SEMPENA HARI LAHIR AHLI GROUP WANIZA AISA.... MAS IDAYU
AKU BUKAN MAS IDAYU YANG
ITU.....
Ni yang buat aku boring
tahap tak boleh nak diselamatkan lagi bila setiap kali aku perkenalkan nama
aku, pasti nama aku itu akan didangdutkan secara sedar atau pun tidak sedar.
Mana diorang tahu mak aku yang tiru nama penyanyi tu sedangkan masa aku lahir,
mak aku belum pun kenal siapa mas Idayu itu. Aku mengecilkan mataku memandang
Ikhwan yang masih tersengih – sengih. Mahu sahaja aku putarkan mulut dia 360
darjah bagi pelik. Baru dia tahu rasanya bila nama atau diri dipermainkan.
“Ye bos.... nama saya Mas
Idayu. Kan ada letak dalam resume tu” kataku dengan nada yang paling malas.
Ikhwan sengih lagi. Eh..... ada pula yang kena campak dari tingkat 12 ni
karang.
“Ok... sorry. Saya
bergurau. Sedap sebenarnya nama Mas Idayu ni. Lembut sahaja bunyinya. Penuh
keibuan. Kalau saya nak cari isteri saya nak...”
“Saya tak nak dengan bos”
aku sengih sekambing yang boleh.
“La... saya tak kata pun
nak kahwin dengan awak. Saya kata kalau saya nak kahwin saya akan cari mak
mertua yang namanya Mas Idayu”
Erk!... memang aku campak
betul dia ni karang. Aku peduli apa dia bos atau tidak. Elehh.... bapa dia yang
punya syarikat pun. Dia ni sekadar penghias mata – mata staff kat sini.
Agaknyalah!.
Aku diterima bekerja???...
sekali lagi... aku diterima bekerja????... biar betul?. Ingatkan dah kena
reject dah tadi memandangkan banyak betul songeh aku tadi.
“Hmm... jangan perasan
tau. Saya ambil awak kerja ni sebab nak cari teman gaduh. Awak tengok kat luar
tu.. semuanya mengangguk bila bila terima arahan. Membuat kerja yang betul tanpa sebarang
kesilapan. Saya ambil awak kerja ni... lepas awak kerja, buat hal. Ehemmm....
saya boleh pecat awak. Saya tak pernah rasa lagi pecat pekerja. Nak juga rasa”
Ikhwan mengenyit mata.
“hmm..... hmmmm.... memang
mental problem dia ni. Padanlh tadi dekat bus stop orang mengata dia” sengaja
aku menguatkan seuaranya. Dia mula memandang tepat ke wajah aku. nak tahu
sangatlah tu!.
“Siapa kata saya?. Diorang
kata apa?” bersungguh – sungguh benar Ikhwan.
“Ish... tak payah nak
tahaulah bos. Kan saya nak kena pecat, buat apa nak cerita pada orang yang nak
pecat saya. Lagi satu, saya tkkn benarkan bos pecat saya pun. Saya bukannya
budak sekolah rendah nak dipermainkan. Ni, nak ambil saya bekerja betul – betul
ke atau nak ambil saya bekerja kemudiannya pecat saya?” tegas aku.
Ikhwan menghubungi Sara
agar membawa aku ke mejaku. Belum sempat
aku melangkah keluar, Ikhwan memanggilku dengan nada manja.
“Nanti cik seratus percent
beritahu saya ye, siapa yang mengumpat saya tu. Kalau awak beritahu, saya
belanja awak pergi dangdut”.
Sedap betul bahasa budak
ni!.
“Astaghfirullah..... tak
sangka bos ni suka pergi dangdut. Padanlah diorang cakap.....” aku tidak
meneruskan ayatku sebaliknya terus mengikut sara daripada belakang. Sengaja
mengumpan rasa ingin tahu dalam dirinya. Ambik kau!
******************
Tercegat menunggu bas di
bus stop memang meletihkan. Sebuah kereta bewarna hitam berhenti betul – betul
di hadapanku. Cermin tingkap automatic terbuka,
“meh lah... saya hantar”
Baiknya nak hantar aku...
macam tak percaya pun ada.
“meh lah...” senyum
Ikhwan.
“kat sini banyak lebah.
Nanti dia gigit...” sengih Ikhwan. Dia ni... tak macam bos pun!. Despatch pun
tak mental macam dia. Yang hairannya dengan staff lain bukan main serius tapi
dengan aku ni sentiasa je nak usik.
Takpe... aku pun tak
pernah naik kereta BMW. Nak merasa juga. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung
dan menutup pintu kereta, terus jarinya menekan pemain cd.
Seratus persen cintaku,,
Ah..ah.. hanya untukmu...
Menyinga saja aku
mendengar lagu dendangan Mas Idayu itu dan lebih menyakitkan hati bila dia
tersengih – sengih sambil menggerakkan keretanya pergi dari situ.
“Saya pasang lagu awak...
awak tak bangga ke?. Gelek sekali! Kehekhekhekek” permintaan paling tak bijak
yang keluar daripada mulutnya.
“S.T.O.P!!!!!!” aku sudah
tak mampu bersabar. Kalau kutuk sahaja tak mengapa tetapi siap digelek – gelek
punggungnya di atas tempat duduk. Gila!.
“nak berhenti kat sini?.
La... tak tahu pula rumah awak depan dengan kubur je” Ikhwan terkebil – kebil.
Aku memerhati ke luar tingkap. Takkan aku nak berjalan di sini. Dah lah nak
hampir waktu maghrib!.
“Tak jadi turunlah...
hantar je sampai rumah” arahku.
Dia ketawa lagi. Mesti dia
kata aku ni penakut. Lantaklah!.
Tiba sahaja di hadapan
rumah, mata Ikhwan terbeliak. Dia berdehem beberapa kali.
“Ini rumah Dato Bahrin
kan?” soal Ikhwan.
“Ya....”
“Awak ni anak Dato
Bahrin?” dia melonggarkan tali lehernya. Bibir bawahnya di gigit sedikit lalu
memandangku.
“Saya minta maaf... saya
tak tahu awak ni anak dato Bahrin. Setahu saya Lisa sahaja anaknya”
Aku sengih dan keluar dari
keretanya. Setelah menutup pintu kereta, aku mengintainya dari luar.
“Taklah... saya ni anak
orang gaji dia. Hahahhahahahahahah!!!!!!! Cuak ko!” aku gelak besar dan terus
masuk ke dalam rumah. Ikhwan masih di situ. Entah tergamam ke..pengsan ke...
aku pun tak tahu.
Dah sah – sah dalam resume
tu nama ayah aku lain, entah apa – apa lah dia ni. Tak teliti langsung!
*******************
Dato Bahrin mengusap
kepalaku sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.
“Anak papa ni penat kerja
ye?. Mesti tension kerja dengan Ikhwan tu kan sebab dia tu seorang yang serius
dalam kerjanya. Semua rakan perniagaan tabik dengan dia.mungkin sebab dia
serius itulah pekerja dia tak berani nak buat salah” cerita dato Bahrin.
Serius? Serius apanya
kalau tergelek – gelek punggung macam tadi!. Sudahlah tu, tergedik – gedik tapi
kenapa dia takut ye kalau aku ni anak dato Bahrin?. Belum sempat aku habis berfikir
Dato Bahrin pun bersuara semula.
“Dia bakal tunang Lisa.
Ballik sahaja Lisa dari US papa akan tunangkan mereka berdua tetapi Lisa masih
tak mahu pulang. kalau papa ke sana pun dia suruh tinggal di hotel. pelik” Dato
Bahrin senyum dan pergi ke dapur. Meninggalkan aku di situ. Entah kenapa
ye..... rasa sedih pula hati bila mendengarnya. Kenapa nak sedih? Ke aku ni dah
dapat penyakit C? Tidak!!!!!.
*******************
Hari itu Ikhwan lebih
banyak berbincang dengan Encik Adam mengenai projek pembangunan yang terbaru.
Entah mengapa getar hati ini sedikit lain apabila dia melepasi tubuhku.
Harumannya, tubuh yang tinggi membuatkan aku bagai tak mampu untuk menahan diri
daripada menegurnya tetapi nanti akan jelas kelihatan betapa aku mula jatuh
cinta padanya. Ya... aku akui aku jatuh cinta pada dia. Bukan pada wajah yang
tampan itu tetapi pada usikannya kelmarin. Cinta ini pelik bukan?.
Ikhwan menghampiri meja
Khalisya di sebelahku. Tidak sekali pun dia menoleh ke arah ku.... tidak
langsung!. Itu benar – benar mendera perasaanku. Bakal tunang Lisa........
mengapakah perlu dia bertunang dengan anak majikan ibuku sendiri?. Tidak
sanggup rasanya aku merampas hak Lisa yang begitu baik padaku.
Sebelum berlalu dia
menyerahkan cd penyanyi Mas Idayu ke tanganku. Pelik... aku tak marah!.
“mengada” kataku dengan
nada manja. Dia senyum manis dan terus pergi . Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Ikhwan... kau kejam kerana membuatkan jantung aku berdegup kencang.
“mas!... bos panggil masuk
dalam” beritahu Kayla dan aku terus mengangguk. Pintu biliknya aku buka. Dia merenungku
dengan senyuman dan di akhiri dengan gelak kecil.
“Rindu saya ya?”
“Erk.... eh.. mengada bos
ni”
“mengada... hmmm memang
saya mengada. Esok saya nak jumpa Dato Bahrin” dia berwajah serius.
“nak buat apa?” aku mulai
cuak. Buatnya dia mengadu yang aku ni melawan segala.... mahu lunyai aku kena
berleter dengan ibu.
“Saya nak beritahu yang
saya tak setuju cadangan dia dan papa saya jodohkan Lisa dan saya. Saya tak nak Lisa.... saya nak
anak pembantu rumkah dia....”
“Sungguh?....” aku menelan
air liur.
“Ayat tak habis lagi...
jangan perasan!” Ikhwan membelek kertas ditangannya tetapi mulutnya mula
mengukir senyuman.
“Sambunglah cepat!”
arahku.
“Amboi... gelojoh!”
tawanya kini benar – benar buat aku hilang sabar. Terus aku mara dan mahu
mencubit lengannya tetapi tangan ini dapat digenggam. Erat dan kemas.
Dia merenung mata ini
dengan senyuman yang masih tidak lekang.
“saja nak pegang saya ya?”
Amboi!. Berani pengsan
punya soalan. Ada ke patut dia tanya aku macam tu. Lekas – lekas aku menarik
kembali tanganku.
“hei... berlapik okay!”
aku menyorokkan wajahku.
“Tapi tetap rasa”
“Bos ni gedik betul!” kali
ini keningku mula bertaut.
Terus aku keluar walaupun
masih tidah habis perbincangan. Lagipun aku tahu bukannya dia nak bincang pasal
kerja tapi nak kenakan aku semata – mata. Aku duduk semula ditempat ku. Kayla
datang semula.
“kenapa kau keluar...
adoiiii... bos panggil masuk bilik” arah Kayla. Dah macam orang suruhan pula aku
ni ikut sahaja kata Si Ikhwan. Aku masuk lagi ke biiknya.
“Ni... sesuka hati awak je
keluar ya?. Tolong taip benda ni dan e-mail pada saya nanti ok” dia terus
menghulurkan dua keping kertas ke tanganku. Belum pun sempat aku keluar, Ikhwan
memanggilku semula.
“ada apa lagi bos?”
“Awak cantik pakai tudung
warna merah jambu”
“Saya tahu lama dah”
balasku selamba dan terus keluar. Ayat konon!!!!.
Mataku terkelip – kelip memandang
tulisan tangannya. Dah macam doktor. Kayla menghampiriku.
“Bos panggil!”
“Apa masalah kau dengan
bos kau ni?” aku naik geram dan terus aku meluru masuk ke dalam biliknya.
“Bos... kalau nak mengurat
pun biarlah saya sudahkan kerja saya ni. Kejap lagi pukul 5, saya nak balik
cepat. Aishhhhh... payahlah bos ni” rungutku. Ikhwan sengih sahaja mendengar
aku membebel daripada tadi.
“Lagi....” pintanya.
“Apa?”
“teruskanlah bebelan awak
tu. Comel sungguh bibir awak nyot nyet nyot nyet macam siput tu” dia menekup
wajahnya dengan kedua belah tangan. Ketawa pula dia!.
“Amboi... nak sangat
dengar ke?. Kalau dah kahwin nanti tak larat pula nak dengar isteri membebel. Bagi
alasan keluar rumah sebab isteri suka membebel padahal awak tu yang buat saya
membebel”
Ikhwan mengangkat
keningnya.
“Awak?...saya?..suami?..isteri..?”
soalannya membuatkan lidah aku kelu. Mulut ni memang gatal!. Aku rasa macam nak
tampar sendiri saja mulut yang tak ada traffic light ni. Main langgar sahaja.
“Saya nak siapkan kerja
ni.... bos nak apa lagi? nanti jangan panggil saya!”
“Eleh... kalau tak panggil
pun awak akan datang balik punya”
“Jangan harap” jelingku.
“walaupun kena kahwin
dengan saya?” soalnya telus.
“Hmmm... tak ingin pun! Sampai
maghrib pun saya takkan masuk kalau suruh kahwin dengan bos” wah.... bongkak
betul aku!
“Saya ada di pejabat
sampai pukul 5. Selepas pukul 5.. awak faham sendiri”
“Kalau saya masuk dalam
pejabat lagilah...... saya berani lah jalan itik terkedek – kedek siap pakai
cermin mata hitam depan awak 3
kali..huh!”
Aku terus keluar. Mataku terkebil – kebil memandang helaian belakang kertas yang
diberikan padaku tadi.
SAYA IKHWAN BIN JOHAN. LELAKI KACAK YANG
DUDUK DALAM BILIK DALAM PEJABAT AWAK TU. LELAKI YANG KACAK, MACHO, HENSEM,
STYLO DAN SMART DARI SEGALA SEGI. MUNGKIN ROMEO TAK BUAT KERJA NI KOT MASA NAK
MEMINANG JULIET TETAPI SAYA PEDULI APA! SAYA NAK MEMINANG MAS IDAYU YANG SERING
BERMAIN DI MATA SAYA. YA..... BARU SEMINGGU TETAPI ITU BUKAN PENGHALANG UNTUK
KITA MENDIRIKAN SYURGA INDAH BERDUA DI DUNIA INI.... DUNIA KITA!. LISA JUGA
SEBENARNYA SUDAH BERKAHWIN DI US. DIA TIDAK PULANG – PULANG KE MALAYSIA KERANA
TAKUTKAN DATO BAHRIN. LAGIPUN TIADA CINTA BUAT LISA,. SAYA TAK MINAT WANITA
ELEGAN SEPERTI DIA. SAYA MINAT WANITA SEPERTI AWAK YANG RINGKAS, KADANGKALA
KELAM KABUT TETAPI SUKA MENJELING. JELINGAN AWAK SEPERTI MENUSUK – NUSUK JIWA
SAYA AGAR MENYERAHKAN CINTA INI PADA AWAK. JELINGAN AWAK PENJENAYAH DALAM CINTA
INI........
MAS IDAYU..... SUDIKAH AWAK MENJADI ISTERI SAYA?. SAYA TAK MAHUKAN JAWAPAN SECARA
LISAN. MASUK KE BILIK INI SEBELUM JAM
LIMA KALAU AWAK TERIMA LAMARAN SAYA. SELEPAS JAM LIMA, SAYA ANGGAP PINANGAN
SAYA DITOLAK
Tiba – tiba aku
teringatkan jalan itik dan kata – kata bongkakku sebentar tadi. Takkan aku nak
jalan itik depan dia.... aku menggigit bibir. Ya... memang dia ada di hatiku
dan memang dia yang aku mahu menjadi teman sepanjang hidupku tetapi untuk
terkedek – kedek depan dia....... TIDAK!!!!! Akhirnya....
Ok... masin photostate
sebelah tepi depan bilik dia. Sofa hanya ada dalam bilik Ikhwan. Kat luar tu
tak kiralah... sebab memang tak punya fungsi pun. Aku mencari dokumen lama dan
perlahan – lahan ke meja Kayla.
“tolong aku. kau nak dapat
pahala membantu mendirikan masjid kan?” sengihku.
“Ha... kenapa?”
“kalau plan jadi, aku
sponsor lunch kau selama sebulan lepas aku kahwin” sengihku sendiri. Kayla
faham sendiri. Setelah mencapai kata sepakat, aku berdiri di depan pintu
Ikhwan. Betul – betul di tepi mesin photostate. Aku kenyit mata pada Kayla. Dengan
penuh dramatiknya aku merebahkan diriku di situ.
“Mas!!!!!! Kenapa pengsan!!!!!!”
Kayla menjerit dengan kuat. Over sungguh minah ni! Menangis Tiz zaqyah kalau
tengok lakonan Si Kayla ni. Pintu bilik Ikhwan di ketuk. Mataku hanya
dipejamkan.
“Ya Allah,.. Mas...”
Ikhwan menghampiriku. Terasa hangat tangannya menyentuh pipiku. Mak aihhhhhhhhhhhhhhhh.....
cair!. Lebih mengejutkan apabila dia terus mengangkat masuk aku dan di letakkan
ke atas sofanya.
Dia mengusap lembut
wajahku. Kayla cukup bijak mainkan peranan. Semua staff yang berkumpul
dicuitnya agar keluar. Selepas mereka semua keluar aku membuka mataku.
“kenapa ni?... tak makan
ke tadi?” soalnya risau.
“ikut perjanjian kalau
saya masuk saya kena jalan itik, tapi awak yang bawa masuk... jadi tak jadilah
perjanjian tu kan........saya terima” senyumku.
Ikhwan merenungku. Tanpa senyuman.
“Ala.... malulah jalan
itik...” aku senyum kambing.
“Belum kahwin dah nak
suruh saya dukung awak. Gatal!” ikhwan menggeleng kepala dan hidungku dicuit
sedikit.
“Tak reti nak bangun? “
“Tak nak angkatkan?”usikku
“Malas nak layan” Ikhwan
akhirnya ketawa. Lantaklah. Dia nak kata aku sengal ke, biul ke.... janji aku
lepas dari terkedek – kedek depan dia.
***********
Memang dia benar – benar berjumpa
dengan Dato Bahrin pada malam itu juga. Dato Bahrin kelihatan tenang dan
tersenyum memandangku. Rupanya dia baru sahaja tahu daripada mulut Lisa tadi. Terima
kasih Lisa....
Majlis perkahwinan di
sebelah pihakku ditaja sepenuhnya oleh Dato Bahrin. Selepas selesai sahaja
majlis perkahwinan di sebelah keluarga Ikhwan, kami berdua berbulan madu di
sebuah pantai. Aku dan dia suka sekali menikmati keindahan panorama pantai. Kami
berjalan berdua beriringan menyusuri pasir yang begitu sebati dengan rasa masin
air laut.
“Pelik kan... kita baru
seminggu kenal tapi dah jatuh cinta” soalku. Lengannya aku paut mesra.
“nama pun jatuh kan...
mestilah cepat” gelak Ikhwan.
“Apa yang buat abang jatuh
cinta dengan Mas?’ soalku. Sengaja mahu pujian daripadanya.
“entah... tak ada apa kot”
Tak ada apa?. Sanggup dia
kata begitu!!!
“Sudahlah.... Mas nak
balik hotel” aku merajuk dan dia hanya ketawa sambil merangkul pinggangku
dengan kepala yang sengaja dilentokkan ke atas kepalaku.
“Arhhh... tak mau kawan
abang”
“Tak payah kawan... dah
kahwin dah pun” jawab.
“Mengada.... pujilah
walaupun tipu”
Terus tangan ini ditarik
ke dakapannya.
“Setiap apa, setiap inci,
setiap sikap, setiap segala yang berkaitan dengan Mas Idayu... abang suka. Itu penarik
Mas...segalanya menarik abang ke dalam cinta mas”
Luahannya buat aku
tersenyum.......dan aku ingin sentiasa tersenyum seperti ini.. nenek Nurr Bayu
dan nenek setia yang sedang menyentil sireh di pondok tersenyum memandang
mereka.... tamat
awesome!!
ReplyDeletetapi part yg paling tak menahan bila terselit nama dua nenek kat ending tu... xD