuatkaan ibu merasakan ianya seharum kasturi, Aiesya. Ina merenung Aisya yang hanya bermain di sekitarnya. Tidak seperti selalu. Perlahan – lahan Ina memejam semula matanya.

Terima kasih Ya Allah... kau anugerahkan bidadari kecil ini buatku....

                                       **********************

Pengumuman ketibaan pesawat dari Ireland menyentak lamunan Ina sebentar tadi. Suami dan anak – anak lelakinya memandang Ina dengan perasaan teruja. Sudah lima tahun Aiesya di negara orang. Entah berubah atau tidak sikapnya?. Takut juga Ina jika dia terpengaruh dengan masyarakat barat yang cara hidupnya amat berbeza sekali dengan Malaysia. Seorang demi seorang mereka perhatikan sehinggalah ternampak Aiesya yang  masih bertudung dan masih nampak lembut dan sopan seperti dahulu.

Tangan Ina dicapai dahulu dan dikucup dengan tangisan. Ayahnya juga dipeluk sekuat mungkin bagi melepaskan rindunya.

Kedua – dua abangnya itu disalam dan sikucup tangan mereka. Aiesya tersenyum manis. Pipi Ina disentuh lembut.

“Iesya rindukan ibu dan ayah. Abang – abang juga!” Aiesya berseloroh . Ayah dan ibunya ketawa sambil mengesat air mata yang mengalir. Rindu yang tidak tertanggung itu berakhir juga.

Abang – abangnya bagai bodyguard apabila membawa kesemua beg yang dibawanya pulang. tergelak Aiesya memandangnya.

“Seronok pulang bila ada dua bodyguard” Aiesya senyum apabila kedua orang abangnya mencebik sambil ketawa.

 Sebelum pulang terus ke rumah,  ayahnya mengajak mereka semua makan malam di restoran kegemaran Aiesya sebelum berangkat ke Ireland.

“Minta sudu ya?” pinta Aiesya. Mata mereka sekeluarga berpandangan antara satu sama lain. Aiesya yang menunggu pelayan membawa sudu tidak perasan akan renungan keluarganya.

Dia mengucapkan terima kasih setelah pelayan restoran itu membawa sudu yang dimintanya sebentar tadi. Aiesya sedikit tergamam apabila seluruh ahli keluarganya memandang Aiesya.

“kenapa Ibu?”

“Aiesya dah tak tahu makan menggunakan tangan?” telus soalan daripada Ina.

“Ibu..... Aiesya kena pakai sudu”

Ina memejam matanya. Dia berdoa agar apa yang ditakutkan selama ini tidak berlaku. Hidangan mereka semua sampai tidak berapa lama kemudian. Hati Ina sedikit gusar. Aiesya yang dapat meneka cuma mengendahkan seketika.

“Ha,..,. dah sampai pun laksa!”

“Ibu... ibu tak pernah ajar pun Aiesya makan laksa guna tangan. Macam mana nak hirup kuah laksanya kalau tak pakai sudu. Aisya masih makan nasi guna tanganlah...” gelak Aiesya.

Ina mengurut dadanya pada waktu itu juga.

Aiesya masih seperti dahulu cuma dia makin suka bergurau.

“Takkanlah Iesya nak hancurkan hati ratu Iesya ni” Aiesya memeluk Ina.


Teringat pula Ina apa yang di janjikan oleh Aiesya ketika kecilnya dahulu. Tidak snagka dia masih ingat dan masih menganggapnya sebagai ratu hati hidupnya.

No comments:

Post a Comment